The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU PPDKL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lynnrosman, 2021-10-21 19:45:55

BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU PPDKL

BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU PPDKL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

&

Sekolah - sekolah Daerah Kuala Langat 2021 - 2025

Perasmi
Timbalan Menteri
Pembangunan Usahawan & Koperasi

22 L o k a s i
DEWAN CENDERAWASIH
PPD KUALA LANGAT

OKTOBER

1 Tentatif Sambutan Hari Guru 2021...……...…...……………………..…………….1
2 Sambutan Hari Guru………………………………..…………………………..…...……...2
3 Logo Hari Guru……………………………………….………………………..……...……….3
4 Kata alu-aluan Menteri Pendidikan 1……………………………………….………4
5 Kata alu-aluan Pengarah Pendidikan Selangor……………………..……...….5
6 Kata alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat……………….6
7 Ikrar Guru Malaysia……………………………………………..…………………….…….7
8 Lagu Negaraku……………..………………………………………......……………………..8
9 Lagu Guru Malaysia…..………………………………………….……………....………...9
10 Lagu Rasmi PPD Kuala Langat………………………………………..…..…………...10
11 Lagu Pelancaran Transformasi Pendidikan ……………………………………11
12 Tema Hari Guru 2000 - 2021……………………………………...….....…………….12
13 Tafsiran Tema Hari Guru 2021….………………..…………….…………...…..…...13
14 Penerima Anugerah Khas Daerah……………………..……………...….…..14—17
15 Penerima Anugerah Khas Tokoh Guru…………………………..…………18—21
16 Jawatankuasa Induk ………………………………..………………..……………..22—23
17 Jawatankuasa Pelaksana………………………………………………..….……..24—32
18 Penghargaan ……………………………………………….………………………..…33—37

9.00 pagi : *Nyanyian
11.00 pagi : i. Lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Selangor
iii.Lagu PPD Kuala Langat

*Ucapan Pengacara Majlis
*Bacaan doa
*Ucapan Alu-aluan
Yang Berusaha Cikgu Azhar Bin A. Kadir
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat
*Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru 2021 oleh Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Cikgu Muslimin Bin Yahaya
Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi
*Persembahan Gimik

i. Sambutan Hari Guru
ii. Pelancaran Program Transformasi Pendidikan PPD Kuala Langat
*Ikrar Hari Guru
*Nyanyian
i. Lagu Kami Guru Malaysia
ii. Lagu Pelancaran Transformasi Pendidikan PPD Kuala Langat
*Ucapan Warga Pendidik sempena Hari Guru
*Penyampaian Anugerah Khas
*Ucapan sempena Pelancaran Program Transformasi Pendidikan
Sekolah-sekolah Daerah Kuala Langat 2021–2025
*Persembahan Video Tokoh Guru
*Penyampaian Anugerah Tokoh Guru
*Ucapan Komuniti sempena Hari Guru
*Sesi fotografi
*Majlis bersurai

TUJUAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang
sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah
Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee)
sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report)
telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada
peranan penting guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara
guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui
seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang
diadakan pada Hari Guru.

TAFSIRAN LOGO

PUTIH
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinar cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang

membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
MERAH

Menunjukkan keteguhan semangat.
BIRU

Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu
pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara
yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk
seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan
daripada seorang guru. Dua reka bentuk di antara murid
dengan buku ialah guru perempuan dan guru lelaki berfikiran sama
dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum.
Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan
mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip
Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal
mengandungi slogan “HIDUP BERBAKTI”. Ini menjadi sebuah tapak
yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Timbalan Menteri
Pembangunan Usahawan & Koperasi

