Kajian Amalan Kitar Semula
Di Taman Perling
Johor Bahru,Johor
KAJIAN KES GEOGRAFI
TINGKATAN 3
Nama: Wee Yue Xin
Kelas: 3 Sapphire
Nama Guru: Cikgu Hanifah binti Jamaluddin
Isi kandungan Muka surat
1
Bil. Tajuk 2
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Objektif kajian 5
4. Kawasan kajian 6-7
5. Kaedah kajian 8-9
6. Hasil kajian 10
7. Rumusan
8. Rujukan 11-17
9. Lampiran
1.0 Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua sekolah SMK Sultan Ismail, Tuan Razali bin
Tamadi dan guru Geografi saya, Cikgu Hanifah binti Jamaluddin yang telah membimbing, memberi panduan
dan mendorong saya menyiapkan kerja lapangan ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang
banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang kerja lapangan ini.
Saya juga berterima kasih kepada penduduk Taman Perling yang memberi kerjasama sepanjang proses kerja
lapangan ini dijalankan, terutamanya kepada semua responden kajian saya yang sudi meluangkan masa
menjawab soal selidik yang diberikan.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan sekelas 3 Sapphire yang memberi motivasi
walaupun secara jarak jauh akibat wabak pandemik covid-19 ini.
2.0 Pendahuluan
Saya, Wee Yue Xin, Tingkatan 3 Sapphire dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah
menjalankan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Amalan Kitar Semula di Taman Perling.
Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula dan kesannya jika tidak
mengamalkannya secara efektif. Beberapa langkah akan dilaksanakan supaya amalan ini dapat dipupuk dan
menjayakan objektif kajian ini,
Saya memulakan kerja lapangan ini pada 17 November 2021 dan masa untuk menyiapkan ialah sebulan
iaitu sehingga 17 Disember 2021.
3.0 Objektif Kajian
• Menghuraikan konsep dan takrifan amalan kitar semula
• Menjelaskan kesan amalan kitar semula kepada kita
• Menentukan kepentingan kitar semula
• Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula
4.0 Kawasan kajian
Kawasan kajian
Saya memilih Taman Perling sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tempat
tinggal saya. Hal ini telah memudahkan usaha saya menyusun dan mengumpul dapatan saya bagi
menyempurnakan kerja lapangan ini.
Ciri pandang darat budaya kawasan Taman Perling ialah jalan raya, sekolah, petempatan dan sebagainya.
Manakala ciri pandang darat fizikal ialah sungai, hutan dan bukit-bukau. Darjah ketersampaian di kawasan ini
tinggi kerana mempunyai kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang maju. Hal ini telah memudahkan
kehidupan penduduk di Taman Perling.
Taman Perling merupakan kawasan yang berpenduduk padat iaitu melebihi 200 orang sekilometer persegi.
Terdapat pelbagai kemudahan di sekitarnya seperti sekolah, masjid, pusat beli-belah, restoran dan lain-lain lagi.
5.0 Kaedah Kajian
Kaedah pemerhatian
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini. Contohnya ialah melalui pemerhatian.
Melalui pemerhatian di kawasan Taman Perling, saya dapat memerhati dan mengambil gambar tentang amalan
kitar semula yang dijalankan oleh penduduk di kawasan tersebut.
Kaedah temu bual
Seterusnya, saya menggunakan kaedah temu bual iaitu dengan menemu bual seorang responden yang
merupakan penduduk Taman Perling. Beliau bernama Ling Bao Yi, berumur 36 tahun dan merupakan jiran
saya.
Kaedah soal selidik
Saya telah mengedarkan 15 helai borang soal selidik kepada penduduk Taman Perling untuk mengetahui
tentang amalan kitar semula mereka. Semua responden dikehendaki menjawab soalan yang diberikan bagi
memudahkan proses kajian saya. Selepas itu, saya membuat analisis berdasarkan hasil soal selidik tersebut.
Kaedah rujukan
Selain itu, saya telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang membantu saya menyiapkan kajian
amalan kitar semula ini. Misalnya, saya telah melayari Internet untuk mencari bahan dan maklumat untuk kajian
kes saya. Selain itu, saya menggunakan pelbagai bahan bacaan terutamanya buku teks Geografi Tingkatan
3 bagi melancarkan proses ini. Saya juga menemu bual dengan penduduk di Taman Perling sebagai orang
sumber.
