Perasmian dewan mumtaz & Mesyuarat agung tahunan PIBG KALI KE - Perasmian dewan mumtaz & Mesyuarat agung tahunan PIBG KALI KE - SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM 10 Jun 2023 (SABTU) 9:00 PAGI DEWAN MUMTAZ, SAM JERAM Disempurnakan oleh: YB DATUK SERI DR HJ DZULKEFLY BIN AHMAD AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
Pengenalan Objektif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah Jeram, akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 30 pada 10hb Jun 2023. Mesyuarat ini diharapkan dapat memberi peluang kepada ibu bapa agar dapat terlibat ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Ibu bapa boleh mengemukakan idea dan cadangan serta usul bagi memperbaiki tahap pembelajaran murid serta cadangan pembangunan di SAM Jeram. Sehubungan dengan itu, perasmian Dewan Mumtaz juga akan dijalankan serentak berikutan bangunan ini telah siap sepenuhnya dan belum dirasmikan lagi secara rasminya. Semoga aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga ibu bapa dan warga pendidik SAM Jeram. Matlamat perasmian dan mesyuarat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta menggalakkan interaksi dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga murid SAM Jeram Hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa menjadi lebih erat. Perbincangan isu-isu berkaitan murid, ibubapa dan sekolah dapat dijalankan. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dan berpotensi dalam bidang akademik. Memilih ahli jawatankuasa PIBG yang akan memimpin PIBG dalam melaksanakan program serta kerjasama di antara PIBG dan pihak sekolah. 2
AHLI JAWATANKUASA induk PENGERUSI TUAN HAJI ZOHAN BIN AHMAD Pengetua TIMBALAN PENGERUSI TS IR HAJI HASIBULLAH BIN DERIS Yang Dipertua PIBG NAIB PENGERUSI 1 PUAN NOR HANIZA BINTI SALLEH Penolong Kanan Pentadbiran NAIB PENGERUSI 2 PUAN HAJAH SITI NOR LIZA BINTI PARDEI Penolong Kanan Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI 3 TUAN HAJI BADROS BIN ABD BASIR Penolong Kanan Kokurikulum NAIB PENGERUSI 4 PUAN NORHAYATI BINTI SITOR Penolong Kanan Tingkatan 6 SETIAUSAHA PIBG/ PENYELARAS PUAN FARADILA BINTI BADRI BENDAHARI PIBG/ PENOLONG PENYELARAS PUAN NIK NOOR FAJARIDAYU BINTI NIK SINLUDDIN 3
Penasihat : Tn. Hj. Zohan bin Ahmad Yang DiPertua : Ts. Ir. Hj. Hasibullah Bin Deris Naib Yang Dipertua : En. Ahmad Ibrahim Rizal bin Yahaya Setiausaha : Pn. Faradila binti Badri Bendahari : Pn. Nik Noor Fajaridayu binti Nik Sinluddin Ahli Jawatankuasa : Ahli Jawatankuasa pelAksana 4 PEMANTAU : TN. HJ. ZOHAN BIN AHMAD AJK Penyambut Tetamu/ VIP Tn. Hj Zohan bin Ahmad (Pengetua) Tn. Hj Ir Hasibullah bin Deris (YDP) En. Ahmad Ibrahim Rizal bin Yahaya(NYDP) Pn. Nor Haniza binti Salleh (PK Pentadbiran) Pn. Hjh Siti Norliza binti Pardei (PK HEM) Tn. Hj Badros bin Abd Basir (PK Kokurikulum) Pn. Norhayati binti Sitor (PK Tingkatan 6) AJK Sambutan/ Protokol Tn. Hj. Mohd Manar bin Bajuri (K) Pn. Mazrauza binti Basiran Pn. Nur Amani binti Hairuni Pn. Ramiza binti Ramli (AJK Ibubapa) En. Ahmad Shauqi bin Senin (Aluan Kompang/ Selawat) PEMANTAU : PN. NORHAYATI BINTI SITOR AJK Jamuan VIP/ Ibubapa/ Guru Pn. Habsah binti Ahmad (K) Pn. Hjh Faridah binti Mohamad Pn. Zainon binti Osman@Husin Pn. Siti Fauziah binti Hairudin Pn. Nurizah binti Mat Salleh Pn. Rohana binti Rahman (AJK Ibubapa) AJK Cenderahati/ Sijil/ Cabutan Bertuah Pn. Suziana binti Mohd Ariffin (K) Pn. Cik Ramziah binti Arsani Pn. Kausar binti Mohd Niza Pn. Noratiqah Binti Hussin AJK Penyampaian Cenderahati/ Sijil/ Cabutan Bertuah Pn. Maslinda binti Mohd Noh (K) Pn. Anis Arieza binti Che Aziz Pn. Siti Norbaya binti MA Hussin PEMANTAU : PN. NOR HANIZA BINTI SALLEH AJK Usul dan JemputanVIP/ Ibubapa Pn. Umikalsom binti Abdul Rahman (K) Pn. Nurhana binti Abdul Salim AJK Pendaftaran Pn. Norfaezah binti Abu Lani (K) Pn. Suzaini binti Awang@Sudin Pn. Kamariah binti Hanafi (AJK Ibubapa) AJK Juruacara Majlis En. Muhammad Izzat Naim bin Abd Latif (K) Pn. Norhazliyana binti Ya’acob AJK Bacaan Doa Tn. Hj Mohd Akdi bin Yaakob AJK Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Halimah binti Ismail (K) Pn. Fatin Solihah binti Zainuddin AJK Juru Kira Undi En. Azli Najmi bin Zulkepli (K) En. Shafizan bin Othman Pn. Nurulakma binti Mohamed Aziz En. Abdul Halem bin Mohamad Husin (AJK Ibubapa) En. Mohamad Shamsuni bin Mohd Isa (AJK Ibubapa)
