The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shimi Zain, 2023-07-16 09:14:33

nota-rbt-tingkatan-1

nota-rbt-tingkatan-1

NOTA BAB 1 – PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Definisi reka bentuk Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan manusia. Definisi teknologi Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem. Definisi reka bentuk dan teknologi Percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang dengan mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan kehidupan manusia. Bidang reka bentuk dan teknologi – (i) Konkrit - Proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan dipegang. Contoh - Peralatatan, Mesin, Pertanian, Masakan, Lukisan. – (ii) Abstrak - Proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang. Contoh - Bahasa, Pengiklanan, Sewaan, Pengangkutan. Senarai elemen reka bentuk – Garisan – Rupa – Bentuk – Tekstur – Saiz – Warna – Ruang Senarai prinsip reka bentuk – Keseimbangan – Pengulangan – Keringkasan – Kontras – Kepelbagaian – Kesatuan – Harmoni Kriteria reka bentuk yang baik – Kecenderungan inovasi – Kreativiti – Keaslian reka bentuk – Kekuatan kualiti – Kebolehpasaran – Ergonomik. Teknik pembinaan objek – Pembenaman – Penyatuan – Pembuangan – Peleraian. Kepentingan reka bentuk dan teknologi – menyumbang kepada perkembangan teknologi moden. – memenuhi kehendak individu dan masyarakat. – membuka laluan kerjaya dan pekerjaan. Peranan reka bentuk dan teknologi – Individu : - memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin mudah, - menghasilkan reka bentuk yang serba boleh – Masyarakat : - melindungi dan memelihara etika sosial, - membentuk masyarakat yang lebih bertamadun. – Pengeluar & negara : - mengeluarkan produk berjenama negara, - meningkatkan pendapatan negara. Etika dalam reka bentuk – Keaslian – Bermanfaat – Selamat digunakan – Jujur – Mesra alam sekitar Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi – Arkitek – Pereka bentuk fesyen – Pereka bentuk industri. Definisi invensi Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya. Definisi inovasi Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna. Aplikasi prinsip invensi dan inovasi – Pertahanan – Pendidikan – Teknologi maklumat – Pembuatan – Kesihatan Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini – Telefon pintar pengesan gempa bumi – Pengesan ergo.


NOTA BAB 2 – PENGURUSAN PROJEK Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Definisi pengurusan projek reka bentuk Aktiviti kerja yang melibatkan skop kerja, tempoh masa,dan kos projek. Pengurusan projek reka bentuk – Mengawal pelaksanaan – Mengawal selia sumber yang terhad – Menentukan bilangan produk – Menyediakan pelan/lukisan reka bentuk produk – Merancang aktiviti projek Penjanaan idea bagi menyelesaikan masalah – Meniru apa sahaja di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk – Menterbalikkan fungsi sesuatu alat – Menukar saiz objek – Menterbalikkan kedudukan Langkah pengurusan projek – Pengawalan dari segi sumber, kos, kualiti, belanjawan – Penjadualan mengikut jadual kerja – Perancangan dari awal hingga projek siap. Tugas pengurus projek – Melakukan penentuan utama – penentuan subutama – matris organisasi atau pasukan – pengelolaan aktiviti Tujuan penjadualan – Mengelakkan kerugian masa dan kos – Mengelakkan pembaziran – Mengurus bahan mentah secara sistematik – Mengawal sumber tenaga pekerja Dengan menggunakan penjadualan blok hubungan aktiviti dan carta gantt/carta bar. Tujuan pengawalan – Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan – Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti. Analisis perancangan projek dan jadual kerja 1. Menentukan aktiviti jadual 2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan. 3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti. 4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti. 5. Membangunkan jadual. 6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet. Penyediaan anggaran kos – Kaedah unit/kuantiti : anggaran mengikut kuantiti barangan atau perkhidmatan – Konsep SMART S – Tujuan projek M – Pengukuran pengagihan kewangan A – Boleh dilaksanakan dan dicapai R – Kesesuaian dengan kehendak pengguna T – Tempoh masa dan sumber kewangan Kelebihan pembentukan kumpulan kerja – Individu : - Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan - Pengalaman dan pengetahuan ahli boleh dikongsi bersama. – Pasukan : - Memperoleh hasil yang optimum - Penglibatan yang menyeluruh. Pembentukan pasukan kerja – Pelbagaikan ahli pasukan – Bilangan ahli pasukan tidak terlalu besar – Membuat sistem ganjaran yang sistematik – Pilih ahli pasukan dengan teliti


