The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharmila Murni Ismail, 2023-07-22 22:00:22

KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI

KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI

KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 2 Rabu, 16 Februari 2022 Sidang Redaksi Pengarang Kumpulan DATUK SAIDON IDRIS [email protected] Pengarang Eksekutif Kandungan & Digital M THILLINADAN [email protected] Pengarang Eksekutif Pengeluaran AZHAR A SAMAH [email protected] Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tiada sekatan terhadap kegiatan ekonomi termasuk bazar Ramadan pada tahun ini, menunjukkan senario ekonomi negara berada pada fasa pemulihan signifikan. Apatah lagi pengumuman pengoperasian bazar Ramadan dengan prosedur operasi standard (SOP) akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti itu, sudah pasti memberikan semangat kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bangkit menggerakkan sektor ekonomi yang suram dua tahun kebelakangan ini apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Realitinya, aktiviti penjanaan ekonomi PKS perlu terus berfungsi walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kekangan daripada pelbagai sudut. Sektor ekonomi beroperasi dengan norma baharu penuh waspada seumpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Begitulah implikasi ekonomi yang perlu berlangsung seadanya tanpa menafikan pada masa sama, semua pihak mesti memastikan tahap kesihatan awam terjaga. Pembukaan banyak sektor ekonomi memberikan petunjuk positif dalam pencapaian prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia yang meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat 2021, berbanding penguncupan sebanyak 3.4 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya. Bagaimanapun, langkah susulan perlu diambil semua pihak bagi memastikan kelestarian ekonomi berlangsung dalam kitaran kondusif, sekali gus mencapai titik keseimbangan sewajarnya. Indikator permintaan dan penawaran pasaran seperti harga barangan, kuantiti ditawarkan seharusnya mampu memberi impak maksimum kepada kuasa beli pengguna serta memberi pulangan sewajarnya kepada pengusaha terbabit. Hal ini perlu seiring dengan langkah pemulihan ekonomi yang digariskan kerajaan menerusi pelbagai inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digubal dan dilaksanakan. Sehubungan itu, kerajaan turut mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi 2022 antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus yang sebenarnya selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, iaitu masing-masing pada 5.7 peratus serta 5.8 peratus. Langkah operasional perlu diambil perhatian khusus antaranya dengan memastikan tiada kenaikan ketara dalam harga barangan dan perkhidmatan ditawarkan, terutama menjelang Ramadan dan musim perayaan bakal disambut nanti. Sistem rantaian bekalan makanan dan barang keperluan rakyat perlu dipastikan berada pada tahap optimum di pelbagai peringkat sama ada pihak pengeluar, pekilangan, pengedar atau peruncit. Langkah ini penting bagi memastikan operasi pasaran berlangsung secara menang-menang yang pengguna dapat memaksimumkan nilai ke atas setiap pembelian dengan sebaiknya. Pada masa sama, penjual memperoleh pulangan sewajarnya daripada hasil titik peluh diusahakan. Mekanisma kawalan harga sistematik perlu dilaksanakan dengan lebih aktif oleh pihak berwajib secara lebih bersasar terhadap barangan dan keperluan yang sering mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. Inisiatif bersifat wh i s t l e - bl o w i n g atau pemberi maklumat dan mekanisma aduan pengguna secara dalam talian perlu digandakan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dan tiada pihak teraniaya dalam kitaran pasaran berlangsung. Bagaimanapun, pengguna boleh mengambil langkah susulan secara kendiri dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai hak pengguna dalam transaksi jual beli dilaksanakan. Secara umumnya, pengumuman kerajaan terhadap kebenaran untuk pengoperasian bazar Ramadan memberi impak kepada pelbagai pihak. Peniaga dan pengusaha kecil sudah pasti berupaya menarik nafas lega dengan kebenaran diberikan ke r a j a a n . Oleh itu, langkah sistematik perlu disusun peniaga dengan tidak meletakkan matlamat keuntungan semata-mata sebaliknya bersama-sama merealisasikan matlamat kerajaan bagi memulih kehidupan dan mata pencarian seperti digariskan dalam Bajet 2022. Pengguna sendiri pula perlu merancang pembelian dan mengatur sumber kewangan dengan baik agar tidak berlaku defisit dalam perbelanjaan. Oleh itu, mereka perlu memastikan hanya melaksanakan pembelian mengikut keutamaan dan kegunaan dengan meletakkan objektif jelas dalam pembuatan keputusan terhadap perbelanjaan dibuat. Pembelian perlu dilaksanakan mengikut kemampuan, bukan berdasarkan kehendak dan kemahuan nafsu. Ia tentunya ibarat mengukur baju di badan sendiri, iaitu pepatah muhasabah boleh dijadikan pedoman dalam melaksanakan keputusan terhadap setiap pembelian dan wang dibelanjakan. Kesimpulannya, jangkaan yang bakal berlaku sudah tentu memberi impak ekonomi yang positif. Inisiatif bazar Ramadan secara fizikal perlu dirai dengan sebaiknya mengikut tatacara SOP ditetapkan. Pada masa sama, inovasi dalam operasi bazar Ramadan menerusi teknologi pembelian dalam talian sudah pasti dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi gig dalam pasaran lokal dengan liputan pelanggan merentas sempadan, bahkan tidak mustahil bersifat global. Hal ini sudah pasti memberi warna baharu dan segar terhadap kanvas keusahawanan dan perniagaan dalam negara serta memberi sinar kebahagiaan kepada Keluarga Malaysia untuk makmur bersama mengecapi nikmat ekonomi dan kehidupan sejahtera. Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bazar Ramadan peluang PKS gerakkan kembali sektor ekonomi Secara umumnya, pengumuman kerajaan terhadap kebenaran untuk pengoperasian bazar Ramadan memberi impak kepada pelbagai pihak. Peniaga dan pengusaha kecil sudah pasti berupaya menarik nafas lega dengan kebenaran diberikan kerajaan Inisiatif bazar Ramadan secara fizikal perlu dirai dengan sebaiknya mengikut SOP ditetapkan. (Foto hiasan) RABU, 16 FEBRUARI 2022


3 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI Rabu, 6 April 2022 11 Komentar Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang dijangka dikreditkan ke akaun pencarum mulai 20 April ini dijangka memberi pelbagai impak sama ada kepada pencarum dan ekonomi negara. Pengeluaran khas ini dikatakan relevan dengan keperluan masa kini pencarum khususnya bagi membantu ‘m e l a n c a rk a n’ kembali kehidupan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Hakikatnya keputusan kerajaan ini memberi pelbagai kesan baik dan kontra kepada pencarum. Dalam hal ini, jika pengeluaran khas ini digunakan sebaik mungkin untuk menampung ketidakcukupan dalam perbelanjaan isi rumah seperti keperluan makanan, pakaian, peralatan persekolahan, maka amat wajar simpanan itu dibelanjakan. Sebaliknya, sekiranya wang pengeluaran khas ini digunakan untuk memenuhi kehendak hawa nafsu ia sesuatu yang amat mendukacitakan. Dalam hal ini, pencarum disaran melakukan ‘pem e t a a n’ kewangan peribadi sebelum melakukan perbelanjaan. Pemetaan kewangan penting bagi memberi gambaran secara holistik mengenai kemampuan, kegunaan dan keperluan sebelum pembelian dibuat. Pemetaan kewangan perlu dirangka secara khusus bagi memastikan wang pengeluaran sebanyak RM10,000 berupaya memberi nilai sewajarnya ke atas perbelanjaan dibuat. Perincian menyeluruh berkenaan sumber kewangan sedia ada, penyusunan perbelanjaan berdasarkan kepentingan penggunaan, manfaat ke atas perbelanjaan serta simpanan sumber kewangan perlu diperincikan dengan teliti. Pemetaan kewangan dijangka memberi impak kepada perbelanjaan berhemah kepada pencarum. Dengan adanya pemetaan kewangan, pencarum dapat mengenali kemampuan kewangan sendiri dengan lebih jelas, iaitu berdasarkan matlamat perbelanjaan dan kemampuan kewangan yang ada. Oleh itu, aktiviti perbelanjaan dapat dilaksanakan secara berhemat, umpama ‘buka dompet, tanya matlamat’. Pencarum perlu menyoal diri sendiri beli untuk apa, untuk siapa dan mengapa perlu dibeli. Persoalan ini perlu diperhalusi secara mendalam supaya perbelanjaan dilaksanakan tidak tersasar daripada matlamat asal. Sehubungan itu, pencarum yang betul-betul terjejas perlu memanfaatkan pengeluaran ini dengan memastikan aspek keperluan dalam perbelanjaan didahulukan dan bukannya mendahului aspek kemahuan dalam berbelanja. Bagi merealisasikan hal ini, bajet kewangan peribadi perlu dirangka bermula daripada keperluan diri yang perlu dipenuhi sehingga kepada keperluan anak dan keluarga menerusi pemetaan kewang an. Pemetaan kewangan yang menyeluruh amat penting bagi mengelakkan berlaku kemiskinan luar jangka dan ketirisan dalam perbelanjaan. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan ketika pandemik COVID-19 melanda, hampir 20 peratus daripada golongan isi rumah dalam kategori M40 dalam skala had pendapatan di antara RM4,850 hingga RM10,959 terkeluar daripada kategori itu dan berada dalam kategori B40 membabitkan seramai 580,000 orang. Dalam aspek pemetaan kewangan apa yang perlu diutamakan adalah faedah penggunaan, bukan sekadar untuk diri, tetapi juga kepada ahli isi rumah lain. Dalam hal ini, disiplin diri terhadap urusan kewangan selepas menerima pengeluaran khas KWSP ini perlu tegas dan tidak mudah dipengaruhi gaya hidup. Ia bagi dapat memastikan kantung kewangan pencarum sentiasa berada ditahap mencukupi, tidak membebankan dan dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga. Oleh Dr Mohd Rahim Khamis dan Dr Maryam Jameelah Mohd Hashim [email protected] Dalam kehidupan hari ini, internet menjadi sebahagian daripada keperluan manusia bagi menjalankan pelbagai urusan. Boleh dikatakan, kebanyakan urusan pada masa kini dilakukan secara dalam talian termasuk sistem pembayaran pembelian. Sistem ini atau turut dikenali sebagai e-dompet direka untuk memberi kemudahan kepada orang ramai melakukan transaksi bayaran tanpa tunai menerusi kad kredit atau kad debit. Ketika ini terdapat pelbagai jenis e-dompet digunakan pengguna untuk membuat transaksi jual beli. Pelbagai jenis e-dompet digunakan pengguna menjadi satu galakkan agensi tertentu mengamalkan norma baharu dalam sistem pembayaran terutama apabila negara dilanda pandemik COVID-19. Tidak dinafikan apabila sesuatu sistem dibangunkan, pada permulaannya akan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak seperti aspek keselamatan, kepantasan dan ke m u d a h a n . Namun, isu berkenaan akhirnya diatasi sebaik mungkin dan akhirnya sistem e-dompet menjadi satu norma baharu dalam kalangan pengguna. Bagi memupuk dan menggalakkan pengguna menggunakan e-dompet dalam sistem pembayaran, kerajaan memperkenalkan inisiatif menerusi e-Pemula yang bermula pertengahan bulan ini yang mana kira-kira 2 juta belia bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet terpilih. Pendekatan ini adalah sebahagian usaha kerajaan merancakkan lagi penggunaan e-dompet dalam kalangan belia. Mungkin inisiatif ini boleh dipanjangkan kepada semua golongan untuk meningkatkan e-dompet. Selain daripada memberi tawaran potongan dan pemulangan kredit, pemberian insentif satu pendekatan rasional. Dengan pemberian intensif tertentu seperti mendapat pengecualian cukai pendapatan, ini dapat menggalakkan pembayar cukai menggunakan e-dompet dalam transaksi mereka. Sebelum ini kerajaan memberikan insentif tolakan cukai bagi mereka membeli peralatan sukan untuk menggalakkan rakyat aktif bersukan dan menjaga kesihatan. Sehubungan itu, ramai pengguna membeli peralatan sukan untuk mendapatkan potongan cukai. Kerajaan juga boleh memberi pengurangan cukai ke atas mereka yang membuat saringan kesihatan diri dan ahli keluarga. Dengan adanya insentif seperti ini, ia dijangka menarik minat rakyat untuk turut serta dalam penggunaan e-dompet sebagai mekanisme baharu dalam sistem pembayaran jual beli. Tidak dinafikan mungkin dengan pemberian pengurangan dalam taksiran cukai pendapatan akan memberi implikasi tetapi ia lebih menjurus memberi banyak manfaat kepada pengguna. Sokongan pihak berkaitan seperti syarikat menyediakan platform e-dompet dan sebagainya perlu ditingkatkan dalam merealisasikan usaha menggalakkan pengguna memilih melakukan transaksi menerusi e-dompet. Felo Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Puncak Alam, Kampus Selangor Tawar insentif khas galak rakyat guna e-dompet Pemetaan kewangan bantu pencarum belanja berhemat wang KWSP Dengan adanya insentif seperti ini, ia dijangka menarik minat rakyat untuk turut serta dalam penggunaan e-dompet sebagai mekanisme baharu dalam sistem pembayaran jual beli Pengeluaran khas KWSP membantu menampung ketidakcukupan dalam perbelanjaan isi rumah. (Foto hiasan) RABU, 6 APRIL 2022


KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 4 Jumaat, 15 April 2022 11 Komentar Pemberian subsidi haji bersasar jamin bekalan kewangan jemaah Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Perlu diakui, urusan ibadat haji di Malaysia ditadbir urus secara sistematik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 1963. Pada peringkat awal penubuhannya, pendeposit awal adalah seramai 1,281 orang dengan simpanan berjumlah RM46,610. Sehingga 2021, bilangan pendeposit TH adalah 8.41 juta orang dengan jumlah simpanan sebanyak RM83,336 juta. Pada setiap tahun, jemaah mengerjakan ibadah haji dikendalikan TH secara muassasah dan juga secara pakej mengikut kos. Kos sebenar melaksanakan ibadat haji secara muassasah pada 2019 ialah RM22,900 untuk seorang jemaah pertama kali mengerjakan haji. Namun, jemaah hanya perlu membiayai kos sebanyak RM9,980, manakala baki RM12,920 dibiayai secara subsidi oleh TH dan kerajaan. Sejak dua tahun lalu, ibadat haji bagi jemaah Malaysia ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19. Pada tahun ini, ibadat haji dijangka boleh dilaksanakan semula bergantung kebenaran Kerajaan Arab Saudi. Bagaimanapun, TH melaporkan kos menunaikan ibadat haji pada tahun ini dijangka meningkat hampir 12 peratus daripada kos asal sebelum ini disebabkan kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan Kerajaan Arab Saudi. Jangkaan kenaikan kos menunaikan ibadat haji tahun ini sudah pasti menambahkan lagi tanggungan subsidi perlu dibiaya TH. Jika pada 2019, subsidi dibiaya ialah RM12,920 untuk seorang jemaah, sudah pasti pada tahun ini jumlahnya akan m e n i n g k at . Dalam menghadapi kenaikan kos yang tinggi, TH dilihat mula mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan kemudahan subsidi diberi, memberi manfaat kepada semua jemaah. Susulan itu, wujud cadangan supaya TH memberi subsidi haji secara bersasar dan bukan kepada seluruh jemaah dengan mengambil kira beberapa faktor signifikan dengan keadaan kewangan semasa jemaah. Pada asasnya, subsidi bersasar sangat relevan untuk dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada bakal jemaah berbeza jumlah simpanan dan sumber kewangan. Dalam hal, TH boleh melakukan pemetaan kemampuan kewangan dalam kalangan jemaah haji terpilih sebagai satu indikator untuk pemberian subsidi secara bersasar. Menerusi pemetaan kewangan secara bersasar, ia perlu dilihat berdasarkan kemampuan jemaah dan bergantung kepada simpanan bersih berbaki selepas menolak kesemua kos pembiayaan perlu dibayar bagi mengerjakan ibadat haji. Langkah ini dilihat agak kritikal, tetapi penting dilaksanakan bagi memberi fokus tepat kepada golongan jemaah yang perlu menikmati subsidi sepatutnya. Dalam hal ini pihak TH perlu mengatur langkah strategik bagi menentukan keabsahan dan keadilan dalam pemberian subsidi secara bersasar. Terdapat saranan supaya pemberian subsidi diberikan secara bersasar dengan berpandukan mekanisme kategori pendapatan isi rumah Malaysia yang terdiri daripada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20. Bagaimanapun, pengukuran kategori pendapatan sahaja dilihat kurang tepat dalam menilai kemampuan kewangan bakal jemaah secara holistik. Hal ini kerana, kategori itu hanya mengambil kira jumlah pendapatan, tetapi tidak menjelaskan jumlah perbelanjaan dan simpanan bersih secara tepat. Contohnya, individu dengan jumlah pendapatan RM10,000 sebulan sudah tentu berada dalam kategori T20, namun jumlah perbelanjaan terbabit belum diambil kira. Sekiranya jemaah memiliki keluarga besar, sudah tentu jumlah perbelanjaan terpaksa ditanggung juga tinggi. Pada masa sama, TH boleh mengatur inisiatif alternatif bagi bakal haji dalam golongan B40 untuk mengurangkan beban peningkatan kos haji. Inisiatif ini termasuk membuka peluang kepada penderma dan syarikat korporat untuk menyumbang serta menampung sebahagian kos bakal jemaah yang dikenal pasti. Rebat cukai mungkin boleh diperkenalkan kepada dermawan serta penyumbang menerusi inisiatif ini. Pada dasarnya, pemberian subsidi secara bersasar dalam membiayai kos ibadat haji adalah cadangan yang proaktif. Jika dilaksanakan, ia bukan sahaja menjamin simpanan atau bekalan kewangan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci, bahkan apabila pulang selepas menunaikan ibadah haji nanti. Felo Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) JUMAAT, 15 APRIL 2022


