BUKU
PERATURAN
SEKOLAH
MAKLUMAT MURID
NAMA
TAHUN
KELAS
PERKARA HALAMAN
Kata-kata Aluan Guru Besar 5
Aku Janji Murid SK Bandar Bukit Kayu Hitam 6
Pengakuan Penjaga 6
Lagu Sekolah SKBBKH 7
Ikrar Murid 7
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 8
Objektif Peraturan Unit Disiplin Sekolah 9
Peraturan-Peraturan Sekolah 10
Jenis-jenis Kesalahan Disiplin 19
Jenis-jenis Hukuman 30
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 36
PUAN KHALIJAH BINTI OTHMAN
GURU BESAR
SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izin-Nya, julung-
julung kalinya Buku Peraturan Sekolah dapat dihasilkan. Kandungannya yang
disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada murid-murid dan guru-
guru ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya
meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang kurang masalah
disiplin. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid,
PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah peningkatan mutu
disiplin sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga
sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik
untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang
kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam
menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah
SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta
mendapat kejayaan dan keredaan-Nya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan
usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta
menjadi kebanggaan kita bersama.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
KHALIJAH BINTI OTHMAN
GURU BESAR
SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
MOTO SEKOLAH
“Berilmu, Beramal, Berbakti”
NAMA MURID :________________________________
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa mematuhi
segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya
melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan
bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan
kesalahan yang telah saya lakukan. Persetujuan ini dibuat atas kesedaran dan
kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.
Tandatangan murid: .................................................
Nama : _________________________________
Tarikh : _________________________________
PENGAKUAN PENJAGA
Saya _______________________________________ penjaga / ibubapa kepada
_______________________________ mengakui telah membaca buku peraturan
murid ini dan bersetuju menasihati anak / anak jagaan saya supaya mematuhi
peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan murid ini. Saya
memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan
menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan anak / anak jagaan saya.
Tandatangan penjaga: ...............................................
Nama : _________________________________
No K/P : _________________________________
Tarikh : _________________________________
No telefon : _________________________________
06 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
Nun di utara, tersergam indah,
Sekolahku yang ternama,
Semangat juang yang takkan hilang,
Nan harapan yang gemilang
Berilmu, beramal, berbakti,
Peganganku yang abadi,
Ayah bonda sentiasa menanti,
Takkan dikau menangis,
Hanya dikau, hanya hanya dikau,
Harapan berbunga,
Sekolah indah sekolahku indah,
Tempatku bermula,
Di sini oh guru tercinta,
Mendidikku saban masa,
Berjaya sentiasa berjaya,
SKBBKH berjaya
Bahawasanya,
Kami murid-murid di sekolah ini
Dan sebagai rakyat Malaysia berikrar
Akan belajar bersungguh-sungguh
Serta berusaha dan akan menumpukan seluruh tenaga kami
Untuk mencapai cita-cita Rukun Negara
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
UNIT DISIPLIN Kedaulatan undang-undang
HAL EHWAL MURID Kesopanan dan kesusilaan
BUKU PERATURAN SEKOLAH | 07
VISI DAN MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI KPM
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”
MISI KPM
“Melestarikan Sistem Pendidikan
yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
08 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
OBJEKTIF
PERATURAN
UNIT DISIPLIN SEKOLAH
OBJEKTIF
PERATURAN SEKOLAH
1. Untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia
demi kesempurnaan masyarakat.
2. Untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati
antara satu dengan lain, dan mempunyai
semangat tolong-menolong.
3. Untuk menjadikan pelajar insan yang
bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan
menjadi warganegara yang baik.
4. Untuk memberi layanan dan hak sama rata
kepada semua pelajar.
5. Untuk membantu Guru Besar/Pengetua dan guru-
guru dalam menjaga keharmonian, ketenteraman
dan kelicinan pentadbiran sekolah.
6. Untuk menentukan bahawa mereka yang bersalah
akan menerima hukuman yang setimpal dengan
kesalahan mereka.
UNIT DISIPLIN OBJEKTIF
HAL EHWAL MURID HUKUMAN SEKOLAH
1. Mencegah pelajar yang bersalah daripada
mengulangi kesalahan mereka.
