The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin dari Politeknik Sultan Idris Shah yang diterbitkan secara berkala (setiap enam bulan) dan berfungsi sebagai wadah informasi dalam menghimpunkan semua aktiviti, pencapaian serta kejayaan yang telah diraih oleh warga PSIS.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by buletin.psis, 2019-02-22 04:33:42

PSIS Insight - Edisi 2018 Ogos-Disember

Buletin dari Politeknik Sultan Idris Shah yang diterbitkan secara berkala (setiap enam bulan) dan berfungsi sebagai wadah informasi dalam menghimpunkan semua aktiviti, pencapaian serta kejayaan yang telah diraih oleh warga PSIS.

Keywords: psis,politeknik,buletin,bulletin,events,education,polytechnic,ogos2018,disember2018,september2018,oktober2018,november2018,malaysia

PS nSsight
ISSN 2636 9788
EDISI OGOS-DISEMBER 2018

Menarik Edisi Ini

FIRA ROBOWORLD
CULINARY WORLDCUP
WORLD SKILLS ASEAN
BATTLE OF THE CHEF
FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
MAJLIS KONVOKESYEN
GERAK USAHAWAN KAMPUS
SEMARAK MERDEKA

PS nSsight

BULETIN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

EDISI OGOS-DISEMBER 2018

PS nSsight Perutusan ii

Ketua Penerbit

Isi Kandungan Menarik Edisi Ini 1-8

FIRA Roboworld
Culinary WorldCup
World Skills ASEAN
Battle of The Chef
Floria Diraja Putrajaya
Majlis Konvokesyen
Gerak Usahawan Kampus
Semarak Merdeka

Peristiwa 9-33

Ogos Disember 2018

Pencapaian 35-40

Ogos Disember 2018

Berita Staf 41

i

Perutusan EDISI OGOS-DISEMBER 2018

KETUA PENERBIT RPS nSsight

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan

izinNya

Buletin PSIS Insight Edisi Ogos-Disember 2018

telah Berjaya diterbitkan.  EDISI OGOS DISEMBER 2018

Edisi kali ini memaparkan berita dan e Penaung
d
kecemerlangan PSIS daripada pelbagai aspek a Ishanuddin Hussin
Pengarah
antaranya Politeknik Sultan Idris Shah

Majlis Konvokesyen PSIS Kali Ke-13, Penasihat

FIRA RoboWorld Cup2018 dan pelbagai Zulkifli Mat Nasir
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
pencapaian PSIS sama ada di peringkat Politeknik Sultan Idris Shah

E d i k ebangs aan rmu paahku a pnu endai nt arabangsa. a i
si kali ini me si penutup tir

peristiwa dan kecemerlangan PSIS bagi tahun

2018.

Semoga kehadiran tahun 2019 akan terus

memacu kecemerlangan PSIS selari dengan

tagline ‘Designing Your Future’. 

Syabas dan tahniah kepada pasukan k
redaksi Buletin PSIS Insight yang s
bertungkus lumus memastikan i
buletin ini dapat diterbitkan
sebagai wadah bacaan warga PSIS-

Ketua Penerbit

Mohd Azmi Mh Busra

Ketua Editor

Noor Azira Abdull Razak

Pen. Ketua Editor

Zuraida Kamaruddin

Ketua Grafik & Multimedia

Muhammad Syafiq Abdul Ghafar

Pen. Ketua Grafik & Multimedia

Nurul Fika Ayuni Pauzi

Pereka Grafik Muhamad Anuar Marsib Harmiza Mat Hona i ii i
Nasrul Miskon Nurul Jiha Jayosman
Raynold Joseph Siti Dianah Abdul Bujang
Fatin Shafinas Rokman Wan Nurhazirah Kamaruzaman
EditorsDr Tan May Ling Khairul Jannah Samsudin Zai'adlina Zainol Abidin
Nor Aini Abd Rahman
Mohd Burhan Yusof Nur Hafizah Zuraini Nurul Nadia Zaini
Mohd Zeid Abu Bakar

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

LUBUK EMAS POLI
ROBOTEAM

PSIS Roboteam menggalas tanggungjawab mewakili 1
Kontinjen Politeknik Malaysia bagi tiga kategori
iaitu Simurosot, Robosot dan Androsot ke
Kejohanan 23rd FIRA Roboworld Cup 2018 di Feng
Chia University, Taichung, Taiwan. Seramai 5 orang
pegawai dan 11 orang
pelajar PSIS mewakili negara ke kejohanan tersebut.

Siri kejohanan kali ini telah disertai seramai 1,200
orang peserta dari 10 buah negara dan
telah menyaksikan kontinjen Politeknik Malaysia
unggul di hadapan dengan menggondol
sembilan pingat Emas mengenepikan negara
China (lima), Indonesia (lima), Taiwan
(empat), Korea (dua) dan masing-masing satu
bagi Brazil, Rusia dan Filipina.

PSIS Roboteam sendiri menyumbangkan 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa daripada keseluruhan
pingat Politeknik Malaysia iaitu 9 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa sekaligus
penyumbangEmas terbanyak kontinjen.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

CULIWNOARLRDYCUP2018

2 Pingat

di Pentas Antarabangsa

Culinary World Cup dianjurkan oleh Misi ASBL adalah menyokong chef-chef muda dan
The Vatel-Club Luxembourg atau persatuan chef yang telah ditubuhkan di seluruh dunia.
(ASBL) - Amitié Gastrononomique ASBL menyediakan peluang kepada mereka untuk
François Vatel, Persatuan Chef menyerlahkan kemahiran mereka melalui kursus latihan
Profesional Luxembourg, yang juga profesional atau dengan mengambil bahagian dalam
ahli Persatuan Chef Komuniti Dunia pertandingan samaada di peringkat kebangsaan dan
(WACS). antarabangsa, seperti Culinary World Cup 'EXPOGAST'
yang juga pertandingan kedua terbesar dalam dunia
masakan selepas IKA Culinary Olympic.

JHP PSIS melalui saudara Mohd Yusof Yaakob yang
juga pensyarah di JPH telah membawa pulang 2
pingat gangsa dalam Acara Ukiran Buah Pameran dan
Individu.

2

PS nSsightE D I S I O G O S - D I S E M B E R 2 0 1 8

Kejohanan dwi tahunan anjuran

Cemerlang WorldSkills Thailand dan
Kementerian Buruh Thailand ini telah
disertai sebanyak 10 buah negara
daripada rantau Asia Tenggara dan
mempertandingkan sebanyak 26
jenis kemahiran.

PSIS @ Bagi Kategori Kemahiran Elektronik,
peserta perlu menyelesaikan empat

modul seperti proses merekabentuk

dan melengkapkan projek

elektronik, merekabentuk dan

melengkapkan projek perisian,

memasang dan menguji

pemasangan elektronik serta

mencari dan menggantikan

Muhammad Hasbul Arman Bin Azhar pelajar komponen elektronik rosak dalam
program Diploma Kejuruteraan Elektronik litar tertentu.

(Komunikasi), Politeknik Sultan Idris Shah

telah mewakili Malaysia ke kejohanan World

Skills ASEAN Bangkok 2018 di IMPACT Muang

Thong Thani, Thailand bagi kategori

kemahiran elektronik.

Mengimbas kembali pembabitan dan kejayaan yang
melayakkan Hasbul ke pentas World Skills ASEAN
Bangkok 2018, ianya bermula seawal November 2016
apabila beliau menduduki tempat kedua semasa
PolySkills Politeknik Merlimau 2016, dinobatkan
sebagai juara World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2017
dan menduduki tempat kedua semasa pra-kelayakan
ke World Skills ASEAN Bangkok 2018 di CIAST
Shah Alam.

Berkat usaha gigih dan berterusan
Muhammad Hasbul Arman telah
dianugerahkan Sijil Kecemerlangan
semasa di kejohanan World Skills
ASEAN Bangkok 2018.

3

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Battle of The Chef
10Pingat untuk
PSIS

Battle of the Chef merupakan acara yang di anjurkan
oleh Persatuan Chef Pulau Pinang dengan kerjasama
Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT) dan
dijalankan 2 tahun sekali.

Pada 03 hingga 08 Oktober 2018, bertempat di SPICE
Convention Centre, Penang, JPH PSIS telah mengambil
bahagian dalam acara Fruit & Vegetable Carving
(Berpasukan dan Individu) dan Cooking yang melibatkan
12 orang pelajar.

Pertandingan ini turut disertai oleh chef-chef dari
Thailand, Indonesia, Singapura, India, Myanmar, Taiwan dan
Korea Selatan. Edisi ke 17 kali ini , pertandingan
dibahagikan kepada, Master Chefs Challenge  dan
Greenhorn Chefs Challenge. Dalam Pertandingan tersebut
JPH PSIS berjaya membawa pulang 2 pingat Perak dan 8
pingat Gangsa.

4

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

SILVERAward Floria DiRaja
PUTRAJAYA

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyertai
Pertandingan Rekabentuk Taman bagi kategori
institusi pengajian tinggi bersempena Festival
FLORIA Diraja Putrajaya 2018 yang merupakan
acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan
Putrajaya.

Pertandingan ini di adakan pada 25 Ogos sehingga
2 September 2018 bertemakan “Magnificient Forest”.
Rekabentuk taman ini melambangkan keindahan
kehidupan di hutan yang saling melengkapi antara
satu sama lain di bawah pokok kanopi. Konsep ini
mewakili kepelbagaian bangsa, agama dan budaya
rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup
harmoni di bawah satu bumbung. Rekabentuk ini
juga memfokuskan kepada tema 10 kegemilangan
FLORIA dan juga Hari Kemerdekaan ke-61 iaitu
‘Sayangi Malaysiaku’.

