SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
BUKU PANDUAN
PERATURAN SEKOLAH
EDISI KE-4
2021
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 1
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
Lokasi Sekolah
SK Long Laput berada di Zon Baram Tengah terletak di pinggir sungai Baram dalam Daerah Marudi.Sekolah
ini boleh diakses menggunakan darat dan sungai.Jika dari bandaraya Miri,perjalanan menggunakan jalan
berturap dan jalan tanah merah dan ianya mengambil masa 2 jam 30 minit menggunakan pacuan 4
roda.Jika menggunakan sungai,perjalanan juga dari bandaraya Miri boleh menggunakan kereta pacuan 4
roda atau kereta tanpa pacuan 4 roda melalui jalan berturap ke Pekan Long Lama dan setelah itu
menggunakan perahu ke Kampung Long Laput.Ianya mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan.
Sejarah Penubuhan Sekolah
Sebelum tertubuhnya SK Long Laput,penduduk Kampung Long Laput Khususnya dan kampung-kampung
yang berdekatan menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di “Long Lama School”terletak
tidak berapa jauh dari kampung Long Laput iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan menggunakan perahu
panjang.Pada masa itu,Long Lama merupakan pusat bagi kampung-kampung yang berhampiran.Di situlah
titik permulaan di mana penduduk kampung mengenal tempat yang bergelar sekolah.
“Long Lama School” ditubuhkan pada tahun 1951.Bangunan diperbuat daripada kulit
kayu.Kemudiannya,ianya dipindahkan ke Kubu Long Lama pada Tahun 1953.Murid-murid datang
kebanyakannya dari kampung-kampung berhampiran seperti kampung Long Banyok dihilirnya dan
Kampung Long Kesseh dari hulunya.
Pada Tahun 1956,Ketua Kampung iaitu Jelivan Ibau dari Kampung Laput iaitu pengasas sekolah telah
bermesyuarat dengan wakil-wakil kampung dari Daerah Long Lama dan telah mengambil keputusan untuk
memindahkan sekolah tersebut ke Kampung Long Laput.Mereka telah memanjangkan keputusan itu ke
pihak atasan.Kemudian,pada Tahun 1957 sekolah tersebut dipindahkan ke Kampung Long Laput dan
dinamakan SK Long Laput,Baram(As64)
Pentadbiran sekolah dikendalikan oleh Guru Besar dan diawasi oleh pemerintah penjajah melalui Majlis
Daerah Tempatan dan Tahun 1973 ianya diambilalih oleh kerajaan persekutuan.
Pada awal pemindahan sekolah ke Kampung Long Laput yang terletak di tebing sungai
Baram,kelas sementara telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung di mana bumbungnya
beratap nipah,dinding bangunan menggunakan asbestos dan lantainya berlantai papan.Kemudiannya,pada
Tahun 1958,satu bangunan dibina untuk guru-guru oleh kerajaan tempatan
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 2
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
(BDC) dan Tahun 1960 bangunan untuk Kelas tahun 5 & Tahun 6 dibina secara gotong royong oleh
Majlis Daerah.Pada Tahun 1967,bangunan dua tingkat dibina bagi menampung jumlah murid yang semakin
meningkat.Difahamkan pada Tahun 1975,bangunan kelas terbakar dan pada Tahun 1976,bangunan kelas
baharu dibina bersama dengan empat kuarters guru di tapak yang baharu iaitu di belakang Kampung Long
laput yang berkeluasan 4.966 hektar hasil sumbangan daripada Encik Wan Lenjau.
Pada Tahun 1986,projek membina bangunan blok akademik dua tingkat (menggantikan bangunan
kelas yang telah usang), asrama dan berek guru dibina.Projek ini telah siap sepenuhnya pada Tahun
1988.Bangunan ini masih digunapakai hingga sekarang termasuklah binaan baharu seperti dewan
makan,dapur dan projek rumah guru.Sekarang,kemudahan fizikal SK Long Laput terdiri daripada Blok
Akademik dua tingkat,Asrama 2 tingkat,Berek Guru 4 unit,Kuarters guru 7 unit,Dapur,dewan makan serta
kemudahan permainan seperti gelanggang serbaguna dan padang bola sepak.
Kemudahan asasnya pula bekalan elektrik 24 jam(sesco).Kemudahan ini selalu terputus bekalan
dan kadang-kadang memakan masa 2 atau 3 hari untuk pulih.Bekalan air menggunakan air hujan dan dari
telaga tiub(Azair).Kemudahan line telepon agak terbatas kerana menerima Liputan dari PeKan Long Lama
yang jauhnya lebih kurang 6km.Pelajar SK Long Laput seramai 130 orang dari Pra sekolah hingga Tahun
6.
Majoritinya berbangsa kayan dan minoritinya berbangsa seperti
Kenyah,Iban,Penan,Melayu.kebanyakannya beragama Kristian dan ada juga yang beragama Islam.Pelajar-
pelajar sekolah ini terdiri dari Kampung Long Laput Sendiri,Kampung Sungai Dua dan Kampung Seri
Kenawan.Pelajar di sekolah ni ada yang tinggal di asrama dan ada juga sebagai murid harian.Cogan Kata
sekolah “MAJU JAYA” sentiasa menjadi pegangan pelajar,warga pendidik dan ibubapa/penjaga.
