The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jurry, 2020-10-20 10:14:50

BUKU ABSTRAK SEMINAR MEMBACA 2020

BUKU ABSTRAK SEMINAR MEMBACA 2020

BUKU ABSTRAK

Kandungan Muka Surat
1
Ucapan Aluan 2
Ucapan Perasmian
Atur Cara Majlis 3-4
5
Abstrak 1
Pengenalan dan latar belakang penyelidikan 6
Pemetaan Tabiat membaca dalam kalangan luar bandar di 7
Ranau
8
Abstrak 2
Kecenderungan membaca dalam kalangan 9
pelajar luar bandar di sekolah terpilih di Ranau, Sabah 10

Abstrak 3 11
Penentuan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabiat
Membaca Di Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar
Menggunakan Analisis Komponen Prinsipal (PCA) Di Daerah
Ranau

Abstrak 4
Tinjauan Mengenai Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar
Luar Bandar Yang Menetap Di Asrama Dan Bukan Asrama :
Kajian Ranau, Sabah

Abstrak 5
Pengaruh Persekitaran Sosial Terhadap Tingkahlaku
Membaca Dalam Kalangan Remaja Luar Bandar Di Ranau

Abstrak 6
Akses Ke Atas Bahan Bacaan Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Luar Bandar

Abstrak 7
Tahap Minat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar
Di Sekolah Terpilih Di Ranau

Ucapan Aluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia
Sabah, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran
Tuan-tuan dan Puan-puan ke “Seminar Membaca Sepanjang Hayat”.

Seminar ini merupakan adalah anjuran Progarm Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah bagi tujuan membentangkan hasil kajian Penyelidikan Pemetaan Tabiat
Membaca dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar di Ranau, Sabah semenjak akhir tahun 2018 melalui
geran penyelidikan SBK0431-2018 yang disediakan oleh Universiti Malaysia Sabah atas keprihatinan
kepada masyarakat.

Kajian yang dijalankan di Ranau, Sabah in melibatkan tiga buah sekolah terpilih iaitu SMK Ranau,
SMK Ulu Sugut dan SMK Kemburongoh, di mana pelajar tingkatan 2 dan empat pada ketika itu telah
menjadi responden. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu menyediakan maklumat berkenaan
senario dan kecendungan pelajar terhadapa budaya membaca yang sekaligus boleh menjadi
pendauan kepada pihak sekolah dan Universiti Malaysia Sabah dalam menyediakan strategi dan
perancangan memperkukuhkan lagi budaya membaca berdasarkan kecenderungan dan faktor
persekitaran selain meluaskan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat keseluruhannya.

Sebanyak tujuh kertas kerja akan dibentangkan pada seminar ini untuk mendapatkan
maklumbalas semua pihak berkepentingan sebelum ia diterbitkan sebagai bab dalam buku. Ini
dilakukan kerana kami faham maklum balas pihak berkepentingan adalah penting bagi memastikan
semua maklumat tidak melanggar etika dan profesionalisme dan sensitiviti masyarakat, khususnya
aspek pedidikan dan kepentingan masyarakat. Ini juga bagi memenuhi syarat Kementerian Pendidikan
agar segala hasil kajian dan bahan penerbitan perlu melalui kelulusan pihak berkepentingan
khususnya yang terlibat dengan pembangunan pendidikan di daerah Ranau.

Sebenarnya banyak program telah dirancang termasuk bengkel, kempen membaca dan lawatan
ke setiap sekolah yang meyertai penyelidikan ini, namun pendemik COVID19 memaksa pihak kami
megubahsuai perancangan tersebut agar program yang mempunyai impak yang sama dapat dilakukan
mengikut nomal baharu. Diharapkan semua program yang dirangka akan dapat direalisasikan dalam
masa terdekat.

Akhir sekali saya mewakili pihak universiti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD
Ranau, yang diterajui En. Majus Munsing, Pengetua-pengetua dan guru, pelajar terlibat, Majlis Guru
Besar, Persatuan Pengetua dan semua yang memberikan komitmen dalam menjayakan progam ini.

