سكوله كبڠسأن خير جوهري
SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI
13600 PERAI
UNIT HAL EHWAL MURID
BUKU PANDUAN
DAN
PERATURAN
SEKOLAH
V 2.0
1
PROFIL DIRI
Gambar
Nama : __________________
Kelas : ___________
Alamat : __________________
__________________
__________________
No.Tel Bapa : ____________
No Tel Ibu : ____________
2
SEJARAH SKKJ
Sek. Keb Khir Johari sebelum penubuhan bertapak dan
berkongsi sekolah dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Prai.
Pada 1 haribulan Julai 1954 ditubuhkan cawangan Sekolah
Kebangsaan Kuala Prai bertempat di Sekolah Tamil Perai.
Sekolah Kebangsaan Khir Johari mula dibina pada
tahun 1959 dan siap digunakan pada 1 haribulan Januari
1961. Projek pembinaan bangunan sekolah ini mengambil
masa beberapa tahun akibat wujudnya masalah kontraktor .
Menteri Pelajaran pada masa itu Yang Berbahagia
Tan Sri Khir Johari telah memberi sokongan dan bantuan
untuk menyiapkan bangunan sekolah ini.
Pada tahun 1989 sebuah bangunan empat tingkat
telah dibina dan digunakan sehingga sekarang.
Pada tahun 1999 dua buah bangunan lama telah
dirobohkan dan dibina sebuah lagi bangunan empat tingkat.
Bangunan baharu ini telah digunakan sepenuhnya pada
pertengahan tahun 2002.
Nama Sekolah Kebangsaan Khir Johari ini diambil
sempena nama Menteri Pelajaran pada masa itu kerana
sumbangan beliau yang sentiasa mengambil berat akan
perkembangan pembinaan bangunan sehinggalah siap.
3
LOKASI
SEK . KEB KHIR JOHARI
13600 PERAI
SEBERANG PERAI TENGAH
PULAU PINANG
4
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”
MOTTO
Keikhlasan Membawa Keberkatan
5
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI
SEKOLAH KEBANGGAAN KAMI
SENTIASA MEMBERI CAHAYA
PENYULUH ILMU PADA KAMI
WAHAI PUTRA PUTRI BANGSAKU
BERTEKAD JUGA BERUSAHA
TUJU ERA GLOBALISASI
MENCAPAI WAWASAN BANGSA
SENTIASA BERUSAHA
SENTIASA MENGHORMATI
ITULAH PRINSIP DAN JANJI KAMI
SKKJ YANG DIBANGGAI (2x)
6
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA KAMI, RAKYAT MALAYSIA
BERIKRAR
AKAN MENUMPUKAN SELURUH
TENAGA DAN USAHA KAMI
BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP
YANG BERIKUT
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
7
IKRAR PELAJAR
BAHAWASANYA KAMI PELAJAR SKKJ
BERIKRAR
AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TAAT SETIA KAMI
KEPADA
SEKOLAH KAMI
GURU-GURU KAMI
IBU BAPA KAMI
KAMI BERJANJI
AKAN MEMATUHI DAN MENJAGA
NAMA BAIK SEKOLAH
DI MANA-MANA SAHAJA
KAMI BERJANJI AKAN MENJADI
PELAJAR YANG BERDISIPLIN,
BERILMU DAN BERJAYA
DEMI AGAMA,
MASYARAKAT,IBU BAPA
DAN
SEKOLAH KAMI.
