Antologi Karya
           Sempena
 Hari Bumi 2021
                   Penyunting
              JURRY FOO
Antologi karya
Pencinta Bumi
            sempena
        Hari Bumi 2021
‘Usah menyalak bukit,
daki dan tawanlah ia’
              Penyunting
  JURRY FOO
               2021
                          2
© Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, 2021 kecuali seperti yang
diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada
pembayaran royalti atauhonorarium.
Hak Cipta Terpelihara
Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili
atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Pusat Kokurikulum dan
Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu
berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan
sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku
ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya
menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Pusat Kokurikulum dan
Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau
sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap
kandungan buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Antologi Karya Pencinta Bumi. Sempena Hari Bumi 2021, Penyunting Jurry Foo
eISBN 9789671954805
Antologi 2. Karya 3. Pencinta Bumi 4. Hari Bumi
Jurry Foo
Rekaan kulit buku:  Jurry Foo
Saiz taip teks dan leading: 11/16 poin
Diterbitkan oleh:   Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
                    Universiti Malaysia Sabah Program Geografi
                    8400 Kota Kinabalu, Sabah.
                                                                                       3
Prakata
   Karya adalah medium penyampaian maklumat yang dipersembahkan
   dalam pelbagai bentuk iaitu sama ada dalam bentuk lisan mahupun bukan
   lisan melalui perkataan yang indah, bunyi, visual dan pelbagai lagi.
   Antologi karya Pencinta Bumi ini diilhamkan sempena Hari Bumi 2021
   sebagai tanda sokongan kepada pemuliharaan alam sekitar dan sebagai
   membuka peluang kepada warga universiti Malaysia Sabah, termasuk
   mahasiswa, kakitangan dan alumni untuk menyampaikan pesan dan rasa
   melalui karya agar sedikit sebanyak dapat menjadi cara memupuk
   kesedaran diri dan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar.
   Penerbitan julung kali berupa karya ini diterbitkan oleh Pusat Kokurikulum
   dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah sebagai pemula kepada
   penjanaan pemikiran kritis serta membentuk ciri kepimpinan serta
   interpersonal.
   Terima kasih kepada Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti
   Malaysia Sabah kerana menerbitkan buku ini.
   Syabas dan tahniah kepada semua penyumbang karya yang sudi
   memberikan komitmen penghasilan buku antologi ini.
   Semoga buku ini memberikan manfaat menyeluruh. Teruskan berkarya
   untuk pembangunan sejagat.
                              ‘Berkarya adalah cara belajar dan mengajar dari nurani’
                                      Jurry Foo
                                                                                                        Pengarah
                                                                 Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
                                                                                     Universiti Malaysia Sabah
                                                                                                                                          4
Kandungan
JUDUL KARYA                                        NAMA KARYAWAN
Pemuliharaan- sayangi hutan                                         Seidi Atiman
Menemui diri di puncak kinabalu                                         Jurry Foo
Bumi kau tak ternilai
Gerimis alam terakhir                                                 Cindy Liew
Hutan kehidupan                                              Marion anak Riky
Bersahabat dengan alam
Suasana alam                                                   Colonius Atang
Erti lestari                                          Suriyanah binti Laude
Sungai bahtera manusia                          Siti Nabilah binti Baramsa
Rintihan rindu
Rintik-rintik kehidupan                                                 Jurry Foo
Teguran alam                                   Nur Atiqah Binti Abd Halim
Jaga alam
Hutanku berduka                                   Nurul Hidayah Mat Husin
Bukan ini yang kumahu                     Valencia De Kumang Ak Sudin
Hargai aku anugerah alam            MB Nur Iffah Nazurah Binti Masrun
Hargai aku                                                Siti Nuradika Bedin
Hanya kerana makhluk                                                    Haire Dim
Kehijauan hutan
                                                             Anastasia Majuin
                                 Mohamad Zaki Bin Mohammad Azam
                                                      Nur Asyiqin Binti Tioh
                                        Nur Anis Zulaikha Binti Maspah
                                                     Vedaline Joane Andrey
                                 5
Kandungan
JUDUL KARYA                                  NAMA KARYAWAN
Adalat alam                                    Rosdiana Binti Yandre
Daku tersiksa                                    Catherine Anak Liom
Alamku tercinta                                  Sunarti Binti Suwedi
Potrait minda                                          Zurinah Kuangin
Rintihan bumi                                             Sandra Lesion
Lembah daun                                                Miriani Paidal
Kerakusan yang menghancurkan
Kembalikan hijau yang kurindu              Nursyahfika Binti Manda
                                Nurul Husna Binti Kamaruzaman
Aku cintai alam
Rintihan Pencinta alam sejati                            Iskandar Omar
Cintaku Bumiku                                           veronica sapok
Jangan musnahkan alam                   Aermy Shelly Vinie Andrew
