The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lnaea6054, 2020-06-28 09:29:43

MPV LN KSSM T4 MODUL 4

MPV LN KSSM T4 MODUL 4

Renek



Penutup bumi dan turf

Pokok pagaran

4.1.6 Teknik Mewarna Simbol Grafik Landskap







Cara Melukis Palma

Cara Melukis Pokok Teduhan

Cara Melukis Renek



Cara Melukis Pokok Pagaran



Cara Melukis Gazebo



Cara Melukis Batu-bata



UNIT 4.2 : MEREKA BENTUK

PENDAHULUAN

Reka bentuk landskap bermaksud suatu siri langkah kerja yang kreatif untuk membangunkan
atau menyelesaikan masalah sesuatu kawasan. Tujuan reka bentuk landskap adalah :-

a. Membantu mendapatkan maklumat penting.
b. Mendapat pendekatan terbaik dalam penyelesaian masalah.
c. Memudahkan penerangan dan maklumat kepada pelanggan.
d. Mengindahkan suasana ruang serta meningkatkan kualiti ruang agar lebih harmoni.

STANDARD PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.2.1 Menyenaraikan prinsip reka bentuk landskap.
4.2.2 Mengenal pasti komponen dalam pelan landskap.
4.2.3 Menerangkan jenis pelan dalam proses mereka bentuk landskap dan pelaksanaan

projek landskap.
4.2.4 Memilih tapak atau Kawasan untuk mereka bentuk landskap.
4.2.5 Melukis pelan asas mengikut skala.
4.2.6 Merekod ciri fizikal dan estetika serta elemen landskap sedia ada di tapak dalam pelan

inventori.
4.2.7 Menganalisis ciri fizikal dan estetika serta elemen landskap sedia ada dalam pelan

analisis.
4.2.8 Mencadangkan program dalam gambar rajah bulat atau buih berdasarkan matlamat

yang telah ditetapkan.
4.2.9 Mencadangkan elemen landskap dalam program reka bentuk pada pelan konsep

berdasarkan gambar rajah bulat atau buih.
4.2.10 Menghasilkan pelan induk landskap berdasarkan susun atur program dan elemen

landskap yang dicadangkan dalam pelan konsep mengikut skala.

4.2.1 Menyenaraikan Prinsip Reka Bentuk Landskap
Prinsip reka bentuk landskap adalah tatacara menyusun dan mengolah elemen-elemen landskap
terutamanya tumbuh-tumbuhan dalam satu kombinasi yang sesuai, menarik dan berfungsi. Terdapat
beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah
keringkasan, keanekaan, keseimbangan, penumpuan, turutan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah
diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.

1) Keringkasan
Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan
mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen
terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk
mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.

Gubahan yang ringkas
menggunakan sedikit
unsur

2) Kepelbagaian / Keanekaan
Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak
ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat
menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat
diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahan
haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.

Pemilihan jenis tanaman untuk
menghasilkan pembentukan
keanekaan perlu memberi tumpuan
kepada rupa bentuk tanaman secara
keseluruhan.

3) Keseimbangan

Ia bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari
segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah untuk mewujudkan
kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometrik,
simetrikal, dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan.
Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.

Keseimbangan formal. Keseimbangan tidak formal.

4) Penumpuan / Titik tumpu

Penumpuan / Titik tumpu terhadap satu-satu elemen khusus yang mempunyai ciri-ciri yang menarik
dan menonjol dalam landskap. Penumpuan selalunya diberikan kepada spesies tumbuh-tumbuhan
yang unik dari segi warna, bentuk dan tekstur yang lain daripada tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
persekitarannya. Penumpuan juga boleh diberikan kepada elemen lain seperti air pancutan dan air
terjun atau pun struktur binaan yang menonjol dari segi ketinggiannya, seni bina, warna dan
sebagainya yang boleh menarik perhatian.

Ciri-ciri pelbagai yang
terkawal
mewujudkan
penegasan.

5) Ulangan (Turutan)
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang. Ulangan selalunya
dalam bentuk linear (memanjang atau barisan. Prinsip turutan akan memberikan pemandangan yang
bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan. Prinsip ini biasanya digunakan bagi
membahagikan kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau menunjuk arah bagi laluan-laluan
tertentu seperti di tepi jalan.

