The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

perlaksanaan korban &Hikmahnya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-41140598, 2022-07-07 01:34:45

Risalah Ar-Raudah

perlaksanaan korban &Hikmahnya

Keywords: Korban

Sekolah Menengah Agama Nilai

Risalah Ar-raudah

Aidil Adha

Perlaksanaan Korban & Hikmahnya

KORBAN MENURUT DEFINISI ULAMA

Korban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-
biri. Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab berpendapat demikian kecuali
tambahannya ialah memberi maksud jelas, zahir dan terang. Antara
definisi dan maksud qurban pada istilah ialah:

Korban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah
SWT dan dilakukan pada Hari Raya Korban.
Dalam al-Qamus al-Fiqhi menyebut, “udhiyyah” adalah bintang
sembelihan yang khusus dengan niat mentaati Allah dengan waktu
yang khusus.
Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata binatang an’am (yang berkaki empat)
yang disembelih pada hari raya dan hari tasyrik dengan tujuan
bertaqarrub kepada Allah SWT.
Sembelihan bintang yang khusus dengan niat menghampirkan diri
kepada Allah SWT pada waktu yang khusus.

HIKMAH MELAKUKAN KORBAN

Korban ialah ibadat. Setiap korban yang dilakukan kerana ibadat
mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada
Allah SWT. Hal ini sama dengan ibadat-ibadat yang lain, antaranya:

Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah berdasarkan kisah
agung pengorbanan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim. Inilah
pengorbanan yang sebenar di mana berlaku apabila perkara yang
disukai dikorbankan atau diberikan kepada orang lain.
Di samping hikmah tersebut, ibadat korban juga menolong orang
fakir dan orang yang berhajat serta menggembirakan mereka, anak
isteri dan keluarga pada hari raya.
Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota
masyarakat Islam dan menanamkan semangat hidup berjemaah serta
berkasih sayang.

SEJARAH QURBAN DALAM ISLAM

Adalah menjadi satu perkara yang disebut bersama apabila tiba hari raya
Aidil Adha, maka sembelihan ataupun korban dijalankan bersama.
Dalam masa yang sama umat Islam yang berada di tanah suci meraikan
Hari Raya Haji bagi yang menunaikan haji iaitu salah satu rukun Islam
yang kelima, Pada hari raya inilah disunatkan kepada umat Islam agar
melakukan korban binatang sembelihan bagi menzahirkan rasa
kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan agar
dapat dikongsi bersama kepada orang yang memerlukan. Inilah
menunjukkan bahawa syiar Islam yang begitu meluas.

Menyoroti dua kisah pengorbanan agung yang amat popular di kalangan
masyarakat Islam sepertimana yang berlaku di zaman Nabi Adam AS
dan Nabi Ibrahim AS. Kisah yang berbeza jalan cerita tetapi
menunjukkan kepada kita semua erti pengorbanan yang sebenar

Kisah Nabi Adam yang mengkehendaki anak-anaknya, Habil dan Qabil
mempersembahkan korban masing-masing. Habil yang memilih ternakan
kibas yang paling baik sebagai korban manakala Qabil menyediakan
barang ladangan yang buruk dan tidak segar untuk dipersembahkan.
Kehendak Allah SWT yang memilih korban Habil kerana keihlasan
Habil dan rela hatinya. Kibas itulah yang hidup di syurga sampai ke
zaman Nabi Ibrahim.

Ketika Nabi Ibrahim AS diperintahkan Tuhan supaya menyembelih
anaknya Ismail, Nabi Ibrahim AS akur perintah Tuhannya. Kibas
daripada korban Habil itu diturunkan semula dari syurga sebagai
penebus atau pengganti daripada menyembelih anaknya.

HUKUM MELAKUKAN KORBAN

Hukum korban ialah sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib
dengan dua sebab:
Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan binatang milikannya yang
boleh dijadikan korban sambil berkata: “Inilah korbanku” atau “Aku
akan korbankan kambing ini.” Dengan itu, dia wajiblah melakukannya.
Kedua: Apabila seseorang berazam hendak melakukan korban untuk
mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata: “Aku mewajibkan
diriku berkorban kerana Allah.” Lantas menjadi wajib kepadanya
melaksanakan korban itu kerana ia bersamaan dengan melakukan nazar.

SIAPA YANG DITUNTUT UNTUK MELAKUKAN

KORBAN?

Disunatkan melakukan korban bagi orang-orang yang cukup syarat-
syarat berikut:

Islam
Baligh dan Berakal
Berkemampuan

BINATANG YANG DISYARIATKAN UNTUK KORBAN

DAN UMURNYA

Korban hanya sah dengan unta, lembu, kambing dan biri-bir

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih
korban (atau lain-lainnya supaya mereka menyebut nama Allah sebagai
bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang ternak
yang disembelih itu. (Surah al-Haj: 34)

Sa’di Abu Jaib dalam Mausu’ah al-Ijma’ berkata: Sesungguhnya ijma’ para
ulama bahawa tidak sah korban kecuali unta, lembu, kambing, biri-biri
dan sejenis dengannya, sedangkan berkorban dengan haiwan lain tidak
memadai.

Binatang yang afdhal dijadikan korban ialah unta, diikuti lembu dan
kambing. Harus berkorban dengan seekor unta jantan atau betina atau
lembu untuk tujuh orang. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA,
katanya:

Maksudnya: “Kami berkorban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun
Hudaibiyah dengan seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk
tujuh orang.” Riwayat Muslim (1318)

Berkaitan dengan umur unta yang hendak dikorban, maka disyaratkan
masuk tahun keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun
ketiga, manakala umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah
tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

WAKTU KORBAN

Waktu ibadah korban bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya
Korban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat solat sunat hari raya dan
dua khutbah. Waktu tersebut berterusan sehingga matahari terbenam
pada hari tasyriq yang akhir. Hari tasyriq ialah pada 11, 12 dan 13
Zulhijjah. Waktu yang afdhal menyembelih binatang korban ialah setelah
selesai solat sunat hari raya.

SUNAT SEBELUM DAN KETIKA MELAKUKAN

KORBAN

Sebelum menjelangnya 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan
sembelihan korban, sunat baginya supaya tidak menghilangkan bulunya
seperti rambut, janggut, misai dan lain-lain dan kukunya sehingga
dilakukan penyembelihan. Oleh itu, hendaklah menjaga kedua-duanya
dengan baik. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Nabi SAW, sabdanya:

Maksudnya: “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan antara kamu
ada yang hendak melakukan ibadat korban, maka janganlah dia membuang
bulu dan kukunya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang berkorban, sunat menyembelihnya sendiri. Jika tidak dapat
membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia
menyaksikan penyembelihan tersebut. Hal ini berdasarkan hadis,
Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah R.Anha:

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan
saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan
diampunkan dosa kamu yang teerdahulu. Fatimah bertanya: Wahai
Rasulullah! Ini adakah khas untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan
orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan
untuk orang Islam seluruhnya.” (Riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih)


Click to View FlipBook Version