Rekabentuk ‘giant bamboo canopy’ menggambarkan
pokok malar hijau yang melindungi kepelbagaian
hidupan di hutan. Penggunaan struktur buluh juga
dapat mempromosikan seni bina buluh tempatan
kepada pengunjung yang hadir.

Melalui penyertaan ini ia mampu mempamerkan daya kreativiti dan hasil rekabentuk

pensyarah serta pelajar Seni Bina PSIS sekaligus memberi pendedahan luar kepada pelajar

dalam menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan disamping mampu menjalinkan

hubungan baik dengan institusi pengajian tinggi serta industri dari seluruh Malaysia. PSIS5

telah menerima “Silver Award” dalam kategori Colleges and University Gardens.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Tahniah!

Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah telah berlangsung di Dewan Seri Lang pada
25 sehingga 27 September 2018 bagi meraikan kejayaan Pelajar menamatkan pengajian dalam

bidang masing-masing. Seramai 1397 orang graduan telah diraikan dalam majlis kali ini

Majlis Konvokesyen 13

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Sidang 1: 25 September 2018 Sidang 3: 27 September 2018
YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.)Rozali bin Ismail,Pengerusi Pn Zainab b Ahmad, Pengarah Kanan
Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (Akademik), Jabatan Pendidikan
merangkap Pengerusi Penasihat Industri PSIS. Politeknik dan Kolej Komuniti.
Diploma telah disampaikan kepada para graduan Majlis meraikan pelajar dari Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Awam. Anugerah Khas Tan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan
Sri Rozali telah disampaikan kepada Mohd Hasif Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
Saad yang telah membawa pulang trofi dan cek Maiyuliafitrinengsi Bt Sitosman telah
bernilai RM5000 sumbangan Puncak Niaga menerima Anugerah Pengarah dalam
Holdings Berhad. majlis ini yang membawa pulang Wang
Tunai RM2000,plak dan sijil penghargaan.
Sidang 2: 26 September 2018
YBhg Prof Dr Mohamad B Abd Hamid, Timbalan Majlis Konvokesyen kali ini turut diserikan
Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
UniSHAMS. dengan kehadiran mantan Pengarah PSIS.
Majlis pada hari ini meraikan pelajar Jabatan
Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. En Nordin b Sariju
Mohd Hasbul telah terpilih menerima Anugerah Khas
Industri yang membawa pulang wang tunai En Tajuddin b Abd Rashid
RM2000,plak dan sijil penghargaan.
Datuk Dr Arshad b Kassim

En Sulong b Yahaya 6
Hjh Norehan bt Md Shariff

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

GERAK USAHAWAN KAMPUS (GUK)
Politeknik Malaysia Zon Tengah

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan
tuan rumah bagi program Gerak Usahawan
Kampus(GUK) Peringkat Zon Tengah Politeknik
Malaysia 2018 yang melibatkan 7 buah
politeknik di Zon Tengah (PSIS, PSA, PBD, PBS,
PSAS, PNS dan PMKL). GUK kali ini bertemakan
“Reinventing Entrepreneurship” dengan objektif
utama mentransformasi keusahawanan pelajar
bagi membangunkan perniagaan dalam bentuk
yang lebih mudah dan bersifat terbuka bagi
menjana ilmu dan pendapatan.

'Reinventing Entrepreneurship'

Program ini disertai oleh 300 orang pelajar dari
Politeknik Malaysia Zon Tengah. Antara

pengisian GUK kali ini ialah Kursus Usahawan
Roti, Kiosk dan Foodtruck, Business Sharing
Session oleh Ikon TVET dan Hilman Authentic,
Kursus Business Plan Power, Kursus Usahawan

Cetak Baju & Cenderamata 300% Untung,
Seminar Jutawan Homestay, Seminar
Usahawan Berintegriti dan Seminar
Keusahawanan Wakaf.

7

SemarakMERDPESKISA2018EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Sambutan Hari Kebangsaan PSIS 2018 telah Program Menarik sepanjang
dilaksanakan pada 14 Ogos sehingga 13 September Bulan Kemerdekaan
2018. Pelbagai program aktiviti yang bertemakan
Bulan Kebangsaan telah diadakan dibawah -Pertandingan Hiasan Jalur Gemilang
penyelarasan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) -Kempen Kibar Jalur Gemilang di
dengan kerjasama semua jabatan dan unit kenderaan
terpilih serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSIS. -Senam Sihat Kemerdekaan
-Pertandingan Amazing Race
Pengisian sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat -Countdown For National Day 2018
istimewa disebabkan setiap Jabatan dan unit turut -Malam Sketsa 2018
menganjurkan sekurang-kurangnya satu aktiviti dan -Pertandingan ”Kolam”
melibatkan seluruh warga PSIS dalam setiap aktiviti -Pertandingan Merentas Desa
yang dianjurkan dalam tempoh sebulan. -Potret Kemerdekaan
-Pertandingan Layang-layang Merdeka
-Neon Run PSIS 2018 dan Sukan Rakyat
Merdeka Got Talent
-Pertandingan Video Pendek Hari
Kebangsaan
GIANT MALAYSIA FLAG : PALM-STAMPED
-Instagram - Merdeka PSIS 2018
-Wayang Pacak Kemerdekaan 2018
-Kempen Derma Darah
-Majlis Penutup Sambutan Bulan
Kebangsaan

8

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Peristiwa Smart Fun Education1 Ogos 2018
Program SMART FUN EDUCATION 2018 adalah acara
tahunan yang dijalankan oleh Jabatan Matematik, Sains
Ogos dan Komputer dengan tujuan utamanya adalah untuk
menarik minat pelajar mendalami ilmu Matematik dan
Sains secara hands-on dan melalui permainan.
Penglibatan program ini sebahagian besarnya terdiri
daripada pelajar politeknik bersama-sama kehadiran
pelajar sekolah sekitar daerah Sabak Bernam. Seramai
lebih kurang 120 tenaga pelajar digunapakai bagi
menjayakan program ini sekaligus memberikan mereka
pendedahan cara pengendalian program dan aktiviti.
Banyak input dan pengetahuan diselitkan dalam setiap
aktiviti yang boleh menarik penyertaan daripada para
pelajar. Program ini juga dilihat sebagai salah satu
platform membawa nama politeknik di sekolah-sekolah
sekitar Sabak Bernam.

Kem UNIEx 9

4-5 Ogos 2018

Program diadakan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar
semester 1 bagi program DKA, DAS dan DSB dalam pelajaran, mengenali
potensi diri dan mengenalpasti teknik belajar yang sesuai di kalangan
pelajar terutamanya dengan sesi pengajian di politeknik. Program ini
bertujuan menyuntik semangat kepimpinan dan keazaman pelajar
menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dalam menangani cabaran di
masa hadapan serta membentuk pemikiran kreatif dan kritis melalui
pemerhatian persekitaran, aktiviti perbengkelan dan latihan dalam
kumpulan. Selain itu, mendedahkan kepada pelajar tentang berinteraksi
dan berkomunikasi sesama pelajar serta penasihat akademik sambil
memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kerja
berkumpulan. Program ini telah di hadiri 175 pelajar bersama 12
pensyarah yang telah diadakan pada 04 & 05 Ogos 2018 bertempat di
Pusat Kecemerlangan PPD, Sabak Bernam. Pendedahan alumni kepada
pelajar – pelajar turut dilaksanakan dimana telah memberikan impak
positif pada pelajar semester satu dari segi skop kerja dan pembelajaran
serta dapat mendedahkan pengalaman-pengalaman dan gambaran
pada pelajar-pelajar bagi pemilihan kerjaya yang bersesuaian setelah
tamat pengajian politeknik.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Bengkel Literasi Maklumat & ISBN

7 Ogos 2018

Bertempat di Bilik Seminar ULPL PSIS, satu bengkel
anjuran Unit Perpustakaan telah dilaksanakan
bertujuan untuk memberi pendedahan dan
penguasaan kemahiran kepada staf PSIS berkaitan
dengan kaedah pencarian bahan rujukan atas talian
dan kepentingan mendaftarkan ISBN & ISSN ke atas
semua jenis penerbitan.

My Best Buy PSIS 2.0: Siswapreneur
Showcase 8-11 Ogos 2018

Pada 8 hingga 11 Ogos 2018 telah
berlangsung Program “My Best Buy 2.0 dan

Siswapreneur Showcase PSIS 2018” yang
bertempat di perkarangan parkir JHEP PSIS.

Program MybestBuy & Siswapreneur Showcase merupakan program bisemester yang dianjurkan oleh
Unit Keusahawanan PSIS bagi melatih usahawan pelajar dalam bidang perniagaan agar mereka lebih
bersifat `job creator` entiti. Program ini mendokong lonjakan pertama dalam Plan Induk
Keusahawanan KPT 2016 – 2020 iaitu melahirkan graduan yang holistik dan bercirikan keusahawanan.
Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan pelajar kursus Keusahawanan dan juga ahli majlis
tertinggi kelab MyAgrosis. Objektif utama program ini adalah untuk mempraktikkan dan menguasai
pelbagai kemahiran yang dipelajari terutamanya berkaitan keusahawanan dan cara mengurus sesuatu
projek yang dilaksanakan dan seterusnya melonjakkan ekosistem keusahawanan didalam kampus.

