The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lnaea6054, 2020-06-28 06:58:34

MPV LN KSSM T4 MODUL 1

MPV LN KSSM T4 MODUL 1

MODUL
PEMBELAJARAN

MPV

LANDSKAP DAN
NURSERI

MODUL 1

KSSM TINGKATAN 4

Kandungan

MODUL 1 Pengenalan Kepada Landskap dan
Nurseri

1.1 Pengenalan Kepada Landskap

1.2 Pengenalan Kepada Nurseri
1.3 Amalan Keselamatan di Nurseri dan Tapak

Landskap

UNIT 1.1 : PENGENALAN KEPADA LANDSKAP

1.1.1 Menyatakan Maksud Landskap dan Pelandskapan.

Landskap mempunyai hubungan yang sangat sinonim dengan alam sekitar. Ia
terbentuk hasil daripada kreativiti manusia untuk mengindahkan sesuatu kawasan
ataupun ianya terhasil secara semulajadi .
Landskap ialah rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang dapat dilihat seperti
bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung ganang dan sebagainya.
Pelandskapan ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka
bentuk, melaksana dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan
keseronokandisamping mewujudkan suasana yang indah dan harmoni.

Sungai dan tasik Gunung ganang

Tumbuh-tumbuhan Jalan raya

1.1.2 Menyenaraikan Peluang Kerjaya Dalam Industri Landskap.

Terdapat banyak peluang pekerjaandalam industri landskap ini, sama ada di tahap
perancangan, mereka bentuk, pembinaan atau pekerja am. Diantaranya ialah
seperti berikut:

Pereka Bentuk ArkitekLandskap Pensyarah/Tenaga
Landskap Pengajar Landskap
Seorang yang
Individu yang bertauliah dalam Tenaga pengajar di
mereka bentuk dan bidang seni bina universiti, pusat
membuat susun atur landskap untuk
menjalankan kerja pengajian tinggi dan
landskap. merancang dan pusat kemahiran
mereka bentuk dalam bidang
landskap
landskap.

Kontraktor Bidang Pekerja Am
Landskap Kerjaya Landskap

Usahawan Menanam dan
pembinaan dalam menyelenggara
bidang landskap kawasan landska

Penyelia Tapak Arboris
Landskap
Individu yang pakar
Menyelia kerja-kerja tentang tumbuhan
di tapak pembinaan beprekmayauntdaaurai nsegi
keadaan, kesihat
landskap
pereputan dan an,
kesesuaian spesies.

Contoh pekerjaan dalam industri landskap ialah seperti berikut:

Arkitek landskap Pensyarah / tenaga pengajar landskap

Pereka bentuk landskap ( Draftsman ) Penyelia tapak/ penyelia landskap

Kontraktor landskap Pekerja am landskap

1.1.3 Menerangkan Agensi Yang Terlibat Dalam Industri Landskap.

Di Malaysia, agensi yang terlibat dalam industri landskap terbahagi kepada agensi
kerajaan, agensi swasta dan agensi pendidikan.
(a) Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan landskap adalah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Terdapat dua jabatan yang
melaksanakan bidang kuasa tersebut. Jabatan tersebut adalah seperti Jabatan
Landskap Negara ( JLN ) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

(i) Jabatan Landskap Negara (JLN)
Fungsi Jabatan Landskap Negara (JLN) adalah seperti berikut :

 Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawal selia pembangunan
landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau dan kemudahan rekreasi
negara.

 Penguatkuasaan perundangan, pelaksanaan dasar dan garis panduan pada
pelbagai peringkat dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan
pembangunan landskap.

 Menjana pembangunan dan pengembangan industri landskap.
 Melaksana dan menyelaras aplikasi program penyelidikan dalam pelbagai

bidang berkaitan landskap.
 Menyediakan kepakaran teknikal yang mantap untuk pembangunan sumber

landskap negara yang efisien.
 Menjadi penasihat kepada pelbagai peringkat kerajaan dalam perancangan,

pelaksanaan dan pengurusan pembangunan landskap.
 Sebagai pusat akreditasi landskap negara.

http://www.jln.gov.my/

(ii) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
Fungsi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) adalah untuk menyelaras PBT-PBT
dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat
termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada
Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan pembangunan landskap. PBT (Pihak
Berkuasa Tempatan) adalah badan kerajaan yang berkuasa di kawasan
tertentu dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan setempat. Di
PBT terdapat satu unit yang melaksanakan pembangunan landskap iaitu
Jabatan Landskap bagi Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan
Bandaraya manakala Unit Landskap bagi Majlis Daerah.

http://jkt.kpkt.gov.my/
Pembangunan Landskap di dalam PBT sentiasa merujuk Buku Manual Pelan
Induk Landskap iaitu Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu
dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan
pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan
landskap di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia
menggariskan cadangan dalam bentuk polisi, strategi, kaedah kawalan, garis
panduan pelaksanaan dan cadangan projek landskap yang sesuai untuk
pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
(b) Agensi Swasta
Agensi swasta adalah agensi bukan kerajaan yang terlibat dalam industri landskap
dikenali sebagai perunding landskap atau kontraktor landskap.
Perunding Landskap atau disebut Landscape Consultant yang menyediakan khidmat
runding dan kepakaran dalam merencana idea pembangunan landskap.

