Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi
Visual
Dvd 5032 – comic illustration
Studio work part 1
KELAS : DDS5A SESI : 1
2022/2023
NO.MATRIK
NAMA 18DDS20F1001
18DDS20F1045
AFYZA BINTI ROSNI
18DDS20F1051
FATIN ZULAIKHA BINTI
MOHAMED FUAD
SITI AISYAH BINTI ABDUL
RAHMAN
PENSYARAH KURSUS : RAFIDAH BINTI JAAFAR
TARIKH : 2 SEPTEMBER 2022
TAJUK KOMIK : Untouchable fighter
GENRE : aksi
TARGET PEMBACA / AUDIEN : remaja, dewasa
SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang pemuda dalam lingkungan 20-an yang diberi nama
Lukas dimana dia mempunyai trauma saat dia masih remaja. Dia diambil oleh seorang ketua
mafia ketika Lukas telah selesai membelasah gangster di lorong belakang kedai. Lukas
kemudian dilatih untuk dijadikan petarung yang kuat dalam kumpulan ketua mafia. waktu
berlalu dan kini Lukas telah berada dalam dunia kejahatan. Lukas juga mendapat gelaran
‘untouchable fighter’ kerana musuh tidak mempunyai peluang untuk menyentuh Lukas dalam
setiap petarungan dengan Lukas. Jadi, Lukas dianggap petarung yang paling kuat yang
pernah dijumpai pada waktu itu. Tetapi sehinggalah Lukas bertemu dengan seseorang yang
tidak disangka kekuatan manusia itu hampir setaraf dengannya. Michael, berpewatakkan
baik, senang memberi senyuman, suka membantu, suka menyakat, terlihat lurus bendul.
Pada akhirnya, Lukas kalah dalam pertarungannya berlawan dengan Michael. Kehadiran
Michael juga dianggap sebagai penyelamat Lukas untuk keluar dari dunia kejahatan mafia.
STORYLINE
Act 1
Lukas sedang bertarung dengan Michael. Semasa dalam pertarungan, Lukas mula
mengimbas kembali masa lalunya. Di dalam kelas, satu kelas tidak menyukai Lukas. Lukas
ketika itu seorang yang lemah. Dia selalu dibuli oleh rakan kelasnya. Di rumah juga Lukas
mengalami perkara yang tidak jauh beza. Ibu bapanya tidak membenarkan Lukas melakukan
apa yang disukainya dan lebih mengongkong kehidupan Lukas. Disebabkan Lukas menerima
banyak perkara toksik dalam hidupnya, Lukas pun mengalami kemurungan yang mendalam.
Lukas mengurung dirinya dalam bilik dan menahan semua kesakitan yang dialaminya. Suatu
hari Lukas berjalan di belakang lorong kedai dan tiba-tiba terserempat dengan sekumpulan
gangster. Kumpulan gangster itu mendekati Lukas. Lukas menyandar dirinya di pintu besi
belakang kedai. Dari situ, Lukas sekilas lalu mengingat kembali segala kesakitan yang
dilaluinya. Lukas telah terlalu lama memendam kesakitan dirinya dan akhirnya dia tidak dapat
menahannya lagi. Lukas pun melepaskan semua kesakitan dan amarah dengan menghajar
kumpulan gangster sampai berdarah dan pengsan. Selepas kejadian itu, Lukas yang
berposisi duduk bersandar di pintu besi kedai di datangi oleh ketua mafia. Ketua mafia itu pun
mengambil Lukas dan melatih Lukas untuk dijadikannya sebagai petarung.
Act 2
Di waktu ini, Lukas menjadi seorang yang sangat teguh dan antara petarung yang terkuat
yang pernah dijumpai dalam dunia mafia. Lukas sehingga mendapat gelaran ‘untouchable
fighter’ kerana setiap kali bertarung dengan musuh, musuh tidak mempunyai peluang
menyentuh Lukas disebabkan ketangkasan Lukas mengelak sangat menggagumkan. Suatu
hari, Lukas menyertai satu petarungan di sebuah gelanggang tempat bertarung atas
permintaan ketua mafia. Dari situ Lukas bertemu dengan Michael yang berpewatakkan seperti
seorang yang baik, suka memberi senyuman dan terlihat lurus bendul. Jadi Lukas
mengganggap yang Michael ialah seorang yang lemah, salah masuk gelanggang dan tempat
itu tidak sesuai dengan ciri pewatakkan yang dimiliki oleh Michael. Tetapi alangkah terkejutnya
Lukas, setelah lonceng dibunyikan, Michael menyerang Lukas dengan sangat tangkas. Lukas
hampir terkena serangan Michael tetapi sempat menggelak. Lukas sepertinya tidak
mempunyai peluang untuk menyerang Michael kerana Michael terus-menerus menyerang
Lukas tanpa henti.
