The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 SMSM TAHUN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stellamarisduce, 2024-04-25 22:22:18

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 SMSM TAHUN 2024

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 SMSM TAHUN 2024

1 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 38 SESI 2024/2026 1) Nama ibubapa/penjaga: A REMZEY BIN NOKONG Nama anak: NURUL SHAZWANI BTE A. REMZEY (4L) USUL/CADANGAN TINDAKAN CADANGAN: Memohon pihak sekolah mengubah aktiviti kokum yang dijalankan pada hari jumaat pada hari yang lain. Buat masa ini aktiviti Kokum diadakan pada hari Jumaat disebabkan beberapa faktor: 1. Mengurangkan gangguan semasa pdpc 2. Mengurangkan masalah kekurangan tempat perjumpaan 3. Mengurangkan masalah kekurangan guru penasihat jika dibuat berasingan sesi 4. Berusaha tidak menggunakan hujung minggu untuk kegiatan kokurikulum. 2) Nama ibubapa/penjaga: CHRISTINA KUNIN Nama anak: VICTORIA AGUSTA VICTOR (4L) USUL/CADANGAN TINDAKAN CADANGAN: Mencadangkan kepada pihak sekolah agar murid-murid Tingkatan 4 diberikan tuisyen dengan kadar yuran yang berpatutan. Ini bertujuan untuk membantu murid tingkatan 4 dalam pembelajaran dan juga persediaan awal SPM. Hal ini kerana, bukan semua murid mampu mendapatkan tuisyen dari pusat tuisyen persendirian di luar. Keputusan Mesyuarat Guru Bil.1/2024, mencadangkan; 1. Melaksanakan program kecemerlangan akademik bagi murid tingkatan Satu hingga tingkatan lima. 2. Ketua Bidang dan Ketua Panitia mengenalpasti murid-murid lemah, sederhana, baik dan cemerlang bagi mengikuti kelas terancang semasa di tingkatan 4. 3. Guru-guru terpilih menumpuhkan Program Kelas Tuisyen untuk murid-murid Tingkatan 5 sahaja kerana akan menghadapai Peperiksaan SPM. 4. SM Stella Maris telah menandatangani NoU bersama SM St. Micheal Penampang dan SMK Lok Yuk Likas, IPG Gaya dan UMS, untuk tujuan hubungan kecemerlangan akademik. 5. Pihak sekolah telah berusaha memohon sumbangan daripada badan-badan berkanun dan bank-bank yang sekolah ada kepentingan. 3) Nama ibubapa/penjaga: MONICA APOLIMARIO Nama anak: DANIATUL SAFURA EDDY (4L) USUL/CADANGAN TINDAKAN CADANGAN: Memohon pihak sekolah menyediakan locker untuk kegunaan murid-murid. Kemudahan locker tidak dapat disediakan buat masa ini kerana sekolah kekurangan ruangan yang sesuai dan dana bagi membeli locker tersebut. 4) Nama ibubapa/penjaga: FAUZIAH BINTI YOH Nama anak: NURUL SHAFIQAH BINTI SUHAIMI (3T) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Memasang CCTV di kawasan depan parking ruang menunggu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Keputusan Mesyuarat PIBG bil 1/2024 memutuskan agar CCTV dipasang di kawasan hadapan sekolah. 1. Memohon peruntukan daripada KPM dan Kerajaan Negeri Sabah.