Contoh Perunding Landskap Swasta

Contoh Kontraktor Landskap Swasta
(i) Kontraktor Landskap Penyelenggaraan
(ii) Kontraktor Landskap Binaan Landskap Kejur
(ii) Kontraktor Landskap Binaan Landskap Lembut

(c) Agensi Pendidikan

Agensi pendidikan juga terlibat secara aktif dalam industri landskap dengan
bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan penyelidikan pembangunan
landskap.
Agensi Pendidikan Awam dan Swasta

Pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus pengajian
landskap dapat melahirkan generasi terdidik dalam bidang landskap yang
menjurus ke arah alam pekerjaan dalam bidang industri landskap.

Universiti Putra Malaysia ( UPM ) Universiti Teknologi Mara ( UiTM )

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
( IKTBN )

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Politeknik Nilai

1.1.4 Jenis, Rupa BentukDan Ciri-ciri Tumbuhan Landskap

Tumbuhan landskap dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bentuk,
kegunaan dan ciri-ciri pertumbuhan. Tumbuhan landskap terdiri dari beberapa
jenis iaitu pokok utama, pokok renek, palma, penutup bumi, tumbuhan memanjat
dan menjalar, tanaman semusim, tumbuhan akuatik, tanaman hiasan dalaman,
pokok kaktus dan lendair dan orkid.

Jenis Tumbuhan Landskap

a. Pokok Utama
Pokok utama juga dikenali sebagai pokok teduhan. Tujuan pokok utama
ditanam :
i. Memberi teduhan sesuatu tempat.
ii. Menahan tiupan angin.
iii. Menghalang bunyi, pemandangan yang tidak menarik, habuk dan silau
matahari.
iv. Mengurangkan hakisan.

Ciri-ciri pokok utama
i. Pokok saka hidup melebihi 50 tahun.
ii. Berbatang utama dan tegak.
iii. Tumbuh merendang melebihi ketinggian 5 meter.

iv. Kanopi yang padat.

Bujur Songsang Kon (Cone) Bulat (Globular) Bujur Telur (Ovoid)
(Obovoid) Bentuk silara 3 segi Bentuk silara Bentuk silara lebar di
Bentuk lebar di bahagian bulat. Nisbah
bawah dan tirus di ketinggian dan bahagian bawah.
Silara lebar di lebar silara Nisbah lebar silara
bahagian atas. Nisbah bahagian atas. dengan ketinggian
ketinggian dan lebar hamper sama 1:1.
adalah 1:2.
silara adalah 2:1

Ciri-ciri dan bentuk pokok utama

Mendatar / Payung Mengurai (Droopy) Memanjang Rampak (Irregular)
(Horizontal) Bentuk silara tidak (Columnar) Bentuk silara tidak
Bentuk silara bujur
Bentuk silara tidak menentu tetapi memanjang. menentu.
sekata, dahan ranting dan daun
melengkung ke
membuka secara
mendatar. arah tanah.

Ciri-ciri dan bentuk pokok utama

Contoh–contoh pokok utama

Bucida Molineti Delonix regia
( Pokok Doa ) ( Pokok Semarak Api )

Juniperus scopulorum Polyalthia longifolia
( Pokok Blue Juniper ) ( Pokok Asoka )

Hura crepitans Plumeria rubra
( Pokok Payung Indonesia ) ( Pokok Kemboja )

b. Pokok renek
Tumbuhan renek terbahagi kepada empat jenis utama:

1. Pokok renek berbatang keras / kayu

Ciri-ciri :

i. Mengeluarkan dahan serta ranting daripada bahagian pangkal.
ii. Mempunyai ketinggian kurang daripada 5 meter.
iii. Terbahagi kepada tiga iaitu renek berdaun, renek berbunga dan renek

pagaran.
iv. Contoh-contoh renek mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras

seperti:Bougainvillea spp (Bunga kertas), Ixora spp.(Siantan), Jatropha spp
(Jatropha), Alcalypha spp (ekor kucing), Mussaenda sp. (Janda kaya) dan
Hibiscus spp.
(Bunga raya)

Bougainvillea spp Ixora spp.
(Bunga kertas), (Siantan),

Alcalypha spp Mussaenda sp.
(ekor kucing) (Janda kaya)

2. Renek berbatang lembut.
Mempunyai batang lembut seperti:
Gomphrena spp. (Bunga butang), Crossandra spp. (Krossandra),

Plumbago sp. (plumbago) dan Chrysanthemum spp. (Kekwa)

Gomphrena spp. Crossandra spp.
(Bunga butang) (Krossandra)

Plumbago sp. Chrysanthemum spp.
(plumbago) (Kekwa)

3. Renek berdaun (foliage plants)
Mengeluarkan daun tanpa bunga, seperti:
Coleus spp. (Ati-ati), Alocassia spp (keladi), Codieum spp.(puding), dan

Philodendron spp. (Philodendron).

Coleus spp. Alocassia spp
(Ati-ati) (Keladi)

Codieum spp. Philodendron spp.