Act 3
Pada akhirnya, Lukas kalah dalam pertarungan berlawan dengan Michael. Lukas bertanya
dengan rasa marah bagaimana Michael boleh menjadi setara kuat dengan Lukas. Michael
pun menjawab persoalan Lukas. Michael juga berkata yang dia telah lama memerhatikan
Lukas dari jauh dan setelah dia mendapat tahu yang Lukas menyertai pertarungan
gelanggang itu, Michael ikut menyertai dengan sukarela yang bertujuan untuk keluarkan
Lukas dari dunia kejahatan mafia. Michael juga memberitahu Lukas yang dia juga pernah
mengalami nasib yang sama dengan Lukas. Lemah, dijauhi oleh manusia, dibuli, Michael
merasai semua itu. Tetapi, Michael membatalkan niatnya menjadi jahat kerana terdapat
seorang kawan setianya yang berkata masih ada manusia yang memedulikannya. Jadi,
disebabkan kata-kata itu, Michael memilih untuk terus membuat kebaikan kepada manusia.
Michael mempelajari ilmu mempertahankan diri agar dia dapat melindung manusia yang
lemah kerana tidak ingin manusia yang lain menerima nasib yang sama seperti Michael.
Setelah mendengarkan semua kata-kata Michael, barulah Lukas menyedari jalan yang dipilih
itu adalah salah. Akhir sekali, Michael menghulurkan tangannya dan mereka berdua pun
berdamai antara satu sama lain.
MUKA SURAT 1
Panel 1
Tangan Lukas menghalangi tumbukan Michael. Tangan Lukas dibaluti dengan kain hingga
siku.
BUNYI EFEK : bunyi tumbukan.
Panel 2
Pandangan hadapan dan medium shot, melihatkan Lukas menahan tumbukan Michael
dengan tangan kiri manakala tangan kanan bersedia melancarkan tumbukan, badannya
sedikit membongkok. Pemakaian Lukas ialah singlet dan berseluar trek.
DIALOG
Lukas : (v.o) Aku tak pernah menjangka…
Panel 3
Medium close-up Michael berjaya menahan tumbukan Lukas. Michael dengan wajah yang
tersenyum menumbuk muka Lukas sehingga Lukas menunjukkan reaksi kesakitan. Pakaian
Michael ialah t-shirt biasa.
BUNYI EFEK : bunyi tumbukan
Panel 4
Extreme close-up mata Lukas memberi reaksi yang kecewa.
DIALOG
Lukas : (v.o) perkara ni masih lagi terjadi…
MUKA SURAT 2
Panel 1
Memperlihatkan langit biru yang cerah.
NARRATOR : Imbas kembali…
BUNYI EFEK : burung berkicauan
Panel 2
Memaparkan koridor sekolah.
BUNYI EFEK : budak sekolah bising.
Panel 3
Situasi dalam kelas. High angle Lukas berdiri di hadapan mejanya yang penuh dengan
coretan.
DIALOG
Lukas : (v.o) Kurang pasti apa sebabnya zaman sekolah aku dulu…
Panel 4
Warga sekolah menunjukkan mata yang seram, latar belakang yang gelap dan suram.
DIALOG
Lukas : (v.o) Rakan kelas aku sangat bencikan aku
MUKA SURAT 3
Panel 1
Wide shot di padang kecil (konsep tempat seperti dalam cerita doraemon) sekumpulan remaja
sekolah sedang memukul seseorang.
DIALOG
Lukas : (v.o) Aku juga seorang yang lemah pada ketika itu… ilmu berlawan pun aku tiada…
Panel 2
Medium close-up Lukas sujud ke tanah dengan kepalanya ditutupi dengan tangannya sambil
redha dipukul oleh sekumpulan remaja sekolah.