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadarat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala
Langat bagi tahun 2021. Terlebih dahulu, saya mengambil peluang ini untuk
mengucapkan "Selamat Hari Guru" dan "Terima kasih Cikgu" kepada semua guru
di Daerah Kuala Langat. Peranan dan tanggungjawab para guru sangat murni dalam
usaha untuk membentuk anak-anak bangsa yang berkualiti serta berkeperibadian
mulia bagi merealisasikan kecemerlangan dan kegemilangan negara.
Walaupun penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan rutin harian kita
terjejas sehingga sekolah terpaksa ditutup, guru-guru kita sebenarnya tidak pernah
berhenti mengamanahkan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak didiknya. Guru-guru memanfaatkan tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menimba ilmu dan kemahiran tentang pembelajaran digital. Daripada tidak
tahu, guru terus tekun belajar sehingga mula mampu mengendalikan kelas dalam talian dengan platform Google
Classroom dan pelbagai kaedah lain supaya muid-murid yang duduk di rumah tidak begitu terkesan walaupun tidak hadir
ke sekolah. Semangat berkobar-kobar sebilangan besar guru kita kita inilah yang memang patut dipuji dan pada
pendapat saya, sambutan Hari Guru kita pada tahun ini sesungguhnya adalah untuk meraikan kejayaan golonganini.
Maka , saya yakin bahawa sekiranya guru-guru senantiasa berusaha untuk memajukan diri dengan memperlengkapkan
ilmu dan kemahiran seiring dengan perkembangan dunia, masyarakat mesti terus berguru dan berguru dengan
insan-insan mulia ini demi pembentukan generasi yang cemerlang, seiring dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu
'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu'. Saya juga ingin menegaskan bahawa keseimbangan ilmu dan akhlak dalam
pendidikan akan melahirkan generasi masa depan yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan cabaran abad
ke-21. Sehubungan dengan itu, warga guru perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan
murid . Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi iaitu kemahiran berfikir secara
kritis, analisis dan kreatif, selain kemahiran komunikasi dan kolaboratif serta penerapan nilai-nilai murni dan etika yang
menjadi kemahiran penting dalam pendidikan Abad Ke-21.
Pada kesempatan ini juga saya menyeru semua warga pendidik supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif
dan mampu mencipta kelainan, yang dapat memberikan manfaat kepada murid-murid. Tiada apa yang mustahil
sekiranya kita beriltizam dan berbekalkan niat yang ikhlas dan jitu biarpun dalam keadaan apa sekalipun.
Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan pemberian
khidmat yang terbaik kepada negara.
Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas pengorbanan dankhidmat
bakti yang telah dicurahkan selama ini. Sesungguhnya usaha para guru untuk melahirkan insan cemerlang yang seimbang
tidak ternilai dan akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat dan negara.
Sekian, terima kasih.

HAJI MUSLIMIN BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Pengarah Pendidikan Selangor

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan Sambutan Hari Guru.
Pada tahun 2021 tema Hari Guru ialah "Berguru Demi llmu, Bina Generasi
Baharu”. Tema ini bersesuaian dengan peranan guru dalam memperkasa
keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tema ini juga adalah
sebagai penghargaan kepada warga pendidik yang telah bertungkus-lumus
mendidik anak bangsa ke arah kejayaan walaupun berhadapan dengan pelbagai
cabaran khususnya pandemik Covid-19 serta Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPr).

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan
membekalkan ilmu kepada semua murid. Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan
kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada murid-murid selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru merupakan insan yang sentiasa
dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai
sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Guru juga insan yang banyak membentuk sahsiah dan
keperibadian seseorang. Oleh yang demikian adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan
kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih
gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Tema Hari Guru "Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu" ini juga dapat memberi semangat baharu kepada guru
dan murid-murid, seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah
melekat dalam sanubari. Semoga semua guru menjiwai profesion perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang
murni dan ikhlas dalam beramal demi membangunkan pemimpin ummah masa hadapan.

Akhir kata, guru itu mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap besar peranannya, dalam ajarannya ada harapan, dalam
tegurannya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diamnya ada kebijaksanaan dan dalam tangannya ada
sahsiah terbina. Terima kasih Cikgu dan Selamat Hari Guru.

Sekian, terima kasih.

HAJAH ANISMAH BINTI M. NOH
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat kerana mereal-
isasikan acara tahunan ini, iaitu Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat,
walaupun dalam bentuk yang amat berbeza menurut norma baharu PKP, dalam satu
pemuafakatan yang jitu, utuh dan cemerlang.

Alhamdulillah , segala pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Guru peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat untuk tahun 2021. Sambutan ini amat
penting untuk kita semua kerana kitalah warga pendidik yang sentiasa setia
mengilmukan nusa dan bangsa kita. Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa hari ini ialah hari yang amat
bermakna untuk kita semua. Kita sedia maklum bahawa guru-guru kita pada hari ini semakin sarat dengan muatan
tanggungjawab dan kewajipan untuk mendepani dunia pendidikan yang semakin mencabar mental, fizikal, emosi dan
intelektual, lebih-lebih lagi pada ketika negara dan seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 ini. Murid-murid tidak
dapat hadir ke sekolah, namun guru-guru mesti mengoptimumkan kreativiti, inovasi, potensi dan kapasiti untuk
menghadapi cabaran–cabaran baharu dan seterusnya membudayakan kebiasaan baharu dengan harapan murid-murid
tetap berpeluang menimba ilmu melalui pelbagai pelantar dalam talian yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.

Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’, kita wajiblah memikul
tanggungjawab dan kewajipan untuk melahirkan generasi akan datang yang mampu menggerakkan bahtera kemajuan
negara dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mutakhir. Sehubungan dengan itu, satu daripada
perubahan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah guru mesti mengubah suaikan pedagogi di dalam bilik
darjah agar seiring dengan kurikulum yang dirancang dan sejajar pula dengan pentaksiran yang bakal dijalani oleh
murid. Walaupun ketiga-tiga elemen dalam pembelajaran iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran bukanlah perkara
baharu, guru mesti memberikan nafas baharu kepada ketiga-tiganya dengan mengintegrasikan Pembelajaran Abad
ke-21 atau PAK21 , 4K1N iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis, Kreativiti dan Nilai Murni, penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta teknologi maklumat dan komunikasi agar titik-titik maknawi yang selama ini
kelihatan terpisah dapat dirangkaikan untuk mentransformasikan Pendidikan di negara kita seoptimumnya.
Kegagalan guru untuk merangkaikan titik atau ‘connecting the dots’ ini akan menyukarkan proses pembaharuan dan
pemurnian dalam pembelajaran murid-murid.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tokoh Guru PPD
Kuala Langat 2021 dan berharap agar Sambutan Hari Guru sebegini akan menyemarakkan semangat dan keiltizam
seluruh warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat dan
harapan negara demi kecemerlangan kita dalam dunia pendidikan.

Sekian, Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu.

HAJI AZHAR A KADIR
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.

Ikrar Guru Malaysia

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat

Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluru tenaga,
dan usaha kami untu mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

NegaraKu

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap Bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

PPD Kuala Langat Gemilang

Langkah Menjulang Etika Kerja
Curah Tenaga Mengerah Idea

Menjunjung Aspirasi Bangsa Tercinta
Berwibawa Berintegriti

Keunggulan Peribadi Tunjang Keimanan
Melunas Azam dan Cita-Cita Murni
Kerjaya Mulia, Melakar Jaya
Bakti Setulus Hati dan Budi

PPD Kuala Langat Sentiasa Bertekad
Jaya Menjulang Insan Gemilang

Di Bawah Lembayung, Pimpinan Terunggul
Muafakat Tangkas Cemerlang

PPD Kuala Langat Sentiasa Bertekad
Jaya Menjulang Insan Gemilang

Di Bawah Lembayung, Pimpinan Terunggul
Muafakat Tangkas Cemerlang
Muafakat Tangkas Cemerlang
Muafakat Tangkas Cemerlang

Transformasi Pendidikan Kuala Langat
Transformasi Pendidikan

Kualiti Kepimpinan
Tingkatkan Pencapaian
Menuju Paradigma Yang Baharu

Tekad dan Harapan
Kuala Langat Gemilang
Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik
Negara Sejahtera
Muafakat, Tangkas, Cemerlang
Membangunkan Potensi *
Aspirasi Negara
Pendidik Berinovasi
Hasilkan Kreativiti
Pendidikan Berkualiti
Bentuk Akhlak Terpuji
Seimbang Rohani
Jasmani Dan Jati Diri (Ulang *)

Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan

Berganding Bahu

2021
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2020 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan
insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap
dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang
yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta
berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu
menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia
ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak
membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada
berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di
dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan
ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut
dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan
lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta
perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan
negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam
jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan
mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang
dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan
seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat
ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

PEGAWAI CEMERLANG PPD
CIKGU SAIFUL ADLI BIN SUHADAK

PPD KUALA LANGAT

ANUGERAH GURU IKON (GURU STEM)
CIKGU ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH
SMK JENJAROM

ANUGERAH INOVASI
PENDIDIKAN GURU SEKOLAH MENENGAH

CIKGU NOOR IZYAN BT SALLEH
SMK TELOK PANGLIMA GARANG

ANUGERAH KHAS
KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH

(PENGETUA)
CIKGU SANGEETAJIT KAUR A/P JAG SINGH

SMK MESTHODISH

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN
SEKOLAH RENDAH
(GURU BESAR)

CIKGU SITI HAJAR BT MOHD ALI
SK RTB BKT CHANGGANG

ANUGERAH KEPIMPINAN
SEKOLAH MENENGAH
(PENOLONG KANAN)

CIKGU WAN AINZUN BT WAN ISMAIL
SMK METHODIST TELOK DATOK

ANUGERAH IKON GURU
(GURU SUKAN)

CIKGU FAISAL BIN ROSMAN
CIKGU SATHES KUMAR
SK KANCHONG DARAT

ANUGERAH IKON GURU
KESUKARELAWAN SEKOLAH MENENGAH

CIKGU MUHAMAD NIZAM BIN JUSOH
SMK BANTING

ANUGERAH IKON GURU (KOKURIKULUM)
CIKGU MOHAMED HANAFI BIN WAHAB
SK KG MEDAN

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU FAIRUZ ALIAA BT FADZIL
SMK TELOK DATOK