5 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI Sabtu, 30 April 2022 11 Komentar Tol percuma sempena Aidilfitri penuhi kebajikan menurut syarak Bijak berbelanja elak ‘poket kering’ selepas raya Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Statistik Jabatan Perangkaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 mendapati perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan menurun sebanyak 55 peratus berbanding sebelum PKP. Antara perbelanjaan isi rumah mencatatkan penurunan ketika PKP ialah pembelian pakaian dan kasut (95 peratus), pengangkutan (89 peratus), restoran dan hotel (86 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (72 peratus). Bagaimanapun, pada tahun ini angka ini dijangka berubah dan bakal menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan isi rumah. Peningkatan perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan tahun ini dijangka berlaku disebabkan beberapa kelonggaran diberikan kerajaan ketika negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endamik COVID-19. Kelonggaran diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara orang ramai tidak diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam kecuali di tempat tertutup atau tempat kerja dan tidak perlu penjarakan fizikal. Hal ini ditambah pula dengan kerajaan membenarkan membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Justeru, orang ramai patut melakukan ‘pemetaan kewang an’ atau merancang perbelanjaan secara lebih terperinci dalam menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik terutama sebelum, semasa dan selepas perayaan. Hal ini penting bagi mengelak isi rumah mengalami ‘kemiskinan situasi’ disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan baik ketika musim p e r aya a n . Apa yang paling dikhuatiri ialah kesengsaraan kewangan perlu ditanggung oleh ketua isi rumah selepas musim perayaan yang akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan ekonomi keluarg a. Pemetaan kewangan bagi menghadapi musim perayaan boleh dilaksanakan dengan meneliti sumber kewangan yang ada dalam bagi menentukan perbelanjaan. Ini kerana, kebiasaannya pada musim perayaan, isi rumah cenderung membeli barang baharu atau menukar barang lama. Namun, lebih baik jika pembelian seperti itu diteliti dari aspek manfaat kegunaan sesuatu barang ingin dibeli terlebih dulu. Sekiranya barang terbabit masih elok dan sesuai digunakan lagi, sumber kewangan sedia ada patut digunakan untuk membeli barang keperluan lebih penting seperti makanan, kesihatan dan pendidikan. Ketika melaksanakan pemetaan kewangan sebelum perayaan, beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya penyediaan belanjawan pendapatan boleh guna bersih selepas ditolak kesemua komitmen kewangan seperti bayaran pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit dan keperluan wang saku perbelanjaan isi rumah. Perancangan perbelanjaan ini penting bagi meneruskan kehidupan pada ketika dan selepas musim perayaan. Pemetaan kewangan pada musim perayaan perlu mengikut perbelanjaan dirangka sebelum ini. Sebagai contoh, peruntukan ‘duit raya’ ke pada anak dan saudara-mara mungkin boleh dikurangkan separuh daripada jumlah kebiasaan seperti sebelum ini. Bagi menghadapi keadaan ini, setiap individu perlu patuh, cekap dan amanah kepada objektif kewangan atau bajet yang ditetapkan. Sekiranya tadbir urus kewangan dapat dipatuhi seperti digariskan pemetaan perbelanjaan yang dirangka sebelum ini, ia akan membantu individu menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan selepas perayaan. Pemetaan kewangan selepas perayaan mampu berada di landasan betul jika segala aspek perbelanjaan isi rumah mematuhi disiplin ketika berbelanja pada waktu praperayaan dan ketika per aya a n . Ini kerana, perbelanjaan yang perlu ditanggung selepas perayaan juga penting untuk diuruskan. Tadbir urus yang baik dalam pengurusan kewangan isi rumah dapat mengelak ‘tsunami kerencatan kewangan’ akibat terpaksa menanggung beban hutang tertunggak. Felo Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [email protected] Seluruh Keluarga Malaysia pastinya menarik nafas lega dan berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan keputusan memberikan tol percuma dan diskaun tol sempena Aidilfitri kali ini. Syawal tahun ini amat bermakna kepada umat Islam di negara ini selepas dua tahun tidak dapat merayakannya bersama keluarga tercinta di kampung akibat pandemik COVID-19. Keputusan lebuh raya bebas tol ini dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya membabitkan laluan tanpa tol dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah berkenaan ditanggung bersama kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Ini bukan kali pertama laluan bebas tol dilaksanakan sempena perayaan tertentu. Cuma dijangkakan semua laluan utama ke negeri sama ada utara, selatan, barat dan timur dijangka sesak apabila jutaan kenderaan bergerak serentak meninggalkan ibu kota. Apa pun, hadiah hari raya kali ini berbeza dengan tahun sebelum ini apabila pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT turut diberikan apabila pulang semula ke rumah masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei sehingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan. Perdana Menteri berkata, tawaran diskaun tol antara 30 hingga 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama untuk semua kelas kenderaan. Ini adalah konsep berkebajikan amat digalakkan dalam Islam selari dengan diamalkan Rasulullah SAW yang mana Baginda adalah insan paling b e rke b a j i k a n . Sifat berkebajikan menurut syarak ialah memberi apa yang patut dan wajar kepada orang yang patut serta wajar. Ia lebih luas berbanding menderma dan bersedekah. Sedekah lebih terhad kepada harta namun berkebajikan merangkumi segala bentuk bantuan tenaga dan juga harta. Berkebajikan itu adalah sifat orang mukmin dengan ruangnya sangat luas dan pelbagai. Kalau tidak dengan harta, kita boleh melakukannya dengan nasihat dan peringatan. Apa yang penting ialah menjaga hati daripada sifat riak dan ujub ketika memberi. Perlu difahami berkebajikan bukan kerana undi tetapi kerana ia adalah tanggungjawab. Sementara itu, kenaikan mendadak harga barang asas terutama ayam, ikan, sayur dan sebagainya memberikan kesan begitu besar buat rakyat, bukan saja kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi mereka yang memulakan pekerjaan baharu atau kehilangan pekerjaan akibat pandemik. Kerana itu, langkah kerajaan ini bertepatan pada masanya ketika rakyat perlu memaksimumkan penggunaan tunai dalam tangan untuk pelbagai keperluan lain lebih penting menjelang Aidilfitri. Berdasarkan statistik semasa, indeks harga pengguna pada Disember 2021 meningkat 3.2 peratus, melepasi purata inflasi negara bagi tempoh 2011 hingga 2021, iaitu 1.9 peratus. Sebahagian besar kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran domestik disumbangkan perubahan peratusan bagi komponen pengangkutan sebanyak 9.5 peratus; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.4 peratus) dan makanan serta minuman bukan alkohol (3.2 peratus). Walaupun permintaan tinggi memberikan petunjuk positif kepada pemulihan ekonomi dalam aspek permintaan, masalah pengeluaran dihadapi pengeluar menjejaskan pemulihan ekonomi apabila berlaku ketidakseimbangan permintaan dan penawaran dalam pasaran. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam jawapan di Dewan Rakyat pada 8 Mac lalu menyebut, kenaikan harga barang banyak dipengaruhi peningkatan kos input barangan berkenaan. Kos input ini meliputi kos barang daripada pengimport dan kos lain yang turut meningkat susulan kenaikan kadar tukaran mata wang asing serta kenaikan harga barangan daripada pengimpor t. Kerana itu, keputusan kerajaan amat bertepatan dengan keperluan masa kini rakyat yang memerlukan tunai yang lebih untuk mereka berbelanja walaupun ketika kenaikan harga barang melanda ne gara. Rakyat berasa tertekan dengan situasi ini akibat pandemik COVID-19 namun keputusan laluan bebas tol tidak dapat tidak, serba sedikit melegakan dan menggembirakan mereka yang dapat beraya bersama keluarga tercinta. Terima kasih kerajaan, penghargaan kepada syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara. Ahli Parlimen Kuala Nerus Sabtu, 30 April 2022 11 Komentar Tol percuma sempena Aidilfitri penuhi kebajikan menurut syarak Bijak berbelanja elak ‘poket kering’ selepas raya Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Statistik Jabatan Perangkaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 mendapati perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan menurun sebanyak 55 peratus berbanding sebelum PKP. Antara perbelanjaan isi rumah mencatatkan penurunan ketika PKP ialah pembelian pakaian dan kasut (95 peratus), pengangkutan (89 peratus), restoran dan hotel (86 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (72 peratus). Bagaimanapun, pada tahun ini angka ini dijangka berubah dan bakal menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan isi rumah. Peningkatan perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan tahun ini dijangka berlaku disebabkan beberapa kelonggaran diberikan kerajaan ketika negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endamik COVID-19. Kelonggaran diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara orang ramai tidak diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam kecuali di tempat tertutup atau tempat kerja dan tidak perlu penjarakan fizikal. Hal ini ditambah pula dengan kerajaan membenarkan membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Justeru, orang ramai patut melakukan ‘pemetaan kewang an’ atau merancang perbelanjaan secara lebih terperinci dalam menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik terutama sebelum, semasa dan selepas perayaan. Hal ini penting bagi mengelak isi rumah mengalami ‘kemiskinan situasi’ disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan baik ketika musim p e r aya a n . Apa yang paling dikhuatiri ialah kesengsaraan kewangan perlu ditanggung oleh ketua isi rumah selepas musim perayaan yang akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan ekonomi keluarg a. Pemetaan kewangan bagi menghadapi musim perayaan boleh dilaksanakan dengan meneliti sumber kewangan yang ada dalam bagi menentukan perbelanjaan. Ini kerana, kebiasaannya pada musim perayaan, isi rumah cenderung membeli barang baharu atau menukar barang lama. Namun, lebih baik jika pembelian seperti itu diteliti dari aspek manfaat kegunaan sesuatu barang ingin dibeli terlebih dulu. Sekiranya barang terbabit masih elok dan sesuai digunakan lagi, sumber kewangan sedia ada patut digunakan untuk membeli barang keperluan lebih penting seperti makanan, kesihatan dan pendidikan. Ketika melaksanakan pemetaan kewangan sebelum perayaan, beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya penyediaan belanjawan pendapatan boleh guna bersih selepas ditolak kesemua komitmen kewangan seperti bayaran pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit dan keperluan wang saku perbelanjaan isi rumah. Perancangan perbelanjaan ini penting bagi meneruskan kehidupan pada ketika dan selepas musim perayaan. Pemetaan kewangan pada musim perayaan perlu mengikut perbelanjaan dirangka sebelum ini. Sebagai contoh, peruntukan ‘duit raya’ ke pada anak dan saudara-mara mungkin boleh dikurangkan separuh daripada jumlah kebiasaan seperti sebelum ini. Bagi menghadapi keadaan ini, setiap individu perlu patuh, cekap dan amanah kepada objektif kewangan atau bajet yang ditetapkan. Sekiranya tadbir urus kewangan dapat dipatuhi seperti digariskan pemetaan perbelanjaan yang dirangka sebelum ini, ia akan membantu individu menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan selepas perayaan. Pemetaan kewangan selepas perayaan mampu berada di landasan betul jika segala aspek perbelanjaan isi rumah mematuhi disiplin ketika berbelanja pada waktu praperayaan dan ketika per aya a n . Ini kerana, perbelanjaan yang perlu ditanggung selepas perayaan juga penting untuk diuruskan. Tadbir urus yang baik dalam pengurusan kewangan isi rumah dapat mengelak ‘tsunami kerencatan kewangan’ akibat terpaksa menanggung beban hutang tertunggak. Felo Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [email protected] Seluruh Keluarga Malaysia pastinya menarik nafas lega dan berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan keputusan memberikan tol percuma dan diskaun tol sempena Aidilfitri kali ini. Syawal tahun ini amat bermakna kepada umat Islam di negara ini selepas dua tahun tidak dapat merayakannya bersama keluarga tercinta di kampung akibat pandemik COVID-19. Keputusan lebuh raya bebas tol ini dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya membabitkan laluan tanpa tol dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah berkenaan ditanggung bersama kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Ini bukan kali pertama laluan bebas tol dilaksanakan sempena perayaan tertentu. Cuma dijangkakan semua laluan utama ke negeri sama ada utara, selatan, barat dan timur dijangka sesak apabila jutaan kenderaan bergerak serentak meninggalkan ibu kota. Apa pun, hadiah hari raya kali ini berbeza dengan tahun sebelum ini apabila pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT turut diberikan apabila pulang semula ke rumah masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei sehingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan. Perdana Menteri berkata, tawaran diskaun tol antara 30 hingga 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama untuk semua kelas kenderaan. Ini adalah konsep berkebajikan amat digalakkan dalam Islam selari dengan diamalkan Rasulullah SAW yang mana Baginda adalah insan paling b e rke b a j i k a n . Sifat berkebajikan menurut syarak ialah memberi apa yang patut dan wajar kepada orang yang patut serta wajar. Ia lebih luas berbanding menderma dan bersedekah. Sedekah lebih terhad kepada harta namun berkebajikan merangkumi segala bentuk bantuan tenaga dan juga harta. Berkebajikan itu adalah sifat orang mukmin dengan ruangnya sangat luas dan pelbagai. Kalau tidak dengan harta, kita boleh melakukannya dengan nasihat dan peringatan. Apa yang penting ialah menjaga hati daripada sifat riak dan ujub ketika memberi. Perlu difahami berkebajikan bukan kerana undi tetapi kerana ia adalah tanggungjawab. Sementara itu, kenaikan mendadak harga barang asas terutama ayam, ikan, sayur dan sebagainya memberikan kesan begitu besar buat rakyat, bukan saja kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi mereka yang memulakan pekerjaan baharu atau kehilangan pekerjaan akibat pandemik. Kerana itu, langkah kerajaan ini bertepatan pada masanya ketika rakyat perlu memaksimumkan penggunaan tunai dalam tangan untuk pelbagai keperluan lain lebih penting menjelang Aidilfitri. Berdasarkan statistik semasa, indeks harga pengguna pada Disember 2021 meningkat 3.2 peratus, melepasi purata inflasi negara bagi tempoh 2011 hingga 2021, iaitu 1.9 peratus. Sebahagian besar kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran domestik disumbangkan perubahan peratusan bagi komponen pengangkutan sebanyak 9.5 peratus; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.4 peratus) dan makanan serta minuman bukan alkohol (3.2 peratus). Walaupun permintaan tinggi memberikan petunjuk positif kepada pemulihan ekonomi dalam aspek permintaan, masalah pengeluaran dihadapi pengeluar menjejaskan pemulihan ekonomi apabila berlaku ketidakseimbangan permintaan dan penawaran dalam pasaran. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam jawapan di Dewan Rakyat pada 8 Mac lalu menyebut, kenaikan harga barang banyak dipengaruhi peningkatan kos input barangan berkenaan. Kos input ini meliputi kos barang daripada pengimport dan kos lain yang turut meningkat susulan kenaikan kadar tukaran mata wang asing serta kenaikan harga barangan daripada pengimpor t. Kerana itu, keputusan kerajaan amat bertepatan dengan keperluan masa kini rakyat yang memerlukan tunai yang lebih untuk mereka berbelanja walaupun ketika kenaikan harga barang melanda ne gara. Rakyat berasa tertekan dengan situasi ini akibat pandemik COVID-19 namun keputusan laluan bebas tol tidak dapat tidak, serba sedikit melegakan dan menggembirakan mereka yang dapat beraya bersama keluarga tercinta. Terima kasih kerajaan, penghargaan kepada syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara. Ahli Parlimen Kuala Nerus SABTU, 30 APRIL 2022


KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 6 Rabu, 21 September 2022 11 KomentarKomentar ASEAN perlu beri perhatian isu kesihatan mental Sudah pasti, pemetaan kewangan terhadapsektor kesihatan, pengangkutan awam juga diberi perhatian oleh kerajaan Penyertaan rakyat bantu jayakan perancangan dalam Bajet 2023 Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Bajet 2023 bakal dibentangkan tidak lama lagi menjadi platfom terbaik bagi memeta kewangan negara dalam memacu pemulihan ekonomi pada segenap aspek. Bagaimanapun, bajet dibentang bukanlah magis yang boleh merubah landskap ekonomi negara dalam sekelip mata. Pelbagai usaha dan inisiatif perlu digerakkan dalam merealisasi gagasan terkandung dalam belanjawan berkenaan. Besar harapan kita agar Bajet 2023 berupaya memberi sinergi kepada kegiatan ekonomi melalui kemudahan infrastuktur fizikal, material dan spiritual untuk rakyat bangkit daripada kesuraman ekonomi pascapandemik COVID-19. Oleh itu, sejumlah peruntukan berfokus berupaya merangsang aktiviti pemulihan ekonomi lebih mampan dan kalis kejutan dalam mendepani cabaran global tidak menentu. Intipati utama diberikan perhatian kerajaan sudah tentu tertumpu matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam mencukupi keperluan asas Keluarga Malaysia seperti jaminan makanan, perumahan, keselamatan, kesihatan dan pekerjaan. Ini selari dengan unjuran ekonomi global dijangka berkembang pada kadar 3.6 peratus pada 2023. Perubahan iklim pasaran perniagaan daripada lokal kepada global menerusi teknologi digital berupaya memberi impak pengganda kepada ekonomi negara. Statistik menunjukkan pada suku pertama 2021, pendapatan daripada transaksi e-dagang melonjak sebanyak 30 peratus dengan jumlah RM254.6 bilion. Senario ini membuktikan teknologi digital berupaya melestari perniagaan dalam memacu langkah pemulihan ekonomi lebih signifikan. Oleh itu, Bajet 2023 dijangka memeta sejumlah peruntukan bagi pembangunan infrastruktur digital terkini menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Pemulihan ekonomi tidak sekadar menumpukan kepada satu bidang. Pemulihan ekonomi bersifat multidimensi merangkumi penyelesaian kepada masalah asas ekonomi juga perlu diberi perhatian. Sudah pasti, pemetaan kewangan terhadap sektor kesihatan, pengangkutan awam juga diberi perhatian oleh kerajaan. Ini penting agar keseimbangan taraf hidup Keluarga Malaysia di bandar dan luar bandar dapat dikecilkan jurangnya perbezaa n nya . Bantuan kewangan masih diperlukan Bantuan kewangan secara bersasar masih perlu kepada golongan terkesan akibat renjatan ekonomi COVID-19. Namun, bantuan itu perlu difokuskan kepada aktiviti penciptaan pendapatan dan pemulihan ekonomi keluarga, bukannya pemberian bantuan insentif kewangan semata-mata. Bantuan lebih bersasar kepada golongan terjejas seperti orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan B40 dalam bentuk kupon subsidi barang keperluan asas adalah relevan bagi memaksimumkan pendapatan boleh guna sedia ada. Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terjaga, kerajaan merangka formula bagi meningkat inisiatif jaminan keselamatan sosial kepada individu berdepan kesukaran sosial dan kekangan e ko n o m i . Antaranya inisiatif dilaksanakan kerajaan ialah Skim Baucar Perlindungan Tenang (PTV) dilancarkan pada tahun ini yang menawarkan perlindungan sosial dalam bentuk insuran dan takaful kepada 8.4 juta penerima layak daripada kalangan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Skim ini dilihat signifikan dalam keadaan rakyat berdepan kos sara hidup tinggi dan kantung pendapatan dan simpanan agak mengecil. Manfaatnya diharap dapat diperluaskan kepada lebih ramai individu menerusi peruntukan Bajet 2023. Skim ini berupaya menjadi penampan kewangan kepada Keluarga Malaysia dalam menghadapi kejutan ekonomi tanpa menjejaskan rutin dan kualiti kehidupan seharian. Menerusi Bajet 2023 terdapat pelbagai inisiatif pembangunan dan pemulihan ekonomi bakal diberi perhatian oleh kerajaan. Bagaimanapun, penyertaan rakyat dalam menyahut seruan kerajaan juga menjadi indikator penting dalam memastikan kejayaan dipetakan dalam pembentangan Bajet 2023 dapat direalisasikan. Bajet 2023 juga perlu seiring pemerkasaan sistem tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam cekap, telus serta berkesan. Pemetaan kewangan terhadap peruntukan dalam pengurusan risiko bencana juga perlu diberi perhatian agar kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas disebabkan perubahan iklim dan geopolitik tidak menentu. Realitinya, Bajet 2023 dinantikan seluruh Keluarga Malaysia bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dipacu dengan jaya. Usaha mendepani cabaran ekonomi tidak hanya terletak di bahu kerajaan. Seluruh Keluarga Malaysia dari Perlis hingga Sabah perlu berganding bagi memastikan setiap agenda dirancang selari Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang 2025. Profesor Madya Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Oleh Dr Ahmad Taufik Nursal [email protected] Gelombang masalah kesihatan mental terus mencetuskan kebimbangan sejak dunia dilanda COVID-19 hingga Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan peningkatan masalah itu yang ketara, iaitu 25 peratus dengan belia antara paling terdedah. Di Singapura, Tinjauan Kesihatan Populasi Kebangsaan 2020 mendedahkan 13.4 peratus responden mempunyai masalah kesihatan mental berbanding 12.5 peratus pada 2017, manakala BMC Public Health di Laos melaporkan kelaziman berlaku masalah kesihatan mental adalah 18 peratus dalam kalangan lelaki dan wanita berusia 18 hingga 49 tahun di wilayah Yangon. Statistik dari Jabatan Kesihatan Mental Hospital Bach Mai pula mendapati 30 peratus rakyat Vietnam mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan mental dan separuh daripada mereka memerlukan rawatan. Di Kemboja, Kajian Vojvoda and Meas pada 2021 mendapati 58 peratus pelajar sekolah menengah mengalami sekurang-kurangnya satu isu kesihatan mental. Kajian Han di Brunei pada 2020, mendapati kira-kira 7,000 pesakit menerima rawatan penyakit mental, bilangan orang mengalami masalah kesihatan mental menyumbang 1.5 peratus daripada penduduk negara itu. Laporan Jabatan Kesihatan Filipina pada 2020, menunjukkan sekurang-kurangnya 3.6 juta rakyat negara itu mengalami sekurang-kurangnya satu jenis gangguan mental dan saraf. Pelbagai inisiatif atasi masalah Situasi ini boleh dianggap sebagai ‘panggilan kejut’ kepada negara ASEAN supaya memberi perhatian lebih khusus kepada kesihatan mental. Justeru, pelbagai inisiatif dilakukan antaranya Pelan Tindakan Kesihatan Mental WHO 2013-2030, Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2020 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersama ASEAN, Rangka Kerja Strategik ASEAN 2020 untuk Kecemasan Kesihatan Awam, Pelan Hala Tuju Kerjasama Kesihatan Mental ASEAN-Australia 2021, ASEAN Work Plan on Youth 2021-2025 dan ASEAN Youth Development Index (YDI) 2021. Di negara ini pula, pelbagai inisiatif mengatasi masalah kesihatan mental dilaksanakan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan dengan membangunkan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025, Pembangunan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia serta Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2020. Banyak lagi inisiatif kerajaan mencegah isu ini umpamanya Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI), Kempen Media Let’s TALK Minda Sihat serta Perkhidmatan e-Sokongan Psikolo gi. Berdasarkan laporan kajian Indeks Belia Malaysia (2021) oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), tahap kesejahteraan hidup belia secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana dengan skor pencapaian 69.79. Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya berkata, 1,708 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang tempoh Januari 2019 hingga Mei 2021 dengan fakta lebih membimbangkan adalah kebanyakan mangsa berumur 15 hingga 40 tahun. Justeru, antara langkah proaktif diambil adalah dengan melaksanakan program khusus kepada belia seperti Ujian Saringan Minda Sihat, Program Terapi Minda, kempen dan forum kesedaran, Klinik Psikologi dan Program Support Group. Bagi meningkat kesedaran belia, IYRES juga melaksanakan Kajian Pembangunan Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia dan Pelan Tindakan dan Garis Panduan Kesihatan Mental Belia dan kini, dalam perancangan untuk melaksanakan Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia peringkat ASEAN. Eksekutif Penyelidik, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) RABU, 21 SEPTEMBER 2022


