The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bidang perkembangan adalah seperti berikut;

i. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
ii. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi
iii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
iv. Perkembangan Deria dan Pemahaman Persekitaran
v. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
vi. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Bidang asuhan adalah seperti berikut

i. Keselamatan kanak-kanak
ii. Pemakanan semimbang
iii. Amalan pengasuhan
iv. Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak

- RUMUSAN INDIVIDU.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatin2524, 2021-10-23 11:23:44

BIDANG PERKEMBANGAN DAN ASUHAN.

Bidang perkembangan adalah seperti berikut;

i. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
ii. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi
iii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
iv. Perkembangan Deria dan Pemahaman Persekitaran
v. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
vi. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Bidang asuhan adalah seperti berikut

i. Keselamatan kanak-kanak
ii. Pemakanan semimbang
iii. Amalan pengasuhan
iv. Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak

- RUMUSAN INDIVIDU.

Keywords: TUGASAN KAQ1023,E-BOOK,RUMUSAN

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KAQ 1023

FALSAFAH, PENDEKATAN DAN
KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA

BIDANG PERKEMBANGAN DAN BIDANG ASUHAN

NAMA PUAN IYLIA BINTI MOHAMAD
PENSYARAH

NAMA AHLI 1. WAFIN NABILAHUDA BINTI ZAINAL ABIDIN
(E20211029112)

2. SYAFIQAH ADAWIYAH BINTI JUMRI
(E20211029084)

3. FATIN RABI’ATUL ‘ADAWIYAH BINTI ZAINOL ABIDIN
(E20211029111)

4. NUR AUNI AFIQAH BINTI NORAZAM
(E20211029107)

ISI KANDUNGAN

BIDANG PERKEMBANGAN : MUKA
i. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian. SURAT

ii. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi. 3-4
4-7
iii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran 8-11
Logik. 12-13
14-16
iv. Perkembangan Deria dan Pemahaman Persekitaran 16-17

v. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor 18
19-21
vi. Perkembangan Kreativiti dan Estetika 21-23
23-26
BIDANG ASUHAN
i. Keselamatan kanak-kanak 27
28
ii. Pemakanan seimbang 29

iii. Amalan pengasuhan 30
31
iv. Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak
 RUMUSAN INDIVIDU

- WAFIN NABILAHUDA BINTI ZAINAL ABIDIN

- SYAFIQAH ADAWIYAH BINTI JUMRI
- FATIN RABI’ATUL ‘ADAWIYAH BINTI ZAINOL

ABIDIN
- NUR AUNI AFIQAH BINTI NORAZAM

 RUJUKAN

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Defini sahsiah

 Sahsiah bermaksud keperibadian. Sahsiah adalah ciri ciri dalaman
seseorang yang unik dan boleh dizahirkan dalam bentuk tingkah laku dan
cara berfikir

Definisi sosioemosi

 Emosi yang wujud dalam hubungan social dengan orang lain. Ia wujud
kerana ada kesedaran social dalam diri seseorang individu.

Definisi kerohaniam

 Pemupukan nilai murni keagamaan dalam diri individu untuk membina
kekuatan dalaman. Ia merangkumi aspek seperti keyakinan kepada tuhan,
kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa Nurani, penghayatan nilai
murni dan norma masyarakat, beretika dan bermoral tinggi dan pekerti
mulia. Rohani setiap individu merupakan penentu moral social
masyarakat itu dan penetapan undang undang

CONTOH AKTIVITI PERKEMBANGAN SAHSIAH SOSIOEMOSI DAN
NILAI KEROHANIAN

0-6 bulan  Belailah saya
6-12 bulan  Pandanglah saya
1-2 tahun  Mari bergolek
2-3 tahun  Saya Berjaya
3-4 tahun  Saya mahu dibelai

 Nama saya
 Tangan saya wangi
 Potretku
 saya comel
 keluarga saya
 rumah saya
 cantiknya saya
 anggota badan saya
 saying diri sendiri

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SAHSIAH,
EMOSI DAN SOSIAL KANAK KANAK

1. FAKTOR KETURUNAN
Baka merujuk kepada ciri biologi atau gen yang diturunkan melalui ibu
bapa kepada anak anak.

2. FAKTOR PERSEKITARAN
 Keluarga
 Rakan sebaya
 Guru dan sekolah
 Status sosio ekonomi
 Pusat ibadah
 Pengaruh media
 Sumber teknologi
 Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat

KEPENTINGAN PERKHIDMATAN ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK KANAK

 Membina kebolehan mengawal perasaan, tingkahlaku dan mematuhi arahan
 Membina hubungan baik dengan orang dewasa dan rakan sebaya
 Menyedari akibat perkataan dan tindakkannya terhadap diri sendiri dan orang

lain

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI

Definisi Bahasa
 Satu sistem bunyi, perkataan dan bentu, atau struktur ayat yang digunakan
manusia untuk berkomunikasi

Definisi komunikasi
 Satu bentuk hubungan untuk menyampaikan maklumat
 2 bentuk komunikasi (lisan dan bukan lisan)

Definisi literasi awal
 Kebolehan awal membaca dan menulis, celik huruf

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

 FAKTOR YANG MENGGALAKKAN
1. Berinteraksi dengan kanak kanak
2. Persekitaran keluarga
3. Interaksi dalam keluarga