(Puding) (Philodendron)

4. Renek Umbisi, rizom dan bebawang
Ketinggian kurang daripada 2 meter dan tidak mempunyai batang
berkayu.
Kaedah pembiakan adalah pembahagian umbisi, rizom, rumpun dan
bebawang seperti:
Hymenocallis spp. (Spider lily), Helliconia spp (helliconia), Hippeastrum spp.
(Hippeastrum) dan Canna spp. (Bunga tasbih)

Hymenocallis spp. Helliconia spp
(Spider lily) (Helliconia)

Hippeastrum spp. Canna spp.
(Hippeastrum) (Bunga tasbih)

c. Palma

Palma ialah jenis tumbuhan tropika yang banyak tumbuh di Malaysia dan
dijadikan sebagai hiasan dalam pasu, tanaman landskap berkumpulan dan
tanaman pinggiran jalan.
Secara umum, tanaman Palma mempunyai daun pelepah dan batangnya tidak
bercabang dan diakhiri sejambak daun. Palma merupakan sekumpulan
tumbuhan Family Palmea.

Palma terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Berbatang tunggal
Contoh: Livistonia chinensis (Serdang cina), Hyophorbe Lagenicaulis (Pokok
Bottle Palm), Wodyetia bifurcarta (Foxtail palm), Revenala
madagascariensis (Pokok Pisang Kipas)

Livistonia chinensis Wodyetia bifurcarta
(Serdang cina) (Foxtail palm)

Revenala madagascariensis Hyophorbe Lagenicaulis
Pokok Pisang Kipas Pokok Bottle Palm

ii. Berumpun
Contoh: Cyrtostachys lakka (Pinang merah), Chrysalidocarpus lutescens

(Pinang kuning), Ptychosperma macarthurii (Mc Arthur‘s palm)

Cyrtostachys lakka Chrysalidocarpus lutescens
(Pinang merah) (Pinang kuning)

Ptychosperma macarthurii Rhapis excelsa
(Mc Arthur‘s palm) ( Lady Palm )

d. Penutup bumi
Secara umum, semua jenis tanaman menjalar atau melata di permukaan bumi,
mempunyai ketinggian kurang daripada 30 cm dari permukaan bumi. Contoh penutup
bumi ialah Cuphea spp (Cuphea), Wedelia trilobata (Wedelia), Pandanus spp (pandan
duri) dan Rheo discolor (Rheo

Cuphea spp Wedelia trilobata
(Cuphea) (Wedelia)

Pandanus spp Rheo discolor
(Pandan duri) (Rheo)

Rumput Turf
Secara umum semua jenis rumput berpotensi untuk dijadikan tanaman landskap.
Rumput Turt ialah sekumpulan rumput yang ditanam dan dijaga dengan rapi di
padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda dan pinggiran jalan.
Tujuan rumput turf ditanam adalah :

i. Alas padang permainan.
ii. Mengawal hakisan.
iii. Meredakan suhu.
iv. Menstabilkan tanah.
v. Hiasan dan estetika.

Antara jenis rumput yang selalu digunakan dalam landskap adalah seperti: Axonopus
compressus (Rumput padang), Zoysia matrella (Rumput Zoysia), Cynodon dactylon
(Rumput Bermuda) dan Stenotaphrum secundatum (Rumput Saint Augustine)

Ciri fizikal rumput turf ialah :
i. Berwarna hijau.
ii. Tahan dipijak.
iii. Memerlukan pemotongan yang kerap.

Cynodon dactylon Pearl grass
(Rumput Bermuda) Rumput Mutiara

Axonopus compressus Zoysia matrella
(Rumput padang) (Rumput Zoysia)

e. Tumbuhan memanjat dan menjalar
Tumbuhan memanjat dan menjalar terdiri daripada tumbuhan yang memanjat,
melilit dan menjalar. Tumbuhan dalam kumpulan ini kebanyakannya mempunyai
alat khas seperti sulur paut, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat
yang boleh dijadikan sokongan untuk memanjat. Namun begitu terdapat juga
pokok yang tumbuh tegak yang boleh memanjat dikenali sebagai tumbuhan
panjat. Contoh tumbuhan memanjat dan menjalar ialah Tristellateia australasiae
(Tristellatia), Bougainvillea spp (Bunga kertas), Mansoa Hymenaea (garlic wine)
dan Clerodendrum thomsoniae (Hati Berdarah).

Tristellateia australasiae Mansoa Hymenaea
(Tristellatia) (Garlic Wine)

Clerodendrum thomsoniae Bougainvillea spp
(Hati Berdarah) (Bunga Kertas)

f. Tanaman semusim
Tanaman semusim ialah tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat.
Tanaman ini biasanya akan mati selepas mengeluarkan bunga. Benih daripada
bunga yang matang boleh diambil untuk penanaman seterusnya. Namun terdapat
juga tumbuhan semusim yang boleh hidup lama sekiranya diberi penjagaan yang
lebih rapi. Tanaman ini biasanya digunakan untuk hiasan pentas di dalam atau luar
bangunan untuk majlis rasmi. Contoh tanaman semusim ialah Celosia sp. (Bunga
Balung Ayam), Gomphrena sp. (Bunga Butang), Cathranthus roseus (Kemunting
Cina) dan Tagetes erecta (Marigold Afrika).

