Salam Maal Hijrah
1443 HIJRAH
MANHAJ RABBANI,
UMMAH BERKUALITI
BUAT SELURUH WARGA SMAD KLANA
DARIPADA UNIT BADAR
Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari
Makkah ke Madinah adalah suatu yang
sentiasa segar di dalam sejarah umat
Islam. Ia telah memperlihatkan suatu
pandangan yang jauh terhadap
peradaban serta menjadi tanda aras
kebangkitan yang seterusnya
menyaksikan berkembangnya Islam ke
seluruh pelosok dunia.
: AL- BAYAN SIRI HIJRAH 2020 :
Penghijrahan ke Madinah lebih kepada
mencari ruang dan peluang untuk
menyebarkan dakwah dan menguatkan
agama Islam sebagai satu strategi,
berbeza dengan penghijrahan orang Islam
ke Habasyah untuk mendapatkan
perlindungan. Dengan itu, Islam menjadi
semakin kuat lantas Nabi SAW berjaya
kembali ke kota Makkah dan membukanya
tanpa berlaku sebarang pertumpahan
darah. Justeru penghijrahan Nabi SAW
adalah bukan satu tindakan melarikan diri,
akan tetapi ia merupakan satu tuntutan
Ilahi.
: AL- BAYAN SIRI HIJRAH 2020 :
Khamis Isnin
26 Safar 1 Rabiuawal
9 Sept 662 13 Sept 622
Meninggalkan Mekah dan tinggal
3 hari di Gua Thur berdekatan
dengan kota suci Mekah
Khamis Meninggalkan Wiayah Mekah
dan meneruskan
8 Rabiuawal
perjalanan ke Yathrib
20 Sept 662
Tiba di Masjid Quba' Jumaat
dekat Madinah
12 Rabiuawal
24 Sept 662
Isnin Kunjungan pertama ke
Madinah untuk solat Jumaat
22 Rabiuawal
4 Okt 662
Pindah dari Masjid Quba'
ke Madinah
Perjalanan dari mekah ke madinah 320 km - 8 hari
Tahun Hijrah merupakan permulaan tahun kalendar atau takwim bagi
umat Islam bermula dari zaman pemerintahan Saidina Umar RA
bermula 638 masihi (selepas 17 tahun peristiwa hijrah)
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami
belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga
telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat
daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon
keampunan-Mu.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang
Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap
menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga Allah senantiasa melimpahkan
rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta
keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu
yang Agung dan Kemurahan-Mu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar
telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan)
syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk
mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk
melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang
memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan dan
penghulu kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya dan Segala puji bagi
Allah Tuhan seru sekalian alam.