The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN
KEWARTAWANAN MUDA
TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norizah Ahmad, 2021-09-22 10:48:08

PIKeBM - BITARA - KEWARTAWANAN MUDA

PERTANDINGAN
KEWARTAWANAN MUDA
TAHUN 2022

2

3

4

KERTAS KONSEP
PROGRAM PELUASAN PIKeBM
BICARA PINTAR (BITARA)

PERTANDINGAN
KEWARTAWANAN MUDA

TAHUN 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

5

PERTANDINGAN KEWARTAWANAN MUDA

1.0 PENDAHULUAN

Kewartawanan ialah penyelidikan dan laporan sesuatu perkara, isu dan
peristiwa kepada orang ramai. Lazimnya, kewartawanan berkaitan dengan hal
penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Orang yang melakukan
tugas ini dipanggil wartawan. Wartawan merupakan satu kerjaya dalam
industri media massa merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan
Internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan
maklumat tentang berita terkini, orang ternama, trend dan isu-isu yang relevan.
Kerja wartawan juga termasuk mengarang, menyunting, menyiar serta
membacakan berita yang disampaikan kepada penonton atau pembaca.
Justeru, pertandingan kewartawanan muda ini dijalankan untuk memberi
peluang kepada orang muda untuk menceritakan kisah mereka di TV, radio,
dalam talian atau di media sosial.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Membina keyakinan diri murid untuk bercakap di khalayak.
2.2 Meluaskan pengetahuan murid tentang isu-isu semasa.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Meningkatkan ilmu pengetahuan wartawan muda dalam bidang

kewartawanan.
2.5 Melengkapkan wartawan muda dengan kemahiran menghidu berita,

mewawancara, mengumpul maklumat dan menyediakan laporan berita
dan rencana
2.6 Memberi peluang kepada wartawan muda saling bertukar pandangan
dan berkongsi pengalaman.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah menengah warganegara
Malaysia sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi
penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Pertandingan ini melibatkan dua kategori sahaja iaitu murid sekolah menengah
iaitu

1. Menengah Rendah - Murid Tingkatan 1 - 3
2. Menengah Atas - Murid Tingkatan 4 - 5

6

4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta
mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

4.1.2 Setiap pasukan hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke
pertandingan di peringkat negeri.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.

4.2.3 Setiap pasukan terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.3.2 Setiap pasukan dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-
masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang
peserta dari sekolah yang sama.

5.2 Peruntukan masa bagi setiap pasukan adalah seperti yang berikut :

5.2.1 BAHAGIAN 1 (5 MINIT) - RAKAMAN VIDEO

Setiap pasukan akan menyampaikan maklumat masing-masing dengan
tema yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih
dahulu.

7

5.2.2 BAHAGIAN 2 (35 MINIT)
- ULASAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Setiap pasukan akan menyampaikan maklumat berdasarkan tema yang
telah ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan secara dalam talian.
Setiap pasukan akan ditempatkan di dalam bilik persediaan yang akan
ditentukan oleh pihak pengelola untuk membuat persediaan selama 30
minit. Seterusnya setiap pasukan akan membuat persembahan ulasan
bahan rangsangan selama 5 minit. Setiap pasukan boleh menggunakan
pelbagai media atau bahan yang sesuai berdasarkan kreativiti masing-
masing sewaktu mengulas idea berdasarkan bahan rangsangan
tersebut.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.3.1 Pertandingan ini dibahagikan kepada dua bahagian :
Bahagian 1 : Rakaman Video
Bahagian 2 : Ulasan berdasarkan bahan rangsangan
(Peringkat Negeri dan Kebangsaan sahaja)

5.3.2 Durasi rakaman video untuk bahagian satu tidak boleh melebihi
5 minit.

5.3.3 Setiap pasukan diperuntukkan masa selama 30 minit untuk
membuat persediaan bagi Bahagian 2 (Ulasan berdasarkan
bahan rangsangan) di dalam bilik persediaan.

5.3.4 Masa yang diperuntukkan untuk setiap pasukan mengulas idea
berdasarkan bahan rangsangan adalah selama 5 minit.

5.3.5 Pengiraan masa bermula sebaik sahaja pasukan memulakan
persembahan.

5.3.6 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa, kebudayaan dan politik atau menyentuh
keperibadian seseorang adalah dilarang sama sekali.

5.3.7 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang.