2 2. Pemasangan CCTV di depan dan belakang gate sekolah. Hal ini kerana sekolah ini merupakan sekolah Perempuan. 2. Permohonan beserta kertas kerja serta anggaran kos telah dihantar ke JPNS melalui PPDKK. 5) Nama ibubapa/penjaga: MIMI DORA BINTI MOHD TANA Nama anak : NURUL FATIHAH ALYA (3T) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mencadangkan kepada pihak sekolah terutama kepada guru-guru untuk mengambil inisiatif dengan mengawal pengeluaran perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh ibubapa untuk pembelian pelbagai keperluan di sekolah. Hal ini kerana tidak semua ibu bapa berkemampuan. Pihak sekolah sudah berusaha mengurangkan bayaran persekolahan yang perlu dibayar. Pada tahun 2024 semua murid telah mendapat; 1. Bantuan Awal Persekolahan (RM150). 2. Seramai 30 murid mendapat bantuan bayaran yuran persekolahan oleh YB Ahli Parliament P193 Putatan. 3. Murid-murid dari latar belakang kurang berkemampuan juga sentiasa mendapat perhatian oleh pihak sekolah. 6) Nama ibubapa/penjaga: HASTUTI ABDUL LATIF Nama anak: NUR FATIN SYAHIRAH BINTI NURDIN (3E) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mencadangkan untuk memperbaiki pintu tandas murid yang telah rosak. • Tindakan Pembaikan pintu tandas telah dilaksanakan. • Pentadbiran sekolah dengan kerjasama PIBG telah memohon peruntukan kepada JPNS, KPM melalui PPDKK. Tetapi KPM mendahulukan peruntukan kepada sekolah-sekolah bantuan penuh. 7) Nama ibubapa/penjaga: KEVIN YONG ZOO WEE Nama anak : ERICA ANK KEVIN(3E) USUL/CADANGAN TINDAKAN Increase the capacity of the food in canteen. Noted and will take action on this matter 8) Nama ibubapa/penjaga: KAMISAH BINTI JUAL Nama anak : NURASYIQEN FARHANA BT JAMRI (3E) USUL/CADANGAN TINDAKAN Memohon sekolah menyediakan / mengantikan meja murid yang telah rosak. • Pihak sekolah telah mengganti meja-meja murid yang rosak. Sekolah telah menerima 200 meja dan 100 kerusi baru sumbangan YB Ahli Parliament P193 Putatan. • Satu program Gotong Royong Madani akan dilaksanakan pada 27.5.2024 dengan kerja-kerja mengecat bilik darjah, mengganti lantai meja yang rosak. Ibu bapa dialu-alukan menyertai. 9) Nama ibubapa/penjaga: DAYANG MAS AFINAH Nama anak : SARIFAH BINTI ABDULLAH (3E) USUL/CADANGAN TINDAKAN Memohon pihak sekolah memberi kelonggaran kepada murid sekiranya gagal hadir ke sekolah. Pihak sekolah masih menerima surat bertulis dari ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa menerima surat yang ditulis oleh ibu bapa penjaga untuk memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah. Namun tindakan pihak sekolah terhadap murid-murid yang TIDAK HADIR TANPA SEBAB adalah tetap berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM. 10) Nama ibubapa/penjaga: PETRONELLA JOHN DAUKOM


3 Nama anak : PRETTY VIOLET JUIN (1L) USUL/CADANGAN TINDAKAN Menccadang supaya mengadakan bantuan RMT untuk murid yang kurang berkemampuan. • Pihak sekolah ada melaksanakan Program Cafe Cakna yang memberikan bantuan makanan kepada murid-murid yang memerlukan makanan semasa waktu rehat. • Menawarkan kerja parts times di koperasi sekolah. • Sekolah memberi sumbangan terutama keluarga murid-murid terkesan bencana alam. 11) Nama ibubapa/penjaga: RITA PETER DIASIP Nama anak : OPHELIA FAITH ELIA MUSCCAT (4E) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Mensyorkan agar disediakan locker untuk menyimpan buku-buku pelajar terutama sekolah menengah atas. 2. Menambah kipas di kelas-kelas memandangkan cuaca yang sangat panas pada masa kini. Sekiranya ada budget pasangkan penghawa dingin. Jawapan seperti No.3 1.1 Pengurusan Akademik sekolah menggalakkan ibu bapa memastikan anak-anak mempunyai buku-buku latihan dan mengulangkaji di rumah. 2.1 Pengurusan Pentadbiran sekolah sentiasa mengambil tindakan memastikan murid-murid selesa belajar dan mengurus pembaikan kipas dan lampu dalam dan luar kelas. 2.2 Faktor fizikal bangunan dan kemudahan lampu kipas berhubungkait dengan kemampuan dana sekolah. Pihak pentadbir dengan kerjasama Lembaga dan PIBG, telah menyelenggara dan membaiki bangunan secara berperingkat. 12) Nama ibubapa/penjaga: ALFONS LEONARFUS Nama anak: MARYSHIELLE MAE (5E) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mencadangkan untuk memasang locker murid dan menambah makanan di kantin. Sama seperti No.3 dan No.7 • Jawatankuasa Penyelaras Kantin Sekolah sentiasa memberi cadangan kepada pengusaha kantin dan memastikan mematuhi peraturan pembekalan seperti peraturan rasmi daripada JPNS, KPM. • Pada setiap tahun pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melawat dan menyelia kebersihan dan menu hidangan. Kantin masih kekal tahap BAIK. 13) Nama ibubapa/penjaga: BERLINDA OTHMAN Nama anak : ARISSA SOFEA BINTI MOHD FAYCCY (1S) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mencadangkan untuk menambah baik bilik darjah. Tindakan telah diambil. • Pihak sekolah telah menambah baik bilik darjah dengan mengecat kelas-kelas dan memasang tingkap sliding dan aircond di beberapa kelas tingkatan 5. • Menyediakan meja baru sebanyak 200 buah melalui sumbangan YB Ahli Parliament P193 Putatan. • Pihak Lembaga sekolah telah menyediakan dana bagi membaiki bangunan akademik Blok G dan antaranya memasang tiles di corridor dan semua kelas.


