The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

grouping assignment in entrepreneurship subject

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azkira katsumi, 2022-08-06 00:41:26

BUSINESS PLAN

grouping assignment in entrepreneurship subject

RANCANGAN PERNIAGAAN – LUGASIA ENTERPRISE
ADORA COFFEE & SAMBAL GARING IKAN BILIS
PERKONGSIAN

AFYZA BINTI ROSNI 18DDS20F1001
MUHAMMAD SHAHRUL NIZAM BIN MUHAMMAD SAPRI 18DDS20F1037
AFFIFA BINTI AROFF NIZAM 18DDS20F1023
MUHAMMAD SAKHAWI BIN SHAMSUDDIN 18DDS20F1003

˃˃ Lugasia [email protected]
˃˃ +60 11-11984869
˃˃ Politeknik Tuanku Sye1d Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
˃˃ Lugasia Enterprise

2

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Muka hadapan TAJUK
1-2
2. Isi kandungan 3-5
3. Ringkasan eksekutif 6-7
8-9
4. Pengenalan 10 - 14
5. Tujuan menyediakan rancangan perniagaan
6. Latar belakang perniagaan 15 - 23
7. Latar belakang pemilik
24 - 26
8. Rancangan organisasi / pengurusan
27 - 29
- Visi
- Misi 30 - 32
- Objektif 33 - 34
- Struktur organisasi 35 - 36
- Skop jawatan 37 - 47
- Gaji
- Hari kerja/ cuti/ bonus/KWSP & SOCSO
- SWOT analisis
9. Rancangan pemasaran

- Produk
- Harga
- Tempat
- Promosi
10. Rancangan operasi

- Carta alir
- Pelan lantai
11. Rancangan kewangan

- Kos permulaan perniagaan
- Penyata aliran tunai
- Penyata pendapatan
- Kunci kira-kira
12. Jadual pelaksanaan projek

13. Kesimpulan
14. Lampiran

- Logo/ slogan/ penerangan
- Senarai harga
- SSM
- Risalah
- Kad Perniagaan
- Sijil-sijil

3

4

1

Rancangan perniagaan ini adalah berkaitan dengan perniagaan Lugasia Enterprise. Lugasia
Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjual minuman kesihatan pelbagai perisa
iaitu coffee dan cocoa dan juga sambal garing ikan bilis di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(PTSS). Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian diantara empat orang sahabat iaitu
Afyza, Affifa, Shahrul Nizam dan Sakhawi.

Fokus utama rancangan perniagaan ini adalah untuk menambah pelanggan yang
sedia ada bagi meningkatkan jualan perniagaan ini. Sebelum memulakan perniagaan, setiap
rakan kongsi menyumbang modal yang di perlukan bagi menanggung kos pembelian barang.
Perniagaan ini beroperasi di dalam PTSS dengan cara mempromosikan produk kami di setiap
penginapan pelajar siswa dan siswi.

Perniagaan ini adalah jualan secara ‘online’ melalui Facebook, WhatsApp, dan
Instagram yang ditubuhkan. Sesiapa yang berminat untuk membeli produk kami boleh
menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang barang yang dijual.
Lugasia Enterprise turut menyediakan khidmat penghantaran di dalam PTSS secara ‘Cash
On Delivery’. Bayaran secara atas talian atau deposit bank juga diterima. Setelah melakukan
urusan jual beli, kami akan mendapatkan maklum balas tentang kepuasan pelanggan
mengenai produk kami. Selain itu, kami juga akan membuat promosi yang menarik kepada
pelanggan seperti diskaun iaitu beli 2 percuma 1, kad ahli dan kupon kepada pelanggan tetap.

Dari segi kekuatan pengurusan, Lugasia Enterprise memiliki pekerja-pekerja yang
berdedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Pekerja-pekerja
Lugasia Enterprise terdiri daripada pekerja yang memang berkemahiran dalam bidang
promosi dan pengurusan.

