The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKRIP DRAMA MAHKAMAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norizah Ahmad, 2021-10-03 01:00:52

MAHKAMAH

SKRIP DRAMA MAHKAMAH

SKRIP DRAMA KOMSAS
MAHKAMAH

AWANG ABDULLAH

PEGAWAI : (Bernada lantang) Ketibaan yang arif lagi bijaksana, tuan hakim mahkamah
terbuka!

PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan
iringan muzik) lalu mengambil tempat.

HAKIM : (Dengan bahasa Melayu telor Inggeris) Ya, tuan-tuan sekalian, boleh duduk.
Semua sudah hadir?

PEGAWAI : Sudah tuan!
HAKIM : Sekarang, kita mulakan perbicaraan.
PEGAWAI : Tertuduh I diminta masuk.

TERTUDUH I masuk (diiringi muzik), mengambil tempat di dalam kandang orang salah
dan mengangkat sumpah.

TERTUDUH I : Bahawasanya saya dengan sesungguhnya bersumpah di hadapan mahkamah
yang mulia ini untuk bercakap benar.

HAKIM : Siapa nama kamu?
TERTUDUH I : Bulat binti Leper, tuan.
HAKIM : Baik, pendakwa raya … mulakan perbicaraan.

PENDAKWA RAYA bangun lalu membacakan pertuduhan.
PENDAKWA RAYA : Ya, tuan hakim, bahawa Bulat binti Leper pada Januari 1988, antara

jam 8.00 hingga 9.00 pagi telah dituduh menyebabkan kematian Mak
Teh binti Jali, 99 tahun, di Taman Gagak putih.
HAKIM : Ya Bulat bin Leper, adakah kamu faham, akan tuduhan yang dikenakan ke atas
kamu?

TERTUDUH I : Faham, tuan.
HAKIM : Adakah kamu mengaku salah?
TERTUDUH I: Tidak, tuan.
HAKIM : Baiklah, kes kamu akan dibicarakan. Adakah kamu memakai peguam?
TERTUDUH I : Saya orang miskin, tuan. Saya tak ada duit nak bayar peguam.
HAKIM : Oh, itu tak jadi masalah … kita ada peguam percuma. Sedia berkhidmat untuk

orang miskin macam kamu.
Ya, pegawai … sila panggil peguam bela masuk ke dalam mahkamah.
PEGAWAI : (Bernada lantang) Peguam bela, diminta masuk ke ruang perbicaraan sekarang

juga!
PEGUAM BELA masuk lalu mengambil tempat.
HAKIM : Peguam bela, ini ada satu kes lagi.
PEGUAM BELA : (Berlagak serius) Sedia berkhidmat, tuan … untuk bangsa dan negara.
HAKIM : Ya, peguam bela … ini pelanggan kamu … Bulat binti Leper, telah dituduh

menyebabkan kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja pada 10 Januari
1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih. Saya beri tempoh
seminit untuk berunding dengan pelanggan kamu. (Meniup wisel)
PEGUAM BELA dan TERTUDUH I berunding dengan aksi tergesa-gesa, keburuan.
HAKIM : Masa sudah cukup. Baik, kita sambung perbicaraan.
PENDAKWA RAYA bangun untuk memulakan tugasnya.
PENDAKWA RAYA : Bulat binti Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00

hingga 9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih?
TERTUDUH I : Ya, benar, tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang
dan membuang kulitnya?

TERTUDUH I : Ya, benar sekali, tuan.
PENDAKWA RAYA : Dan pada waktu tersebut itu, seorang nenek yang sedang berjoging

telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir dan jatuh.
Kejadian itu menyebabkan pinggangnya patah dan dia mati semasa
dalam perjalanan ke hospital.
Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?
TERTUDUH I : Kenyataan itu tidak benar, tuan.
PENDAKWA RAYA : Saya ulang. Adakah kamu makan pisang pada waktu tersebut?
TERTUDUH I : Benar, tuan.
PENDAKWA RAYA : Dan kulit pisang itu, kamu yang buang, bukan?
TERTUDUH I : Benar, tuan.
PENDAKWA RAYA : Dan nenek itu mati akibat terpijak kulit pisang yang kamu buang,
bukan?
TERTUDUH I : Tidak benar, tuan.
PENDAKWA RAYA : Awak tidak mahu mengaku?
TERTUDUH I : Tidak mengaku, tuan.
PENDAKWA RAYA : Benar-benar tidak mahu mengaku?
TERTUDUH 1 : Saya tidak mahu mengaku, tuan. Saya tidak bersalah.
PENDAKWA RAYA: Awak mesti mengaku. Bukti dan fakta sudah cukup untuk
mensabitkan kesalahan awak.
PEGUAM BELA : Tuan hakim, saya membantah tindakan pendakwa raya. Pendakwa raya
nampaknya cuba menekan anak guam saya.