ANUGERAH
GURU CEMERLANG KELAINAN UPAYA

CIKGU ABD KARIM BIN ABU BAKAR
SMK BANTING

ANUGERAH
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

CIKGU NORMUHAFAZILATUL BT MUSA
SMK SIJANGKANG JAYA

GURU BESAR (SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN)
CIKGU BALASUBRAMANIAM A/L KARUPAYA

BIODATA
Dilahirkan pada 22 Jun 1953
Kini menetap di Bandar Botanic, Klang
PENDIDIKAN
SJKT Gandhi Memorial,
Kuala Kangsar, Perak (1960-1965)
SMK Clifford, Kuala Kangsar (1966-1971)
Diploma Perguruan Maktab Perguruan
Sri Kota Kuala Lumpur (1975-1978)
SEJARAH PERKHIDMATAN
Guru Penolong SJKT Batu Ampat (1988-1989)
Guru Pentadbir SJKT North Hummock, Klang (1990-1998)
Guru Pentadbir SJKT Jalan Meru, Klang (1990-1.7.1999)
Guru Pentadbir SJKT Vivekananda, Petaling Jaya (1999-2003)
Guru Besar SJKT Pulau Carey Timur (2004-2011)
Guru Besar SJKT Simpang Morib (2008-2011)
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN SEMASA DALAM PERKHIDMATAN
Profesional dalam bidang keguruan
Naib Pengerusi Majlis Guru Besar SJKT Daerah Kuala Langat (2008-2011)
Penglibatan dalam bidang Kokurikulum
Naib Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT ,
Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan (2009)
Naib Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu
Piala Perpaduan Perdana Menteri, Peringkat Negeri Selangor (2009)
Johan Pertandingan Syarahan Tiga Bahasa dan bercerita Peringkat Daerah Kuala Langat
Penglibatan dengan komuniti semasa dalam perkhidmatan
AJK MIC Bahagian Petaling Indah, Klang (2015 - kini)
AJK Persatuan Penduduk Cassia, Bandar Botanic, Klang (2017 - kini)
AJK Kuil Meenachi Sundereswarar, Bandar Botanic (2019 - kini)
SUMBANGAN SELEPAS BERSARA
AJK MIC Bahagian Petaling Indah, Klang (2015 - kini)
AJK Persatuan Penduduk Cassia, Bandar Botanic, Klang (2017 - kini)
AJK Kuil Meenachi Sundereswarar, Bandar Botanic (2019 - kini)
ANUGERAH/ PENGHARGAAN/PINGAT
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Klang -1996)
Anugerah Perkhidamatan Cemerlang (Petaling-2002)

GURU BESAR (SEKOLAH KEBANGSAAN)
CIKGU TOMIRAN BIN KASIMON

BIODATA
Dilahirkan pada 26 November 1958
Kini menetap di Taman Perwira,
Telok Panglima Garang, Selangor
PENDIDIKAN
SK Sungai Binjai, Meru, Klang (1965-1970)
SM Tengku Idris Shah, Kapar (1971-1973)
SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang (1974-1975)
Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur -
Sijil Pendidikan Malaysia (1979-1980)
SEJARAH PERKHIDMATAN
Guru Penolong SJKC Jenjarom (1980-1983)
Guru Penolong SK Telok Panglima Garang (1983-2003)
Penyelia Petang SK Methodist Telok Datok, Banting (2003-2005)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Jenjarom, Banting (2005-2010)
Guru Besar SK Sijangkang, Telok Panglima Garang (2010-2016)
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN
SEMASA DALAM PERKHIDMATAN
Profesional dalam bidang keguruan
Jurulatih Sains Rendah (1993-2002)
Ketua Pasukan Sains 018 (1993-2002)
Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu UPSR (1986-1993)
Ketua Pengawas UPSR (1993-2002)
Penyelia Kawasan UPSR (2003-2010)
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN
SEMASA DALAM PERKHIDMATAN Penglibatan dalam komuniti
Penglibatan dalam bidang Kokurikulum semasa dalam perkhidmatan
Pengerusi MTQ PPD (2011) - Pengerusi Surau Al-Hidayah
Pengerusi MSSD Badminton PPD (2012) Sijangkang (1990-2000)
Pengerusi MSSD Rendah PPD (2013) - Setiausaha KAFA Integrasi
Pengerusi MSSD Bola Baling PPD (2014) Sijangkang Jaya (1990-2001)
Pengerusi MSSD Bola Sepak PPD (2015) - AJK dan S/U Persatuan Penduduk
Penasihat PIBG (2011-2016) Sijangkang (1995-2000)
Pengerusi Akademik Dun Sijangkang (2014-2016) - AJK Surau
ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT Sheikh Fatimah Soltan (2005-2019)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2006) Sumbangan selepas bersara
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2015) - Timbalan Pengerusi Surau
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2016) Sheikh Fatimah Soltan (2020)