Senarai Pengetua / Guru Besar
“Long Lama School” (Long Lama)
1. Encik Tom [Kayan ] Jan 1951 – Dis 1951
2. Encik Wan Laing [Kayan ] Jan 1952 – Dis 1956
SK Long Laput(Kampung Long Laput)
1. Encik Wan Laing [Kayan ] Jan 1957 – Dis 1963
2. Encik Boniface Nugi [Bidayuh] Jan 1964 – Dis 1964
3. Encik Sing Anyie [Kayan ] Jan 1965 – Dis 1966
4. Encik Asa Jok Lawai [Kayan ] Jan 1967 – Dis 1968
5. Encik Aloyius Lisu [Kenyah ] Jan 1969 – Dis 1969
6. Encik Richard Wan Emang [Kayan ] Jan 1970 – Dis 1970
7. Encik Raymond Jok Anyie [Kayan ] Jan 1971 – Dis 1977
8. Encik Gilbert Jau Emang [Kayan ] Jan 1978 – Dis 1978
9. Encik Stephen Jok Anyie Ajang [Kayan ] Jan 1979 – Dis 1982
10. Encik Daud Maran [Kelabit ] Jan 1983 – Dis 1988
11. Encik Raymod Jok Anyie [Kayan ] Jan 1989 – Dis 1997
12. Encik Lazarus Apoi [Saban ] Jan 1998 – Dis 2005
13. Encik Joseph Lingan Kana [Iban ] Jan 2006 – April 2011
14. Encik Badrol Bin Seri [Melayu ] Julai 2011 – Jun 2015
15. Encik Hassan Bin Seruji [Melayu ] Nov 2015 hingga sekarang
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 3
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
VISI DAN MISI ORGANISASI
MATLA
VISI
Pendidkan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
ASPIRASI ORGANISASI
“Terunggul Dalam Bidang Akademik [GPS:≤ 2.17],Ko Kurikulum dan Sahsiah
Bertunjangkan Agama Dan Budaya”
MATLAMAT ORGANISASI
➢ Menzahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia dan Bersatu Padu
➢ Menzahirkan Insan Berakhlak Mulia,Berilmu,Berketrampilan Dan Sejahtera
➢ Menyediakan Sumber Tenaga Manusia yang berintelektual Untuk Keperluan
Negara
➢ Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua warganegara Malaysia
NILAI
➢ Bertanggungjawab & Profesionalime
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 4
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Laput, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
➢ Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi
memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.
➢ Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
➢ Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat bersih, ceria dan penyayang,
➢ Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan dinamik
berteraskan pembaharuan yang berterusan.
➢ Memberi perkhidmatan yang mesra dan cepat kepada ibu bapa dan masyarakat.
➢ Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan Pejabat PPDB, JPNS
dan KPM
➢ Sanggup menerima cadangan dan teguran secara positif untuk meningkatkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 5
DASAR SEKOLAH
Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Long Laput (SKLL) berikrar & berjanji akan terus berusaha
bersungguh-sungguh menjulang kecemerlangan dalam bidang Akademik, Ko-kurikulum & Sahsiah
pelajar seiring dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan sekaligus merealisasikan hasrat
murni Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk
melahirkan insan yang ;
➢ Berilmu pengetahuan
➢ Berakhlak mulia serta memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
➢ Cergas fizikal dan berfikiran kritis dan kreatif
Justeru itu, pengurusan kepimpinan sekolah,guru-guru,staf sokongan & pelajar-pelajar
akan berganding bahu dalam merencana dan melaksanakan dasar ini hingga mencapai aspirasi sekolah
sekolah ini iaitu “TERUNGGUL DALAM BIDANG AKADEMIK (GPS:≤ 2.17),KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH
BERTUNJANGKAN BUDAYA DAN AGAMA”
Dengan Demikian:
1. Para guru perlu memiliki daya pemikiran yang logik,kreatif dan inovatif bagi merealisasikan
potensi individu pelajar yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi pendidikan dan meningkatkan
prestasi kecemerlangan UPSR secara berterusan disamping membentuk sahsiah pelajar agar
berdisiplin, bersopan-santun, berakhlak mulia serta memupuk bakat kepimpinan, aktif dan
sentiasa cergas dan ceria.
2. Menyediakan PdP yang berkesan dan berkualiti, dimana setiap murid mendapat apa yang
sepatutnya diterima dari sebuah institusi ilmu serta mengadakan sistem peperiksaan yang adil,
tepat dan telus tanpa sebarang diskriminasi.
3. Menyediakan kelas dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif untuk
keselesaan semua warga sekolah.
4. Memastikan semua pelajar bergiat aktif serta terlibat secara menyeluruh dalam gerak kerja ko-
kurikulum sekolah.Murid yang berbakat akan dikenalpasti untuk diketengahkan bakat-bakat
mereka. Di samping berusaha untuk mengembangkan minda warga sekolah dengan menjalin
hubungan baik di sekolah yang berdekatan.
5. Pelajar belajar dalam keadaan selamat, selesa dan gembira dan mendapat semua hak yang layak
dapat. Ini akan dipastikan melalui pengurusan Hal Ehwal Murid yang cekap dan mantap.
6. Melaksanakan dan mematuhi arahan kementerian dan jabatan pendidikan berdasarkan
surat pekeliling, akta,arahan perbendaharaan atau perintah am.
7. Memupuk semangat cintakan sekolah dan kerja sepasukan dalam kalangan warga sekolah.
Setiap masalah yang wujud dalam kalangan warga sekolah akan segara diambil tindakan
dan dicari jalan penyelesaian.