HAKIM : Ya, pendakwa raya. Saya fikir soalan awak sudah selesai. Awak boleh duduk.
PENDAKWA RAYA : Baik, tuan.
HAKIM : Sekarang giliran peguam bela untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.
PEGUAM BELA : Bulat binti Leper, benarkah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga

9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih?
TERTUDUH I : Ya, benar, tuan.
PEGUAM BELA : Dan pada waktu siang yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang

berangan … kemudian kulitnya, kamu buang ke dalam tong sampah,
yang disediakan oleh pihak berwajib, tapi sudah rosak pintunya?
TERTUDUH I : Ya, benar sekali, tuan.
PEGUAM BELA : Dan kamu sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan
tugas kamu?
TERTUDUH I : Ya, tuan.
PEGUAM BELA : Lalu, kulit pisang yang kamu buang ke dalam tong sampah itu ialah suatu
perbuatan yang sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik kamu,
malah kamu telah menunjukkan contoh yang baik?
TERTUDUH I : Benar sekali, tuan.
PENDAKWA RAYA bangun dan membantah.
PENDAKWA RAYA : Yang arif, peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan.
PEGUAM BELA : Yang arif, soalan saya belum tamat. Saya harap pendakwa raya tidak
menganggu perjalanan mahkamah.
HAKIM : Pendakwa raya diminta bertenang dan kembali ke tempat duduk.

PEGUAM BELA : Yang arif, saya sambung kembali soalan saya.
Ya, Encik Bulat … setelah kulit pisang itu kamu buang ke dalam tong
sampah, maka datanglah seekor kambing yang teramat kurus dan lapar
lalu makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya
sehingga kulit pisang itu telah tercampak keluar ke jalan raya …

PENDAKWA RAYA bangun membantah lagi.
PENDAKWA RAYA : Yang arif, hujah peguam bela tidak logik, kambing yang lapar tidak

makan kulit pisang dan mengaisnya keluar …
PEGUAM BELA : Yang arif, saya minta pendakwa raya tidak menganggu perjalanan

mahkamah.
HAKIM mengeluarkan kad kuning.
HAKIM : Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk.

Ya, peguam bela, sila teruskan …
PEGUAM BELA : Yang arif, saya sambung kembali hujah saya.

Kambing yang lapar itu sangat letih sehingga matanya pun menjadi kabur
dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit
pisang, lalu terkaislah makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya.
Malang tidak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri
lalu kambing itu terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit
pisang dan jatuh … sampailah ajalnya, dia pun mati.
Dengan ini, jelaslah bahawa Bulat binti Leper tidak terbabit dalam soal
ini. Yang bersalah, ialah kambing kurus. Oleh sebab itu, kambing kurus
yang perlu dihukum, bukannya Bulat.
Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan,, saya

mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan
membebaskan Bulat binti Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak
sengaja, tanpa syarat.
Sekian hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, tuan hakim.
Terima kasih.
HAKIM : Ya pendakwa raya … ada hujah- hujah tambahan?
PENDAKWA RAYA : Pada hemat saya, Bulat binti Leper ialah pihak yang

bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang kulit
pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan
seorang nenek tua tidak akan memijaknya.
Atas alasan itu, saya mohon pihak mahkamah keadilan ini
menjatuhkan hukuman seberat-beratnya ke atas Bulat bin Leper.
Sekian, yang arif, terima kasih.
HAKIM : Ya, peguam bela … kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.
PEGUAM BELA : Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat bin Leper
telah membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka,
dengan itu, ternyatalah Bulat bin Leper tidak melakukan apa-apa
kesalahan.
Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus …
bukannya Bulat.
Sekian, hujah-hujah saya.
HAKIM : Pendakwa raya? Ada apa-apa lagi?
PENDAKWA RAYA : Mahkamah ini untuk manusia, bukan untuk binatang. Macam mana
kita nak hukum kambing.

PEGUAM BELA : Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya kambing
itulah yang perlu dihukum.

PENDAKWA RAYA : Kalau tidak ada yang mahu mengaku?
PEGUAM BELA : Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang berwajib.
HAKIM : Sudah … sudah! Hujah-hujah kamu berdua sudah selesai. Harap bertenang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah meneliti hujah-hujah daripada kedua-
dua belah pihak , mahkamah dengan ini mengambil kesimpulan bahawa pendakwa
telah gagal mengaitkan kes ini dengan tertuduh dan sebaliknya , peguam bela t
telah dapat menyakinkan mahkamah tanpa keraguan bahawa Bulat bin Leper tidak
melakukan kecuaian dan seterusnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mek
Teh binti Jali secara tidak sengaja.
TERTUDUH 1 mengucapkan terima kasih kepada PEGUAM BELA dengan gaya penuh
kesyukuran
HAKIM : Dan atas kuasa yang ada pada saya , saya mengeluarkan perintah supaya tuan
kambing itu dicari sampai dapat.
Kalau tidak ada yang mengaku, maka kambing itu akan menjadi milik pihak yang
berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah itu dibaiki
segera oleh pihak yang bertanggungjawab. (Mengetuk meja dengan tukul dua kali)
PEGAWAI: Mahkamah berehat selama 2 minit.
TERTUDUH I keluar. Sementara itu, HAKIM, PEGAWAI, PENDAKWA RAYA dan
PEGUAM BELA berehat dengan aksi masing-masing. Kemudian, PEGUAM BELA
keluar. Muzik selingan dikumandangkan.
Setelah seketika, PEGAWAI masuk mengambil tempat dan muzik dimatikan.
PEGAWAI: Tempoh rehat sudah tamat. Mahkamah kembali bersidang.
HAKIM, PEGUAM BELA dan PENDAKWA RAYA mengambil tempat masing-masing.