5.3.8 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

8

5.3.9 Peserta diwajibkan menggunakan pakaian yang sopan,
bertatasusila serta bersesuaian dengan tema.

5.4 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PERTANDINGAN SECARA DALAM
TALIAN

5.4.1 Penyampaian maklumat yang dihantar dan dirakam tidak boleh
menyentuh sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa
yang sensitif kepada mana-mana pihak.

5.4.2 Pemilihan tajuk Bahagian 1 berdasarkan tema yang disediakan.
Setiap pasukan boleh memilih salah satu tema yang disediakan
oleh penganjur.

5.4.3 Rakaman video di bahagian pertama hendaklah dirakamkan
secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan tetapan
16:9 (resolusi 1080P/720P).

5.4.4 Video yang dirakam mestilah asli, belum diterbitkan dan perlu
mempunyai pengajaran.

5.4.5 Video hendaklah merakam sekurang-kurangnya 70% dari tubuh
badan.

5.4.7 Dibenarkan menggunakan muzik atau unsur latar yang tidak
mengganggu penyampaian.

5.4.9 Suntingan rakaman audio dan video dibenarkan berdasarkan
kreativiti masing-masing.

5.4.10 Setiap pasukan hendaklah menghantar borang penyertaan
bersama dengan rakaman video melalui medium dan ketetapan
yang ditentukan oleh pihak pengelola.

5.4.11 Penghantaran rakaman video berdasarkan tarikh yang akan
ditentukan oleh pihak pengelola.

5.4.12 Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup.
Keputusan hakim adalah muktamad.

5.4.13 Johan akan mewakili negeri/JPN ke peringkat kebangsaan.

9

5.4.14 Pasukan yang terpilih mewakili negeri masing-masing akan
bertanding di peringkat kebangsaan dengan menggunakan tema
yang ditetapkan oleh pihak penganjur

5.5 PEMILIHAN TEMA

5.5.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tema
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa.

5.5.2 Peringkat Kebangsaan

5.5.2.1 Tema bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

5.5.2.2 Tema bahagian pertama dan bahagian kedua akan
dimaklumkan kepada pasukan yang mewakili negeri
sebaik sahaja semua keputusan peringkat negeri
diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

5.6 PERATURAN PEMARKAHAN

5.6.1 Pembahagian Markah Bahagian Pertama (Rakaman)

5.6.1.1 Idea (10 markah)
5.6.1.2 Bahasa dan Pertuturan (20 markah)
5.6.1.3 Penyampaian dan Persembahan (40 markah)
5.6.1.4 Kreativiti Multimedia (30 markah)

5.6.2 Pembahagian Markah Bahagian Kedua (Ulasan Bahan)

5.6.2.1 Idea (20 markah)
5.6.2.2 Bahasa dan Pertuturan (40 markah)
5.6.2.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)
5.6.2.4 Kreativiti Multimedia (10 markah)

10

5.7 PEMARKAHAN

5.7.1 Idea

5.7.1.1 Pemilihan idea yang bertepatan dengan tema.
5.7.1.2 Idea yang dihasilkan adalah asli dan autentik
5.7.1.3 Kupasan idea yang disampaikan haruslah lengkap dan

mempunyai kesinambungan bagi menghasilkan wacana
yang menarik.

5.7.2 Bahasa dan Pertuturan

5.7.2.1 Pengucapan yang lancar menggunakan struktur ayat
yang betul dari segi tatabahasa yang sesuai.

5.7.2.2 Pemilihan kosa kata yang tepat, jelas dan sesuai.
5.7.2.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai.
5.7.2.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,

perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai.
5.7.2.5 Memperlihatkan penggunaan laras bahasa yang sesuai.
5.7.2.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis.

5.7.3 Penyampaian dan Persembahan

5.7.3.1 Memperlihatkan penyampaian dan persembahan yang
meyakinkan, menarik dan kreatif.

5.7.3.2 Memperlihatkan penyampaian persembahan yang Berjaya
memaparkan tema dan nilai-nilai murni dengan jelas.

5.7.3.3 Memperlihatkan penggunaan bahasa badan yang mapan dan
meyakinkan.

5.7.3.4 Memperlihatkan persembahan yang seimbang dari segi fokus
terhadap penggunaan multimedia dan ulasan lisan.

5.7.4 Kreativiti Multimedia

5.7.4.1 Penggunaan sebarang bentuk multimedia yang
relevan dan bertepatan dengan idea yang diulas.

5.7.4.2 Kualiti multimedia yang amat baik dan jelas.
5.7.4.3 Keseimbangan penggunaan multimedia yang

bertindak sebagai penambah nilai dan tidak
mengganggu penyampaian persembahan.

11

6.0 PENGHAKIMAN/PENILAIAN
6.1 Peringkat Daerah dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
6.2 Peringkat Negeri dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
6.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk Ketua
Hakim.
6.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
6.5 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.
6.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep KPM.
6.7 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

7.0 HAK MILIK VIDEO
Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana
platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

12

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN KEWARTAWANAN MUDA 2022

A. MAKLUMAT PESERTA : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan
Nama Peserta : Sila lampirkan salinan kad pengenalan
No. Kad Pengenalan : Umur:
Tarikh Lahir : Bangsa:
Jantina :
No. Telefon Bimbit :
E-mel

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/Tingkatan :
:
Tajuk Penyampaian
Maklumat

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA
Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Pengetua/ :
Guru Besar

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

13

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN KEWARTAWANAN MUDA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

BAHAGIAN 1 (RAKAMAN VIDEO)

Sekolah/Negeri: …………………………………………………………………….
Tajuk Rakaman: ……………………………………………………………………..

Perkara Kriteria Penskoran Markah Catatan

Idea Pemilihan idea bertepatan tema, Lemah (1-3)
(10 markah)
kupasan idea yang asli, segar dan Baik (4-6)

berkesinambungan Cemerlang (7- 10)

Bahasa dan Struktur tatabahasa yang betul, sebutan Lemah (1-6)
Pertuturan jelas dan lancar. Pengolahan bahasa Baik (7-14)
(20 markah) yang baik, indah dan gramatis. Laras Cemerlang (15- 20)
bahasa yang sesuai

Penyampaian Penyampaian meyakinkan / Menarik / Lemah (1-13)
dan Kreatif Baik (14-26)
Bahasa badan mapan dan meyakinkan Cemerlang (27- 40)
Persembahan Persembahan seimbang antara ulasan
(40 markah) lisan dan multimedia.

Kreativiti Multimedia relevan, bertepatan dengan Lemah (1-10)
Multimedia idea Baik (11-20)
(30 markah) Kualiti multimedia baik. Cemerlang (21- 30)
Penggunaan multimedia yang
seimbang

JUMLAH 100

14

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN KEWARTAWANAN MUDA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

BAHAGIAN 2 (ULASAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)

Sekolah/Negeri: …………………………………………………………………….
Tajuk Rakaman: ……………………………………………………………………..

Perkara Kriteria Penskoran Markah Catatan

Idea Pemilihan idea bertepatan tema, Lemah (1-6)
(20 markah)
kupasan idea yang asli, segar dan Baik (7-14)

berkesinambungan Cemerlang (15- 20)

Bahasa dan Struktur tatabahasa yang betul, sebutan Lemah (1-13)
Pertuturan jelas dan lancar. Pengolahan bahasa Baik (14-26)
(40 markah) yang baik, indah dan gramatis. Laras Cemerlang (27- 40)
bahasa yang sesuai

Penyampaian Penyampaian meyakinkan / Menarik / Lemah (1-10)
dan Kreatif Baik (11-20)
Cemerlang (21- 30)
Persembahan Bahasa badan mapan dan meyakinkan
(30 markah) Persembahan seimbang antara ulasan
lisan dan multimedia

Kreativiti Multimedia relevan, bertepatan dengan Lemah (1-3)
Multimedia idea Baik (4-6)
(10 markah) Kualiti multimedia baik.
Penggunaan multimedia yang Cemerlang (7- 10)
seimbang

JUMLAH 100

15

BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh semua hakim)

KEWARTAWANAN MUDA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Giliran Markah Bahagian Markah Bahagian Jumlah Kedudukan
kedua (Ulasan
Peserta Pertama berdasarkan
Bahan
(Rakaman) Rangsangan)

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Tandatangan:...................................... Tarikh :...........................
Nama Hakim :.........................................

16

BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)

KEWARTAWANAN MUDA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

KEDUDUKAN PESERTA

Giliran Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Hakim 4 Hakim 5 Agregat/ Keputusan
Peserta Purata Panel Hakim

Tandatangan

17

BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)

KEWARTAWANAN MUDA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA /
JOHAN NEGERI

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

ANUGERAH
WARTAWAN
MUDA TERBAIK

HAKIM PENGESAHAN TANDATANGAN
HAKIM 1 NAMA
HAKIM 2
HAKIM 3
HAKIM 4
HAKIM 5

Disahkan oleh,

..........................................................
()

Nama Ketua Hakim


Click to View FlipBook Version