2. Mencegah pelajar yang lain daripada melakukan
kesalahan yang sama.
3. Mengawal pelajar yang berbahaya atau
bermasalah daripada mempengaruhi pelajar yang
lain.
4. Memastikan setiap kesalahan yang terbukti dan
sabit kesalahannya akan mendapat hukuman
yang setimpal.
5. Memperbaiki perilaku pelajar yang bersalah.
BUKU PERATURAN SEKOLAH | 09
Berikut adalah butir-butir peraturan sekolah ini. Semua pelajar wajib pada
setiap masa mematuhi semua peraturan-peraturan yang termaktub di
bawah ini :
BIL PERKARA PERATURAN
1. Pendaftaran q Semua pelajar wajib berdaftar sebagai pelajar
SK Bandar Bukit Kayu Hitam
2. Hari Persekolahan q Ahad hingga Khamis
q Mengikut arahan pihak jabatan dan pihak sekolah.
3. Waktu Persekolahan
Rasmi q Jumlah hari persekolahan setahun adalah
Ahad –Khamis
Hari Kokurikulum tidak kurang daripada 190 hari.
q Pelajar wajib hadir ke sekolah melainkan dalam
Hari Gantian/Kelas
Tambahan keadaan tertentu dengan sebab yang
munasabah.
q Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab
akan dikenakan tindakan tatatertib.
Tahap 1
Ahad : Bermula jam 7:30 pagi dan berakhir pada
1:15 tengah hari
Isnin hingga Khamis: Bermula jam 7:30 pagi dan
berakhir pada 12:45
Tahap 2
Ahad hingga Isnin: Bermula jam
7:30 pagi dan berakhir pada jam 1:45 tengah hari
Selasa hingga Khamis: Bermula jam 7:30 pagi
dan berakhir pada jam 1:15 tengah hari
Rabu: Kokurikulum bermula pada jam 1.15 petang
dan berakhir pada jam 3.15 petang.
q Waktu Hari Persekolahan Gantian dan Kelas
Tambahan adalah sama dengan waktu
persekolahan rasmi melainkan diberitahu
oleh pihak sekolah.
q Wajib hadir ke sekolah selewat-lewatnya 5
minit sebelum masa pertama PdPc berjalan.
q Pelajar yang bertugas mesti hadir lebih awal
untuk bertugas membersihkan kelas.
q Tidak dibenarkan balik/keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Guru
Besar.
10 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
4. Perhimpunan
q Semua pelajar wajib hadir.
Sekolah/ Majlis q Berpakaian seragam sekolah lengkap dan kemas.
Rasmi Sekolah q Mematuhi peraturan yang ditetapkan.
q Menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri
5. Proses Pengajaran
dan pembelajaran dan Lagu Sekolah serta lagu-lagu yang
dalam Kelas diarahkan oleh juru acara dengan penuh
semangat dan berdisiplin.
6. Waktu Rehat q Dilarang melakukan perkara yang
boleh mengganggu majlis.
q Wajib berada dalam kelas sebelum guru masuk.
q Tidak dibenarkan keluar tanpa izin guru, berdiri di
luar kelas dan merayau-rayau selepas tamat
sesuatu mata pelajaran. Murid perlu memakai
KAD PAS KEBENARAN KELUAR.
q Menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan.
q Tidak melakukan perbuatan yang boleh
mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
q Wajib membawa buku teks, buku nota, buku
kerja, buku latihan (mengikut arahan guru)
q Terlibat secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
q Membuat tugasan yang diberikan guru.
q Sebarang pengumuman tidak dibenarkan
dibuat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
berjalan (kecuali mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah).
