MODUL
PEMBELAJARAN
MPV
LANDSKAP DAN
NURSERI
MODUL 2
KSSM TINGKATAN 4
Kandungan
MODUL 2 Pembiakan Tumbuhan
2.1 Pembiakan Tumbuhan Secara Seks
2.2 Pembiakan Tumbuhan Secara Aseks
UNIT 2.1 : PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS
2.1.1 Menyenaraikan Alatan Dan Bahan Yang Digunakan Untuk Menyemai Biji
Benih
Kaedah semaian Alatan Bahan
seks
Biji benih halus - Sudip tangan - Medium semaian
Biji benih kasar - Serampang tangan - Bahan semaian (biji benih)
- Sekop - Bekas semaian
- Tong penyiram - Racun kulat dan perosak
- Air
- Sudip tangan
- Serampang tangan - Medium semaian
- Sekop - Bahan semaian (biji benih)
- Tong penyiram - Bekas semaian
- Racun kulat dan perosak
- Air
2.1.2 Menyatakan Ciri-Ciri Biji Benih Yang Baik.
Bebas daripada kecederaan, serangan penyakit dan perosak.
Benih tanaman mesti bebas daripada sebarang penyakit atau perosak.
Pemeriksaan rapi perlu dibuat pada peringkat awal untuk memastikan tidak ada
serangan atau jangkitan apabila telah ditanam. Terdapat juga agen penyakit
yang dipanggil sebagai ‘seed born disease’ yang akan memberi kerosakan pada
tanaman. Penyakit ini selalu berlaku jika sumber benih memang telah ada
penyakit tersebut seperti virus danbakteria.
Mempunyai peratusan percambahan yang tinggi.
Biji benih perlu diuji tahap peratus percambahan untuk mengetahui biji benih yang
berkualiti dan mempunyai peratus percambahan yang tinggi.
Baka yang baik
Benih yang baik adalah benih yang memiliki ukuran normal (tidak terlalu besar dan
tidak terlalu kecil) dan memiliki keseragaman dalam ukuran, sehingga dapat
menghasilkan anak pokok yang berkualiti tinggi.
Penuh berisi
Benih yang hendak ditanam perlu berisi, padat dan bersih dari kekotoran serta
segar. Ini akan memastikan kita hanya memilih benih yang berkualiti sahaja.
Cukup matang
Pilih benih yang matang sahaja untuk ditanam. Benih yang tidak matang akan
menyebabkan pertumbuhan pokok tidak cergas diperingkat awal dan kadang-
kadang tidak bercambah.
Tidak bercampur dengan biji benih lain (tulen/asli)
Benih yang hendak ditanam mesti dipastikan ketulenannya. Jika benih tidak tulen
akan merugikan petani seperti benih telah bercampur dengan benih yang lain.
Contoh biji benih
2.1.3 Menerangkan Teknik Mempercepatkan kebernasan (Percambahan) Biji
Benih.
Biji benih perlu dibuat rawatan untuk membantu mempercepatkan percambahan. Antara
teknik rawatan yang boleh digunakan untuk mempercepatkan percambahan biji benih
ialah :
a. Pelelasan (scarification)
Teknik ini dilakukan dengan cara mengikis atau membuang kulit biji benih (testa) dan
kemudian direndamkan dalam air panas untuk melembutkan kulit biji benih. Cara ini
akan membantu mempercepatkan proses percambahan biji benih
b. Stratifikasi (stratification)
Teknik ini dilakukan dengan cara menimbus biji benih ke dalam pasir, tanah atau
habuk kayu yang basah. Proses ini akan membantu melembut dan memecahkan kulit
biji benih (testa) bagi mempercepatkan percambahannya.
c. Vernalisasi (vernalization)
Teknik ini dilakukan dengan cara meletakkan biji benih ke dalam peti sejuk dengan
suhu di bawah 0°C. Proses ini akan memendekkan tempoh dorman dan merangsang
pengeluaran hormon untuk percambahan.
d. Pemeraman (fermentation)
Teknik ini dilakukan dengan cara merendam biji benih ke dalam air atau menyimpan
biji benih ke dalam plastik selama satu malam untuk menanggalkan selaput biji benih.
Proses ini juga akan membantu mempercepatkan percambahan.
2.1.4 Menerangkan Kelebihan Dan Kekurangan Pembiakan Secara Seks.
Pembiakan tanaman hiasan secara seks juga dikenali pembiakan menggunakan biji
benih. Biji benih tanaman hiasan terbahagi kepada dua iaitu biji benih halus dan biji benih
kasar. Melalui biji benih matang yang diambil dari pokok induk akan terhasil pokok-pokok
baru. Antara kebaikan dan keburukan pembiakan menggunakan biji benih adalah:
Kebaikan Keburukan
1 Penyemaian boleh dijalankan dalam Tidak semua tumbuhan mengeluarkan biji
kuantiti yang banyak. benih.
2 Biji benih mudah diperolehi. Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi.
3 Anak pokok mempunyai akar tunjang. Pertumbuhan tidak sekata.
4 Menghasilkan baka-baka baru. Terdapat masa rehat (dormancy).
5 Menyediakan pokok penanti. Masa yang panjang untuk matang.
6 Kadangkala terhasil hibrid yang lebih Bermusim.
cergas berbanding pokok induk.
2.1.5 Melaksanakan Ujian Kebernasan Biji Benih.
PENGENALAN
Kebernasan biji benih ialah kemampuan biji benih bercambah untuk mendapatkan
anakbenih yang sihat dan subur disokong dengan keadaan mempunyai air, udara dan
suhu yang sesuai.Benih merupakan satu komponen yang menentukan kejayaan
percambahan biji benih. Pengunaan biji benih yang berkualiti baik akan memberikan hasil
semaian yang bermutu.Ujian kebernasan biji benih dilakukan untuk mendapatkan biji
benih yang mempunyai peratusan percambahan biji benih yang agak tinggi dan
seterusnya anak pokok yang subur.
