The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azan071, 2021-08-03 09:54:54

ARAH MATA ANGIN

TUGASAN KELAB STEM

HARI: RABU
TARIKH: 28 JULAI 2021
TAJUK: DI MANAKAH ARAH ANDA?
Pengenalan

Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
Arah dapat ditentukan berpandukan:
 Arah matahari terbit dan terbenam.
 Bintang-bintang pada waktu malam.
 Arah mata angin kompas.
Arah mata angin utama dalam kompas magnetik ialah utara (U), timur (T), selatan (S)
dan barat (B).
Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
 Timur laut, iaitu antara utara dengan timur.
 Tenggara, iaitu antara timur dan selatan.
 Barat laut, iaitu antara utara dan barat.
 Barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

1|Page

Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan
bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan
menghadap ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan
tangan kanan menunjuk ke arah timur.
Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan
kompas magnetik.
Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada
magnet.
Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan
Kutub Utara Bumi.

 Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan
dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

2|Page

TUGASAN:
→ Murid dikehendaki menghasilkan model arah mata angin.
→ Murid boleh menggunakan kreativiti dengan menggunakan apa
sahaja bahan yang terdapat di rumah untuk menyiapkan projek
ini.
→ Hantar gambar model arah mata angin yang telah dihasilkan ke
dalam telegram Kelab STEM. Jangan lupa nyatakan nama dan
kelas. Selamat mencuba!.

3|Page


Click to View FlipBook Version