NOTA BAB 3 – PROSES REKA BENTUK Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Definisi projek brief Proses perbincangan awal antara dua pihak, iaitu pengurus projek dengan pelanggan. Tujuan perbincangan Mendapatkan maklumat secara terus terang daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dibangunkan bersandarkan ciri-ciri projek brief. Ciri-ciri projek brief – Tajuk projek – Gambaran keseluruhan projek – Kriteria produk – Perancangan pengurusan projek – Analisis kajian – Lakaran idea – Mock-up/Model Ciri-ciri Pertimbangan Utama – Fungsi – Persembahan – Tujuan pasaran – Kuantiti – Stail/Gaya – Kualiti – Kos – Jangka Masa Fungsi 1. Apakah kegunaan produk ini ? 2. Di manakah produk ini digunakan ? Persembahan 1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan ? Tujuan pasaran 1. Siapakah yang akan menggunakannya ? 2. Siapakah pesaing yang wujud ? 3. Pengguna bagaimanakah yang akan menggunakan produk ini ? Kuantiti 1. Berapakah jumlah yang diperlukan ? Stail/Gaya 1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini ? 2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran ? Kualiti 1. Bagaimanakah kualiti pembuatannya ? 2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan yang istimewa ? 3. Apakah piawaian kualiti yang perlu dipatuhi ? Kos 1. Berapakah kos untuk menghasilkan satu unit produk ? 2. Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki ? 3. Berapakah anggaran kos terakhir ? Jangka Masa 1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan ? 2. Apakah produk sampingan yang perlu siap dalam jangka masa yang sama ?


NOTA BAB 4 – LAKARAN PIKTORIAL Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Definisi lakaran Lukisan menggunakan tangan bebas untuk menjana idea dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Jenis lakaran – Contengan – Perkembangan idea – Penerokaan – Persembahan – Teknikal – Digital Lakaran contengan – Lakaran yang tidak kemas dan tidak tersusun. – untuk penyediaan konsep produk Lakaran penerokaan – Lakaran perbandingan dengan produk yang sedia ada di pasaran dari aspek evolusi (trend), bentuk, saiz, bahan dan sebagainya. Lakaran teknikal – Lakaran yang menggambarkan perincian seperti ceraian, keratan rentas dan pelbagai sudut pandangan. Lakaran perkembangan idea – Lakaran yang menunjukkan semua proses lakaran penghasilan idea dari awal hingga akhir. Lakaran persembahan – Lakaran yang boleh membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka dengan menekankan elemen reka bentuk. – Lengkap dan mudah difahami Lakaran digital – Lakaran yang menggunakan perisian teknologi lakaran. Peranan lakaran dalam reka bentuk – Mempercepatkan pembangunan konsep – Asas komposisi untuk ilustrasi – Medium komunikasi antara pereka dengan pelanggan Lakaran Piktorial Sejenis lakaran yang memaparkan imej 3D yang memudahkan pereka menggambarkan bentuk atau mentafsir lukisan. Teknik lakaran piktorial – lakaran oblik – lakaran isometrik – lakaran perspektif Lakaran Oblik – dikenali sebagai lukisan serong. Lukisan ini bertujuan untuk mempamerkan objek dalam bentuk 3D – (i) Oblik kavalier (saiz penuh) (ii) Oblik kabinet (1/2 saiz penuh) (iii) Oblik am (3/4 saiz penuh) https://www.youtube.com/watch?v=SWj9qzYqz-0 Lakaran Isometrik – satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan tiga dimensi. – Isometri juga dibina dengan menggunakan tiga paksi.Salah satu daripada paksinya adalah menegak, manakala dua paksi yang lain dilukiskan di kiri dan kanan pada sudut 30o dari garisan mendatar https://www.youtube.com/watch?v=p-7c7icqXDE Lakaran Perspektif – salah satu kaedah terbaik dalam menghasilkan lakaran piktorial dalam bentuk 3D – boleh dihasilkan melalui kaedah satu titik, dua titik, atau tiga titik https://www.youtube.com/watch?v=bGdQnargBsE https://www.youtube.com/watch?v=p4ufnNGDNcM https://www.youtube.com/watch?v=xgU640aId6U