Teknik ujian kebernasan biji benih
a. Menyediakan bahan dan alatan iaitu bekas air, air dan biji benih
b. Memasukkan air ke dalam bekas bersih
c. Memasukkan biji benih ke dalam bekas yang berisi air.
d. Merendam biji benih dalam air selama 6-8 jam.
e. Kelihatan biji benih yang terapung dan tenggelam di dasar bekas air(biji benih yang
tenggelam di dasar bekas air adalah biji benih yang bernas).
f. Ambil biji benih yang bernas dan toskan air.
Ujian kebernasan biji benih
Percambahan Biji Benih
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih. Ia juga merupakan
peringkat pertama menghasilkan anak benih dan percambahan akan berlaku apabila biji
benih tumbuh. Rawatan percambahan perlu dilakukan untuk memastikan biji benih dapat
bercambah dengan baik. Benih merupakan satu komponen yang menentukan kejayaan
percambahan biji benih.
Langkah-langkah menguji percambahan bijih benih
a. Letakkan 20 biji benih di atas piring petri beralaskan kapas.
b. Lembapkan kapas dengan air suling.
c. Tutup piring petri dan biarkan biji benih beberapa hari sehingga bercambah.
d. Lembapkan kapas dari masa ke semasa.
e. Biji benih bercambah selepas lima hari.
Ujian percambahan biji benih
2.1.6 Merawat Biji Benih Menggunakan Bahan Kimia Mengikut Prosedur Kerja.
Biji benih perlu dirawat untuk mempercepatkan percambahan. 70% daripada
kejayaan hasil projek tanaman terletak kepada biji benih yang sihat. Biji benih yang
sihat dan terpilih tidak perlu dirawat tetapi boleh disemai terus.
Kaedah Merawat Biji Benih
a) Kaedah Rawatan 1
Langkah Kerja
Langkah 1
Menyediakan alatan dan bahan –
Bekas plastik dan penapis.
Rendam biji benih dalam air biasa
selama 6 – 8 jam.
Langkah 2
Tos atau keringkan.
Contoh Biji Benih yang telah di rawat. Langkah 3
Gaulkan biji benih dengan racun kulat.
Racun kulat yang boleh digunakan
seperti Thiram / Benlate / Copper
Sulfate (kadar bancuhan 1gm/1 liter
air).
b) Kaedah Rawatan 2
Langkah Kerja
Langkah 1
Menyediakan alatan dan bahan
Bekas plastik, penapis, kapas /tisu
Rendam biji benih dalam air suam
selama 3 – 4 jam.
Langkah 2
Tos atau keringkan.
Langkah 3
Tutup biji benih di dalam bekas plastik
/ kertas basah.
Langkah 4
Biarkan sehingga bercambah (2- 4
hari).
Biji benih yang telah bercambah.
c) Kaedah Rawatan 3
Langkah Kerja
1. Menyediakan alatan dan bahan – bekas plastik dan tisu / kertas.
2. Taburkan biji benih di atas kertas lembap dan gulung kertas itu.
3. Masukkan dalam plastik dan tiup plastik agar bergelembung.
4. Jemur pada panas matahari selama 6 – 8 jam.
5. Biarkan dalam suhu biasa sehingga biji benih bercambah.
i. Menyediakan Medium Semaian Dan Bekas Semaian Mengikut Prosedur Kerja.
Menyediakan medium semaian mengikut prosedur kerja :
2 Bahagian tanah loam
1 Bahagian bahan organik
1 Bahagian pasir sungai
Prosedur kerja penyediaan medium semaian :
a. Menyediakan alatan dan bahan.
b. Menyediakan medium semaian yang terdiri daripada tanah loam,
bahan organik dan pasir sungai.
c. Menapis ketiga-tiga bahan tersebut.
d. Menyukat bahan tadi dengan nisbah 2:1:1.
e. Mencampurkan bahan dan gaul hingga sekata.
f. Memasukkan medium campuran tersebut ke dalam bekas semaian.
Campurkan bahan dan gaul hingga Masukkan medium campuran tersebut ke
sekata. dalam bekas semaian.
ii. Menyediakan bekas semaian mengikut prosedur kerja :
Prosedur kerja penyediaan bekas semaian : .
a. Menyediakan alatan dan bahan
b. Membersihkan kotak/bekas semaian.
c. Menutup lubang saliran.
d. Mengisi medium hingga 2cm ke permukaan bekas semaian.
e. Meratakan permukaan medium.
f. Membuat alur/lubang penanaman.
2.1.9 Menyemai Biji Benih Mengikut Prosedur Kerja.
Prosedur Kerja Menyemai Biji Benih Kasar
Langkah kerja Keterangan
i) sudip tangan, skop,cangkul, bekas semaian.
1. Menyediakan
alatan
2. Menyediakan i) Tanah loam, bahan organik, pasir, biji benih kasar
bahan
Contoh biji benih Pinang
Manila
3. Membuat medium i) Sukatkan medium mengikut nisbah 2:1:1 (tanah loam :
campuran bahan organik : pasir)
ii) Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas
semaian atau beg politena.
2 bahagian tanah lom
1 bahagian organik
1 bahagian pasir
4. Menyediakan biji i) Pilih biji benih yang telah matang, elok dan
benih kasar. sempurna
Contoh:
Veitchia merilli
(palma manila)
Helianthus sp
(bunga matahari
ii) Ambil biji benih dan gosokkan dengan kertas las yang
kasar sehingga nampak tempurung bji benih.
5. Menyemai biji benih i) Buatkan alur semaian sedalam 2-3 kali ganda diameter
kasar di dalam biji benih.
bekas semaian
ii) Susunkan biji benih ke dalam alur dan tutupkan dengan
satu lapisan tanah.