Tahap 1
9:45 - 10:15 pagi
Tahap 2
10:15 – 10:45 pagi
q Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas.
q Pelajar dilarang sama sekali makan dan
minum dalam kelas.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 11
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
7. Pakaian LELAKI
Seragam BAJU :
Sekolah q Kemeja Putih
q Berlengan pendek (panjang lengan tidak
kurang 2cm daripada siku) atau
q Berlengan panjang (Jika dilipat, hendaklah
dilipat ke paras siku)
q Tidak Ketat/kecil
q Labuh kemeja mestilah sekurang-kurangnya
20cm daripada paras pinggang
q Tidak dinilakan.
q Kain cotton/Kapas dan tetron sahaja.
q Wajib memakai lencana sekolah.
q Sentiasa kemas dan baju sentiasa dimasukkan
ke dalam seluar sekolah (tug in)
SELUAR :
q Seluar panjang yang menutupi buku lali.
q Berwarna biru gelap (blue black)
q Fesyen biasa (Tidak Ketat/Sendat dan tidak
berciri seluar jeans)
q Poket tidak melebihi 3 buah (dua tepi dan
satu belakang tidak bertutup dan bukan
jenis bertampal.
q Purata ukuran kaki seluar ialah 16cm – 20cm
PEREMPUAN
BAJU :
q Kemeja Putih & Pinafore berwarna blue
black separa lutut. Atau
q Baju Kurung Tradisional/biasa (teluk belanga) dan
sentiasa berbutang.
q Tidak dinilakan.
q Kain dari jenis cotton atau tetron.
q Tidak nipis dan ketat sehingga
menampakkan bentuk badan.
q Poket hanya sebelah tepi sahaja.
q Poket depan tidak dibenarkan.
12 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
8. Pakaian semasa SKIRT/KAIN:
Pendidikan q Biru gelap
Jasmani q Tidak Ketat
q Kain menutup buku lali.
9. Baju Dalam
TUDUNG :
UNIT DISIPLIN Pelajar Perempuan beragama Islam wajib memakai
HAL EHWAL MURID tudung.
q Warna putih, berbentuk 3 segi atau seakan-
akan bulat.
q 6 inci melepasi bahu, hujung depan
mengenai pusat dan hujung belakang
separas siku.
q Tudung dalam (anak tudung) mestilah
berwarna putih.
q Tudung dalam (anak tudung) berwarna
dibenarkan untuk Badan Sokongan
Sekolah sahaja.
q Semua pelajar wajib mengikut Pendidikan
Jasmani dan tidak boleh berada di dalam kelas
semasa pelajar lain mengikuti Pendidikan
Jasmani.
q Wajib memakai T-Shirt sekolah yang lengkap.
q Memakai seluar track suit berwarna hitam atau
biru tua.
q Memakai kasut sekolah
q Tidak dibenarkan memakai seluar jogging pants.
LELAKI
q Singlet berlengan atau tidak.
q Berwarna putih sahaja, tidak bergambar,
bertulis atau berconteng.
PEREMPUAN
q Singlet (Camisole) putih dan berkain dalam.
q Singlet (camisole) tidak bertali kecil,
bercorak, bergambar dan sebagainya.
BUKU PERATURAN SEKOLAH | 13
BIL PERKARA PERATURAN
10. Tali Leher
q Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan.
11. Lencana q Pengawas (Merah hati)
12. Tanda Nama q Tidak diconteng dengan sebarang bentuk/corak.
13. Tali Pinggang q Panjang tali leher tidak melebihi paras pusat.
14. Kasut q Wajib dipakai dengan kemas sepanjang masa
15. Stoking persekolahan.
q Lencana yang telah ditetapkan oleh sekolah.
q Wajib dijahit penuh sebelah kiri atas poket
atau tudung atau pinafore.
q Wajib dipakai setiap masa.
q Wajib dipakai setiap masa.
q Wajib dijahit penuh di sebelah kiri atas poket dan
di bawah lencana.
q Tidak diconteng atau dilukis dengan
sebarang bentuk/corak.
q Digalakkan dipakai dengan lebar 3cm/1
inci sahaja dan berkepala kecil.
q Warna hitam dan hijau sahaja dibenarkan.
q Kain kanvas hitam.
q Jika berjalur-jalur yang halus berwarna hitam/biru
tua di sekeliling tapak kasut sahaja dibenarkan.
q Kasut kulit, boot, high cut, jenama Convers
tidak dibenarkan.
q Tali kasut tidak panjang dan tidak dililit di kaki.
q Kasut wajib mengikut saiz yang sesuai.
q Wajib dipakai.
q Warna hitam tanpa jalur atau sebarang
warna/gambar.
q Tidak pendek (sekurang-kurangnya 7-10cm/ 4-5
inci dari paras buku lali)
14 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
16. Rambut
LELAKI
17. Beg Sekolah q Ukuran rambut 3/2/2 atau 3/3/3 (ikut potongan
18. Jam Tangan mesin rambut)
q Tidak berfesyen.
q Wajib berambut pendek setiap masa.
q Side burn tidak melebihi garis tengah
hidung/anak telinga.
q Membotakkan kepala tidak dibenarkan.