Celosia sp. Gomphrena sp.
(Bunga Balung Ayam) (Bunga Butang),

Cathranthus roseus Tagetes erecta
(Kemunting Cina) (Marigold Afrika)

g. Tumbuhan akuatik
Tumbuhan akuatik sebenar yang mempunyai bahagian yang boleh menjalankan
fotosintesis sepanjang masa atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam
setahun. Tumbuh tenggelam dalam air atau terapung di permukaan air.
Ada empat jenis tumbuhan akuatik yang sesuai untuk menghias dan
menghidupkan lagi suasana kolam atau pancuran air di laman kediaman:

i. Tenggelam - Tumbuhan kategori ini berakar pada dasar dan bahagian
pokok tenggelam sepenuhnya. Tumbuhan ini melepaskan oksigen dan
biasanya kita akan melihat gelembung atau buih pada permukaan kolam.
Antara tumbuhan dalam kategori ini ialah Ceratophyllum
demersum(Hornwort), Hygrophila difformis (Wisteria Air), Sagittaria
subulate(Rumpai sagittaria) dan Vallisneria spiralis(Rumpai belut).

ii. Hidup di permukaan - Tumbuhan berakar di kawasan cetek dengan
kedalaman sekitar 45 sentimeter (cm). Biasanya bahagian atas pokok akan
muncul di permukaan air. Tumbuhan jenis ini seperti Pistia
stratiotes(Kiambang), Nymphaeaalba(Lili air) dan Iris pseudacorus (Iris).

iii. Separa Akuatik - Biasanya tumbuhan ini boleh hidup melata di atas tanah
dan boleh hidup di dalam kawasan berair. ContohnyaIpomoea aquatica
(Kangkong), Nymphaea alba (Water lily), Echinodorus palaefolius (Melati
air), Cyperus sp (Rumput Menerong).

iv. Terapung - Bahagian atau daun tumbuhan terapung di permukaan air
manakala akarnya terendam di dalam air. Eichhornia crassipes (Keladi
bunting), Azollacaroliniana (Lumut pari-pari), dan Hydrocharis morsus-
ranae (Frog's Bit).

Nymphaea alba Eichhornia crassipes
(Water Lily) (Keladi Bunting)

Pistia stratiotes Iris pseudacorus
(Kiambang) (Iris)

h. Tanaman hiasan dalaman
Tanaman hiasan dalaman ialah tanaman yang biasanya digunakan untuk
menghiasi ruang di dalam bangunan seperti di sudut bilik atau ruang di dalam
pejabat mahupun rumah kediaman. Kebanyakan spesies tanaman hiasan
dalaman mempunyai bentuk dan warna daun yang menarik. Tanaman jenis
berbunga kurang sesuai digunakan disebabkan kurang sesuai dengan
persekitaran pertumbuhan. Namun begitu, tanaman hiasan dedaun yang
mengeluarkan struktur menyerupai bunga (‘spadix’) seperti Spathiphyllum sp
kerap kali digunakan bagi mendapatkan kesan bunga untuk hiasan dalaman.

Sansevieria sp Calathea sp
(Lidah Jin) (Calathea)

Epipremnum aureum Spathiphyllum sp
(Devil’s Ivy) (Peace lily)

i. Pokok kaktus dan lendair
Pokok Kaktus merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili
Cactaceae berasal dari Benua Amerika, berbatang hijau, berisi, dan berduri yang
biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan
batang berduri adalah kaktus.

Pokok lendair adalah pokok yang tidak mempunyai tisu kayu dibahagian-
bahagian penyokongnya seperti batang / ranting, lebih sensitif dan manja kepada
alam sekitar, tidak tahan kepada pancaran matahari terik, lebih sesuai ditanam di
dalam bangunan, memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan biasanya ditanam di
dalam bekas / pasu

Optunia basilaris Echinocactus grusonii
(Beavertail Cactus) (Golden Barrel Cactus)

Aloe vera Begonia sp
(Aloe vera) (Resam batu)

j. Orkid
Bunga orkid atau anggerik ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma).
Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak
perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies.
Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.

Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan
batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling
sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara
umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar,
iaitu orkid simpodium dan monopodium. Simpodium adalah cara pertumbuhan
yang berakhir dengan pengeluaran bunga manakala
monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran
bunga.

Orkid Dendrobium Orkid Vanda

1.1.5 Menerangkan Elemen, Fungsi Fizikal dan Estetika Tumbuhan Dalam
Landskap.

Elemen Dalam Landskap

Elemen–elemen landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam reka bentuk
landskap. Empat elemen asas dalam landskap iaitu :

(a) Tumbuh-tumbuhan
Ia ditanam untuk memberikan pelbagai jenis fungsi antaranya:

 melembutkan seni bina keras seperti bangunan
 mengindahkan kawasan dengan bentuk, warna dan tekstur yang menarik
 mewujudkan persekitaran yang harmoni alam
 menghalang pandangan yang tidak dikehendaki
 mengawal pergerakan pengguna dalam kawasan landskap
 mengawal suhu dan iklim mikro di sesuatu tempat
 mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah

Tumbuhan landskap mempunyai nilai-nilai estetika melalui ciri-ciri khusus yang ada
padanya seperti bentuk, warna dan tekstur.

(b) Air
Kewujudan elemen air adalah :
a. Air dapat melembutkan suasana, menyejukkan persekitaran dan
menghasilkan bunyi.
b. Untuk tujuan rekreasi seperti bersampan dan memancing.
c. Air juga dapat meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran.
d. Ia boleh diperindahkan dalam bentuk kolam, air pancutan dan air terjun.