 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
1)FONOLOGI -bunyi Bahasa
2)SEMANTIK -faham makna perkataan
3)PERCAKAPAN KANAK KANAK (MOTHERESA)
- motheresa ialah cara percakapan ibu mengikut cara sebutan
- pertuturan bernada tinggi, ayat pendek, berulang ulang

 TEORI BEHAVIORISME
1. PELAPOR
(skinner)
2. PENDAPAT
-kanak kanak belajar Bahasa melalui peniruan dan pengukuhan.
-kanak kanak akan meniru Bahasa yang didengar dari persekitaran
mereka

 TEORI NATIVIS
1. PELAPOR
(naon Chomsky 1957)
2. PENDAPAT
-setiap kanak kanak dilahirkan mempunyai keupayaan berbahasa
secara semulajadi yang dikenali sebagai LAD (language acquisition
device)

TEORI PERKEMBANGAN LITERASI KANAK KANAK

 KONSEP
Keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan Bahasa
untuk membaca mnulis mendengar dan bertutur

 KEPENTINGAN LITERASI
- 0-6 usia kritikal kanak kanak jika tiada pendedahan literasi akan
menimbulkan kesukaran belajar Bahasa pada usia selanjutnya
- Bagi mengatasi masalah buta huruf dan melahirkan masyarakat minat
membaca
- Menurut Fisher, Food & Lapp (1999) penceritaan yang baik dapat
membantu kanak kanak dalam memberi cabaran intelek mereka.
- Cullinan 1987 apabila guru bercerita, ia dapat membantu kanak kanak
kembangkan perhubungan ataupun ikatan mereka dengan buku.

PERKEMBANGAN LITERASI AWAL KANAK KANAK

0-6 bulan  Boleh mengeluarkan bunyi ‘oooh’ ‘aahhhh’ untuk

6-12 bulan komunikasi
1-2 tahun  Mengeluarkan bunyi huruf ‘m’, ‘b’
2-3 tahun  Menggabungkan bunyi vowel dan konsonan
3-4 tahun
4+ tahun ‘bababab’ dan ‘dadada’

 Mengeluarkan suku kata bila rasa gembira
 Faham apabila kata ‘tidak boleh’
 Menjerit untuk perhatian
 Meniru bunyi yang didengar

 Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas
 Boleh menyebut perkataan biasa didengar
 Kenali orang dengan nama

 Boleh menyebut 5-6 patah perkataan
 Boleh memahami sehingga 50 patah perkataan
 Faham dan patuhi peraturan
 Berminat untuk berbual

 Percakapan lebih jelas
 Boleh menjawab soalan dengan mudah
 Suka membelek buku
 Kenal dan tahu abjad

 Mengaitkan bentukhuruf dengan objek
 Awal bacaan
 Menamakan huruf abjad
 Mengaitkan huruf abjad

KEMAHIRAN LITERASI AWAL

1) KEMAHIRAN AWAL TULISAN

Latihan pratulis
-latihan pergerakan tangan
-latihan pergerakan mata mengikut tangan
-latihan koordinasi tangan dan mata
-kertas kosong kepada kertas bergaris
-pensil besar kepada pensil kecil

2) KEMAHIRAN AWAL BACAAN

-aktiviti berterusan ‘shared reading’
-perkenalkan nombor, huruf, warna, bentuk,
-menyediakan peluang & pengalaman seronok semasa membaca

3) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

-asas kepada membaca membaca dan menulis
-hubungan mesra dan kasih sayangserta peluang interaksi
-galakan mendengar dan mengajuk bunyi
-elak bercakap pelat

LITERASI AWAL

PEMILIHAN BUKU
- Buku bersesuaian umur kanak kanak
- Etika mengendalikan buku & cara penggunaan buku
- Persekitaran menggalakkan perkembangan literasi
- Memupuk minat membaca
- Ruang membaca

KAEDAH DAN TEKNIK BERCERITA

- Faedah bercerita
- Aspek penting dalam bercerita
- Kaedah digunakan
- Bercerita guna buku
- ‘shared reading’

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

I. Maksud Awal Matematik

 Matematik adalah mengenai kuantiti.

 Awal matematik bermaksud pengetahuan tentang konsep asas yang diperlukan
untuk mengira,menganggar,mengukur dan geometri,algebra dan dan
sebagainya.

II. Maksud Pemikiran Logik

 Pemikiran logik ialah pemikiran yang berasaskan penaakulan atau bukti
konkrit yang boleh dilihat atau boleh diterima akal(make sense)

 Contoh:
a. Kasut basah kerana terpijak air
b. Kita boleh melihat apabila ada cahaya
c. Daun-daun bergoyang sebab ada angin

 Logik dikaitkan dengan perhubungan ‘sebab dan akibat’,’sebab dan kesan’ dan
perkara-perkara yang boleh dibuktikan.

Membina Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik

I. Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik boleh dibina melalui latihan
mudah atau permainan.

 Contoh latihan atau aktiviti:
 Pengasuh bertanya kepada anak-anak,
“Apakah yang kita boleh buat dengan kertas?”
“Apakah yang bulat?”
“Apakah gunanya telinga?”