5

2

6

3

Tujuan Penyediaan Rancangan ini adalah sebagai asas kepada pembentukan sebuah
perniagaan perkongsian yang di beri nama ‘Lugasia Enterprise’ serta bertujuan untuk
mendapat keizinan dari pihak PTSS. Selain itu, rancangan perniagaan ini disediakan sebagai
garis panduan menguruskan perniagaan, merancang perlaksanaan projek, penilaian daya
persaingan di pasaran terbuka, menarik pelanggan mengkomersialkan produk baru. Suatu
gambaran perniagaan dan satu blueprint bertulis yang sistematik dan teratur bagi
menerangkan perjalanan perniagaan serta sokongan daya maju perniagaan syarikat.

Lugasia Enterprise ini telah ditubuhkan dalam negeri Perlis pada 30 November 2021.
Perniagaan ini memulakan operasi pada 1 Disember 2021 dan pusat penjualan bertempat di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis. Jenis milikan perniagaan
adalah secara perkongsian yang dikongsi di antara empat orang iaitu Afyza, Affifa, Shahrul
Nizam dan Sakhawi. Syarikat diuruskan oleh 4 orang dalam perniagaan ini yang terdiri
daripada Pengurus Pentadbiran, Pengurus Kewangan, Pengurus Operasi dan Pengurus
Pemasaran.

Lugasia Enterprise telah mengeluarkan dan memasarkan Adora Coffee yang dibuat
daripada penuraria lobata, daun zaitun, stevia, tomato, daun rerama dan vanilla. Seterusnya,
sambal garing ikan bilis dibuat daripada cili kering yang dikisar, ikan bilis, garam, gula dan
pengawet yang dibenarkan. Adora Coffee boleh diminum dari umur 13 tahun ke atas dan
golongan tua yang berusia kerana ia dapat memberikan kita tenaga, dapat menghilangkan
mengantuk, dapat memberikan tubuh badan kita yang segar semasa melakukan pelbagai
aktiviti serta kekal awet muda. Sambal garing ikan bilis pula boleh dimakan oleh semua
golongan. Ia juga mempunyai pelbagai perisa yang menarik. Sambal bilis garing boleh
dimakan bersama nasi sebagai lauk. Adora Coffee dianggap sebagai minuman kesihatan
yang mempunyai dua jenis perisa dan akan menarik perhatian pelbagai kumpulan pelanggan.
Adora Coffee ini adalah sejenis minuman berkhasiat yang dapat mencegah pelbagai penyakit
dan dapat memenuhi segala kehendak semua lapisan pelanggan yang selaras dengan gaya
hidup masyarakat pada masa kini. Oleh itu, Adora Coffee dan Sambal Garing Ikan Bilis
dijangka akan mendapat sambutan yang sangat baik.

7

4

Berdasarkan analisis keseluruhan, jelaslah produk yang ditawarkan mempunyai
prospek masa depan yang baik dan berdaya maju bagi pengkomersialan daripada pasaran
dan keuntungan supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Berdasarkan unjuran
kewangan projek, perniagaan ini akan berjaya merealisasikan perniagaan dengan
keuntungan yang lumayan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah berdaya maju
dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dan masalah akibat daripada perubahan yang tidak
dijangka.

8

5

9

6

Tujuan perniagaan ini disediakan bertujuan:
1. Memberikan penjelasan dan penerangan berkenaan perniagaan yang bakal di ceburi.
2. Sebagai panduan supaya perniagaan berjalan lancar dan sempurna bagi memastikan
membawa keuntungan dan terus berkembang maju.
3. Mendapat bantuan serta sokongan dari segi kewangan, nasihat dan lain-lain dari masa
ke masa daripada pihak-pihak yang berkelayakkan.
4. Supaya dapat menilai daya maju projek yang dicadangkan dan dapat dijadikan asas
dalam menentukan pelaksanaan projek baru.

10

7

11

8

12

9

13

10

14

11

15

12

16

13

17

14

18

15

VISI
Menjadi perniagaan yang terbaik dalam pengeluaran produk yang berasaskan produk
makanan dan minuman kesihatan dalam memenuhi cita rasa manusia terutama sekali untuk
mereka yang ingin kekal sihat sepanjang umur.

MISI
1. Menjadikan Lugasia Enterprise dikenali orang ramai tidak kira di dalam atau di luar
negara.
2. Menyediakan perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik untuk pengguna.
3. Menjadikan produk pengeluaran terlaris di pasaran.
4. Ingin membantu masyarakat kekal sihat dalam melakukan aktiviti harian.