NOTA BAB 5.1 – REKA BENTUK FERTIGASI Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Asal perkataan ‘fertigasi’ ‘fertilization dan irrigation’ Definisi sistem fertigasi Satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Sistem hidroponik – Teknik aliran cetek – Teknik aliran dalam – Teknik takung – Teknik pasang surut – Aeroponik – Teknik pengairan titis (teknik agregat) Tujuan sistem fertigasi – Pemberian baja yang lebih berkesan – Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan kulat – Memudahkan kawalan serangga perosak dan penyakit Kelebihan sistem fertigasi – Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit – Kuantiti hasil lebih baik dan bermutu – Penggunaan baja lebih cekap dan jimat – Mengurangkan penggunaan racun – Mengatasi masalah penyakit bawaan tanah Komponen utama sistem fertigasi komersial – Tangki nutrien – pam air – penapis – paip ladang – Set penitis (dripper), tiub mikro, dan nipple – alat pengatur masa (timer) Keperluan asas – tangki larutan baja – larutan stok baja – media tanaman – biji benih – alat pengukur Media tanaman – coco peat – peat moss – sekam padi Biji benih – cili – tomato – tembikai susu Sistem pengairan fertigasi – Sistem pengairan percikan – Sistem pengairan semburan kabus – Sistem pengairan titis Langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi 1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi. 2. Pemotongan paip poli. 3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier. 4. Penyediaan set penitis. 5. Penyambungan paip tertier pada set penitis. 6. Penyambungan paip tertier pada paip sekunder. 7. Pemasangan injap penahan pada paip utama. 8. Melengkapkan pemasangan paip tertier. 9. Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli. 10. Memasukkan pam air ke dalam tangki nutrien. 11. Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer). 12. Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki. Teknik penyusunan sistem fertigasi – Sistem fertigasi jejari – Sistem fertigasi gegelang Definisi pengurusan tanaman Pengendalian proses dari awal hingga akhir penanaman. Kepentingan pengurusan tanaman – memastikan tanaman dalam keadaan sempurna – mengelakkan serangan perosak dan penyakit – meningkatkan kecekapan ladang


NOTA BAB 5.2 – REKA BENTUK FESYEN Perkara Huraian/Maksud/Contoh/Keterangan Definisi reka bentuk Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk. Definisi fesyen Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa. Definisi reka bentuk fesyen Satu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen – Pereka fesyen – Peramal fesyen – Tenaga pengajar fesyen – Perunding imej Jenis reka bentuk fesyen – Reka bentuk pakaian – Reka bentuk aksesori Definisi pakaian Penutup kepada badan dan anggota badan seperti tangan, kaki, dan kepala. Contoh : - seluar - kemeja - tudung - skirt Definisi aksesori Benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian. Contoh : - topi - kasut - beg - jam Definisi teknik cantuman Proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen. Kaedah cantuman – Kaedah jahitan – Kaedah sulaman – Kaedah tampalan – Kaedah lain Alatan – Alatan mengukur : - pembaris - pita pengukur – Alatan mendraf : - pembaris melengkung - pembaris sesiku L – Alatan memotong : - gunting kertas - gunting fabrik - kacip - penetas – Alatan menanda : - pensel tukang jahit - kapur penanda - roda surih dan kertas karbon - jarum peniti – Alatan menjahit : - jidal - jarum jahit tangan - mesin jahit - mesin sulaman – Alatan lain : - tweezer - pita selofan - stapler - pistol perekat panas Elemen reka bentuk fesyen – bentuk - warna - garisan - tekstur Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen – fabrik - benang - fabrik felt - kancing – butang hiasan - lapik dalam - pita perekat/velkro – dawai - getah - tali - bunga reben – bahan trimin - manik Penghasilan reka bentuk fesyen 1. Pilih tema dan reka bentuk produk 2. Tinjauan dan penyelidikan 3. Penjanaan idea 4. Pembinaan mock-up 5. Pengujian dan penambahbaikan Langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen 1. Sediakan bahan dan alatan 5. Memotong 2. Mengukur 6. Mencantum 3. Mendraf 7. Kemasan 4. Menanda 8. Produk siap


Click to View FlipBook Version