Ahli Jawatankuasa pelAksana 5 PEMANTAU : PN. HJH. SITI NOR LIZA BINTI PARDEI AJK Buku Program Cik Era Maslina binti Muliani AJK Teks Ucapan Perasmi Pn. Rosnita binti Tegoh Tn. Hj. Abdul Rahim bin Razali AJK Buku Laporan PIBG Pn. Faradila binti Badri(K) Pn. Siti Aminah binti Mohd Said Pn. Norasma binti Abd Karim AJK Multimedia Pn. Hjh. Sabariah binti Hussien (K) Pn. Saniah binti Mohd Yunan AJK Fotografi dan Dokumentasi Pn. Syahida binti Abdul Rahman (K) Pn. Ummu Hani binti Zaharudin AJK Gimik Perasmian Dewan Pn. Ita Azirah binti Ismail (K) Pn. Syazila binti Ramli Pn. Rosnida binti Kasim Pn. Hafizah binti Saidin PEMANTAU : TN. HJ. BADROS BIN ABD. BASIR AJK Persiapan Tempat En. Mohd Shahwalluddin Bin Arifin (K) En. Mat Saman bin Md Nasir Pn. Siti Hajar binti Baharudin Pn. Noor Faeza binti Mahfodz Pn. Fairozah binti Mohamad@Harun AJK Mengemas Tempat/ Kebersihan En. Haron bin Abdul Ghani (K) En. Zulkifli bin Jamil Pn. Norherliana binti Hamdzani Pn. Rubinah binti Jonit Pn. Roseaini binti Jumat En. Mahamad Fuad bin Kasahari@Noor (AJK Ibubapa) AJK Backdrop/ Banner En. Normisyidi bin Md Said AJK Siaraya En. Ahmad Shauqi bin Senin Bantuan Jabatan Penerangan AJK Lalulintas dan Kawalan En. Amin bin Salleh (K) En. Saiful Azli bin Yunus Pengawal Keselamatan
Ucapan Pengerusi Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 29. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2022. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2022. Membahaskan Usul. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023. Pelantikan Pengerusi sementara. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024. Pemilihan Pemeriksa Kira-Kira. Ucapan penangguhan. Hal-hal lain. Mesyuarat bersurai. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. agenda mesyuarat agung 6
Latar belakang sekolah Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami bidang agama dan bahasa Arab. Pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah aliran Inggeris. Perintis utama sekolah ini ialah bekas imam Kampung Jeram iaitu AlMarhum Tuan Hj. Muhammad Amin Bin Hj. Ismail. Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kucing, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan. Pada peringkat awal, sekolah ini mengambil dua orang guru untuk bertugas iaitu Ustaz Ahmad Muhid Bin Hj.Yusuf dan Ustaz Muhammad Yusof Bin Hj. Shaari. Mata pelajaran yang diajar adalah berbentuk ilmu agama dan Bahasa Arab dan semua mata pelajaran agama diajar menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar. Penubuhan sekolah ini adalah bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada pelajar dan penduduk setempat mendalami pengajian agama dan Bahasa Arab. Selain itu sekolah ini juga menjadi tapak permulaan untuk melahirkan guru-guru agama dan Bahasa Arab yang berilmu dan berpengalaman pada masa hadapan dan memberi peluang kepada pelajar mendalami bidang pendidikan hingga ke peringkat tertinggi. 7
Bermula dari tahun 1973 satu perubahan dalam sistem persekolahan sekolah agama di Selangor diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memasukkan mata pelajaran akademik selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maka berlakulah proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua aliran. Kedua-duanya berjalan seiring dan pelajar-pelajar dikehendaki menjalani peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sealiran dengan perubahan zaman, pada tahun 1986 Jabatan Agama Islam Selangor telah memperuntukkan sebanyak 1.2 juta untuk pembinaan sekolah baru yang terletak di Kampung Batu 20, Jeram. Beberapa tahun kemudian sekolah semakin berkembang dengan pembinaan beberapa buah bangunan setingkat, 2 buah bangunan asrama, sebuah surau dan sebuah dewan makan. Sekolah yang dibina ini adalah di atas tanah seluas 4 ekar yang dibeli oleh Allahyarham Tuan Haji Hambali Bin Haji Abdul Salam (Pengetua dari tahun 1983-1985) yang berharga RM115 ribu. Kemudian beliau telah mewakafkan tanah ini dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk dijadikan tapak binaan sekolah baru. Atas kemuliaan dan kemurahan hatinya SAMJ wujud hingga kini. Mudah-mudahan Allahyarham dan seluruh ahli keluarga dirahmati oleh Allah S.W.T. Amin. Pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di atas tanah seluas 5 ekar. Kini sekolah ini sering menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat setempat bahkan masyarakat luar daerah dan telah pun menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah ini yang dulunya di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. 8 Latar belakang sekolah