8. Memastikan semua perbelanjaan disalurkan untuk kemudahan dan kecemerlangan murid
dan sekolah, serta memastikan pengurusan akaun sekolah sentiasa berada pada tahap
yang baik.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 6
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
LAGU SEKOLAH IKRAR SEKOLAH
DI PINGGIR SUNGAI BARAM KAMI PELAJAR SK LONG LAPUT
BERGEMALAH SUARA BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN SENTIASA
SEKOLAHKU SYURGAKU
OH SK LONG LAPUT MENDUKUNG ASPIRASI SEKOLAH
DENGAN PENUH ILTIZAM
BERSEMANGAT MAJU TEKAD
MENCORAK HARI MUKA SERTA MENUMPUKAN TAAT SETIA
YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI
TIADA GENTAR CABARAN MELANDA
BAKTIMU TERSEMAT DIDADA KEPADA RAJA DAN NEGARA
SENTIASA UNGGUL
INDAH MENGUKIR NAMA
MENJULANG KE MERCU JAYA DALAM AKADEMIK,KOKURIKULUM
BERPIMPIN TANGAN SEIA SEKATA DAN SAHSIAH
KE ARAH WAWASAN NEGARA
BERTUNJANGKAN
SK LONG LAPUT AGAMA DAN BUDAYA
MAJU TERUS MAJU SELARAS DENGAN PRINSIP-PRINSIP
DI BIDANG SUKAN DAN PELAJARAN RUKUN NEGARA SETIAP MASA
GAGAH MARA KE HADAPAN
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 7
1. WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 )
➢ 7.20 pagi hingga 1.20 ptg [ Isnin ]
➢ 7.20 pagi hingga 12.50 tgh [ Selasa]
➢ 7.20 pagi hingga 12.20 tgh [ Rabu -Khamis]
➢ 7.20 pagi hingga 11.50 pagi[Jumaat]
Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 )
➢ 7.20 pagi hingga 1.20 ptg [Isnin,Selasa & Khamis ]
➢ 7.20 pagi hingga 12.50 tgh [Rabu ]
➢ 7.20 pagi hingga 11.50 pagi [Jumaat]
1.2 Kelas Petang : 3.00 petang – 4.00 petang
Isnin – Khamis
1.3 Loceng Pertama
Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.00 pagi.Murid berada di kelas masing-
masing untuk program “Peneguhan Akademik” yang akan diawasi oleh guru bertugas
1.4 Loceng Kedua
Loceng dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.Kelas PdPc akan dimulakan.
1.5 Loceng Rehat
✓ Waktu rehat selama 30 minit.
✓ Masa Rehat: 9.50 pagi hingga 10.20 pagi
✓ Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.
✓ Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di dewan makan sahaja.
✓ Semua murid WAJIB mengikuti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) &
BMA yang disediakan pada waktu rehat dan akan awasi oleh
guru/warden/PPM asrama bertugas.
✓ Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti masuk ke kelas masing-
masing untuk mengikuti kelas pengajaran & pembelajaran berikutnya.
1.6. Loceng Balik
➢ Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas
dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 8
2.PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1Perhimpunan sekolah dijalankan setiap hari Isnin bermula jam 7.10pagi – 7.50pagi
2.2 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah.Semua guru,AKP & murid diwajibkan hadir.Kegagalan menghadiri
perhimpunan dianggap satu kesalahan.
2.3 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing ke dewan perhimpunan.
2.4 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.5 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya dan jika perlu mencatat ke dalam buku catatan sebagai
rujukan.
2.6 Semua guru lelaki bertali leher dan murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.7 Semua ucapan/taklimat yang disampaikan oleh guru besar/GPK/guru yang bertugas
hendaklah di catat ke dalam buku perhimpunan oleh guru yang bertugas pada hari
tersebut.
2.8 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.
2.9 Setiap pelajar yang di pilih untuk persembahan semasa perhimpunan,haruslah
membuat persembahan yang terbaik dan penuh makna.
3. PENAMPILAN DIRI PELAJAR
3.1 Pakaian seragam sekolah
Pakaian seragam sekolah yang lengkap,kemas,lencana dan tanda nama perlu
dipakai pada setiap hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah
dan membuat lawatan rasmi.Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam
sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.
3.1.1 Pakaian Murid Lelaki
➢ Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek./panjang
➢ Seluar
Seluar panjang berwarna biru tua.
Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.
➢ Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.
➢ Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.
Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.Penggunaan jel
atau mousse tidak dibenarkan.
Istilah pendek ialah :
Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi
garis tengah hidung.Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi
(crew cut) seperti yang diarah oleh Kementerian Pendidikan
KP(BS/HEP)8543/061/606.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 9
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
3.1.2 Pakaian Murid Perempuan
➢ Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy
blue)dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.
➢ Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai
mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
➢ Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan
ukuran yang sesuai.
➢ Rambut / Riben
Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
Rambut tidak boleh mencecah bahu.
Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.
➢ Alat-alat solek
Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.
➢ Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti
gelang,rantai leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.
3.2 Kuku
Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.
3.3 Kasut dan Sarung kaki
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.
3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah
➢ Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher
berwarna merah tua.
➢ Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan
bertudung merah tua. Gaun / blaus warna biru gelap.
3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan diwajibkan memakai seluar panjang
(track bottom / pendek )
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 10
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
4.KEHADIRAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
➢ Waktu persekolahan.
➢ Kelas-kelas intervensi atau bimbingan dan pemulihan
➢ Aktiviti kokurikulum.
➢ Lain-lain kegiatan rasmi sekolah
4.2 Murid yang tidak hadir mesti ke sekolah perlu mengemukakan surat akuan doktor atau
surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid
dianggap PONTENG.
4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis oleh pihak sekolah jika murid
tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.
5.3.1 Tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut,surat amaran pertama dikeluarkan
5.3.2 Tidak hadir ke sekolah 10 hari berturut-turut,surat amaran ke-2 dikeluarkan
5.3.3 Tidak hadir ke sekolah 17 hari berturut-turut,surat amaran ke-3 dikeluarkan
5.3.4 Tidak Hadir ke sekolah 31 hari berturut-turut,surat amaran ke-4 dikeluarkan @
buang sekolah
4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.