6. Letakkan di bawah Teduhan 50%
teduhan Siram sehingga medium lembap
7. Siram secukupnya
Prosedur Kerja Menyemai Biji Benih Halus
Langkah kerja Keterangan
1. Menyediakan i) Sudip tangan, skop, cangkul, bekas semaian.
alatan i) Tanah loam, bahan organik, pasir, biji benih halus
2. Menyediakan
bahan
3. Membuat medium i) Sukatkan medium mengikut nisbah 2:1:1 (tanah
campuran loam : bahan oraganik : pasir)
ii) Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam
bekas semaian atau beg politena.
4. Menyediakan biji i) Pilih biji benih yang telah matang, elok dan sempurna
benih halus.
ii) Buat ujian kebernasan biji benih halus sebelum disemai
Contoh: untuk meninggikan peratus percambahan.
Gomphrena globosa iii)Campurkan biji benih halus dan pasir halus dengan
(bunga butang) nisbah 1:5 (biji benih halus: pasir halus). Gaulkan
sehingga rata.
Zinnia sp (bunga
zinnia)
Celosia sp (bunga
balung ayam)
5 bahagian pasir
halus dan 1 bahagian biji benih
i) Buatkan alur semaian sedalam 0.5cm dalam.
5. Letakkan di bawah ii) Taburkan campuran biji benih dan pasir ke
teduhan. dalam alur dan tutupkan dengan satu lapisan
mediumATAU Taburkan secara sekata di dalam
Siram secukupnya. bekas semaian
Teduhan 50%.
Siram sehingga medium lembap.
2.1.10 Menghitung Peratus Percambahan Biji Benih Yang Disemai.
UJIAN KEBERNASAN / PERCAMBAHAN
Ujian kebernasan/percambahan adalah satu kaedah mudah bagi menentukan peratusan
viabilitI atau peratusan percambahan biji benih. Kaedah ini sesuai digunakan bagi
menentukan peratusan percambahan biji yang lama disimpan. Ujian percambahan ini juga
sesuai digunakan untuk projek berskala besar. Ini kerana kita perlu memastikan jumlah
percambahan biji benihtinggi dapat menggelakkan kerugian dalam menggunakan medium
semaian atau peat moss.
Cara menjalankan ujian percambahan:
1) Gunakan bekas atau pinggan.
2) Basahkan tisu.
3) Letakkan tisu tersebut dalam bekas atau pinggan.
4) Letakkan biji benih dalam keadaan teratur di atas tisu.
5) Tutup bekas ujian percambahan.
6) Biarkan biji benih bercambah. Tempoh percambahan bergantung kepada jenis
tanaman. Sebagai contoh, biji benih Celosia mengambil masa 6-7 hari untuk bercambah.
Pengiraan peratusan percambahan.
Berdasarkan formula seperti berikut:
Biji benih yang bercambah
x100
Jumlah biji benih yang disemai
Peratusan percambahan yang baik adalah 80%. Kurang daripada 80%, adalah kurang
baik. Daripada keputusan percambahan ini juga kita dapat membuat perancangan
bilangan / kuantiti biji benih yg perlu disemai.
Sebagai contoh, semai sebanyak 30 biji benih di dalam ujian percambahan tetapi benih
yang bercambah adalah 20 biji.
Maka peratusan percambahan kita adalah 20 / 30 = 0.66666 ~ 0.67.
Kemudian darabkan 0.67 x 100 = 67%.
Maka peratusan percambahan biji benih kita adalah sebanyak 67%. Ini adalah keputusan
yang kurang baik kerana kurang daripada 80%.
Merekod peratus kebernasan biji benih yang disemai.
a) Tarikh menyemai
b) Tarikh bercambah
c) Bilangan biji benih yang bercambah setiap minggu
d) Peratus percambahan = Biji benih yang bercambah
x100
Jumlah biji benih yang disemai
e) Ketinggian anak benih setiap minggu
Latihan Pengiraan:
1. Encik Abu melaksanakan ujian percambahan biji benih di nurseri. Dia telah
menyemai sebanyak 45 biji benih Celosia sp. Setelah seminggu, dia dapati
sebanyak 38 biji benih telah bercambah. Kirakan peratusan percambahannya.
2. Fatimah telah melaksanakan ujian percambahan untuk biji benih Kekwa. Dia telah
menyemai sebanyak 60 biji benih. Setelah beberapa hari, dia mendapati 50 biji
benih telah bercambah. Kirakan peratusan percambahannya.
3. Zaharah telah menyemai 75 biji benih pokok African Daisy. Setelah seminggu dia
dapati 6 biji benih telah mati. Kirakan peratusan percambahannya.
2.1.11 Memilih Medium Lain Untuk Menyemai Biji Benih.
Selain menggunakan tanah loam, bahan organik dan pasir sungai,medium semaian lain
boleh digunakan untuk menyemai biji benih.Antara medium semaian yang biasa
digunakan ialah Peat-moss,Pelet semaian,Perlite dan lain-lain.
a. Peat-moss
Peat-moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa
komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun
komponen utamanya ialah lumut sphagum. Peat-moss adalah nama tipikal bagi
tumbuhan lumut sphagum yang telah reput atau diproses menjadi kompos iaitu
tumbuhan asli yang tumbuh di seluruh bahagian dunia. Dalam bahasa mudah peat-moss
adalah sejenis lumut yang dipangil lumut sphagum diproses menjadi kompos untuk
kegunaan dalam bidang pertanian.
Terdapat beberapa jenis peat-moss di pasaran iaitu pertama, Lumut gambut fibric (peat-
moss fibric) iaitu peat-moss yang reput / kompos dengan kandungan fibre yang sangat
utuh. Kedua, lumut gambut hemic (peat-moss hemic) iaitu ia lebih reput berbanding
dengan jenis fibric tetapi kurang jika dibandingkan dengan jenis Sapric. Ketiga, Lumut-
gambut Sapric (peat-moss Sapric) iaitu jenis peat-moss paling reput berbanding jenis
hemic dan fibric. Maknanya peat-moss Sapric lebih baik jika dinilai dari segi kereputan
dan pengomposannya.