9 Gerak kerja untuk mendirikan dewan bermula dari tahun 2014 melalui sumbangan individu, kerajaan Negeri, Pesuruhjaya Brunei, Syarikat Korperat, ahli Parlimen dan lembaga zakat. Program besar yang pertama diadakan ialah Karnival Keusahawanan dan sumbangan individu yang berjaya mengutip dana sehingga RM 30,000.00. Pelbagai usaha diteruskan sehinggalah ke tahun 2019 pihak sekolah berjaya menambah dana RM 11, 400.00 melalui program Umrah SAMJ . Pada 16 Feb 2020, permohonan RM 300,000.00 telah diluluskan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika itu yang diumumkan dalam Mesyuarat Agung PIBG SAMJ. Walau bagaimanapun peruntukan ini dibatalkan atas sebab perubahan kerajaan pada tahun itu. Perkara ini tidak mematahkan semangat pihak sekolah untuk terus mencari dana dan pernah merancang program ceramah bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias alHafiz tetapi terpaksa dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program Infaq Kupon juga pernah dilancarkan dan berjaya mengutip sehingga RM 50,000.00. Hasil doa dan usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan dengan kuasa viral sosial media rakyat Malaysia yang prihatin pihak sekolah telah berjaya mengumpul dana yang cukup untuk mendirikan sebuah dewan terbuka. Tender mendirikan dewan dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2020 dan mesyuarat pemilihan tender pada bulan November 2020 telah memutuskan kontraktor dari Syarikat Qasmy Suudi Resources sebagai kontraktor pembinaan dewan. Majlis pecah tanah sempena pembinaan dewan terbuka telah diadakan pada 12 Januari 2021. Pelbagai rintangan dan kekangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya dewan berjaya disiapkan dan majlis serahan kepada pihak sekolah pada 29 September 2021. Dewan yang siap tidak sempurna jika belum diberi nama. Maka dalam pertandingan mencipta nama untuk dewan tersebut, pihak sekolah telah memilih nama DEWAN MUMTAZ sebagai yang paling layak dan sesuai. Program Doa Selamat, Tahlil dan Solat Berjemaah sempena permasyhuran nama Dewan Mumtaz diadakan pada 29 Oktober 2021 yang dihadiri oleh guru-guru dan AJK PIBG. Setelah hampir dua tahun, Dewan Mumtaz akan dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor pada 10 Jun 2023. Semoga Allah merahmati semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mendirikan Dewan Mumtaz yang megah berdiri di tanah berkat bumi Jeram ini. Sejarah peNubuhan dewan
Sekalung penghargaan 10 Sekolah Agama Menengah Jeram merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada: Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jabatan Agama Islam Selangor Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor Jbu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor Penghulu Jeram Semua Bekas Pentadbir, Bekas Guru Dan Bekas Anggota Kumpulan Pelaksana Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023, Ibu bapa dan penjaga serta Semua Ahli Jawatankuasa dan Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Perasmian Dewan Mumtaz dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-30
9:00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 9:30 pagi : Bacaan Doa : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 30 Bermula Majlis Perasmian Dewan Mumtaz SAM Jeram 11:15 pagi : Perarakan Masuk Tetamu Khas : Nyanyian Asmaul Husna : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Negeri Selangor : Ucapan YDP PIBG Oleh: Ts. Ir. Hj. Hasibullah Bin Deris : Ucapan Pengetua Oleh: Tn. Hj. Zohan Bin Ahmad : Persembahan Multimedia : Ucapan Perasmi Oleh: Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor : Gimik Perasmian Dewan Mumtaz : Penyerahan Cenderahati 12:00 tengahari : Sesi Cabutan Bertuah 12:30 tengahari : Bersurai atur cara majlis 11