PENGETUA (SEKOLAH MENENGAH)
CIKGU ABDUL WAHID BIN TAKAT

BIODATA
Dilahirkan pada 20 Julai 1960
Kini menetap di Jalan Masjid, Kanchong Darat,
Banting, Selangor
PENDIDIKAN
SK Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor (1967-1971)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuang, Selangor (1972-1975)
SM Teknik Melaka, Bukit Piatu (1976-1977)
Sekolah Aminudin Baki, Kuala Lumpur (1978-1979)
Sijil Perguruan Maktab Perguruan Teknik
Kuala Lumpur (1980-1982)
Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya (1985-1988)
SEJARAH PERKHIDMATAN
Guru Penolong SMK Telok Datok, Banting (1983-1985)
Guru Penolong SMK La Salle, Petaling Jaya (1988-1989)
Guru Penolong SMK Sungai Manggis (1989-1992)
PK Pentadbiran SMK Sungai Manggis (1993-1995)
Pengetua SMK Sungai Manggis (1995-1998)
PK Pentadbiran SMK Jugra, Banting (Mac 1998-Jun 1998)
Pengetua SMK Sungai Rawang, Sepang (Julai 1998-Disember 1998)
Pengetua SMK Batu Laut, Tanjung Sepat (Disember 1998-Oktober 2003)
Pengetua SMK Telok Datok, Banting (2003-2007)
Pengetua Cemerlang SMK Jugra, Banting (2014-2018)
SEJARAH PERKHIDMATAN
Pengetua Kanan SMK Telok Datok, Banting (2008-2010)
Pengetua Cemerlang SMK Telok Datok, Banting (2011-2012)
Pengetua Cemerlang SMK Taman Sri Muda, Shah Alam (2012-2013)
Pengetua Cemerlang SMK Jugra, Banting (2014-2018)
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN SEMASA DALAM PERKHIDMATAN
Profesional dalam bidang Keguruan
Peserta 3rd International Conference on Principalship & Sector Management
Penulis Skrip Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
-Penulis Skrip Pendidikan Moral (1992-1995)
Panel Penggubal Buku Panduan Kelab Pencegah Jenayah (2008)
Peserta Pengurusan Sekolah Berkesan,
Institut Aminudin Baki, KPM (1998)

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN SEMASA DALAM PERKHIDMATAN
Penglibatan dalam bidang kokurikulum
Ketua Kontijen Selangor Perahu Layar MSSM/MSSS (1999)
Bendahari MSSD Kuala Langat (1995-1998)
Pengerusi Kepegawaian Olahraga Daerah (2002/2014)
Kawad Uniform Negeri JPN Selangor (2011)
Tempat Kedua Lawn Bowl SUKSES (2016)
Tunas Takraw SMK Batu Laut (1998-2002)
Jemputan Ragbi SMK Telok Datok (2005)
BAKAT Handball SMK Taman Sri Muda, Shah Alam (2011-2012)
Penglibatan dalam komuniti semasa dalam perkhidmatan
JK Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (Selangor)
YDP Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (1998-2003)
MPSM Kuala Langat (2014-2018)
SUMBANGAN SELEPAS BERSARA
Setiausaha (mantan) dan AJK Persatuan Pesara
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Kuala Langat (2018-kini)
Sukerelawan Pentadbiran Madrasah Tahfiz Al-Quran
Raudathus Solihin, Jalan Aman, Kanchong Darat (2018-kini)
PENULISAN DAN PENERBITAN
‘Itulah Haikal’, Cerpen bercorak motivasi dan kepimpinan, Jurnal MPSM Selangor (2012)
ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Kuala Langat (1995)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Selangor (2010)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2012)

Penaung : Cikgu Anismah binti M. Noh
Pengarah Pendidikan Selangor

Pengerusi : Cikgu Azhar bin A. Kadir
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

Timbalan Pengerusi : Cikgu Abdul Hamid bin Abdul Majid
Timbalan PPD Sektor Pengurusan

Naib Pengerusi : Cikgu Abdul Rahman bin Basri
Timbalan PPD Sektor SekolahPerancangan dan Dasar

: Cikgu Yusman bin Mubni
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

: Cikgu Zulkifli bin Mohamed
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha : Cikgu Issma Izzaili binti Zamri
Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

Penolong Setiausaha : Cikgu Nazri bin Hj. Samsudin
Penolong PPD Unit Pendidikan Swasta

Bendahari : Cikgu Afidah Noor binti Paiman
Penolong PPD Unit Pemulihan

Pen. Bendahari : Pn Siti Noor Suhara binti Ramli
Pembantu Tadbir Unit Kewangan

Ahli-Ahli

Cikgu Khirul Anuar bin Ishak
Penolong PPD Sektor Perancangan dan Dasar

Cikgu Hjh Zakiah binti Mat Rabee
Penolong PPD Sektor Perancangan dan Dasar

Cikgu Abd Najah bin Said
Penolong PPD Sektor Pembelajaran

Cikgu Kamaruzaman bin Tukol
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Cikgu Mohamad Sharin bin Samuri
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Cikgu Nur Shafawati binti Hamzah
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Cikgu Soleman bin Saripan
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Cikgu Mohd. Azwan bin Mohd. Razi
Penolong PPD Sektor Pembangunan Murid