Turutan melalui
perubahan bentuk

6) Kesatuan
Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan
penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah
penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada
konsep tersebut.

4.2.2 Mengenal pasti komponen dalam pelan landskap

Terdapat lima komponen dalam sesuatu pelan landskap iaitu kotak tajuk, arah mata angin, skala
simbol dan maklumat bertulis.

1. Kotak tajuk
Kotak tajuk mengandungi perkara berikut yang menerangkan berkenaan pelan tersebut.
a) Tajuk Pelan dan Projek
b) Disemak Oleh ( Nama arkitek landskap ( industri ) / Pensyarah ( Pembelajaran IPT ) / Guru
( Pembelajaran sekolah )
c) Nama Pemilik
d) Disediakan Oleh ( Nama Pelukis Pelan )
e) Tarikh ( Lukisan disediakan )
f) Nombor lukisan ( Bilangan pelan yang dibina )
g) Skala ( Nisbah Ukuran Pelan )

Kedudukan Kotak Tajuk bagi Kotak Tajuk
 Pelan Induk
 Pelan Konsep
 Pelan Buih

Kedudukan Kotak Tajuk bagi Kotak Tajuk
 Pelan Induk
 Pelan Penanaman

2. Arah Mata Angin
Arah mata angin biasanya ditunjukkan secara grafik dengan simbol anak panah. Arah utara
secara lazimnya adalah menghala tegak 90° ke atas. Bagaimanapun, bagi pelan tertentu arah
utara boleh dicondongkan mengikut kedudukan tapak di atas pelan tetapi sebaik-baiknya
condong ke atas.

3. Skala
Skala merupakan perbandingan saiz objek atau tumbuhan yang dilukis di atas pelan
berbanding saiz sebenar. Saiz sesuatu objek atau tumbuhan mestilah dilukis mengikut skala
yang tepat. Pembaris skala telah menunjukkan ukuran-ukuran bagi skala yang berbeza. Skala
yang biasa digunakan untuk pelan-pelan landskap adalah seperti 1:50, 1:100 dan 1:200. Skala
1:50 memberikan pelan yang lebih besar berbanding skala 1:100. Skala ditentukan oleh saiz
kawasan dan saiz kertas yang digunakan untuk melukis pelan. Bagi kawasan yang luas, skala
yang lebih kecil digunakan seperti 1:100 atau 1:200. Bagi kertas yang besar seperti saiz AO
atau A1, skala besar boleh digunakan seperti 1:50 atau 1:100. Skala di atas pelan boleh
ditunjukkan secara penulisan iaitu 1:100, 1:200 atau secara grafik.

4. Simbol-simbol Landskap
Dalam pelan landskap simbol khusus digunakan bagi mewakili pelbagai jenis tumbuhan dan
elemen lain seperti air dan struktur binaan. Simbol yang berbeza digunakan untuk pokok
utama atau naungan, tumbuhan renek, penutup bumi dan rumput turf. Simbol untuk struktur
binaan adalah berdasarkan jenis struktur, binaan dan bahan yang digunakan.

5. Maklumat Bertulis
Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilabelkan dengan jelas dan terang. Begitu juga dengan
perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan dalam bentuk
penulisan. Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti, kemas
dan mudah dibaca. Penulisan boleh dibuat secara manual atau menggunakan alatan bantuan
seperti stensil, skrib dan set huruf. Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan
menjimatkan.

4.2.3 Jenis Pelan Dalam Proses Mereka Bentuk Landskap Dan Perlaksanaan Projek
Landskap.

JENIS-JENIS PELAN LANDSKAP

PELAN ASAS

PELAN INVENTORI DAN ANALISIS

PELAN BUIH

PELAN KONSEP

PELAN INDUK

Jenis-jenis Pelan Landskap
a. Pelan Asas

i. Pelan asas menunjukkan kedudukan sebenar tapak atas kawasan
yang dibuat landskap.

ii. Ia adalah ringkas dan mengandungi perkara asas yang tetap
seperti sempadan, kawasan, bangunan , jalan raya, tasik atau
kolam dan sebagainya.

iii. Pelan asas boleh didapati daripada pemilik kawasan atau dibuat
sendiri selepas pengukuran sebenar ditapak.

iv. Pelan asas ini adalah perlu untuk menghasilkan pelan berikutnya.