7 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI UMK garis sembilan strategi penyelidikan komersial BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan sembilan strategi menerusi penubuhan pusat penyelidikan dan kecemerlangan dalam memberi fokus terhadap penyelidikan komersial di universiti itu. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Arham Abdullah berkata, inisiatif baharu itu dilakukan melalui Nine Strategic Innovation Initiatives (9SI2) yang diyakini mampu meningkatkan sumber pendapatan universiti. “Sembilan pusat itu termasuk Gold Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT), Angkasa UMK Research Academy (AURA), Innovation and Entrepreneur Incubation Centre (IEIC) dan Tropical Rainforest Research Centre (TRACE). “Usaha merangkumi teras sains teknologi, sains sosial, kemanusiaan dan kesenian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Sabtu. Menurutnya, penubuhan pusat kecemerlangan itu turut mengambil kira kerjasama golongan akademik, industri, kerajaan dan komuniti. GREAT ditubuhkan di UMK mampu jana pendapatan universiti. - Foto UMK “Kami didokong dengan penubuhan 4IR Competence Centre, Ruminant Innovation and Commercialization Hub (RICH), Pusat Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan (PEMIKIR), Jeli Food Farm Valley (JFFV) dan DAM Studio di bawah Quadruple Helix. “Penubuhan GREAT, IEIC, TRACE, JFFV sudah mula beroperasi dan berjaya menyumbang pendapatan kepada universiti,” katanya. Tambah Dr Arham, penubuhan GREAT antaranya bertujuan menjalankan analisis emas dan logam bumi yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat bawah kerajaan negeri Kelantan “GREAT berfungsi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan mineral dan emas di negeri Kelantan. “GREAT dapat membantu industri dan menjadi sebagai pusat sehenti bagi verifikasi kualiti emas di Malaysia,” katanya. SABTU, 28 JANUARI 2023 ADILA SHARINNI WAHID 28 JAN 2023 2:40 PM GREAT ditubuhkan di UMK mampu jana pendapatan universiti. - Foto UMK UMK garis sembilan strategi penyelidikan komersial


KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 8 tujuan bersifat kehendak. Contohnya untuk percutian, pelaburan dan simpanan. Perancangan kewangan dalam konteks ini memerlukan tabiat menyimpan konsisten, amanah dan tegas kepada kepatuhan untuk menyediakan agihan kewangan seperti ditetapkan. Tabiat kewangan yang baik akan memberi impak positif kepada kantung kewangan individu dan keluarga pada masa hadapan, selain boleh merealisasikan kehendak kewangan individu serta isi rumah seperti dirancang. Fasa seterusnya ialah penyediaan matlamat kewangan bersifat jangka panjang yang merujuk keperluan masa hadapan untuk satu tempoh melangkaui kitaran tahunan kewangan berbeza. Contohnya, menyediakan perancangan kewangan bagi tujuan persaraan dijangka bakal berlaku dalam tempoh 15 tahun lagi atau peruntukan bagi pendidikan anak melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi 10 tahun akan datang. Dalam aspek ini, perancangan kewangan untuk jangka masa panjang perlu dilaksana bagi membolehkan kehidupan berlangsung dengan sistematik. Jika hari ini kita mungkin belum mempunyai keluarga, sudah pasti perancangan kewangan untuk masa depan keluarga perlu dirancang bagi memberi kebahagiaan kewangan pada hari mendatang. Semak kewangan secara berkala Justeru, konsolidasi hutang atau liabiliti kewangan dihadapi juga perlu dinilai dan distruktur dengan sebaik mungkin. Hutang dengan jumlah kecil sebaiknya perlu dilangsaikan segera bersumberkan dana kewangan sedia ada. Hal ini penting bagi memberi keseimbangan positif kepada aliran tunai. Semakan kewangan secara berkala juga penting bagi memastikan peruntukan kewangan dibuat selari jumlah pendapatan diterima. Kesimpulannya, perancangan kewangan dirangka perlu selari anggaran pendapatan diperoleh supaya tidak berlaku renjatan kewangan apabila terjadi kemelesetan ekonomi atau berlaku pandemik. Perancangan kewangan bersifat holistik dengan mengambil kira pelbagai dimensi ekonomi berupaya mengelak masalah kemiskinan dan keberhutangan serta mencipta kehidupan lestari. Perancangan kewangan peribadi sebaiknya dilaksanakan lebih awal iaitu sebelum menyambut perayaan. Terdapat beberapa langkah boleh diambil bagi mengelak individu daripada tersasar menguruskan kewangan peribadi. Antara kunci utama yang perlu dititikberatkan ialah menetapkan matlamat yang boleh dilaksanakan melalui beberapa peringkat iaitu secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Penetapan matlamat kewangan strategik berupaya mengelak individu menghadapi tekanan kewangan selepas perayaan. Teliti keperluan kewangan Matlamat jangka pendek ialah meneliti keperluan kewangan dan liabiliti yang perlu diselesaikan segera tanpa penangguhan seperti bil elektrik, air, penyelenggaraan, rangkaian internet, telefon dan sewa rumah, ansuran bulan kenderaan dan kediaman. Bagi individu berkeluarga sudah pasti agihan kewangan untuk memenuhi matlamat jangka pendek lebih banyak apabila membabitkan kos terhadap anak dalam tanggungan seperti yuran taska, pengangkutan sekolah, transit dan sebagainya. Pada masa sama, peruntukan terhadap keperluan dana kewangan kecemasan juga perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku kekalutan dalam menghadapi situasi tidak dijangka. Peruntukan kewangan bagi memenuhi matlamat jangka pendek perlu dirangka dengan baik supaya tiada elemen tunggakan bayaran boleh merencatkan proses kehidupan seharian. Langkah seterusnya ialah menyediakan perancangan kewangan bermatlamat jangka sederhana yang boleh disifatkan sebagai keperluan kewangan untuk satu tempoh boleh dicapai bagi memenuhi Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Sambutan Aidilfitri kini memasuki minggu kedua dan seperti kebiasaan sebelum ini, umat Islam terutama di taman perumahan mengadakan rumah terbuka untuk meraikan perayaan bersama keluarga, saudara mara, jiran, rakan sekerja dan sahabat handai. Lazimnya perancangan untuk mengadakan rumah terbuka dibuat selepas menyambut Aidilfitri di kampung orang tua atau kediaman keluarga sama ada di desa atau bandar. Ketika hendak meraikan Aidilfitri, sudah tentu banyak wang dibelanjakan untuk membeli kelengkapan beraya terutama baju, kuih­muih selain duit raya untuk disedekahkan kepada keluarga, anak buah serta saudara terdekat. Bagaimanapun penggunaan kewangan sudah pasti berbeza mengikut kategori isi rumah, latar demografi serta status berkeluarga. Dalam hal ini, penilaian kewangan selepas menyambut perayaan amat penting bagi menstabilkan semula kedudukan kewangan peribadi demi meneruskan kesejahteraan hidup sekeluarga pasca beraya. Penilaian kewangan peribadi selepas meraikan musim perayaan boleh dilaksanakan secara kendiri bagi mengelak individu termasuk ke dalam kategori gagal melunaskan hutang bulanan. Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi, jumlah kebankrapan ditadbir hingga Februari 2023 ialah 268,744 kes. Sehubungan itu, setiap individu perlu merancang kewangan peribadi lestari bagi mengelak terperangkap dalam tunggakan hutang. Rencana 12 Rabu, 3 Mei 2023 Perancangan kewangan peribadi perlu konsisten, bermatlamat ● Penetapan matlamat dalam perancangan kewangan peribadi boleh dilaksanakan melalui beberapa peringkat iaitu secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang ● Perancangan kewangan dirangka perlu selari dengan anggaran pendapatan supaya tidak berlaku renjatan kewangan apabila terjadi kemelesetan ekonomi atau berlaku pandemik Pensyarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan Pada masa sama, peruntukan terhadap keperluan dana kewangan kecemasan juga perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku kekalutan dalam menghadapi situasi tidak dijangka RABU, 3 MEI 2023


