The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINDA SIHAT - 15 cara meluahkan emosi dgn baik_terkini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suzy Liew, 2020-08-04 01:21:48

MINDA SIHAT - 15 cara meluahkan emosi dgn baik_terkini

MINDA SIHAT - 15 cara meluahkan emosi dgn baik_terkini

CARA-CARA
MELUAHKAN

PERASAAN

PENDAHULUAN

Pelbagai jenis emosi terjelma dari menangis, marah, sedih dan

sebagainya. Jelas sekali, emosi merupakan intipati perasaan

manusia. Antaranya, kemarahan sering menjadi emosi yang terbesar.

Marah jika tidak diluahkan dengan baik maka akan menimbulkan

kesan buruk dan berpanjangan.

Berikut adalah tips-tips
untuk meluahkan emosi

marah dengan baik:

1.Bernafas Cara yang betul
dengan ketika anda
dalam meluahkan emosi,
adalah menarik
Ketika anda marah, tarikan nafas dan nafas sedalam-
aliran darah anda akan berjalan dengan dalamnya dari
cepat sehingga menyebabkan tubuh diafragma. Ini
badan anda tiba-tiba sakit dan tegang. dilakukan kerana
dapat menyalurkan
oksigen ke otak
dan kemudian
mengendurkan
otot yang tegang
dan anda boleh
berfikiran jelas dan
menenangkan diri.

2.TULIS Menulis merupakan salah satu
TENTANG cara yang berguna untuk
APA YANG kenalpasti perasaan anda sendiri
ANDA . Ada orang meluahkan perasaan
RASA di dalam diari, ada juga yang
menghasilkan satu blog untuk
meluahkan segala perasaan diri,
samada bagi orang baca atau
pun sebagai blog peribadi yang
menulis segala isi hati. Lepas kita
taip atau tulis , kita akan rasa
lega .

Ingat :

Luahkan perasaan pada orang yang anda percayaai

3. Komunikasi

Menurut Teori Hubungan Interpersonal dalam
Psikologi, komunikasi merupakan suatu kemahiran
yang sukar dikuasai, khasnya ketika seseorang
sedang marah.

Kita perlu meluahkan perasaan marah dengan cara
yang betul dan tegas, terutama kepada orang yang
rapat.

Membincangkan dengan ahli keluarga dan kawan
akan menyebabkan anda rasa tenang.

4.BERDOA Tetapi ramai yang
mengatakan
Seringkali terdapat
orang yang bahawa cara yang
paling mudah dan
memanfaatkan waktu
atau sengaja mujarab untuk
mengatasi emosi
mengucapkan doa adalah dengan
singkat atau kata-kata
berdoa.
agama untuk
menenangkan diri. Berdoa mungkin
tidak lama, tetapi
Setiap orang memiliki kesannya segera
kepercayaan dan dan boleh membuat
anda jauh lebih
kekuatan iman yang
berbeza. tenang.

5. Kaunseling

Menahan rasa marah sebenarnya bukan
cara yang baik kerana emosi
adalah berbahaya jika tidak diurus atau
membiarkan diri kita dikuasai oleh emosi.

Sekiranya emosi sudah mengganggu
kualiti hidup, cubalah bincang dengan
seseorang yang profesional, yang mampu
membantu anda mengendalikan emosi
anda.

Menurut Fakta Psikologi Tentang Menangis, pemikiran dan
perasaan manusia tidak sepatutnya dipenuhi dengan
kemarahan.
Menangis boleh melepaskan emosi ini dan mengeluarkan
segala kepenatan dan keresahan. Menangis boleh melegakan
perasaan walaupun masalah tidak dapat diselesaikan.

6. Menangis

7.MELUKIS
ATAU

MEWARNA

Seseorang akan merasa lebih tenang apabila
melukis atau mewarna.

Tidak semestinya orang yang tidak berseni tidak
boleh mencuba cara ini.

Proses melukis dan mewarna akan membuat
seseorang rasa tenang dan lapang hati.

Kemarahan bukan selalu datang 8.
dari orang lain, ia boleh Berfikiran Positif
berpunca dari diri sendiri. Jadi,
kita perlu cuba melihat dari
pelbagai sudut dan berfikiran
positif yang mana membawa
banyak manfaat. Mengganti
fikiran negatif dengan fikiran
positif boleh mengubah situasi
anda.