'Melonjakkan
ekosistem

keusawanan
kampus'

Pelbagai aktiviti telah di jalankan antaranya Jualan Pelajar dan Staf, Persembahan Artis Pelajar,
Cabutan Bertuah, Cabaran Ramen, Pertandingan Mewarna, Aktiviti Business Pitching dan lain-lain.
Hasil dapatan data jualan keseluruhan program ini adalah sebanyak RM40,000 merangkumi 20 tapak

niaga pelbagai jenis barangan.

10

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

GPS Selangor Charity
11 Ogos 2018 Fun Run 2018

Program GPS Selangor Charity Fun
Run 2018 telah berlangsung pada
11/8/2018 dengan disertai oleh
seramai 461 orang peserta yang
terdiri daripada warga PSIS dan
penyertaan daripada pelajar Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Sabak
Bernam (SBPI).

Program GPS Selangor Charity Fun Run 2018 ini
diadakan bersempena penyertaan pelajar PSIS dalam
program Young SocialPreneur Programme 2.0 (YS2P2.0)
2018 .Yuran penyertaan hasil daripada program larian ini

akan disumbangkan kepada Pertubuhan Pemulihan
Dalam Komuniti Seri Qaseh (En Abd Razak, Pn Noraini),

Bagan Terap, Sabak Bernam.
 

Program ini turut mendapat kerjasama daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP), Negeri Selangor dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta
diurusetiakan oleh Unit Keusahawanan PSIS.

Bengkel Unit Conversion
11 Ogos 2018

Bengkel Unit Conversion telah dilaksanakan bagi subjek DBS1012
dan PBS1014. DBS1012 adalah kursus untuk pelajar-pelajar
kejuruteraan Politeknik Sultan Idris Shah bagi subjek Engineering
Science manakala PBS1014 adalah kursus untuk pelajar-pelajar Pra
Diploma Sains Politeknik Sultan Idris Shah bagi subjek Basic
Engineering Science 1.

Program ini diwujudkan kerana terdapat ramai pelajar Diploma Kejuruteraan dan Pra
Diploma Sains Politeknik Sultan Idris Shah yang gagal dalam penilaian Quiz bagi
kursus DBS1012: Engineering Science pada sesi Jun 2017 dan penilaian Quiz 1 bagi
kursus PBS1014: Basic Engineering Science 1 pada sesi Jun 2017.

Speaker’s Corner
13 Ogos - 7 September 2018

Unit Bahasa Inggeris JPA PSIS telah menganjurkan
satu pertandingan untuk pelajar-pelajar semester 1.
Pertandingan yang diadakan adalah Word Bingo,
Elocution, Newsflash dan Table Talk. Ia telah
berlangsung dari 13.08.2018 - 7.9.2018 dan telah berjaya
menarik banyak penyertaan yang memberangsangkan
dari para pelajar. “I HAVE SPOKEN. HAVE YOU?”

11

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Seminar Metodologi Penyelidikan Bidang Kejuruteraan

8-11 Ogos 2018

Seminar Metodologi Penyelidikan Dalam Bidang
Kejuruteraan 2018 telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2018
(Isnin) bertempat di Dewan Syarahan Utama (DSU).
Seminar ini yang telah dianjurkan oleh Jabatan
Kejuruteraan Awam (JKA) telah berjaya menarik
penyertaan seramai 228 orang pelajar daripada program
Diploma Alam Sekitar (DAS) dan juga program Diploma
Kejuruteraan Awam (DKA)  yang berada di semester
akhir. Objektif utama penganjurannya adalah untuk
meningkatkan pengetahuan dan informasi berkaitan
dengan bidang penyelidikan dalam bidang kejuruteraan
dalam kalangan pelajar – pelajar DAS dan juga DKA.

Selain itu, 46 orang pensyarah daripada
program DAS dan juga program DKA telah
turut menyertai seminar tersebut. Secara tidak
langsung, para pensyarah dapat
memantapkan lagi pengetahuan mereka
dalam bidang penyelidikan sekaligus dapat
menyelia pelajar dengan lebih kompeten
dalam proses pelajar menghasilkan karya
penulisan ilmiah yang lebih berkualiti.
Seminar seumpama ini yang telah dianjurkan
oleh JKA buat kali kedua telah menjemput Dr.
Muhd Norhasri Bin Muhd Sidek daripada

Lawatan Akademik DCN 2043 Institute of Infrastructure Engineering
Sustainable & Management (IIESM), Universiti

Ke Logi Pembersihan Air (LPA) Teknologi MARA (UiTM), kampus utama Shah
Alam sebagai Pensyarah Pelawat Industri
(penceramah jemputan).

Bernam River Headworks Selangor

15 Ogos 2018

Lawatan Akademik DCN2043 Water Supply
Engineering telah diadakan pada 15 Ogos 2018
di Loji Rawatan Air (LPA) Bernam River
Headworks, Ulu Bernam Selangor bagi
memenuhi keperluan kursus ini. Seramai 18
orang pelajar Diploma Kejuruteraan Alam
Sekitar beserta 2 orang pensyarah pengiring
iaitu Puan Nur Adibah Bt Baharun @
Baharuddin dan Cik Zaifah Bt Che Wil
menyertai lawatan ini.

Secara keseluruhannya, pelajar mendapat gambaran jelas berkenaan
proses dan teknologi rawatan air mentah, pengurusan enapcemar
serta sistem agihan air bersih dari loji rawatan kepada pengguna.
Pelajar turut berpeluang menganalisa faktor-faktor yang
mempengaruhi sesuatu rekabentuk muka sauk dan loji rawatan air
dan sumber air yang boleh diambil sebagai air mentah untuk muka
sauk, kualiti dan kuantiti air mentah.

12

PS nSsight

EDISI OGOS-DISEMBER 2018

Seminar Kecemerlangan Diri - “Belajar Untuk
15 Ogos 2018 Cinta, Cinta Untuk Belajar”

Seminar Kecemerlangan Diri “Belajar Untuk Cinta, Cinta
Untuk Belajar” telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2018

dengan jemputan penceramah PU Muhammad Abu Sufyan
Bin Mohd Mokhtar Rozaidi. Program telah berlangsung di

Dewan Serbaguna bermula jam 8.00 malam sehingga 11.30
malam dengan penglibatan seramai 785 orang pelajar.

Bengkel Penggunaan Kalkulator
Saintifik fx-570MS 15 Ogos 2018

Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik fx-570MS
dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada para peserta tentang penggunaan kalkulator
saintifik fx-570MS secara menyeluruh dalam kursus-
kursus yang ditawarkan di Jabatan Matematik, Sains
dan Komputer. Penggunaan kalkulator saintifik ini
sangat penting kepada para pensyarah mahupun
pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik
yang memerlukan pengiraan.

Kursus Usahawan Katering, Roti dan
Foodtruck
16 Ogos 2018

Unit Keusahawanan PSIS dengan kerjasama Kulit Kayu Manis
Enterprise (Tuuu... Dia Pak Tam) telah berjaya menganjurkan

Kursus Usahawan Katering, Roti dan Foodtruck kepada
seramai 74 orang pelajar yg mengambil kursus DRK3092 Kelab

Keusahawanan yg terdiri daripada pelajar semester 3. Antara
objektif utama kursus ini adalah membudayakan pemikiran
keusahawanan dikalangan pelajar PSIS dan seterusnya
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas
tamat pengajian kelak.
 

Penceramah jemputan merupakan Alumni PSIS dari Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti iaitu En. Muhammad Shazwan
bin Hj. Ruslin dan penceramah Kursus Roti dan Foodtruck
disampaikan oleh Cik Nur Diana binti Hj. Ruslin.

13

PS nSsight

EDISI OGOS-DISEMBER 2018

16 Ogos 2018

Lawatan Akademik DCN 3093 Ke Logi Rawatan Air Sisa

Lawatan akademik DCN3093 Wastewater
Engineering telah diadakan pada 16 Ogos

2018 bertempat di Loji Rawatan Air Sisa
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor Darul

Ehsan. Program ini melibatkan 72 orang
pelajar daripada pelajar semester 3 Diploma

Kejuruteraan Alam Sekitar, Jabatan
Kejuruteraan Alam Sekitar dan 2 orang
pensyarah pengiring, Cik Nor Suhaili Binti

Mohamad Zin dan Puan Chia Soi Lee.
Program peningkatan kemahiran ke loji
rawatan air sisa ini bertujuan untuk memberi
pendedahan secara visual mengenai konsep
dan proses rawatan air sisa domestik yang
dilaksanakan dan diamalkan oleh pihak Loji
Rawatan Air Sisa Politeknik Sultan Idris Shah
selain daripada mendapatkan ilmu secara

Klinik Psikologi Soft Skills - teori di dalam bilik kuliah dan di makmal.
17 Ogos 2018

“Confidence Through Body Language”

Program yang telah dilaksanakan pada 17 Ogos 2018 ini
telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan
daripada 150 orang pelajar. Program yang dilaksanakan

di Dewan Syarahan Utama ini bermula pada jam 8.30
malam sehingga 11.45 malam dengan membawakan
penceramah jemputan Muhammad Zarif Bin Zulkafli

(PLF). Terdapat dua pengisian di dalam Program ini iaitu
keyakinan diri dan bahasa badan (body language)
memberikan makna. Diharapkan pelajar dapat
mempraktikkan ilmu yang diperoleh dalam usaha

meningkatkan keyakinan pelajar untuk bercakap di
khalayak ramai dan sebagai persediaan kepada mereka

untuk melangkah ke dunia pekerjaan kelak.