Contoh Pelan Asas
b. Pelan Inventori dan Analisis

i. Pelan inventori dan analisis menunjukkan semua elemen dan
objek sedia ada di tapak dan kawasan yang akan dibina landskap.

ii. Pelan ini dilukis daripada kerja-kerja inventori dan analisis yang
telah dilakukan terhadap tapak landskap.

iii. Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilabelkan dengan jelas
dan terang.

iv. Perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan
dalam bentuk penulisan.

v. Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan penulisan yang
berkualiti, kemas dan mudah dibaca.

vi. Penulisan boleh dibuat secara manual atau menggunakan alatan
bantuan seperti stensil, skrib dan set huruf. Penulisan secara
menual lebih mudah, cepat dan menjimatkan.

vii. Murid dikehendaki memahirkan diri dalam penghurufan.

Contoh Pelan Inventori dan Analisis
c. Pelan Buih

i. Pelan buih menunjukkan program yang berbeza dengan warna berbeza.
ii. Anak panah hubung kait menggambarkan sirkulasi kepada reka bentuk

yang akan dirancang.
iii. Menulis program dengan tulisan landskap dan pemilihan program reka

bentuk bersesuaian dengan tapak projek.
iv. Tidak terlalu teknikal dan lebih organik.
v. Ia perincian lanjutan bagi kekemasan konsep yang dirancang.
vi. Mulakan dengan membahagikan sempadan program dengan pensel.
vii. Ukur ketebalan garisan putus-putus yang akan dilukis secara seragam dan

bersesuaian dengan pelan.
viii. Lukis simbol laluan masuk
ix. Warnakan garisan putus-putus dengan warna yang sama seperti di dalam

pelan buih.

Contoh Pelan buih
d. Pelan Konsep

i. Pelan konsep menunjukkan idea dan program yang dicadangkan
secara kasar dalam reka bentuk landskap untuk suatu kawasan.

ii. Ia menerangkan matlamat, objektif dan gaya yang dikehendaki
dalam reka bentuk.

Contoh Pelan Konsep

e. Pelan Induk
i. Pelan induk landskap menerangkan dengan terperinci idea dan
program yang dicadangkan untuk pelaksanaan.
ii. Ia menunjukkan simbol landskap dengan jelas bagi mewakili
semua yang dicadangkan.

Contoh Pelan Induk

4.2.4 Merekod Ciri Fizikal Dan Estetika Serta Elemen Landskap Sedia Ada Di Tapak
Dalam Pelan Inventori.

Inventori tapak adalah aktiviti mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-ciri fizikal tapak serta
infrastruktur sedia ada di tapak berkenaan. Data-data ini dilukis secara grafik dan maklumat
bertulis dinyatakan dengan jelas jika tidak boleh dilukis secara grafik di dalam pelan asas.
Hasil pengukuran sebenar dipindahkan dalam bentuk pelan dengan skala yang sesuai
bergantung kepada saiz kawasan dan saiz kertas yang digunakan.

Cara mendapatkan pelan tapak:

Pelan Dapatkan pelan asas dari tuan
Tapak rumah / pelanggan

Lukis sendiri

Setelah dapat pelan asas, kerja-kerja inventori dilakukan dengan mengkaji ciri-ciri fizikal tapak
dan mengenal pasti kedudukan infrastruktur dan objek-objek yang didapati pada tapak
berkenaan. Pemerhatian dan penilaian persekitaran dilakukan di tapak.

Proses reka bentuk landskap bermula dengan penerimaan projek dan penyerahan tugasan
oleh pelanggan. Tugasan awal yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti tapak projek.
Kawasan yang dicadangkan pelandskapan mempunyai topografi atau rupa bumi yang
berbeza, mengikut kawasan dan kegunaannya. Lawatan ke tapak landskap dilakukan untuk
mengenal pasti masalah yang terdapat di kawasan berkenaan. Antara yang dilihat termasuk
aspek fizikal, visual dan keperluan pengguna.

