The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ini merupakan buku program bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling IPGM Kampus Ipoh. Buku program ini disediakan oleh Siswa Guru PISMP Ambilan Jun 2020 iaitu Nurul Nabilah, Alya Aqilah, Nur Ainaa Natasya, Anis Farisya, Usaid dan Lim Hok Yong. Buku program ini mengandungi
- Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling
- Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
- Mentor Unit V dan Unit W
- Senarai Nama Pelajar BNK
- Senarai Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Dalam dan Luar Negara
- Senarai Pencapaian Pensyarah dan Pelajar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilaman066, 2024-04-23 22:41:55

BUKU PROGRAM AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ini merupakan buku program bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling IPGM Kampus Ipoh. Buku program ini disediakan oleh Siswa Guru PISMP Ambilan Jun 2020 iaitu Nurul Nabilah, Alya Aqilah, Nur Ainaa Natasya, Anis Farisya, Usaid dan Lim Hok Yong. Buku program ini mengandungi
- Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling
- Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
- Mentor Unit V dan Unit W
- Senarai Nama Pelajar BNK
- Senarai Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Dalam dan Luar Negara
- Senarai Pencapaian Pensyarah dan Pelajar

SENARAI PENCAPAIAN PELAJAR

Khoo Jun Dong dari unit V17 telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Insan Siswa Guru tahun 2023. Anugerah ini disampaikan dalam majlis Anugerah Perdana 2023 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh yang berlangsung pada 21 November 2023 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGMKI. Anugerah Tokoh Insan Siswa Guru dianugerahkan kepada insan yang menunjukkan pencapaian yang terbilang dari pelbagai bidang termasuklah kurikulum dan kokurikulum serta bergiat aktif dalam pelbagai program. ANUGERAH PERDANA 2023 IPGMKI

Siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling ini sekali lagi memperoleh pengiktirafan peringkat kebangsaan. Khoo Jun Dong memperoleh Anugerah Emas dalam majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda The Duke Of Edinburg’s International Award. Majlis penyerahan sijil telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Bukit Jalil pada 7 Disember 2023. ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA THE DUKE OF EDINBURG’S INTERNATIONAL AWARD

Khoo Jun Dong meneruskan kecemerlangan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dengan mengikuti Kursus Master Trainer Art Drawing-House Tree Person (AD-HTP). Hasil usaha kerasnya telah melayakkan beliau terpilih sebagai Pembentang terbaik semasa melakukan Pembentangan Kajian Kes Master Trainer AD-HTP. Pembentangan berlangsung pada 26 hingga 27 Ogos 2023 bertempat di FPM, UPSI. AD-HTP amat membantu kaunselor dalam meneroka isu dihadapi klien melalui lukisan rumah, pokok dan orang. Kursus Master Trainer Art DrawingHouse Tree Person (AD-HTP)

Khoo Nan Cy dari unit V17 opsyen Bimbingan dan Kaunseling bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan telah memperoleh pelbagai pencapaian. Antaranya ialah beliau dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik daripada 372 orang siswa guru yang menyertai Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan PISMP Ambilan Jun 2023/2024. Seminar ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Iph. Beliau turut dijemput untuk membentangkan kajian beliau semasa Majlis Penutup Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan PISMP Ambilan 2023/2024 yang dilaksanakan di Hotel Casuarina Meru pada 7 November 2023. SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PISMP AMBILAN 2023/2024

Pada 7 April 2023, seramai 5 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling telah terpilih untuk mewakili IPGM semasa Pameran Pendidikan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Chen Jun Huan (V15), Lim Mei Chie (V18), Shafinaz Binti Idris (V17), Nur Ilya Binti Mohd Islamudin (V18) dan Chong Yan Qi (W14) diiringi oleh pensyarah pembimbing iaitu Mohd Izhar Bin Ahmad Zahari telah mempromosikan Institut Pendidikan Guru dengan memberikan penerangan tentang syarat kelayakan dan opsyen yang ditawarkan serta banyak lagi info yang bermanfaat kepada para pengunjung. Pameran dilaksanakan di SMJK Yuk Choy. PAMERAN PENDIDIKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM

Seramai 4 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan kaunseling iaitu Koh Nan Cy (V17), Alya Aqilah Binti Ahmad Johari (V17), Nurul Nabilah Binti Azman (V17), dan Khoo Jun Dong (V17) telah terpilih untuk mengikuti Program International of Professional Practice yang berlangsung di Fakulti Pendidikan, Universitas Negeri Malang pada 14 November 2023. Program ini memberi ruang dan peluang kepada siswa guru untuk melakukan perkongsian pintar dengan pelajar Indonesia bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan menambah pengalaman yang bermakna. INTERNATIONAL OF PROFESSIONAL PRACTICE PROGRAMME

Siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Koh Nan Cy dari unit V17 telah mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang Art Drawing House Tree Person. Beliau memperoleh Certified Master Practitioner Art Drawing House Tree Person. Kursus tersebut berlangsung pada 27 hingga 28 Mei 2024 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kejayaan ini melayakkan beliau untuk melatih individu yang ingin mengambil kursus Master Trainer AD-HTP. KURSUS MASTER TRAINER PRACTITIONER ADHTP

KURSUS MASTER TRAINER PRACTITIONER ADHTP Siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Khoo Jun Dong dari unit V17 telah mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang Art Drawing House Tree Person. Beliau memperoleh Certified Master Practitioner Art Drawing House Tree Person. Kursus tersebut berlangsung pada 27 hingga 28 Mei 2024 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kejayaan ini melayakkan beliau untuk melatih individu yang ingin mengambil kursus Master Trainer AD-HTP.

Pada 2 September 2023, 2 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling telah terpilih sebagai fasilitator bagi Kursus Pembimbing Rakan Siswa Pendidik Peringkat Zon Utara. Pelajar yang terlibat adalah Mohamad Akmal Bin Yahya (V17) dan Shafinaz Binti Idris (V17). Kursus ini dilaksanakan di Pusat Latihan Zakat, Balik Pulau, Penang (PULAZA). Kursus ini melibatkan peserta PRSD dari 5 buah IPG dari zon utara iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kepimpinan ahli PRSD. KURSUS PEMBIMBING RAKAN SISWA PENDIDIK PERINGKAT ZON UTARA

Seramai 4 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Mohammad Adzzahir bin Mohammad Azam (V15), Nurin Nadhirah binti Mohamad Nasser (V15), Nur Ainna binti Fauzi (V15), dan Wilson Chung Vui Meng (V15) telah mengikuti Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu pada 22 hingga 26 Disember 2023 bertempat di Kinabalu Park. Hasil latihan dan usaha keras membolehkan mereka berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU

3 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Chen Jun Huan (V15), Usaid Bin Ahmad (V15) dan Eileen Ngien Lin Ming (V15) telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan Paper Engineering anjuran Kelab STEM Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Pertandingan ini telah berlangsung pada 8 March 2023 di Dewan Seri Melati, IPGMKI. Pemenang membawa pulang sijil dan Plak penghargaan. PERTANDINGAN STEM

Program Menyantuni Ayah Bonda telah dilaksanakan pada 8 Februari 2023 bertempat di Rumah Sri Kenangan, Ulu Kinta. Program ini telah diketuai oleh siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Usaid Bin Ahmad (V15) sebagai Pengarah Program. Program ini melibatkan lebih 50 siswa guru sebagai peserta yang sukarela menyantuni ayah bonda. Program ini mendapat liputan Perak Kini. Hasil kutipan sumbangan mencecah RM3,000 telah disumbangkan dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan harian ibu bapa di sana. PROGRAM MENYANTUNI AYAH BONDA RUMAH SRI KENANGAN

Siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Nurul Nabilah binti Azman dari Unit V17 telah memperoleh dua anugerah pengarah pada tahun 2022 di mana beliau telah menerima anugerah PNGK tertinggi keseluruhan Unit V PISMP Ambilan Jun 2020 dan PNGK Tertinggi mengikut opsyen. Majlis ini berlangsung di Dewan Sri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh pada 13 September 2022. Majlis ini memberi penghargaan kepada siswa guru yang memperoleh PNGK yang tertinggi bagi setiap opsyen di IPGMKI. ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2022

Siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Nurul Nabilah binti Azman dari Unit V17 sekali lagi memperoleh anugerah pengarah di atas kecemerlangan akademik PNGK Tertinggi mengikut opsyen pada tahun 2023 iaitu bertarikh 24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Seri Tanjung ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2023

Nurul Nabilah Binti Azman dari unit V17 telah dicalonkan dalam kategori Anugerah Unit Beruniform (Pengakap) Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2022 IPG KPM. Penyampaian anugerah berlangsung pada 24 September 2022 bertempat di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Beliau dicalonkan untuk anugerah ini disebabkan oleh minat yang tidak berbelah bahagi dan komitmen yang ditunjukkan dalam bidang kokurikulum. PENCALONAN ANUGERAH UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2022 IPG KPM

Nurul Nabilah, Mardiatul Nuha, Nurul Ain Najwa dan Alya Aqilah antara siswa guru yang telah menerima anugerah cemerlang praktikum Bimbingan dan Kaunseling ketika majlis kecemerlangan Akademik Bimbingan dan Kaunseling IPGMKI tahun 2023 di mana siswa guru ini telah memperoleh kecemerlangan dalam praktikum 1 MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPGMKI

Nur Ilya Binti Mohd Islamudin dari unit V18 telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Aktif diatas penglibatannya dalam pelbagai aktiviti seperti menjadi fasilitator untuk pelbagai program di sekolah. Beliau juga dianugerahkan Anugerah Dekan kenapa memperoleh PNGK yang cemerlang. Anugerah disampaikan semasa Majlis Kecemerlangan Akademik Bimbingan dan Kaunseling pada 30 Oktober 2022 bertempat di Dewan Sri Tanjung, IPGMKI. MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPGMKI

Pada 3 hingga 4 Oktober 2022, seorang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Nur Ilya Binti Mohd Islamudin (V18) telah menyertai Pertandingan Tempin Boling Kagum. Pertandingan ini berlangsung di Ipoh Parade. Beliau telah menyertai dalam kategori berkumpulan perempuan dan berjaya membawa pulang pingan gangsa. PERTANDINGAN TENPIN BOLING KAGUM

Saudara Omar Danish Ikhtiman Bin Mohd Nor (V15) bersama 2 lagi rakan sepasukannya telah berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam Kejohanan Sukan MSIPGM Zon Tengah dalam acara Sepak Takraw. Kejohanan ini berlangsung di IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur pada 17 September 2022. KEJOHANAN SUKAN MSIPGM ZON TENGAH

Muhammad Suhaid Irfan (V17) bin Mohd Shafie dan Mohamad Izham Bin Mat Lapi (V18) merupakan siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling yang layak menyertai Kejohanan Rugby Piala Pengarah. Kejohanan ini telah berlangsung di IPG Kampus Dato Razaki Ismail pada 12 hingga 13 Oktober 2019. Kontigen mereka berjaya membawa pulang hadiah Naib Johan Plate. KEJOHANAN RUGBY PIALA PENGARAH

Muhammad Adzzahir Bin Mohd Azam (V15) bersama 10 orang pemain bola sepak terpilih untuk mewakili IPGM Kampus Ipoh dalam Kejohanan KAGUM Bola Sepak Peringkat Zon Tengah yang berlangsung pada 24 Semptember 2022 bertempat di IPGM Kampus Pendidikan Islam. Kumpulan mereka telah mengharumkan nama IPGMKI dengan memperoleh hadiah Naib Johan. KAGUM BOLA SEPAK PERINGKAT ZON TENGAH

Khoo Jun Dong (V17) telah terpilih untuk mewakili IPGM Kampus Ipoh dan memperoleh Anugerah Gangsa dalam pertandingan MInD Inovasi dan Pitching yang disertainya. Pertandingan dilaksanakan di IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail bermula 23 hingga 25 Ogos 2022. MIND INOVASI DAN PITCHING

2 orang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling iaitu Muhammad Abdin Shakirin Bin Md Yassin dan Muhammad Islah Hannan Bin Rosli telah layak untuk menyertai Kejohanan Petanque Terbuka bertempat di IPG Kampus Bainan pada 2 November 2019. Hasil usaha keras dan semangat iltizam yang tinggi membolehkan mereka medapat tempat ketiga. PERTANDINGAN PETANQUE

Afif Haikal bin Ahmad Zalizan merupakan seorang siswa guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling yang sangat petah berbicara. Beliau memanfaatkan bakat yang ada dengan menyertai pelbagai pertandingan pengucapan awam. Dalam Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11, beliau telah mendapat Tempat Kedua dan memenangi Anugerah Panel Terbaik. Pertandingan forum ini berlangsung di IPG Kampus Ipoh bermula 26 September 2021 hingga 6 Oktober 2021. FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-11, 2021

Afif Haikal bin Ahmad Zalizan mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh di peringkat kebangsaan. Beliau menyertai Pertandinagan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala YAB Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan layak ke peringkat akhir. Pertandingan ini diadakan di Dewan Banquet SUK Perak pada 27/9/2022 - 28/9/2022. Beliau mendapat tempat Naib Johan dan berjaya membawa pulang RM2000. Pertandingan turut dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh sebagai tanda sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. PIDATO PERAK SEJAHTERA 2030 PIALA YAB MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Afif Haikal bin Ahmad Zalizan turut menyertai Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) Peringkat Kebangsaan 2021. Beliau berjaya mendapat tempat Ketiga (Liga). bukan itu sahaja, beliau turut terpilih menjadi 10 Pendebat Terbaik Kejohanan yang memperoleh markah tertinggi. Pertandingan diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas bermula 24 Disember 2021 hingga 26 Disember 2021. DEBAT TERBUKA ILMU KHAS (DETIK) PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Click to View FlipBook Version