8
AOD
بِ ْس ِم اللهِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم
, َت ِت ُم ال َّصالِ َحا ُت ا ْل َح ْم ُدلل ِه ال ِذ ْي ِب ِن ْع َم ِت ِه
َع َلى َر ُس ْولِ َنا َوال َّصلاةُ َوال َّسلا ُم
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI
DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI
DOSA GURU-GURU KAMI
KAU TERANGILAH HATI KAMI
DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAHMU
TUNJUKKANLAH KAMI
JALAN YANG BENAR
JADILAH KAMI HAMBAMU
YANG BERIMAN, BERILMU DAN
BERAKHLAK MULIA
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN
َر َّب َنا َءا ِت َنا ِفً ال ُّد ْن ٌَا َح َس َن ًة َو ِفً الأ ِخ َر ِة َح َس َن ًة
َس ٌِّ ِد َنا ُم َح َّمد َو َصلَّى اللهُ َعلَى ,َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنار
.َر ِّب ا ْل َعال ِمٌ َن َوال َح ْم ُدلل ِه,َو َس َلّ َم َو َعلَى َءا ِل ِه َو َص ْح ِب ِه
9
ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan -9-
2. Definisi -9-
3. Matlamat - 10 -
4. Hari Persekolahan - 11 -
5. Waktu Rehat - 13 -
6. Tempat / Kawasan Larangan - 14 -
7. Keselamatan Jalan Raya - 14 -
8. Sikap , Kelakuan dan Tataterbit - 14 -
9. Pakaian Sekolah - 15 -
10. Kebersihan Diri - 17 -
11. Kegiatan Ko Kurikulum - 17 -
12. Kelas dan Kawasan Sekolah - 17 -
13. Kantin - 18 -
14. Tandas, Bilik Air dan Tempat Wuduk - 19 -
15. Dialog Prestasi - 19 -
16. Larangan dan Tindakan Disiplin - 20 -
17. Sistem Pemantauan Kelas - 20 -
18. Pas Keluar - 21 -
19. Pelan Tindakan Kecemasan - 22 -
20. Ponteng dan Tidak Hadir Sekolah - 23 -
21. Lampiran 1 –8
i. Panduan Pakaian Murid
ii. Gaya Rambut
iii. Kedudukan Lencana dan Tanda Nama
iv. Pengakuan
10
PENDAHULUAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat.
Di sinilah disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri
baik bagi pembentukan sikap peribadi juga
pertumbuhan fizikal yang sempurna. Beberapa
peraturan dan undang-undang perlu bagi
kesejahteraan individu masyarakat sekolah ini. Hayati
dan patuhilah undang-undang dan peraturan-
peraturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan
masyarakat sekolah dan keharmonian hidup bangsa
dan negara.
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin
ditakrifkan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri,
tatatertib seseorang supaya boleh berkelakuan baik,
kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan, hukuman atau denda kerana melanggar
sesuatu peraturan yang ditetapkan.
11
MATLAMAT
1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian
akademik semua murid.
2. Mempertingkat pencapaian keputusan dalam
semua ujian dan peperiksaan yang dijalankan.
3. Penglibatkan murid dalam semua bidang
kokurikulum supaya menjadi warganegara yang
aktif, cekap, berdisiplin dan bertanggungjawab.
4. Berusaha menghapuskan kelemahan yang telah
wujud, sedang wujud dan yang mungkin akan
wujud.
5. Mempertingkatkan aspek penggunaan Bahasa
Malaysia dalam pengajaran, pertuturan serta
penulisan.
6. Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa
Inggeris oleh semua murid.
12
PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
1.0 Hari Persekolahan
1.1 Loceng pertama dibunyikan pada 7.35 Pagi. Murid
berkumpul di medan perhimpunan. Murid beratur dan bergerak ke
bilik darjah secara senyap. Loceng kedua dibunyikan pada pukul 7.45
pagi.
Waktu pulang ialah :
Hari Tahap 1 Tahap 2
Isnin 1.05 1.35
Selasa 12.35 1.05
Rabu 12.35 1.05
Khamis 12.35 1.05
Jumaat 12.05 12.05
1.2 Perhimpunan sekolah ialah pada setiap hari Isnin 7.45 pagi.
Semua murid dikehendaki berjalan mengikut barisan masing-masing
semasa masuk ke kelas.
1.3 Murid dikehendaki berada di sekolah untuk menyertai
sebarang aktiviti yang berkaitan dengan Kurikulum dan Kokurikulum
sekolah pada waktu yang ditetapkan.
13
1.4 Murid dikehendaki berjalan mengikut barisan semasa pergi
dan keluar dari bilik-bilik darjah, Makmal Sains, Perpustakaan,
Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Pemulihan, Kelas Pendidikan Moral,
Bilik SAL, Bilik Komputer dan Bilik J-Qaf.
