The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Aini, 2022-04-23 22:49:06

PERJUMPAAN ONLINE KOKURIKULUM

PERJUMPAAN ONLINE KOKURIKULUM

PERJUMPAAN ONLINE
KOKURIKULUM

PERJUMPAAN 5
30.4.2022

ANJURAN KELAB
DOKTOR MUDA & REKACIPTA

ARAHAN :

 Paparan slaid ini mengandungi 2 bahagian.

 Bahagian 1 ialah : Pengenalan Reka cipta.
 Bahagian 2 ialah : Pengenalan Doktor Muda

 Murid dikehendaki membaca maklumat di
setiap slaid.

 Murid jawab soalan di google form yang

disediakan.

PENGENALAN REKA CIPTA

PENGENALAN REKA CIPTA

 Menurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta
membawa maksud penghasilan suatu produk
atau barangan baru atau pengubahsuaian
sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi
kehendak pengguna masa kini dan akan
datang.

 Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan

tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap

atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin

bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan

melaksanakan aktiviti pencetusan

idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi

dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip

atau mode.

 Reka cipta juga dihasilkan daripada idea
tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai
nilai-nilai komersial.

 Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti
grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil,
fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan
ukiran.

Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu
menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling.

Contoh rekacipta dalam bidang komunikasi

Contoh rekacipta dalam bidang komunikasi
(internet)

Contoh rekacipta dalam bidang pengangkutan.

Contoh rekacipta dalam bidang pendidikan.

PENGENALAN DOKTOR MUDA

DEFINISI DOKTOR MUDA

 Doktor muda adalah murid yang dipilih oleh guru
berdasarkan ciri-ciri tertentu.

 Murid-murid yang dipilih ini diberi latihan dari segi
pengetahuan dan kemahiran berdasarkan Modul
Latihan Kelab Doktor Muda.

 Murid ini bertindak sebagai agen perubahan
pengetahuan, sikap dan tingkah laku kesihatan
untuk diri sendiri, rakan, keluarga dan masyarakat
dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DOKTOR MUDA

 Mempromosikan amalan kesihatan yang baik dalam
kalangan rakan, anggota keluarga dan masyarakat.

 Mendorong rakan supaya menjaga kebersihan diri,
bersikap positif dan bertingkah laku sihat.

 Menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dalam
kalangan semua murid.

 Bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran
sekolah.

 Membantu anggota kesihatan menjalankan aktiviti
kesihatan.

AKTIVITI DOKTOR MUDA DI SEKOLAH

 Pemeriksaan kebersihan rambut dan telinga.
 Pemeriksaan kuku jari dan kaki.
 Pengukuran tinggi.
 Penimbangan berat badan.
 Pemeriksaan ketajaman penglihatan (carta

snellen)
 Pemeriksaan gigi.
 Pemeriksaan kebersihan pakaian sekolah.

AKTIVITI DOKTOR MUDA DI SEKOLAH

 Memeriksa dan memastikan kotak pertolongan cemas
sentiasa lengkap.

 Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan.
(Contoh : memberi ceramah, nasihat individu, kerja
berkumpulan, demonstrasi dan pameran).

 Melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit, luka
dan masalah kesihatan murid kepada guru kesihatan.

 Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar
bersama murid lain. Contohnya : kantin, tandas, bilik
darjah dan padang.

AKTIVITI DOKTOR MUDA DI SEKOLAH

 Mengesan dan memberi bantuan awal masalah
kesihatan atau kecederaan ringan seperti luka
atau calar.

 Menghadiri sesi perjumpaan bersama anggota
kesihatan dan ibu bapa.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version