Teori Pembelajaran berkaitan dengan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

-Teori Piaget dan Vygotsky

Piaget mengemukakan Teori Konstruktivisme yang mengatakan bahawa kanak-kanak
membina pemahaman (struktur mindanya) melalui pengalaman pembelajaran yang
aktif seperti:

 Penerokaan
 Eksperimen
 Manipulasi objek

Teori Konstruktivisme Piaget

Menurut Piaget, ilmu pengetahuan kanak-kanak terbahagi kepada tiga jenis:

1. Pengetahuan Fizikal
 Ciri objek

2. Pengetahuan Sosial
 Menentukan tingkah laku dalam pelbagai situasi

3. Pengetahuan Logik dan Matematik
 Perkaitan antara objek

Pembelajaran Awal Matematik mengikut Teori Konstruktivisme Piaget

Menurut Piaget, kanak-kanak membina penaakulan dalam mindanya melalui dua
peringkat:

1. Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun)

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

Pembelajaran Awal Matematik mengikut Teori Konstruktivisme Piaget

Menurut Piaget, perkembangan Pemikiran Logik kanak-kanak berlaku seperti berikut:

 Peringkat Pra Logik (1-2 tahun)
Contohnya, meneka bunyi objek dalam kotak.

 Peringkat Asas Awal Logik (2-3 tahun)
Contohnya, melengkapkan puzzle.

 Peringkat Awal Logik (3-4 tahun)
Contohnya,aktiviti seriasi

Pembelajaran Awal Matematik mengikut Teori Sosio Budaya Vygotsky

Jika kanak-kanak dapat berinteraksi dengan orang lain, kanak-kanak akan dapat:

 Membina struktur mental dengan lebih baik.
 Memahami konsep dengan lebih cepat.

Pembelajaran Awal Matematik mengikut Teori Sosio Budaya Vygotsky

Jika kanak-kanak dapat berinteraksi dengan orang lain, kanak-kanak akan dapat:

 Membina struktur mental dengan lebih baik.
 Memahami konsep dengan lebih cepat.

Oleh itu, Vygotsky mencadangkan bahawa perlu ada “scaffolding” untuk membantu
mempercepatkan pembelajaran kanak-kanak.Scaffolding dalam zon perkembangan
terdekat kanak-kanak akan meningkatkan pencapaian kanak-kanak dengan lebih
berkesan dan kukuh.

Tahap Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

1. Umur: 0-12 bulan
a) Kebolehan: Melihat mengikut arah objek yang bergerak.
b) Contoh: Bayi pandang ke arah bunyi kerincing.
2. Umur: 1-2 tahun
a) Kebolehan: Boleh menghubungkan antara dua objek.
b) Contoh: Apabila di beri sudu, kanak-kanak akan menyuap ke mulutnya.
3. Umur: 2-3 tahun
a) Kebolehan: Boleh mengenal saiz dan bentuk.
b) Contoh: Kanak-kanak memadankan bentuk blok-blok yang sama.
4. Umur: 3-4 tahun
a) Kebolehan: Boleh mengenali kuantiti banyak dan sedikit.
b) Contoh: Kanak-kanak membezakan kuantiti blok yang banyak dengan blok yang

sedikit.
5. Umur: 4+ tahun
a) Kebolehan: Boleh mengira 1 hingga 5.
b) Contoh: Kanak-kanak memadankan bilangan bahan dengan simbolnya seperti 5

botol air dengan angka 5

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN PERSEKITARAN

I. Definisi Dunia Persekitaran

 Dunia persekitaran bermaksud kesemua keadaan atau situasi yang terdapat
disekeliling kanak-kanak.Keadaan dan situasi ini termasuklah aspek fizikal
atau eksternal yang terdiri daripada manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan
segala bentuk elemen serta kejadian semulajadi yang terdapat di dunia dan
atmosfera.Dunia persekitaran juga bermaksud suasana kehidupan,adat
resam,agama,budaya dan tradisi,sistem politik dan sosial yang mempengaruhi
pertumbuhan kehidupan seseorang atau sesuatu komuniti.

II. Perkembangan Deria dan Persepsi Dunia Persekitaran Bayi dan Kanak-
kanak

 Bayi dan kanak-kanak mengenal dunia persekitaannya melalui proses
penerokaan. Mereka akan cuba membina pengertiaan dan kefahaman
berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Pengalamannya diperolehi
melalui apa sahaja yang mereka lihat,dengar,sentuh,hidu dan rasa, Kanak-
kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitarannya
menggunakan deria. Lima deria yang diberikan Tuhan kepada setiap hamba-
Nya iaitu mata, telinga, lidah dan kulit adalah sangat penting dikembangkan
untuk membolehkan bayi dan kanak-kanak membina pengalaman dan
pemahaman mereka.

III. Teknik Pengesanan Deria

Sekiranya bayi baru lahir :

 Tidak terkejut, bergerak, menagis atau menunjukkan sebarang tindak balas apabila
ada bunyi yang nyaring atau kuat.

 Tidak menoleh kepala ke arah bunyi suara.
 Tidak meniru bunyi yang didengari.

