The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PDF (3)Teknik Adobe Photoshop CS6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pustakakkps, 2021-06-16 19:01:54

Teknik Adobe Photoshop CS6

PDF (3)Teknik Adobe Photoshop CS6

ADOBE PHOTOSHOP CS6

FARAH WAHEDA BINTI OTHMAN
NORAZILA BINTI HASHIM

NUR EFFATUL FAIRUZ BINTI ZAINAL APANDI

Kolej Komuniti Pasir Salak

ADOBE PHOTOSHOP CS6

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Pasir Salak, Kampung
Gajah, Perak. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

eISBN 978-967-16652-2-0

Diterbit oleh :

Kolej Komuniti Pasir Salak
Jalan Lebuh Paduka
Changkat Lada
36800 Kampung Gajah, Perak
Malaysia

Tel : 05-655 2300
Faks : 05-655 2800
Laman Web : http://kkpasirsalak.jpkk.edu.my/

ADOBE PHOTOSHOP CS6

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP 4

2.0 PAPARAN ANTARAMUKA DAN PALET ADOBE 6
PHOTOSHOP CS6

3.0 TEKNIK MEMOTONG GAMBAR (CROPPING) – PEN 21
TOOL

4.0 TEKNIK MEMOTONG GAMBAR (CROPPING) – SELECTION 23
TOOL

5.0 TEKNIK MENUKAR GAMBAR WARNA MENJADI HITAM PUTIH 25

6.0 TEKNIK FOKUS MELALUI KAEDAH MENUKAR WARNA 26

7.0 TEKNIK FOKUS MELALUI KAEDAH BLUR 28

8.0 TEKNIK VIGNETTE PADA GAMBAR 31
9.0 TEKNIK CLIPPING MASK PADA GAMBAR 32

10.0 TEKNIK MEMBINA POSTER MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP 35
BONUS
46
11.0 TEKNIK MEMBINA BANNER LAMAN WEB 52
12.0 TEKNIK MEMBINA ANIMATION SLIDER LAMAN WEB

ADOBE PHOTOSHOP CS6

1.0 PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi
Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan
kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam:

Penerbitan Bercetak
i. Buku
ii. Majalah
iii. Poster

iv. Banner

Penerbitan Digital
i. Persembahan Multimedia
ii. Rekabentuk Laman Web
iii. Kiosk

Adobe Photoshop CS6 merupakan salah satu aplikasi pengeditan imej berasaskan raster/ bitmap yang
terdapat di pasaran pada masa kini. Ia digunakan secara meluas dalam bahagian grafik digital seperti olahan
foto, web dan juga video.

Adobe Photoshop CS6 juga mampu membantu anda menghasilkan manipulasi yang kompleks ke atas
sesuatu imej digital tetapi masih mengekalkan kualiti akhir pada tahap tinggi.

PERNERBITAN BERCETAK PERNERBITAN DIGITAL

ADOBE PHOTOSHOP CS6

Keperluan Sistem Komputer untuk menggunakan Adobe Photoshop CS6:

Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon® 64 processor
Microsoft® 7Windows® XP with Service Pack 3 or
Microsoft Windows 7 with Service Pack 1.
Adobe® Creative Suite® 5.5 and CS6 applications
also support Windows 8 and Windows 8.1
1 GB of RAM
1 GB of available hard-disk space for installation
1024 x 768 display (1280 x 800 recommended)
with 16-bit color and 512 MB
DVD-ROM drive

Multicore Intel processor with 64-bit support
Mac OS X v10.6.8 or v10.7. Adobe Creative Suite 3,
4, 5, CS5.5, and CS6 applications support Mac OS
X v10.8 or v10.9 when installed on Intel-based
systems.**
1 GB of RAM
2 GB of available hard-disk space for installation
1024 x 768 display (1280 x 800 recommended)
with 16-bit color and 512 MB
DVD-ROM drive