Langkah-langkah kerja membuat inventori tapak dan melukis pelan inventori:

Langkah kerja Keterangan

8. Melakar kedudukan tapak secara kasar i) Buat lakaran di dalam buku skrap.
(draf)

9. Mengenal pasti objek sedia ada di i) Mengenal pasti tumbuh-tumbuhan, topografi,
tapak sistem saliran dan perpaipan serta struktur
binaan (wakaf, kerusi, lampu taman dan
sebagainya).

10. Mengukur saiz dan kedudukan setiap iii) Mengukur saiz objek satu persatu dan

objek. kedudukan objek.

11. Merekod ukuran objek-objek di atas i) Rekodkan saiz di dalam buku skrap
pelan asas lakaran tapak.
ii) Lakarkan kedudukan objek dan tuliskan jarak
di dalam buku skrap.

12. Menyediakan kertas lukisan yang iii) Kertas lukisan yang mempunyai saiz yang
sesuai bersesuaian dengan keluasan tapak dan
skala.

13. Lekatkan kertas lukisan di atas papan i) Menggunakan pita pelekat untuk mengelak
surih kertas bergerak apabila menggunakan
pembaris sesiku.

14. Lukiskan pelan mengikut ukuran dan i) Gunakan skala yang sama untuk semua

pilih skala yang sesuai. ukuran.

ii) Skala yang disyorkan ialah 1:50, 1:100 atau
yang bersesuaian.

15. Tentukan kedudukan atau posisi pelan i) Arah mata angin boleh menghala 90⁰ hingga

tapak dengan menghala arah utara 45⁰

16. Ukur dengan tepat ukuran-ukuran i) Semua ukuran mesti menggunakan skala
yang didapati semasa inventori tapak. yang dipilih.

17. Lukis simbol-simbol yang sesuai untuk i) Gunakan simbol-simbol yang berkaitan.
melukis objek dan maklumat tertentu.

18. Labelkan semua objek yang dilukis i) Label dengan menulis menggunakan
penghurufan atau tulisan biasa.

19. Lengkapkan kotak tajuk i) Tuliskan semua maklumat yang berkaitan.

Contoh lakaran pelan asas dalam buku skrap.

4.2.5 Menganalisis Ciri Fizikal Dan Estetika Serta Elemen Landskap Sedia Ada Dalam
Pelan Analisis.

1. Penilaian 2. Penilaian 3. Pelanggan dan
Unsur-unsur Persekitaran pengguna
sedia ada
Aspek visual adalah Landskap yang dibina
Menilai infrastruktur menganalisis hendaklah menepati
dan objek sedia ada pemandangan di keperluan dan
dari sudut kelebihan tapak. Pemandangan kehendak pelanggan
dan kekurangannya. yang menarik, atau pengguna.
pemandangan tidak
menarik atau Untuk memenuhi
pemandangan yang kriteria ini aktiviti
tidak menyenangkan. menemu bual
pelanggan atau
pengguna perlu
dilakukan

Aspek fizikal: Penyelesaian: Contoh:

- Lokasi dan jenis Pandangan tidak - Ruang khusus untuk
landskap di kawasan menarik: landskap.
sekeliling
Buatkan titik tumpu - Tumbuhan yang
- Topografi kawasan (focal point). digemari
contoh berbukit, sungai,
tasik, tanah berlopak, Pandangan tidak - Keselesaan dan
kawasan air bertakung. menyenangkan: keselamatan.

- Utiliti seperti kabel Menutup pandangan - Peruntukan kos.
elektrik dan telefon, dengan membuat
saliran paip, longkang. pengadang daripada - Bilangan keluarga
tumbuhan, pagar , untuk landskap
- Arah mata angin, arah tembok atau kediaman.
angin, arah matahari, menggunakan perabot
hujan. taman seperti trellis - Aktiviti pengguna
atau lentis. seperti beriadah atau
- Keadaan dan jenis berehat.
tanah serta sejarah Pencemaran bunyi
kegunaan tanah (bising): - Kebudayaan atau adat
sebelumnya. Contoh masyarakat setempat.
bekas lombong, kebun Hadangkan dengan
kelapa sawit. tumbuhan yang padat - Aktiviti kejiranan seperti
untuk menyerap bunyi kawasan kilang,
- Nilai tumbuhan sedia bising. sekolah, hospital atau
ada . rumah ibadat.
Pencemaran bau:
- Unsur air semula jadi
Hadangkan dengan
tumbuhan yang padat.