Sphagum yang diproses Peat moss
Tanaman yang menggunakan medium
peat-moss
b. Pelet semaian
Pelet semaian dipenuhi dengan substrat berkualiti tinggi. Kemudian ia dimampatkan untuk
membentuk pelet berbentuk bulat yang padat dan sedia untuk digunakan. Hanya tambah
air, dan tunggu penanaman kecil untuk berkembang hingga tujuh kali saiznya.
c. Perlite
Perlite merupakan sejenis mineral yang terhasil daripada letusan gunung berapi
pada suhu 1600 degree celcius yang mengembang sehingga 13x ganda
daripada saiz asal.Oleh itu, perlite ini sangat ringan dan mempunyai 'surface
area' yang tinggi.
Fungsi :
1. Merupakan medium terbaik bagi Hidroponik & Aquaponik disamping berfungsi
sebagai penapis air.
2. Bahan tambahan bagi memastikan medium anda poros, bermakna tiada air
berlebihan merosakkan akar.
3. Meningkatkan aliran udara dalam tanah, supaya akar lebih aktif.
4. Antara medium terbaik bagi pengakaran semaian keratan.
5. Dicampur dengan satu bahagian peatmoss dan tanah sebagai gabungan
terbaik tanaman pot
Tugasan
Anda diminta menyemai biji benih kasar/halus dengan menggunakan medium semaian
(peat moss/pelet semaian/perlite)yang disediakan oleh guru mengikut langkah kerja yang
betul.
2.2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS
STANDARD PEMBELAJARAN
i. Menyenaraikan alatan dan bahan untuk menyemai tumbuhan secara aseks.
ii. Menyenaraikan contoh tumbuhan yang sesuai dibiakkan secara aseks.
iii. Menerangkan kelebihan dan kekurangan pembiakan secara aseks.
iv. Menerangkan teknik membiak tumbuhan secara aseks:
a) keratan batang,
b) keratan daun,
c) cantuman baji,
d) rayapan (stolon),
e) rizom,
f) bebawang,
g) ubi,
h) umbisi,
i) belahan rumpun,
j) tut (markot).
v. Menyediakan medium semaian / pengakaran mengikut keperluan teknik
pembiakn secara aseks
vi. Melakukan pembiakan tumbuhan secara aseks mengikut prosedur kerja :
a) keratan batang,
b) keratan daun,
c) cantuman baji,
d) rayapan (stolon),
e) rizom,
f) bebawang,
g) ubi,
h) umbisi,
i) belahan rumpun,
j) tut (markot).
vii. Mencadangkan bahan lain untuk mempercepatkan proses pertumbuhan akar
viii. Menghasilkan pelbagai varieti pada satu tumbuhan dengan menggunakan teknik
pembiakan secara aseks.
i. Menyenaraikan Alatan Dan Bahan Untuk Menyemai Tumbuhan Secara Aseks.
Teknik Alatan Bahan
pembiakan
Keratan batang - Sekateur - Keratan ranting / dahan
- Tong penyiram - Hormon pengakaran
- Sudip tangan - Medium semaian :
Keratan daun - Sekateur a. Pasir, atau
Cantuman baji - Pisau cantuman b. Bahan organik + pasir ( 1:1 ), atau
Rayapan (stolon) - Tong penyiram c. Tanah loam + bahan organik + pasir
Rizom - Sudip tangan
Bebawang ( 2:1:1 )
Ubi - Sekateur - Bahan tanaman ( keratan daun )
Umbisi - Pisau - Medium semaian : Tanah loam + bahan
Belahan rumpun
Tut(Markot) cantuman/pisau organik + pasir ( 2:1:1 )
kecil
- Bahan tanaman
- Sekateur
- Pisau cantuman - Plastik lutsinar
- Sudip tangan
- Bekas semaian - Tali
- Pita parafilem/cantuman/PTFE
- Sekateur
- Pisau cantuman - Bahan tanaman
- Sudip tangan - Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Bekas semaian organik + pasir ( 2:1:1 )
- Beg politena.
- Pisau cantuman - Bahan tanaman (Organ rizom)
- Sekateur - Racun kulat
- Sudip tangan - Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Bekas semaian organik + pasir ( 2:1:1 )
- Tong penyiram - Bahan tanaman (Organ bebawang)
- Racun kulat
- Sekateur - Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Pisau cantuman organik + pasir ( 2:1:1 )
- Tong penyiram
- Bekas semaian - Bahan tanaman (Organ ubi)
- Racun kulat
- Sekateur - Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Pisau cantuman organik + pasir ( 2:1:1 )
- Tong penyiram - Bahan tanaman (Organ umbisi)
- Bekas semaian - Racun kulat
- Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Sekateur organik + pasir ( 2:1:1 )
- Pisau/ parang/ - Bahan tanaman (Organ belahan
cangkul
- Tong penyiram rumpun)
- Bekas semaian - Racun kulat
- Medium semaian : Tanah loam + bahan
- Pisau cantuman organik + pasir ( 2:1:1 )
- Sekatuer - Tumbuhan hiasan
- Hormon pengakaran
- Plastik lutsinar
- Tali
- Medium pengakaran: Tanah loam +
bahan organik (1:1) / Jiffy 7
ii. Menyenaraikan Contoh Tumbuhan Yang Sesuai Dibiakkan Secara Aseks.