4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga,
diwajibkan mencatat dalam “Buku kebenaran keluar Waktu Persekolahan”.
4.6 Datang lewat ke sekolah ( selepas 7.00 pagi )
➢ Murid yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke kelas tanpa kebenaran
Guru Besar atau guru yang ditugaskan.
➢ Murid-murid yang kerap datang lewat ke sekolah (atas alasan yang
disengajakan atau sama) boleh diambil tindakan disiplin.
➢ Dalam hal-hal tertentu, ibubapa/ penjaga boleh secara rasmi atau bertulis
meminta kebenaran daripada Guru Besar.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 11
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
5.KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH
5.1 Bilik Darjah
➢ Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
➢ Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
➢ Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik.
➢ Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan
teratur.Tutup suis kipas dan lampu.
➢ Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara
kelas.
5.2 Kawasan Sekolah
➢ Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
➢ Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
➢ Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
➢ Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
➢ Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
➢ Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
➢ Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan
sekolah.
➢ Pokok bunga hendaklah sentiasa dijaga dan jangan sesekali memotong
mematah dan apa-apa juga tindakan yang menyebabkan kerosakkan pada
pokok bunga.
5.3 Tandas Sekolah
➢ Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
➢ Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan.
➢ Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.
➢ Jagalah kemudahan tandas dengan sempurna.
5.4 Papan Kenyataan
➢ Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
➢ Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
➢ Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
➢ Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
memindah atau merosakkannya.
➢ Jika terdapat maklumat yang ditampal tertanggal atau terjatuh,hendaklah
dipinkan semula ditempatnya.
5.5 Harta Benda Sekolah
➢ Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel pusat sumber,makmal Sains dan di
mana-mana sahaja kawasan sekolah.
➢ Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
➢ Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
➢ Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan
ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 12
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
6.KAWASAN LARANGAN
Kawasan-kawasan berikut adalah menjadi larangan kecuali mendapat kebenaran :
6.1 Semasa rehat : Kelas, makmal, kaki lima, kawasan pejabat,kolam
ikan,padang,tangga setiap blok,bengkel kemahiran hidup,tempat letak kereta
atau basikal
6.2 Kawasan larangan setiap masa : Tempat letak kereta atau basikal,kawasan
pejabat am dan pejabat guru,tandas guru atau kawasan sekolah yang
berbahaya (papan tanda)
6.3 Stor-stor sekolah, bilik elektrik dan tempat larangan lain dari masa ke semasa.
7 .TATATERTIB & KESOPANAN
7.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
7.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan
sesama pelajar
7.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan
sejahtera bagi
yang bukan Islam setiap kali berselisih atau berjumpa.
7.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan
menjaga nama baik sekolah.
7.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja.
7.6 Utamakan pertuturan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa ke-2 di kawasan sekolah.
8. PELANGGARAN DISIPLIN
8.1 Tingkahlaku jenayah : memeras ugut, terlihat dengan dadah, berjudi, mencuri,
memukul guru/Pengawas/murid-murid lain, membawa senjata merbahaya ,
merosak harta benda sekolah dan mengancam Guru Besar, guru-guru/murid-
murid lain.
8.2 Tingkahlaku lucah atau biadap : membawa/membaca/menyebar bahan-bahan
lucah,mengintai murid perempuan, bercumbuan, menggunakan kata-kata
lucah, melukis gambar/kata-kata lucah dan menunjukkan aksi-aksi lucah.
8.3 Tingkahlaku anti-sosial : Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru
guru/milik perseorangan, mencemarkan kebersihan sekolah, membuat bising,
bergaduh, berkelakuan biadap / bersikap bongkak terhadap
guru/murid,menyalahguna kemudahan sekolah, keluar kawasan sekolah tanpa
kebenaran, melanggar peraturan sekolah, sengaja menimbulkan perkara
sensetif dengan tujuan menimbulkan kekacauan, menulis kepada suratkhabar
tanpa mendapat kebenaran Guru Besar dan membawa barang-barang
elektik/elektronik/ telefon bimbit.
8.4 Tingkahlaku tidak jujur/tidak amanah : Meniru dalam ujian / peperiksaan,
meniru
tandatangan ibu bapa/ Guru Besar / guru-guru,bercakap bohong, mengubah
markah
dan ponteng kelas.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 13
8.5 Tingkahlaku tidak sopan : Berbahasa kasar dan mencarut, tidak menghormati
guru/ pengawas , menghisap atau memiliki rokok, berambut panjang, tidak
memberi perhatian ketika guru mengajar, selalu datang lewat ke kelas, lalai dan
cuai terhadap pelajaran, terlibat dengan minuman keras, masih
membantah/tidak mengendahkan hukuman guru/Guru Besar walaupun sudah
tiga/empat kali amaran dan mengenakan Pakaian yang tidak sesuai dengan
peraturan disiplin sekolah.
8.6 Kesalahan Tatatertib Yang Berat:
8.6.1 Menganggotai kumpulan jahat/ pertubuhan haram,Membawa/ memiliki
senjata merbahaya dengan tujuan jahat,Memukul guru/Guru Besar/
pengawas/ murid-murid lain.Mengacah Guru Besar/ guru/ murid-murid
lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
8.6.2 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan.
8.6.3 Menulis atau membuat sebarang kenyataan kepada suratkhabar tanpa
memberitahu dan mendapat kebenaran pihak sekolah/ Guru Besar.
8.6.4 Merosakkan harta benda kerajaan/ sekolah/ guru-guru atau sebarang
milik persendirian.