OBJEKTIF
1. Menguasai selok belok dunia perniagaan
2. Memperoleh ilmu dalam bidang keusahawanan
3. Melampaui batas diri menjadi orang yang paling berjaya dalam bidang keusahawanan

19

16

STRUKTUR ORGANISASI

PENGURUS PENTADBIRAN
AFYZA BINTI ROSNI

PENGURUS PENGURUS PENGURUS
OPERASI KEWANGAN PEMASARAN

MUHAMMAD MUHAMMAD AFFIFA BINTI
SAKHAWI BIN SHAHRUL AROFF NIZAM
SHAMSUDDIN NIZAM BIN

MUHAMMAD
SAPRI

20

17

SKOP JAWATAN TUGASAN
JAWATAN 1. Mengetuai perniagaan
2. Merancang dan memantau kemajuan strategik
PENGURUS PENTADBIRAN
PENGURUS OPERASI perniagaan
1. Menganggar, berunding dan bersetuju dengan
PENGURUS KEWANGAN
belanjawan dan skala masa dengan pelanggan
PENGURUS PEMASARAN dan pengurus.
2. Menentukan standard kawalan kualiti.
1. Memantau akaun, menyediakan laporan aktiviti
dan ramalan kewangan.
2. Menyiasat cara untuk meningkatkan keuntungan
dan menganalisis pasaran untuk peluang
perniagaan.
1. Menyediakan iklan dan promosi syarikat
2. Membuat penyelidikan dan pembangunan
perniagaan

21

18

GAJI
Penggajian tetap (berdasarkan jumlah jualan berserta peratusan modal yang diberi)

Contoh :
Produk yang dibeli – sambal garing ikan bilis
Harga produk mengikut harga ejen : sebalang – RM11
Harga produk mengikut harga pasaran : sebalang – RM15.90
Jumlah produk yang dibeli : satu karton (25 balang) = rm275 (harga ejen)

modal rakan kongsi :
Afyza : 20% (RM71.25)
Affifa : 20% (RM71.25)
Nizam : 20% (RM71.25)
Sakhawi : 20%(RM71.25)

Penjualan :
Ambilan : 4 balang (sebagai promosi)
inventori yang tinggal : 21 balang
jualan akhir : RM333.90

pembahagian keuntungan :
masing – masing dari rakan kongsi mendapat keuntungan yang sama rata memandangkan
pemberian modal yang sama rata. Jadi masing-masing dari kami mendapat pulangan modal
dan untung.
Jualan : RM333.90 / 4 rakan kongsi
Jumlah setiap rakan kongsi : RM83.475

22

19

HARI KERJA/ CUTI/ BONUS/ KWSP & SOCSO

HARI KERJA Hari bekerja : isnin - khamis / sabtu dan ahad
HARI CUTI Waktu bekerja : 9 Pagi – 6 petang (8 Jam) /
9 pagi – 1 tengahari
CUTI TAHUNAN Waktu cuti : setiap hari jumaat
CUTI SAKIT
BONUS 1. Thaipusam (1 hari)
EPF & SOCSO 2. Tahun baru cina (1 hari)
3. Hari puasa pertama (1 hari)
4. Hari pekerja (1 hari)
5. Hari raya aidilfitri (5 hari)
6. Hari raya haji (3 hari)
7. Hari kebangsaan (1 hari)
8. Hari Malaysia (1 hari)
9. Maulidur Rasul (1hari)
10. Krismas (1 hari)
11. Hari yang dipertuan agong (1 hari)
Kurang daripada 2 tahun: Cuti 8 hari setahun
2-5 tahun: 12 hari setahun
Lebih daripada 5 tahun: 16 hari setahun
Kurang daripada 2 tahun: 14 hari setahun
2-5 tahun: 18 hari setahun
Lebih daripada 5 tahun: 22 hari setahun
10% daripada gaji untuk sambutan hari raya
20% daripada gaji setiap akhir tahun
EPF : 11%
SOCSO : 1.75%

23

20

SWOT ANALISIS

I. KEKUATAN

1. KELEBIHAN
Memandangkan perniagaan kami dimulai di zaman pandemik di mana virus yang dikenali
sebagai Covid-19 berleluasa, menyebabkan ekonomi seluruh negara merosot. Banyak
perniagaan yang telah gulung tikar. Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk
mempromosi perniagaan kami kepada masyarakat melalui penjualan di media sosial.