Sekian, Terima kasih

DR. JURRY FOO
Ketua Penyelidik SBK0431-2018
Pengerusi Penganjur, Seminar Membaca Sepanja1ng Hayat

Ucapan Perasmian

YBrsh. Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),
Universiti Malaysia Sabah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
sudi menjemput saya untuk merasmikan Seminar Membaca
Sepanjang Hayat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Membaca adalah budaya yang dapat memajukan sesuatu bangsa. Amalan membaca telah lama
diterapkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan ini perlu dilestarikan kerana membaca
menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan pembentukan modal insan unggul. Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam diri seseorang khususnya remaja
termasuk minat dan faktor persekitaran fizikal serta sosial yang lain. Ini juga boleh dipengaruhi oleh
faktor geografi yang melihat kepada letakan ruang petempatan khususnya di luar bandar. Dalam hal
ini, saya yakin institusi pendidikan termasuk universiti dan sekolah dapat memainkan peranan penting
dalam memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda bagi menyediakan platform asas
yang boleh merangsang keinginan membaca pada peringkat awal.

Saya difahamkan bahawa kajian yang dijalankan melalui geran penyelidikan Pemetaan Tabiat
Membaca dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar di Ranau ini menunjukkan budaya membaca yang
positif dalam kalangan responden dan sebagai anak jati daerah Ranau, saya turut berbangga dengan
pencapaian ini.

Saya yakin bahawa hasil kajian yang akan dibentangkan dalam seminar ini akan dapat
memberikan panduan dalam membetuk idea-idea dan strategi yang relevan dalam memperkukuhkan
budaya membaca dalam institusi masyarakat secara keseluruhan melalui pendidikan.

Akhir kata saya mewakili pihak universiti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD
Ranau, khususnya kepada pegawai pendidikan daerah En. Majus Munsing, pengetua-pengetua dan
guru, pelajar terlibat, Majlis Guru Besar, Persatuan Pengetua dan semua yang memberikan komitmen
dalam menjayakan progam ini. Tahniah juag kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana
berjaya menganjurkan seminar ini melalui Program Geografi. Syabas juga kepada semua
pembentang kertas kerja dan pihak penganjur jawatankuasa penganjur.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Seminar Membaca Sepanjang Hayat.

Sekian. Terima kasih.

2

SEMINAR MEMBACA SEPANJANG HAYAT

Anjuran

Program Geografi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah
.

Atur Cara Seminar

Tarikh : 21 Oktober 2020
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dalam Talian (Google Meet)

9. 00 - 9.10 Pagi Daftar masuk (Google Meet)

9.10 Pagi Ucapan Aluan dari Dr. Jurry
Pengerusi Seminar Membaca Sepanjang Hayat

9.20 Pagi Ucapan Perasmian Dari Prof. Madya Dr Ramzah Dambul
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti
Malaysia Sabah.

9.40 Pagi - Pembentangan Kertas 1 - 7
12.40 Petang
Pembentangan 1: Pengenalan dan latar belakang penyelidikan
Pemeraan Tabiat membaca dalam kalangan luar bandar di
Ranau

Pembentangan 2: Kecenderungan membaca dalam kalangan
pelajar luar bandar di sekolah terpilih di Ranau

Pembentangan 3: Penentuan faktor-faktor yang mempengaruhi
tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah luar bandar
menggunakan analisis PCA, di daerah Ranau.

3

12.40 Petang Pembentangan 4 : Tinjauan Mengenai Tabiat Membaca Dalam
12.50 Petang Kalangan Pelajar Luar Bandar Yang Menetap Di Asrama Dan
Bukan Asrama : Kajian Ranau, Sabah

Pembentangan 5 : Pengaruh persekitaran sosial terhadap
tingkahlaku membaca dalam kalangan Remaja luar bandar di
Ranau

Pembentangan 6 : Akses ke atas Bahan Bacaan dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar

Pembentangan 7 : Tahap minat dan kekerapan membaca
dalam kalangan pelajar luar bandar di sekolah terpilih di Ranau