Maklumat lengkap mengenai aplikasi ini boleh didapati di laman web Adobe (http://www.adobe.com)

ADOBE PHOTOSHOP CS6

2.0 PAPARAN ANTARA MUKA DAN PALET ADOBE PHOTOSHOP CS6

Menu Bar Option/Properties Bar

Rajah 1:Antara Muka Adobe Photoshop CS6

Tools Palette Drawing Area Others Palette

Tools Palette di dalam Adobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai
pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi setiap
ikon yang disediakan di dalam Tools Palette Adobe Photoshop CS6.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

Tools Palette Adobe Photoshop CS6

1. Marquee Tool

Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej.
Terdapat 4 jenis marquee iaitu:

 Rectangular Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat

 Elliptical Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat

 Single Row Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris

 Single Column Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara lajur

ADOBE PHOTOSHOP CS6

2. Move Tool

Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi asal ke
lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan, maka imej
tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool.

3. Lasso Tool

Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus atau
sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya.
Terbahagi kepada 3 iaitu:

 Lasso Tool
Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara lakaran tangan dengan
menggunakan tetikus

 Polygonal Lasso Tool
Membina kawasan pilihan dengan cara mencantumkan titik-titik. Terhad
kepada bentuk polygon

 Magnetic Lasso Tool
Membina kawasan pilihan dengan melalukan pointer tetikus kepada kawasan
yang hendak dipilih. Kawasan tersebut akan dipilih secara automatik.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

4. Quick Selection Tool

Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan atau
hampir sama pada sesebuah imej.
Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar
pilihan bagi ikon Magic Wand.
Tetapan tolerance yang rendah akan menghadkan pilihan warna manakala yang tinggi akan
memilih julat piksel yang lebih luas.

5. Crop Tool

Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej.
Ada dua jenis Crop Tool yang boleh digunakan iaitu Crop Tool dan Perspective Crop Tool. Crop
Tool untuk memotong secara persegi dan sejajar, sedangkan Perspective Crop Tool boleh
disesuaikan sudutnya, tidak semestinya 90 darjah.

 Slice Tool
Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini
biasanya dilakukan untuk kegunaan rekabentuk laman web. Imej- imej kecil ini akan
disimpan kepada beberapa fail imej yang berlainan.

 Slice Select Tool
Digunakan untuk mengubah saiz potongan setiap imej tadi.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

6. Eyedropper Tool

 Eyedropper Tool
Berfungsi untuk mendapatkan warna yang tepat dari kawasan imej yang diklik. Warna
yang dipilih akan dipaparkan pada warna latar hadapan toolbox.

 Color Sampler Tool
Digunakan untuk mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna
RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info.

 Ruler Tool
Digunakan untuk mengukur jarak diantara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang
diubahsuai.

 Note Tool
Digunakan untuk membuat catatan pada gambar.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

7. Healing Brush/Patch Tool

 Spot Healing Brush
Berfungsi untuk menghilangkan bahagian tertentu dari gambar dengan cara
menyesuaikan warnanya dengan sekitarnya.

 Healing Brush Tool
Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Kita menggunakan
fungsi ini untuk mewarna sample piksel daripada imej. Fungsi ini juga membolehkan
penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-bayang.

 Patch Tool
Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu kawasan yang telah dipilih dengan
menggantikan kawasan tersebut dengan piksel daripada kawasan lain.

 Content Aware Move Tool
Berrfungsi untuk memindahkan objek ke bahagian lain dan secara automatik menyesuaikan
kawasan tersebut dengan objek di sekitarnya.

 Red Eye Tool
Digunakan untuk menghapuskan warna merah pada mata akibat pantulan cahaya.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

8. Brush Tool

 Brush Tool
Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis atau
mewarnakan sesuatu objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan (foreground).

 Pencil Tool
Berfungsi seperti pensil biasa dan digunakan untuk menulis, melakar dan melukis sesuatu
objek atau gambarajah.