Mereka mungkin menghadapi masalah deria pendengaran. Dengan pengesanan awal,
kanak-kanak tersebut boleh dibantu.

a. Deria Rasa

Bayi yang baru lahir dapat merasa pahit dan manis. Mereka lebih suka kepada rasa
manis yang semulajadi, seperti manis susu,madu dan buah. Perubahan mimik muka
menunjukkan ada perbezakan rasa. Kanak-kanak boleh mencuba untuk merasa benda
yang boleh dimakan.

b. Deria Bau

 Deria bau membantu bayi mengesan ibunya. Deria bau bagi bayi yang baru lahir
sangat tajam. Mereka boleh membezakan antara bau susu ibu sendiri dengan bau
susu ibu yang lain. Bayi mengenali bau ibunya ketika disusukan, atau dipeluk,
dicium dan didakap oleh ibunya. Bayi dapat mengenal dan mengecam bau yang
mereka gemari, kanak-kanak membina deria bau yang lebih tajam. Mereka dapat
mengenali pelbagai jenis bau-bauan termasuk wangi dan busuk. Kanak-kanak
perlu dirangsang untuk meneroka pelbagai jenis bau daripada bahan semulajadi
seperti bau pandan, pisang, limau, bunga, daun, sabun, bedak, minyak rambut, bau
benda terbakar, bau hancing di tandas, bau hanyir ikan, bau badan atau peluh, dan
sebagainya, Sambil meneroka bau, kanak-kanak juga belajar perbendaraan kata
tentang bau yang berbeza.

c. Deria Sentuhan

 Deria sentuhan mula berfungsi ketika bayi dalam kandungan. Kepekaan deria
sentuhan bayi yang baru lahir sangat tinggi. Kebanyakkan daripada pantulan
mencari pakal, menghisap, menggenggam, mengambil langkah dari babin ski. Bayi
yang baru lahir sangat sensitif terhadap perubahan suhu. Apabila tidak berpakaian,
bayi akan menunjukkan tindak balas yang menunujukkan dia tidak selesa dengan
menangis dengan menggigil.Deria sentuhan terdapat semua bahagian kulit; tetapi
bahagian yang paling sensitif ialah sekitar mulut, pipi dan bibir, tapak kaki, ketiak,
hujung jari, dan kemaluan.

IV. Peringkat Dalam Persepsi Corak

 Kanak-kanak akan membuat persepsi corak dengan rangsangan berbentuk muka
dan mengintegrasikan maklumat sensori mengikut peringkat berikut:

 Satu bulan boleh menggabungkan antara penglihatan dan sentuhan.
 Empat bulan boleh menggabungkan penglihatan dan sentuhan.
 Empat hingga tujuh bulan boleh memadankan raut wajah dan bunyi suara.

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR

i) Perkembangan Fizikal Kanak-kanak. (6-12 tahun)

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-
kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah
seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain
itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya
penglihatan dan pendengaran.

Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi
ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan
fizikal yang lebih kompleks yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan
dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika
dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan
dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan
kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat
dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan
meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-
lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih
kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang
diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah
permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11
semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat,
melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan
dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan
membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran perwakilan mendalan dalam
tulisan juga semakin berkembang. Perlu diketahui bahawa peralihan akhir kanak-kanak
kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,
pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi
remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian
tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami
kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan
mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah
pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

ii) Teori Perkembangan Fizikal Kanak-kanak.

Robert Havighurst merupakan seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori
perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan
kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat
mempengaruhi personaliti kanak-kanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti
berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada
sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya
mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan
membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga
menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai,
norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah
membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk
bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-
kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang
lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

Selain itu, kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini
kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan
cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral,
nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama
rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk
kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang
biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan
yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti
mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka
sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar
membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada
ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-
kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar.

Apa itu psikomotor?

Kemahiran fizikal seperti pergerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan,
kekuatan, kelajuan, melalui aspek motor halus dan motor kasar.

Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan,
kaki dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-
otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan
lidah.

Antara tumpuan utama anak-anak alkindi berumur 4 tahun adalah untuk
meningkatkan kemahiran psiko-motor ini melalui pelbagai aktiviti berbentuk play and
learn.

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

APA ITU KREATIVITI?
 Secara umum kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta,
mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli.
Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan
membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti
melibatkan kemahiran berfikir yang kritikal dan analitikal untuk mencipta dan
melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Ia juga memerlukan kebolehan
berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea ke dalam bentuk
aplikasi.

 Kreativiti boleh menghasilkan inovasi ialah idea atau cara untuk menambah
baik proses atau cara lama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik.
Daripada inovasi kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi
yang tinggi. Inovasi adalah cara kerja masa hadapan. Malaysia memerlukan
generasi masa hadapan yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan ekonomi
dan kemakmuran negara.

 Kurikulum PERMATA Negara sangat menekankan aspek perkembangan
kreativiti kanak-kanak pada semua peringkat umur kerana ciri ini boleh
dibentuk sejak awal umur lagi. Kreativiti boleh diterapkan dalam semua bidang
pembelajaran PERMATA, bukannya hanya dalam bidang seni dan kraf atau
muzik, nyanyian atau drama semata-mata. Oleh itu, pendidik atau pengasuh
memberi perhatian untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa berfikiran kreatif
dan menghargai hasil kreativiti kanak-kanak.

APAKAH ITU ESTETIKA?