Lawatan Alumni ke QRS 19 Ogos 2018
Freshmart Kuala Kubu Bharu

Satu lawatan alumni ke QRS Freshmart Kuala
Kubu Bharu yang disertai oleh Ketua Jabatan
dan pensyarah telah berlangsung bagi melihat
pelajar JTMK Mohamed Faiznor bin Sulaimen
yang telah berjaya memulakan perniagaan
dengan membuka sebuah Pasaraya QRS
FreshMart di Kuala Kubu Bharu. Pasaraya
tersebut telah mula beroperasi secara rasmi
pada bulan Januari 2018. Pelajar alumni ini juga
telah banyak memberi sumbangan kepada
JTMK PSIS.

14

PS nSsight
EDISI OGOS-DISEMBER 2018

Peristiwa Choral S6peSaepktienmgbCeorm20p1e8tition

September

Bertemakan “Love Our Malaysia”, Unit
Bahasa Inggeris JPA PSIS telah
menganjurkan satu pertandingan Choral
Speaking yang telah disertai oleh pelajar-
pelajar semester 3. Ia telah berlangsung
pada 6.9.2018 dan diadakan di Dewan
Syarahan Utama PSIS. Sebanyak 11
kumpulan telah bertanding dan mereka
telah mempamerkan bakat dan semangat
berkumpulan yang tinggi.

Kem Lukisan Teruk5u-r7 BSeapgteimber 2018
Kursus DCA 6163 & DCA 6237

di Bamboo Village, KL

Kem Lukisan terukur DCA6163:Measured Drawing telah
diadakan di Bamboo Village Kuala Lumpur dan Tadom Hill
Resort, Selangor. Kem ini telah diadakan pada 5 hingga 7
September 2018. Seramai 38 orang pelajar dan 5 orang
pensyarah telah menyertai kem ini. Pada sesi ini, aktiviti
kem difokuskan kepada bangunan berasaskan binaan buluh
dan batang nibong. Pelajar telah diberi pendedahan untuk
menghasilkan binaan GAPURA berasaskan struktur buluh
dan batang nibong. Gapura adalah istilah untuk gerbang
atau pintu masuk ke suatu kawasan.

Sem6-i9naSrepAtenmcabmera2n01L8GBT Umat Masakini

Seminar ini disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan Md Yusof,
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian pembangunan Keluarga,
Sosial & Komuniti JAKIM dan ustazah Cik Wan Roslili binti Abd.
Majid, fellow Pusat Kajian Syariah Undang-undang Politik IKIM.
Sementara majlis penutupan pula disempurnakan oleh Ustaz
Mohd Zaini bin Ramli, Pengurus ILDAS.
Seramai 400 orang pelajar menyertai seminar yang
berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang ini.

15

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

8C-S9RSBepertesmabmera2K0o18muniti (Pembinaan Garaj
& Mengecat Pagar Sekolah

Program CSR bersama komuniti 6.0 (pembinaan
garaj dan mengecat pagar) di SK Simpang Empat,
SK Sri Cempaka, SK Parit Baru dan SK Sri Cempaka
Sabak Bernam, Selangor. Program ini diwujudkan
adalah disebabkan untuk memenuhi keperluan
capaian 50% kursus practical mengikut keperluan
Engineering Technology Engineering Council
(ETAC).

Kembara Ilmu: Pusat Pelupusan Pepejal
Jeram, Selangor

12 September 2018

Kembara ilmu ke Pusat Pelupusan Sisa Pepejal
Sanitari Jeram diadakan pada 12 September 2018
anjuran unit Kejuruteraan Alam Sekitar, Jabatan
Kejuruteraan Awam. Program ini melibatkan 28
orang pelajar semester 5 dan 2 orang pensyarah
pengiring.  Worldwide Landfills Sdn Bhd
merupakan pemilik tunggal tapak pelupusan
sisa pepejal ini. En. Azmah merupakan penyelia
tapak ini telah memberi pendedahan yang
banyak kepada pelajar tentang tapak pelupusan
dan proses yang terlibat.

Cerama1h3 "SeEptthemicbserIn20Is1l8amic Finance"

Ceramah ini diadakan untuk
memberikan gambaran jelas berkenaan
tentang topik etika dalam kewangan
Islam.Ceramah ini disampaikan oleh
Ustaz Abdul Hadi Md Rofiee dan disertai
oleh pelajar semester 2 Diploma
Perbankan dan Kewangan Islam.
Bermula pada pukul 8.00 pagi, ceramah
ini berakhir pada pukul 1.00 petang.

16

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Kem Ukur Kejuruteraan

18-21 September 2018

Program ini telah dijalankan pada 18 September –
21 September 2018 lepas. Program ini dijalankan
bagi mendedahkan pelajar semester 5 Diploma
Kejuruteraan Awam kepada pelaksanaan kerja-
kerja ukur seperti setting- out, Terabas Total
Station dan Kerja ukur aras di luar Politeknik.
Tempat kerja-tersebut ialah sekitar parit Baru dan
jalan Semenanjung Bernam 3.

Perhimpunan Bulanan bil 4/2018
21 September 2018

Kejohanan Catur Bliss Terbuka PSIS sempena
Majlis Konvokesyen PSIS ke 13

24-25 September 2018

Sempena Majlis
Konvokesyen PSIS ke
13, Kelab Catur
Politeknik Sultan Idris
Shah telah
mengadakan Catur
Bliss Terbuka kepada
semua warga luar dan
dalam PSIS

17

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pertandingan  BUILD & BREAK COMPETITION 2018 (BBC 2018)
ini adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar yang
berlangsung pada 24 & 25 September 2018. Pertandingan ini
terbuka kepada semua pelajar IPTA, IPTS, Kolej Vokasional,
sekolah-sekolah seluruh Malaysia serta Institusi
Antarabangsa. Sebanyak 79 buah penyertaan bagi kategori
IPTA, IPTS & Kolej Vokasional. Penyertaan daripada PSIS
adalah seramai 20 orang & 5 orang penyelia iaitu daripada
pelajar DKA dan DAS. Melalui pertandingan ini, pelajar dapat
menghasilkan pemikiran inovatif dan kreatif dalam
pembuatan model jambatan yang kukuh

Build & Break

24-25 September 2018

Malaysian Polytec2h5n-i2c6ESnegpltiesmhber 2018
Festival (MPEF)

Unit Bahasa Inggeris telah menghantar penyertaan ke
Malaysian Polytechnic English Festival (MPEF) yang telah
berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau
Perlis pada 25-26 September 2018 dan disertai oleh seluruh
politeknik Malaysia. Seramai 5 orang pelajar yang diiringi
oleh 2 orang pensyarah telah mewakili PSIS dan bertanding
dalam pertandingan debate, public speaking, story telling
dan newscasting. Pasukan debate berjaya mendapat tempat
ke keempat dan pasukan bagi pertandingan lain juga
berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan separuh
akhir.

Taklimat Literasi Maklumat 27 September 2018 1 81 8
kepada Pelajar DEP dan DTK

27 September 2018 bertempat di Panggung
Syarahan 2, satu sesi taklimat Literasi
Maklumat telah di adakan kepada semua
pelajar DEP  dan DTK. Taklimat ini di adakan
bertujuan untuk berkongsi maklumat
berkaitan pangkalan data yang sesuai diguna
pakai oleh pelajar disamping menghadapi
audit ETAC yang berlangsung pada bulan
Oktober 2018.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

World Skills Malaysia Belia 2018 (WSMB
2018)- Restaurant Service

27- 30 September 2018

Pertandingan diadakan di dalam dua
fasa iaitu fasa terakhir dan pra
kelayakan. Finalis di fasa terakhir akan
mewakili Malaysia dalam Pertandingan
Kemahiran Asean (ASC) dan di World
Skills Competition (WSC).Untuk
pasukan Restaurant Service JPH dari
 PSIS yang diwakili oleh Siti Nur
Zahirah, dipilih sebagai 8 teratas (dari
40 orang peserta daripada Malaysia dari
kolej-kolej swasta, politeknik, universiti
dan kolej komuniti) untuk WSMB 2018 -
peringkat akhir akan bersaing sebagai
calon mewakili Malaysia dalam ASC di
Singapura untuk tahun
berikutnya.Setelah melalui semua kerja
keras dan latihan, Siti Nur Zahirah
menerima Excellency Certificate.

29 September 2018

Bengkel Strive For Excellence 2

Bengkel Strive For Excellence ini
adalah bengkel untuk persediaan
menjawab soalan Peperiksaan Akhir
bagi kursus DBS1012.
DBS1012(EngineeringScience) adalah
kursus yang wajib diambil oleh pelajar-
pelajar semester 1 daripada program
Kejuteraan Awam dan Kejuteraan
Elektrik Politeknik Sultan Idris
Shah.Program ini diwujudkan kerana
terdapat segelintir pelajar yang tidak
mencapai keputusan yang memuaskan
dalam ujian yang menguji CLO1. Hal ini
akan memberikan kesan terhadap
pencapaian pelajar dalam peperiksaan
akhir.