2. Kemampuan
Dengan gabungan kemahiran dan ilmu pengetahuan dari rakan kongsi, menjadikan
perniagaan berjalan sesuai dengan kehendak dan dapat memajukan perniagaan ini dari
semasa ke semasa.

3. Sumber/ asset/ manusia
- Senang memperolehi produk dengan mendapatkan terus pengeluaran dari kilang

melalui pengusaha keluaran produk itu, membeli dengan harga ejen.
- Aset yang kami peroleh pada zaman pandemik ini ialah tunai dan online banking. Kami

juga menyediakan pembayaran secara E-wallet
- Pertemuan dengan pelanggan adalah secara online, iaitu dengan menggunakan

media sosial sebagai komunikasi antara pelanggan dan penjual, serta secara oflline,
- Sebagai contoh, penjualan sambal garing di PTSS, diperkenalkan dari mulut ke mulut.

24

21

II. KEKURANGAN

1. Daya saing
Sambal garing ikan bilis telah terkenal sehingga mempunyai ramai ejen di seluruh
negara. Jadi terdapat kekangan dalam persaingan yang membuatkan kami harus
bekerja keras untuk membuat masyarakat sedar akan kewujudan kami. Manakala
untuk Adora kopi, masih kurang dikenali oleh masyarakat kerana masyarakat
belum sedar akan kewujudan kopi yang sihat ini.

2. Kewangan yang baik demi meneruskan pertubuhan syarikat di masa hadapan
Memandangkan perniagaan masih baru, penjualan masih lagi tidak begitu
memberangsangkan, agak terhad untuk kami menambah inventori kami dengan
ketidaksampaian pulangan modal dari penjualan sebelum ini.

3. Kelemahan
Syarikat masih belum dikenali sepenuhnya oleh masyarakat menyebabkan
perniagaan tidak dapat dijalankan dengan baik

III. PELUANG

1. Kepelbagaian produk
Dari pemerhatian yang didapati oleh pengurus pentadbiran, majoriti dari warga
PTSS tidak minum kopi. Jadi dengan itu, kami mencipta alternatif lain dengan
mewujudkan produk lain iaitu penjualan sambal garing ikan bilis dalam senarai
produk jualan kami.

2. Pengalaman
Mempelajari dari kesilapan lalu, membuatkan kami membaiki diri dari semasa ke
semasa untuk menjadi yang lebih baik.

25

22

IV. ANCAMAN
1. Kesan alam sekitar
Baru-baru ini, telah terjadinya banjir besar yang melanda negara Malaysia dan
negeri yang menerima kesan buruknya ialah Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur.
Bercampur pula dengan zaman wabak yang masih lagi tiada kesudahan
menyebabkan perniagaan agak terjejas dan terbantut seketika perjalanan dengan
situasi ini.
2. Permintaan pasaran
Apabila produk tidak lagi menjadi trend pasaran, maka berkuranglah permintaan
suatu produk itu dari masyarakat.
3. Halangan
Perniagaan ini mula ditubuhkan di PTSS. Halangan yang diterima ialah kami
sebagai seorang mahasiswa sangat padat dengan waktu pembelajaran
membuatkan kami pada masa itu tidak punya masa untuk menguruskan
perniagaan dengan baik.

26

23

27

24

CAMPURAN
PEMASARAN

PRODUK TEMPAT PROMOSI HARGA

A) PRODUK

Klasifikasi produk

Produk yang dibawa masuk oleh Lugasia Enterprise merupakan produk pengguna mudah
beli. Ini kerana berlaku interaksi antara penjual dan pembeli. Tambahan pula, pelanggan
dapat mengetahui lebih lanjut tentang produk yang ingin dibeli disebabkan bersemuka dengan
penjual itu sendiri. Ini dapat mengembangkan perhatian daripada para pelanggan.
Memandangkan produk yang kami bawa masuk ialah stok sedia ada, jadi pelanggan dapat
memperoleh produk itu dalam masa yang singkat.

B) HARGA

Kaedah penentuan harga

Harga ditentukan berdasarkan harga pasaran yang telah ditetapkan oleh pengeluar produk
itu sendiri. Disebabkan kami merupakan ejen kepada produk Adora kopi dan koko serta
sambal garing ikan bilis, kami membeli dengan harga ejen dan menjualnya mengikut harga
pasaran.

PRODUK HARGA EJEN HARGA BELI
Adora (kotak) RM RM
35 40
- Kopi 35 40
- Koko RM RM
Che nor sambal garing
(balang) 11 15.90
- Ikan bilis original

28

25

C) PROMOSI
Promosi suatu produk amat penting dalam dunia perniagaan untuk memastikan bahawa
pelanggan sedar akan kewujudan perniagaan itu.

Pengiklanan
Lugasia Enterprise menggunakan pelbagai media sosial untuk mempromosikan produk.
Dengan ini, pelanggan dapat mengetahui apa yang diniagakan oleh kami. Tidak lupa, kami
juga menambah maklumat-maklumat penting dalam facebook page dan Instagram shoppe
seperti nombor telefon, email dan lain-lain agar memudahkan pelanggan berhubung dengan
kami.

D) TEMPAT
Untuk pelanggan yang ingin membeli produk Adora dan sambal garing ikan bilis, kami
membukanya di sekitar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk warga di dalamnya.
Manakala, untuk para pelanggan yang berada diluar Politeknik, mereka boleh mendapatkan
produk ini melalui internet. Kami juga menyediakan perkhidmatan pos untuk menghantar
produk sampai ke rumah pelanggan.
Untuk pembayaran, warga Politeknik boleh membayar dengan menggunakan tunai,
perbankan atas talian serta e-dompet. Bagi mereka yang diluar, mereka diberi pilihan untuk
membayarnya dengan menggunakan mesin deposit ATM dan juga perbankan atas talian.
Kami tidak memerlukan penjual lain memandangkan perniagaan kami masih baru. Jadi
penjualan dilakukan oleh kami sendiri.
Sambal garing ikan bilis telah terjual di seluruh negara dan boleh di dapati di kedai runcit,
pasaraya malah di internet juga senang untuk mendapatkan produk ini. Jadi kami bekerja
sedikit keras supaya pelanggan memberi perhatian pada kami. Manakala, Adora mempunyai
peratusan yang kecil untuk dikenali oleh masyarakat memandangkan tidak banyak yang
masih menjual produk itu. Jadi dengan kemahiran yang kami ada, kami menggunakan
peluang itu untuk menperkenalkan produk Adora sekali gus memperkenalkan syarikat kami
pada pelanggan.

29

26

30

27

CARTA ALIR
Adora kopi dan sambal garing ikan bilis menggunakan kaedah tempahan yang sama di mana
produk ini boleh didapati dari pembekal itu sendiri, dibeli dengan harga ejen, kemudian melalui
Lugasia Enterprise, produk-produk itu dijual dengan harga pasaran.

mula

Pembelian inventori
dari pengusaha
produk

Inventori sampai ke
tangan ejen

Pemasaran produk

mengumpulkan
pesanan pelanggan

sekitar PTSS

Mengedarkan produk
kepada para
pelanggan

tamat

31

28

PELAN LANTAI

32

29

33

30

KOS PERMULAAN PERNIAGAAN JUMLAH (RM)

ITEM 285
ASET TERKINI (MODAL KERJA) 285
285
Inventori : 285
Che’ nor sambal garing ikan bilis :
Original (25 balang)

JUMLAH
SUMBER :
SUMBANGAN PEMILIK

JUMLAH

PENYATA ALIRAN TUNAI

Perkara LUGASIA ENTERPRISE M5 Jumlah
Penyata aliran tunai sehingga 31 Disember 2021 (RM)
285
Disember (RM)
M1 M2 M3 M4 0
79.5
Baki b/b 285 0 0 00
(A) Pendapatan 285
0 0 0 00 (205.5)
modal 0 0 0 0 79.5 (205.5)
Jualan
(B) Perbelanjaan 285 0 0 00
Belian inventori 0 0 0 00
A-B 0 0 0 00
Baki h/b