DIALOG
Lukas : (v.o) Jadi aku senang dibuli oleh rakan sekolah aku.
Panel 3
Suasana diperlihatkan rumah flat dua tingkat (konsep rumah Jepun).
Panel 4
Lukas sedang duduk yang kemurungan bersebelahan pintu bilik terbuka dan memperlihatkan
ibu bapanya yang sedang bertengkar antara satu sama lain.
DIALOG
Lukas : (v.o) Sama juga situasi yang berlaku di rumah aku, tak pernah aman.
MUKA SURAT 4
Panel 1
Close-up ibu bapa Lukas bertengkar lidah.
DIALOG
Lukas : (v.o) Ayah dan ibu tak pernah nak berdamai sesama mereka.
Panel 2
Lukas rebah di atas lantai rumah dengan seluruh anggota badannya dipenuhi dengan kesan
luka pukulan. Lukas menunjukkan reaksi yang ketakutan, hampir membuat air mata jatuh ke
pipi.
DIALOG
Lukas : (v.o) Kadang aku dipukul oleh ayah tanpa sebab yang jelas…
Panel 3
Ayah Lukas berjalan keluar dari bilik Lukas.
DIALOG
Lukas : (v.o) Apa salah aku?
Panel 4
Lukas menyelimuti seluruh anggota badannya dengan selimut.
DIALOG
Lukas : (v.o) aku lelah…
MUKA SURAT 5
Panel 1
Close-up Lukas mula mengalirkan air mata.
Panel 2
Lukas baring di atas katil dengan gaya seperti orang kemurungan.
Panel 3
Suasana ditunjukkan kota bandar yang besar.
BUNYI EFEK : bunyi kenderaan lalu-lalang/ hon kenderaan
Panel 4
Lukas sedang berjalan di belakang lorong kedai berseorangan dengan berpakaian jaket dan
seluar tracksuit.
NARRATOR : Di belakang lorong kedai…
MUKA SURAT 6
Panel 1
Low angle, ¾ quarter, medium shot muncul kaki seorang gangster berhadapan dengan Lukas.
Panel 2
Sekumpulan gangster mengelilingi Lukas.
BUNYI EFEK ; bunyi angin sepoi-sepoi
Panel 3
Lukas ditolak dengan kuat ke pintu besi kedai.
DIALOG
Lukas : (v.o) Aku… lagi-lagi aku…
BUNYI EFEK : bunyi pintu besi dihempap
Panel 4
Salah seorang daripada gangster itu menghunuskan parangnya tempat ke arah mukanya
Lukas.
DIALOG
Lukas : (v.o) Kenapa? Kenapa mesti aku yang merasakan semua ni?
MUKA SURAT 7
Panel 1
Extreme close-up Lukas menutupkan matanya dengan sangat erat.
BUNYI EFEK : orang menangis
Panel 2
Panel besar, Lukas mengimbas kembali segala kesakitan yang dialaminya sepanjang
kehidupan hariannya.
Panel 3
Latar belakang hitam.
DIALOG
Lukas : (v.o) Aku… Tak mampu nak menahan beban ni lagi…
Panel 4
Latar belakang hitam dengan ditambahkan sambaran petir.
DIALOG
Lukas : (v.o) Mungkin dah tiba masanya aku…
Panel 5
Extreme close-up Lukas menunjukkan matanya yang psiko.
NARRATOR : Amarah mulai membara dalam diri Lukas
MUKA SURAT 8
Panel 1
Lukas melancarkan serangannya dan menumbuk muka gangster yang menghunuskan
parang ke muka Lukas.
NARRATOR : Menghajar kumpulan gangster itu…
BUNYI EFEK : bunyi tumbukkan yang kuat
Panel 2
Lukas melancarkan serangan kakinya ke salah satu lagi gangster yang bersampingan dengan
gangster yang ditumbuk Lukas.
NARRATOR : Tanpa punya rasa berperikemanusiaan
BUNYI EFEK : bunyi serangan menggunakan kaki
Panel 3
Over-the-shoulder gangster, Lukas memandang ke arah gangster itu dengan mata putih
bercahaya, mukanya separuh gelap. Gangster itu berposisi terkejut dari pandangan belakang.