19

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Peristiwa
Oktober

Program ;Secretarial
Exposure Towards
Career"
1 Oktober 2018

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar
berkenaan dengan skop sebenar tugas sebagai
Setiausaha di syarikat-syarikat dan pejabat-pejabat
kerajaan. Melalui kursus ini, pelajar dapat memahami
tugas setiausaha dengan lebih realistik dan berkesan.
Program yang berjalan dari 8.00 pagi hingga 5.00
petang ini melibatkan tiga sesi. Sesi pertama
merupakan forum bersama alumni bertajuk,
“Setiausaha lelaki vs Setiausaha perempuan”. Forum
kedua bertajuk “Cabaran dalam Dunia Setiausaha”,
dan sesi ketiga adalah “Pep Talk - Superb Secretary”.

Audit MQA DHF
1-2 Oktober 2018

Malaysian Qualification Accreditation (MQA)
telah dilaksanakan untuk program Diploma
Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF) di
bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
Audit ini berjalan selama dua hari melibatkan
pensyarah yang mengajar program tersebut.
Sebanyak 2 orang panel yang terlibat dalam
pelaksaanaan audit ini.

Kursus Pemantapan Kendiri Staf - Bengkel R-E-S-T @ PSIS
3-4 Oktober 2018
Seramai 21 orang staf Politeknik Sultan Idris Shah

telah terlibat sebagai peserta bagi Kursus

Pemantapan Kendiri – Bengkel R-E-S-T @ PSIS.

Kursus ini telah berlangsung selama dua hari iaitu

dari 3 dan 4 Oktober 2018 di Bilik Seminar ULPL.

Pengisian kursus memfokuskan kepada matlamat

kerjaya dan menangani stres dengan menggunakan

pendekatan Art Therapy yang telah dikendalikan

oleh Puan Noraisah Binti Ismail, Ketua Unit 20
Pengurusan Psikologi PSIS.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Kursus Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan

4 Oktober 2018

Kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA)
telah diadakan pada 4 Oktober 2018 di Dewan
Syarahan Utama, Politeknik Sultan Idris Shah
anjuran Unit Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar,
Jabatan Kejuruteraan Awam. Kursus ini telah dihadiri
oleh 175 orang pelajar terdiri daripada pelajar
semester 1 Jabatan Kejuruteraan Awam program
Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar, Diploma
Kejuruteraan Awam, dan Diploma Seni Bina. Antara
objektif kursus ini adalah meningkatkan
pengetahuan pelajar dalam keselamatan dan
kesihatan pekerjaan

Semianr Wasiat, Hibah & Faraid

4 Oktober 2018 Kursus DPD3023: Islamic Financial Planning
merupakan kursus teras yang perlu dipelajari oleh
pelajar Diploma Perbankan dan Kewangan Islam
(DIB) pada semester lima. Kursus ini menekankan
perancangan kewangan Islam dari aspek pegurusan
risiko, takaful, pelaburan, zakat, cukai dan lain-lain
lagi.Seminar ini disampaikan oleh Pn Suhaizah binti
Mohd Safian, Pengurus dari Al-Isra’ Associates
(Damansara Intan) Sdn. Bhd.

8-12 Oktober 2018

Kursus PPK : Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam
ISLAM

Kursus PPK 2018 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

DALAM ISLAM ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan dan dan

Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Sultan Idris Shah pada

8 – 12 Oktober 2018 iaitu selama 5 hari atau 35 jam latihan.

Seramai 25 peserta yang teerdiri daripada pensyarah

politeknik telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dikendalikan

oleh 2 orang penceramah yang sangat berpengalaman di

dalam praktis dan amalan amali iaitu Ustad Mohd Bahroddin

Badri (Kewangan Islam) dan Ustad Mohamad Iqbal Bin Abdul

Wahab (Qawaid Fiqqhiyyah). 21

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

9 Oktober 2018 22

Pertandngan Asia Young Designer Award (AYDA)

Asia Young Designer Award (AYDA) merupakan di
antara salah satu platform tahunan bagi
pertandingan rekabentuk yang berprestij bagi
pelajar-pelajar jurusan senibina, rekabentuk
dalaman serta yang berkaitan dengannya. Pelajar
Diploma Seni Bina (PSIS) turut menyertai
pertandingan ini dengan menghantar sebanyak 40
penyertaan untuk AYDA 2018. Pertandingan ini turut
disertai oleh pelajar-pelajar berkaitan jurusan
rekabentuk dari pelbagai universiti awam, institusi
swasta, politeknik dan juga kolej komuniti lain yang
telah menerima sebanyak 1500 penyertaan,

Dissertation, Pre1s0e-1n1tOakttioobner&2018
Exhibition (DPEX) Kali ke 21 JKA

Program Dissertation, Presentation & Exhibition (DPEx),
Jabatan Kejuruteraan Awam Kali-21 merupakan program
yang akan dilakukan setiap hujung semester bagi pelajar
semester 5 untuk pembentangan projek akhir. Kursus yang
terlibat adalah DCC 6203 Civil Engineering Project 2, DCN
6053 Environmental Project 2 dan DCA 6237 Design 4.
Seramai 178 orang pelajar yang telah terlibat dalam
program tersebut dimana terdiri daripada 81 orang pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam, 61 orang pelajar Diploma
Kejuruteraan Alam Sekitar dan 36 orang pelajar Diploma
Seni Bina. Program ini adalah satu platform yang
disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar bagi
mempraktikkan pengetahuan teori mereka untuk cuba
mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
bidang kejuruteraan.

Bengkel Grafik Senibina

11 Oktober 2018

Bengkel grafik seni bina
dianjurkan  pada 11 Oktober
2018 bagi memberi
pendedahan kepada pelajar
‘method’, teknik serta bahan
lukisan yang digunakan oleh
pakar illustrasi bagi
menghasilkan sebuah lukisan
persembahan yang berkualiti
setanding dengan kehendak
pasaran.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

12 Oktober 2018

Awakened The Giant:
Bengkel Motivasi Pelajar Pra Diploma Sains

Program Awakened The Giant adalah program
untuk meningkatkan semangat dan motivasi
pelajar-pelajar Pra-Diploma Sains di Politeknik
Sultan Idris Shah dalam pembelajaran.Melalui
program ini juga,pelajar akan didedahkan dengan
teknik pembelajaran yang berkesan dan
mengenal pasti potensi diri melalui aktiviti-
aktiviti bersifat pembinaan kendiri.

13 Oktober 2018

Larian Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara telah di
isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun.
Sambutan Hari Sukan Negara ini
merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan.Sehubungan dengan itu,
PSIS telah mengadakan Fun Run HSN PSIS
2018 di mana lebih kurang 300 pelajar PSIS
telah bersenamrobik dan berlari di luar
kawasan PSIS di bawah anjuran bersama
Unit Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan
dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman
PSIS.

1M4 aOjkltiosbMer a2k0a18n Malam
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi Jun 2018

Satu Majlis Makan Malam Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) sesi Jun 2018 telah daidakan bagi
menghargai sumbangan MPP PSIS yang telah
memberi sumbangan PSIS sepanjang sesi Jun
2018.

23

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Audit ETAC

15-16 Oktober 2018

Engineering Technology Accreditation Council (ETAC)
telah dilaksanakan untuk program Diploma
Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Alam
Sekitar (DAS) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komunikasi) di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam
dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Bengkel Teknik Me1n5j-a16wOakbtoSboear l2a0n18Peperiksaan Akhir
Kursus Mathematical Computing

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Akhir bagi kursus
DBM1033 dilaksanakan untuk pelajar-pelajar
semester 1 program Diploma Teknologi
Maklumat (DDT). Bengkel ini diadakan untuk
mengurangkan peratusan kegagalan pelajar
yang mengambil kursus DBM1033 bagi sesi Jun
2018 ini.Sebagai persediaan untuk ujian, para
pelajar perlu menguasai teknik dan strategi
menjawab soalan yang betul. Kemahiran ini
penting untuk memastikan para pelajar dapat
memperolehi markah yang optimum untuk
setiap soalan yang dijawab.

16 Oktober 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar : Malam Megah 2018

Satu Majlis Anuagerah Kecemerlangan Pelajar dan
Malalm Megah 2018 telah daidakan bagi menghargai
sumbangan semua pelajar PSIS yang teklah bergiat
aktif memberi sumbangan dan mengharumkan nama
PSIS sepanjang sesi Jun 2018.Antara penghargaan
yang diberikan ialah Anugareh kepada Organisasi
Aktif, Anugerah Sumbangan Kecemerlangan Jabatan,
dan lain-laian.Majlis tersebut telah disempurnakan

oleh pengarah PSIS, Encik Ishanuddin Bin Husin 24

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

16Y-o17unOgktSoobceira2lp0r18enuer Programme
(YS2P 2.0) 2018

Young SocialPreneur Programme 2.0 (YS2P2.0) 2018 telah
dianjurkan oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi dan PKT
Logistics Sdn. Bhd. Fokus utama pertandingan ini adalah untuk
membentuk budaya keusahawanan sosial di kalangan pelajar dan
mendidik pelajar tentang tanggungjawab sosial korporat
(CSR).Pertandingan kali kedua yang diadakan ini terbuka kepada
semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia dan
bakal diiktiraf sebagai “The Biggest Young SocialPreneurship
Charity Programme” di dalam Malaysian Book of Records (MBR)
yang akan dilancarkan pada 11 Ogos 2018 secara live streaming di
institusi masing-masing. Pertandingan usahawan YS2P2.0
melibatkan Empat (4) fasa iaitu FASA 1 (15 Mac - 10 April 2018)
Pendaftaran YS2P 2.0, FASA 2 (16 April 2018) Social Entrepreneur
Bootcamp, FASA 3 (17 April 2018) Projek YS2P 2.0 bermula dan
FASA 4 Penjurian Akhir (16 Oktober 2018), Penjurian Top 20 (17
Oktober 2018 (Siang), Malam Anugerah (17 Oktober 2018 (Malam).
Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar satu pasukan yang
terdiri daripada 10 orang pelajar daripada pelbagai program. PSIS
telah berjaya mendapat Top 20 dalam pertandingan tersebut yang
disertai oleh 53 kumpulan daripada Politeknik dan Kolej Komuniti
seluruh Malaysia.