Petunjuk
M = minggu

34

31

LUGASIA ENTERPRISE
JADUAL PERLAKSAAN PROJEK DARI OGOS 2021 – DISEMBER 2021

BULAN OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
AKTIVITI
Pencarian rakan
kongsi
Kenalpasti
produk
Membentang
produk
perniagaan
Penyelidikan dan
pembangunan
Menubuhkan
perniagaan
Membuka akaun
facebook page
dan Instagram
shoppe
Membuat
perancangan
perniagaan
Pembelian
inventori
Operasi penuh
perniagaan

35

32

36

33

Perniagaan Lugasia Enterprise mempunyai potensi untuk berkembang maju dan berdaya
saing dengan perniagaan yang sedia ada atas beberapa sebab.

Antaranya ialah produk Adora kopi dan koko yang masih belum begitu dikenali oleh
masyarakat, membuka peluang kami untuk bertindak mempromosikan produk itu sekaligus
mempromosikan syarikat kami juga. Dengan yang sedemikian, produk lain yang kami bawa
masuk ke dalam syarikat kami juga boleh dipromosikan oleh pelanggan-pelanggan kami.
Selain itu, pelanggan yang telah membeli produk jualan kami memberi tindakbalas yang
positif.

Berdasarkan perancangan dan laporan yang telah diberikan, kami sependapat,
perniagaan yang kami ceburi ini dapat memberi pulangan yang menguntungkan. Rakan
kongsi telah membuat penyelidikan dan pembangunan yang sistematik bagi memastikan
perniagaan ini berjalan dengan lancar.

Dengan ini, kami telah mempelajari sesuatu yang bermakna bagi kami dan telah kami
terapkan segala pelajaran dan latihan kami dalam projek ini. Bukan itu sahaja, kami juga
memperoleh pengalaman dalam menyediakan perancangan perniagaan yang boleh kami
gunakan ilmu ini apabila menjadi usahawan nanti dan ini juga memberi kami peluang
mempelajari kesilapan dalam perniagaan untuk diperbetulkan dari semasa ke semasa agar
menjadi yang baik dimasa hadapan.

37

34

38

35

LOGO DAN PENERANGAN

Slogan : produk terbaik, manusia terbaik
Abjad ‘L’ : abjad ‘L’ yang mewakili nama Lugasia yang diambil semperna nama datuk moyang
pengasas iaitu datuk moyang Afyza, Lugas untuk menyatakan permulaan perniagaannya
adalah daripada keluarganya sendiri.
Warna magenta : tentang keseimbangan dari segala aspek seperti fizikal, mental dan emosi.
Kesemua elemen itu adalah perkara yang paling asas yang diperlukan dalam menjalankan
sebuah perniagaan.
Dedaun yang mengelilingi Abjad ‘L’ : mengambarkan kerjasama antara sebuah pasukan,
dapat beradaptasi dengan pasaran semasa ke semasa.

39

36

SENARAI HARGA PRODUK

(1) Adora

Bil. Jenis Harga Ejen Harga Pasaran
(RM) (RM)
1 Kopi 35 40
2 Koko 35 40

(2) Che’ Nor Sambal Garing Harga Ejen Harga Pasaran
Bil. Jenis (RM) (RM)
11 15.9
1 original

40

37

41

38

RISALAH

42

39

KAD PERNIAGAAN

43

40

SIJIL

44

41

45

42

46

43

47

44

48

45

49

46

https://www.scribd.com/document/224765573/Format-Kunci-Kira-kira
https://www.scribd.com/doc/51723087/Rancangan-Perniagaan
http://techmonstamy.blogspot.com/2015/05/contoh-rancangan-perniagaan.html
https://www.scribd.com/doc/112162540/RINGKASAN-EKSEKUTIF
https://www.scribd.com/document/117225130/Kunci-kira-kira-business-plan
https://cem.upm.edu.my/upload/dokumen/20200716172023AMS_NOTA_RANCANGAN_PE
RNIAGAAN.pdf
https://jomkerja.my/jobs/eksekutif-pentadbiran-2/
https://daftarsyarikat.net/jawatan-dalam-syarikat/

50

47


Click to View FlipBook Version