(c) Bentuk Muka Bumi (Topografi)

Bentuk muka bumi adalah:
a. Bentuk rupa bumi atau topografi sesuatu kawasan landskap
b. Landskap semulajadi – bukit-bukau, lembahdan daratan
c. Landskap buatan manusia – busut kecil, batas tanaman, kolam-kolam dan lain-
lain

(d) Struktur dan Binaan

Struktur dan binaan adalah :
a. Merupakan elemen keras, padu dan bersifat tetap dalam sesuatu kawasan
landskap
b. Struktur yang biasa seperti wakaf, siar kaki, kerusi, lampu taman, papan tanda,
pergola, pintu gerbang, binaan simen ferro dan sebagainya.

1.1.5 Fungsi Fizikal Dan Estetika Tumbuhan Dalam Landskap

i. Fizikal

Mengawal hakisan air, meredakan iklim, penghadang (pantulan cahaya,

pemandangan yang kurang elok, tiupan angin), memberi teduhan dan

mengarah pergerakan lalu lintas.

Mengawal pandangan

• Menghadang pemandangan yang kurang menarik seperti kawasan
pembuangan sampah, longkang dan sungaitercemar

Menghalang pergerakan

• Petunjuk arah atau persimpangan di mana tumbuhan landskap boleh
digunakan untuk mengarahkan pergerakanlalulintas.

Mengawal iklim

• Memberi perlindungan dan teduhan daripada hujan, angin,sinaran
matahari dan silauan cahaya

ii. Estetika

Membentuk ruang luar bangunan, membingkai pemandangan, melembutkan
pemandangan seni bina bangunan dan menjadipenyatu kepada pelbagai elemen
dalam sesebuah kawasan.

Melembutkan bentuk
Melembutkan pemandangan di mana
bentuk dan jalinan tumbuhan dapat
mengurangkan kesan-kesan binaan
konkrit.

Mencantikkan kawasan
Membentuk ruang di mana tanaman dan
elemen landskap boleh membentuk
sempadan kepada ruang-ruang tertentu
seperti, antara laluan pejalan kaki dan
jalan.

Selesa dan harmoni

Tanaman landskap di sepanjang jalan
mengurangkan kebosanan dan
memberikan keselesaan kepada
pengguna.

1.1.6 Memilih Tumbuhan Berdasarkan Ciri Tumbuhan Landskap

FAKTOR PEMILIHAN TUMBUHAN LANDSKAP
(i) Tekstur

a. Tekstur pandang
Terjadi di antara bahagian yang mendapat cahaya dan yang tidak menerima
cahaya. Dipengaruhi oleh keadaan cahaya, kesuburan tumbuhan dan musim.

b. Tekstur sentuh
Keadaan batang dan daun yang kasar, sederhana, dan halus

Heliconiasp. Celosia sp.. Canna sp. dan Coleus sp.

(ii) Warna
Pelbagai jenis warna kelihatan pada bunga, daun, batang dan buah. Pokok puding, bunga
kertas dan bunga raya memberikan warna yang terang.

Pokok puding Cerbera odollam Bunga raya

(iii) Bau-bauan
Terdapat tanaman yang mengeluarkan bau-bauan daripada bunga, daun dan kulit. Bunga
kemboja, Melur dan Cempaka mengeluarkan bau yang harum.

Plumeria sp. Gardeniajasminoides Micheliachampaca
Kemboja Melur Cempaka

(iv) Bentuk
Pelbagai bentuk semula jadi tumbuhan seperti bulat, bujur, kon, lonjong, terbuka
(piramid terbalik), kipas, tidak sebentuk dan payung (mendatar).

Rajah 1 : Susun atur tumbuhan hiasan di tapak landskap

UNIT 1.2 PENGENALAN KEPADA NURSERI

STANDARD PEMBELAJARAN

i. Menyatakan maksud nurseri.
ii. Menyatakan jenis perusahaannurseri.
iii. Menyenaraikan peluang kerjaya dalam industri nurseri.
iv. Menerangkan agensi yang terlibat dalam industri nurseri.
v. Menerangkan struktur asas dalam nurseri dan fungsinya.
vi. Menerangkan faktor pemilihan tapak nurseri dan pembinaan rumah tumbuhan.
vii. Merekod struktur nurseri sedia ada berdasarkan keperluan struktur asas dalam

nurseri.
viii. Mengesan kelebihan dan kelemahan pada pembinaan rumah tumbuhan yang

sedia ada.
ix. Mencadangkanpenambahbaikan pembinaan rumah tumbuhan berdasarkan

faktorpembinaan rumah tumbuhan.
x. Melakar idea susun atur kedudukan struktur asas dalam nurseri berdasarkan faktor

penting pemilihan tapak.

1.2.1 Definisi Nurseri

Nurseri merupakan tempat anak pokok dihasilkan sebelum ditanam di tempat yang kekal
atau dipasarkan. Tapak semaian atau nurseri mengeluarkan pelbagai jenis tanaman
hiasan seperti pokok utama, pokok renek, tanaman penutup bumi, tanaman dalam rumah
dan pelbagai jenis tanaman hiasan lagi.

1.2.2 Jenis-jenis Nurseri

Perusahaan nurseri memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pemasaran
tanaman hiasan, alat dan bahan perkebunan, perkhidmatan reka bentuk landskap,
melaksanakan projek landskap dan penyelenggaraan kawasan landskap.
Secara umumnya, perusahaan nurseri terbahagi kepada tiga iaitu:-

(a) Nurseri Runcit
Menghasil dan memasarkan tanaman hiasan secara kecil-kecilan, menjual alat
dan bahan pertanian seperti baja.