NARRATOR : Dia kehilangan kendali diri…
Panel 4
Percikkan darah mulai kelihatan di atas lantai jalan.
NARRATOR : Tersisa satu gangster, Lukas menghajar manusia itu sehingga berdarah.
MUKA SURAT 9
Panel 1
Medium close-up, Lukas mencangkung dan bersandar pada dinding dengan wajah yang
suram.
NARRATOR : Disaat dia sudah kehilangan arah…
Panel 2
Lukas mendongakkan wajahnya setelah seseorang menghulurkan tangannya kepada Lukas.
NARRATOR : Seseorang datang hulurkan bantuan.
Panel 3
Low angle, ketua mafia diperlihatkan dengan tidak begitu jelas kerana dihalangi oleh cahaya
matahari. Ketua mafia menghulurkan tangan ke arah Lukas.
DIALOG
Lukas : (v.o) Mungkin inilah yang terbaik untuk aku…
Panel 4
Lukas mencapai tangan ketua mafia itu tanda setuju untuk mendapat bantuan daripadanya.
DIALOG
Lukas : (v.o) Memulakan hidup yang baru…
BUNYI EFEK : bunyi tangan menyambut tangan yang lain
MUKA SURAT 10
Panel 1
Panel besar, Lukas mula berlatih untuk menjadi seorang petarung yang paling terkuat diantara
petarung lain yang pernah dijumpai. Lukas tidak berbaju, memakai reben di kepala serta
memakai pembalut kain di kedua belah tangan. Dalam panel ini juga ditunjukkan gambaran
empat penjuru Lukas sedang berlatih dengan mempelajari seni pertahankan diri.
DIALOG
Lukas : Aku bertekad… untuk jadi yang terkuat… dan membuang status orang lemah
Panel 2
Seorang lelaki menunjukkan kepalanya yang terbalik dengan mata berwarna putih cerah
seperti baru sahaja ditumbuk oleh seseorang.
NARRATOR : masa kini… Lukas sudah terlibat dalam dunia kejahatan mafia.
Panel 3
Medium shot, terlihat Lukas sedang berdiri dengan tangannya dimasukkan dalam poket
seluar. Lukas di panel ini berpakaian tuxedo.
NARRATOR : 48 jam sebelum berlangsung pertarungan arena gelanggang…
BUNYI EFEK : bunyi manusia jatuh rebah atas lantai
MUKA SURAT 11
Panel 1
Pandangan sisi dan medium close-up, Lukas mengeluarkan seputing rokok untuk sedia
menghisap.
DIALOG
Lukas : (v.o) Kini aku merupakan tangan kanan ketua mafia dan juga seorang petarung terkuat
dalam kumpulan mafia aku.
Panel 2
Memperlihatkan beberapa orang manusia yang pengsan di atas lantai seperti baru sahaja
selesai diserang oleh Lukas.
DIALOG
Lukas : (v.o) aku sampai mendapat gelaran ‘untouchable fighter’ sebab setiap musuh yang
aku bertarung tak punya kesempatan untuk sentuh aku.
Panel 3
Lukas meletakkan puting rokok yang belum dinyalakan api di mulutnya sambil mengukir
senyuman dengan mata yang tertutup.
DIALOG
Lukas : (v.o) aku gembira dengan kehidupan aku yang ini.
Panel 4
Medium shot, tiba-tiba telefon Lukas berbunyi.
BUNYI EFEK : telefon berbunyi
MUKA SURAT 12
Panel 1
Close-up, Lukas mengangkat panggilan telefon itu.
NARRATOR : Lukas mengangkat panggilan dari ketua mafia yang meminta Lukas untuk sertai
satu pertarungan.
DIALOG
Ketua mafia : Aku nak kau sertai pertarungan di arena gelanggang celestial.
Panel 2
Menunjukkan suasana keriuhan arena gelanggang tempat orang bertarung.
NARRATOR : arena gelanggang celestial
BUNYI EFEK : keriuhan manusia dari sudut penonton
Panel 3
Lukas berdiri di tengah gelanggang menunggu ketibaan pihak lawannya. Lukas tidak berbaju
dan tangannya dibaluti dengan kain hingga siku.