BIL CONTOH TUMBUHAN KUMPULAN TEKNIK PEMBIAKAN
TUMBUHAN
1 Pokok puding Renek Keratan kayu keras
2 Pokok sena Naungan Keratan kayu keras
3 Bunga raya Renek Keratan kayu sederhana
4 Ati-ati Renek Keratan kayu lembut
5 Lidah jin Lendair Keratan lai daun
6 Resam batu Lendair Keratan urat daun
7 Duit-duit (Zamia) Keratan lai dan tangkai
Lendair daun
Cantuman baji
8 Bunga kertas Renek Tut (Markot)
9 Kesidang (Kerak nasi) Memanjat Rayapan (Stolon)
10 Rumput Bermuda Turf Rizom
11 Sepit udang Renek Bebawang
12 Bakong (Spider lily) Lendair Umbisi
13 Keladi Lendair Ubi
14 Keledek hiasan Merayap dan menjalar Belahan rumpun
15 Palma kuning Palma
iii. Menerangkan Kelebihan Dan Kekurangan Pembiakan Secara Aseks.
KEBAIKAN KEBURUKAN
– Boleh mendapat pokok yang seragam. – Pemindahan penyakit lebih mudah
– Menyerupai induk yang dipanggil klon. terutama oleh virus.
– Cepat berbunga/berbuah (cepat matang).
– Boleh dibiak sepanjang tahun. – Tidak semua jenis tumbuhan boleh
– Dapat dibiak dengan banyak dalam satu dibiak dengan cara ini.
masa. – Memerlukan kemahiran yang tinggi.
– Dapat membiak, tumbuhan yang tidak
boleh dibiak dengan biji.
iv. Menerangkan Teknik Membiak Tumbuhan Secara Aseks:
i. Keratan batang
Merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok
baru dengan banyak dan cepat.Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan
dengan keratan batang, dahan atau ranting. Kebanyakan spesies yang boleh
dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan dikotiledon. Bagaimana
pun ada juga spesies yang tidak boleh dibiakkan dengan cara ini, seperti pokok
palma, durian,rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah dijalankan,
hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan. Ada juga spesies monokotiledon
yang boleh dibiakkan dengan cara keratan batang seperti buluh, tebu dan lain-lain.
Codiaeum variegatum Bougainvillea Hibiscus Rosa-Sinensis
(Pokok Puding) (Pokok Bunga Kertas) (Pokok Bunga Raya)
Alamandacathartica Ixora javanica Coleus Blumei
(Pokok Bunga Loceng) (Pokok Bunga Siantan) (Pokok Ati-Ati)
Contoh tanaman hiasan yang dibiak secara keratan batang
Pemilihan Keratan
Dahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga bahagian.Bahagian yang
berwarna perang kayunya keras dan bahagian yang berwarna hijau pula berkayu
lembut. Bahagian tengah yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang
sederhana kerasnya. Keratan batang terbahagi kepada:
(a) Keratan kayu keras
(b) Keratan kayu sederhana
(c) Keratan kayu lembut.
Keratan kayu keras
Keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur dan tidak berpenyakit.
Panjang keratan ialah 15-20 cm panjang dan terdapat banyak mata tunas.Potong
pangkalnya serong sedikit, di bawah satu mata tunas atau pangkal ruas. Buang
semua daun yang terdapat pada keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada
cepat kekeringan. Bagaimanapun ada setengah-setengah pokok memerlukan daun-
daunnya bersama keratan seperti Ficus elastica, Codieum dan lain-lain.
Keratan kayu sederhana
Keratan kayu sederhana digunakan bergantung pada spesies tumbuhan. Keratan
diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Panjang keratan 10
– 20 cm beserta beberapa helai daun.Setiap keratan kayu sederhana biasanya
mempunyai sistem akar yang lebih baik berbanding keratan kayu lembut.
Contoh tanaman hiasan yang dibiakkan menggunakan kaedah keratan kayu sederhana ialah
Hisbiscussp., Duranta sp. dan Ixora sp..
Keratan kayu lembut
Keratan kayu lembut ini digunakan untuk spesies tumbuhan yang lembut.Contoh
tanaman hiasan yang biasa digunakan untuk pembiakan kayu lembut ialah
Altenanthera sp.,Portulaca sp.dan Coleus sp..Keratan yang digunakan kira-kira 10-15
cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar beberapa helai di pucuknya.
Semaikan ke dalam campuran semaian seperti keratan lain tetapi penjagaannya dibuat
lebih rapi dengan menyiram air lebih kerap dan tidak membiarkannya kekurangan air.
ii. keratan daun
Pembiakan keratan daun dilakukan pada pokok mempunyai daun berlendair
kerana banyak makanan yang tersimpan di dalamnya. Walau bagaimanapun, tidak
semua jenis tanaman sesuai dibiakkan dengan kaedah ini.
Keratan Daun terdiri daripada:
a) Keratan Lai Daun
Kaedah keratan lai daun sesuai pada tanaman hiasan
yangmempunyai lai daun yang panjang seperti pokok lidah jin
(Sanseviera trifasciata).
Lai daun yang diambil dan dipotong sepanjang 3 – 4 cm.
Keratan yang telah dipotong kemudiannya disemai secara tegak
ataupun secara mendatar di medium pengakaran untuk
mengeluarkan anak pokok.
Terdapat juga beberapa jenis tanaman hiasan yang boleh
mengeluarkan anak pokok daripada lai daunnya seperti daun
setawar (Bryophyllum sp.).
Lai daun tumbuhan ini diletakkan di atas medium semaian untuk
mendapatkan anak pokok.
b) Keratan Urat Daun
Daun tumbuhan seperti Resam batu (Begonia spp.) dibiakkan
dengan meletakkan lai daunnya di atas medium semaian dan urat
daunnya dikerat-kerat.
Setiap urat daun yang dikerat akan mengeluarkan anak pokok
yang baru.
Satu lagi cara ialah lai daun dicincang kemudian ditabur di atas
permukaan medium semaian.
Sedikit medium ditaburkan di atas permukaan keratan daun
supaya permukaan bawahnya bersentuh rapat dengan medium
semaian.
Anak pokok yang baru akan tumbuh daripada keratan ini.
c) Keratan Lai Daun dan Tangkai Daun
Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada sekeping daun
bersama tangkai daunnya sekali.