4 14) Nama ibubapa/penjaga: MOHMAD RADZI BIN MATAIP Nama anak : NURUL EZZATI BT MOFMAD RADZI (4L) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Memohon Kon keselamatan disediakan di hadapan bus stop dekat dengan pondok sekuriti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas (Kenderaan menunggu terlalu lama). 2. Mencadangkan pemakaian baju sukan untuk murid memandangkan cuaca panas Ketika ini. • Kon- ada. Tambahan papan tanda untuk menunjukkan tempat menurunkan anak-anak. • Baju sukan dipakai pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat. • Murid memakai baju seragam pada hari Isnin dan Khamis sahaja. • Jika murid ada subjek PJPK atau latihan sukan pada hari Selasa dan Khamis, murid dibenarkan memakai baju sukan. Murid memakai baju sukan dari rumah dan sepanjang hari di sekolah. 15) Nama ibubapa/penjaga: JOEAANA JOH • Nama anak : JOCELYN ROBINSON (5E) USUL/CADANGAN • TINDAKAN Pelajar yang sakit semasa peperiksaan dibenarkan mengambil semula peperiksaan bagi mata Pelajaran yang tidak dapat diduduki. Murid diberi peluang mengambil peperiksaan bagi subjek yang tidak diduduki apabila; 1. Murid yang sakit kerana kes COVID-19. 2. Terdapat surat/slip sakit daripada doktor perubatan berdaftar dengan KKM. 3. Berada dalam wad di hospital (khas murid SPM) 4. Berada di dalam tahanan atau di Jabatan Penjara (khas murid SPM) 16) Nama ibubapa/penjaga: JULIN LIUN Nama anak : HAZEL CAROLINE JELLYSIUS(5E) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Mohon mengadakan kelas intensif SPM untuk subjek teras seperti Matematik, Ekonomi, sains, BI di sekolah setiap minggu. Jika ada bayaran, mohon yang berpatutan. 2. Mohon pihak sekolah menyemak harga jualan di kantin. Satu “chicken wing” yang dijual RM3.00. agak mahal untuk seorang pelajar. 1. Murid tidak dikenakan bayaran untuk kelas insentif SPM. 2. Tindakan telah diambil dan menasihati pengusaha kantin agar mematuhi kadar yang diluluskan oleh KPM seperti dalam surat perjanjian. 17) Nama ibubapa/penjaga: FAUZIAH BINTI YOK Nama anak : ANIS SYAHIRAH BINTI SUHAIME(5A) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Makanan di kantin hendaklah diseragamkan harganya dan pelbagaikan jenis makanan/minuman. 2. Setiap kelas dipasang penghawa dingin memandangkan jika berlaku keadaan cuaca yang panas untuk keselesaan pelajar. 1. Pentadbir sekolah akan mengadakan perjumpaan/mesyuarat pengurusan kantin bil. 2/2024, pada bulan Mei 2024. Membincang dan memutuskan perkara berkaitan keselamatan, kebersihan dan harga menu yang meragukan. 2. Kemampuan pendawaian elektrik di sekolah agak sederhana dan memerlukan re-wayering semula dengan anggaran kos keseluruhan RM300,000.00 ke atas. Walau bagaimanapun pihak sekolah berusaha memastikan suasana tidak kondusif diperbaiki dari masa ke semasa. 18) Nama ibubapa/penjaga: D ROZIE BINTI DIVID Nama anak: DAYANG SHAHIRAH DHANIA JAINI(5T) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Menambah kipas berdiri atau dinding untuk kelas 5T agar dapat memberi keselesaan kepada 1. Telah diambil tindakan dan penambahan kipas lantai akan diusahakan.