8.7 Mencuri,Terlibat dengan dadah,terlibat dengan minuman keras atau yang
memabukkan,menghisap / memiliki rokok,berjudi,membantah hukuman
guru/Guru Besar walaupun telah diberi tiga atau empat kali amaran,berkelakuan
biadap terhadap guru/Guru Besar. ( Menunjukkan sikap bongkak atau
membuat penghinaan,sengaja menimbulkan sesuatu perkara sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
9.TINDAKAN TATATERTIB
Tertakluk kepada berat ringannya kesalahan yang dilakukan. Hukuman yang boleh
dikenakan ke atas seorang pelajar ialah :
9.1 Teguran,nasihat/Kaunseling
9.2 Menguhungi ibu bapa / penjaga
9.3 Amaran bertulis.
9.4 Dirotan.[Hanya Guru Besar sahaja dibenarkan merotan pelajar]
9.5 Membayar ganti rugi.
9.6 Menarik balik biasiswa yang diberi.
9.7 Hukuman lain yang difikirkan sesuai.
9.8 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
9.9 Digantung persekolahan.
10.0 Dibuang sekolah (dicadang)
10.1 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-undang
dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 14
10.KO KURIKULUM
10.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil s dalam 3 aktiviti kokurikulum
berikut :
10.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
10.1.2 Unit beruniform / Pakaian Seragam
10.1.3 Sukan / Permainan
10.2 Masa aktiviti Kokurikulum adalah jam 4.00pm hingga 5.00pm iaitu hari Isnin
hingga Khamis
10.3 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan
10.4 yang diambil.
10.5 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform/ pakaian sekolah / pakaian sukan.
Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat.
11.PEPERIKSAAN
11.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
11.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun
waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat
kebenaran Guru Besar.
11.3 Rujuk Garis Panduan Ujian Peringkat Sekolah
12.PERTUKARAN SEKOLAH
12.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
12.2 Borang pindah hendaklah di lengkap isi dan boleh diperolehi daripada
pembantu tadbir perkeranian atau unit HEM serta perlu mendapat
pengesahan Guru Besar.
12.2 Sekiranya murid calon UPSR, ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan
pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
13.BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAH (BTP)
13.1 Perkara ini mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.
13.2 BTP akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga
menerusi mesyuarat tahunan PIBG.
14.SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
14.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku teks dengan baik.
14.2 Semua buku teks mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :
14.2.1 Pada akhir tahun
14.2.2 Apabila diberhentikan dari sekolah
14.2.3 Apabila diarah oleh pihak sekolah.
14.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru atau
membayar dengan wang mengikut harga buku.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT 15
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
15.PUSAT SUMBER SEKOLAH,BILIK BENGKEL RBT,BILIK KESENIAN,BILIK SAINS
DSBNYA
15.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik.
15.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid
lain.
15.3 Ikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
15.4 Pulangkan buku atau peralatan yang digunakan pada tarikh yang telah
ditetapkan.
15.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.
15.6 Jaga kebersihan.
16.BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE SEKOLAH
16.1 ‘Chewing gum’ , ‘ liquid paper’ dan ‘marker pen’.
16.2 Bahan-bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran seperti
komik, bahan-bahan lucah dan majalah hiburan.
16.3 Radio ‘walkman’, video tape, CD, kaset dan kamera kecuali dengan
kebenaran bertulis kepada guru-guru berkenaan dan barang permainan
elektrik.
16.4 Video game, permainan bentuk kad contohnya daun pakau dan yang
berunsur judi.
16.5 alat komunikasi seperti telefon bimbit,ipad dan sebagainya.
16.6 Jika murid membawa barang-barang yang disenaraikan di atas, barang
tersebut akan dirampas oleh pihak sekolah. Barang yang dirampas tidak akan
dipulangkan sehingga akhir tahun.
17.TATACARA BILIK DARJAH
17.1 Murid-murid hendaklah sentiasa berada di dalam kelas sebelum pelajaran
dimulakan.
17.2 Bilik darjah hendaklah dibersihkan sebelum pelajaran bermula ( waktu
pertama ) dan hendaklah sentiasa dalam keaadan yang bersih.
17.3 Ketua darjah bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas dan keselamatan
semua alatan bilik darjah.
17.4 Semasa ketiadaan guru, ketua darjah dan penolong ketua darjah
bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah
melaporkan sebarang masalah kepada guru kelas atau pejabat.
17.5 Murid-murid dilarang keras :
17.5.1 Menconteng meja, kerusi, dinding dan semua alatan bilik darjah.
Tindakan disiplin boleh diambil jika melakukan kesalahan.
17.5.2 Berbual dan membuat bising serta merayau-rayau.
17.5.3 Menggunakan meja dan kerusi guru tanpa kebenaran.
17.5.4 Duduk di atas meja.
17.5.5 Meninggalkan kelas tanpa kebenaran.
17.5.6 Membawa alat-alat permainan.
17.5.7 Bergaduh dan betumbuk.
17.6 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan bilik darjah tanpa
kebenaran guru atau memakai pas keluar.
17.7 Sekiranya terdapat murid yang ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu
mengambil tindakan mencari murid tersebut dengan serta merta dan
membuat laporan.
17.8 Setiap murid hendaklah memastikan semua lampu dan alatan elektrik ditutup
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
(jika tidak digunakan ) sebelum meninggalkan bilik darjah.
Peraturan Sekolah 16
18 .KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
18.1 Murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan kecuali mendapat kebenaran guru/Guru Besar.
18.2 Murid-murid yang keluar untuk rawatan di klinik/hospital atau seumpamanya
hendaklah mendapatkan surat rawatan terlebih dahulu atau kebenaran dari
guru kelas/guru bertugas serta mengisi “Buku Kebenaran Keluar Waktu
Persekolahan” dan ditandatangani oleh pentadbir sekolah.