Cikgu Saiful Azman bin Md. Saleh
Penolong PPD USTP

Cikgu Mohd. Aris bin Sabri
SISC+ Sains Sosial

Cikgu Siti Zurina binti Mohd. Moksin
SISC+ Bahasa

Cikgu Aminuddin bin Sarmiran
SISC+ Bahasa

Cikgu Azhar bin Tukiaman
Penolong PPD Sektor Peperiksaan dan Penilaian

Pn Siti Saloha binti Abu Saman
Pembantu Tadbir PPD Kuala Langat

Pengerusi : Cikgu Azhar bin A.Kadir
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Timbalan Pengerusi : Cikgu Abdul Hamid bin Haji Abdul Majid
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Haji Abdul Rahman bin Basri
Timbalan PPD Sektor Perancangan dan Dasar
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Naib Pengerusi 2 : Cikgu Yusman bin Mubni
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Naib Pengerusi 3 : Cikgu Zulkifli bin Mohamed
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Setiausaha : Cikgu Issma Izzaili binti Zamri
Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

Penolong Setiausaha : Cikgu Nazri bin Haji Samsudin
Bendahari Penolong PPD Unit Pendidikan Swasta

: Cikgu Afidah Noor binti Paiman
Penolong PPD Unit Pemulihan

Penolong Bendahari : Cikgu Siti Noor Suhara binti Ramli
Pembantu Tadbir Unit Kewangan
Sumber Kewangan

Cikgu Mohd Rizal bin Mohd Safaad Cikgu Tiong Siok Kim @ Law Siok Khim
Pengetua SMK Jenjarom Guru Besar SJKC Chong Hua
YDP MPSM Daerah Kuala Langat Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Cina
Daerah Kuala Langat
Cikgu Noor Faiz bin Dasuki
Guru Besar SK Kebun Baharu Cikgu Ganash a/l Ramasamy Konndar
Pengerusi MGB Daerah Kuala Langat Guru Besar SJKT Jenjarom
Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Tamil
*Cikgu Sharul Razi bin Omar(PPDKL) Daerah Kuala Langat

40

PENYELARAS : Cikgu Abdul Rahman bin Basri

PENGURUS MAJLIS SAMBUTAN & PROTOKOL

SMK Tanjong Sepat
Cikgu Fauzi bin Hashim (Pengetua)

*Hamizi bin Mohamad (PPDKL)
*Cikgu Hamid bin Asanar (PPDKL)
*Cikgu Kamarulzaman bin Tukol (PPDKL)
*Cikgu Mohd Khirul Anuar bin Ishak (PPDKL)

Cikgu Azman bin Muhammad
Cikgu Azliah Binti Idiris

JEMPUTAN

SMK Batu Laut
Cikgu Johan Mohalana bin Abdul Hamid (Pengetua)

*Cikgu Mohd Zaidi bin Abd Rahman (PPDKL)
*Cikgu Norhizam bin Ismail (PPDKL)

Cikgu Nor Azimah binti Basiran (PK Kokurikulum)
Cikgu Nurul Adibah binti Azmi (PK Pendidikan Khas)

SIJIL , HADIAH & CENDERAMATA

SK Sri Langat
Cikgu Roslan bin Lebai Yakob (Guru Besar)
*Cikgu Mohd Zaidi bin Abd Rahman(PPDKL)

*Cikgu Norhizam bin Ismail (PPDKL)
Cikgu Norfaizah binti Mat Kamary
Cikgu Noradlina binti Abd. Latif

Cikgu Yusni bin Yunus
Cikgu Noraini binti Hassim
Cikgu Norlee binti Abdan
Cikgu Norwahidah binti Abdul Malek
Cikgu Musinah binti Abd Manaf
Cikgu Wahyuwati binti Darus
Cikgu Ereana binti Sukirman

PENYELARAS : Cikgu Abdul Rahman bin Basri

URUS SETIA PENDAFTARAN & DOOR GIFT
SMK Telok Datok

Cikgu Misliah binti Ahmad (Pengetua)
*Cikgu Siti Zurina binti Mohd Moksin (PPDKL)

*Cikgu Siti Saloha binti Abu Saman (PPDKL)
Cikgu Hayati binti Tanawi

Cikgu Siti Dzunaidah binti Sarbani
Cikgu Hamimi binti Hashim
Cikgu Saodah binti Bawo
Cikgu Hasnita binti Hassan

Cikgu Suriyana binti Md. Karis
Cikgu Rasidah binti Yunus

PERSIAPAN DEWAN
SK Olak Lempit

Cikgu Zalilah binti Abdullah (Guru Besar )
*Cikgu Mazwan bin Wahid (PPDKL)