 Color Replacement Tool
Digunakan untuk menukarkan warna bahagian tertentu pada imej kepada warna yang
dikehendaki.

 Mixer Brush Tool
Digunakan untuk membuat sapuan pada gambar yang mengikuti warna gambar dan pola
calar berus jadi seakan-akan kita sedang menggoreskan berus pada lukisan yang masih
basah.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

9. Clone Stamp/ Paterrn Stamp Tool

 Clone Stamp Tool
Berfungsi untuk menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Alt + Klik pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan pada bahagian yang
dikehendaki sepertimana penggunaan Paintbrush

 Pattern Stamp Tool
Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej. Selepas
corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki.

10. History Brush / Art History Brush Tool

 History Brush Tool
Berfungsi untuk mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau diconteng
oleh tool-tool lain, contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.

 Art History Brush Tool
Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan History Brush Tool, bezanya ia
mengembalikan kawasan imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistic
berdasarkan ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

11. Erase Tool

Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej.
Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:

 Eraser Tool
Digunakan sebagai pemadam biasa.

 Background Eraser Tool
Memadamkan warna latar belakang sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel imej
berdasarkan penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan.

 Magic Eraser Tool
Memadamkan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama.

12. Gradient / Paint Bucket Tool

Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.
 Gradient Tool
Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk
mewarnakan objek secara lorekan warna seperti ton warna dalam bentuk linear
atau garis lurus.
Digunakan untuk mewarnakan sesuatu pilihan ataupun objek secara terus, tanpa
lorekan ton warna.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

13. Blur Tool

 Blur Tool
Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej mengikut
kreativiti pengguna.
Contoh penggunaan adalah mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej agar kelihatan
lebih realistik.

 Sharpen Tool
Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-bahagian pada imej yang kabur

 Smudge Tool
Memberikan kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah kepada
imej pengguna.

14. Dodge/ Burn/ Sponge Tool

 Dodge Tool
Digunakan untuk mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej mengikut kreativiti
pengguna seolah-olah seperti memberikan kesan pengcahayaan pada bahagian tersebut.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

 Burn Tool
Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan bahagian-bahagian yang dikehendaki oleh
pengguna, seakan-akan memberikan kesan bebayang pada bahagian tersebut.

 Sponge Tool
Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej.

15. Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu imej atau
gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path) yang bersambungan.
Titik-titik ini dikenali sebagai Anchor Point.

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu:
 Pen Tool

Menghasilkan path secara klik titik demi titik
 Freeform Pen Tool

Menghasilkan path dengan cara melakar dengan menggunakan tetikus
 Add Anchor Point Tool

Menambah anchor point baru pada path
 Delete Anchor Point Tool

Membuang anchor point sedia ada pada path
 Convert Point Tool

Menukarkan bentuk yang berlengkuk kepada bentuk polygon dengan mengklik mana-
mana anchor point.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

16. Type Tool

Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna. Ia terbahagi kepada
4 jenis iaitu:

 Horizontal Type Tool
Memasukkan teks dalam kedudukan melintang

 Vertical Type Tool
Memasukkan teks dalam kedudukan menegak

 Horizontal Type Mask Tool
Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang

 Vertical Type Mask Tool

17. Path Selection Tool/
Direct Selection Tool

 Path Selection Tool
Digunakan untuk memilih semua anchor point (sila rujuk pada bahagian Pen Tool) pada
sesuatu Shape yang telah dihasilkan.

 1.DirSehcat pSeelTeoctoioln Tool
Untuk memilih sesetengah anchor point pada suatu shape, Direct Selection Tool boleh
digunakan dengan cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

18. Shape Tool

Shape Tool membolehkan imej vektor dilukis di dalam Photoshop. Imej-imej vektor ini
didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut jenis-jenis Shape Tool:

 Rectangle Tool
Menghasilkan imej berbentuk segiempat

 Rounded Rectangle Tool
Menghasilkan imej berbentuk segiempat dengan sisi yang dibulatkan

 Ellipse Tool
Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.