1.5 Kehadiran murid sepanjang tahun adalah perkara yang
sangat penting. Ibu bapa / waris hendaklah memberitahu pihak
sekolah jika anak/jagaan mereka tidak hadir pada hari –hari
persekolahan dengan cara menulis surat atau menelefon pihak
sekolah.
1.6 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada
waktu persekolahan kecuali dalam keadaan tertentu dengan
mendapat kebenaran dari Guru Besar atau Penolong Kanan.
1.7 Ibu bapa / waris tidak dibenarkan mengambil murid keluar
dari kawasan sekolah semasa persekolahan berjalan kecuali dengan
mendapat kebenaran dari Guru Besar atau Penolong Kanan.
1.8 Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa / waris dengan
telefon (jika ada) sekiranya murid sakit atau tidak sihat dengan tiba-
tiba semasa waktu persekolahan berjalan supaya pihak waris dapat
menjemput anak/jagaan mereka pulang untuk tindakan selanjutnya.
1.9 Ibu bapa / waris tidak perlu menghantar anak / jagaan
mereka ke sekolah jika pada hari tersebut anak mereka tidak sihat.
1.10 Ibu bapa / waris hendaklah menghubungi pihak sekolah
dengan segera jika anak/ jagaan mereka tidak pulang ke rumah pada
masa kebiasaan mereka pulang.
14
1.11 Ibu bapa/waris yang menjemput sendiri anak mereka
pulang, haruslah tiba tepat pada masanya supaya anak/jagaan
mereka tidak gelisah kerena menunggu lama.
1.12 Ibu bapa/waris diminta berbincang dengan
pemandu/pengusaha bas sekolah jika terdapat kesulitan mengenai
masa perkhidmatan supaya murid dapat tiba di sekolah pada masa
yang ditetapkan dan sampai di rumah dengan selamat.
1.13 Kehadiran murid sepanjang tahun adalah perkara yang
sangat penting. Ibu bapa / waris hendaklah memberitahu pihak
sekolah jika anak/jagaan mereka tidak hadir pada hari –hari
persekolahan secara bertulis.
2.0 Waktu Rehat
2.1 Murid dikehendaki keluar dari bilik darjah semasa rehat
kecuali pada masa tertentu .
2.2 Murid mesti berada di kantin semasa rehat.
2.3 Murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas
semasa rehat atau masa-masa lain. Semua murid tidak dibenarkan
berlari atau bermain serta membuat bising di dalam atau di luar kelas
semasa rehat.
2.4 Murid tidak dibenarkan berada /bermain di tempat
larangan semasa rehat.
15
3.0 Tempat / Kawasan Larangan
3.1 Tempat letak basikal
3.2 Tempat letak kenderaan guru
3.3 Pejabat dan bilik guru
3.4 Bilik Air dan Tandas Guru
4.0 Keselamatan Jalan Raya
4.1 Murid mestilah mematuhi peraturan jalan raya semasa
datang dan pulang dari sekolah supaya keselamatan mereka
sentiasa terpelihara terutama apabila melintas jalan raya, menaiki
dan turun dari bas, berbasikal dan berjalqn kaki.
4.2 Murid dikehendaki menunggu bas, kereta dan lain-lain
kenderaan di dalam kawasan sekolah sebagai usaha menjaga
keselamatan diri murid-murid itu sendiri.
5.0 Sikap , Kelakuan dan Tatatertib
5.1 Murid mestilah berkelakuan baik dan bersopan santun
sepanjang masa.
5.2 Murid mestilah menghormati guru, pekerja, waris dan
pelawat apabila berjumpa/berselisih dengan memberi hormat ucapan
selamat / salam bagi murid-murid Islam.
5.3 Apabila guru, Guru Besar atau pelawat masuk ke kelas,
semua murid hendaklah bangun dan memberi salam / ucapan
selamat.
16
5.4 Sebelum masuk ke pejabat atau ke kelas, semua murid
5.5 Murid-murid dilarang masuk ke kelas lain tanpa mendapat
kebenaran guru atau tanpa sesuatu urusan yang tertentu.
5.6 Murid-murid hendaklah sentiasa berjalan dengan senyap
apabila pergi ke kelas-kelas Agama/ Makmal Sains / Bengkel / Kelas
Pemulihan / Kelas Komputer / Perpustakaan/ Kelas Moral / PJ / Kelas
Muzik dan J-Qaf.