*Cikgu Norzuliana binti Superman (PPDKL)
Cikgu Muhadzir Bin Esmahil
Cikgu Zuhairi Bin Ahmad

Cikgu Zulina Bt Mohamed Safar
Cikgu Adila Binti Nordin

Cikgu Abdul Rahman B. Shamsudin
Cikgu Muhd Zakwan Hakim B. Hasan Azhari

Cikgu Hazriq Bin Affandi

PENGACARA MAJLIS
SK Sg Buaya

Cikgu Mohd Rahman bin Rabingan (Guru Besar)
*Cikgu Soleman bin Saripan (PPDKL)
Cikgu Yusnaidi bin Mohd Riffin
Cikgu Norhidayati binti Mohd Yunos

40

PENYELARAS : Cikgu Abdul Rahman bin Basri

BUKU PROGRAM
SMK Banting

Cikgu Rosnah binti Sarip (Pengetua)
*Cikgu Mohd Zaki bin Mat Salimi (PPDKL)

Cikgu Azlin Nani binti Mohd Miseral
Cikgu NorFari Ikma binti Ahmad
Cikgu Norazlina binti Kambali

TEKS UCAPAN/ KATA ALU-ALUAN
SK Telok Panglima Garang

Cikgu Junaidah binti Arsad (Guru Besar)
*Cikgu Aminuddin bin Sarmiran (PPDKL)

Cikgu Haliza Binti Sabian
Cikgu Hafizah Binti Din @ Nordin

JURUGAMBAR, VIDEO & DOKUMENTASI
SJKT Sg Buaya

Cikgu Saraswathy a/p Anthony(Guru Besar)
*Cikgu Azwan bin Mohd Razi (PPDKL)
Cikgu S Pushpa (PK Koku)
Cikgu M. Ananthan

BACAAN DOA
SK Sungai Bumbun Asli
Cikgu Nor Aidah binti Baba (Guru Besar )
*Cikgu Abdul Najah bin Said (PPDKL)
Mohd Syafiq Bin Ahmad Bashir
Muhammad Zaki Bin Abdul Bahari

PENYELARAS : Cikgu Yusman bin Mubni

JAMUAN TETAMU DAN JAMUAN VIP
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Cikgu Noraini binti Ishak (Pengarah)
*Cikgu Nur Shafawati binti Hamzah (PPDKL)
*Pn Siti Hairul Hidayah binti Sutjonoh (PPDKL)

Cikgu Norafizah binti Ibrahim
Cikgu Noorrulhida binti Idris
Cikgu Nurul Aida binti Morshidi
Cikgu Azlin Nizam bin Abdul Aziz
Cikgu Nur Farahin bintiSoleh

PERSEMBAHAN GIMIK
SK Bukit Changgang

Cikgu Ali bin Alimin(Guru Besar)
*Cikgu Nasharuddin bin Abd Karim (PPDKL)

Cikgu Mohamad Ali Bin Alimin
Cikgu Rosy Binti Ahman

Cikgu Mohamad Khairil Hazim Bin Badarudin
Cikgu Izzat Iskandar Bin Farisha

Cikgu Izatilhayatilnur Binti Zainal Abidin
Cikgu Badrul Hisyam Bin Mohamad

PERSEMBAHAN SIARAN LANGSUNG,
MULTIMEDIA TOKOH GURU & PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

SK Sijangkang
Cikgu Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar)

*Cikgu Saiful Azman bin Salleh (PPDKL)
*Cikgu Mohd Firdaus bin Nawawi (PPDKL)
Cikgu Hairiah binti Jelani (PK Kokurikulum)

Cikgu Mohamad Radzi bin Saidin
Cikgu Shamsul Baharin bin Bokhari

PENYELARAS : Cikgu Yusman bin Mubni

PERSIAPAN HIASAN PENTAS
SK Tanjong Sepat

Cikgu Rahmat bin Musman (Guru Besar)
*Cikgu Azhar bin Tukiaman (PPDKL)
*Cikgu Adnan bin Ralip (PPDKL)

Cikgu Zummazuwen binti Kader (PK Pentadbiran)
Cikgu Rozli bin Omar (PK Hal Ehwal Murid)
Cikgu Azmah binti Jaafar (PK Kokurikulum)
Cikgu Mazni bin Sajana
Cikgu Zainal bin Paiman
Cikgu Nor Asri bin Sulaiman
Cikgu Nor Azneza binti Tashiron
Cikgu Noor Afifah binti Azizan