Bahagian tangkai daun dibenam ke dalam medium semaian
dengan bahagian lai daun berada di atas permukaan daun.
Contoh tanaman hiasan yang boleh dibiakkan dengan kaedah ini
ialah Zamioculcas zamiifolia spp
Begonia Rex Zamioculcas
‘Ring of Fire’ Sansevieria trifasciata zamiifolia
iii. Cantuman baji
Cantuman adalah proses pembiakan tampang untuk tumbuhan. Pembiakan ini
dijalankan bagi mendapatkan varieti tanaman yang lebih berkualiti dan baik. Teknik
ini juga dapat mempertingkatkan tahap produktiviti tanaman di samping lebih
mudah diselenggara. Kebanyakan penggiat industri lebih yakin menggunakan
kaedah pembiakan melalui cantuman baji untuk pokok buah-buahan dan tanaman
hiasan.
Cantuman baji ini boleh dilakukan pada tanaman diperingkat anak pokok hingga
peringkat dewasa.
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok
asal/induk/penanti untuk hasilkan pelbagai warna (bagi pokok bunga) atau
dijadikan sebagai pokok tumpang. Cantuman yang dilakukan bertujuan untuk
mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik.
Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu
pokok penanti dan sion.
i. Pokok penanti : Pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam
cantuman ini
ii. Sion : Bahagian pokok seperti mata tunas / ranting / dahan yang
akan dicantumkan dengan pokok penanti.
Kriteria pemilihan dan penyediaan pokok penanti dan sion untuk membuat
cantuman baji :
1. Pokok mesti segar dan bebas daripada penyakit.
2. Sama spesies.
3. Diameter batang/ranting sion dan penanti adalah sama.
4. Dibuat pada waktu pagi atau petang.
5. Lakukan cantuman baji dengan kadar segera untuk mengelakkan permukaan
sion dan pokok penanti daripada kering.
Contoh pokok hiasan yang di buat Cantuman Baji
iv. Rayapan (Stolon)
Rayapan atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi
tumbuhan. Rayapan (stolon) adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk
di permukaan tanah.
Contoh:
a. Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)
b. Rumput Karpet (Axonopus compressus)
c. Spider plant (Chlorophytum commosum)
d. Pokok Episcia (Episcia sp)
Rumput Karpet Pokok Episcia
(Axonopus compressus) (Episcia sp)
Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan
berkembang membentuk anak pokok yang baru. Anak pokok boleh dipisahkan dari
induknya dengan cara memotong dan menyemainya di dalam bekas semaian atau
beg politena. daripada induknya. Ianya menghasilkan anak pokok yang baru
Rumput bermuda (Cynodon dactylon.) Anak baru dihasilkan setelah
dipisah dari induk
v. Rizom
Rizom ialah batang tumbuhan yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan
tanah. Rizom adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif (aseks).
Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Rizom dibiakkan
dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu mata tunas. Tunas akan
berkembang menjadi batang, akar dan daun. Contoh tumbuhan jenis rizom ialah
Zingiber sp. (Halia), Heliconia sp. (Sepit udang), Costus sp. (Kostus) dan beberapa
jenis pokok Bambusa sp.(Buluh)
Contoh tanaman hiasan dibiakkan dengan organ tumbuhan rizom
Canna Indica Heliconia Psittacorum Heliconia Rostrata
(Pokok tasbih) (Sepit udang) (Sepit ketam)
Strelitzia sp Zingiberaceae sp Etlingera elatior
(Bunga cenderawasih) (Halia hutan) Bunga kantan
vi. Bebawang
Struktur vegetatif tersebut adalah batang tumbuhan yang telah diubahsuai untuk
berfungsi sebagai organ pembiakan.
Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk
menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan
daun-daun. Tunas akan membentuk bebawang yang baru.
Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah:
Pokok bakong ( Spider Pokok rain lily Pokok bunga tulip
Lily) (Zephyranthes Sp) (Tulipa Sp)
Contoh tumbuhan seperti pokok Bakong (Spider Lily) boleh dibahagikan mengikut
kesesuaian dengan memastikan setiap bahagian bawang yang dipotong untuk
ditanam mempunyai bahagian tunas bahagian tengah bawang dan bahagian akar
di bahagian bawah bawang.
vii. Ubi
Ubi ialah bahagian akar yang menyimpan makanan dan tumbuh membesar di
dalam tanah,mempunyai tunasdorman yang tumbuh di sekelilingnya dan akan
mengeluarkan pucuk serta akar. Contoh pokok seperti Keledek hiasan (Ipomoea
spp), Bunga Sarang Tebuan (Dahlia Pinnata)
Teknik Pembiakan Ubi
a. Potong bahagian ubi yang mempunyai beberapa bahagian
b. Bahagian ubi yang dipotong perlu dirawat dengan racun kulat
c. Tanam bahagian-bahagian ubi ke dalam medium semaian
Bunga Sarang Tebuan
(Dahlia Pinnata)
ix. Umbisi
Umbisi adalah batang yang membengkak untuk menyimpan makanan, batangnya
sentiasa berada dipermukaan tanah. Daripada batangnya akan tumbuh daunnya.
Tunas baru (kornel) akan tumbuh di tepi umbisi. Contoh pokok seperti Keladi
hiasan, Sengkuang cina dan Pisang hiasan (Abacca sp.).
Keladi hiasan
x. Belahan rumpun
Banyak jenis tanaman hiasan yang hidupnya berumpun atau berperdu dan
beranak di pangkal rumpunnya. Anak rumpun akan tumbuh disisi pokok utama.
Rumpun tanaman dicabut dan dibahagi-bahagikan bagi tujuan pembiakan. Antara
pokok yang sesuai dibiakkan melalui kaedah rumpun adalah Ophiopogun
(Ophiopogun jaburan), Pinang Raja (Cyrtostachys lakka), Pinang kuning
(Chrysalidocarpus lutescen) dan sebagainya.