Karnival Kerjaya - Grab The Job 25

19-20 Oktober 2018

Pada 19 dan 20 Oktober 2018, unit CISEC
telah menganjurkan satu Karnival Kerjaya
yang bertemakan “Grab the Job” di dalam
kawasan kampus politeknik kepada semua
pelajar semester lima dari JKA, JKE, JPH,
JP dan JTMK. Aktiviti yang dijalankan
dalam Karnival Kerjaya tersebut adalah (1)
Sireh Pulang ke Gagang Bersama Alumni
PSIS, (2) Duta Kerjaya yang telah
dilaksanakan dengan kerjasama syarikat
Iconix Consulting Sdn. Bhd , (3) Free
Photo Shoot dengan kerjasama Unit CIDM,
(4) Job On the Go Bersama MDEC yang
memberikan pengenalan tentang cara
meningkatkan pendapatan tambahan dari
kalangan rakyat melalui inisiatif digital
eRezeki dan eusahawan dan (5) My Skill
My Career yang memberi peluang kepada
pelajar untuk mempelajari kemahiran
secara praktikal melalui penceramah atau
fasilitator yang berkemahiran.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

22-23 Oktober 2018

Audit Pematuhan SIRIM
Audit pemantauan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd. telah dijalankan
pada 22 hingga 23 Oktober 2018 selama 2 hari. Pasukan audit
terdiri daripada DUA (2) orang juruaudit yang diketuai oleh
Abd Rashid bin Mohd Yaacob dan rakan sepasukannya Dr.
Montaj bin Mustakim.Tujuan audit adalah untuk memastikan
sistem pengurusan kualiti PSIS patuh dengan keperluan ISO
9001:2015. Melihat perubahan yang berlaku disebabkan
perubahan isu luaran dan isu dalaman. Mengesahkan
tindakan pembetulan yang berkesan dilaksanakan ke atas
penemuan audit terdahulu.Pengauditan dilaksanakan
semakan ke atas dokumen kualiti dan rekod, temubual dan
pemerhatian persekitaran kerja dan fasiliti

24 Oktober 2018 Read, Relax & Enjoy @
Perpustakaan PSIS

Sepanjang minggu ulangkaji dan minggu
peperiksaan iaitu bermula  24.10.18 sehingga
15.11.2018, Unit Perpustakaan telah mengadakan
Program READ, RELAX & ENJOY @ Perpustakaan
PSIS. Program ini bertujuan untuk memberikan
suasana santai dan rileksasi minda kepada semua
pengguna terutama pelajar untuk menghadapi
peperiksaan akhir.
Dalam program ini, terdapat pelbagai aktiviti yang
diadakan diantaranya ialah, minuman percuma
kepada 30 orang terawal bermula jam 3.00 - 7.00
petang di Laman Ilmu, selain tayangan filem
terpilih serta permainan seperti catur, karom turut
disediakan di Laman Ilmu Unit Perpustakaan.

24Oktober 2018 26

Majlis Penutup TPCAD 2018

Majlis Penutup Program TPCAD – Program baik
pulih rumah di bawah Cabinet Away Day Tahun
2017 telah diadakan pada 24 Oktober 2018 di
Dewan Syarahan Utama, PSIS.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk
menghargai seluruh warga PSIS (Staf dan
pelajar) yang terlibat sebagai sukarelawan
membaik pulih rumah-rumah rakyat yang telah
dikenalpasti oleh jawatankuasa yang terlibat
dalam menjayakan program ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh
pengarah PSIS, Encik Ishanuddin Bin Husin

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Penyerahan Visitor Interpretation CSR Project
At Sabak Bernam (DTM 6014- Visitor
Interpretation Services)
25 Oktober 2018

AProjek CSR Interpretasi Pelawat di Sabak Bernam adalah salah
satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
kursus DTM6014 - Perkhidmatan Interpretasi Pelawat. Projek ini
dilaksanakan untuk melengkapkan penilaian kerja kursus pelajar
yang membawa 50% daripada penilaian keseluruhan DTM6014 -
Kursus Perkhidmatan Interpretasi Pelawat. Projek ini termasuk
satu hari perjalanan ke destinasi terpilih di sekitar daerah Sabak
Bernam, Selangor dan akan menyediakan peluang kepada para
pelajar untuk merancang, merekabentuk dan membangunkan
teknik interpretasi dan media bagi tarikan terpilih di daerah
Sabak Bernam. Bagi projek ini, lokasi yang dipilih adalah D’Bayu
Impian Housestay, Sungai Besar.

Be2n4g-2k5elOPketonibleari2a0n18Binaan Struktur Buluh 27

Bengkel Penilaian Struktur Buluh telah
diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah.
Bengkel ini diadakan selaras dengan keperluan
kursus DCA6163- Measured Drawing yang
memberi input tentang teknik binaan
berasaskan buluh ke arah pembangunan
mampan. Bengkel ini juga dapat meningkatkan
kemahiran praktikal pelajar melalui modul
binaan model berasaskan penggunaan struktur
buluh. Seramai 43 orang pelajar telah terlibat
dalam bengkel ini dan seramai 2 orang panel
penilai telah dijemput untuk memberi penilaian
terhadap hasil kerja pelajar pada sesi Jun 2018.
Panel yang hadir ialah Encik Muhammad
Fawwaz Na’im bin Razali dan Muhammad Faiz
bin Mohd Assaari dari Light Studio Sdn. Bhd.

Kursus Inkubator Usahawan
Teknologi Drone PSIS

27-28 Oktober 2018

Unit Keusahawanan PSIS telah berjaya
menganjurkan Kursus Inkubator
Usahawan Teknologi Drone bertempat
di Makmal Kejuruteraan Elektrik, PSIS.
Kursus ini disertai oleh seramai 30
orang peserta terpilih yang terdiri dari
pelbagai latarbelakang akademik
termasuklah pelajar dari bidang
kejuruteraan elektrik, perdagangan
dan juga kejuruteraan awam.

PS nSsight

EDISI OGOS-DISEMBER 2018

Program Kerjaya /

Peristiwa Finishing School -
“Penyelesaian Masalah
November Menggunakan
Metodologi Six Sigma”
3-5 November 2018

Program “Penyelesaian Masalah
Menggunakan Metodologi Six Sigma” telah

dianjurkan oleh Unit CISEC dalam
memperkasakan bakal graduan PSIS.
Program ini telah disertai oleh seramai 30
orang pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan.
Perlaksanaan aktiviti dan program ini
mensasarkan kepada dua tujuan iaitu
 kebolehpasaran graduan PSIS sebagai
pekerja di sektor swasta mahupun sektor
kerajaan dan membekalkan ilmu dan

kemahiran penyelesaian masalah
menggunakan metodologi Six Sigma.
Keseluruhannya, pelajar amat berpuas hati
dengan semua aktiviti yang dianjurkan

kerana mereka dapat meningkatkan
keyakinan diri dan rasa tanggungjawab

sosial.

11 November 2018

Kejohanan Raja Catur Sabak Bernam 2018

Pasukan Catur Politeknik Sultan Idris Shah telah menyertai Pertandingan catur yang diadakan
di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, Sungai Besar. Pertandingan ini dianjurkan oleh PBSD
Sabak Bernam, Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam & Dr Chess Training Center. Dalam

Pertandingan ini seorang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah iaitu MOHD NAZMY KHAIRUL BIN
AZLAN berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM80 dan Sijil Penghargaan di atas

kejayaan mendapat tempat ke 8 untuk kategori terbuka.

28

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Majlis Hi-Tea Pengurusan Politeknik bersama
16 November 2018 persatuan alumni PSIS

Majlis Hi-Tea Pengurusan Politeknik Bersama
Persatuan Alumni PSIS telah diadakan di Dewan

Banquet. Persatuan Alumni merupakan suatu
persatuan yang ditubuhkan bertujuan untuk

menyatukan semua bekas pelajar PSIS. Tujuan
diadakan majlis ini adalah untuk menyerahkan
kutipan yuran graduan PSIS sesi 2017/2018 kepada
pihak Persatuan Alumni PSIS dan merapatkan

hubungan pihak pengurusan PSIS dengan
persatuan Alumni. Melalui majlis ini,  pihak
pengurusan dapat mengenali dengan lebih dekat
Ahli Jawatankuasa Persatuan alumni PSIS serta
dapat menjalankan aktiviti secara bersama bagi
mencapai objektif persatuan dan KPI yang

disasarkan oleh pihak kementerian.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)-
Asean ke Semporna, Sabah 16 November- 5 Disember 2018

Seorang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, WAN ABDUL
LATIFF AFIFI BIN WAN ABDULLAH dari Jabatan

Kejuruteraan Awam  telah terpilih untuk menyertai Misi
Sukarelawan Siswa YSS-Asean ke Semporna, Sabah pada

16 November – 5 Disember 2018. Misi sukarelawan
tersebut telah diadakan di Sekolah kebangsaan Bugaya,
Kampung Bugaya Laut, Semporna, Sabah. Dalam misi ini

para sukarelawan dibahagikan kepada 6 kluster iaitu
kluster pendidikan, kluster pembangunan komuniti
social dan penambahbaikan, kluster agribio dan

persekitaran, kluster informasi, komunikasi & Teknologi
dan keusahawanan, kluster pengurusan bencana dan
krisis, dank luster perubatan dan kesihatan.