6.0 Hasil kajian
Konsep dan takrifan kitar semula
Kitar semula merupakan proses satu proses yang melibatkan 3R, iaitu Reduce (kurangkan),Reuse ( Guna
Semula), Recycle (Kitar semula) ke atas bahan atau barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastic,
aluminium, kaca dan lain-lain.
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa
pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Kepentingan amalan kitar semula
Antara kepentingan amalan kitar semula ialah dapat menjana pendapatan .Mereka yang pandai merebut peluang
boleh menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Bahan-bahan buangan yang
boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan buangan. Program ini jelas mendatangkan impak
positif kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada
kewujudan industri hiliran yang berkaitan dengan bahan buangan. Justeru itu, sesetengah masyarakat beroleh
pendapatan tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat
menurunkan peratus pengangguran di Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi individu dan sesebuah
organisasi keluarga terutama yang mempunyai banyak tanggungan.
Selain itu, kita dapat menjimatkan sumber semula jadi apabila mengurangkan, mengguna semula dan mengitar
semula sumber. Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan
secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-
kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti
kertas tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan. Bahan-bahan
itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna kerana pengguna
tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar
semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita. Walaupun jumlahnya mungkin tidak
banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi banyak kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Amalan ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa untuk dihuni dan mengurangkan
pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik.Hal ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau
barangan terpakai akan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Di samping itu, kita dapat mengurangkan kesan
rumah hijau melalui proses kitar semula. Amalan kitar semula dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelupusan
sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah yang makin
meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan
ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju yang lain.
Kesan jika tidak mengamalkan amalan kitar semula
Jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula, persekitaran perumahan kita akan menjadi kotor dan tidak
terjamin akibat pengurusan sisa dan sampah yang tidak sistematik.Penduduk Taman Perling akan hidup dalam
keadaan tidak selesa dan mengancam ketenteraman mereka kerana bau busuk serta penyakit-penyakit yang
telah menjejaskan taraf hidup penduduk.
Selain itu, kesan rumah hijau akan menjadi semakin serius disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.Hal ini
akan menjejaskan kesihatan dan tempat tinggal kita serta memendekkan jangka hayat bumi kita.
Langkah-langkah meningkatkan amalan kitar semula
Contohnya, kita boleh mengadakan kempen atau ceramah di kawasan perumahan yang melibatkan semua
penduduk bagi memberi kesedaran kepada mereka. Selain itu, kelab-kelab atau persatuan-persatuan harus
ditubuhkan bagi menyokong amalan ini dari segi kewangan dan bantuan tenaga.
Kemudahan di kawasan perumahan mesti dilengkapkan seperti tong kitar semula dan sebagainya bagi
memudahkan penduduk supaya amalan ini dapat dilaksanakan dengan efektif. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab seperti ibu bapa dan sekolah juga perlu mendidik anak-anak tentang kepentingan dan cara
mengamalkan kitar semula supaya dapat melahirkan generasi muda yang berguna.
Pihak berkuasa seperti pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang bagi melancarkan amalan ini.
Maklumat dan pelbagai fakta benar perlu disebarkan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram
bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengamalkan amalan kitar semula serta melahirkan persekitaran
yang ceria dan aman. Kesimpulannya, amalan kitar semula ini memerlukan bantuan dan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya serta menjamin masa hadapan kita.
7.0 Rumusan
Pelbagai maklumat dan data telah saya peroleh sepanjang kajian ini melalui beberapa kaedah. Objektif kajian
ini telah dicapai dan dianalisis bagi mendapat kesimpulannya.
Masalah yang menjadi penghalang kepada penduduk untuk Bilangan responden
mengamalkan amalan kitar semula 12
Tiada kemudahan lengkap seperti tong kitar semula
Tidak sedar akan kepentingan amalan kitar semula 2
Tiada komuniti atau kelab yang menggalakkan amalan kitar semula 6
Memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi meneruskan 8
amalan ini 2
Kos yang tinggi
Masalah yang menjadi penghalang kepada penduduk untuk
mengamalkan amalan kitar semula.