 Polygon Tool
Menghasilkan imej poligon. Bilangan sisi poligon boleh diubah pada bar
pilihan untuk Polygon Tool.

 Line Tool
Menghasilkan garisan

 Custom Shape Tool
Menghasilkan imej vektor daripada bentuk-bentuk yang telah disediakan.
Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada bar pilihan.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

19. Hand Tool

 Hand Tool
Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang
diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhannya.

 Rotate View Tool
Digunakan untuk memaparkan tetingkap imej secara keseluruhan.

20. Zoom Tool

Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang
diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara
keseluruhannya.
Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin komputer. Paparan imej juga dapat
dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + klik tetikus. (Paparan kecil atau besar imej
hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).

ADOBE PHOTOSHOP CS6

21. Set Foreground/ Background Color Tool

Warna Latar Belakang
Warna Latar Hadapan
Warna latar hadapan adalah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis, objek
dan sebagainya.
Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru apabila
pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.
Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan) dan warna latar belakang
(diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara mengklik salah satu
kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color Picker. Untuk kembali kepada
warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih)boleh dilakukan dengan
mengklik kekotak kecil di sudut kiri bawah ikon. Sekiranya pengguna ingin menukar warna di
antara latar hadapan dan latar belakang, pengguna perlu klik simbol anak panah pada ikon.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

3.0 TEKNIK MEMOTONG GAMBAR ( CROPPING ) – PEN TOOL

1. Buka fail penguin.jpg
2. Buat pilihan pada gambar dengan menggunakan Pen Tool

3. Klik kanan pada gambar dan pilih Make Selection

ADOBE PHOTOSHOP CS6

4. Tetapkan Feather Radius kepada : 2 pixels

5. Buka fail pantai.jpg
6. Dengan menggunakan Move Tool, tarik gambar penguin.jpg ke gambar pantai.jpg
7. Besar atau kecilkan saiz gambar mengikut kesesuaian

8. Simpan fail gambar dengan menggunakan CRTL + S atau gunakan Save As > pilih format jika
ingin menukar format fail gambar.

9.

Guna kan CTRL + T untuk mengubah saiz gambar. Tekan Enter setelah selesai

ADOBE PHOTOSHOP CS6

4.0 TEKNIK MEMOTONG GAMBAR(CROPPING) – SELECTION TOOL

1. Buka fail penguin. jpg
2. Buat pilihan pada gambar penguin.jpg dengan menggunakan Quick Selection Tool

3. Gunakan Tools seperti di bawah untuk menambah atau mengurangkan selection.
4. Klik pada butang Refine Edge di Menu Properties

Gunakan CTRL + D jika ingin membatalkan selection

ADOBE PHOTOSHOP CS6

5. Tetapkan nilai Radius keada : 2 pixels

6. Dengan menggunakan Move Tool, tarik gambar penguin.jpg ke gambar pantai.jpg
7. Besar atau kecilkan saiz gambar mengikut kesesuaian

8. Simpan fail gambar dengan menggunakan CRTL + S atau gunakan Save As > pilih format jika
ingin menukar format fail gambar.

9.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

5.0 TEKNIK MENUKAR GAMBAR WARNA MENJADI HITAM PUTIH

1. Buka fail klcc.jpg
2. Pilih menu Image > Adjustment > Black & White

0

ADOBE PHOTOSHOP CS6

6.0 TEKNIK FOKUS MELALUI KAEDAH MENUKAR WARNA

1. Buka fail apples.jpg
2. Buat selection pada image dengan menggunakan Selection Tools

3. Pilih menu Image > Adjustment > Hue / Saturation
4. Tarik Slider Hue kepada 50

ADOBE PHOTOSHOP CS6

5. Klik OK

Anda juga boleh memilih gambar di belakang selection jika ingin mengubah kawasan
selection dengan hanya kilk pada menu Select > Inverse

