The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 : PENGHASILAN PRODUK BMMB1074

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fitriismail110, 2023-10-11 03:14:44

Perkembangan Tulisan Jawi

Tugasan 2 : PENGHASILAN PRODUK BMMB1074

Perkembangan Perkembangan Tulisan Jawi Tulisan Jawi Disediakan oleh:Muhammad Fitri PPISMP BahasaMelayu 2 BMMB1074


Isi kandungan Jawi >Asal-usul >Perkembangan >Sistem >Ciri >Bukti >Huruf-huruf >Contoh >Tulisan jawi >Tulisan Jawi zaman bahasa melayu klasik >Tulisan jawi pada zaman kini >Sistem tulisan jawi Zaba >Punca tulisan jawi semakin menghilang Usaha dan cadangan yang boleh dilakukan bagi menaikkan semula tulisan jawi Pallava >Perkembangan > Sistem >Bukti >Contoh 1 Kawi >Perkembangan >Contoh daun >Sistem >Contoh tulisan 2 3 4 Kesimpulan


Tulisan pallava Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang (Nik Safiah, 2010). Tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Penemuan terawal tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta.


Yupa di daerah Muara Kaman


Perkembangan Tulisan Pallava >Tulisan pallava merupakan tulisan yang paling awal digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno. >Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku india yang berasal daripada Brahmi dari Selatan India Tulisan yang berasal dari orang India. Tulisan ini diasaskan daripada sistem tulisan lama orang tamil yang datang dari bahagian Selatan India Tulisan ini merupakan tulisan yang paling awal digunakan di Kepulauan Melayu Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Ketika itu, bahasa Sanskrit diguna pakai secara meluas bagi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.


Sistem Tulisan Pallava Sistem tulisan Pallava yang berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu menyebabkan kesukaran apabila tibanya era kedatangan Islam kepada masayarakat Melayu Sistem tulisan Palllava lebih kompleks berbanding dengan tulisan rumi Elemen-elemen sanskrit telah menyebabkan kesukaran orang melayu dalam menterjemahkan dan memaham al-Quran dan Assunnah dengan senang


Batu bersurat Kedukan Bukit (683M) Bukti pada batu bersurat Batu bersurat Talang Tuwo (684M) Batu bersurat Karang Brahi (692M)


Contoh Tulisan Pallava


Contoh Tulisan Pallava


Tulisan Kawi Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Pali. Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Bukti penggunaan tulisan Kawi ialah melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Sistem tulisan Kawi ini kemudiannya telah menurunkan pelbagai bahasa daerah seperti Batak, Rejang, Lampung, Kerinci dan lain-lain (Nik Safiah 2010). Tulisan Kawi dikatakan lenyap pada tahun 1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan Majapahit.


Perkembangan Tulisan Kawi >Tulisan ini telah wujud dalam abad ke-8. >Tulisan kawi ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu >Tulisan ini digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi. >Tulisan ini juga dibawa masuk ke kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi satu sistem tulisan yang baru. >Orang Melayu Kuno Sering menulis tulisan ini pada daun lontar, kulit kayu, batu-batu atau kepingan logam. >Tulisan ini ditulis tanpa ada ruang kosong >Tulisan ini mempunyai 47 huruf >Tulisan ini berasal dari jawa >Digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa


Contoh daun Lontar Daun ini sering digunakan oleh orang terdahulu dalam menulis tulisan kawi Contoh tulisan di daun lontar yang telah kering


Sistem Tulisan Kawi >Tulisan ini ditemui berdasarkan penemuan batu nisan orang melayu yang bernama Ahmad Majhud di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan. >Batu Nisan yang tertulis tahun 1463M memaparkan kedua-dua bentuk tulisan iaitu tulisan Kawai dan tulisan Jawi


Contoh tulisan Kawi


Contoh tulisan Kawi


Asal usul tulisan jawi >Tulisan jawi mulakan berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang hadir di kepulauan Melayu. >Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama islam yang menjadi pegangan orang melayu


Asal usul tulisan jawi Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang dikenali dengan tulisan jawi. Pada abad ke-11 hingga ke-14 , tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi


Perkembangan ejaan jawi peringkat pertama Perkembangan ejaanjawi peringkat keduaMempunyai 4 tahap: 1.Menggunakan Tulisan Arab >Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda baris. 2.Menghilangkan baris > Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu 3.Menggunakan Huruf Saksi > Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif, wau, dan ya ]. 4.Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua > Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua > Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam huruf tambahan Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada masa itu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan panduan. Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan hingga beberapa lama


Sistem tulisan jawi Berdasarkansejarah Bahasa Melayu, perkataan “Jawi”daripadabahasa Arab “Jawah” Kemudian, orang Melayumenyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuaidigunakandalam Bahasa Melayu Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Champa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negerinegeri lain Oleh itu, para ulama dari asia Tenggara sering meletakkan nama al-jawi sebagai gelaran pada hujung nama mereka walaupun mereka terdiri daripada suku bangsa yang berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri alJawi , Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani al-Jawi dan lain-lain


Ciri-ciri tulisan jawi BERTINDAN SECARA MENEGAK LIGATUR AKSARAAKSARA BERBARIS ATAU MEMPUNYAI TITIK AKSARA BERSAMBU NG


Bukti Tulisan Jawi Batu bersurat di Terengganu


Huruf Tulisan Jawi


Jawi dalam akhbar Jawi dalam batu bersurat Jawi dalam penulisan Contoh penulisan jawi


Tulisan Jawi Zaman Bahasa Melayu Klasik Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.