Semakin anda berlatih
mengubah pandangan terhadap
situasi yang membuat anda
marah, anda pasti akan menjadi
lebih bijaksana dan merasa
bahawa marah itu hanyalah
perkara sia-sia sahaja.

9. BERMAIN MUZIK @ MENYANYI

Ada yang suka menyanyi untuk meluahkan perasaannya.
Tidak kira menyanyi seorang diri dalam bilik, dalam
tandas atau di pusat karaoke.

Dengan cara itu , seseorang dapat meluahkan
perasaannya yang terbuku dalam hati. Lebih-lebih lagi
bila menyanyi sambil bermain muzik.

Muzik yang sedih boleh membuat seseorang menangis
dan meluahkan emosinya. Sebaliknya, muzik yang
menggembirakan dapat membantu seseorang melupakan
perasaan resah atau sedihnya.

Bersenam atau beriadah 10.
merupakan aktiviti fizikal di mana Bersenam
anda boleh meluahkan kemarahan
secara positif. Contohnya ke @
gimnasium atau sekadar joging Beriadah
dan lari sampai berpeluh.

Bagi mengatasi tahap kemarahan yang lebih kuat,
boleh cuba dengan aktiviti yang lebih lasak
seperti body pump, kick boxing atau aerobik dan
aktiviti yang menenangkan seperti yoga.

Ketika bersenam atau beriadah, badan kita
secara otomatik akan menghasilkan hormon
endorphin yang lebih banyak, sehingga kita rasa
relaks dan tenang.

Makan seringkali dipilih 11.
sebagai penyelesaian
atau jalan keluar untuk Makan
meluahkan perasaan,
khasnya tidak puas hati
atau marah.

Meskipun makan akhirnya akan menjadi gemuk,
namun lebih baik jika dibandingkan tindakan yang
akan mencederakan orang lain. Ini disebabkan makan
boleh mengubahkan perasaan marah kepada hormon
yang menyebabkan seseorang gembira.

Tidur seringkali menjadi penyelesaian
utama bagi masalah kemarahan.

Namun ketika seseorang sangat marah, dia
tidak mudah masuk tidur kerana badannya
akan merasa lelah dan bermimpi ngeri,
bahkan menimbulkan beberapa jenis
gangguan tidur yang mana akan
merbahaya kesihatannya. Oleh itu, kita
perlu meredakan kemarahan sebelum tidur.

12. Tidur

13.
Berjalan-

jalan

Berjalan-jalan boleh
mengubati seseorang
yang merasa sedih
ataupun marah.

Berjalan-jalan menjadikan
kita merasa segar dan
terbebas dari
permasalahan
sehingga menyembuhkan
emosi kita.

Ramai juga yang suka meluahkan
perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' .
Tambahan seseorang yang tengah cemas
dan stres dengan pelajaran, pekerjaan atau
percintaan.

Caranya adalah naik ke atas bukit ,
menjerit sekuat-kuatnya, selepas itu duduk
tenang di atas sana. Ada juga yang suka
menjerit dengan lautan yang luas .

14. MENJERIT

15. Menyendiri

Menyendiri dan mencari ruang sunyi
untuk meditasi boleh kita lakukan
ketika marah atau kecewa. Meditasi
boleh melepaskan emosi negatif
dalam keadaan positif dan baik.

Carilah situasi yang membuat anda
tidak mudah menimbulkan
kemarahan. Selain itu, kita boleh
menenangkan diri dengan aktiviti
seperti yoga.

RUMUSAN Pengurusan emosi khasnya perasaan marah dan sedih
merupakan perkara yang sangat penting untuk menjamin

kesejahteraan fizikal dan mental seseorang.

Pelbagai cara boleh diguanakan untuk mengurusan emosi yang
datang secara tidak terancang.

Luahan emosi perlu dilatih sejak kecil lagi untuk memastikan
seseorang berkemahiran dan mampu focus kepadanya.

Akhir sekali, jangan pandang remeh dengan emosi yang
nampaknya tidak berharga tetapi sanggup mempengaruhi

seseorang seumur hidup.

Jom, marilah kita mempelajari cara-cara meluahkan emosi
dengan baik dan bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version