Pinang kuning
(Chrysalidocarpus lutescen)
x. Tut (markot)
Kaedah pembiakan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang dilakukan
pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Dahan yang dipilih
mestilah daripada tumbuhan yang sihat. Kaedah ini memerlukan penggunaan
bebola tanah sebagai medium pengakaran yang dilekatkan pada dahan yang
dikelar. Selepas dahan yang ditut berakar, anak pokok boleh dipisahkan daripada
pokok induk. Contoh tumbuhan hiasan yang sesuai dibiakkan secara tut seperti
Codiaeum variegatum (Puding), Canagium odoratum (Kenanga), Michelia
champaca (Cempaka) dan Murraya paniculata (Kemuning).
Codiaeum variegatum Canagium odoratum Michelia champaca
(Puding) (Kenanga) (Cempaka)
Contoh tumbuhan hiasan yang sesuai dibiak secara tut
v. Menyediakan Medium Semaian / Pengakaran Mengikut Keperluan Teknik
Pembiakan Secara Aseks
Tapis Tanah loam, bahan organik dan pasir
Sukat medium dengan nisbah 7 : 3 : 2 atau 3
: 2 : 1 (JIP)
Campurkan ketiga-tiga bahan medium
Tambahkan baja fosforus dan kapur pada
campuran tersebut
Gaul hingga sebati
Simpan medium sebelum digunakan
2.2.6 Melakukan Pembiakan Tumbuhan Secara Aseks Mengikut Prosedur Kerja :
i. Keratan Batang
AKTIVITI KETERANGAN
Pilih dahan yang sihat dan yang berdiameter
antara 1cm - 1.5cm
Potong dahan tersebut sepanjang 10cm - 15 cm
dengan sekateur.
Lembapkan bahagian pangkal keratan batang
dan Celupkan keratan batang ke dalam serbuk
hormon pengakaran
Membuat lubang dan Tanam keratan batang ke
dalam lubang secara menyerong
Padatkan medium di pangkal keratan yang telah
disemai
Siram dan beri teduhan
Merekod perkara berikut: a.Tarikh bercambah.
b.Bilanganbiji benih
bercambah/minggu. c.Tinggi anak benih/minggu.
d.Bilangan daun/minggu.
ii. Keratan Daun KETERANGAN
AKTIVITI Sediakan peralatan seperti sekateur, bekas
semaian, sudip tangan, pisau cantuman dan lain-
lain. Sediakan bahan seperti keratan daun yang
sihat, pasir atau medium campuran dan lain-lain.
Masukkan dan ratakan campuran medium
semaian 2:1:1 (2 tanah loam: 1 bahan organik : 1
pasir) dalam bekas semaian yang telah
disediakan.
Lai daun dipotong sepanjang
3-4 cm dengan menggunakan pisau cantuman.
Semaikan secara menegak atau mendatar dalam
medium semaian.
Siram dua kali sehari.
Letakkan di bawah teduhan 50% naungan.
Merekod perkara berikut:
a.Tarikh bercambah
b.Bilanganbiji benih
bercambah/minggu
c.tinggi anak benih/minggu
d.bilangan daun/minggu.
iii) Urat Daun KETERANGAN
AKTIVITI Sediakan peralatan seperti sekateur, bekas
semaian, sudip tangan, pisau cantuman dan lain-
lain. Sediakan bahan seperti keratan daun yang
sihat, pasir atau medium campuran dan lain-lain.
Masukkan dan ratakan campuran medium
semaian 2:1:1 (2 tanah loam : 1 bahan organik : 1
pasir) dalam bekas semaian yang telah
disediakan.
Urat daun dipotong atau dicincang laidaun itu
dengan menggunakan pisau cantuman .
Semai dengan menaburkan sedikit medium di
atas permukaan daun supaya permukaan
bawahnya bersentuh rapat dengan medium.
Siram dua kali sehari dan letak di bawah teduhan
50%.
Merekod perkara berikut:
a.Tarikh bercambah.
b.Bilangan biji benih
bercambah/minggu.
c.Tinggi anak benih/minggu
d.Bilangan daun/minggu.
Pindahkan anak pokok yang telah berakar serta
mempunyai 4 – 5 helai daun ke dalam beg
politena atau pasu.
iv. Lai Daun dan Tangkai Daun
AKTIVITI KETERANGAN
Sediakan peralatan seperti sekateur, bekas
semaian, sudip tangan, pisaucantuman dan
lain-lain. Sediakan bahan seperti keratan daun
yang sihat, pasir atau medium campuran dan
lain-lain.
Masukkan dan ratakan campuran medium
semaian 2:1:1 (2 tanah loam : 1 bahan organik
: 1 pasir) dalam polibeg/bekas semaian yang
telah disediakan.
Sediakan lai daun bersama dengan tangkainya.
Buat lubang kecil untuk mengelakkan tangkai
daun tercedera ketika menyemai.
Siram dua kali sehari.
Merekod perkara berikut:
a.Tarikh bercambah.
b.Bilangan biji benih bercambah/minggu.
c.Tinggi anak benih/minggu.
d.Bilangan daun/minggu.
Pindahkan anak pokok yang telah berakar serta
mempunyai 4 – 5 helai daun ke dalam beg
politena atau pasu.
v. Cantuman Baji KETERANGAN
AKTIVITI
Langkah 1
Memilih ranting sion yang sihat
daripada pokok yang dipilih
menggunakan sekateur.
Langkah 2
Memotong ranting sion sepanjang 5 –
8 cm.
Memotong baji pangkal sion
menggunakan pisau cantuman.
Langkah 3
Memilih ranting pokok penanti yang
sihat.
Memotong pokok penanti berbentuk
‘V’ menggunakan pisau cantuman.
Langkah 4
Selitkan sion pada pokok penanti.