DIALOG
Lukas : (v.o) Tapi sampailah aku bertemu dengan ‘dia’…
BUNYI EFEK : keriuhan manusia
Panel 4
Lukas memberikan reaksi terkejut yang tegas. Suara Michael kedengaran tetapi belum
dipertunjukkan lagi wajahnya.
DIALOG
Michael : maaf lambat…
MUKA SURAT 13
Panel 1
Michael melakukan sedikit renggangan badan sebelum pertarungan dimulai.
DIALOG
Lukas : (v.o) apakah? Dia ni terlihat polos orangnya.
Panel 2
Close-up dan pandangan sisi, Lukas menunjukkan reaksi seperti perlekehkan kekuatan
Michael.
DIALOG
Lukas : (v.o) Mesti senang jer nak kalahkan dia.
Panel 3
Medium close-up, Michael memberikan senyuman yang lebar sehingga menampakkan gigi
dengan mata tertutup.
DIALOG
Michael : Hai, saya Michael. Mari… kita mulakan pertarungannya.
Panel 4
Lonceng arena berbunyi menandaikan pertarungan bermula.
BUNYI EFEK : bunyi lonceng arena
MUKA SURAT 14
Panel 1
Lukas memasang kuda-kuda, siap untuk bertarung.
DIALOG
Lukas : Tamatlah riwayat kau.
Panel 2
Close-up, Tangan Michael berada sangat dekat dengan muka Lukas. Lukas terkejut dengan
ketangkasan berlawan Michael.
Panel 3
Full shot, high angle, Lukas mengelak dan menjauhkan diri dari serangan Michael itu.
NARRATOR : Kekuatan Michael yang luar biasa…
Panel 4
Medium close-up, Lukas menunjukkan reaksi yang sangat terkejut setelah Michael
menunjukkan dirinya yang sebenar.
DIALOG
Lukas : (v.o rasa terkejut) Ada apa dengan kekuatan dia ni? Siapa dia ni? Orang mafia juga
ke?
MUKA SURAT 15
Panel 1
Michael dengan tangkas menggunakan kakinya dan menyerang ke arah sisi muka Lukas
tetapi Lukas berjaya menahan serangan itu.
BUNYI EFEK : bunyi tendangan kaki
Panel 2
Lukas menunjukkan reaksi wajah menahan kaki Michael yang dianggapnya terlalu berat.
DIALOG
Lukas : (v.o) Ini tak sepatutnya terjadi…
Panel 3
Michael menyerang Lukas dengan menghala penumbuk ke arah badan Lukas tetapi Lukas
masih lagi berjaya menahan.
DIALOG
Lukas : (v.o) Tak mungkin akan ada manusia yang lebih kuat daripada aku…
Panel 4
Tangan kiri Michael mengayun ke atas untuk menumbuk muka Lukas tetapi Lukas mengelak.
DIALOG
Lukas : (v.o) Aku berlatih menjadi kuat lebih daripada cukup, mustahil dunia punya seseorang
yang setara kuat dengan aku…
MUKA SURAT 16
Panel 1
Panel besar, Michael menumbuk Lukas dengan bertubi-tubi dan Lukas mem-blok serangan
itu.
DIALOG
Lukas : (v.o) TAK MUGKINNNNNNNN…..
Panel 2
Latar belakang hitam, panel ini mengimbas kembali kesakitan yang di alami Lukas. Tiga
perkara yang membuatkan Lukas murung di awal penceritaan.
NARRATOR : fikiran Lukas mulai terganggu…
MUKA SURAT 17
Panel 1
Kedengaran seseorang berjaya dipukul.
BUNYI EFEK : bunyi tumbukan
Panel 2
Terlihat Michael akhirnya berjaya menumbuk pipi Lukas. Lukas pitam mendapat tumbukan
yang kuat dari Michael, memperlihatkan mata Lukas berwarna putih bercahaya dan sedikit
terkeluarkan air liur.
NARRATOR : ‘untouchable fighter’ akhirnya berjaya disentuh oleh Michael
Panel 3
Michael mengakhiri pertarungan itu dengan mengayun tumbukan ke dagu Lukas.
BUNYI EFEK : bunyi tumbukan
Panel 4
Lukas terterbang sedikit jauh dan akhirnya rebah atas gelanggang. Lonceng arena pun
berbunyi menandakan pertarungan telah tamat dan kemenangan menjadi milik Michael.
NARRATOR : Lukas telah berjaya dikalahkan oleh Michael
DIALOG
Pengacara : (v.o) Pertarungan dimenangi oleh Michael Demiurgos.
BUNYI EFEK : bunyi lonceng arena
Bunyi keriuhan manusia
MUKA SURAT 18
Panel 1
Memeperlihatkan Michael yang sedang melambai kepada penonton dengan sedikit kelihatan
kepala Lukas yang terbaring di atas arena.
DIALOG
Lukas : Jadi aku dikalahkan huh.
Panel 2
medium close-up, side, Lukas hampir ingin mengalirkan air mata.
DIALOG
Lukas : Aku benar-benar kalah dalam pertarungan.
Panel 3
Tiba-tiba muncul tangan Michael dihulurkan kepada Lukas.
DIALOG
Michael : Pertarungan yang hebat.
Panel 4
Michael memberikan senyuman yang ikhlas kepada Lukas.
DIALOG
Lukas : Mari kita bertarung lagi di lain hari.
MUKA SURAT 19
Panel 1
Lukas kesal melihat senyuman yang terpancar di muka Michael.
BUNYI EFEK : bunyi Lukas kesal
Panel 2
Michael diperlihatkan dengan wajah yang hairan.
DIALOG
Lukas : (marah) Tak perlu berpura-pura baiklahhh…
panel 3
Lukas bertanya soalan dengan marah kepada Michael.
DIALOG
Lukas : Macam mana orang baik macam kau ni boleh jadi setara kuat dengan akuu?!
Panel 4
Extreme close-up, mulut Lukas sedang bercakap.
DIALOG
Lukas : Sepatutnya akulah satu-satunya manusia yang terkuat dan tak dapat dikalahkan oleh
musuh.
MUKA SURAT 20
Panel 1
Extreme close-up, memperlihatkan mata Lukas yang penuh dengan amarah.
DIALOG
Lukas : Siapa sebenarnya kau? Dengan siapa kau bekerja?
Panel 2
Lukas mula mengalirkan air mata.
DIALOG
Lukas : Dari mana jer orang baik macam kau dapat kekuatan yang luar biasa
ituuuuuuuuuuuuu?
Panel 3
Michael menunjukkan wajah yang sayu.
Panel 4
Memperlihatkan Michael yang berdiri di hadapan Lukas yang masih berbaring atas arena.
DIALOG
Michael : Aku pun pernah jalani kehidupan yang sama dengan kau.
MUKA SURAT 21
Panel 1
Lukas terkejut.
NARRATOR : Michael mulakan penceritaannya.
Panel 2
Medium close-up, memperlihatkan bahagian belakang Michael dengan sedikit angin sepoi-
sepoi bahasa.
DIALOG
Michael : Dan sebenarnya… Aku dah lama perhatikan diri kau dari jauh sejak dulu lagi…
Panel 3
Michael melihat Lukas dari pandangan luar tingkap kelas. Biarpun terdapat rakan kelas Lukas
di dalam kelas itu, tetapi Lukas hanya keseorangan duduk termenung melihat pemandangan
luar tingkap.
NARRATOR : Imbas kembali… Michael melihat Lukas dari luar tingkap koridor sekolah.
Panel 4
Michael melihat Lukas dipukul oleh sekumpulan di sebuah padang kecil.
DIALOG
Michael : (v.o) Aku merasakan apa yang kau rasakan. Sebab waktu itu aku pun mangsa buli
macam kau.
MUKA SURAT 22
Panel 1
Panel kotak besar, pandangan sisi, Michael mengimbas semua kesakitan yang pernah
dialaminya. Semua imbasan kenangan pahitnya itu muncul di empat penjuru panel.
DIALOG
Michael : Dibuli rakan sebaya, dipulau rakan kelas sendiri, ibu bapa yang tiada penghujung
dari pergaduhan, semuanya… Aku merasakannya.
Panel 2
Michael duduk tersungkur atas lantai dengan wajah yang hampir ingin melepaskan amarah.
