Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 E-FOLIO SEJARAH MALAYSIA I - S I S W A SESI II : 2022/2023 MPU21032/SESI II ETIKA DAN PERADABAN PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 Punca Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku Pengajaran yang diperoleh daripada Peristiwa 13 Mei 1969 R M 2 5.0 0
ISI KANDUNGAN Pengenalan latar belakang punca peristiwa 13 mei 1969 berlaku kesan daripada peristiwa 13 mei 1969 p eng a j aran y ang di p erol eh dari p ada p eri s t iwa ini kesimpulan rujukan 1 2 3-6 7-13 14 15 16
KUCHING SARAWAK KATA PENASIHAT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majalah I-Siswa merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN. Tugasan ini telah mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan dan kemasyarakatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DEE2C-S3, Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi II 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah I-Siswa untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat kerajaan membentuk Agenda Keluarga Malaysia. Pn. Natrah Binti Mat Noor Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak Muhammad Aiman Asyraf 05DEE22F1036 Macxandrea Odella Avriell 05DEE22F1039 Christy Fendy 05DEE22F1027 Alex Toh Ting Ren 05DEE22F1030 Fabio Lione 05DEE22F1078 Kumpulan 2
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga. Keputusan pilihan raya menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong parti politik yang memprovokasikan keadaan. Situasi ini mencetuskan rusuhan antara kaum di negara kita. Rusuhan yang berlaku lebih tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan Kawasan di sekitarnya. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pemerintah kemudian memberlakukan darurat nasional dan melakukan tindakan keras terhadap kerusuhan tersebut. Pengenalan Setelah kejadian tersebut, kerajaan Malaysia mengambil tindakan dengan memperkenalkan dasar - dasar baru seperti Dasar Ekonomi Baru , yang bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik di Malaysia. 1
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi di Malaysia dan dipicu oleh ketegangan politik antara kelompok etnik Cina dan Melayu. Pada waktu itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang didominasi oleh etnik Cina telah memenangkan sebahagian besar kerusi di parlimen dan memperoleh dukungan yang kuat dari etnik Cina di Malaysia. Ketegangan semakin memuncak ketika terjadi insiden perkelahian antara kelompok etnik Cina dan Melayu di Kuala Lumpur pada 11 Mei 1969, yang mengakibatkan beberapa korban jiwa. Seterusnya, kekerasan dan kerusuhan pecah di seluruh negeri dan mencapai puncaknya pada 13 Mei 1969. Banyak kedai dan rumah milik etnik Cina dijarah dan dibakar oleh mayarakat Melayu. Kekerasan ini mengakibatkan kematian lebih dari 200 orang dan ribuan orang lainnya terluka dan kehilangan tempat tinggal. Setelah peristiwa ini, pemerintah Malaysia mengambil tindakan keras untuk mengendalikan situasi. Undang-undang Darurat dinyatakan. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan salah satu peristiwa paling traumatis dalam sejarah Malaysia, dan masih dikenang dengan rasa sedih dan kecemasan oleh masyarakat Malaysia hingga saat ini. Melalui peristiwa ini memberi banyak pembelajaran serta impak-impak yang positif mahu pun negatif yang telah berlaku. LATAR BELAKANG 2
Punca Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk tentera Jepun berbanding dengan orang-orangMelayu.Keadaaniniberikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu danCina. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Umpamanyaorang-orang Cina tinggaldi bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayutinggaldiluarbandarsebagaipetaniataunelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomimerekatidakseimbang. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS 3 Ditulis oleh: Macxandrea Odella Avriell
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempatempataliraninimempunyai kukurikulumyang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kukurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina, india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu. Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hatidenganperlaksanaannya. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat sematamata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh partiparti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. 4
PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia"(Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orangMelayuataubumiputeradihapuskan. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbang- kan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan pengunaanbahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasirbin Ismail. 5
PUNCA TERJADINYA PERISTIWA 13 MEI 1969 Layanan Berat Sebelah oleh Tentera Jepun Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Latar Belakang Pendidikan yang Berbeza Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu Pertelingkahan Parti Politik Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara 6