9 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI PERSOALAN sejauh mana kemiskinan boleh dibasmi sepenuhnya perlu dijawab dengan memahami definisi kemiskinan terlebih dahulu. Kemiskinan diasaskan tiga perspektif berbeza, iaitu berasaskan perspektif kewangan (kemiskinan mutlak), perspektif kemanusiaan dan perspektif pelbagai dimensi. Bagaimanapun, tumpuan kita adalah perspektif kewangan merangkumi aspek kemampuan kewangan memperoleh keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian serta kualiti hidup baik. Kemampuan terbabit diukur berasaskan pendapatan isi rumah, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan kemudiannya menentukan sama ada seseorang dalam kategori miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan pendapatan per kapita RM310 sebulan atau miskin (pendapatan isi rumah antara RM1,170 hingga RM2,208 atau per kapita RM594 sebulan). Kita wajar melihat bagaimana China membasmi kemiskinan melalui pelaksanaan enam fasa dalam tempoh tujuh dekad, iaitu sebelum 1978 hingga 2020. Fasa pertama menumpukan pengagihan bantuan kecil untuk mengurangkan kemiskinan, manakala fasa kedua mempromosikan pengurangan kemiskinan melalui pertumbuhan ekonomi (1978-1985). Fasa ketiga usaha pembangunan besar-besaran (1986-1993); fasa keempat, penyertaan sosial (1994-2000); fasa kelima, pembangunan kampung (2001-2010) dan fasa keenam, membangunkan kawasan tertentu melalui usaha bersinergi (2011-2020). Natijahnya, jumlah kemiskinan di negara itu menurun dengan ketara, iaitu lebih 750 juta atau bersamaan dua daripada tiga populasi pada 1990 kepada 90 juta (2012) dan 7.2 juta (2016). Hakikatnya, usaha membasmi kemiskinan bukan saja berlaku pada zaman moden, bahkan dalam tradisi Islam, iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz yang memerintah selama dua tahun enam bulan tetapi berjaya membasmi miskin tegar. Banyak formula digunakan antaranya mengurangkan beban golongan peniaga atau usahawan dengan mentransformasikan sistem cukai dan membentuk ekosistem perniagaan lebih mesra hingga menghasilkan natijah berangkai seperti peningkatan pendapatan, membuka peluang pekerjaan serta berjaya membina masyarakat ‘kaya jiwanya’, iaitu tidak lagi meminta-minta. ‘Berikan joran, bukan ikan’ Rumusannya, retorik lazim kemiskinan, iaitu ‘berikan joran, bukannya ikan kepada orang miskin’ boleh direalisasikan dengan memperkasa ekosistem industri meliputi inklusiviti sosial, pendidikan dan ekonomi. Secara khususnya menumpukan pembinaan kapasiti dan modal insan komuniti miskin melalui pengetahuan praktikal terbaru, termasuk penyertaan dalam Latihan Teknikal dan Vokasional untuk meningkatkan keupayaan buruh daripada pekerja tidak mahir kepada pekerja separuh mahir. Dari perspektif basmi miskin tegar berasaskan aspek kewangan, usaha itu memerlukan inisiatif meningkatkan pendapatan isi rumah tetapi tetap perlu mempertimbangkan isi rumah berada di luar tenaga buruh seperti umur dan keadaan tidak produktif. Bagaimanapun, dengan mempertimbangkan 123,243 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan lebih 300,000 ahli isi rumah (tidak termasuk lebih 300,000 KIR miskin), usaha ini memerlukan keazaman dan komitmen sangat besar. Ini termasuk mempertimbangkan senario prestasi tenaga buruh yang menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 591,900 penganggur pada Februari 2023. Sebanyak 80.3 peratus adalah mereka bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif. Ia memberi isyarat tidak mudah memperoleh pekerjaan bagi kelompok menganggur meskipun pasaran buruh menunjukkan trend menaik. Oleh itu, pilihan seterusnya adalah mencipta pekerjaan baharu atau bekerja sendiri yang memerlukan ekosistem industri kondusif termasuk memberi perhatian kepada daya keusahawanan. Proses menambah pendapatan perlu memberi perhatian sama ada ‘pemberi dan penerima’ bersedia atau tidak. Pemberi ialah pihak terbabit dalam pengurusan kemiskinan seperti agensi dan industri, manakala bersedia bermakna mahu mengubah paradigma pengurusan kemiskinan sedia ada kepada yang baharu, iaitu daripada pendekatan atas-bawah kepada pendekatan ‘rakan-kongsi’. Ini termasuk berkongsi maklumat seperti pangkalan data dan usaha bersama dilakukan supaya semangat kolaborasi diteruskan dengan tindakan pengurusan kemiskinan lebih berimpak lestari. Harus diingatkan, penerima atau komuniti miskin perlu bersedia. Saya bertemu ramai individu miskin sentiasa bersungguh-sungguh untuk keluar daripada kemiskinan tetapi berhadapan banyak cabaran seperti peluang dan memerlukan nilai pandang hidup baharu. Mengambil kira senario ini, Malaysia memerlukan polisi pengurusan kemiskinan tersendiri untuk menoktahkan kemiskinan atau memasukkan agenda pengurusan kemiskinan dalam kesemua polisi. Apa diperlukan adalah meneruskan momentum dengan menggerakkan lebih banyak daya dan potensi pemegang taruh. Kita perlu memperkasa ekosistem industri dengan menyusun kembali gerak kerja dan pembabitan serius pihak industri serta masyarakat sivil kerana usaha itu bukan sahaja memerlukan keazaman politik, bahkan keazaman intelektual dan keazaman kolaborasi semua pemegang taruh. Penulis adalah Pengarah Institut penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan Malaysia memerlukan polisi pengurusan kemiskinan tersendiri untuk menoktahkan kemiskinan atau memasukkan agenda pengurusan kemiskinan dalam kesemua polisi. - Foto NSTP Malaysia perlu polisi tersendiri menoktahkan isu kemiskinan Oleh Prof Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail - Mei 8, 2023 @ 8:41am [email protected] RABU, 8 MEI 2023


KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 10 Jumaat, 12 Mei 2023 11 Komentar Umat Islam jangan abaikan aspek halal demi menu viral Usaha pertingkat tabungan hadapi kenaikan OPR Oleh Dr Syarifah Md Yusof [email protected] Industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion (RM500.4 bilion) pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Justeru, tidak hairan industri halal dalam negara semakin berkembang terutama dalam sektor penyediaan makanan dan p e rk h i d m at a n . Baru-baru ini terdapat pasar raya mengambil langkah berani apabila mengumumkan premisnya menghentikan penjualan minuman beralkohol bagi memenuhi keperluan sijil halal selepas mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim Premis Makanan. Berita ini amat mengujakan dan menggembirakan ramai pengguna terutama pengguna Muslim. Menurut standard halal MS1500:2019 Makanan Halal - Keperluan Umum, khamr iaitu arak tidak dibenarkan dihasilkan, dijual atau berada di premis mendapat sijil halal. Arak dan minuman beralkohol dikategorikan sebagai najis mutawassitah (najis pertengahan) seperti dinyatakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) dan dilarang sama sekali berada dalam premis. Malahan kedai makan menjual arak atau minuman beralkohol tidak layak sama sekali memohon sijil halal. Begitu juga halnya dengan produk makanan dan menu berasaskan babi juga tidak dibenarkan sama sekali dijual di kedai mempunyai sijil halal. Tindakan syarikat terbabit menghapuskan penjualan minuman beralkohol adalah untuk memberi keyakinan kepada pengguna supaya tidak berasa ragu mengenai status halal produk mereka. Pensijilan halal akan memberi keyakinan kepada pengguna mengenai status halal. Namun, ada kedai mengambil jalan mudah dengan mempamerkan ‘No Pork’ atau ‘No Lard’ ataupun ‘No alkohol’ di kedai mereka bagi menarik pelanggan Muslim. Soalnya, adakah memadai pengguna meletakkan keyakinan halal apabila kedai sekadar mempamerkan ‘No Pork’ atau ‘No Lard’ ataupun ‘No alkohol’ di kedai mereka? Cukupkah sekadar melihat ada pekerja kedai memakai tudung, lalu dianggap makanan disajikan adalah halal? Berhati-hati memilih makanan Masih perlukah lagi sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedangkan pihak kedai membuat pengakuan tiadanya alkohol atau babi disajikan? Atau oleh kerana terdapat pekerja memakai tudung atau ramai pelanggan Muslim di kedai dijadikan sandaran makanan di kedai itu halal. Oleh itu, sikap berhati-hati memilih makanan halal menjadi semakin penting kerana pada masa kini kedai makan viral dan berasaskan produk daripada luar negara khususnya negara bukan Islam semakin mendapat tempat di hati pengguna tempatan termasuk Muslim, khasnya premis menyajikan menu dari negara blok Asia Timur. Status halal menu makanan berasal dari negara terbabit boleh diragukan dan boleh ‘j at u h ’ dalam status syubhah sekiranya tiada logo halal diiktiraf, malah boleh jadi haram sekiranya mengandungi arak atau bersumberkan daripada babi. Selain itu, kedai bakeri dan pastri milik pasar raya terkenal juga perlu diteliti status halalnya kerana terdapat kedai bakeri tidak memiliki sijil halal. Bahan ramuan dalam pembuatan roti, kek dan pastri juga sangat kritikal kerana ia boleh bersumberkan daripada sumber tidak halal. Hakikatnya, kedai sebegini tidak memberi jaminan ia benar-benar halal. Namun, realitinya, terdapat pengguna Islam makan di kedai sebegini. Ia meragukan dan boleh termasuk dalam kategori ‘syu - bhah’ kerana tidak pasti apakah makanan dalam keseluruhan kedai dikendalikan mengikut hukum syarak dan tidak mengandungi ramuan haram. Dalam hal ini, terdapat hadis menyarankan umat Islam meninggalkan perkara ‘syubhah’ atau diragui dan mengambil apa yang jelas halal serta menjauhi apa juga yang jelas haram. Oleh itu, pengguna Muslim wajar berhati-hati memilih kedai makan dan apa yang dimakan kerana makanan akan menjadi darah daging seseorang serta memberi kesan kepada hati dan jiwa seseorang. Felo Penyelidik Institut Pengurusan Halal (IHM) dan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Pada 3 Mei lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus kepada 3.0 peratus. Perubahan berlaku dalam kadar OPR adalah antara mekanisme bagi menggalakkan kestabilan dasar monetori bagi mencapai kemampanan ekonomi serta mengelakkan inflasi. Dalam hal ini, pengguna perlu mengambil inisiatif dan langkah penyesuaian kewangan dalam menghadapi situasi berlaku. Pengguna tidak perlu panik, tetapi perlu berhadapan dengan keadaan ini dengan penuh berhikmah. Bagi menghadapi keadaan ini, pengguna perlu bijak mengambil tindakan mengubah keputusan kewangan daripada membuat pinjaman dengan institusi kewangan kepada menambahkan simpanan atau pelaburan dalam institusi kewangan terpilih. Hal ini kerana kenaikan kadar OPR memberi kesan positif kepada aktiviti simpanan dan pelaburan dilaksanakan pengguna. Secara langsung, pengguna akan menikmati kadar pulangan lebih baik daripada sebelum ini. Bagi menangani kenaikan OPR secara lebih kondusif, pengguna boleh mengambil inisiatif terhadap beberapa tindakan kewangan dengan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu. Pengguna perlu memastikan objektif perbelanjaan ditetapkan dengan mendahului keperluan diri dan isi rumah bagi memastikan kehidupan diteruskan seperti sedia kala. Pada masa sama, pengguna perlu menghentikan tindakan kewangan bersifat memenuhi nafsu kehendak semata-mata. ‘Berbelanja bagi memenuhi ke h e n d a k ’ perlu ditangguhkan bagi memastikan kantung kewangan benar-benar memberi nilai kepada pembelian barangan dibeli. Urus kewangan ikut bajet ditetapkan Manfaat ke atas barangan dibeli perlu dinikmati untuk jangka panjang dan bukan bersifat menonjolkan kemegahan peribadi semata-mata dan bersifat penggunaan jangka pendek. Dalam hal ini, perkara penting perlu dikawal pengguna ialah mengelakkan daripada terpengaruh dengan memenuhi gaya hidup terutama dipaparkan media sosial. Sebaliknya pengguna perlu memastikan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga perlu diuruskan dengan menepati bajet d i t e t ap k a n . Perlu disedari pengguna, sekarang adalah masa untuk ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebag ai cara ‘muhasabah kewangan peribadi’ dalam menguruskan kewangan dan sumber secara lebih realistik dan sistematik. Pengguna perlu memastikan pendapatan diperoleh berupaya menampung perbelanjaan perlu dilaksanakan daripada masa ke semasa. Paling penting, elakkan kantung kewangan daripada berada dalam keadaan defisit, iaitu perbelanjaan melebihi p e n d ap at a n . Dalam situasi kenaikan OPR ini, pengguna disarankan tidak membuat atau melaksanakan hutang baharu, sebaliknya, digalakkan menguruskan hutang sedia ada dengan lebih komited, menepati tempoh bayaran ditetapkan serta disiplin dalam pembayaran dilaksanakan. Tindakan ini adalah lebih baik daripada menambah bebanan hutang yang boleh memberi implikasi negatif bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan turut menggugat kuasa beli dan ekonomi keluarga. Namun, kenaikan kadar OPR boleh dilihat daripada pelbagai sudut positif dengan mengambil langkah untuk meningkatkan tabungan atau simpanan di institusi kewangan. Aktiviti simpanan boleh menjadi benteng penampan dalam menghadapi keruncingan sumber kewangan pada masa hadapan. Pengguna harus mengambil kesempatan sewajarnya dengan kenaikan kadar OPR untuk menambahkan simpanan dalam konteks tabungan kecemasan, simpanan pendidikan untuk anak, simpanan berbentuk pelaburan yang memberi makna untuk kelangsungan masa hadapan lebih sejahtera. Pensyarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan Sikap berhati-hati pilih makanan halal semakin penting kerana pada masa kini kedai makan viral dan berasaskan produk luar negara mendapat tempat di hati pengguna tempatan Jumaat, 12 Mei 2023 termasuk Muslim 11 Komentar Umat Islam jangan abaikan aspek halal demi menu viral Usaha pertingkat tabungan hadapi kenaikan OPR Oleh Dr Syarifah Md Yusof [email protected] Industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion (RM500.4 bilion) pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Justeru, tidak hairan industri halal dalam negara semakin berkembang terutama dalam sektor penyediaan makanan dan p e rk h i d m at a n . Baru-baru ini terdapat pasar raya mengambil langkah berani apabila mengumumkan premisnya menghentikan penjualan minuman beralkohol bagi memenuhi keperluan sijil halal selepas mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim Premis Makanan. Berita ini amat mengujakan dan menggembirakan ramai pengguna terutama pengguna Muslim. Menurut standard halal MS1500:2019 Makanan Halal - Keperluan Umum, khamr iaitu arak tidak dibenarkan dihasilkan, dijual atau berada di premis mendapat sijil halal. Arak dan minuman beralkohol dikategorikan sebagai najis mutawassitah (najis pertengahan) seperti dinyatakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) dan dilarang sama sekali berada dalam premis. Malahan kedai makan menjual arak atau minuman beralkohol tidak layak sama sekali memohon sijil halal. Begitu juga halnya dengan produk makanan dan menu berasaskan babi juga tidak dibenarkan sama sekali dijual di kedai mempunyai sijil halal. Tindakan syarikat terbabit menghapuskan penjualan minuman beralkohol adalah untuk memberi keyakinan kepada pengguna supaya tidak berasa ragu mengenai status halal produk mereka. Pensijilan halal akan memberi keyakinan kepada pengguna mengenai status halal. Namun, ada kedai mengambil jalan mudah dengan mempamerkan ‘No Pork’ atau ‘No Lard’ ataupun ‘No alkohol’ di kedai mereka bagi menarik pelanggan Muslim. Soalnya, adakah memadai pengguna meletakkan keyakinan halal apabila kedai sekadar mempamerkan ‘No Pork’ atau ‘No Lard’ ataupun ‘No alkohol’ di kedai mereka? Cukupkah sekadar melihat ada pekerja kedai memakai tudung, lalu dianggap makanan disajikan adalah halal? Berhati-hati memilih makanan Masih perlukah lagi sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedangkan pihak kedai membuat pengakuan tiadanya alkohol atau babi disajikan? Atau oleh kerana terdapat pekerja memakai tudung atau ramai pelanggan Muslim di kedai dijadikan sandaran makanan di kedai itu halal. Oleh itu, sikap berhati-hati memilih makanan halal menjadi semakin penting kerana pada masa kini kedai makan viral dan berasaskan produk daripada luar negara khususnya negara bukan Islam semakin mendapat tempat di hati pengguna tempatan termasuk Muslim, khasnya premis menyajikan menu dari negara blok Asia Timur. Status halal menu makanan berasal dari negara terbabit boleh diragukan dan boleh ‘j at u h ’ dalam status syubhah sekiranya tiada logo halal diiktiraf, malah boleh jadi haram sekiranya mengandungi arak atau bersumberkan daripada babi. Selain itu, kedai bakeri dan pastri milik pasar raya terkenal juga perlu diteliti status halalnya kerana terdapat kedai bakeri tidak memiliki sijil halal. Bahan ramuan dalam pembuatan roti, kek dan pastri juga sangat kritikal kerana ia boleh bersumberkan daripada sumber tidak halal. Hakikatnya, kedai sebegini tidak memberi jaminan ia benar-benar halal. Namun, realitinya, terdapat pengguna Islam makan di kedai sebegini. Ia meragukan dan boleh termasuk dalam kategori ‘syu - bhah’ kerana tidak pasti apakah makanan dalam keseluruhan kedai dikendalikan mengikut hukum syarak dan tidak mengandungi ramuan haram. Dalam hal ini, terdapat hadis menyarankan umat Islam meninggalkan perkara ‘syubhah’ atau diragui dan mengambil apa yang jelas halal serta menjauhi apa juga yang jelas haram. Oleh itu, pengguna Muslim wajar berhati-hati memilih kedai makan dan apa yang dimakan kerana makanan akan menjadi darah daging seseorang serta memberi kesan kepada hati dan jiwa seseorang. Felo Penyelidik Institut Pengurusan Halal (IHM) dan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia Oleh Prof Madya Dr Azwan Abdullah [email protected] Pada 3 Mei lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus kepada 3.0 peratus. Perubahan berlaku dalam kadar OPR adalah antara mekanisme bagi menggalakkan kestabilan dasar monetori bagi mencapai kemampanan ekonomi serta mengelakkan inflasi. Dalam hal ini, pengguna perlu mengambil inisiatif dan langkah penyesuaian kewangan dalam menghadapi situasi berlaku. Pengguna tidak perlu panik, tetapi perlu berhadapan dengan keadaan ini dengan penuh berhikmah. Bagi menghadapi keadaan ini, pengguna perlu bijak mengambil tindakan mengubah keputusan kewangan daripada membuat pinjaman dengan institusi kewangan kepada menambahkan simpanan atau pelaburan dalam institusi kewangan terpilih. Hal ini kerana kenaikan kadar OPR memberi kesan positif kepada aktiviti simpanan dan pelaburan dilaksanakan pengguna. Secara langsung, pengguna akan menikmati kadar pulangan lebih baik daripada sebelum ini. Bagi menangani kenaikan OPR secara lebih kondusif, pengguna boleh mengambil inisiatif terhadap beberapa tindakan kewangan dengan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu. Pengguna perlu memastikan objektif perbelanjaan ditetapkan dengan mendahului keperluan diri dan isi rumah bagi memastikan kehidupan diteruskan seperti sedia kala. Pada masa sama, pengguna perlu menghentikan tindakan kewangan bersifat memenuhi nafsu kehendak semata-mata. ‘Berbelanja bagi memenuhi ke h e n d a k ’ perlu ditangguhkan bagi memastikan kantung kewangan benar-benar memberi nilai kepada pembelian barangan dibeli. Urus kewangan ikut bajet ditetapkan Manfaat ke atas barangan dibeli perlu dinikmati untuk jangka panjang dan bukan bersifat menonjolkan kemegahan peribadi semata-mata dan bersifat penggunaan jangka pendek. Dalam hal ini, perkara penting perlu dikawal pengguna ialah mengelakkan daripada terpengaruh dengan memenuhi gaya hidup terutama dipaparkan media sosial. Sebaliknya pengguna perlu memastikan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga perlu diuruskan dengan menepati bajet d i t e t ap k a n . Perlu disedari pengguna, sekarang adalah masa untuk ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebag ai cara ‘muhasabah kewangan peribadi’ dalam menguruskan kewangan dan sumber secara lebih realistik dan sistematik. Pengguna perlu memastikan pendapatan diperoleh berupaya menampung perbelanjaan perlu dilaksanakan daripada masa ke semasa. Paling penting, elakkan kantung kewangan daripada berada dalam keadaan defisit, iaitu perbelanjaan melebihi p e n d ap at a n . Dalam situasi kenaikan OPR ini, pengguna disarankan tidak membuat atau melaksanakan hutang baharu, sebaliknya, digalakkan menguruskan hutang sedia ada dengan lebih komited, menepati tempoh bayaran ditetapkan serta disiplin dalam pembayaran dilaksanakan. Tindakan ini adalah lebih baik daripada menambah bebanan hutang yang boleh memberi implikasi negatif bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan turut menggugat kuasa beli dan ekonomi keluarga. Namun, kenaikan kadar OPR boleh dilihat daripada pelbagai sudut positif dengan mengambil langkah untuk meningkatkan tabungan atau simpanan di institusi kewangan. Aktiviti simpanan boleh menjadi benteng penampan dalam menghadapi keruncingan sumber kewangan pada masa hadapan. Pengguna harus mengambil kesempatan sewajarnya dengan kenaikan kadar OPR untuk menambahkan simpanan dalam konteks tabungan kecemasan, simpanan pendidikan untuk anak, simpanan berbentuk pelaburan yang memberi makna untuk kelangsungan masa hadapan lebih sejahtera. Pensyarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan Sikap berhati-hati pilih makanan halal semakin penting kerana pada masa kini kedai makan viral dan berasaskan produk luar negara mendapat tempat di hati pengguna tempatan termasuk Muslim JUMAAT, 12 MEI 2023