7% tiada kemudahan lengkap
tidak sedar akan kepentingannya
41% tiada sokongan daripada kelab
memerlukan masa dan tenaga banyak
27% kos yang tinggi
20%
6%
Carta pai di atas menunjukkan masalah yang menjadi penghalang kepada penduduk di Taman Perling untuk
mengamalkan amalan kitar semula. Masalah yang paling menjadi penghalang ialah kekurangan kemudahan
lengkap seperti tong kitar semula, iaitu sebanyak 41% penduduk yang mengalaminya. Terdapat 6% penduduk
yang tidak sedar akan kepentingan amalan kitar semula.Sebanyak 27% penduduk menuntut bahawa amalan ini
memerlukan masa dan tenaga yang banyak, manakala sebanyak 20% penduduk tidak mendapat sokongan
daripada kelab atau persatuan.akhir sekali, kos yang tinggi menjadi penghalang kepada 7% penduduk.
Kesimpulannya, melalui kajian kes ini, saya telah mempelajari kepentingan amalan kitar semula terhadap alam
sekitar dan masyarakat, contohnya ialah seperti mengelakkan pencemaran dan kesan rumah hijau, menjana
pendapatan, menjimatkan sumber semula jadi, mewujudkan persekitaran yang bersih dan sebagainya.Jika
amalan ini tidak dilaksanakan secepatnya, pelbagai kesan negatif akan berlaku. Bumi kita akan mengalami
kesan rumah hijau yang bukan sahaja mengancam kesihatan kita, malah juga hidupan lain.Justeru itu, semua
pihak haruslah berganding bahu menyelesaikan masalah tersebut dan mengamalkan amalan kitar semula.
Berdasarkan soal selidik penduduk di Taman Perling, kempen, ceramah dan pertandingan boleh dijalankan bagi
memberi kesedaran.Pendidikan daripada ibu bapa dan pihak sekolah melalui subjek seperti Geografi dan
Pendidikan Moral dapat menjamin masa hadapan dengan melahirkan generasi muda yang berinsaf. Kemudahan
di sekitar kawasan perumahan seperti tong kitar semula mesti dilengkapkan.
Bak kata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Semua pihak bertanggungjawab
mengamalkan amalan kitar semula bermula hari ini sebelum nasi menjadi bubur supaya kita dapat menjamin
kesihatan dan kehidupan serta meneruskan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
8.0 Rujukan
Sumber Internet
https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic
https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/11/30/program-1-komuniti-1-kitar-semula/
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2014/09/amalan-kitar-semula-lihat-gambar-di.html
Sumber buku
Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman Buku teks Geografi Tingkatan 3 IMS BOOKS TRADING Sdn. Bhd.
9.0 lampiran
Kawasan kajian di Taman Perling
Rujukan maksud kitar semula
daripada Internet
Tong sampah yang harus ditambah bilangan
Kotak kertas yang dikumpul
Menggunakan beg kitar semula untuk
mengurangkan penggunaan plastik
Rujukan buku teks Geografi tingkatan 3
Botol plastik yang dikitar semula
dibuat sebagai pasu bunga
Rujukan dari Google Maps
Kertas dan buku yang tidak digunakan lagi
dikumpul untuk dikitar semula
BORANG TEMU BUAL
Yue Xin : Selamat pagi Puan. Saya jiran di sebelah rumah anda. Saya hendak membuat kajian tentang amalan
Kitar semula di rumah anda. Bolehkah puan menerima temu bual saya?
Puan Ling : Selamat pagi, Yue Xin. Saya sudi menerima temu bual anda.
Yue Xin : Baiklah, puan. Adakah anda mengamalkan kitar semula di rumah anda?
Puan Ling : Ya, saya dan keluarga sedar tentang kepentingan amalan kitar semula untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Yue Xin : Oh, bagusnya! Bolehkah puan memberi contoh amalan kitar semula yang dijalankan?
Puan Ling : Saya selalu mengasingkan sisa mengikut kategori tong kitar semula yang disediakan. Di rumah kita,
kita kurangkan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg yang boleh dikitar semula.
Yue Xin : Wah, hebatnya! Apakah yang anda lakukan dengan bahan yang tidak digunakan lagi ?
Puan Ling : Anak saya sering mengitar semula surat khabar menjadi bakul atau kraf tangan yang menarik.