Sesi Soal Jawab

Majlis Penutupan

4

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN PEMETAAN TABIAT
MEMBACA DALAM KALANGAN LUAR BANDAR DI RANAU, SABAH

Jurry Foo, Oliver Valentine, Kee.Y.Sabariah, Colonius Bin Atang,
Marja Azlima Omar & Harifah Mohd Noor

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Institut Kajian Orang Asal (BORISS), Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Abstrak

Tujuan kertas kerja ini ialah untuk membentangkan latar belakang penyelidikan
berkaitan pemetaan tabiat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar di
sekolah terpilih di Ranau, Sabah. Amalan membaca telah lama ditekankan dan
diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana membaca adalah
asas kepada pembangunan pendidikan dan pembentukan modal insan. Kajian
lepas menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia masih belum mencapai tahap
sebagai masyarakat membaca dan kurang memuaskan dari segi usaha
pembudayaan (Noraien 2017; Shaharom dan Saiful, 2011), walaupun kadar celik
huruf di Malaysia adalah pada tahap 80% pada tahun 1994 (Inderjit, 2014) dan
meningkat pada tahun 2007 (Shaharom dan Saiful, 2011). Hasil penelitian
kepustakaan juga menunjukkan bahawa tidak ada sebarang kajian khusus
berkaitan isu membaca yang dijalankan di daerah Ranau, sedangkan
perkembangan mengenai kesedaran membaca telah mula terlihat dalam
kalangan masyarakatnya. Oleh itu penyelidikan ini dijalankan untuk mencapai tiga
objektif iaitu bagi (1) mengenalpasti kecenderungan membaca dalam kalangan
pelajar luar bandar di Ranau, (2) memetakan pola tabiat membaca dan (3)
mengkaji faktor yang mempengaruhi kecenderungan membaca mengikut letakan.
Buat masa ini, kajian exploratori ini mendapatkan maklumat dan data melalui
kaedah tinjauan kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
menyebabkan kaedah lain ditangguhkan untuk pelaksanaan. Hasil awal kajian
akan dibentangkan dalam seminar bertajuk ‘Seminar Membaca Sepanjang Hayat’
yang diadakan dalam talian dengan mengetengahkan lapan kertas kerja berkaitan
kecenderungan dan tahap minat membaca, akses kepada bahan bacaan dan
faktor yang mempengaruhi tabiat membaca. Dalam kertas kerja ini akan
dibentangkan juga hasil analisis SWOT secara umum berkaitan tabiat membaca
dalam kalangan responden.

Kata kunci: Tabiat membaca, pelajar, luar bandar, kecenderungan, minat

5

KECENDERUNGAN MEMBACA DALAM KALANGAN
PELAJAR LUAR BANDAR DI SEKOLAH TERPILIH DI RANAU, SABAH

Jurry Foo, Oliver Valentine Eboy, Harifah Mohd Noor, Colonius Atang,
Kee Y. Sabariah Binti Kee Mohd Yussof & Marja Azlima Bt. Omar
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Institut Kajian Orang Asal (BORISS), Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
Abstrak

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan kecenderungan membaca
dalam kalangan pelajar sekolah menengah terpilih di Ranau, Sabah. Seramai 207
orang pelajar daripada tiga buah sekolah terpilih telah menyertai kajian ini. Data
dikumpulkan melalui survei dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian
SPSS IBM21. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di sekolah terpilih di daerah
Ranau cenderung membaca bahan naratif dan laporan akhbar. Ini menunjukkan
masih wujud budaya membaca dalam kalangan generasi muda di sekolah menengah
luar bandar di mana 78% daripada responden minat membaca. Berdasarkan kajian
ini, beberapa cadangan menyemarakkan lagi buday membaca dalam kalangan
pelajar dikemukakan, termasuk mewujudkan bahan bacaan dan alat bantu mengajar
yang bersifat naratif dan mudah digahai pelajar.
Kata kunci: Kecenderungan, membaca, luar bandar, budaya membaca