Langkah-langkah kerja membuat analisis tapak dan melukis pelan analisis :

Langkah kerja Keterangan

1. Lakarkan pelan asas i) Lakarkan dalam buku skrap.

2. Lakukan pemerhatian dan penilaian i) Tumbuh-tumbuhan, topografi, sistem saliran
terhadap objek-objek sedia ada dan perpaipan, struktur binaan seperti
wakaf, kerusi, lampu taman dan
3. Catatkan kelebihan dan kelemahan sebagainya.
setiap objek
i) Rekodkan semua kelebihan dan kelemahan
di dalam buku skrap.

4. Lakukan pemerhatian dan penilaian i) Rekodkan pemerhatian dan penilaian di
terhadap persekitaran dalam buku skrap

5. Catatkan masalah-masalah dan i) Rekodkan semua masalah dan potensi di
potensi-potensi melalui pemerhatian. dalam buku skrap.

6. Membuat perbincangan dengan i) Menemu bual pelanggan bagi mengetahui
pelanggan atau pemilik. kehendak mereka.

7. Lukiskan pelan asas di atas kertas i) Boleh salin semula (tekap) dari pelan
lukisan menggunakan skala inventori

8. Lukiskan secara grafik hasil analisis i) Lukiskan grafik / simbol yang berkaitan
tapak ke dalam pelan analisis.
i) Maklumat boleh ditulis menggunakan
9. Isikan maklumat bertulis jika tidak penghurufan yang dipelajari atau tulisan
boleh dilukis secara grafik. biasa.

10. Warnakan pelan analisis i) Warnakan semua simbol dan grafik yang
dilukis.

11. Lengkapkan kotak tajuk. i) Tuliskan semua maklumat yang berkaitan.

Simbol grafik yang digunakan dalam pelan analisis: KETERANGAN
BIL SIMBOL
1 ARAH MATA ANGIN
2
KAWASAN YANG
3 MERBAHAYA ATAU
TIDAK SELAMAT
4 DAN PAGARAN

5 GARISAN PUTUS –
PUTUS SEMPADAN
KAWASAN UNTUK
MENUNJUKKAN
PROGRAM
(AKTIVITI)

ANAK PANAH YANG
MENUNJUKKAN
SIRKULASI ANGIN /
LALUAN ANGIN
YANG
MENDAMAIKAN
ATAU SEBALIKNYA
DITAPAK
SIMBOL MATAHARI
BOLEH
MENJELASKAN
PELBAGAI ANALISIS
SAMADA TAPAK
REDUP, PANAS,
PANAS TERIK DAN
LAIN – LAIN.

BIL SIMBOL KETERANGAN
6 SIMBOL ‘VIEW’ /
7 PANORAMA BOLEH
8 MENJELASKAN PELBAGAI
Contoh pelan analisis: ANALISIS SAMADA
PADANGAN MENARIK ATAU
SEBALIKNYA.

ZONE BISING

SEMPADAN KAWASAN
EKOLOGI, HUTAN, CURAM
DAN LAIN -LAIN.

NOTA:
1. Warna pada pelan ini perlu sedehana dan perlahan.
2. Tulisan menggunakan aplikasi tulisan landskap.
3. Grafik perlu jelas dan berkaitan dengan hasil inventori dan analisis.
4. Masukkan segala isu, masalah serta potensi dengan ayat yang ringkas.
5. Boleh juga memberi sedikit cadangan awal untuk reka bentuk nanti.
6. Rujuk buku modul pembelajaran untuk aktiviti yang diperlukan.

Pelan Penanaman
i. Pelan penanaman menunjukkan dengan lebih terperinci berkenaan
tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam pelan induk landskap.
ii. Pelan ini digunakan untuk menunjukkan tempat penanaman dan panduan
menyusun tumbuhan dalam penanamannya. Pelan ini penting bagi
pembinaan landskap lembut.

Contoh Pelan Penanama


Click to View FlipBook Version