Mereka juga menggunakan tayar terpakai untuk dijadikan pasu tanaman. Sisa pertanian pula
dijadikan baja untuk tanaman.
Yue Xin : Amalan kitar semula di rumah puan amat mengagumkan! Terima kasih puan kerana meluangkan
masa menemu bual dengan saya.
Puan Ling: Sama-sama , Yue Xin.
BORANG SOAL SELIDIK
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN PERLING
Sila tandakan / pada ruang yang disediakan. Pilih 2 jawapan daripada lima soalan tersebut.
Nama : Joe Lim Yu Xuan Jantina : Lelaki Perempuan
Umur : 19
1. Tahap amalan kitar semula yang diamalkan di Taman Perling
Baik Sederhana Teruk
2.Barang atau bahan yang paling banyak dikitar semula di rumah anda
Kertas Botol Plastik
Sisa makanan Lain-lain
3. Apakah masalah yang dihadapi yang menjadi penghalang mengamalkan kitar semula secara efektif ?
Tiada kemudahan lengkap seperti tong kitar semula
Tidak sedar akan kepentingan amalan kitar semula
Tiada komuniti atau kelab yang menggalakkan amalan kitar semula
Memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi meneruskan amalan ini
Kos yang tinggi
4. Apakah kepentingan mengamalkan amalan kitar semula?
Melahirkan kawasan perumahan yang bersih
Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan baik
Mengurangkan kesan rumah hijau
Menjana pendapatan dengan menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan
Menjimatkan sumber semula jadi
5.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan amalan kitar
semula di Taman Perling?
Mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan menubuhkan kelab atau persatuan
yang menyokong aktiviti amalan kitar semula.
BORANG SOAL SELIDIK
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN PERLING
Sila tandakan / pada ruang yang disediakan. Pilih 2 jawapan daripada lima soalan tersebut.
Nama : Lim Hong Yu Jantina : Lelaki Perempuan
Umur : 35
2. Tahap amalan kitar semula yang diamalkan di Taman Perling
Baik Sederhana Teruk
2.Barang atau bahan yang paling banyak dikitar semula di rumah anda
Kertas Botol Plastik
Sisa makanan Lain-lain
4. Apakah masalah yang dihadapi yang menjadi penghalang mengamalkan kitar semula secara efektif ?
Tiada kemudahan lengkap seperti tong kitar semula
Tidak sedar akan kepentingan amalan kitar semula
Tiada komuniti atau kelab yang menggalakkan amalan kitar semula
Memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi meneruskan amalan ini
Kos yang tinggi
4. Apakah kepentingan mengamalkan amalan kitar semula?
Melahirkan kawasan perumahan yang bersih
Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan baik
Mengurangkan kesan rumah hijau
Menjana pendapatan dengan menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan
Menjimatkan sumber semula jadi
5.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan amalan kitar
semula di Taman Perling?
Menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tong kitar semula dan menguatkuasakan undang-undang.
BORANG SOAL SELIDIK
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN PERLING
Sila tandakan / pada ruang yang disediakan. Pilih 2 jawapan daripada lima soalan tersebut.
Nama : Lai Hong Ming Jantina : Lelaki Perempuan
Umur : 19
3. Tahap amalan kitar semula yang diamalkan di Taman Perling
Baik Sederhana Teruk
2.Barang atau bahan yang paling banyak dikitar semula di rumah anda
Kertas Botol Plastik
Sisa makanan Lain-lain
5. Apakah masalah yang dihadapi yang menjadi penghalang mengamalkan kitar semula secara efektif ?
Tiada kemudahan lengkap seperti tong kitar semula
Tidak sedar akan kepentingan amalan kitar semula
Tiada komuniti atau kelab yang menggalakkan amalan kitar semula
Memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi meneruskan amalan ini
Kos yang tinggi
4. Apakah kepentingan mengamalkan amalan kitar semula?
Melahirkan kawasan perumahan yang bersih
Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan baik
Mengurangkan kesan rumah hijau
Menjana pendapatan dengan menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan
Menjimatkan sumber semula jadi
5.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan amalan kitar
semula di Taman Perling?
Mengadakan kempen kesedaran dan melibatkan penduduk dalam segala aktiviti berkaitan amalan kitar
semula.