5.7 Murid-murid hendaklah berjalan dengan berhati-hati semasa
menaiki tangga.JANGAN BERLARI dan BERTOLAK-TOLAKAN.
5.8 Semua murid hendaklah mempunyai sikap bekerjasama,
sentiasa tolong-menolong, hormat-menghormati serta memupuk
semangat kasih sayang antara mereka.
5.9 Murid yang keluar dari kelas kerana urusan tertentu mestilah
mendapat “PAS KELUAR”dari guru yang ada di dalam kelas.
6.0 Pakaian Sekolah
6.1 Murid hendaklah memakai pakaian sekolah yang lengkap
serta berlencana dan ada tanda nama pada uniform masing-masing.
6.2 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung dan
baju kurung putih serta kain biru tua.
6.3 Murid lelaki hendaklah memakai seluar panjang berwarna
biru tua. Murid dikehendaki memakai kasut dan sarung kaki .
17
6.4 Murid lelaki dibenarkan memakai songkok hitam atau putih
sahaja.
6.5 Ibu bapa / waris murid Islam Tahap II, diminta menyediakan
kain telekong untuk anak perempuan mereka supaya mereka dapat
melakukan aktiviti semasa mereka berada di dalam kelas Fardhu
‘Ain - KAFA.
6.6 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah
apabila menyertai sebarang kegiatan rasmi di sekolah atau semasa
mewakili sekolah dalam sebarang upacara.
6.7 Murid mestilah memakai pakaian yang sesuai semasa
melakukan Pendidikan Jasmani iaitu T-Shirt Sekolah / T Shirt 1M1S
serta seluar track berwarna biru tua.
6.8 Murid dikehendaki memakai uniform sekolah selepas waktu
Pendidikan Jasmani.
6.9 Setiap murid diwajibkan menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani
kecuali disahkan bahawa murid tersebut menghidapi penyakit yang
tidak membenarkan mereka berbuat demikian.
6.10 Murid dikehendaki memakai T-Shirt sekolah apabila
menghadiri sebarang aktiviti di sekolah seperti kelas tambahan,
latihan kompang dan lain-lain.
6.11 Pakaian murid hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
18
7.0 Kebersihan Diri
7.1 Murid hendaklah menjaga kebersihan rambut, gigi, kuku dan
tubuh badan pada setiap waktu.
7.2 Rambut murid lelaki hendaklah pendek, kemas dan rapi.
7.3 Murid-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah
didandan atau diikat dengan reben biru tua supaya kemas.
7.4 Murid-murid perempuan yang berambut pendek hendaklah
sehingga paras bahu.
8.0 Kegiatan Ko Kurikulum
8.1 Kegiatan kokurikulum adalah diwajibkan untuk murid tahap II
iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6.
8.2 Murid Tahap II diwajibkan menjadi ahli dalam kegiatan
Kokurikulum seperti ahli unit beruniform, persatuan, kelab dan
permainan 1M1S (tahun 3) .
8.3 Murid Tahap II diwajibkan hadir dalam kegiatan kokurikulum
pada hari Rabu selepas waktu persekolahan.
9.0 Kelas dan Kawasan Sekolah
9.1 Setiap murid hendaklah menjaga kebersihan kelas dan
juga kawasan sekolah.
19
9.2 Murid adalah bertanggungjawab menjaga kerusi dan meja
supaya tidak rosak.
9.3 Murid dikehendaki menjaga harta benda dan perkakas
sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan harta benda
dan perkakas sekolah tanpa izin dari guru.
9.4 Jika ada murid yang merosakkan atau memecahkan harta
benda sekolah, ibu bapa / waris akan diberitahu melalui murid
tersebut dan kerosakan itu hendaklah diganti atau dibayar nilainya.
9.5 Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong / bakul
sampah yang disediakan.
10.0 Kantin Sekolah
10.1 Murid hendaklah beratur semasa hendak membeli
makanan.
10.2 Murid tidak dibenarkan membeli makanan sebelum atau
selepas loceng berbunyi. (waktu rehat)
10.3 Bungkusan makanan hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan. DILARANG membuang sisa makanan di
dalam sinki dan di dalam longkang.
10.4 Pinggan / mangkuk serta gelas yang telah digunakan oleh
murid hendaklah diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas yang
disediakan.
20
11.0 Tandas , Bilik Air dan Tempat Wuduk
11.1 Murid hendaklah menggunakan kemudahan ini dengan betul.
11.2 Tandas yang digunakan oleh semua murid hendaklah bersih
selalu.
11.3 Paip air hendaklah ditutup semula setelah digunakan.
11.4 Murid tidak dibenarkan membawa sebarang alat tulis masuk
ke dalam tempat ini.
12.0 Kelas Tambahan
12.1 Kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 akan
dijalan pada hari dan waktu yang akan ditetapkan oleh pihak
sekolah.
12.2 Ibu bapa / waris yang memberi kebenaran diminta
memastikan supaya anak/jagaan mereka dapat hadir pada masa
yang ditetapkan.
13.0 Dialog Prestasi – Hari Pelaporan
13.1 Ibu bapa / waris dijemput hadir ke sekolah untuk berjumpa
dan berbincang dengan guru-guru berkenaan jika timbul masalah
tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
21
13.2 Ibu bapa / waris diminta meluangkan masa datang ke sekolah
untuk mengambil Laporan Kemajuan Murid tiap-tiap penggal
persekolahan. Jika ibu bapa / waris tidak dapat hadir pada hari yang
ditetapkan, Buku Laporan tersebut boleh diambil pada hari-hari
berikutnya.
14.0 Larangan dan Tindakan Disiplin
14.1 Dilarang merokok di kawasan sekolah.
14.2 Ibu bapa / waris diminta menghantar dan mengambil anak-
anak di luar kawasan sekolah kecuali hari hujan.
14.3 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas
atau sebarang perhiasaan semasa datang ke sekolah.
14.4 Murid dilarang membeli makanan dan minuman dari penjaja
di luar kawasan sekolah.
14.5 Jika ada sebarang urusan, ibu bapa / waris atau pelawat
hendaklah berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu.
15.0 Sistem Pemantauan Kelas
15.1 Sistem ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang sesuai
dalam bilik darjah supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan licin dan berkesan.
22
15.2 Peranan Ketua Kelas / Penolong Kelas.
15.2.1 Ketua kelas mengambil buku Pemantauan kelas
sebelum waktu pertama bermula dan kembalikannya ke
pejabat selepas waktu akhir.
15.2.2 Ketua kelas mengisikan butir-butir seperti berikut:-
Nama Guru Kelas
Hari
Tarikh
Nama mata pelajaran
Nama pelajar yang tidak hadir
Jumlah pelajar
Bilangan yang hadir
Bilangan yang tidak hadir
Nama pelajar yang ponteng kelas
15.2.3 Ketua Kelas pastikan guru menandatangani buku
tersebut bagi setiap waktu.
15.2.4 Jika Ketua Kelas tidak hadir, Penolong Ketua Kelas
akan menjalankan tugas-tugas yang tersebut di atas.
16.0 Pas Keluar
16.1 Penggunaan Pas Keluar / Masuk Kelas berkuat kuasa
mulai 11 Januari ___________.
16.2 Pelajar-pelajar yang keluar untuk ke tandas, ke pejabat
atau ke bilik guru mestilah memakai pas keluar.
16.3 Hanya seorang pelajar sahaja yang dibenarkan keluar dari
kelas menggunakan pas keluar.
23
16.4 Jika terdapat pelajar yang perlu keluar untuk tempoh yang
panjang kerana tugas tertentu, mereka mesti mendapatkan surat
kebenaran atau memo daripada guru.
16.5 Tidak dibenarkan menggunakan pas keluar untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan kokurikulum ketika waktu
pembelajaran kecuali atas kebenaran PK Kokurikulum atau Guru
Besar.
16.6 Pelajar-pelajar yang berada di luar Kelas atau keluar tanpa
pas akan dikenakan DEMERIT atau TINDAKAN DISIPLIN.
17.0 Pelan Tindakan Kecemasan - Kebakaran
17.1 Loceng akan dibunyikan beberapa kali berterusan sebagai
isyarat berlakunya sebarang kebakaran.