PERSEMBAHAN
SK Kg Medan
Cikgu Nor Suhaida binti Saufi (Guru Besar)
*Cikgu Surayya binti Saleh (PPDKL)
Cikgu Hamaran bin Mohamed Ariff (PK Kokurikulum)
Cikgu Mohamed Hanafi bin Wahab (Tarian)
SK Jenjarom
Cikgu Mohd Azhari bin Hj Ahmad (PK Kokurikulum)
SMK Jenjarom
Cikgu Hazizayanti binti Mohd Janudin (Gamelan)
SMK Tanjung Sepat
Cikgu Ahmad Fauzi bin Hashim (Pengetua)
SK Sijangkang Jaya
Cikgu Sazali bin Saarani (PK Hal Ehwal Murid)
SMK Telok Panglima Garang
Cikgu Muzaiful Azman bin Dani (Guru Muzik)

PENYELARAS : Cikgu Zulkifli bin Mohamed

BACAAN IKRAR & UPACARA MENAIKKAN BENDERA
SJKT Pusat Telok Datok

Cikgu Anpalagam a/l Nadesan(Guru Besar)
*Cikgu Zukifly bin Mohamed (PPDKL)

KESELAMATAN/ KECEMASAN LOGISTIK DAN PANDU ARAH
SMK Bukit Changgang

Cikgu Alias bin Abdul Ghani (Pengetua)
*En Nurul Aizat bin Abd Hamid (PPDKL)

Cikgu Samsudin Bin Md Daud
Cikgu Shahrulyati Bt Shahrudin
Cikgu Ahmad Rafizee Bin Ab Kadir
Cikgu Mohd Faizal Bin Mohd Kamaludin

Cikgu Rijaha Bin Shahzinah

PERALATAN
SJKC Peng Ming
Cikgu Ng Yoke Khuan (Guru Besar )
*Cikgu Mohd Aris bin Sabri (PPDKL)

PERARAKAN TOKOH GURU
SK Kanchong Tengah

Cikgu Rosnah binti Shafie (Guru Besar)
*Cikgu Mohamad Sharin bin Samuri (PPDKL)
Cikgu Nurul Ashikin binti Hashim (PK Pentadbiran)
Cikgu Masita binti Manap (PK Kokurikulum)

PENYELARAS : Cikgu Zulkifli bin Mohamed

PUBLISITI DAN SERANTA
SJKC Tanjong Sepat

Cikgu Mok Chee Chong (Guru Besar )
*Cikgu Azlan bin Amat (PPDKL)

TEKNIK DAN SIARAYA
SJKT Pulau Carey Timur
Cikgu Muniandy a/l Rangaswamy (Guru Besar)
*Cikgu Saiful Adli bin Suhadak (PPDKL)

PHOTO BOOTH
SK Sg Manggis
Cikgu Rokiah bt Md Nor (Guru Besar )
*Cikgu Napisah Binti Zakaria (PPDKL)

TAJAAN DOOR GIFT
Cikgu Tee Kim Hong
Guru Besar SJKC Morib
Cikgu Sathiya Seelan
Guru Besar SJKT Pulau Carey Selatan
Cikgu Nooriah Binti Zakariah
Guru Besar SK Jugra

*Cikgu Julina binti Jonit@Joned (PPDKL)

ANUGERAH TOKOH GURU DAN PENERIMA ANUGERAH

Cikgu Mohd Rizal bin Mohd Safaad
Pengerusi MPSM Daerah Kuala Langat

Pengetua SMK Jenjarom

Cikgu Noor Faiz bin Dasuki
Pengerusi MGB Daerah Kuala Langat

Guru Besar SK Kebun Baharu

Cikgu Tiong Siok Kim @ Law Siok Khim
Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Cina Daerah Kuala Langat

Guru Besar SJKC Choong Hua

Cikgu Ganash a/l Ramasamy Konndar
Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kuala Langat

Guru Besar SJKT Jenjarom

Cikgu Siti Maryam binti Mohd. Talif
Cikgu Mohd Shukri bin Ahmad

AKTIVITI ZIARAH (Aktiviti Daerah)

Cikgu Mohd Rizal bin Mohd Safaad
Pengerusi MPSM Daerah Kuala Langat

Pengetua SMK Jenjarom

Cikgu Noor Faiz bin Dasuki
Pengerusi MGB Daerah Kuala Langat

Guru Besar SK Kebun Baharu

Cikgu Tiong Siok Kim @ Law Siok Khim
Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Cina Daerah Kuala Langat

Guru Besar SJKC Choong Hua

Cikgu Ganash a/l Ramasamy Konndar
Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kuala Langat

Setinggi-tinggi Penghargaan

Yang Berhormat Cikgu Muslimin bin Yahaya

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi
Atas kesudian merasmikan
Sambutan Hari Guru 2021

Peringkat Daerah Kuala Langat
Daripada:

Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Daerah Kuala Langat







Jalan ke barat berpilin_pilin
Cuaca redup menawar duka

Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap Ketikaa


Click to View FlipBook Version