6

PENENTUAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABIAT MEMBACA DI
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH LUAR BANDAR MENGGUNAKAN ANALISIS

KOMPONEN PRINSIPAL (PCA) DI DAERAH RANAU
Oliver Valentine Eboy, Jurry Foo, Kee.Y.Sabariah, Colonius Bin Atang,

Marja Azlima Omar & Harifah Mohd Noor

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Abstrak

Secara umumnya, “literasi” membawa maksud keupayaan individu untuk membaca
dan menulis, manakala “literasi individu” merujuk kepada seseorang yang
mempunyai keupayaan dalam memahami kedua-duanya, iaitu membaca dan menulis.
Membaca merupakan salah satu komponen yang penting dalam literasi dan amalan
membaca harus dipupuk dari sekolah lagi bagi membolehkan negara kita mencapai
kadar literasi yang tinggi. Menurut sumber statistik daripada UNESCO pada tahun
2016, keupayaan literasi di Malaysia masih dalam peringkat rendah iaitu pada tahap
93.7 peratus. Ini tidak akan mencapai standard negara maju yang mensyaratkan
kadar literasi seharusnya 100 peratus. Di Sabah pula kadar literasinya adalah lebih
rendah iaitu pada tahap 79%. Ini merupakan perkara yang amat membimbangkan.
Keadaannya adalah lagi tidak baik di kawasan luar bandar. Maka kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi tabiat membaca
dikalangan pelajar sekolah luar bandar khususnya di daerah Ranau, Sabah. Dengan
207 responden yang diperolehi melalui 3 sekolah di daerah Ranau, kajian ini telah
mendapat maklumbalas berdasarkan soal-selidik yang dibuat dengan pelbagai
pembolehubah yang dikenalpasti menggunakan skala likert. Kaedah analisis
komponen principal (PCA) kemudian dilakukan bagi menentukan faktor-faktor yang
lebih mempengaruhi daripada keseluruhan 27 pembolehubah yang digunakan. Hasil
PCA menunjukkan bahawa terdapat 9 komponen atau faktor yang dikenalpasti
mempengaruhi tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah luar bandar di daerah
Ranau. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada keselesaan, halangan kewangan,
kemudahan disediakan, keperluan semasa, penguasaan bahasa asing, dorongan
dari luar, dorongan dari dalaman, informasi dan tujuan hiburan. Walaubagaimanapun,
setiap faktor utama tabiat ini didapati berbeza diantara tiga sekolah yang terlibat
dalam kawasan kajian. Dengan itu, kajian ini penting dan boleh dijadikan panduan
bagi pihak berkuasa untuk membuat Tindakan bagi mengatasi kelemahan kadar
literasi terutamanya tabiat membaca dikalangan pelajar sekolah luar bandar. Ini bagi
memupukkan semangat membaca di kalangan golongan muda di luar bandar.

Kata kunci: Tabiat membaca, literasi, pelajar sekolah, luar bandar, Ranau, analisis
komponen principal (PCA)

7

TINJAUAN MENGENAI TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
LUAR BANDAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN BUKAN ASRAMA : KAJIAN

RANAU, SABAH

Harifah Mohd Noor, Jurry Foo, Oliver Valentine, Kee.Y.Sabariah,
Colonius Bin Atang, Marja Azlima Omar
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbezaan tahap minat membaca dalam
kalangan pelajar yang menetap di asrama dengan yang menetap di luar asrama di
sekolah luar bandar. Sejumlah 200 borang kaji selidik diedarkan kepada pelajar
sekolah menengah yang terpilih sekitar daerah Ranau. Ujian khi kuasa dua
digunakan untuk menunjukkan signifikan terhadap tahap minat membaca dalam
kalangan mereka. Penemuan mendapati tidak terdapat signifikan perbezaan tahap
minat membaca dalam kalangan yang menetap di asrama dan di luar asrama bagi
pelajar sekolah luar bandar. Namun terdapat perbezaan peratusan dimana pelajar
yang menetap di asrama lebih tinggi tahap minat membaca berbanding dengan
pelajar di luar asrama. Mereka juga lebih cenderung terhadap pembacaan buku teks,
novel, dan buku rujukan. Sementara pelajar yang menetap di luar asrama lebih
cenderung terhadap pembacaan majalah dan komik. Seterusnya terdapat perbezaan
yang signifikan (khi kuasa dua = 13.64, p-value <0.05) dalam pembacaan akhbar
digital. Pelajar luar asrama lebih terdedah terhadap pembacaan akhbar digital
berbanding dengan pelajar asrama. Perbezaan ini menunjukkan displin yang
diterapkan oleh penjaga atau pihak asrama sekolah telah membudayakan tahap
minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Kata Kunci: tabiat membaca, asrama, luar asrama, khi kuasa dua, sekolah luar
bandar