17.2 Tindakan berikut perlu diambil dengan segera :-
17.2.1 Semua pelajar keluar dari bilik darjah, bengkel
dan makmal dengan segera. Berjalan dengan pantas tetapi
bukan berlari atau merempuh.
17.2.2 Bawa apa yang mudah dan cepat diambil sahaja.
17.2.3 Berbaris dalam dua barisan dan bergerak pantas
ke medan perhimpunan.
17.2.4 Tutup semua suis lampu dan kipas di dalam bilik.
(Tindakan 17.2.1 hingga 17.2.4 dilakukan dengan pantas di bawah
kelolaan guru yang sedang mengajar ketika itu.)
24
17.3 Guru-guru dan kakitangan sekolah yang berada di mana-
mana tempat atau bangunan hendaklah keluar ke medan
perhimpunan dengan segera. Pastikan semua suis ditutup.
17.4 Penolong Kanan HEM bertugas mengambil danMengambil
dan membawa jadual kedatangan pelajar yang ada di pejabat ke
medan perhimpunan.
17.5 Di Medan Perhimpunan kecemasan:-
* Murid akan beratur mengikut barisan seperti
Perhimpunan mingguan / harian.
Guru Kelas / Ketua Kelas akan menyemak bilangan
murid mengikut kelas masing- masing.
Rujuk PELAN KEBAKARAN SEKOLAH
17.6 Panggilan Kecemasan :-
* Bomba / Ambulan / Polis akan dibuat oleh
Kakitangan Pejabat Sekolah.
18.0 Ponteng / Tidak Hadir ke Sekolah
18.1 Pihak sekolah akan mengambil langkah untuk menghantar
surat-surat amaran sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah,
mengikut jadual seperti berikut:-
25
Ponteng / Tidak hadir Berkala
Surat Hari Tidak Hadir Hadir / Tidak Hadir
Berturut-turut Bukan Berturut-turut
AmaranPertama
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua 10 hari selepas
7 hari selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir Amaran Pertama 20 hari selepas
Amaran Kedua
Surat Panggilan 7 hari selepas
Kepada Waris Amaran Kedua 20 hari selepas
Amaran Terakhir
Berjumpa 14 hari selepas
Dengan GB Amaran Terakhir 60 Hari
Jumlah Hari
Tidak Hadir 31 Hari
18.2 Tindakan buang sekolah boleh dipertimbangkan sekiranya
pelajar tidak hadir ke sekolah mengikut jumlah hari yang ditetapkan
seperti jadual di atas.
Sumber “ Buku ‘Panduan Mengatasi Masalah
Ponteng Sekolah” Unit Disiplin. Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.
26
Lampiran 1
KP (BS) 8591/ Jld.II /(2)
Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan
Panduan Bentuk Pakaian Seragam (Baju Kurung Moden)
(Tidak Bertudung)
27
Lampiran 2
KP (BS) 8591 / Jld. II (2)
Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan
Memakai ‘PINAFORE’ Dan BLOUSE’
28
Lampiran 3
KP (BS) 8591 / Jld. II/ (2)
Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan
Panduan Bentuk Pakaian Seragam
(Baju Kurung Moden Bertudung)
29
Lampiran 4
KP(BS) 8591 /Jld. II/ (2)
Contoh Pakaian Seragam Murid Lelaki
Berseluar Panjang dan Berbaju Lengan Pendek
30
Lampiran 5
KP (BS) 8543/Vol. II (58)
Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1976
GAYA RAMBUT BAGI MURID LELAKI / PEREMPUAN
31
Lampiran 6
32
Lampiran 7 – Lencana / Tanda Nama
33
Lampiran 8 – Pengakuan
PENGAKUAN MURID & IBUBAPA / PENJAGA
Saya (nama murid) …………………………………………
Kelas ……………..…… yang sesungguhnya saya telah membaca dan
faham kandungan Buku Peraturan Sekolah . Saya dengan ini berikrar
dan berjanji akan akur dengan kandungan buku ini. Sekiranya saya
ingkar serta melanggar peraturan yang terdapat dalam buku ini saya
akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
…………………………………….… Tarikh :
( Tandatangan Murid )
disaksikan oleh ,
………………………………………
(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)
Nama : ……………………………………… Tarikh :
34