18.3 Murid-murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah atas sebab-sebab
tertentu perlulah ditemani ibu bapa/penjaga yang berkenaan dan mengisi Buku
Kebenaran Keluar Waktu Persekolahan dan ditandatangani oleh pentadbir
sekolah.
19 .MAKANAN DAN MINUMAN
19.1 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan dan minuman
ke bilik darjah.
19.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makan dari luar sekolah. Sekiranya
berlaku sebarang kes keracunan makanan di luar sekolah, pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab.
19.3 Murid-murid dikehendaki makan dan minum di dewan makan sahaja.
19.4 Murid-murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat selepas
makan.Semua pembalut makanan dan minuman hendaklah dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan
20.PERATURAN ASRAMA
Segala peraturan berikut berkuatkuasa sebaik sahaja seseorang pelajar melaporkan diri
untuk tinggal di asrama. Pelajar yang didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan boleh
dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah.
20.1 Pendaftaran
20.1.1 Tinggal di asrama adalah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah
kepada pelajar.
20.1.2 Murid wajib mendaftarkan diri sebelum dibenarkan tinggal di asrama.
20.1.3 Jangan ubahsuai/memindahkan/menulis/merosakkan apa-apa peralatan yang
telah dibekalkan di asrama.
20.1.4 Sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan sila laporkan
kepada waden asrama.
20.1.5 Pelajar dilarang bertukar asrama/bilik tidur/tidur di asrama lain tanpa kebenaran
warden.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 17
20.2 Tingkahlaku Dilarang
20.2.1 Merokok/berjudi/menghidu gam/membawa dan meminum minuman keras/
benda & senjata tajam/alatan elektrik dan lain-lain yang difikirkan boleh
mengancam keselamatan adalah dilarang sama sekali
20.2.2 Membuat sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik adalah
dilarang.
20.2.3 Lilin/mancis/mercun dan bahan bakar yang lain adalah dilarang penggunaannya.
20.2.4 Pelajar dilarang membawa makanan ke asrama.
20.2.5 Amalkan sikap menghormati orang lain. Elakkan bising yang keterlaluan seperti
menjerit, menyanyi, bermain di dalam bilik, mengetuk katil/almari sehingga boleh
mengganggu orang lain.
20.3 Kebersihan
20.3.1 Pengawas bilik mesti menyediakan jadual bertugas dibilik asrama masing-
masing.
20.3.2 Jadual bertugas dan carta organisasi bilik wajib dipamerkan
20.3.3 Pelajar yang telah ditugaskan, perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang
telah diamanahkan kepadanya.
20.3.4.Pelajar harus menjaga kebersihan bilik & kawasan asrama (Tandas & Bilik
mandi).
20.3.5 Kawasan tempat tidur/kasut/selipar/penyapu harus kemas & tersusun rapi.
20.3.6 Sampah dalam tong sampah hendaklah sentiasa dibuang di tapak pembuangan
sampah.
20.3.7 Pakaian haruslah dijemur pada ampaian yang telah disediakan. Pelajar
dilarang menyidai pakaian yang basah di dalam bilik.
20.3.8 Pelajar wajib menyertai (gotong royong) asrama pada setiap pagi Sabtu 7.30 –
8.30 pagi dan Ahad 4.00 petang (selepas balik dari kampung).
20.4 Lampu Asrama
20.4.1 Adalah tanggungjawab penghuni asrama/pengawas memastikan suis lampu
ditutup apabila meninggalkan asrama/bilik.
20.4.2Tidur malam lampu perlu dipadamkan jam 9.00 malam. Pelajar dilarang
berkeliaran dikawasan asrama/kelas dan lain-lain tempat selepas jam 9.00
malam tanpa kebenaran/penyeliaan guru/waden.
20.5 Sakit
20.5.1 Pelajar yang sakit perlu mendapatkan rawatan dengan berjumpa PPM/penyelia
asrama/waden/guru. Jangan mendiamkan diri.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 18
20.6 Keselamatan & Etika Asrama
20.6.1 Jangan menghalang kedua-dua pintu keluar di bilik asrama.
20.6.2 Susun katil/almari dengan teratur tanpa menghalang laluan.
20.6.3 Laporkan sebarang kerosakan(suis, litar elektrik dll)/kejadian yang berlaku
kepada waden atau PPM bertugas dengan segera.
20.6.4 Pelajar dilarang membawa kenderaan (basikal) ke asrama.
20.6.5 Membawa barang-barang berharga (Emas/perak/wang) adalah dilarang sama
sekali.
20.6.6 Amalkan tingkahlaku yang sopan dari segi berpakaian. Penggunaan seluar
pendek (bagi pelajar perempuan) adalah dilarang.
20.6.7 Pastikan almari dikunci, kunci dibawa bersama setiap kali anda keluar dari
asrama.
20.6.8 (Sila rujuk pelan Kawad Kecemasan Asrama)
20.7 Belajar Malam
20.7.1 Masa belajar malam ialah 7.00 malam – 8.30 malam. (6.50 petang semua
pelajar sudah berada di Dewan Makan)
20.7.2 Pelajar asrama wajib belajar malam di kelas yang telah ditentukan. Elakkan
bertukar kelas tanpa kebenaran waden.
20.7.3 Amalkan etika yang baik semasa belajar dengan suasana yang senyap dan
tanpa pergerakan.