11 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI UMK kongsi kepakaran antarabangsa dengan universiti Jordan KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meluaskan perkongsian kepakaran bidang akademik melalui menjalinkan kerjasama penyelidikan antarabangsa dengan Jordan University Science and Technology (Just). Naib Canselor UMK, Datuk Profesor Dr Razli Che Razak berkata, kerjasama dilaksanakan menerusi pelaksanaan projek Matching Grants Malaysia-Jordan. “Projek ini ialah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia dan Education Malaysia Jordan. “Perlaksanaannya akan menjadi pemangkin usaha perkongsian kepakaran dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Presiden Just, Prof Khalid I El-Salem. Majlis disaksikan oleh Duta Malaysia di Jordan, Tuan Yang Terutama Mohamad Nasri Abdul Rahman. Turut hadir, Kaunselor Pendidikan Kedutaan Malaysia, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid. Menurut Razli, jumlah permohonan geran yang diterima Just sebanyak 566 dan universiti itu hanya memilih 29 projek untuk kerjasama berkenaan. “Sebanyak empat projek penyelidikan tersebut adalah daripada UMK. “Matching Grants ini juga akan menyokong projek penyelidikan kolaboratif dengan pihak luar, seperti institusi antarabangsa yang boleh menyediakan kepakaran, sumber atau rangkaian pelengkap untuk projek penyelidikan,” ujar beliau. Tambahnya, kerjasama itu juga akan merangsang pelaburan luar dan dapat mempromosikan UMK di persada antarabangsa. ƒœŽ‹†—†—ȋ‹”‹Ȍ†ƒŠƒŽ‹†ȋƒƒȌ‡ƒ†ƒ–ƒ‰ƒ‹‘„ƒ‰‹‡†—ƒǦ†—ƒ—‹˜‡”•‹–‹ǤǦ ‘–‘       ͳ͹ffiʹͲʹ͵ͳͲǣͶͳ  Ǧ ‹˜‡”•‹–‹ƒŽƒ›•‹ƒ‡Žƒ–ƒȋȌ‡Ž—ƒ•ƒ’‡”‘‰•‹ƒ‡’ƒƒ”ƒ„‹†ƒ‰ ƒƒ†‡‹‡ŽƒŽ—‹‡ŒƒŽ‹ƒ‡”Œƒ•ƒƒ’‡›‡Ž‹†‹ƒƒ–ƒ”ƒ„ƒ‰•ƒ†‡‰ƒ ‘”†ƒ‹˜‡”•‹–› …‹‡…‡ƒ†‡…А‘Ž‘‰›ȋ —•–ȌǤ ƒ‹„ƒ•‡Ž‘”ǡƒ–—”‘ˆ‡•‘””ƒœŽ‹Їƒœƒ„‡”ƒ–ƒǡ ‡”Œƒ•ƒƒ†‹Žƒ•ƒƒƒ‡‡”—•‹’‡Žƒ•ƒƒƒ’”‘Œ‡ƒ–…Š‹‰”ƒ–•ƒŽƒ›•‹ƒǦ ‘”†ƒǤ ̶”‘Œ‡‹‹‹ƒŽƒŠ‹‹•‹ƒ–‹ˆ†ƒ”‹’ƒ†ƒ‡‡–‡”‹ƒ‡†‹†‹ƒ‹‰‰‹ǡƒŽƒ›•‹ƒ†ƒ†—…ƒ–‹‘ ƒŽƒ›•‹ƒ ‘”†ƒǤ ̶‡”Žƒ•ƒƒƒ›ƒƒƒ‡Œƒ†‹’‡ƒ‰‹—•ƒŠƒ’‡”‘‰•‹ƒ‡’ƒƒ”ƒ†ƒ’‡›‡Ž‹†‹ƒ›ƒ‰ ‡„‡”‹ƒˆƒƒ–‡’ƒ†ƒ‡†—ƒǦ†—ƒ’‹Šƒǡ̶ƒ–ƒ›ƒ•‡Ž‡’ƒ•‡ƒ†ƒ–ƒ‰ƒ‹‡‘”ƒ†— ‡”ŒƒŒ‹ƒȋ‘Ȍ†‡‰ƒ”‡•‹†‡ —•–ǡ”‘ˆŠƒŽ‹† ŽǦƒŽ‡ ƒŒŽ‹•†‹•ƒ•‹ƒ‘އŠ—–ƒƒŽƒ›•‹ƒ†‹ ‘”†ƒǡ—ƒffiƒ‰‡”—–ƒƒ‘Šƒƒ†ƒ•”‹„†—Ž ƒŠƒǤ —”—–Šƒ†‹”ǡƒ—•‡Ž‘”‡†‹†‹ƒ‡†—–ƒƒƒŽƒ›•‹ƒǡ”‘ˆƒ†›ƒ”ƒ†œ—™ƒ„ ƒ•Š‹†Ǥ ‡—”—–ƒœŽ‹ǡŒ—ŽƒŠ’‡”‘Š‘ƒ‰‡”ƒ›ƒ‰†‹–‡”‹ƒ —•–•‡„ƒ›ƒͷ͸͸†ƒ—‹˜‡”•‹–‹ ‹–—Šƒ›ƒ‡‹Ž‹Šʹͻ’”‘Œ‡—–—‡”Œƒ•ƒƒ„‡”‡ƒƒǤ ̶‡„ƒ›ƒ‡’ƒ–’”‘Œ‡’‡›‡Ž‹†‹ƒ–‡”•‡„—–ƒ†ƒŽƒŠ†ƒ”‹’ƒ†ƒǤ ̶ƒ–…Š‹‰”ƒ–•‹‹Œ—‰ƒƒƒ‡›‘‘‰’”‘Œ‡’‡›‡Ž‹†‹ƒ‘Žƒ„‘”ƒ–‹ˆ†‡‰ƒ’‹ŠƒŽ—ƒ”ǡ •‡’‡”–‹‹•–‹–—•‹ƒ–ƒ”ƒ„ƒ‰•ƒ›ƒ‰„‘އŠ‡›‡†‹ƒƒ‡’ƒƒ”ƒǡ•—„‡”ƒ–ƒ—”ƒ‰ƒ‹ƒ ’‡Ž‡‰ƒ’—–—’”‘Œ‡’‡›‡Ž‹†‹ƒǡ̶—Œƒ”„‡Ž‹ƒ—Ǥ ƒ„ƒŠ›ƒǡ‡”Œƒ•ƒƒ‹–—Œ—‰ƒƒƒ‡”ƒ‰•ƒ‰’‡Žƒ„—”ƒŽ—ƒ”†ƒ†ƒ’ƒ–‡’”‘‘•‹ƒ †‹’‡”•ƒ†ƒƒ–ƒ”ƒ„ƒ‰•ƒǤ Razli duduk (kiri) dan Khalid (kanan) menandatangani MoA bagi keduadua universiti. - Foto UMK ADILA SHARINNI WAHID 17 MAY 2023 10:41 AM RABU, 17 MEI 2023


KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI 12 SELASA, 30 MEI 2023


13 KERATAN AKHBAR PEJABAT TNCPI KHAMIS, 22 JUN 2023


Click to View FlipBook Version