(b) Nurseri Borong
Menghasilkan tanaman hiasan secara besar-besaran, menjalankan pemasaran
secara pukal kepada nurseri runcit dan kontraktor landskap

(c) Nurseri Landskap
Mendapat bekalan tanaman hiasan dari nurseri runcit dan nurseri borong.
Menyediakanperkhidmatan melukis pelan, memberi khidmat nasihat, menjalankan
Kerja pelandskapan dan penyenggaraan kawasan landskap mengikut kehendak
pelanggan.

1.2.3 Kerjaya dalam industri nurseri

(a) Usahawan Nurseri
Menjalankan perusahaan pembiakan, penyenggaraan dan pemasaran tanaman
hiasan.
(b) Penyelia Nurseri
Menjalankan kerja pengurusan di nurseri seperti merekod, mengatur kerja,
mengawal selia kerja, menerima dan mengatur penyimpanan barang.
(c) Pembantu Nurseri
Melakukankerja penyemaian,penanaman dan penyenggaraan anak pokok serta
menjalankan kerja am dinurseri.
(d) Pembekal tanaman Landskap
Membekalkan anak pokok dari nurseri kepada peniaga tanaman, kontraktor
landskap dan orang perseorangan.
(e) Ahli Hortikultur (Horticulturist)
Mengkaji tentang sains tanaman hiasan.
(f) Arboris
Pakar dalam bidang tanaman seperti pembiakan,pengurusan dan kajian tentang
tanaman.

1.2.4 Agensi yang terlibat dalam industri Nurseri
(a) Jabatan Landskap Negara
Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Berperanan sebagai pembuat dasar dan garis panduan
pembangunan landskap.

(b) MARDI
Dikenali sebagai Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia.
Sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Berperanan membangunkan teknologi untuk kemajuan industri pertanian dan
industri asas tani tempatan.

(c) Pihak Berkuasa Tempatan.
Satu badan khas diwujudkan melalui perundangan diberi peranan khas untuk
mentadbir satu kawasan penempatan. Antara agensi dalam pihak berkuasa
tempatan adalah Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

1.2.5 Struktur Asas Dalam Nurseri Landskap

(a) Pejabat Dan Tempat Jualan
Tempat pentadbiran dan penyimpanan rekod pengurusan nurseri. Dilengkapi
dengan perabot, ruang pameran, tempat jualan dan peralatan telekomunikasi.
Segala urusan jual beli dijalankan di sini.

(b) Setor
Tempat bagi melaksanakan penerimaan, merekod, penyimpanan,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Bilik atau ruang untuk
menyimpanan barang-barang.
Terdapat dua jenis setor iaitu :-

Setor Bahan Kimia Setor Peralatan

(i) Setor peralatan.
Mempunyai panel alatan, rak dan almari yang digunakan untuk menyimpan
alatan tangan dan mesin.

(ii) Setor bahan kimia.
Setor berkunci yang mempunyai rak dan almari untuk menyimpan bahan
kimia seperti baja, racun dan bahan pencuci. Setor ini mestilah mempunyai
aliran udara yang baik.

(c) Tempat Penyediaan Medium

Struktur bangunan berbumbung bagi menjalankan kerja penyediaan medium
campuran dan aktiviti pemasuan. Tempat ini juga perlu mempunyai ruang untuk
menyimpan bahan medium seperti tanah, bahan organik dan pasir.

(d) Tempat Pembiakan Tanaman

Ruang untuk melakukan pembiakan atau penyemaian benih tanaman hiasan dan
tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat
pengerasan atau rumah tumbuhan. Mempunyai kotak semaian dan dilengkapi
dengan sistem siraman jenis renjisan kabus atau sistem percikan. Kotak semaian
biasanya diisi dengan pasir sungai. Bahagian bumbungnya dipasang dengan
jaring teduhan 50% - 80% lindungan dari cahaya matahari.

(e) Rumah Tumbuhan
Tempat meletakkan pelbagai jenis tumbuhan hiasan di dalam bekas yang tidak
tahan terkena cahaya matahari yang terik. Rumah ini mempunyai teduhan
sekurang-kurangnya 50 hingga 75 peratus.

(f) Tempat Pengerasan
Ruang terbuka bagi memudahkan anak pokok tanaman hiasan mendapat cahaya
matahari untuk menyesuaikannya dengan persekitaran yang baru. Lantainya
diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu kerikil untuk memudahkan kerja
penyenggaraan tanaman.

SETOR PEJABAT DAN TEMPAT
TEMPAT JUALAN PENGERASAN
TEMPAT
PENYEDIAAN TEMPAT RUMAH
MEDIUM PEMBIAKAN TUMBUHAN

1.2.6 Faktor Pemilihan Tapak Nurseri dan Pembinaan Rumah Tumbuhan

(a) Faktor pemilihan tapak nurseri

(i) Rupa bumi
Permukaan tanah yang rata dan tidak mudah banjir. Ini akan

memudahkan kerja pembinaan struktur nurseri dan pergerakan semasa
menjalankan aktiviti di tapak nurseri.

(ii) Kawasan tapak terlindung daripada tiupan angin kencang serta mendapat
pancaran cahaya matahari yang mencukupi.