kesan daripada peristiwa 13 mei 1969 Majlis Muhibah yang telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN . Majlis ini telah dipimpin oleh Tunku abdul Rahman Putra Al-Haj . Ia diwujudkan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat , daerah , dan negeri. Berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969 . Bermula dari titik tolak inilah , pihak kerajaan melalui majlis muhibah negara telah mula melaksanakan kumpulan kaum di Malaysia dengan usaha yang pelbagai . Antaranya adalah seperti menubuhkan kawasan rukun tetangga sebagai langkah penting bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik , bahasa , dan agama . Kawasan rukun tetangga ini telah dipraktikan secara menyuluruh di peringkat kampung dan juga di bandar sejak peristiwa tersebut sehinggalah sekarang . Selain itu , Majlis Muhibah berperanan mengkaji masalah - masalah sosial dan kebajikan awam serta bekerjasama dengan pihak - pihak berkuasa atau jabatan - jabatan kerajaan yang berkenaan untuk menghapuskan kesulitan dan salah faham bagi membantu dalam penyusunan kerja - kerja sukarela dalam lapangan sosial dan kebaikan di berbagai peringkat , diperlukan oleh pertubuhan - pertubunhan yang berkenaan . Ditulis oleh: Aiman Asyraf 7
Kesan-kesan berlakunya peristiwa 13 Mei Pengisytiharan darurat Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pembentukan Majlis perundingan PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN RAKYAT (MAGERAN) PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 8
Pengisytiharan darurat Pada 15 Mei 1969, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei. Ia berlaku akibat berlakunya provokasi perkauman setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Rusuhan kaum ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa,kecederaan, hilang percaya diri dan kemusnahan harta benda yang serius. Tragedi ini mempunyai kaitan dengan keputusan pilihan raya umum 1969. Parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasankawasan Kuala Lumpur. Saat itu penyokongpenyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika akibat kemangan dalam pilihan raya tersebut. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan kemarahan mula membara di dalam jiwa. Keadaan ini berlaku di luar kawalan dan menyebabkan perintah berkurung diadakan oleh kerajaan dan juga Majlis Keselamatan Negara yang telah ditubuhkan dibawah Tun Abdul Razak. Beliau kemuadiannya mengisytiharkan darurat untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Jika tindakan ini tidak terkawal, maka akan lebih banyak keganasan yang akan berlaku. Tun Abdul Razak juga memberi masa kepada pihak yang terlibat untuk bertenang dan berfikir secara rasional tentang tindakan mereka. Usaha Tun Abdul Razak ini juga ialah cubaan untuk menghentikan kekacauan yang timbul dalam masa yang singkat. 9
Dasar Ekonomi Baru(DEB) Di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) kita telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru atau ringkasnya DEB yang meliputi tempoh 1971-1990. Kita telah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang pesat walaupun kita memberi perhatian serius terhadap reformasi sosial dan ekonomi melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi supaya perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. DEB merupakan titik permulaan proses 'social engineering' yang kita laksanakan bagi menangani masalah ketidakseimbangan kedudukan kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) kita telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru atau ringkasnya DEB yang meliputi tempoh 1971-1990. Kita telah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang pesat walaupun kita memberi perhatian serius terhadap reformasi sosial dan ekonomi melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi supaya perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. DEB merupakan titik permulaan proses 'social engineering' yang kita laksanakan bagi menangani masalah ketidakseimbangan kedudukan kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Bagi Bumiput e ra yang be tul-be tul be rkebol ehan dan sudah mencapai ke jayaan, pe luang dibe r i me lalui penswastaan supaya pe rniagaan dan pe rusahaan yang be sar bol eh dimiliki dan diurus ol eh me r eka s endi r i. Ini menjadi agenda yang penting ke rana DEB tidak akan dianggap be r jaya jika imbangan antara kaum t e rhad kepada kegiatan ke c il-ke c ilan dengan pendapatan yang r endah. Walaupun s epe r ti biasa ada pihak yang cuba mengapikan kebenc ian kepada korporat Bumiput e ra yang be r jaya dan kaya- raya, t e tapi kemarahan Bumiput e ra akan l ebih tinggi jika yang kayaraya, yang tinggal dalam mahligai, yang be rke r e ta Me r c ede s dan memiliki pe sawat t e rbang s endi r i hanyalah bukan Bumiput e ra. Kemarahan orang t e r t entu kepada Bumiput e ra yang kaya adalah dis ebabkan ol eh politik dan pe rasaan i r ihati biasa kepada Bumiput e ra yang l ebih be r jaya dar ipada di r i me r eka s endi r i. Pe rasaan ini pula diapi-apikan ol eh orang asing yang me lihat dasar menolong Bumiput e ra s ebagai halangan t e rhadap me r eka untuk me raih keuntungan be sar dengan memiliki syar ikat-syar ikat ge rgasi di Malaysia me lalui pros e s penswastaan. 10