PEREMPUAN
q Diikat jika jatuh hingga ke bahu.
q Warna reben yang dibenarkan hanya warna
hitam/biru gelap/putih.
q Hujung rambut depan tidak menutupi mata
dan wajib diklipkan (klip warna hitam sahaja)
q Tidak diwarnakan.
q Pelajar wajib membawa beg ke sekolah.
q Beg jenis kulit, jeans dan plastik tidak dibenarkan.
q Saiz beg sekurang-kurangnya 1 kali (30cm
lebar dan 2 kaki (60cm) panjang.
q Hanya beg belakang sahaja dibenarkan dan
bertali 2.
q Beg bergambar atau berlogo besar, berconteng
dan mempunyai tulisan yang besar
tidak dibenarkan.
q Beg berunsurkan sesuatu yang negatif adalah
dilarang.
q Aksesori di beg tidak dibenarkan.
q Tidak besar dan tidak berfesyen.
q Jam berkamera tidak dibenarkan.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 15
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
19. Telefon Bimbit
20. Misai dan Janggut q Tidak dibenarkan sama sekali membawa
21. Perhiasan Diri telefon bimbit ke sekolah.
22. Harta Benda Sekolah q Pihak sekolah tidak bertanggungjawab
atas kehilangan peralatan tersebut.
23. Keceriaan dan
Kebersihan q Tidak dibenarkan melainkan bulu roma halus
Sekolah yang tumbuh bagi pelajar yang beransur
baligh.
q Dilarang membawa alat solek ke sekolah
termasuk celak mata.
q Semua jenis barang kemas adalah
dilarang dibawa ke sekolah.
q Dilarang memakai sebarang jenis barang kemas
(lelaki dan perempuan)
q Tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang dan
mewarnakan rambut.
q Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
atas kehilangan barang kemas yang dibawa ke
sekolah.
q Dilarang sama sekali menconteng
bangunan sekolah dan semua harta benda
sekolah.
q Semua pelajar wajib menjaga harta
benda sekolah.
q Harta benda sekolah meliputi semua yang ada
dalam kawasan sekolah termasuklah harta milik
guru serta kakitangan bukan mengajar dan
semua harta milik kerajaan.
q Pelajar wajib membersihkan kelas setiap hari
sebelum masa pertama (pagi) dan waktu
akhir (petang)
q Pelajar wajib menjaga kebersihan diri,
persekitaran dan keceriaan sekolah.
q Pelajar dilarang membuang sampah dan
berludah di merata-rata tempat.
q Pelajar wajib mengutip sampah di
kawasan sekolah.
16 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
24. Alat q Tidak dibenarkan sama sekali membawa
Komunikasi, peralatan video/rakaman dan kamera (pelajar
Peralatan perlu mendapat keizinan guru disiplin dengan
Video/Rakaman, syarat terdapat pemantauan daripada guru
Kamera semasa menggunakannya.
q Tindakan merampas akan diambil jika ingkar.
q Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika
peralatan itu hilang, rosak atau musnah
semasa dalam simpanan pihak sekolah.
q Jika terdapat kehilangan semasa peralatan
tersebut di bawa ke sekolah, pihak sekolah
tidak akan bertanggungjawab.