 Estetika adalah penghayatan atau apresiasi terhadap keindahan, kecantikan,
keunikan sesuatu benda atau ciptaan. Estetika melibatkan keupayaan pemikiran
yang tinggi, yang mampu menilai dan mengkagumi ciptaan unggul yang Maha
Kuasa dalam alam ini dan hasil cipta manusia yang memberi keselesaan dalam
hidup dan keindahan dalam jiwa kita. Estetika adalah berkaitan dengan seni dan
penghayatan. Estetika berasal dari perkataan unani, icethetike yang bermaksud
“sesuatu perkara yang dihargai”. Estetika melibatkan individu dalam keadaan
merasa, bertindak balas dan peka pada persekitaran semula jadi serta
persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi
peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan,
mewarna, melukis, meneliti bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu
benda atau objek. Malah aktiviti seni juga membentuk kanak-kanak
menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur,
menghidu bahan dan mendengar bunyi.

SENI DAN KRAF DALAM KURIKULUM PERMATA.

 Kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan, lakaran, contengan,
corak dan garisan pada sesuatu permukaan. Pada masa yang sama, kanak-kanak
memahirkan motor halus mereka. Kanak-kanak juga belajar mengenali warna
dan membezakan warna. Contoh aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk anak
PERMATA ialah:

1. Menconteng dengan pensel, krayon, arang atau berus lukisan.
2. Membuat garisan dan rupa bentuk.
3. Melukis objek dan mewarna lukisan.
4. Membuat lukisan percikan bunga api.
5. Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan.

ASUHAN: KESELAMATAN KANAK-KANAK.

a) Keselamatan Kanak-kanak di Taska.

Pendidik bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak
diawasi dan mereka berada dalam keaadan yang selamat dan jauh dari segala bentuk
bahaya. Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan taska atau agensi yang terlibat
dengan pendaftaran sesebuah Taska.

b) Keselamatan Fizikal, Peralatan dan Ruang Pembelajaran Kanak-kanak.

Bangunan yang didirikan sebagai sebuah taska perlu mendapat kelulusan daripada
semua agensi yang terlibat dengan proses pendaftaran taska. Kebenaran yang diperolehi
dari semua agensi ini mentukan keluasan sesebuah taska dan jumlah kanak-kanak yang
dibenarkan berada di Taska. Selain daripada itu semua langkah-langkah keselamatan
berhubung dengan keperluan pihak Jabatan Bomba, penyelamat dan Jabatan Kesihatan
perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut keperluan
pendaftaran.

Taska yang baik akan menyediakan kelengkapan serta pelbagai program yang dapat
merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Setiap ruang yang digunakan
untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan
dan perabut yang bersesuaian dan selamat untuk digunakan.

c) Keselamatan Emosi

Pendidik mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan kanak-kanak
sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan jauh daripada perasaan takut atau
curiga. Kanak-kanak perlu memahami setiap sudut dan ruang di Taska adalah direka
bentuk untuk kegunaan mereka. Pendidik perlu peka setiap keperluan kanak-kanak
dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak perlu sentiasa merasa
dirinya selamat semasa di Taska.

Pendidik hendaklah memastikan sebarang tindakan yang diambil tidak akan
menjejaskan emosi kanak-kanak. Pendidikan menggunakan pendekatan yang berhemah
dan berlemah-lembut untuk menegur dengan cara yang baik, menggunakan bahasa
yang mudah difahami oleh kanak-kanak dengan kasih sayang dan membolehkan
mereka menerima teguran dengan lebih berkesan.

PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan seimbang memainkan peranan yang penting terutamanya kepada kanak-
kanak yang sedang membesar. Tabiat pemakanan yang sihat bukan sahaja untuk

kanak-kanak tetapi semua peringkat umur. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi
oleh jenis makanan yang diambil. Secara amnya, kebanyakkan kanak-kanak yang
berusia 2 hingga 3 tahun memerlukan pengambilan kira-kira 1,000 hingga 1,400
kalori setiap hari. Terdapat beberapa cara untuk mengagihkan kalori dalam rancangan

pemakanan seimbang untuk kanak-kanak.

1) Kumpulan Bijirin
Kanak-kanak perlu mengambil kira-kira 85 hingga 142 gram bijirin setiap hari
dan jenis bijirin yang terbaik adalah separuh daripadanya gandum penuh.
Sebagai contoh, 1 atau 2 keping roti ditambah 28 gram bijirin sarapan pagi
bersama semangkuk nasi atau pasta.

2) Kumpulan Sayuran
1 hingga 1 ½ cawan sayuran mentah atau dimasak setiap hari. Seperti orang
dewasa, kanak-kanak juga memerlukan pelbagai jenis sayuran termasuk
sayuran berdaun hijau, bewarna oren atau merah, seperti brokoli dan ubi
keledek.

3) Kumpulan Buah
1 hingga 1 ½ cawan buah segar, sejuk beku atau keriang setiap hari. Ibu bapa
perlu menggalakkan pemakanan sihat untuk kanak-kanak dengan memberikan
mereka buah oren, tembikai dan strawberi. Hadkan pengambilan jus buah
100% antara 118 hingga 117 ml setiap hari. Tekankan pengambilan buah
daripada jus.

4) Kumpulan Tenusu
2 hingga 2 ½ cawan setiap hari. Susu penuh krim adalah sangat disyorkan
untuk anak di bawah usia 2 tahun. Manakala untuk kanak-kanak yang berusia
2 tahun ke atas, mereka mempunyai pilihan sama ada susu rendah lemak atau
tinggi kalsium seperti susu soya, yogurt ataupun keju.