Latar belakang yang hitam dan hanya memfokuskan cahaya pada Michael.
DIALOG
Michael : (v.o) Aku pun waktu itu hampir ingin sekali menjadi jahat, supaya pembulian ke atas
aku dapat dihentikan.
Panel 3
Seseorang menepuk bahu Michael.
DIALOG
Michael : (v.o) Tapi…
Panel 4
Memperlihatkan seorang rakan Michael memberi semangat kepadanya dan Michael menoleh
melihat rakan setianya itu.
DIALOG
Rakan Michael : Michael, masih ada yang peduli tentang kehidupanmu.
Michael : (v.o) disebabkan oleh kata-kata itu, aku buang niat menjadi jahat dan teruskan
kehidupan biarpun terpaksa telan semua kepahitan yang aku alami.
MUKA SURAT 23
Panel 1
Michael sedang menumbuk tiang kayu.
DIALOG
Michael : Aku juga bertekad mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan tujuan aku dapat
melindung mereka yang lemah dan tak ingin mereka alami perkara yang senasib dengan aku.
Panel 2
Michael masih lagi berdiri di hadapan Lukas manakala Lukas terbaring di atas arena.
DIALOG
Michael : Aku minta maaf sebab lambat untuk bantu kau keluar dari kegelapan kau.
Panel 3
Close-up, Lukas mengalirkan air mata dengan deras.
DIALOG
Lukas : Aku tak faham, nasib kita sama. Tapi apa yang membuatkan kita berbeza? Apa yang
membuatkan kau jadi lebih kuat dari aku?
Panel 4
Kedengaran suara-suara yang memberikan ucapan tahniah kepada Michael. Wide shot
menunjukkan pandangan dari bahagian penonton.
DIALOG
Rakan Michael 1 : Wowwwwwwww, Tahniah Michaelllllll!
MUKA SURAT 24
Panel 1
Memperlihatkan rakan-rakan Michael dengan lebih jelas. Rakan Michael 1 memberikan
senyuman yang lebar.
DIALOG
Rakan Michael 2 : (menangis) Michaelllllllllllll, kau memang hebat.
Rakan Michael 3 : Hishh, takyahlah menangis kat sini.
Panel 2
Close-up, Lukas melihat ke arah rakan-rakan Michael dengan reaksi wajah yang kekok.
Panel 3
High angle, medium close-up, Michael memandang ke arah rakan-rakannya.
DIALOG
Michael : merekalah yang sentiasa ada dengan aku dikala susah dan senang. Mereka
pedulikan aku. Jadi aku tak ingin khianat kepedulian mereka.
Panel 4
Terlihat rakan-rakan Michael berpeluk antara satu sama lain.
DIALOG
Michael : Kita mempunyai pilihan dengan apa yang kita ingin jadi. Mungkin itu yang terbaik
untuk kita semua.
MUKA SURAT 25
Panel 1
High angle, Lukas memandang ke atas dengan air mata mula mengering.
DIALOG
Lukas : Tapi, apa aku masih lagi boleh mengubah semuanya?
Panel 2
Michael gembira mendengarkan hasrat Lukas.
DIALOG
Michael : Setiap manusia diberikan peluang untuk mengubah segalanya Lukas. Tiada yang
terlambat jika benar-benar ingin berubah.
Panel 3
Michael menghulurkan Tangannya kepada Lukas.
DIALOG
Michael : Ada yang pedulikan dengan kehidupan kau, Lukas.
: Mulai harini, Kita ialah kawan dan kita akan peduli sesama kita.
Panel 4
Lukas memandang sejenak kepada Michael.
MUKA SURAT 26
Panel 1
Lukas menutup matanya dan menunjukkan sedikit senyuman.
BUNYI EFEK : tch
Panel 2
Lukas menyambut tangannya Michael
BUNYI EFEK : bunyi tangan sekali ditepuk
Panel 3
Lukas dan Michael bertemu mata sambil tersenyum.
NARRATOR : Pada akhirnya, Lukas memilih jalan yang benar.
Panel 4
Medium close-up, Lukas memancarkan senyuman yang sangat lebar dengan latar belakang
yang sedikit bercahaya.
NARRATOR : Tamat…
DIALOG
Lukas : Terima kasih untuk semuanya.