The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA NUR SYUHADA BINTI AMININ NO MATRIKS BP21110234 SEKSYEN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_syuhada_bp21, 2022-06-11 13:18:08

DIARI SEBAGAI SEORANG PEKERJA

NAMA NUR SYUHADA BINTI AMININ NO MATRIKS BP21110234 SEKSYEN 2

NAMA : NUR SYUHADA BINTI AMININ
NO MATRIKS : BP21110234
SEKSYEN : 2

DIARI SEBAGAI SEORANG PEKERJA

7 JUN 2022

Hari pertama bekerja di sebuah syarikat yang
ternama iaitu AEON Proton Sdn. Bhd. yang
berlokasi di Bandar Indah Jaya, Sandakan,
Sabah. Tempat kerja saya ini terletak 3 km
daripada rumah saya yang mana itu merupakan
hal yang baik. Diambil bekerja di syarikat ini
merupakan salah satu impian saya yang telah
tercapai. Syarikat ini merupakan sebuah
syarikat pengeluar kereta berjenama tempatan
. Syarikat ini mempunyai sistem pengurusan
dalaman yang cekap dan berkualiti. Setakat ini
syarikat ini mempunyai 400 orang tenaga kerja
yang mahir dalam pembuatan enjin. Manakala
bagi yang bekerja di pejabat yang terdiri
daripada pengurus eksekutif, pengurus
pemasaran, pengurus perkhidmatan pelanggan,
sales girl dan sales man

Hari pertama bekerja menjadi Pengurus
Perkhidmatan Pelanggan di Syarikat AEON
Proton SDN. Bhd saya diberikan taklimat
dan pengetahuan mengenai skop pekerjaan
di dalam syarikat ini. Namun begitu,
sebelum saya di ambil bekerja di syarikat ini
saya sedikit sebanyak membuat
penyelidikan mengenai jawatan yang bakal
saya sandang ini.

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan secara
langsung berkaitan dengan pembinaan
dialog yang betul dan mewujudkan pautan.
Kadang - kadang prestij organisasi
bergantung kepada orang dalam kedudukan
ini. Seringkali pengurus mesti menjejaki
tahap perkhidmatan yang disediakan.
Sesungguhnya, dalam syarikat yang
berbeza, spesifik profesion ini mungkin
berbeza, bergantung kepada kepelbagaian
arah.

APA ITU PENGURUS
PERKHIDMATAN
PELANGGAN?

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan ialah
berkaitan dengan pengiklanan dan
penjualan perkhidmatan. Seseorang yang
menjawat jawatan ini bukan sahaja
berpartisipasi dalam rundingan ia juga
perlu melakukan pekerjaan tertentu,
memberi khidmat pelanggan serta
menonton peruntukan perkhidmatan.

Seseorang individu juga perlu

memiliki isu - isu psikologi serta

pengetahuan mengenai falsafah

pelanggan dan pengetahuan

dalam Matematik dan

Pemasaran

8 Jun 2022

Sesampainya di tempat kerja pada pukul 7.00
pagi saya di ajak oleh rakan - rakan sekerja
untuk sarapan bersama - sama di pantri yang
terletak di pejabat syarikat kami. Syarikat
AEON Proton Sdn. Bhd menyediakan pelbagai
kemudahan prasarana bagi kakitangan yang
bekerja. Suasana persekitaran syarikat ini juga
sangat kondusif dan efisien. Syarikat ini juga
menyediakan surau bagi pekerja yang beragama
Islam untuk melakukan ibadah solat.

Sesudah sarapan, kami diberikan taklimat
ataupun ' briefing ' daripada pihak pengurusan
atasan. Sewaktu mesyuarat, CEO syarikat ini
menyatakan beberapa matlamat serta objektif,
visi dan misi syarikat mereka terutama kepada
pekerja baharu. Disebabkan pada hari pertama
beliau tidak dapat turun kerja, beliau
memberikan taklimat pada hari kedua saya
bekerja di syarikat ini. Beliau juga menegaskan
para pekerja untuk bekerja dengan bersungguh
- sungguh dan sentiasa berdisiplin dan
mengaplikasikan etika yang baik dalam
pekerjaan.

Sebulan selepas itu.......




Dalam beberapa bulan pertama saya bekerja, saya
melakukan segala - galanya daripada mengendalikan
pelanggan serta membuat pelbagai jenis pengiklanan
di semua platform media sosial. Kerjaya ini telah
banyak mengajar saya untuk menerapkan nilai - nilai
murni di dalam diri terutama apabila berhadapan
dengan pelanggan. Tahap kesabaran yang tinggi
diperlukan serta mampu mengawal emosi amatlah
penting ketika berbicara dengan pelanggan. Hal ini
kerana, setiap pelanggan mempunyai perangai yang
berlainan, sebagai seorang pengurus yang berdedikasi
saya hendaklah pandai mengawal situasi agar tidak
menjadi keruh.

Ragam Pelanggan.......

Berbicara mengenai karenah pelanggan, saya juga
pernah mengalami situasi dimana pelanggan yang
membeli kereta daripada syarikat kami tidak puas
hati terhadap servis perkhidmatan kami. Pelanggan
tersebut mengatakan bahawa servis perkhidmatan
kami kurang cekap dan kurang efisien. Hal ini
kerana, pada waktu itu terlalu ramai pelanggan
yang datang ke pejabat kami untuk urusan jual beli
kereta, disebabkan terlalu ramai pelanggan staf
syarikat kami tidak menang tangan, ditambah lagi
pelanggan tersebut merupakan pelanggan yang
terakhir datang yang menyebabkan beliau tidak
mendapat layanan dengan cepat. Namun begitu,
saya dapat mengawal situasi tersebut dengan cara
berbincang secara lembut dengan pelanggan
tersebut dan meredahkan kemarahannya.
Pelanggan tersebut pun pulang ke rumahnya dan
datang semula pada keesokan harinya.