8

PENGARUH PERSEKITARAN SOSIAL TERHADAP TINGKAHLAKU MEMBACA
DALAM KALANGAN REMAJA LUAR BANDAR DI RANAU

Colonius Atang., Jurry Foo., Oliver Valentine Eboy., Kee.Y. Sabariah., Harifah Mohd
Noor dan Marja Azlima Omar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau bagaimana persekitaran sosial dapat
mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan remaja di luar bandar di daerah
Ranau. Persekitaran sosial dinyatakan dalam kajian ini dapat difahami dalam
beberapa aspek, iaitu merujuk kepada ruang interaksi dan aktiviti manusia dalam
kehidupan seharian mereka. Dalam konteks kajian ini, persekitaran sosial
memberikan impak yang besar dalam mempengaruhi perilaku dalam kalangan
remaja termasuklah tabiat dalam budaya membaca. Persekitaran sosial secara
umumnya dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu Persekitaran Sosial Individu
(PSI) dan Persekitaran Sosial Kolektif (PSK) dimana kedua-duanya memberikan
pengaruh kepada penyimpangan perilaku atau perbuatan seseorang. Sesuatu
tingkah laku atau perbuatan sama ada secara kolektif atau individu berlaku dalam
persekitaran kerana persekitaran turut mempengaruhi manusia dalam membuat
keputusan termasuklah dalam mempengaruhi tingkahlaku membaca. Kajian ini
melibatkan seramai 182 orang pelajar iaitu melibatkan 3 buah sekolah menengah di
daerah Ranau. Data dikumpul menggunakan borang survey dan dianlisis
menggunakan perisian SPSS secara deskriptif. Penemuan awal kajian ini mendapati
kecenderungan dan tingkahlaku membaca dalam kalangan pelajar adalah
dipengaruhi oleh PSI dan PSK. Aspek yang jelas apabila terdapat kekangan dalam
mendapatkan bahan bacaan kerana lokasi mereka yang jauh di luar bandar. Selain
itu dari aspek PSI pula keterbatasan ekonomi dalam kalangan keluarga pelajar turut
mempengaruhi tingkahlaku membaca termasuklah keupayaan dalam memilih jenis
bahan bacaan. Oleh itu, usaha dalam meningkatkan budaya membaca ini haruslah
melibatkan lebih ramai pihak dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Pelbagai aktiviti atau program yang berkesan dan menarik harus dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pelbagai komuniti.

Kata kunci: Persekitaran sosial, tabiat membaca, luar bandar, remaja luar bandar

9

AKSES KE ATAS BAHAN BACAAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
LUAR BANDAR

Marja Azlima Oma, Jurry Foo, Oliver Valentine, Kee.Y.Sabariah, Colonius Bin Atang,
Harifah Mohd Noor