Tulisan Jawi pada zaman bahasa melayu pasca merdeka dan pada hari ini >Tulisan jawi sering dikaitkan dengan sinonimnya terhadap bangsa melayu, namun amat menyedihkan pada masa kini kerana boleh dikatakan begitu ramai orang melayu sendiri yang tidak boleh menulis dan membaca tulisan jawi itu sendiri. Tulisan jawi juga dianggap asing dan ketinggalan zaman terutamanya bagi generasi muda pada masa kini. >Prof Dr. Kang Kyoung Seok, seorang pakar tulisan Jawi yang mengkaji tulisan ini sejak 1974 sendiri mengatakan bahasa tulisan Jawi ini sangat tenat dan jika tidak dipelihara dan diajarkan ke generasi muda, ia mungkin akan pupus satu hari nanti.


Sistem tulisan Jawi ZaBa Sistem Ejaan Za ’ba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan


Sistem tulisan Jawi ZaBa Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail Dahman, 1991): 2.Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za 'ba. 1.Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). 3.Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.


Sistem tulisan Jawi ZaBa Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera ". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za 'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [JawiRumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.)


Sistem tulisan Jawi ZaBa Zaba telah merasa untuk menggubal sistem jawi yang baharu disebabkan oleh beberapa sebab: 1) adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulispenulis yang ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang " .


Sistem tulisan Jawi ZaBa Zaba telah merasa untuk menggubal sistem jawi yang baharu disebabkan oleh beberapa sebab: 2)ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya. Bila ini dicuba lakukan maka "telah menjadi gempar dan hebuh sungutan di antara penulis-penulis Melayu apabila terjadi kacau bilau pada ejaan Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala Daeng Abdul Hamid kerani Melayu Sir Richard Winstedt masa itu mencuba hendak memandai-mandai memakai setengah daripada ejaan cara lama yang telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di sekolahsekolah Melayu " .


Sistem tulisan Jawi ZaBa Zaba telah merasa untuk menggubal sistem jawi yang baharu disebabkan oleh beberapa sebab: 3)terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu, Za 'ba mengemukakan 20 "undang-undang " , atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undangundang " pula bagi kata-kata yang berimbuhan.


Disebabkan oleh kehadiran penjajah british yang memperkenalkan tulisan rumi dan diterapkan kepada masyarkat untuk kegunaan seharian sama ada dalam aktiviti jual beli dan berkomunikasi serta lain-lain Punca tulisan jawi semakin hilang Kurang pendedahan dan didikan berkaitan tulisan jawi kepada generasi kini terutamanya pada usia kanak-kanak kerana tulisan ini dianggap tidak penting dan susah dipelajari. Punca yang kuat iaitu Akta Kebangsaan 1963 diwartakan dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan rumi. Golongan kini memandang tulisan jawi sebagai tulisan yang tidak penting dan mengganggap tulisan rumi sebagai tulisan yang agung dan senang dipelajari serta diaplikasikan.


Menitikberatkan kepada semua sekolah bagi murid islam untuk belajar subjek jawi dengan baik dan perlu menguasainya dalam kemahiran membaca menulis dan lain-lain Usaha dan cadangan yang boleh dilakukan bagi menaikkan semula tulisan jawi Ibu bapa boleh memberikan galakan dan dorongan dalam diri anak-anak untuk mendalami tulisan jawi dengan menghantar anak ke pusat pengajian islam, menyertai program program berkaitan tulisan jawi Pihak sekolah boleh mengadakan program dan pertandingan berkaitan tulisan jawi seperti pertandingan menghasilkan tulisan jawi khat dan lain-lain. Sesebuah pihak berkuasa boleh mengadakan kempen berkaitan budaya dengan memasukkan elemen tulisan jawi bagi memberikan pendedahan yang lebih spesifik kepada orang melayu.


Kesimpulan Secara keseluruhannya tulisan di Zaman Melayu mengalami beberapa perubahan mengikut zaman dan peredaran masa. Perkara ini dikaitkan dengan bahasa sesuatu zaman tersebut telah mempengaruhi tulisan pada ketika itu. Tulisan jawi merupakan salah satu tulisan warisan kebudayaan melayu Islam yang amat bernilai kepada masyarakat melayu, Maka besarlah tugas bagi seseorang individu masyarakat itu dalam mempertahankan tulisan jawi itu supaya kekal releven dan tidak ditinggal oleh zaman. Oleh itu, sebagai masyarakat melayu kita mestilah berusaha bersungguh sungguh dalam memartabatkan tulisan jawi ini agar terus digunakan dan perlu menarik minat generasi muda dalam mendalaminya dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian


Rujukan Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff.(2021). PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Penerbitan Nusamas. Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Asmah Haji Omar.(2014).Za ’ba: Ahli Fikir dan Bahasa Pustaka.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Pustaka


Sekian Terima Kasih Sekian Terima Kasih Sekian Terima Kasih Sekian Terima Kasih Sekian Terima Kasih Dari: Muhammad Fitri Bin Ismail BM2 BMMB1074


Click to View FlipBook Version