20.7.4 Gunakan waktu belajar malam untuk membuat latihan/kerja rumah/membaca
buku ilmiah/mengulangkaji. (ILMU PELITA HIDUP)
20.8 Makan Minum
20.8.1 Waktu makan/minum pelajar asrama
TAHAP 1 TAHAP 2
[Tahun 1,2,3] [Tahun 4,5,6]
12 3 451 2 3 45
ISNIN 1.20 1.20
SELASA 12.50
RABU 6.30 9.50 12.20 6.30 9.50 12.50
KHAMIS 5.30 8.00 5.30 8.00
JUMAAT 11.50 11.50
SABTU 8.00 10.00 12.30 8.00 10.00 12.30
AHAD
1 = Sarapan 2 = Kudapan 3 = Merarau 4 = Makan Petang 5 = Gabi
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 19
20.9 Jenis-Jenis Salahlaku(KPM)
20.9.1: TINGKAHLAKU JENAYAH
➢ BERJUDI
➢ MENCURI
➢ MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL GURU
➢ MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL PENGAWAS
➢ MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL MURID LAIN
➢ MEMERAS UGUT
➢ MEMBULI
➢ MENGOTAI KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP
➢ MENYALAHGUNAKAN DADAH
➢ MEMBAWA SENJATA MEMBAHAYA
➢ MENCABUL KEHORMATAN
➢ MENCEROBOH BILIK KHAS/KEDAI/KOPERASI/ASRAMA/PEJABAT
➢ MENUNJUK PERASAAN
➢ BERTARUH SECARA BESAR-BESARAN
➢ BERTUMBUK /BERKELAHI
➢ MENGHIDU GAM / LIQUID
20.9.2: TINGKAHLAKU LUCAH
➢ BERCUMBU-CUMBUAN
➢ BERKHALWAT
➢ MENCEROBOH ASRAMA PEREMPUAN/LELAKI
➢ MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
➢ MENGINTAI MURID PEREMPUAN/LELAKI
➢ MENGGUNAKAN KATA DAN PERBUATAN LUCAH
➢ MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA LUCAH
➢ BERDUA-DUAAN (BERCINTA)
20.9.3: KEKEMASAN DIRI
➢ BERAMBUT PANJANG/BERFESYEN/BERWARNA
➢ BERKUKU PANJANG
➢ BERMISAI/BERJANGUT
➢ MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH
➢ MEMAKAI BARANG PERHIASAN/ANTING/EMAS/PERAK
➢ MENCUKUR BULU MATA/KENING
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 20
20.9.4: TIDAK MEMENTINGKAN MASA
➢ BERKELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
➢ DATANG LEWAT KE SEKOLAH
➢ LEWAT KE PERHIMPUNAN
➢ MAKAN DIKANTIN DILUAR WAKTU REHAT
➢ LEWAT PULANG KE ASRAMA
20.9.5: TINGKAHLAKU KURANG SOPAN/BIADAB
➢ BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
➢ BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
➢ BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
➢ BERBAHASA KESAT
➢ MENYIMPAN ROKOK
➢ MENGHISAP ROKOK
➢ MENGGANGGU PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
➢ TIDAK MENGHORMATI GURU
➢ INGKAR ARAHAN GURU/PENGAWAS
20.9.6: TINGKAHLAKU MUSNAH
➢ MEROSAKKANHARTABENDA SEKOLAH/ GURU/ASRAMA/MURID/KANTIN
20.9.6: PONTENG
➢ PONTENG KELAS
➢ PONTENG SEKOLAH
➢ PONTENG PERHIMPUNAN
➢ PONTENG KEGIATAN KOKURIKULUM/AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
➢ PONTENG UJIAN
➢ PONTENG PEPERIKSAAN
➢ PONTENG BELAJAR MALAM
➢ PONTENG GOTONG ROYONG ASRAMA
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 21
20.10 Tindakan-Tindakan Yang Dikenakan Kepada Pelajar Yang Melanggar Disiplin
20.10.1 TEGURAN LISAN/BERTULIS (REKOD DISIMPAN)
20.10.2 HANTAR KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (REKOD)
20.10.3 AMARAN (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) – SSDM
20.10.4 ROTAN 1 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)
20.10.5 ROTAN 2 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)
20.10.6 ROTAN 3 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)
20.10.7 GANTUNG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA) (IBU BAPA DIPANGGIL)
(REKOD)
20.10.8 GANTUNG SEKOLAH (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOd)
20.10.9 BUANG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA)-TAK LAYAK TINGGAL DI
ASRAMA TAHUN AKAN DATANG
20.10.10 PANGGIL POLIS – MENCURI, MENGHIDU GAM, DADAH, BERKELAHI,
PERAS UGUT (BULI)
20.10.11 KES KEROSAKAN – PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAYAR KOS
(HARGA) BARANG YANG ROSAK, BAYAR KOS PENGANGKUTAN,
BAYAR KOS PEMBAIKAN.
20.11 PeraturanDewan Makan
ADAP SOPAN
➢ Hendaklah berbaris apabila mengambil makanan. (Elakkan dari berebut-
rebut).
➢ Gunakan pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. (Topi, singlet,baju nipis
dan berlubang dilarang)
➢ Pelajar yang berpeluh, kotor selepas bersukan tidak dibenarkan masuk ke
dewan makan.
➢ Tanggalkan kasut/selipar di luar dewan apabila hendak masuk ke dewan
makan.
➢ Elakkan membuat bising, berteriak, mengetuk pinggan dan meja di dewan.
➢ Elakkan membazir dan ambil makanan mengikut kemampuan selera.
➢ Jangan membaling dan menyebarkan makanan merata tempat.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 22
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
KEBERSIHAN
➢ Mana-mana guru/pelajar yang menggunakan dewan seperti perjumpaan
kelab, rumah sukan, kelas-kelas peperiksaan, taklimat, jamuan dan
sebagainya harus memastikan sampah dibersihkan dan susun kerusi meja
dalam kedudukan asal sebelum meninggalkan dewan.