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak
Kajian ini meninjau tabiat dan minat membaca para pelajar Tingkatan Dua (2) dan
Tingkatan Empat (4) di tiga (3) buah sekolah luar bandar yang terpilih. Pengumpulan
data adalah melalui penggunaan borang selidik yang diedarkan kepada lebih 200
orang pelajar terlibat. Data telah diperolehi daripada kumpulan pelajar yang
mempunyai latar-belakang sosio-ekonomi keluarga, umur dan etnik yang berbeza.
Dari segi akses, kajian ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara iaitu cara dan
pemilihan pelajar mendapatkan bahan bacaan, pemilihan lokasi untuk membaca,
kesanggupan pelajar untuk memperolehi bahan bacaan, sumber bahan bacaan dan
kekangan pelajar dalam mendapatkan bahan bacaan. Kesemua perkara ini didapati
mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar.
Misalnya jika dilihat dari segi cara dan pemilihan bahan bacaan, para pelajar secara
keseluruhannya lebih gemar mendapatkan bahan bacaan bercetak melalui pembelian
di kedai buku. Dapatan sedemikian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti
keterhadan peluang dan akses untuk mendapatkan bahan bacaan secara digital serta
membuat pembelian secara atas talian. Jika dilihat dari segi kesanggupan untuk
mendapatkan bahan bacaan, kesanggupan menggunakan wang belanja (selain
biasiswa/pinjaman) mendapat nilai kekerapan paling tinggi. Ini bermakna para pelajar
dari sekolah luar bandar mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi dalam
tabiat membaca. Walau bagaimanapun kesanggupan yang tinggi ini mungkin tidak
memadai sekiranya para pelajar menghadapi banyak kekangan dalam mendapatkan
bahan bacaan. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini telah mengenalpasti beberapa
faktor penting berkenaan akses ke atas bahan. Aspek ini terbukti sangat
mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar.
Kata Kunci: akses, sekolah luar bandar, tabiat membaca, bahan bacaan

10

TAHAP MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR LUAR BANDAR DI
SEKOLAH TERPILIH DI RANAU

Kee.Y.Sabariah, Jurry Foo, Oliver Valentine,Colonius Bin Atang,
Marja Azlima Omar & Harifah Mohd Noor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah
Abstrak

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap minat membaca dalam
kalangan pelajar di sekolah menengah luar bandar di Ranau Sabah. Dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian, dapatan kajian menunjukkan
tahap minat membaca dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi. Ini
menunjukkan tabiat membaca itu wujud dalam kalangan pelajar luar bandar. Melalui
analisis deskriptif, dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar luar bandar mempunyai
tujuan dan matlamat membaca seperti mencari maklumat tambahan berkaitan
pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan. Malah faktor utama yang
mendorong mereka membaca adalah keinginan dalam diri sendiri untuk meluaskan
ilmu pengetahuan, selain daripada pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa. Namun
demikian terdapat kekangan dan halangan dalam meningkatkan minat membaca
pelajar-pelajar luar bandar yang meliputi kurangnya kemudahan mendapatkan bahan
bacaan dan lokasi tempat tinggal yang jauh dari bandar. Oleh itu, usaha
menambahkan kemudahan pembelajaran berdekatan sekolah luar bandar akan
menggalakan lagi minat membaca dalam kalangan pelajar.
Kata Kunci: Membaca, minat membaca,Pelajar luar bandar.

11

Sekalung Penghargaan

Kepada

YBrsh. En. Majus Munsing,
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

YBrsh. En. Jamirin Sahimin,
Pengetua SMK Ranau

YBrsh. En. Johnny Apin,
SMK Ulu Sugut

YBrsh. En. Japit Timbangan,
Pengetua SMK Kemburongoh

YBrsh. En. Marcus Shapi,
Pengerusi Persatuan Pengetua Daerah Ranau

YBrsh. En. Maksum Y. Shariffuddin,
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Ranau

Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Daerah Ranau

Majlis Guru Besar Daerah Ranau
Guru dan pelajar, SMK Ranau

Guru dan pelajar, SMK Ulu Sugut
Guru dan pelajar, SMK Kemburongoh

Pembentang Kertas kerja
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sabah
Perpustakaan negara

12

CATATAN

KOMEN DAN PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIUTARAKAN DI TALIAN
BERIKUT

https://forms.gle/aBv813rNZ3VSVhZY9

Kertas kerja penuh akan diberikan selepas endapat nombor ISBN

13


Click to View FlipBook Version