Pembentukan Majlis perundingan Majlis ini dilancarkan pada bulan Januari 1989 telah memberi banyak input dalam menggubal Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua . Proses perundingan antara wakil - wakil masyarakat pernah diadakan sebelum ini iaitu apabila kerajaan di bawah pentadbiran MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara pada bulan Januari 1970 , bertujuan untuk mendapat persetujuan masyarakat mengenai garis panduan kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk membentuk identitinasional Malaysia . Proses yang unik ini telah membantu kerajaan mengenalpasti dasar masa depan negara untuk dilaksanakan dalam rancangan jangka panjang . Ini telah menyakinkan kerajaan untuk meneruskan tradisi ini dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua dan atau MAPEN II akan memulakan tanggungjawabnya dengan cara yang sama . Strategi perancangan telah beralih daripada sematamata berasaskan kuasa pasaran kepada pendekatan 'hybrid' yang mengimbangi sistem perancangan dengan sistem kuasa pasaran. Kepentingan persendirian atau 'private interest' telah disepadukan dengan wawasan awam atau 'public vision' dalam usaha ke arah perancangan berasaskan masyarakat atau 'society-based planning'. Teras utama adalah untuk mengisi aspirasi masyarakat sejajar dengan agenda nasional iaitu memajukan negara serta mengekal dan memperkuatkan lagi perpaduan kaum. Melalui dailog dengan berbagai-bagai lapisan masyarakat, sesuatu yang menjadi amalan Kerajaan ini, dasar nasional telah ditetapkan dan diubahsuai mengikut keperluan. Kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan sedia menimbangkan cadangan yang membina demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, pendekatan melalui rancangan jangka panjang untuk menggariskan arahtuju pembangunan negara telah menentukan kemajuan negara tidak lari daripada asas dan matlamat asal yang ditetapkan. 11
PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN RAKYAT (MAGERAN) MAGERAN ditubuhkan pada 13 Mei 1969 bagi menangani permasalahan yang berlaku di negara kita Malaysia ketika itu. MAGERAN diketuai oleh Tun Abdul Razak. Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman,memastikan kelicinan pentadbiran negara dan memulihkan keharmonian serta memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap antara satu sama lain. Pada ketika itu, MAGERAN ditubuhkan semasa Parlimen dibubarkan dan ketika kerajaan belum ditubuhkan.MAGERAN adalah penying kerana ia dapat melaksanakan seberapa segera tanpa perlunya rundingan seumpama dalam sistem demokrasi. Penubuhan ini membolehkan tumpuan khusus dibuat dalam menangani punca masalah kepada pengisytiharan darurat ini. Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari penyelesaian agar masalah ini tidak berulang lagi. Segala keputusan tentu sukar bagi Tun Abdul Razak kerana beliau memikirkan keselamatan rakyat. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Selain itu, MAGERAN juga telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebuah kerajaan perpaduan. 12
Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN). Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh MPN maka lahirlah Rukun Negara. PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan menjadi pegangan, panduan serta amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara adalah ideologi Kebangsaan Negara yang dibentuk untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau yang tua. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. 13
PENGAJARAN YANG DAPAT DIPELAJARI MELALUI PERISTIWA 13 MEI 1969 Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. 1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda 2. Perintah Berkurung 3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara 4. Perpaduan Nasional 5. Keadilan Ekonomi 14
KESIMPULAN Kesimpulannya , berdasarkan peristiwa pahit 13 Mei 1969 ini bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi masyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan anatara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang . Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei 1969 dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei 1969 merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selamalamanya . Kita seharusnya bangga dengan apa yang kita telah capai . Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya . Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersamasama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman , hormatmenghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara. Bak kata pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Maka dari pepatah ini kita dapat melihat betapa pentingnya kita mengikut aturan dan adat kaum serta agama masingmasing. 15
Nor. R.M., (2022, May 13), Peristiwa 13 Mei 1969: Monumen berdarah sebagai cermin zaman. Berita. amp=1https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei1969-monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/ RUJUKAN Mahadzir, S. (2011, Mei 23), Buku Tentang Peristiwa 13 Mei 1969. http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2011/05/buku-tentang-peristiwa-13-mei.html Ahmad, M. A., & Ibrahim , M. S. (2016, Ogos 11). Tragedi 13 Mei 1969. Blogger. http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html Bistro Ilmu. (2021, Julai 23). Peristiwa 13 Mei 1969 [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=95-DK231caw Nukman, Z., & Kian, C (2007, Ogos 19), Peristiwa 13 Mei. Wikipedia. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#:~:text=Peristiwa%20ini%20berlaku%2 0berikutan%20pengumuman,menyaksikan%2050%3A50%20di%20Selangor. Sen, T.E., (2014, Mei 14), 13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia? Berita. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/13-mei-bagaimanakita-harus-mengingati-titik-hitam-dalam-sejarah-malaysia-35792?amp=1 Comber, L. (2011) Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina (2nd ed.). IBS Buku Sdn. Bhd. 16