25. Membawa Komputer q Membawa komputer riba atau media storan
Riba atau media seperti kad memori, disket, CD dan DVD atau
storan seperti kad apa jua bahan multimedia adalah dilarang.
memori, disket, CD
dan DVD atau apa jua q Penggunaan jika dibenarkan hendaklah di
bahan multimedia bawah penyeliaan dan pemantauan ketat guru
mata pelajaran. Sebarang penyalahgunaan atau
26. Pemadam jenis pembawaan alat atau bahan tanpa kebenaran
cecair dan peralatan atau penyeliaan guru akan dirampas.
tajam/berbahaya
q Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
jika alat/bahan tersebut hilang semasa di
sekolah.
q Penggunaan bahan pemadam jenis cecair adalah
dilarang dan boleh dirampas tanpa perlu
dikembalikan.
q Pelajar dilarang sama sekali membawa
peralatan tajam/berbahaya ke sekolah.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 17
HAL EHWAL MURID
BIL PERKARA PERATURAN
27. Penyalahgunaan
q Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memuat
internet/media naik apa jua bahan, video atau gambar
elektronik dan berkaitan dengan aktiviti sekolah atau pelajar
media massa. di sekolah, di media massa dan internet/media
elektronik.
28. Peras Ugut dan Buli
q Siasatan akan dibuat, dan jika terbukti pelajar
29. Kawasan Larangan bersalah, tindakan disiplin seperti gantung
atau buang sekolah akan diambil.
30. Surat/Borang Sakit
q Laporan polis juga akan diambil
terhadap kesalahan yang dilakukan.
q Kes peras ugut dan buli adalah satu
kesalahan yang amat serius.
q Tindakan rotan, gantung atau buang
sekolah boleh dikenakan atas kesalahan ini.
q Laporan polis juga akan dibuat.
q Kawasan Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru,
Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, Bilik
Gerakan, Bilik ICT, Bengkel RBT, kawasan
meletak kenderaan, prasekolah, flat guru dan
kawasan dengan tanda amaran adalah kawasan
larangan.
q Dapatkan kebenaran guru sebelum
memasuki kawasan yang disenaraikan.
q Pelajar boleh memohon surat/borang sakit
untuk tujuan ke hospital atau klinik daripada
Guru Bertugas.
q Sila kembalikan keratan surat sakit kepada
guru kelas setelah mendapatkan rawatan
daripada hospital atau klinik.
q Pelajar tidak boleh meninggalkan kawasan
sekolah tanpa disertai oleh ibu bapa atau penjaga
yang diperakui.
18 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
BUKU
PENGURUSAN
DISIPLIN
JENIS-JENIS KESALAHAN
DISIPLIN
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 19
HAL EHWAL MURID
I. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan
seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia
ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau
murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang
bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang
hendak dicapai.
II. Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh –sungguh
pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu
ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh
dibuang sekolah.
III. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
Tindakan : Hukuman :
1. Hubungi ibu/bapa/penjaga.
2. Hubungi agensi berkaitan/polis. 1. Amaran keras.
3. Laporkan kepada JPN. 2. Digantung persekolahan tidak melebihi
4. Kaunseling.
5. Mendokumentasikan. 14 hari.
3. Dibuang sekolah.
4. Mahkamah.
Kuasa Pelaksana :
1. Guru Besar.
2. Guru yang diberikuasa.
20 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
q A01 : Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau bersubahat dalam
kegiatan dadah berbahaya.
q A02 :
q A03 : Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau
serta rokok elektronik (vape).
q A04 :
q A05 : Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol
q A06 : atau sebarang benda yang memabukkan/ mengkhayalkan.
q A07 :
q A08 : Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
q A09 : Membunuh/menyebabkan kematian/cuai menyebabkan kematian.
q A10 : Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan.
q A11 :
Biadap dan tingkah laku tidak sopan.
q A12 :
Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan/harta
q A13 : benda.
q A14 :
Membawa/menyimpan/menggunakan senjata api, senjata berbahaya,
q A15 : bahan letupan atau alat berbahaya.
Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain.
Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan.
Menganjur, melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam
pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan
rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap
/gengsterisme.