(iii) Berdekatan dengan sumber bekalan air bagi memudahkan kerja
penyiraman.

(iv) Mempunyai kemudahan pengangkutan seperti jalanraya dan
telekomunikasi.

(v) Berdekatan dengan bandar dan kawasan penempatan penduduk bagi
memudahkan proses pemasaran.

(b) Faktor Dalam Pembinaan Rumah Tumbuhan
(i) Orientasi
Kedudukan rumah tumbuhan berorientasikan arah utara selatan bagi
memastikan cahaya sampai kepada tanaman hiasan dengan sekata.
(ii) Bahan Binaan
Bahan binaan yang tahan lama seperti kayu , konkrit dan besi.

(iii) Peratus Teduhan
Berbeza mengikut jenis tanaman hiasan iaitu 25%, 50% dan 75%. Jaring
hitam/hijau atau pokok yang rendang boleh digunakan sebagai teduhan.

(iv) Sistem Penyiraman
Secara manual iaitu menggunakan tong penyiram atau hos getah.

Sistem
penyiraman automatik menggunakan teknik renjisan, sistem titisan dan

sistem percikan.

(v) Susunan Tumbuhan
Bergantung kepada saiz rumah tumbuhan. Tanaman disusun dalam
bentuk barisan atau bertingkat

1.2.7 Merekod Struktur Nurseri
Merekod dilakukan bertujuan:-
i. Memastikan struktur nurseri menepati spesifikasi yang ditetapkan.
ii. Menentukan kualiti dan kuantiti struktur nurseri dapat memenuhi keperluan.
iii. Memastikan stuktur nurseri sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan.

1.2.8 Kelebihan Dan Kelemahan Rumah Tumbuhan

Sebuah rumah tumbuhan yang baik mestilah mempunyai orientasi yang sesuai,
peratus dan bahan teduhan yang memenuhi keperluan pertumbuhan pokok, bahan
binaan yang sesuai, menggunakan sistem pengairan yang efisien dan susun atur
tumbuhan yang baik.

UNIT 1.3 : AMALAN KESELAMATAN DI NURSERI DAN TAPAK LANDSKAP

PENDAHULUAN

Amalan keselamatan adalah perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan
kerja amali di nurseri dan tapak landskap. Setiap murid perlu menjadikan amalan
keselamatan sebagai budaya ketika berada di nurseri dan tapak landskap. Murid perlu
mempunyai pengetahuan peraturan dan kesedaran penggunaan bahan serta alatan
semasa menjalankan aktiviti yang selamat.

STANDARD PEMBELAJARAN

i. Menyatakan jenis kemalangan di nurseri dan tapak landskap.
ii. Menyenaraikan jenis-jenis alat perlindungan keselamatan di nurseri dan tapak

landskap berserta kegunaannya.
iii. Menerangkan simbol-simbol keselamatan di nurseri dan tapak landskap.
iv. Menjelaskan punca berlakunya kemalangan dan cara mencegahnya.
v. Menunjukkan cara tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan di

nurseri
dan tapak landskap

1.3 AMALAN KESELAMATAN DI NURSERI DAN TAPAK LANDSKAP

1.3.1 Jenis-jenis kemalangan di nurseri dan tapak landskap.
Kemalangan dan kecederaan tidak dapat dielakkan semasa menggunakan bahan
dan alatan untuk pelaksanaan kerja-kerja amali yang dilakukan. Contoh jenis
kemalangan yang selalu berlaku ialah:
a. Tersepit di antara objek
b. Tergelincir
c. Terjatuh
d. Terlanggar
e. Terbakar
f. Meletup
g. Renjatan elektrik
h. Mata dimasuki sebarang objek

1.3.2 Jenis-jenis alat perlindungan keselamatan di nurseri dan tapak landskap
berserta kegunaannya.
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar
daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan
kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang
dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-
Occupational Safety and Health Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawab
menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja. Untuk mengelakkan kemalangan
ketika berada di nurseri dan tapak landskap, beberapa peraturan hendaklah
dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah ditetapkan
dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu:
 Keselamatan diri.
 Keselamatan di bengke.

(a) Keselamatan diri

i. Mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di nurseri dan tapak landskap.
ii. Mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan

dan mesin semasa berada di nurseri dan tapak landskap.
iii. Tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan

semasa berada dalam bengkel.
iv. Setiap aktiviti dan keberadaan murid di bengkel mestilah dengan kehadiran dan

pengawasan guru.

(b) Keselamatan di nurseri dan tapak landskap

 Mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan
mudah dan lancar.

 Sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi, kayu, sisa
tumbuhan dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh
bahan tersebut.

 Kawasan nurseri perlu sentiasa diselenggara seperti permukaan yang berlumut
dan licin yang boleh menyebabkan tergelincir atau terjatuh.

 Cara berpakaian juga perlu dititik beratkan bagi menjamin keselamatan
pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan
kepada tiga, iaitu:

(I) Pakaian am
(II) Pakaian perlindungan
(III) Peralatan perlindungan

(I) Pakaian Am
 Pakaian hendaklah sesuai iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian
yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut
pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak.
Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan
pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.
 Bagi murid lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi murid perempuan yang
berambut panjang pula,rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada
mesin yang sedang berputar. Murid perempuan yang memakai tudung hendaklah
menyisipkan tudung ke dalam baju.

