BUKU SKRAP DIGITAL PPDa BAHAYA
GENERASI MADANI ~ Kenali kami Kandungan….. ~ Pengenalan – Apa itu DARVIH ~ Isu Semasa – Bahaya Vape Berbentuk Mainan Kanak-kanak ~ Apa itu VAPE? – Bentuk, Kandungan & Kesan ~ Kesimpulan ~ Penutup & Penghargaan
GENERASI MADANI Kenali kami... *Muhammad Amar Anwar bin Mohd Radzi *12 tahun *6 Taqwa *Ketua Murid SK Tok Raja. *Muhammad Ammal Wafiy bin Suhaimi *12 tahun *6 Taqwa *Pengawas SK Tok Raja. *Muhammad Ku Abdullah Hakim bin Mohd Kamarulzaman *12 tahun *6 Taqwa *Pengawas Perpustakaan SK Tok Raja. *Ahmad Muin bin Abdul Rashid *Guru Bahasa Inggeris *AJK Badan Kaunseling Sekolah *Fazlin Hanim binti Rahiman *Guru Bahasa Inggeris *Guru Kelas 6 Taqwa. SK TOK RAJA *** TBA0019
GENERASI MADANI Pengenalan… DADAH merupakan sejenis bahan yang berbahaya kepada Kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya. ALKOHOL merupakan minuman keras yang boleh mempertahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru. ROKOK merupakan silinder dari kertas yang mengandungi bahan berserabut sintetik dan nikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru. VAPE merupakan sejenis alat yang memanaskan cecair didalam tabung dan menghasilkan wap seperti asap yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. INHALAN merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol atau cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal. HIV / AIDS merupakan sejenis VIRUS yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh badan untuk melawan penyakit. Nama penyakit yang dihasilkan oleh virus ini ialah AIDS.
GENERASI MADANI Vape merupakan salah satu elemen Pendidikan Pencegahan Dadah. Vape ialah singkatan kepada “vaporizer” iaitu alat yang digunakan untuk menghasilkan wap daripada cecair (e-liquid) yang mengandungi nikotin, perasa dan bahan kimia lain. *Berbentuk seakan-akan permainan blok atau karakter haiwan yang comel. *Didatangkan dengan warna yang menarik. *Boleh dijadikan koleksi mainan. *Rasa yang manis dan berperisa seperti buah-buahan atau kopi. *Pengaruh persekitaran dan media sosial. *Mengakibatkan ketagihan nakotik. *Menggalakkan tabiat merokok. *Membahayakan kesihatan mental dan fizikal. *Penyebab penyakit kanser, paru-paru tersumbat (COPD), risiko kecederaan paru-paru (EVALI) dan pelbagai penyakit kronik. *Propylene Glycol (PG) –alkohol alifatik yang digunakan sebagai agen penjagaan kulit, farmasi dan industry. *Nikotin – racun saraf manjur yang digunakan dalam racun serangga *Vegetable Glycerin (VG) – produk yang diekstrak daripada minyak sayuran yang digunakan sebagai ramuan membuat sabun, syampu & peralatan kosmetik. *Bahan perisa dan pewarna – memberi rasa & warna pada perisa vape. Apa itu
GENERASI MADANI Isu semasa…. DR ZALIHA MUSTAFA berkata KKM juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan rokok elektronik atau vape yang menyerupai permainan kanak-kanak atau ‘Tiger Pod’ yang kini semakin berleluasa. “Perkara ini sangat sangat membimbangkan kerana produk vape tersebut menggunakan cecair bernikotin yang penjualannya dikawal dibawah Akta Racun 1952.” “Ibu bapa juga diminta terus memantau aktiviti kanak-kanak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan Kesihatan mereka ,”katanya. -Bernama
GENERASI MADANI Vape berbentuk permainan kanak-kanak menjadi tular di media sosial sejak akhir-akhir ini. Penjualan vape yang mempunyai reka bentuk yang unik dikhuatiri mempengaruhi ramai kanak-kanak membelinya walaupun mereka tidak menghisapnya. Ini akan mendedahkan kanak-kanak untuk mencuba menghisap vape. Sebagai murid yang bijak kita tidaklah seharusnya terpengaruh dengan promosi-promosi yang ditawarkan di pasaran. Vape memberikan banyak kesan buruk berbanding manafaat. Prestasi akademik & kualiti hidup meningkat. Fokus & tumpuan dalam kelas lebih baik. Menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya. Persekitaran pembelajaran lebih selamat. Masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Kesimpulam…
GENERASI MADANI ini dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya vape berbentuk permainan yang tular di pasaran dan media sosial. Diharapkan semua pihak dapat bersama-sama menyebarkan mesej pencegahan dadah secara positif dalam membentuk generasi madani yang sihat dan bebas tanpa dadah. kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama kepada guru pembimbing kami, Cikgu Abdul Muin dan Cikgu Fazlin Hanim dalam menyiapkan buku skrap ini. Penutup & Penghargaan SEKOLAH BEBAS TANPA SK TOK RAJA