Melacur/menjadi bohsia/bohjan/ gigolo/ lesbian/ gay dan kecelaruan
gender.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 21
HAL EHWAL MURID
q A16 : Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
/bercumbuan.
q A17 :
qA18 : Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang
q A19 : mencemarkan nama sekolah.
q A20 : Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan orang lain.
q A21 : Menulis perkataan atau melukis gambar lucah.
q A22 :
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
q A23 : merusuh.
q A24 : Menyalahgunakan alat permainan, atau bahan-bahan multimedia.
q A25 : Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
q A26 :
q A27 : Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut), selama 31
q A28 : hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan.
q A29 :
Menganggu/menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan
q A30 : tugas.
q A31 : Mengedar, memiliki , membawa , melukis dan mempamerkan bahan
lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan perbuatan lucah.
Melakukan hubungan yang mencurigakan.
Tidak amanah, menipu dan meniru ketika ujian/peperiksaan.
Melibatkan diri dalam ajaran sesat /parti-parti politik dan menyebarkan
fahaman serta mengedar risalah atau lambang-lambang.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Jawatankuasa sekolah.
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga kali.
22 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
PERINGATAN
Guru Besar dan guru yang diberi kuasa diingatkan bahawa setiap kesalahan berat
yang serius yang melibatkan undang-undang negara adalah DIMESTIKAN
melaporkan kejadian tersebut kepada pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan
segera. Di antara jenis-jenis kesalahan yang serius adalah seperti berikut :
1. Membunuh/menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian
2. Pengedaran dadah berbahaya
3. Mengugut /Pemerasan
4. Rogol / Mencabul kehormatan
5. Gaduh berkumpulan/ dengan senjata api /Merusuh
6. Memiliki /Menggunakan senjata api / bahan letupan
7. Mendatangkan cedera parah
8. Menculik
9. Membawa / mengedar bahan-bahan lucah
10. Samun / merompak / mencuri
11. Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 23
HAL EHWAL MURID
I. Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan
kemudaratan kepada diri, murid lain atau pihak lain.
II. Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh
murid itu melakukannya yang boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain
dan kemudaratan, keharmonian sistem pendidikan di sekolah.
III. Lebih meningkat perlakuan negatif yang didatangkan maka lebih tinggi
hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.
IV. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
Tindakan : Kuasa Pelaksana :
1. Surat kepada ibubapa/penjaga 1. Pengetua.
2. Kaunseling 2. Guru Besar.
3. Mendokumentasikan 3. Guru yang diberi kuasa.
Hukuman :
1. Amaran keras.
2. Digantung persekolahan tidak melebihi 14 hari.
3. Dibuang sekolah.
4. Mahkamah
24 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
q B01 : Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
q B02 :
q B03 : Keluar dari sekolah tanpa kebenaran.
q B04 :
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
q B05 :
q B06 : Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan
q B07 : kebangsaan.
q B08 :
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
q B09 :
q B10 : Mencukur bulu kening bagi pelajar perempuan.
q B11 : Menconteng pada harta benda sekolah dan orang lain.
q B12 : Memakai barang kemas/perhiasan diri keterlaluan, menindik telinga/
q B13 : lidah/ hidung/ bawah bibir dan memakai subang lebih daripada satu
pada bawah cuping telinga.
Melukis tatu (tattoo),memakai inai pada anggota badan.
Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga ( 3 ) kali.
Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh pengetua.
* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian,
hendaklah berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai
sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 25
HAL EHWAL MURID
I. Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang
dibekalkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak
dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah,
berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.
II. Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku
dilihat sebagai kurang dikenakan hukuman lebih berat lagi.
III. Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih
tingkat pula hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran
Ketiga.
IV. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
Tindakan : Kuasa Pelaksana :
1. Surat kepada ibu bapa/penjaga. 1. Guru Besar
2. Kauseling. 2. Guru yang diberikuasa
3. Mendokumetasikan.
Hukuman :
1. Amaran Satu.
2. Amaran dua.
3. Amaran akhir
26 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
q C01 : Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah sehingga
mengganggu.
q C02 : Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
q C03 : Berjalan-jalan (berkeliaran) tanpa kebenaran dalam kawasan sekolah
sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
q C04 :
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
q C05 : Memasuki kawasan larangan.
q C06 : Mengganggu guru.
q C07 : Lewat masuk ke kelas.
q C08 : Mengotorkan kelas.
q C09 :
q C10 : Tidak duduk setempat.
Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut yang berjuntai
(pelajar perempuan).