29

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Kolaborasi PSIS Roboteam dengan industri bagi menjayakan
10th Steam Cup Malaysia, Pusat Sains Negara

25 November 2018

PSIS Roboteam telah berkolaborasi dengan Robotclub® Malaysia bagi menjayakan 10th
STEAM Cup Malaysia. Program peringkat kebangsaan anjuran bersama Robotclub® Malaysia

dan Pusat Sains Negara ini telah dijadikan acara tahunan semenjak tahun 2012 lagi.
Program ini bertujuan menanamkan minat para pelajar kepada STEAM (Science,

Technology, Engineering, Arts and Mathematics). Seramai 11 orang pelajar dan seorang
pensyarah daripada PSIS Roboteam terlibat dalam program ini dan memainkan peranan
sebagai urusetia serta pengadil perlawanan. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu

Creative, SmartBot, Fighter dan BugSumo serta melibatkan seramai 260 orang peserta.

30

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

29 November 2018

Lawatan ke Perpustakaan Desa
Sekitar Dun Sg. Air Tawar

Seramai 6 orang staf Perpustakaan PSIS telah
membuat lawatan ke 6 buah Perpustakaan
Desa pada 29.11.2018 dan 4.12.2018. Lawatan
ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama
dan perkongsian ilmu dalam pengurusan
perpustakaan.

Program Pengantarabangsaan
& Penandaarasan
Ke Universitas Al Washliyah 29 November - 2 Disember 2018
(Univa), Universitas Unit Pendidikan Islam JPA telah melaksanakan
Program Pengantarabangsaan & Penandaarasan

Muhammadiyah Sumatera Ke Universitas Al Washliyah (Univa), Universitas
Muhammadiyah Sumatera Utara (Umsu), Medan,

Utara (Umsu), Medan, Indonesia mulai 29.11.2018 hingga 2.12.2018.
Melalui program ini para pensyarah dapat

Indonesia. meningkatkan motivasi dan keupayaan diri dan
mempunyai daya saing yang tinggi setaraf

& Csr Pasentren Ar-Raudatul dengan institusi pengajian tinggi yang lain di
luar negara. Ia juga bagi memupuk nilai murni
Hasanah sifat kerjasama dan bantu membantu melalui
beberapa aktiviti CSR.

31

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Peristiwa Bengkel Fasilitator
Disember Minggu Transformasi
Siswa Sesi Disember
1 Disember 2018 2018 Bersama UPPsi

Bengkel Fasilitator Minggu
Transformasi Siswa Sesi Disember
2018 telah dilaksanakan pada 1
Disember 2018 dengan penyertaan
seramai 63 orang pelajar. Dua orang
pegawai psikologi iaitu Puan
Harmiza Binti Mat Hona dan Puan
Norlina Binti Alfan telah
mengendalikan Bengkel ini yang
bermula pada pukul 9.30 pagi dan
berakhir pada pukul 5.00 petang.

Pendaft3a-r6aDnisPeemlbaejra2r0B18aharu &
Minggu Transformasi Siswa Dis 2018

Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Transformasi Siswa
(MTS) Sesi Disember 2018 telah diadakan pada 3 hingga 7
Februari 2018 di Dewan Seri Lang dan Dewan Syarahan Utama
PSIS. Seramai 552 pelajar baharu Sesi Disember 2018 telah
mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam 9 program yang
ditawarkan di PSIS. Seluruh warga PSIS mengucapkan Selamat
datang kepada para pelajar.

32

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Program Ujian Profil Diri Bagi Pengukuhan
Modul Inspirasi Diri (MIND) Sesi Disember

2018 4 Disember 2018

Program Ujian Profil Diri Bagi Pengukuhan Modul Inspirasi Diri (MIND) merupakan Program
wajib bagi setiap semester yang akan memfokuskan kepada pelajar Semester Satu. UPPsi
telah melaksanakan Program ini pada 4 Disember 2018 bagi pelajar baharu yang
mendaftarkan diri di Politeknik Sultan Idris Shah bagi kemasukan Sesi Disember 2018.

11 Disember 2018 Program Teambuilding JP

Kelab Kebajikan Jabatan Perdagangan telah
menganjurkan Program Teambuilding untuk semua
staf JP selama sehari di D’Muara Resort, Sg Hj Dorani.
Program yang dipimpin oleh staf JP sendiri, En Mohd
Ruslan bin Salikin melatih semua staf untuk bekerja
dalam kumpulan.

19 Disember 2018

The Secret Success of Campus Entrepreneurs:
Readiness and Challenge
Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS)

telah menganjurkan seminar bertajuk “The Secret

Success of Campus Entrepreneurs: Readiness and

Challenge” Bertempat di Dewan Syarahan Utama(DSU),

PSIS. Penceramah program ini dijemput khas daripada

Universiti Malaysia Kelantan(UMK) Dr Ashlyzan Razik.

Peserta program ini terdiri daripada pelajar yang

mengambil kursus Kokurikulum Kelab Keusahawanan

dan juga Kelab Pengguna. Antara pengisian menarik

yang dikongsikan oleh Dr Ashlyzan Razik ialah

berkenaan empat langkah mudah memulakan

perniagaan dalam kampus dan juga panggilan pukau

(telemarketing). 33

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

CSR : Program Khas Kesukarelawanan
28 Disember 2018 “Boleh Kami Bantu”

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
telah mengadakan program, CSR : Program Khas Kesukarelawanan “Boleh Kami Bantu”.
Program Khas Kesukarelawanan ini telah dijalankan bersempena dengan hari pendaftaran

Sekolah Kebangsaan Parit Baharu bertujuan untuk menerapkan jiwa dan semangat
kesukarelawanan dalam diri para pelajar PSIS serta melatih mereka untuk hidup

bermasyarakat. Seramai 8 orang sukarelawan dan 4 orang pegawai yang terlibat secara
langsung dalam menjayakan misi sukarelawan ini. Semoga aktiviti seumpama ini akan
dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang dengan membabitkan

lebih ramai penyertaan pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah.

'Menerapkan jiwa dan
semangat

kesukarelawanan!'

34

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian
World Skills Malaysia Belia (WSMB)
Kategori Elektronik

Nurul Izzah Binti Mohamed Shaffie pelajar program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik
Sultan Idris Shah telah meneruskan legasi dan
mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah
apabila dianugerahkan pingat Emas bagi kategori
kemahiran elektronik semasa di kejohanan World Skills
Malaysia Belia (WSMB) 2018 yang berlangsung di Pusat
Latihan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) pada 28 Sept - 2
Okt 2018. Untuk rekod, Politeknik Sultan Idris Shah
memenangi kategori yang sama pada tahun 2017
menerusi pelajarnya Muhammad Hasbul Arman Bin
Azhar.
Kejohanan yang dianjurkan secara bersama oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
dan CIDB, Kementerian Kerja Raya ini telah
mempertandingkan sebanyak 30 bidang kemahiran.

MOE Entrepreneurial Awards 2018
Outstanding Graduate Entreprise Award

Anugerah Keusahawanan Kementerian
Pendidikan Malaysia (MEA) telah diadakan

pada 30 November 2018 di Hotel Royale
Chulan, Kuala Lumpur. Ianya bagi meraikan
pencapaian cemerlang di kalangan pelajar
dan  Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam

bidang keusahawanan selaras dengan
Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi
Pengajian Tinggi (2016-2020).Terdapat lima
kategori utama yang dipertandingkan iaitu:
Outstanding Student Enterprise Award,
Outstanding Graduate Enterprise Award,

Outstanding Entrepreneurship Mentor
Award and Outstanding Student Social

Entrepreneurship Award.
Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS) melakar

kejayaan pertama di dalam MEA apabila
alumninya iaitu  En Muhammad Shazwan
Bin Hj Ruslin berjaya merangkul 1st Runner

Up bagi kategori Outstanding Graduate
Enterprise Award membawa pulang hadiah
kemenangan sebanyak RM30,000. Sekalung

tahniah diucapkan kepada En Muhammad
Shazwan Bin Hj Ruslin.

35

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian

Anugerah MOOC
Secure Mobile Computing

Satu Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP) kategori MOOC 2018 yang berlangsung di
Universiti Utara Malaysia pada 14 Ogos 2018 dan disertai oleh 2 orang pensyarah dari
Politeknik Sultan Idris Shah, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi iaitu Pn Ainie
Hayati binti Noruzman dan Pn Ummu Kalsom binti A. Latiff. Pertandingan ini ditaja

oleh Open Learning Malaysia dimana mereka telah berjaya memenangi tempat
pertama dalam pertandingan ini dan meraih wang tunai sebanyak Rm2000 dan sijil.

Syabas dan tahniah!

Penyertaan atlet Catur PSIS ke kejohanan
UTP Open Chess Championship 2018

Pasukan Catur Politeknik Sultan Idris Shah dan 36
Pasukan Catur Politeknik Malaysia telah menyertai

UTP Open Chess Championship 2018 (kategori
berpasukan) pada 6 hingga 7 Oktober 2018.

 Pertandingan yang turut disertai oleh pasukan-
pasukan catur terbaik Malaysia ini dapat memberi

pendedahan kepada para atlet untuk menimba
pengalaman sebagai persediaan untuk

menghadapi beberapa kejohanan pada masa
hadapan.