5) Kumpulan Protein
Kanak-kanak juga perlu mengambil protein pada kadar 57 hingga 113 gram
sehari untuk pemakanan yang seimbang. Antara pilihan makanan jenis protein
yang boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah seperti daging tanpa lemak,
ayam, makanan laut, produk soya dan kekacang.

Terdapat juga beberapa jenis makanan yang perlu dielak oleh kanak-kanak. Makanan
tersebut perlu dielak kerana akan merosakkan rancangan pemakanan seimbang

mereka. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang dielak oleh kanak-kanak:

1) Garam
Garam tidak baik untuk buah pinggang kanak-kanak. Sebaiknya jangan
tambahkan garam dalam makanan kanak-kanak mahupun stok jenis kiub
atau cecair kerana kandungan garam yang tinggi. Elakkan makanan tinggi
garam seperti:
 Sosej
 Kerepek kentang dengan garam tambahan
 Makanan sejuk beku
 Makanan berbungkus

2) Gula
Elakkan makanan ringan dan minuman bergula, termasuk jus buah dan
minuman buah-buahan lain. Ini dapat membantu mencegah kerosakkan
gigi anak.

3) Lemak Tepu
Elakkan daripada memberi makanan yang terlalu tinggi lemak tepu seperti
kerepek kentang, biskut dan kek kepada kanak-kanak. Periksa label
pemakanan dapat membantu memilih makanan yang rendah lemak tepu.

4) Kekacang
Elakkan daripada memberi kekacang kepada kanak-kanak di bawah usia 5
tahun kerana mereka berisiko untuk tersedak atau tercekik. Ibu bapa perlu
berbincang dengan doktor sekiranya terdapat sejarah alahan makanan
dalam keluarga sebelum memperkenalkan makanan jenis kekacang kepada
kanak-kanak.

AMALAN PENGASUHAN
Taman Asuhan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai TASKA adalah suatu tempat

di mana kanak-kanak ditinggalkan sementara untuk di jaga dan di asuh sepanjang
ketiadaan ibu bapa atau penjaganya. Pihak TASKA bertanggungjawab dalam
mengasuh dan mendidik kanak-kanak tersebut.

Antara perkara penting yang dapat menjamin kesejahteraan pengasuh dan penjagaan
kanak-kanak di sana ialah amalan pengasuhan yang positif. Ini adalah dimana
pengasuh iaitu pihak TASKA sendiri mengamalkan nilai asuhan yang baik atau
sebaliknya.

Antara amalan pengasuhan yang positif ialah:

1) Adil kepada semua kanak-kanak
Pengasuh perlu adil tanpa mengira rupa, latarbelakang atau kebolehan kanak-
kanak. Contohnya, apabila memberi pujian kepada kanak-kanak, pengasuh
perlu memberi pujian kepada kanak-kanak yang lain juga. Begitu juga dalam
memberi perhatian. Pengasuh tidak boleh memilih kanak-kanak yang comel
sahaja dan meminggirkan kanak-kanak yang kurang dari beberapa sudut.
Elakkan bersikap pilih kasih.

2) Memberi sentuhan dan belaian
Tunjukkan rasa kasih dan saying kepada kanak-kanak dengan menyentuh dan
membelai mereka. Kanak-kanak di TASKA akan mudah rapat dan mesra
dengan pengasuh apabila pengasuh selalu memberi perhatian, menyentuh,
membelai dan memeluknya. Kanak-kanak akan merasa diri mereka disayangi
dan dihargai. Pengasuh perlu tinggalkan sikap suka menjerit, menengking dan
memarahi kanak-kanak di TASKA.

3) Menghormati hak dan pilihan kanak-kanak
Berikan kanak-kanak pilihan untuk memilih sesuatu yang disukainya. Jangan
memaksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu. Berikan
mereka galakkan dan dorongan bukannya memaksa. Sama juga dengan hak
dan pilihan kanak-kanak untuk bermain dan terus bermain. Usah mencantas
keinginan kanak-kanak untuk bermain.

4) Menghormati kepercayaan dan cara hidup kanak-kanak
Kanak-kanak di TASKA tentu terdiri daripada pelbagai kaum, agama,
kepercayaan dan latarbelakang kehidupan. Pengasuh perlu belajar
menghormati cara hidup kanak-kanak berdasarkan latarbelakang keluarga
mereka. Contohnya, jika kanak-kanak berbangsa Cina makan dengan
menggunakan sudu ketika di rumah, maka pengasuh hendaklah membiarkan
kanak-kanak tersebut makan seperti itu juga di TASKA.

5) Ikhlas dan bertimbang rasa
Mengasuh kanak-kanak dengan mengikut cara dan SOP yang betul
menunjukkan bahawa pengasuh ikhlas dalam kerjayanya mengasuh dan
mendidik kanak-kanak di TASKA. Pengasuh perlu sentiasa bertimbang rasa
dalam mengendalikan pelbagai kerenah dan ragam kanak-kanak di TASKA.

6) Menerima semua kanak-kanak seadanya
Semua kanak-kanak mempunyai potensi yang berlainan dan tahap
perkembangan yang berbeza. Ada segelintir kanak-kanak yang cepat belajar
sesuatu dan ada juga yang sebaliknya. Oleh itu, pengasuh hendaklah melayan
kanak-kanak secara umum dan jangan memaksa kanak-kanak melakukan
sesuatu di luar kemampuannya. Amalan bersikap terbuka dan memahami
perkembangan kanak-kanak perlu ada dalam diri setiap pengasuh.

7) Menunjukkan empati kepada kanak-kanak
Pengasuh menunjukkan empati atau prihatin dan minat dengan apa yang
dilakukan oleh kanak-kanak atau apa yang mereka ingin katakan. Kanak-
kanak akan merasa diri mereka diberi perhatian dan dihargai oleh pengasuh,

8) Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak
Jangan melabel kanak-kanak dengan perkataan-perkataan tertentu untuk
menggambarkan sikap atau imej kanak-kanak tersebut. Ini mungkin akan
menyebabkan pengasuh itu sendiri yang mewujudkan emosi negative dalam
diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasa rendah diri dan tidak mempunyai
keyakinan dalam diri.

PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN KANAK-
KANAK

Penjagaan dan latihan urus diri adalah kemahiran asas hidup yang perlu dibina
dalam diri kanak-kanak. Kemahiran ini membolehkan kanak-kanak berdikari
dan mengurus diri tanpa bantuan. Terdapat beberapa cara pelaksanaan aktiviti

yang dapat merangsang kemahiran urus diri kanak-kanak.
Antaranya,

a) Kemahiran Makan dan Minum
 Galakkan mereka hiding makanan sendiri
 Makan sendiri
 Tuang air ke dalam cawan rakan-rakan
 Susun pinggan dan cawan sendiri

b) Kemahiran Bersiap Diri
 Letakkan pelbagai jenis pakaian agar dapat memupuk
kemahiran mengurus diri ini

c) Kemahiran Mengurus dan Mengemas Barang
 Sediakan kotak yang mempunyai label bergambar bagi
setiap jenis permainan agar mudah dicam oleh kanak-
kanak.
 Pengasuh melakukan aktiviti mengemas bersama-sama
 Memupuk sikap tanggungjawab dalam diri mereka

MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI DAN
KANAK-KANAK

6 – 12 BULAN

Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan makan sendiri Pegang makanan dan cawan

Keupayaan bersiap diri menggunakan jari
 Menyikat rambut
Kemahiran penjagaan diri  Memegang botol bedak
Mengangkat tangan semasa dipakaikan
Kemahiran mengemas
Kemahiran menggunakan tandas baju
Meletakkan mainan di tempatnya
Responsif apabila diajak untuk

membuang air

1 – 2 TAHUN

Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan makan sendiri  Duduk di kerusi makan
Keupayaan bersiap diri  Menggunakan jari
 Boleh memakai dan
Kemahiran penjagaan diri
menanggalkan baju
Kemahiran mengemas  Menanggalkan kasut dan stokin
 Boleh memberus gigi
Kemahiran menggunakan tandas  Cuci dan lap tangan dengan

bantuan pengasuh
 Mula minat melakukan kerja
 Melakukan kerja rumah apabila

sudah boleh berjalan
 Boleh menanggalkan seluar

apabila ke tandas
 Duduk diatas tandas

2 – 3 TAHUN

Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan makan sendiri  Mengambil makanan sendiri
 Menggunakan jari
Keupayaan bersiap diri  Menuang air ke bekas yang lebih

Kemahiran penjagaan diri kecil
 Memaikai dan menanggalkan
Kemahiran mengemas
Kemahiran menggunakan tandas pakaian
 Buka dan memasang butang baju
 Berus gigi (ubat gigi dengan

bantuan)
 Mandi sendiri
 Memusing tombol pintu
 Meletakkan mainan di tempatnya
 Memberitahu hendak ke tandas
 Boleh menggunakan tandas

3 – 4 TAHUN

Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan
Kebolehan makan sendiri  Mengambil makanan sendiri
 Menggunakan jari
Keupayaan bersiap diri  Menuang air ke bekas yang lebih

Kemahiran penjagaan diri kecil
Kemahiran mengemas  Memotong makanan ke pecahan

Kemahiran menggunakan tandas kecil
 Mengoyak makanan

menggunakan jari
 Memakai dan menanggalkan

pakaian tanpa bantuan
 Buka dan memasang butang baju
 Dapat bezakan bahagian depan

dan belakang
 Berus gigi dan letakkan ubat gigi

tanpa bantuan
 Mandi sendiri
 Menghembus hingus sendiri
 Mengemas barang mainan sendiri
 Susun meja untuk persediaan

makan
 Pergi ke tandas sendiri apabila

ingin membuang air

RUMUSAN

Kanak kanak haruslah di didik dengan didikan yang sebetulnya bagi
membentuk generasi akan datang lebih hebat. Dengan didikan yang betul secara
langsung dari ibubapa mahupun pendidik dan pengasuh juga mampu membantu
pembesaran kanak kanak seperti cara percakapan, cara bertindak balas dan cara
pengurusan diri. Oleh itu, perkhidmatan pendidik dan pengasuh juga penting untuk
kanak-kanak demi membantu ibubapa bekerja yang mempunyai kekangan masa
mengurus kanak kanak. Dari aspek penjagaan kanak kanak, pembelajaran dan
berinteraksi. Contohnya di pusat asuhan kanak kanak akan diberi didikan dan
kedisplinan seperti selepas bermain permainan seharusnya mengemas semula dan
meletakkannya ke tempat asal. Justeru ajaran langsung dari guru di pusat asuhan
membantu kedisiplinan kanak kanak di rumah.