(II) Pemakaian Perlindungan

Kasut keselamatan
 Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat

melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat.
Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan
tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Sarung tangan

 Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau
peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan kerja-kerja di
nurseri dan tapak landskap.

Apron
 Apron atau pakaian keselamatan perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan

pada tubuh ketika melakukan kerja di nurseri dan tapak landskap.
(III) Peralatan Perlindungan

Cermin mata keselamatan (gogal)
 Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal digunakan semasa

melakukan kerja-kerja yang bersesuaian di nurseri dan tapak landskap.

Pemadam api
 Alat pemadam api mesti berada di nurseri dan tapak landskap dalam keadaan

selamat digunakan jika berlaku kebakaran.

Peti pertolongan cemas

 Peti pertolongan cemas yang lengkap dengan bahan dan alatan rawatan mesti
berada di nurseri dan tapak landskap.

Pili bomba Hos kebakaran

Loceng penggera kebakaran Alat penggera kebakaran

 Set alatan memadam kebakaran iaitu pili bomba, hos kebakaran, loceng/alat
penggera kebakaran mesti berada di nurseri dan tapak landskap.

1.3.3 Simbol-Simbol Keselamatan Di Nurseri Dan Tapak Landskap.

Memakai cermin mata Memakai kasut Memakai sarung tangan
keselamatan keselamatan keselamatan

Bahan mudah meletup Bahan mudah terbakar Bahan kimia bertoksik

1.3.4 Punca-punca berlakunya kemalangan dan cara mencegahnya.

Kesedaran dan pengetahuan murid mengelakkan dari berlakunya kemalangan amat
penting bagi mengurangkan serta mengelakkan dari berlakunya kemalangan di nurseri
dan tapak landskap. Punca-punca berlakunya kemalangan ialah:

Murid
 Sikap murid yang tidak mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan.
Contohnya
murid dilarang untuk bergurau di nurseri dan tapak landskap. Selain itu murid tidak
menggunakan alat dengan kaedah yang betul.

Alatan dan bahan
 Alatan yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca berlakunya
kemalangan.

Contohnya parang yang rosak tidak di lupuskan dan mengakibatkan memberi risiko
kepada murid yang menggunakannya. Alatan yang dilupuskan hendaklah diganti
dengan alatan yang sesuai dan selamat untuk digunakan.

Nurseri dan tapak landskap
 Nurseri dan tapak landskap hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan
tersusun.
Sekiranya aspek ini diabaikan, peratus punca kemalangan terjadi amat tinggi.
Contohnya lantai yang licin boleh menyebabkan murid terjatuh. Manakala kawasan
nurseri yang terbiar akan mengundang haiwan dan serangga berbisa yang boleh
menyerang dan mengancam diri murid ketika melakukan aktiviti di nurseri dan tapak
landskap. Contoh serangga dan haiwan berbisa ialah ular, kala jengking, lipan dan
lain-lain. Struktur rumah tumbuhan juga perlu diperiksa secara berkala untuk
memastikan ia kukuh dan sentiasa dalam keadaan yang baik.

1.3.5 Tindakan Yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kemalangan Di Nurseri Dan
Tapak Landskap.

Bil. Jenis kemalangan Tindakan awal yang perlu diambil

1. Terbakar  Alirkan kuantiti air yang banyak untuk

menyejukkan bahagian yang terbakar selama 20-

30 minit. direndam bagi
 Jangan gunakan ais.
 Boleh gunakan tuala yang

bahagian yang tidak dapat dialir air seperti

kawasan muka.
 Maklumkan kepada guru.
 Tutup bahagian yang luka dan bawa ke klinik.

2. Terkena bahan kimia  Bersihkan bahan kimia pada kulit di bawah aliran

air selama 20 minit.
 Gunakan tuala basah untuk membantu

melegakan kesakitan.
 Maklumkan kepada guru.
 Tutup bahagian yang luka dan bawa ke klinik.

3. Kecederaan fizikal  Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan

seperti terjatuh, tempatkan mangsa di tempat yang sesuai untuk

tergelincir, patah diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian

atau luka akibat yang tercedera.

benda tajam  Jika anggota tangan patah, tangan tersebut

hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat

ke leher supaya tangan yang patah tidak terkulai.

 Jika luka akibat benda tajam, ikat bahagian atas

luka dengan kain bersih bagi menyekat pengaliran

darah terus mengalir.

 Jika murid terseliuh, pastikan jenis kecederaan

yang berlaku dan tempatkan mangsa di tempat

yang sesuai untuk diberi pertolongan tanpa

menyentuh bahagian yang tercedera. Jangan

diurut atau disapu dengan minyak panas.

 Maklumkan kepada guru.
 Bawa ke klinik atau hospital.

4 Terkena sengatan  Maklumkan kepada guru.

serangga  Bawa ke klinik atau hospital.

5 Terkena renjatan  Matikan suis utama.
elektrik  Alihkan mangsa menggunakan bahan penebat

seperti baju dan bahan seumpamanya. Elakkan

bersentuhan dengan mangsa.

 Jika mangsa tidak sedarkan diri, lakukan rawatan

pertolongan cemas atau CPR bagi yang memiliki

sijil CPR.
 Maklumkan kepada guru.

 Bawa ke klinik atau hospital.


Click to View FlipBook Version