 Dalam pertandingan ini, Pasukan Politeknik
Malaysia memenangi kategori Best Rating

berpasukan di bawah 1600 dengan mendapat
hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,
HAMPER, MEDAL dan  SIJIL penghargaan.

 Pasukan Catur Politeknik Sultan Idris Shah pula
Berjaya memenangi kategori 2ND BEST IPT

dengan membawa pulang hadiah berupa HAMPER,
MEDAL, dan SIJIL penghargaan.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian
Seminar Penyelidikan Inovasi
Negeri Perak (SPIN 2018)

PSIS melalui pensyarah dan pelajar dari
Jabatan Perdagangan( En Haziri Bin
Husain dan En Mohd Burhan Bin Yusof
dan pelajar Nur Alisya Binti Amir)
berjaya meraih Gold Medal dan
Anugerah Khas Juri (Tempat Pertama)
bagi produk Inovasi BMC Tool Kit for
Business Start-Up di Seminar
Penyelidikan Inovasi Negeri Perak
(SPIN2018) anjuran Kolej Komuniti
Negeri Perak pada 15 November 2018.
Dua lagi kumpulan dari pensyarah
Jabatan Perdagangan juga turut berjaya
meraih Silver Medal dan Bronze Medal
dalam pertandingan inovasi ini.

Polyskill 2018 - Kategori Elektronik

Muhammad Alif Adlie Bin Mat Zin
dan Mohammad Zawawi Bin Aznan

pelajar semester satu program
Diploma Kejuruteraan Elektronik

(Komputer) berjaya
mengharumkan nama Politeknik

Sultan Idris Shah apabila
melakukan kejutan dengan
menjadi Johan dan Naib Johan

Pertandingan Kemahiran
Politeknik Malaysia, Polyskills 2018

yang diadakan pada 16 hingga 20
September 2018. 

Dianjurkan secara tahunan secara
giliran dan mengikut zon, Polyskills

merupakan platform terbaik para
pelajar Politeknik Malaysia

menonjolkan bakat, daya fikir serta
kemahiran yang telah mereka

pelajari. Pengiktirafan di arena
Polyskills akan melayakkan pelajar

terbaik untuk ke peringkat yang
lebih tinggi seperti World Skills

Malaysia Belia (WSMB).

37

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian Techreavery 2018

JTMK PSIS telah menyertai
TECHREAVERY 2018 anjuran
Bahagian Kurikulum JPPKK &
Politeknik Muadzam Shah (PMS)
yang bertempat di JPPKK
Putrajaya pada 10 Oktober 2018.
Seramai 4 penyertaan dari JTMK
PSIS dipertandingkan bersama-
sama peserta dari 15 politeknik
dari seluruh Malaysia bagi bidang
Information Technology dan
Creative Technology. Seramai 3
orang pelajar yang
membangunkan Produk AR
Animales Application telah berjaya
memenangi pingat perak dan naib
johan bagi kategori Software
Application Development. Produk
inovasi ini telah diselia oleh Pn
Nurul Zakiah binti Kasnun. Tahniah
dan Syabas!

EXPO On University Research Invention,
Creation and Innovation (IRISE)
JTMK telah menyertai satu
pertandingan inovasi anjuran

Universiti Malaya iaitu Expo
on University Research
Invention, Creation and
Innovation (IRISE) yang

bertempat di Dewan Tunku
Canselor, Univeriti Malaya

pada 14 hingga 16 Ogos 2018.
Sebanyak 2 penyertaan yang

disertai oleh pensyarah dan
pelajar telah berjaya

memenangi pingat emas bagi
kategori kejuruteraan dan
teknologi iaitu aplikasi AR
Animales Application dan

Sand e-Learning Apps. Kedua-
dua produk inovasi ini telah
diselia oleh Pn Nurul Zakiah
binti Kasnun dan Pn. Nurul
Ain binti Amir Adli.

38

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian
Pertandingan Inovasi Komuniti
Peringkat Wilayah (SPIKK 2018)
Kumpulan projek inovasi iFiqhMu@malat Apps hasil
gabungan Pensyarah Diploma Kewangan dan
Perbankan Islam(DIB) Politeknik Sultan Idris Shah
(PSIS) (Encik Mohd Burhan Bin Yusof) dan Politeknik
Ungku Omar  (PUO) ( Puan Armila Binti Mat Lazim
dan Puan Sharifah Zuhaira Binti Syed Mizuri) berjaya
mendapat Gold Medal dalam Pertandingan Inovasi
Komuniti (SPIKK 2018) peringkat wilayah Negeri
Sembilan dan Melaka pada 15 hingga 16 Ogos 2018
bertempat di Kolej Komuniti Negeri Sembilan.  Projek
inovasi iFiqhMu@malat Apps ini dibangunkan bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran
kursus Fiqh Muamalat (DPD3013) dan ianya selaras
dengan perkembangan era revolusi industri 4.0.
Turut mencatat kejayaan di SPIKK dengan meraih
Silver
(Wise Game) dan Bronze Medal (e-muamalat contract)
adalah 2 lagi kumpulan pensyarah Jabatan
5th InternationalPerdagangan dari PSIS.
Eureka Innovation Exhibition 2018

5TH INTERNATIONAL EUREKA 39
INNOVATION EXHIBITION 2018 (i-EIE

2018) diadakan pada 29 hingga 31
Oktober 2018 merupakan satu

pertandingan peringkat antarabangsa
yang di anjurkan oleh Universiti Kuala
Lumpur Malaysian Spanish Institute di
kampus UniKL MSI, Kulim Hitech Park,
Kedah. Terdapat 4 penyertaan daripada

Politeknik Sultan Idris Shah terdiri
daripada pensyarah dari Jabatan
Kejuruteraan Awam. Di antara

penyertaan ini, 3 anugerah telah diraih
iaitu 1 perak dan 1 gangsa. Anugerah
Perak di menangi oleh tajuk inovasi “
flexible pavement thickness design

application” manakala anugerah Gangsa
“ Biocoagulant as replacement of alum in

coagulant and flocculation process”. Di
samping menyertai pertandingan, para

peserta juga mendapat pelbagai
pendedahan terutama dari segi kajian

dan pengkomersialan.

EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight

2018

Pencapaian
Kejohanan Catur Kategori Terbuka
Hari Sukan Negara

Sempena hari sukan negara pada 13 Oktober 2018, Pasukan Catur Politeknik Sultan Idris
Shah telah menyertai Pertandingan catur yang diadakan di Dewan Orang Ramai
Simpang Lima, Sungai Besar. 
Pertandingan ini dianjurkan oleh PBSD Sabak Bernam, Ahli Majlis Daerah Sabak
Bernam & Dr Chess Training Center. 

Dalam Pertandingan ini seorang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah iaitu MOHD NAZMY
KHAIRUL BIN AZLAN berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM80 dan Sijil
Penghargaan di atas kejayaan mendapat tempat ke 8 untuk kategori terbuka.

Web Design & ITNA Polyskill 2018 40

Polyskills 2018 adalah merupakan acara tahunan yang
dianjurkan oleh Unit Polyskill, Jabatan Pendidikan

Politeknik. Penganjuran kali ke 3 ini mempertandingakan 26
bidang dan melibatkan 6 buah lokasi pertandingan iaitu
Politeknik Banting, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik
Nilai, Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
Politeknik Ungku Aziz dan Politeknik Sultan Idris Shah.

Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menganjurkan 8
acara yang dipertandingkan merangkumi kategori

Electronics, IT Network dan Web Design yang diadakan pada
17 hingga 20 september 2018. Bagi kategori Web Design,

pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi
Digital) Muhammad Fikri bin Hasnizam telah berjaya

memenangi Johan dengan mengalahkan 34 orang peserta
dari yang lain. Tahniah dan Syabas!

Berita EDISI OGOS-DISEMBER PS nSsight
Staf
2018

OGOS

Haizah Binti Hamzah 01.08.2018
Nur Syafiq Bin Razali 06.08.2018

BERTUKAR OKTOBER

Mohd Yusof Bin Yaakob 16.10.2018
Nur Hidayah Binti Rafie 16.10.2018

KELUAR

NOVEMBER

Zulkifli Bin Sarji 19.11.2018

Md Rasyidi Bin Abdullah 26.11.2018

(Peletakan Jawatan)

DISEMBER
Dr Abu Zarrin Bin Selamat 31.12.2018 (Bertukar ke UPPSI)

Chong Ling Ling 31.12.2018

BERTUKAR MASUK

OGOS
Ain Nur Mardhiah Binti Kamaruddin 06.08.2018
Erawati Binti Marilar 28.08.2018
Anuar Bin Abdul Wahab 30.08.2018

SEPTEMBER
Nor Aidah Binti Hassan 04.09.2018
Mohd Ruslan Bin Salikin 04.09.2018
Vaina Malar A/P Panneer Selvan 24.09.2018

NOVEMBER Mohd Amin Bin Zakaria 01.11.2018 41
Raja Yasmin Solihin Binti Raja Azlan Shah 19.11.2018
Muhamad Kahirul Anam Bin Ismail 19.11.2018

Zharif Naqiuddin Bin Abdul Munit 19.11.2018

Farah Deba Binti Ayeop Abdul Khalil 19.11.2018

Annas Bin Alam Shah 19.11.2018
Naeemah Binti Yusof 30.11.2018


Click to View FlipBook Version