5 anak-anak kita ketika belajar. 2. Pelbagaikan menu di kantin seperti sayursayuran untuk mengelakkan rasa bosan. 2. Cadangan kepada pengusaha kantin sudah dibuat semasa penyelaras kantin membuat penyeliaan di dapur. 19) Nama ibubapa/penjaga: HAJARI BIN MARSUDIN Nama anak : NURUL FARISYAH (5T) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Kemudahan kipas di kelas 5T harap dibaiki. 2. Menu makanan di kantin sekolah dipelbagaikan. 3. Tandas sekolah harap dibaiki/upgrade. 1. Maklumat kerosakan telah diterima dan kontraktor elektrik bertauliah sudah ditawarkan kerja pembaikan. 2. Jawapan seperti diatas. 3. Sedang menunggu dana daripada sumbangan JPNS, KPM dan Kerajaan Negeri Sabah. 20) Nama ibubapa/penjaga: Tan Ak Mong Nama anak : ELLYNA TAN SIEW CHENG (4S) USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. Memohon sekolah mengadakan kelas tambahan bagi subjek elektif (Add Mate, Biology dll) 2. Memohon penambahbaikan bilik untuk menukar baju bagi murid-murid. 1. Dilaksanakan pada bulan Jun tahun 2024. 2. Dimasukkan dalam projek pembangunan bangunan sekolah untuk tahun 2024/2025 21) Nama ibubapa/penjaga: MAGARET DARING Nama anak : TYRA ANNABELLE JOHN (1S) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mohon pihak sekolah memantau makanan di kantin sekolah supaya makanan untuk sesi petang mencukupi dan dimasak khusus untuk sidang petang dan bukan dimasak pagi. • Kantin sekolah sentiasa dipantau oleh JK Penyelaras Kantin Sekolah. • Makanan untuk sidang petang sememangnya khusus untuk murid petang. Pihak pengurusan sekolah mengambil berat cadangan puan demi kesihatan murid-murid sekolah. 22) Nama ibubapa/penjaga: CAROLYNE JALE BANTING Nama anak : FAYLERINA LYRA FREDERIC (1S) USUL/CADANGAN TINDAKAN M e w u j u d k a n B i r o K o m u n i k a s i d a n g r o u p watsup/telegram dari kalangan ibubapa. Ini bertujuan agar maklumat dari pihak sekolah dapat disalurkan melalui biro ini. Biro ini bertindak sebagai pemberi maklumat kepada ibu bapa. Ini bagi mengelakkan daripada keciciran maklumat dari pihak sekolah. • Group Telegram ibubapa telah diwujudkan sejak tahun 2021 dan diaktifkan setiap tahun. • Pihak sekolah juga sentiasa memberi pesanan melalui murid-murid sekolah semasa dalam kelas dan dalam group what up Guru Kelas (GK). 23) Nama ibubapa/penjaga: SEVERENO PREMUS EWOT Nama anak : MAIYA CRISTABELLE (1S) USUL/CADANGAN TINDAKAN Mengadakan kutipan derma untuk pembelian dan pemasangan penghawa dingin di setiap kelas ataupun kutipan derma untuk memperbaiki dan penambahbaikan fasiliti sekolah. Perkara tersebut telah dimasukan dalam agenda Mesyuarat Guru Bil1/2024. Antara cadangan ialah: 1. Murid-murid memberi sumbangan sebanyak 20sen setiap minggu (sekiranya PIBG menyokong cadangan pihak sekolah) 2. Mengenalpasti ibu bapa yang sukarela menyumbang kemudahan-kemudahan keselesaan murid dalam kelas (seorang ibubapa telah menyumbang dua buah kipas lantai untuk anak dalam kelas 5T pada tahun 2023). 3. Memberi kepercayaan kepada ibu bapa agar memohon sumbangan kepada orang perseorangan, badan-badan Kerajaan juga bukan Kerajaan (atas


6 nama PIBG SM Stella Maris). 24) 24) Nama ibubapa/penjaga: LIEW YEAT LEE Nama anak : LARABELLE LOVEY NIXON (1S) USUL/CADANGAN TINDAKAN Memohon menaif taraf PA system sekolah 1. Pada tahun 2023 peralatan PA Sistem telah diganti seperti microphone dan router. 2. Masalah kekurangan dana menyebabkan pembesar suara (speaker) sedia ada masih digunakan. 3. Pihak Lembaga telah bersetuju agar pendawaian letrik dalam dewan dibuat re-wayering dengan pemasangan trucking. 4. PIBG sesi 2023/2024 bersetuju membuat pencarian dana bagi menggantikan TV dengan skrin kawalan tenaga elektrik. 25) Nama ibubapa/penjaga: IRMANSYAH BIN OSMAN Nama anak : IRSYAZIERA IRMANSYAH (5A) USUL/CADANGAN TINDAKAN Memohon untuk mengurangkan aktiviti luar dan lain untuk pelajar yang akan menduduki SPM. Membuat kelas tambahan untuk membantu pelajar yang lemah. Perkara tersebut telah dimasukkan dalam Mesyuarat Guru bil.1/2024, berdasarkan postmortem penglibatan muridmurid tingkatan 4 dan tingkatan 5 SPM pada tahun 2023. 1. Guru-guru bersetuju agar mulai bulan Jun 2024, murid-murid akan lebih banyak focus kepada program kecemerlangan akademik terutama murid tingkatan 4 dan 5. 2. Menyediakan kelas tambahan pemulihan kepada murid-murid lemah matapelajaran elektif. 3. Mengenalpasti murid berpotensi cemerlang SPM melalui Dailog Prestasi. 4. Menyediakan program Teknik Menjawab Soalan kepada semua murid Tingkatan 4 dan 5 (SPM). 5. Mengikuti program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh PPDKK dan menjemput masuk Guru-guru Cemerlang bagi memberikan ceramah pembelajaran terancang. 6. Mengadakan hubungan NoU dengan sekolahsekolah cemerlang dalam PPDKK dan PPD Penampang, UMS dan IPG Gaya.


7


Click to View FlipBook Version