RUMUSAN

Bidang pembelajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran ialah
bidang yang sangat menarik jika dikendalikan dengan betul dan terancang. Di samping
mengembangkan kemahiran deria, kanak-kanak dididik untuk memahami kejadian
alam semula jadi dan elemen dalam alam yang wujud di sekeliling kanak-kanak.
Pendidik atau pengasuh disarankan untuk menggalakan kanak-kanak meneroka,
mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat dalam alam sekitar
mereka. Kanak-kanak perlu diasuh untuk menghargai kebesaran ciptaan Tuhan dan
menghayati keindahan dan kepelbagaian yang wujud di muka bumi ini. Sifat semula
jadi mereka yang suka bertanya dan ingin tahu tentang kejadian alam harus
dioptimumkan dengan aktiviti seperti nature walk, trecking, bermain pasir dan air,
menanam dan berkebun, melawat taman bunga atau zoo, dan menyiasat bahan serta
memasak.

RUMUSAN

Guru perlu menarik perhatian kanak-kanak sebelum memulakan sesuatu
pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan
konkrit dan pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar
melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan bau. Selain
itu, perlu juga menyediakan pembelajaran melalui pengalaman sendiri “hand-on
activities” yang juga merangkumi manipulasi dan pelbagai bahan untuk kanak-kanak
menjadi lebih gembira dan berminat untuk belajar. Kanak-kanak lebih senang
melakukan perkara yang mereka suka, dengan cara itu kanak-kanak lebih mudah
memahami pembelajaran yang diajar. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-
kanak dapat merangsang naluri ingin tahu. Selain itu, mengukuhkan kordinasi motor
kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat
menghormati dan berdisiplin. Belajar melalui bermain ini berkesan kerana ia
meninggalkan beberapa faedah iaitu menggalakkan perkembangan kognitif,
menggalakkan perkembangan fizikal, menggalakkan kestabilan emosi, menggalakkan
perkembangan dan kemahiran sosial, menggalakkan perkembangan bahasa,
menggalakkan kreativiti dan memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak. Dalam
melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak, pelbagai dasar telah diatur oleh
kementerian pendidikan termasuk, setiap taska atau tadika perlu diadakan kurikulum
supaya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai sebelum memulakan pembelajaran
dengan lebih menarik. Kemahiran menjalankan aktiviti dimana, kanak-kanak diasuh
untuk mengenal pasti dan mempraktikkan kemahiran merancang dan menjalankan
pelbagai aktiviti yang mencabar dan menggembirakan untuk meningkatkan potensi
kanak-kanak. Murid menjalankan aktiviti perkembangan bahasa iaitu bercerita,
membaca, menulis dan menaakul. Murid juga didedahkan tentang perkembangan sosio-
emosi seperti nyanyian, main peranan dan lawatan. Perkembangan fizikal, kognitif,
estetika dan daya kreatif juga diberi penekanan dalam menjalankan pelbagai aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti ini termasuk pergerakan motor, prasains,
pramatematik, lukisan, kraftangan dan muzik. Mereka juga mempraktikkan hubungan
mesra dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan
kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara
menyeluruh adalah sangat penting. Ia akan meneruskan kesinambungan dalam
pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari
lahir sehingga selesai persekolahan. Program PERMATA telah pun menggubal
Kurikulumnya tersendiri serta dinilai melalui ujian kajian pemakaiannya di kalangan
kanak-kanak di Pusat-pusat PERMATA. Hasilnya adalah memberangsangkan dalam
pembangunan awal kanak-kanak secara holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan,
nutrisi dan kesihatan. Oleh itu, Kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan
sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat mengikuti pembelajaran dengan
teratur dan berkesan.

RUMUSAN

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Oleh itu, seorang pendidik atau pengasuh perlulah mempunyai tahap kecekapan yang
tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mendidik atau mengasuh kanak-kanak
tersebut sehingga mereka menjadi satu generasi yang hebat kelak. Khidmat pendidik
dan pengasuh adalah penting kerana dapat memudahkan kanak-kanak untuk
menjalani kehidupan mereka suatu hari nanti. Contohnya dalam penjagaan dan latihan
urus diri, kanak-kanak telah diajar tentang kemahiran mengemas dimana kanak-kanak
akan mengemas kembali alat permainannya seawal usia 2 tahun.

RUJUKAN

 https://www.scribd.com/presentation/339398369/Kemahiran-Urus-Dir
 - https://hellodoktor.com/
 - https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2015/12/amalan-asuhan-positif-di-

taska.html?m=1
 - http://thegeniusskills.blogspot.com/2018/12/perkembangan-deria-dan-

pemahaman-dunia.html?m=1
 http://thegeniusskills.blogspot.com/search/label/PERKEMBANGAN%20KRE

ATIVITI%20DAN%20ESTETIKA
 https://prezi.com/6vjrpy3e6-fe/perkembangan-fizikal-dan-psikomotor-dalam-

pendidikan-awal-ka/
 https://nizam360.blogspot.com/2015/01/kesihatan-dan-keselamatan-

dalam.html
 https://anyflip.com/dfiyv/kggr/basic
 https://www.slideshare.net/budakpro/perkembangan-bahasakomunikasi-

literasi-awal-kanakkana


Click to View FlipBook Version