PEGAWAI: Tertuduh II diminta masuk.
TERTUDUH II melangkah masuk. (Dengan iringan muzik)

PEGAWAI: Sila angkat sumpah.
TERTUDUH II: Akakkuku dekengaka ikiniki bekesukupoko akakaka bekekaktaka bekenaka.

Seisi mahkamah ketawa, kecuali HAKIM
HAKIM: Diaaam!

Seisi mahkamah sunyi.
HAKIM: (Meletakkan telunjuk ke mulut seperti membuat isyarat supaya senyap) Syy ….

Siapa nama kamu?
TERTUDUH II: Nakamoko akakuku, Akikino-komokotoko
HAKIM: Asal dari mana?
TERTUDUH II: Akakuku akasaka dakariki ukuluku Dukungunku.
HAKIM: (Dengan nada panjang, nyaring) Pegawaiii !… Panggil penterjemah.
PEGAWAI: Baik, yang arif.

(Bersuara lantang, melaung) Penterjemah diminta masuk dengan segera!
PENTERJEMAH masuk sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya.

HAKIM : Mulakan sidang!
PENDAKWA RAYA: Baiklah, yang arif.

Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah
dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia di stor
JKK Ulu Dungun
HAKIM: Ya … Akikino-komokotoko, apakah kamu faham akan tuduhan yang dikenakan
atas kamu?
TERTUDUH II: Akakuku taka fakahaka iskitikilaka bekeroko sukusikidiki.

PENTERJEMAH: Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau
ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk subsidi.

HAKIM: Pendakwa raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak difahami oleh
Akinomoto.

PENDAKWA RAYA: Ya, yang arif … mohon tempoh 2 minit untuk merujuk kamus.
PENDAKWA RAYA membuka buku besar dan beraksi membelek kandungannya
dengan teliti.

PENDAKWA RAYA: Adapun istilah “beruk” itu menurut kamus yang tersebut itu dan
apabila diterjemahkan, maknanya ialah sejenis binatang yang
mempunyai ekor pendek, dan badannya penuh dengan “bulus” … eh,
maaf … bulu … dan ia sangat suka makan pisang, (menunjukkan
dengan ibu jari kearah HAKIM sambil tersengih-sengih) sama dengan
hobi tuan.
Istilah subsidi itu pula apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

lama, ertinya “sabsidi” (disebut sebagaimana dieja: s-a-b-s-i-d-i) dan
kalau menurut bahasa Melayu baharu yang baku, ertinya “subsidi”
(disebut s-u-b-s-i-d-i) … sekian adanya … wassalam.
HAKIM: Cakap … cakap … apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?
TERTUDUH II: Fakahaka cikikiki.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-sikit, tuan.
HAKIM: Sikit-sikit … kira bolehlah. Jadi, Akinomoto, apakah kamu mengaku salah?
TERTUDUH II: Akakuku mekengakakuku sakaloko, takapiki akakuku noko cakakaka
cikikiki.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata bahawa dia mengaku salah tuan, tapi katanya
dia mahu bercakap sikit.

HAKIM: Dibenarkan.
TERTUDUH II: Ikibiku bekeroko ikitiku sukudoho hakamiki, daka akakuku noko

akanokonyako daka bekerika bakaleke ikibunyoko.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata bahawa ibu beruk itu sudah pun hamil dan dia

mahu beri balik ibu beruk itu kepada yang berhak dan mahu memelihara
anaknya.
HAKIM: Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah mempertimbangkan dengan penuh
adil dan saksama, ,maka dengan kuasa yang ada pada saya dengan ini
memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamaat
melahirkan anak.
Lalu apabila habis tempoh pantangnya selama 40 hari, tak termasuk cuti am dan
cuti ganti, maka ibu beruk itu haruslah dipulangkan kepada yang berhak … dan
sebagai dendanya, sehingga anak beruk itu mencapai umur akil baligh, maka
Akinomoto terpaksalah memanjat kelapa dengan anak beruk menjadi tuannya.
Sekian.
Muzik selingan dikumandangkan sebagai isyarat bahawa adegan drama
ditamatkan.


Click to View FlipBook Version