Bumi dan metropolitan                                  Aivi Crystel Sibil
Cintai bumi kita                                    Marshella Beatrice
Bicara bumi terluka                       Saidah Thaqifah Bt Saimi
Bumi sahabat kita                                      Jalihah Md Shah
Bumi ini tanggungjawab bersama         Puteri Norhidayu Zainuddin
Bumi di zaman antroposen                               Rozimah Jahalin
Adakah akan lagi
                                                           Mazlan bin Ali
                                                           Charles Manji
                                                                           6
Kandungan
JUDUL KARYA                        NAMA KARYAWAN
Hutan hujan                        Mohd Nuruddyn Hafiz
Laut, manusia dan aku              Juliana Jun Binti Aloy
Janji alam
Kau anugerah kehidupan                              Jurry Foo
Tell me                                     Subrie bin Said
Pesanan
Pesan nenek                                    Afiqah Hanan
Sistem Tagal                                        Jurry Foo
                                                    Jurry Foo
                                                    Jurry Foo
                                                               7
Pemuliharaan
    (Sayangi hutan)
               Seidi Atiman
                                                                                                          8
Menemui diri di puncak Kinabalu
    Ada sebuah kisah
    tentang anak kecil yang menemui dirinya di gunung,
    gendut dan sering ditertawakan
    dia melihat dirinya kerdil lemah dan tak dihargai
                                              lalu sang ayah dan ibu mencarikan puncak tinggi
                                                                  ya yang paling tinggi di negerinya
                                                                                               untuk didaki
                                                                                      untuk dicari dirinya
                                                          dan mereka menemui Gunung Kinabalu
    dengan kudrat dan keringat yang paling maksima
    langkah demi langkah dijalani tenang
    dengan nekad dijejaki juga Low’s peak akhirnya
                       lalu apa kautemui di puncak Kinabalu wahai anakku
                                                                       aku baru sahaja menemui aku
                                                                                 tentang kemampuanku
                                                                                       tentang kesukaran
                                                         dan tentang cara menangani susah lelah
                                                                                     melawan putus asa
                                     alam adalah sahabat manusia
                           sering sahaja mengajarkan tentang kehidupan
                              belajarlah sebanyaknya daripada jejakmu
                                  di setiap langkah di setiap nafasmu
                                                                                    JurryDJMNH
                                                                          Kota Kinabalu, Sabah
                                                                                                                                                      9
Bumi Kau Tak Ternilai
Keindahan bumi tidak terlawan            fotoDJMNH
keindahan bumi tidak ternilai
keindahan bumi bagaikan ciptaan syurga
air laut berombak
burung-burung berkicauan merdu
tumbuh-tumbuhan hidup menghijau
malangnya wahai bumi yang indah
keindahanmu semakin pudar
manusia tidak berperikemanusiaan
manusia tamak haloba
engkau musnah dalam sekelip mata
engkau musnah untuk keuntungan lumayan
sedarlah wahai manusia
engkau makhluk yang berakal pintar
selamatkanlah bumi sebelum terlambat
bangunlah dari perangkap nafsu diri
bumi perlukan kasih kita
bumi perlu lindungan kita
manusia bergandinglah bahu
nescaya bumi kekal menawan abadi
Cindy Liew (BP20110148, FPP, UMS, 2021)
                                                    10
fotoDJMNH  Gerimis Alam Terakhir
           Gerimis hari itu seolah-olah mengetahui isi hati kecil ini
           isi hati yang sentiasa merindui
           isi hati yang sering meratapi
           isi hati yang menangis tetapi tidak berbunyi
           kunantikan gerimis hari itu untuk berhenti
           kunantikan gerimis hari itu untuk mengerti
           aku ingin mendengar bingitnya das tembakan bunga api di angkasa
           aku ingin melihat indahnya pencakar langit di sebalik lensa kamera
           sayang
           Sungguh kusayang
           andai aku tahu gerimis hari itu yang terakhir dari kamu
           tidak sesekali aku memilih konkrit dan gambar semata-mata
           tidak sesekali aku bergembira di sebalik alam yang menderita
           pulanglah gerimis alamku yang terakhir
           anakmu merintih merindui nikmatnya titisan darimu
           pulanglah gerimis alamku yang terakhir
           anakmu meratapi panasnya dunia tanpa belas kasih darimu
           dengarlah wahai gerimis alamku yang terakhir
           akan kuakhiri deritamu dengan seluruh kudratku tanpa alasan
           dengarlah wahai gerimis alamku yang terakhir
           akan kulindungi teratak hutanmu dengan nyawaku tanpa balasan
                                                                                                      Marion anak Riky
                                                                                                                                    BA20110532
                                                                                BAKTISISWA Pusat Kokurilulum dan Pemajuan Pelajar
                                                                                                                   Universiti Malaysia Sabah
                                                                                                                                                               11
Hutan                                     fotoDJMNH
Kehidupan
                                                                               12
Hijau daun pepohon merendang
menari dibelai bayu mendatang
terbuai oleh siulan unggas di rimba
terkadang membuat leka indah terasa
hutanku nyaman pesona alam
tempat berlindung penghuni rimba
sayang ternoda sebelum malam
rakus robekan manusia alpa
awan kelabu menerpa laju
hutanku hijau beralih jingga
kera rusa dan lotong lari melulu
rumahnya roboh dilanggar garuda
hujan datanglah walau sekadar lalu
diseru alam pembangkit kehidupan
pepohon meranggas bertunaslah dikau
bernafaslah untuk kami manusia hina
manusia berhati hitam
dengarlah pepohon lara memohon simpati
jangan ditebang pohon tegak berdiri
berhentilah tangan-tangan sumbang merbah
alam
kerana pokok sering berpesan
kalau hutan sudah tiada
angin nan lalu membawa bencana
hujan menitis membawa duka
Colonius Atang
PKPP, UMS
fotoDJMNH  Bersahabat dengan tanah aku dapat
                      menumpang tapak
Bersahabat            bersahabat dengan hujan aku dapat
    Dengan            menikmati air
       Alam           bersahabat dengan matahari aku dapat
                      menumpang hangatnya bahang terangnya
                      cahaya
                      kini tapak retak seribu
                      air kontang kekeringan
                      terik menusuk
                      hidup tidak selamanya manis
                      kadang pasang kadang surut
                      begitulah lumrah sebuah kehidupan
                      Suriyanah binti Laude
                      13
Suasana alam
                         Wahai manusia
        lihatlah dunia dulunya indah kini tidak lagi
       dulu suasananya tenang kini suasanya riuh
 dulu udaranya segar kini udaranya menghampakan
  dulu pemandangannya indah kini sekadar gambar
       akibat ulah manusia alam menjadi mangsa
         jagalah alam dengan kasih dan sayang
               barulah keindahan dapat dilihat
wahai manusia janganlah leka dengan pembangunan
ingatlah manusia alam itu satu nikmat kurniaan Tuhan
     bersatulah kita memulihara khazanah alam ini
                Siti Nabilah binti Baramsa
                        BP20110374
                                                      14
fotoDJMNH
   Bahagia
    adalah
erti kehidupan
 Lestari yang
    sebenar
Erti Lestari
JurryNov2010             15
Sistem Tagal LuantiBaru
fotoDJMNH
Keindahan bunyi desiranmu menenangkan
jernih dirimu membuatku ingin bersama
alam sentiasa mengikuti keinginan
suaramu memberi ilham membawa suasana
semoga terjaga kesucian ini selamanya
kekalkanlah keindahan mu untuk generasi seterusnya
keindahanmu bukti kekal kepada bumi
jagalah sungai kita semoga nikmat ini abadi
sungai bahtera manusia
nilai keindahan adalah kesucianmu
kebersihanmu mendamaikan kehidupan
semoga terhukum sang perosakmu
jagalah sayangi sungai bahtera ini
nescaya dirimu kekal mendampinginya
bahtera ini warisan manusia di bumi yang tidak tergantikan
  Sungai Bahtera Manusia
                                                       Nur Atiqah Binti Abd Halim
                                                                                    BA20160902
                                                                                                16
fotoDJMNH
Nurul Hidayah Mat Husin
                      Di kala hati gundah gersang                    17
         kumencari segenap ruang yang mendamaikan
                 dinihari aku terdengar siulan merdu
                   kumelangkah laju menuju ke kali
        membuang pandangan dengan penuh perasaan
  aku tersentak di kala melihat warnanya yang menguning
                 melodinya tidak segemersik dahulu
            permukaannya yang penuh dengan beban
                       baunya menusuk hidungku
        aku hanya mampu terduduk lesu di sampingnya
                           wahai penghuni bumi
       apakah kaumerasa bangga dengan perbuatanmu
keturunanmu bakal hilang nikmat yang kaumiliki dahulunya
              tiada lagi deruan jernih mengalir girang
          yang tinggal hanyalah sungai yang tercemar
                         sedarlah si pemilik akal,
  puliharalah sungai yang kian cetek secetek tindakanmu
          kembalikan kejernihan yang kukecapi dahulu
      pulangkan kenanganku bersamanya waktu kecilku
     di sinilah tempat kumeluahkan segala yang terbuku
Rintik-rintik Kehidupan
                    Tik tik tik
       rintik-rintik membasahi bumi
 kusangkakan hujan rupanya air mata
                    tik tik tik
 mengapa kau menangis wahai bumi
                   jawabnya
       akibat manusia aku merana
                    tik tik tik
          dari rintik menjadi ribut
  apakah kaumarah kepada manusia
                    tik tik tik
          dari ribut menjadi banjir
                   jawabnya
rintih di hatiku tak akan mereka dengar
Valencia De Kumang Ak Sudin              fotoDJMNH
             BP20110328
                                                         18
Teguran alam
Manusia
perlukah merosakkan alam yang dulu indah
dan tampak hidup mengelilingi jagat ini
                                                   bila sifat ketamakan menguasai diri
                                                    kehidupan yang lain seakan dilupa
                                                            kepentingan diri didahulukan
              terbentuk pula buah fikirin membina sana sini
              sanggup membinasakan alam tercinta
              pembalakan, penerokaan, pembinaan
              akhirnya percemaran
              haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan
manusia
melihat sahaja semua ini terjadi
pada bumi yang semakin panas
                                                                              muhasabah diri
                                               alam yang tenang ini masih diperlukan
                         bertuah jika alam bisa berkata bahawa semua ini salah
manusia bijak mengguna akal berpandangan jauh
maka lahir kesedaran diri
pulihkanlah alam dengan tenaga dan keyakinan
                                                                    MB Nur Iffah Nazurah
                                                                                BP20110174
                                                                                                                                    19
Jaga Alam
Era ini semakin berubah
kehidupan manusia semakin serakah
demi kesenangan dan juga pemodenan
alam semesta menjadi mangsa
manusia membuat ulah                     fotoDJMNH
bumi menjadi rosak
hutan-hutan semakin menderita
kenapa manusia tidak menjaga
keindahan di depan mata
jangankan pohon dapat dijaga
sungai dan laut habis dirata
cinta bumi semakin hilang
jaga alam
tolong jangan rosakkan
ku seruh semua teman
juga kepada semua manusia
hargai keindahan alam
jangan sampai ia hilang
sedarlah manusia
alam dan kita saling memerlukan
dulu dan sekarang tugas kita tetap sama
menjaga alam untuk bumi tercinta
selamat hari bumi sedunia
                                         Siti Nuradika Bedin
                                                              20
Hutanku Berduka
                  Tangisku tidak henti rantingku sudah berkecai
                         disebabkan tangan-tangan manusia
            tubuhku kini tidak kuat kerana usiaku sudah meningkat
          daku bertahan kerana kubimbang dengan kesedihan alam
      tangisku kini semakin membara sama seperti tubuh ku terbakar
                duluku sangat riang apakan daya sudah gersang
       Ingin kukembali tanpa halangan berdiri tegak melambai-lambai
         hutanku kini telah terganti menjadi sesuatu menjulang tinggi
    tangisku teresak membayangkan seperjuanganku yang kehilangan
       andaikan bisa diundurkan untuk kukembali menyahut cabaran
       bisikan masih kedengaran dengan jeritan kesakitan mendalam
      hidupku kini sudah tidak berdaya kerana asap menyelubungiku
       tangisku berlanjutan dengan penuh hiba kerana kebimbangan
       pujukku untuk tidak memikirkan tetapi datang dengan kepiluan
      kasihku dengan pelbagai hidupan agar tidak dihantui ketakutan
  Moga aku kuat untuk melawan agar bisa kupertahankan seluruh alam
                           Haire Dim
                                               fotoDJMNH
                                                                                                                                  21
Bukan ini yang aku mahu
  Arus sungai deras bermelodi                        fotoDJMNH
burung-burung merdu berirama
    tupai-tupai lincah menari
     lihat rusa laju berlumba
                          itu dulu
 Sekarang melodi sungai tidak lagi seindah dulu
           irama burung tidak lagi nyaring
tupai-tupai yang dulu lincah menari kini tiada lagi
                 apa lagi pula sang rusa
                     yang ada cuma
        ikan kesunyian berenang di air hitam
        suara kodok merintih di balik plastik
     kura-kura yang hanya tinggal cengkerang
         dan hanya ada sisa tapak manusia
           Mama
lamunku segera terhenti
bukan ini yang aku mahu
perlahan kupimpin tangannya pulang
                 dia ulangi
   bukan sungai ini yang aku mahu
                                    Anastasia Majuin
                                                                         22
Lahirlah anugerah sebutir permata dipanggil alam semesta
                          hatiku sentiasa mekar dengan ketenangan sekitar
                         kicauan burung deras air sungai dan haiwan rimba
             menjadikan aku berasa teristimewa berbanding di kota raya
                                              aku berasa sangat beruntung
                 kerana aku dapat merasai mahkota khazanah alam
             ilmu geografi bekalanku menjadi manusia bertamadun
                                         menghargai bukan mengkhianati
                                                                    pandang di sana pencemaran
                                                                      pandang di sini pencemaran
                      aku mahu manusia dapat membezakan mana kaca dan permata
           agar kelak masa depan generasiku tidak dibanyangi dengan wang kertas
Hargai aku   padi hidup dalam satu masa membawa berkah
  anugerah      tumbuhlah sihat berolehlah sebuah mahkota
       alam              semoga cukup ilmu dan harta di dada
                                       harapku agar hajatku nyata
                hargai aku alam sekitar sebelum aku hancur
                       dimamah oleh tangan manusia durjana
             dengarlah pesanku wahai sahabat manusiaku
               supaya kelak kita gembira tersenyum manis
                   alam sekitar terjaga hingga ke anak cucu
                                                      anugerah alam
                                           dengarlah ini dari hatiku
                                                     cintaku untukmu
fotoDJMNH
           Mohamad Zaki Bin Mohammad Azam
                                           23
Hargai aku                                    fotoDJMNH
 Wahai Manusia,                                                 24
 apakah kamu sudah melupakan aku
 apakah kamu sudah tidak menghargaiku
 saban hari aku semakin tersiksa
 dibinasakan oleh sikap kalian yang rakus
 demi kepentingan diri dan pembangunan
 lupakah kalian
 akulah yang memberimu pemandangan indah
 udara yang segar sebagai oksigenmu
 juga sumber keperluan hidupmu
 agar kalian dapat terus hidup
 hargailah aku
 jagalah aku seperti aku juga menjaga kalian
 gunakanlah aku dengan baik
 agar aku tidak binasa oleh perbuatan kalian
 semoga aku dan kalian saling memahami
 juga saling menjaga
 agar kejadian yang buruk tidak menimpa
 terima kasih sahabatku manusia
 Nur Asyiqin Binti Tioh
Hanya   Hutan yang lebat itu
   Kerana  sudah tak seasli dahulu
Mahkluk    sungai yang mengalir itu
           sudah tak sejernih dahulu
           wahai manusia yang tamak
           setega itukah kamu
           lelah letih aku melihat bumiku
           porak peranda seperti itu
           daku rindu melihat bumiku
           seasli dahulu
           tidak mungkin sama
           seperti yang dulu
           Nur Anis Zulaikha Binti Maspah
           BP20110275
           fotoDJMNH
                                           25
Kehijauan Hutan
 Cahaya mentari memberi nafas hidup kepada tumbuhan
 agar mekar dengan meriahnya
 haiwan turut bersorak girang melihat kehijauan alam
 hutan nusantara tempat tinggalnya penghuni rimba
sungguhku rindu hembusan bayu yang memberiku nafas harapan baru
diiringi irama merdunya melodi kicauan burung
membangkitkan aura semangat baru
menjadikanku insan yang terus berjuang merentasi liku-liku kehidupan
rimba raya bagaikan kota sentosa
saat haiwan memerintah dengan megahnya
kerajaan hutan dihiasi kedamaian
turut meriah dengan gelagat hidupan rimba
angin yang lalu menerpa daun-daun pohon
sehingga melambai manja penuh kemesraan
terlihat suasana begitu damai
melihat daun-daun hijau melayang di atas bumi
semoga hutan yang rendang ini tidak luput ditelan zaman
disebabkan kerakusan manusia meneroka dunia
aku masih memerlukan ketenangan alam
tak sanggupku meratapi pemandangan hijau yang kian gersang
sedarlah wahai manusia sejagat
bumi yang menghijau ini semakin tersakiti
menatap hari tanpa dedaunan
bagaikan mimpi buruk mengundang sepi
waktu kian berlalu                                          fotoDJMNH
mohon lestarikan alam ini
sebelum keindahan panorama hutan menghilang         Vedaline Joane Andrey (BA18110245)
menjadi sekadar imaginasi yang tak dapat dinikmati
                                                                                                                26
Adalat Alam
Alam yang indah                         fotoDJMNH
rumput malar menghijau
air sungai mengalir deras jernih  dan manusia lupa
pemandangan laut terbentang luas  akan hukum alam
jenggala tebal meluas             setiap perbuatan ada akibat
udara abid bersih                 kalakian
sentiasa idaman ramai             alam menghukum manusia
untuk dihayati                    itulah adalat alam
untuk dinikmati
sepanjang usia
namun
manusia lupa dan alpa
mengejar pembangunan
mengejar kemajuan
mengejar pemodenan
dengan kejam memperlakukan alam
menghancurkan sewenang-wenangnya
alam yang indah ini
                                  Rosdiana Binti Yandre
                                  Universiti Malaysia Sabah.
                                                                                     27
Daku tersiksa
(tolanglah jaga)
Oh bumi engkau umpama nyawaku                                     fotoDJMNH
begitu berharga tanpa terkira nilainya
Sayangnya dikau semakin hari semakin menderita
peritnya dikau menahan siksa oleh angkara manusia
dikau menangis merintih tiada kedengaran suaramu
sayu pilu tiada yang menghiraukan penderitaanmu
namun daku tahu tindak balas bencanamu
bukti engkau merintih meminta dijaga
dikau memborantak meminta untuk sentiasa dipulihara
wahai yang namanya manusia
daku terseksa merana kerana olahmu
ternoda oleh tangan-tangan tidak berfikir semuanya turut terluka
rakusnya engkau manusia membuatkan daku semakin tiada warna
flora tersiksa fauna merana menanggung duka menghadapi kepupusan
oksigen yang daku hembus semakin kurang kualitinya
olahmu mencemariku air jernih kini kotor
rakusnya dikau manusia hanya kerana mengejar pembangunan
daku diabaikan sepi
Tolong dengarkan rintahan ini
daku hanya meminta untuk dijaga sentiasa
wahai insan bergelar manusia berakal bijaksana
didiklah anakmu cakna fikiranmu demi menjaga daku
belailah lestarikan dan selamatkan daku
dari terus merana menahan siksa oleh olahmu itu
                  Catherine Anak Liom
                                                                  28
fotoDJMNH
                                               Alam yang indah di mataku
                        langit yang dihiasi dengan awan dan pelangi
                                          diiringi dengan kicauan burung
                                                                     oh alamku
                                                  apakah yang telah terjadi
                                 kenapa engkau telah banyak berubah
                                               air hujanmu dipenuhi toksik
                                             tanahmu dipenuhi kekotoran
                            hutanmu kini telah hilang dari pandangku
           adakah ini kesilapan yang dilakukan oleh kerakusanku
                                                              oh bumi tercinta
                                            maafkan diri ku yang kerdil ini
                                                               wahai manusia
                                                             cintailah alam ini
                           jagalah dia untuk generasi masa hadapan.
Alamku tercinta                                                                  29
Sunarti Binti Suwedi
Potrait minda                           fotoDJMNH
 Sembilan belas tahun lalu                          30
 angin segar manampar pipiku
 suasana sejuk melitupi tubuh kecilku
 potrait yang tidak akan dapat
 digambarkan dengan kewujudan
 gajet berharga ratus ribu
 minda ini sahaja yang mampu
 melaka memori
 walaupun semakin hari
 semakin pudar
 harapku cuma
 angin itu masih tetap rasa yang sama
 pokok itu masih hijau
 di tempat yabg sama
 tempat kuberteduh
 air sungai masih jernih
 sejernih ingatanku
 tentang portrait alam dalam mindaku
 lindungi suasana aman damai ini teman
 untuk dibahagi rasa
 dengan generasi kita kelak
                 Zurinah Kuangin
fotoDJMNH
   Susuk tubuh menangis pilu
  jiwa tersisih di ceruk kamar
angkara manusia menyiksa alam
 bumi menangis menahan perit.
        Rintihan bumi
           Sandra Lesion
                                                              31
fotoDJMNH
Lembah daun
Menghirup hembus nafas
menadah tangan penuh syukur
diberi ruang nikmati alam
untuk terus mensyukuri        pandangan sayu bersahaja
nikmat Tuhan                  menerpa rasa suram
                              dakap sayangi alam
di hujung lembah              risau alam bicara tanpa pesan
sedih bergalang rasa          membawa bencana jua
alir aur mengalir lemah       kemudaratan
menatang sarat sampah
pelbagai rupa juga warna
alir terus lesu
tiada kudrat menentang
berat besi buangan serakah
yang mengerti perit sengsara
                              Miriani Paidal
                                  21.04.2021
                                                             32
Kerakusan Yang  Kicauan burung di luar rumah
  Menghancurkan   bagai menggamit diriku untuk datang
                  dan melihat perubahan bumi
fotoDJMNH         perubahan yang disebabkan oleh kerakusan kaum
                  ku sendiri
                  bumi ini telah tenat
                  bumi ini telah lelah
                  bumi ini telah tercemar
                  bumi ini sudah tidak seperti dahulu lagi
                  apa yang akan kau katakan kelak
                  ketika anak cucu mu bertanya
                  bertanya tentang perbezaan bumi mu dan bumi
                  mereka
                  mahukah engkau mengatakan bahawa
                  ia telah dimusnahkan
                  ia telah dihancurkan
                  dengan tangan-tangan kamu sendiri
                  jagalah bumi ini
                  sayangi lah bumi ini
                  pulihkan lah ia seperti sebelumnya
                  agar keindahannya ini dapat dilihat oleh generasi
                  akan datang.
                          Nursyahfika Binti Manda
                                                                                                      33
fotoDJMNH
                           Aku merenung keluar jendela melihat sekelilingku         34
                              fikiranku melayang teringat akan saat kecilku
                          di kiri kanan ku dipenuhi tumbuhan hijau menyegar
                              bunyi bunyian hutan menyapaku saban pagi
                      namun kini sekelilingku dihiasi dengan hiruk pikuk bandar
                     harta dan takhta telah merubah pandanganku sekelip mata
                       manusia angkuh mulai alpa dengan keseronokan dunia
                       sehingga mereka merentap perkara bukan milik mereka
                         ditebang, ditarah, dimusnahkan tanpa belas kasihan
               sehingga si belang terpaksa berkelana akhirnya mati di tengah jalan
                                   wahai penghuni bumi yang diberi akal
                                  sedarlah kalian akan ketamakan kalian
                            alam mulai jemu dengan kesombongan manusia
                                  bencana demi bencana mulai menimpa
                  menandakan alam mulai merajuk dengan mereka yang berakal
                                        tibalah masa hutan dipulihara
                         sebagai tanda maaf dan cinta manusia kepada alam
                               pulangkan semula tempat hak sang belang
                                 hiasi lah segenap ruang dengan hijauan
                                        kembalikan hijau yang kurindu
Kembalikan Hijau Yang Ku Rindu
Nurul Husna Binti Kamaruzaman
fotoDJMNH
Daun terbang dibawa angin
daun terhanyut kerana sungai
daun hidup kerana tanah
aku hidup kerana alam
air hujan jatuh ketanah
pokok gembira meyambut air
aku ingin mencintai bumi
seperti aku mencintai diriku
aku berlangkah ditengah hutan
menhirup udara, segar jiwaku
aku ini menjaga bumi
kerana bumi menjagaku
indahnya bumi punyai warna
menyinari disetiap langkahku
andainya aku hidup seribu tahun
aku ingin mencintaimu alam seumur hidupku
Iskandar Omar
Aku Cintai Alam
                                           35
Rintihan  Globalisasi dan modenisasi
    pencinta  awal dari musnahnya alam semesta
alam sejati   fikiran dan kehendak manusia semakin berleluasa
              alam dan sumbernya diteroka merata-rata
              hanya untuk memenuhi kesejahteraan hidup manusia
              kini semuanya telah berubah
              pemandangan hutan yang indah telah musnah
              udara segar telah tiada
              aroma tumbuhan mekar telah hilang
              hidupan hutan dijajah
              demi kepentingan hidup manusia serakah
              wahai makhluk manusia sedarlah
              tinggalkan kehendakmu yang menjajah alam
              bumi kini kian hilang sumbernya
              bersatulah memulihkan sumber yang musnah
              bersamalah memelihara sumber yang masih ada
              demi kepentingan bersama
              Veronica Sapok
                              36
Cintaku bumiku
 Siang berganti malam
 rindu berganti sendu
 setiap hari dikau kukenang
 dikau ku rindu
 bumiku
 alamku
 hijaumu menenang sudut jiwaku
  birumu menjadi payungku
 bumiku
 maafkan aku jika tidak mampu menjagamu rapi
  Aermy Shelly Vinie Andrew
 BA18160959
fotoDJMNH
                                              37
Jangan                             fotoDJMNH
musnahkan alam
                                                38
 Termenung aku memandang jauh
 udara di hirup segar menenangkan
 alangkah indah ciptaan tuhan
 menghijau alam bagaikan hutan
 segala tumbuhan melambai-lambai
 ditiup lembut si angin bayu
 termenung aku memandang jauh
 hilang dan lenyap si kecil alam
 musnah terbiar oleh manusia
 dibakar ditebang segala di hutan
 tiada tersisa warna menghijau
 menjadikan bumi semakin panas
 musnah segala flora dan fauna
 termenung aku memandang jauh
 ingin berpesan kepada manusia
 jangan dimusnah alam sekitar
 banyak hidupan tidak kita tahu
 yang di hutan mahupun di laut
 jangan dimusnah alam sekitar
 mereka juga penyelamat kita
 memberi udara segar dan nyaman
 Aivi Crystel Sibil
fotoDJMNH
Bumi dan Metropolitan
         Bumi dimamah usia
         dan manusia tahu
         wujudnya ruang kegagahan sains teknologi
         struktur moden pencakar langit
         menjadi kemegahan penghuni metropolitan
         ia meminta untuk menguburkan kehijauan
         gunung runtuh juga pokok semakin berjarak
         tanah dan batu terhakis juga air semakin keruh
         tamaknya sikap manusia zaman ini
         dari awal tamadun manusia
         bumi menjadi sumber kehidupan
         untuk memberikan hidup pada manusia
         memberi nafas segar juga inspirasi
         bumi hari ini diabaikan
         manusia dengan sengaja menyakitinya
         mengabaikan amaran yang dikeluarkannya
         tidakkah kita takut ditelan bumi
         kita manusia adalah sebahagian daripada alam
         kita hidup bergantung padanya
         namun, kita terus melanggar mengkhianati
         hubungan manusia dengan alam
         aku menyeru insan untuk teguh bersama aku
         mempertahankan memelihara bumi
         kita renungkanlah dimana tempat kita berpijak
         wujudkah ruang dan peluang lain selain bumi
                                                            Marshella Beatrice, 20 April 2021.
                                                                                                                                                    39
fotoDJMNH
Oh bumi sungguh indah kau kulihat
dalam dakapan tumbuhan hijau nan bersih
dapatku menghirup udara segarmu
setiap hariku merasa hangat karna sinarmu
oh bumi teruslah bercahaya menerangi hidupku
membawa kebaikan untuk alam semesta ini
warna warnimu memberiku ispirasi erti kehidupan
bukit bukaumu membuatku damai dan tenang
oh bumiku usiamu semakin menua
namun manusia tetap melukaimu dengan kejam
tidak peduli akan tangisanmu membasahi tanah
teganya mereka mengkhianatimu
oh manusia pulihkan keindahan bumiku
suburkan kembali hijau bumiku
kembalikan jernih lautan biru
agar setiap hela nafasku terasa dingin
                                        Cintai Bumi Kita
                                                 Saidah Thaqifah Bt Saimi
                                                                           40
fotoDJMNH
Aduhai sakitnya tubuhku
dicabut pokokku dengan rakus
bukitku ditarah tanpa rasa belas
sungaiku semakin sempit dan sakit
hidupan di lautku kian menyusut sepi
malangnya kami warga bumi ini
tidak didengari dan sedikit sekali yang peduli
tidakkah manusia pernah belajar
bencana tetap akan kembali menghukum atas setiap
ketamakkan
kasihani kami
bumi yang kian dilukai dan hanya menjadi tempat
meraih untung
bantu kami sembuh wahai manusia
masanya sudah tiba untuk kalian ubati kami
Bicara Bumi Terluka
                     Jalihah Md Shah
                                                        41
Bumi Sahabat Kita
Puteri Norhidayu Zainuddin
                                                                                                                                        42
Bumi ini tanggungjawab bersama
     Berdiriku di puncak bukit Inarad
     menanti mentari menyinari bumi
     tersedarku dari lamunan
     hutan berkurang sungaipun keruh
     meningkatnya suhu semakin terasa
     perkampunganku kini dikelilingi sawit
     sungai sumber air utama
     kini tidak berguna lagi
     manusia dan haiwan kini keliru
     mencari habitat teruskan kehidupan
     hentikan kerakusanmu wahai si zalim
     demi generasi yang mendatang
     wahai adikku sanak saudaraku
     lindungi anugerah khazanah alam
     janganlah rakus janganlah zalim
     bumi ini tanggungjawab bersama
                                                         Rozimah Jahalin
                                                                                                                                                  43
Bumi di zaman antroposen
Bumi itu suci
dimusnahkan oleh selimut ketamakan insan
bumi itu murni dirosak oleh jemari teknologi
sedang manusia hanya insan
tapi bertingkah seperti tuan
bermaharajalela di zaman antroposen
menghancur alam demi kepuasan
bumi itu tidak kejam
manusialah yang memaksa bumi bertingkah sedemikian
manusia hanya perlu memahami alam
agar bumi tidak pernah memusnahkan insan
kembalikan bumiku yang aman
agar dapat dihirup udara yang nyaman
                                             Mazlan A. 20 April 2021
                                                                                                                                     44
Adakah akan lagi                                          fotoDJMNH
Akankah lagi sapaan cengkerik kudengar akan kah lagi                                       45
hawa embun menyapa wajahku
tatkala lembayung senja melambai ketika desiran bayu
gemersik menyapa telinga
bila di kejauhan nun kelihatan perbukitanmu ditelanjangi
ketika rakus mata petualangan bertandang
hijau bertukar kekuningan ketika cengkerik berhenti
bersenandung
ketika tawaan bersudahkan air mata dek kerakusan yang
bermaharaja
berpeluangkah lagi aku bercerita kepada Henry tentang
belantara
atau bisakah lagi aku bernyanyi di bawah pepohon keruing
bersama Amrinah
dan akankah lagi lilian merasakan desiran tujuh tingkat
terjunan jernih dari perbukitan
ataukah diganti deruman badak besi menusuk telinga pada
tingkap garis senja
aku menengadah ke langit menghitung awan yang dibawa
angin
ketika terik mentari menjamah kulit keringku
aku hanya mampu berharap
perbukitan itu kembali menghijau
dan ciapan burung kembali berirama
dan apakah sang petualang akan mula mencernar
betapa bumiku sedang merintih dalam nazak peritnya
digondoli
adakah aku sekali lagi akan merasa betapa segar disirami
embun pagi
mungkin bila mana semuanya mengerti alam ini adalah
persada maya
anugerah Ilahi untuk umat manusia
dan sekali lagi aku menghirup udaramu semaunya
tatkala aku sekali lagi menikmati indahnya panorama
bila mana sang petualang juga merasa
ini juga punyanya dia dan mereka juga
Charles Manji
(Jabatan Pendidikan Negeri Sabah)
# JPNSabah # 1543 # 200421
fotoDJMNH
                              Siapakah yang tahu apa sebenarnya
                                      yang dirasai hutan hujan
                       mungkinkah sahaja ia adalah tampungan hujan
                    atau mungkin juga ia memaksudkan tangisan hujan
                                        yang disakiti manusia
                                                 manusia
                                 sentiasa sahaja menyakiti hutan
                                         hutan terus dihujani
                                                 air mata
                                         Siapakah yang tahu
                                                  Mohd. Nuruddyn Hafiz
Hutan hujan
Laut, Manusia dan Aku
Laut                                   fotoDJMNH
luas terbentang menebar keindahan
lihatlah baktimu kepada manusia
lihatlah kejernihanmu menyapa pantai
lihatlah isi di sebalik wajahmu
lalu siapa yang punya
manusia
engkau serakah
engkau kaut khazanahnya
engkau isi dengan sisa kaummu
engkau tabur dengan arus pembangunan
engkau sedar
aku
insan generasi baru
insan yang kadang terleka
insan yang menjaga engkau
insan yang menitipkanmu
kepada cucu-cicitku
selagi aku masih memakai nafasku
selagi nyawa dikandung badan
nescaya akan ku jaga engkau
nescaya akan kulindungi engkau dengan
kudratku
demi mereka
manusia
Juliana Jun Binti Aloy
                                                  47
Hijau, kuning, merah, biru
                             adalah janji alam yang termateri
                      tidak pernah mungkir bila tiba saatnya
                    pasti indah berbuah berbunga beraroma
                                siulan burung memintal jerami
            pepatung menari laba-laba menganyam sarang
                                              di antara dedaunan
Janji Alam        lalu tiba-tiba sunyi sepi menyelubungi hari
            janji dimungkiri kerana rajuk yang tidak bertepi
                                                   alam dikhianati
                                oleh manusia yang penting diri
                 yang tinggal hanya harapan untuk kembali
                                                      berwarna lagi
            Jurry 2021
            48
Kau anugerah kehidupan
  Kau sedang meraung kesakitan
  berguling kepedihan
  sedikit dan sedikit ditarah berdarah pasrah
  menangis tak diendah dunia
  cemar luka padamu tiada hujungnya
  kau anugerah kehidupan penghuninya
  kaudamaikan isinya dengan keindahan
  menyambung hidup manusia yang kelaparan
  yang perlukan lindungan
  yang ingin kebahagiaan
  yang akhirnya lupa
  yang akhirnya tak mengingat jasa
  yang hujungnya membawa punca luka
  aku ingin bahagiamu kembali
  kami ingin mengubat ganti
  merawat luka menyapu tangis
  merubah pahit membawa manis
  lalu hidup dengan senyummu
  bersama kami
fotoDJMNH
                   Subrie bin Said
                                               49
Tell me  Tell me mother
         if the trees are gone
         do fields still full of greens
         or do trees will no longer wave on a gentle
         breeze
         and stop whispering
         tell me mother as I am still wasn’t sure why
         if when the river no longer running its
         stream
         sky lost its crystal blue
         and birds no longer twittering to call each
         other
         will the smells of the damp river and the
         clear sky against the scorching sun to ever
         last long
         now mother, my heart is moaning in pain
         as how us humans are the root of the harm
         before the world is lost and gone forever
         deep down I know
         to earth we shall pay dearly
         Afiqah Hanan
         BA20110636
         fotoDJMNH  Reviewed by: Pn. Marja Omar
                    International relations, FSSK, UMS
                                                          50