Langkah 5
Membalut cantuman baji dengan pita
cantuman / pita PTFE / Parafilm
Langkah 6
Menyerkup cantuman dengan plastik
lutsinar dan ikat dengan tali.
vi. Rayapan (Stolon) KETERANGAN
AKTIVITI Menyediakan bahan dan alatan
Membuat medium campuran
Menyediakan stolon dari pokok yang
sesuai
Menyemai stolon ke dalam bekas
semaian atau beg politena
Letakkan di bawah teduhan
Siram air secukupnya
Merekod perkara berikut:
a.Tarikh bercambah
b.Bilangan biji benih
bercambah/minggu
c.tinggi anak benih/minggu
d.bilangan daun/minggu
vii. Rizom KETERANGAN
AKTIVITI Sediakan peralatan dan bahan.
Sediakan kotak semaian.
Menyediakan rizom yang terpilih.
Merawat rizom dengan racun kulat.
Menyemai rizom ke dalam medium
semaian sedalam 0.5cm.
Menyiram dan beri teduhan.
viii. Bebawang KETERANGAN
AKTIVITI
Sediakan peralatan dan bahan seperti
pisau, sekateur, sudip tangan, bekas
semaian, tong penyiram dan anak benih
pokok bebawang seperti pokok bakong (
Spider Lily).
Pisahkan anak-anak bebawang yang
tumbuh dari bebawang induk.
Potong bebawang kepada beberapa
bahagian.
Menyediakan kotak semaian dan
masukkan medium semaian (2:1:1).
Tanam terus kedalam medium dalam
keadaan separuh bahagian berada
didalam tanah.
Akhir sekali siram pokok tersebut.
ix. Ubi
AKTIVITI KETERANGAN
Menyediakan bahan semaian (ubi)
yang mempunyai mata tunas.
Memotong bahagian ubi yang
mempunyai mata tunas kepada
beberapa potongan.
Merawat bahan semaian dengan racun
kulat.
Menyediakan bekas semaian.
Membuat lubang semaian sedalam 0.5
cm.
Meletak potongan mata tunas ke
dalam lubang semaian dan
memadatkannya.
Menyiram dan beri teduhan.
Merekod perkara berikut: a.Tarikh
bercambah
b.Bilangan biji benih bercambah/minggu
c.tinggi anak benih/minggu
d.bilangan daun/minggu
x. Umbisi KETERANGAN
AKTIVITI Menyediakan bahan semaian (umbisi)
yang mempunyai mata tunas.
Memotong bahagian umbisi yang
mempunyai mata tunas (kormel) .
Merawat bahan semaian dengan
racun kulat
Menyediakan bekas semaian yang
mempunyai lubang semaian
Meletakkan potongan kormel ke dalam
lubang semaian sehingga separuh
bahagian kormel berada di dalam
medium dan memadatkannya.
Menyiram dan beri teduhan.
Merekod perkara berikut:
a.Tarikh bercambah b.Bilanganbiji benih
bercambah/minggu c.tinggi anak
benih/minggu
d.bilangan daun/minggu
xi. Belahan Rumpun KETERANGAN
AKTIVITI
Sediakan alatan seperti sekateur,
parang/ pisau, sudip tangan.
Sediakan bahan seperti medium
semaian iaitu tanah loam, bahan
organik dan pasir sungai (2:1:1)
serta bahan tanaman.
Sediakan bahan tanaman (Pokok
Opiophogon sp).
Keluarkan rumpun pokok dari
bekasnya.
Buat belahan rumpun
menggunakan parang atau
pisau.
Buang akar berlebihan
menggunakan sekateur.
Masukkan rumpun ke dalam
bekas tanaman.
Tambah medium semaian dan
padatkan dipangkal rumpun.
Siram dengan air secukupnya
dan letak di bawah 50%
naungan.
Penyediaan Medium
Tut
Menyukat medium pada nisbah 1 Mencampur sedikit air.
bahagian tanah loam dan 1 Membentuk medium menjadi bebola.
bahagian bahan organik. Medium yang sedia untuk digunakan.
Menggaul medium sehingga sekata
xii. Tut (markot). KETERANGAN
AKTIVITI
Sediakan peralatan dan bahan iaitu
sekateur, pisau, plastik lutsinar, tali,
hormon pengakaran dan bahan yang
sihat.
Sediakan bebola medium
pengakaran tut pada nisbah 1:1
(tanah loam: bahan organik)
Buat dua kelaran melintang dan satu
kelaran menegak pada dahan yang
dipilih.
Kopek kulit pada dahan
Kikis cambium dan sapu hormon
pengakaran pada bahagian atas
kelaran
Lekapkan medium pada kelaran
Balutkan dengan plastik lutsinar dan
ikat balutan dengan tali.
2.2.7 Mencadangkan Bahan Lain Untuk Mempercepatkan Proses Pertumbuhan
Akar
Medium semaian, iaitu campuran tanah, bahan organik dan pasir dengan nisbah
2:1:1 adalah asas kepada proses pertumbuhan akar tumbuhan. Selain itu terdapat
juga bahan-bahan lain yang boleh membantu mempercepatkan proses
pertumbuhan akar, antaranya ialah :
a. Hormon pengakaran Seradix yang mengandungi bahan aktif IAA, IBA atau
NAA
b. Air bawang merah yang dikisar dan diperam
c. Campuran air minuman tenaga Red Bull yang dicampurkan dengan belacan
2.2.7 Menghasilkan Pelbagai Varieti Pada Satu Tumbuhan Dengan Menggunakan
Teknik Pembiakan Secara Aseks.
Untuk menghasilkan pelbagai varieti pada satu tumbuhan, teknikcantuman baji
boleh digunakan. Teknik ini dilakukan dengan cara mengambil dua atau tiga sion
dari variety yang berbeza dan dicantumkan pada satu batang pokok penant.
Contoh varieti yang dihasilkan pada pokok Bunga Kertas: