The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PIMK 1094-PENGANTAR ILMU FIQH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadazfar075, 2021-11-24 11:17:18

FIQH : ZAKAT

PIMK 1094-PENGANTAR ILMU FIQH

PIMK 1094

ZAKATUS ZAINUDDIN LATEH

ASHRAF SHAQIR , MUHAMMAD AZFAR
SYASYA HUMAIRA , NUR AMELIYA , IFFA MALIHA

PENGERTIAN ZAKAT

Dari segi bahasa:

Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.
Pengertian perkataan “bersih dan suci” dalam istilah zakat ialah
membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari sifat
kedekut dan bakhil.
Dalam erti kata lain juga zakat membersihkan diri daripada sifat
dengki dan dendam terhadap orang lain.

Dari segi istilah Syara’:

Sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. supaya
diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan
syarat-syarat yang tertentu.

DALIL KEWAJIPAN ZAKAT

Zakat adalah antara salah satu rukun Islam yang amat penting.

‫الدلالة القطع‬Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad ( ) dan
) dari sudut petunjuk (

sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama.

Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman

Allah SWT:

‫َو َأِق يُم وْا ٱلَّص َلٰو َة َو َء اُتوْا ٱلَّزَكٰو َة‬

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat

(Surah al-Baqarah: 43)

Perintah mendirikan solat adalah wajib, begitu juga menunaikan zakat adalah wajib. Ini
kerana perintah dan arahan menunaikan zakat dengan sighah fi’il amar atau suruhan.

Perintah mengeluarkan zakat disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran pada 23
tempat

JENIS-JENIS Zakat Fitrah
ZAKAT Zakat Harta

Zakat Fitrah

PENGERTIAN KAEDAH PEMBAYARAN

Zakat diri yang WAKTU Kaedah pembayaran zakat
difardhukan ke atas setiap MENUNAIKAN ZAKAT fitrah yang ditentukan
individu lelaki dan ialah makanan asasi
FITRAH

perempuan muslim yang daripada jenis yang

berkemampuan dengan
mengenyangkan
syarat-syarat yang


ditetapkan.


Waktu Wajib Waktu Sunat Waktu Haram

Sepanjang bulan Selepas terbenam matahari

Apabila terbenam matahari Ramadhan satu Syawal

akhir Ramadhan sehingga

terbit matahari satu Waktu Afdal Waktu Makruh
Syawal.
Sebelum sembahyang Hari Selepas sembahyang hari raya

Raya sehingga terbenam matahari 1

Syawal.

ZAKAT ZAKAT EMAS ZAKAT ZAKAT
HARTA DAN PERAK TANAMAN TERNAKAN

ZAKAT ZAKAT KWSP ZAKAT WANG
SAHAM &

PERNIAGAAN

KADAR YANG WAJIB DIKELUARKAN

ZAKAT EMAS DAN PERAK Emas
Nisab emas ialah seberat 20 miskal
Emas atau perak yang dijadikan perhiasan iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108
perempuan tidak diwajibkan zakat kecuali yang saga emas. Kadar zakat emas yang
cukup nisabnya ialah 2.5% atau 1/40
berlebihan daripada sepatutnya
Perak
Nisab Perak ialah 200 dirham iaitu
bersamaan 176 mayam 6.9732 saga
perak. Kadar zakat yang wajib
dikeluarkannya sama seperti kadar
emas iaitu 1/40

KADAR YANG WAJIB BAGI ZAKAT WANG
SIMPANAN
ZAKAT WANG DAN
PERNIAGAAN 1. Jumlah yang ditaksirkan berdasarkan Baki
Simpanan Terendah yang kekal genap
Nisabnya mengikut kadar yang setahun
ditetapkan oleh jabatan agama
menurut turun naiknya harga 2. Jumlah simpanan terendah hendaklah
emas ialah 2.5% daripada menyamai atau melebihi nisab 85 gram emas
simpanan wang atau semua mengikut harga pasaran semasa
nilaian harga barang-barang

dalam tempoh setahu n
berkenaan

ZAKAT SAHAM ZAKAT KWSP

Saham ialah wang yang (KUMPULAN WANG SIMPANAN
dilaburkan dalam syarikat dan PEKERJA)
perniagaan
Nisabnya ialah 2.5% atas nilai


terendah sesuatu tahun semua
saham (setelah ditolak hutang Milik Tak Sempurna Milik Sempurna
atas saham-saham tersebut).
Zakat hanya wajib dikeluakan Wajib dikeluarkan zakat apabila
ketika bersara atau memenuhi syaratnya walaupun
mengeluarkan sebahagian wang tersebut masih berada
wang daripada KWSP semasa dalam tabung KWSP. Kadarnya
cukup umur. Kadarnya ialah ialah 2.5% apabila caruman
2.5% melebihi nasab.

KAEDAH KIRAAN

ZAKAT TERNAKAN Zakat yang perlu dikeluarkan apabila bilangan
ternakan melebihi kadar nisab seperti berikut :
Zakat binatang ternakan ialah
zakat yang dikenakan ke atas 1.Lembu / Kerbau : mencukupi 30 ekor atau
binatang-binatang yang lebih
diternak daripada jenis
lembu,kerbau, kambing, biri- 2.Kambing / Biri-biri : mencukupi 40 ekor atau
biri dan unta apabila sempurna lebih
syarat-syaratnya.
3.Unta : mencukupi 5 ekor atau lebih

Tanaman dan buah buahan yang wajib zakat hanyalah yang
menjadi makanan asasi manusia (yang mengenyangkan) dalam
ZAKAT TANAMAN keadaan biasa dan ia boleh disimpan dan tidak rosak. Antara
jenis-jenis tanaman dan buah-buahan ialah kurma, anggur
kering, gandum, barli, beras atau padi dan sebagainya. Makanan
yang dimakan sewaktu musim susah dan kemarau tidak boleh
dianggap sebagai makanan asasi. Bagi negara Malaysia, zakat
tanaman ini hanya dikhususkan kepada tanaman padi.

Kaedah Dikenakan zakat sekiranya hasil tanaman itu menyamai atau melebihi 1000 kg atau 400 gantang
Kiraan Baghdad (5 ausuq). Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang
dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20. Bagi
tanaman yang menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semula jadi, maka zakatnya ialah
10% atau 1/10

Ibnu Fakir
Sabil Miskin

Fisabi Amil

lillah ASNAF ZAKAT

Al- Mualaf
Gharimin

Al-Raqib

Penerangan
Fakir - Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan, tidak

terima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50

peratus daripada keperluan harian

Miskin - Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya

memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung

keperluan harian

Amil- Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat

Muallaf- mereka baru memeluk Islam

Al-Riqab - Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan
Al-Gharimin-Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas

Fisabilillah-Mana-mana pihak yang melibatkan diri dalam aktiviti mempertahankan

dan mendakwahkan agama Islam

Ibnu Sabill-Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang

diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan

bantuan

ISU SEMASA
BERKAITAN ZAKAT

Adakah boleh seseorang itu
menyerahkan sendiri zakat

kepada mereka yang
memerlukan di era pandemik

Covid 19 ini tanpa melalui
pusat zakat?

Isu ini mempunyai khilaf yang besar dalam kalangan fuqaha. Memang ada pendapat fuqaha yang
mengharuskan zakat diagihkan sendiri.



Namun apa yang mahu ditekankan adalah umat Islam di negara ini juga jangan lupa bahawa kita
hidup di negara atau negeri yang mempunyai fatwa dan muftinya sendiri. Lalu ketetapan fatwa

setempat itu perlulah dipatuhi demi maslahah (kebaikan) semua pihak.



Dari aspek hukum fikah, benar bahawa adik-beradik atau jiran tetangga yang bukannya di bawah
tanggungan wajib atau nafkah wajib (nafkah wajibah), adalah diharuskan menerima menerima
zakat daripada seseorang muzakki (pembayar zakat).



Syarak hanya menegah penyerahan zakat kepada tanggungan sendiri, misalnya anak kandung, ibu
bapa kandung dan juga isteri. Tidak sah zakat itu jika memberikan zakat kepada mereka, khasnya

jika mereka termasuk kategori fakir dan miskin.

1 Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan
berada kepada golongan kurang berada.


2 Membersihkan diri dan menyuburkan harta pembayar
zakat.
HIKMAH ZAKAT

3 Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang
dikurniakan oleh Allah di kalangan golongan yang berada.

4 Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT
di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

5 Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat
dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

6 Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa
pembayar zakat.

RUJUKAN:


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-
ramadhan/1982-hukum-mengeluarkan-zakat

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-
kewajipan-berzakat/pengertian-zakat/

https://reports.muip.gov.my/zakatportal/?page_id=2369

https://www.utusan.com.my/premium/2021/07/bolehkah-
bagi-terus-zakat-dalam-pandemik-covid-19/

Dato Ismail Kamus (2009), Indahnya Hidup Bersyariat
.Telaga Biru Sdn Bhd


Click to View FlipBook Version