➢ Jangan meludah di dalam dan di luar kawasan dewan.
➢ Bersihkan tangan dan alatan (pinggan, sudu dan cawan) terlebih dahulu
sebelum makan/mengambil makanan.
➢ Jangan membuang sisa makanan ke bawah lantai. Eloklah dikumpulkan di
atas meja dan dibuang di tempat khas yang telah disediakan di luar dewan.
➢ Kumpulan bertugas membersihkan dewan wajib menjalankan kerja
pembersihan pagi, tengahari dan petang.
LAIN-LAIN
➢ Membawa makanan ke asrama adalah dilarang sama sekali.
➢ Lampu/kipas hendaklah sentiasa ditutup selepas meninggalkan dewan.
➢ Semua pelajar bertanggungjawab memastikan agar peralatan di dewan (pintu,
meja, lansir dan kerusi dewan) dalam keadaan yang teratur dan sempurna.
➢ Pengawas dewan makan harus memastikan pembersihan dewan dijalankan
dengan sempuna.
➢ Pengawas dewan makan perlu melaporkan segala tingkahlaku yang kurang
sopan oleh pengguna dewan kepada waden bertugas.
20.12 PERATURAN KELUAR/ MASUK KAWASAN SEKOLAH (PELAJAR)
KESELAMATAN DIRI
➢ Pastikan anda ada kebenaran daripada pihak sekolah/waden. (Isi borang
kebenaran keluar/ Ditandatangani buku/kad keluar)
➢ Pelajar wajib meningggalkan Buku/kad keluar pada pondok jaga. Apabila balik
ke sekolah ambil semula.
➢ Wajib keluar @ berjalan secara bertiga atau berkumpulan. (Elakkan keluar
berseorangan).
➢ Elakkan menumpang kereta/motorsikal orang yang tak dikenali. (Jangan
mudah diajak/Dipelewa/terpedaya).
➢ Jika melintas jalan, pastikan melihat kiri dulu, kemudian kanan dan lihat kiri
sekali lagi. (Sentiasa berwaspada).
23
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah
KELUAR KE KLINIK DESA LONG LAMA
➢ Pelajar yang memerlukan rawatan di Klinik Desa Long Lama wajib
menggunakan pakaian seragam sekolah atau Baju T Asrama serta membawa
bersama kad perubatan serta memberitahu waden bertugas.
BALIK KAMPUNG PELAJAR ASRAMA
➢ Pelajar asrama balik kampung 2 minggu sekali.
➢ Pelajar asrama wajib menggunakan pakaian balik kampung iaitu baju T -
Asrama SK Long Laput.
20.13 PELAJAR HARIAN
20.1.3.1 Pelajar harian yang menggunakan motorsikal wajib menggunakan topi
kalendar.
20.13.2 Pelajar harian dilarang keluar dari kawasan sekolah pada waktu
rehat.
20.13.3 Pelajar harian dilarang membawa motorsikal/kenderaan ke kawasan
asrama. (Tinggalkan pada kawasan yang telah ditetapkan)
20.13.4 Pelajar harian dilarang membawa/mengangkut pelajar asrama keluar
dari kawasan sekolah.
20.13.4Pelajar harian dilarang pergi ke asrama.
21.PELAWAT
20.14 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri
di pondok kawalan keselamatan sekolah, minta kebenaran dari pengawal
keselamatan dan pengawal keselamatan akan bawa berjumpa dengan Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan untuk meminta kebenaran sebelum
berjumpa dengan sesiapa /murid di sekolah.
22 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
21.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari
pertama,Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan
sekolah lagi.
21.2 Apa jua Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru
dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan
kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian dan disertai dengan
dokumen sokongan.
21.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
21.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan
anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
21.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui
kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
21.6 Apabila ada menghadapi sesuatu masalah atau salah faham dengan guru
atau murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran
sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan
sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.
21.7 Ibu bapa/penjaga harus membantu menjaga kebersihan dan keceriaan
kawasan sekolah.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 24
21.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa tanpa
tujuan dan kebenaran.
21.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada
beg murid lain.
21.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbiran.
21.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
21.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
21.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu
pengajaran dan pembelajaran.
21.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru
supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.
21.15 Jangan berikan anak terlalu banyak wang saku.
21.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan
membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
21.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.
23. HAL-HAL LAIN.
23.1 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
23.2 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap
Masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh
Guru Kelas.
23.3 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan
pada waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah
diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada
satu masa.
23.4 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau
kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
23.5 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa
guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa
menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan
pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah
dirujuk kepada Guru Besar.
23.6 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah
diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru
Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau
luar sekolah merupakan kesalahan serius)
23.7 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan
TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu
kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.
23.8 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan
DITEGAH.
23.9 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan
bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.
23.10 Pelajar MESTILAH menggunakan antara 2 - 4 jam pada setiap hari untuk
Membuat kerja sekolah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja sekolah MESTI
dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Peraturan Sekolah 24
CATATAN:
*Sebarang Pindaan @ ketetapan baharu terhadap peraturan yang sedia ada akan
dimaklumkan.Apa-apa peraturan yang TELAH & AKAN ditetapkan diperingkat sekolah akan
dipatuhi sehinggalah perubahan baharu.NAMUN,keutamaan garis panduan peraturan masih
terikat dengan ketetapan PPD,JPN & KPM serta surat-surat siaran @ pekeliling yang masih
dikuatkuasakan.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPUT
YBB4310/AS64
D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI
Terima Kasih
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’