Langkah - langkah menangani
pelanggan yang sedang marah





1.) Tetap tenang
2.) Mendengarkan masalah pelanggan dengan baik
3.)Menunjukkan perasaan simpati
4.) Meminta maaf
5.) Memberikan jalan penyelesaian
6.) Bertanya semula kepada pelanggan jika jalan
penyelesaian tersebut berkesan
7.) Menenangkan diri sendiri

Sentiasa berpegang
pada motto “

Customer is always
Right “

konflik

Mencapai kejayaan bukanlah satu hal yang

mudah. Seseorang itu perlu menghadapi

pelbagai rintangan dan halangan sama ada

daripada faktor luaran perusahaan

ataupun faktor dalaman sesebuah

perusahaan itu. Faktor luaran terdiri

daripada persaingan, pelanggan,

teknologi, kerajaan dan polisi, kekuatan

dan elemen ekonomi, sosiobudaya serta

faktor antarabangsa. Manakala faktor

dalaman pula terdiri daripada pekerja,

pemberi maklumat, pelanggan dan

budaya organisasi. Bagi saya sendiri,

faktor dalaman merupakan salah satu

halangan yang perlu saya hadapi iaitu saya

dan rakan sekerja saya perlu

berkomunikasi dan bekerja bersama untuk

mencapai matlamat yang sama tetapi

berlainan peranan, tanggungjawab dan

keperluan. Hal ini menyebabkan

berlakunya percanggahan pendapat

antara kami berdua.

4 Jenis pencetus konflik

Terdapat 4 Jenis isu menyebabkan tercetusnya
konflik antara manusia .

1) Tidak setuju dengan
maklumat/tujuan

2) Tidak setuju dengan cara
melakukan tugas



3) Tidak setuju dengan sesuatu
keterangan/ fakta



4) Tidak setuju dengan nilai ( benar /
salah )

Strategi menangani konflik

1 ) Persaingan



2 ) Kompromi



4 ) Permuafakatan

Namun di sebalik konflik dan

permasalahan yang berlaku sewaktu

bekerja. Saya dapat mengambil pengajaran

di atas kesilapan yang telah saya lakukan

iaitu dengan melakukan penambahbaikan

terhadap sistem pengurusan

perkhidmatan syarikat ini. Sebagai contoh,

kami menggunakan kepakaran teknologi

yang sedia ada untuk memudahkan lagi

servis perkhidmatan kami selaras dengan

peredaran zaman.

Pencapaian

Asbab daripada penambahbaikan
tersebut. Pegangan pasaran turut
memperlihatkan pertumbuhan di
mana kedudukan syarikat kini
meningkat sebanyak 4.9% kepada
19.5%, berbanding tempoh sama
tahun lepas. Ini merupakan satu
pencapaian yang baik bagi tahun ini
selepas mencatat prestasi cemerlang
pada tahun 2019.

GANJARAN

Pihak syarikat sangat berpuas hati terhadap
peningkatan margin keuntungan kami. Justeru itu,
bagi meraikan pencapaian yang memberi impak
besar kepada syarikat ini, pihak pengurusan atasan
mengadakan jamuan makan malam bagi seluruh
kakitangan yang telah bertungkus lumus untuk
memajukan perusahaan ini. Bukan itu sahaja,
sebagai tanda terima kasih, pihak syarikat juga
memberikan cuti selama seminggu bagi semua
pekerja agar semua pekerja dapat meluangkan masa
bersama ahli keluarga serta pihak syarikat juga
memberikan perubatan percuma kepada para
pekerja di mana - mana panel klinik swasta yang
berdekatan. Ganjaran lain iaitu berbentuk wang,
pihak majikan memberikan bonus tahunan untuk
semua pekerja.

Ganjaran terbahagi kepada 2 ;



- Ganjaran berbentuk
kewangan



- Ganjaran bukan
berbentuk kewangan

Tahun demi tahun berlalu, Syarikat AEON Proton
Sdn. Bhd telah berjaya mengembangkan
cawangan ke seluruh negeri di Malaysia. Syarikat
ini juga telah banyak membuka peluang
pekerjaan untuk golongan belia yang
berkemahiran dalam bidang automobil. Syarikat
Proton merupakan satu - satunya jenama
tempatan yang setaraf dengan negara maju yang
lain. Kualiti perkhidmatan dan pengeluaran
syarikat ini setaraf dengan jenama antarabangsa.

Menjadi seorang pengurus perkhidmatan
pelanggan bukanlah satu hal yang mudah.
Pelbagai faktor perlu dititikberatkan untuk
menggalas tanggungjawab ini. Nasihat saya
kepada orang awam terutama dalam kalangan
belia jika ingin menjadi seorang pengurus
perkhidmatan pelanggan, hendaklah selalu
bersedia dari pelbagai aspek terutama aspek
mental dan fizikal. Akhir kata dari saya,
lakukanlah sesuatu pekerjaan itu dengan
bersungguh - sungguh, kerana jika dilakukan
dengan bersungguh - sungguh ia dapat
memberikan impak positif bukan sahaja kepada
diri kita sendiri tetapi juga kepada syarikat
tempat kita bekerja.


Click to View FlipBook Version