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 27
HAL EHWAL MURID
Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi
tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga
atau doktor perubatan.
1. Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut.
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau
berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa
atau penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.
2.Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-
selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa
atau penjaga atau doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.
PENGERTIAN PONTENG KELAS
I. Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas
dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran.
II. Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.
PENGERTIAN PONTENG ACARA RASMI
I. Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan
hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
28 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN/ PEKELILING/
HUKUMAN AKTA
P01 PONTENG BERTERUSAN
Ø 3 hari berturut-turut Ø Amaran pertama Peraturan-
: Kauseling peraturan
Pelajaran Disiplin
Ø 7 hari selepas Ø Amaran kedua Sekolah 1959.
amaran pertama : Kaunseling
Pekeliling
Ø 7 hari selepas amaran kedua Ø Amaran ketiga Ikhtisas :
: Kaunseling Bil.6/1995
Ø 14 hari selepas
amaran ketiga Ø Buang sekolah Peraturan-
peraturan
Jumlah keseluruhan : 31 Ø Amaran pertama Pelajaran Disiplin
hari : Kaunseling Sekolah 1959.
P02 PONTENG TIDAK
BERTURUTAN/ BERKALA Ø Amaran kedua Pekeliling
Ø 10 hari : Kaunseling Ikhtisas :
Bil.6/1995
Ø 10 hari selepas Ø Amaran ketiga
amaran pertama : Kaunseling
Ø 20 hari selepas Ø Buang sekolah
amaran kedua
Ø 20 hari selepas
amaran ketiga
Jumlah keseluruhan : 60
hari
NOTA : Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan seperti berikut :
Ø ( S ) jika pelajar tidak datang dengan bersebab
Ø ( P ) jika pelajar tidak datang tanpa sebab (Ponteng)
Rujukan : Buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 29
HAL EHWAL MURID
BUKU
PENGURUSAN
DISIPLIN
JENIS-JENIS HUKUMAN
30 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu
salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :
I. Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang
sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat
memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
II. Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang
dihukum.
III. Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas
yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.
IV. Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera
(corporal punishment) , Penahanan (detention) dan Amaran.
PENGERTIAN PEMBUANGAN SEKOLAH
I. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati
bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras
dengan Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
II. Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang
mengganggu berulang kali didapati tidak berubah selepas tindakan
memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau tingkah lakunya
mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap
keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan
pembuangannya dari sekolah.
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 31
HAL EHWAL MURID
PENGERTIAN PENGGANTUNGAN SEKOLAH
I. Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid
itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat
sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehinggan tidak lebih
14 hari persekolahan.
II. Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu
sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan
mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya. Pengetua/Guru
Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu
sehingga tidak lebih 14 hari.
III. Penggantungan yang di buat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan
hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua/
Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
IV. Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup
untuk membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.
PENGERTIAN HUKUMAN DERA (CORPORAL PUNISHMENT)
I. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid perempuan)
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
II. Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid.
Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.
III. Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh guru yang berdaftar
yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan
(Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah ) 1959.
IV. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan
pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian
punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang
secara nyata dalam Perkara 5 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
32 | BUKU PERATURAN SEKOLAH UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID
PENGERTIAN HUKUMAN PENAHANAN (DETENTION)
I. Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat
(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan
menggunakan masa lapangnya.
II. Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam
seseorang itu ditahan.
III. Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid
berkenaan dan juga murid yang lain.
IV. Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan
membina.
PENGERTIAN HUKUMAN AMARAN
I. Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang
diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan
murid yang telah melakukan salah laku itu.
II. Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kerana berpendapat bahawa
kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
III. Tindakan hukuman merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku
ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16
UNIT DISIPLIN BUKU PERATURAN SEKOLAH | 33
HAL EHWAL MURID
DISEDIAKAN OLEH: UNIT DISIPLIN
UNIT DISIPLIN, HAL EHWAL MURID HAL EHWAL MURID
EN. SHAHRIMAN BIN ABU BAKAR (PK HEM)
PN. NORSHAHAWATI BINTI HANAFI
PN. HINDON BINTI DOII
34 | BUKU PERATURAN SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.