ADOBE PHOTOSHOP CS6

7.0 TEKNIK FOKUS MELALUI KAEDAH BLUR

1. Buka fail grass. jpg
2. Tekan CTRL + J untuk membuat salinan Layer 1 seperti di bawah :

CTRL + J

3. Pilih Menu Filter > Blur > Gaussian Blur
4. Tetapkan nilai Radius :6

5. Tekan OK

ADOBE PHOTOSHOP CS6
6. Buat Selection pada imej dengan menggunakan Magnetic Lasso Tool.

8. Klik pada Refine Edge dan buat ketetapan pada Radius dan Feather seperti berikut:

ADOBE PHOTOSHOP CS6

10. Tekan Backspace pada keyboard.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

8.0 TEKNIK VIGNETTE PADA GAMBAR

1. Buka fail outdoor.jpg
2. Klik pada ikon New Layer

3. Fill Layer 1 dengan warna hitam dengan menggunakan Paint Bucket Tool.
4. Tetapkan Feather kepada 20px
5. Buat Selection pada imej dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool.
6. Tekan Backspace pada keyboard.

0

7. Tambahkan teks pada imej dengan klik pada Horizontal Type Tool.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

9.0 TEKNIK CLIPPING MASK PADA GAMBAR

1. Buka fail tower.jpg
2. Klik kanan pada layer Background dan klik Duplicate Layer.

Klik Kanan

3. Klik pada layer Background dan jadikan sebagai imej hitam putih.
4. Klik pada Rectangle Tool. Tetapkan warna Putih.
5. Drag shape pada imej sehingga mendapat bentuk seperti dibawah:

6. Klik Layer “Background Copy” dan pilih pada Menu Layer > Create Clipping Mask. Atau tekan
Alt+Ctrl+G pada keyboard.

7. Pilih layer “Rectangle 1” klik Add a Layer Style > Stroke

ADOBE PHOTOSHOP CS6

8. Tetapkan seperti berikut:
Size : 8 px
Position : Inside
Color : White

9. Tekan CTRL + T untuk mengubah posisi imej.
10. Buka fail hand.jpg
11. Klik pada Quick Selection Tool dan drag untuk memindahkan imej tangan ke kanvas sebelah.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

12. Pilih Layer 1 dan klik pada Add Vector Mask.

13. Klik pada Brush Tool dan padam tangan yang berlebihan untuk menjadikan imej lebih realistik.
Pastikan Foreground Color Hitam dan Background Color adalah Putih.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

10.0 MEMBINA POSTER MENGGUNAKAN ADOBE
PHOTOSHOP

1. Bina dokumen baru - File -> New.
2. Isikan maklumat berikut:

Name: Poster
Preset: Custom
Width: 8.3 Inches
Height: 11.7 Inches
Resolution: 72 Pixels/Inches

Name Preset Width Height Resolution

.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

3. Warnakan kanvas dengan Gradient Tool

4. Pilih Warna Foreground dan Background.

ADOBE PHOTOSHOP CS6
5. Buka fail filmstrip.jpg
6. Buat selection menggunakan Quick Selection Tool. Tarik gambar tersebut ke dalam kanvas
7. Selaraskan saiz gambar tersebut dengan menekan CTRL + T di papan kekunci

8. Buka fail dslr.jpg
9. Buat selection menggunakan Quick Selection Tool. Tarik gambar tersebut ke dalam kanvas.

ADOBE PHOTOSHOP CS6
10. Buka fail leaf.jpg
11. Buat selection menggunakan Quick Selection Tool. Tarik gambar tersebut ke dalam kanvas

:
12. Kurangkan nilai Opacity kepada 50% untuk membuat transparency pada gambar.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

13. Ulang langkah 11 dan 12 untuk memenuhi kanvas

14. Klik pada Horizontol Type Tool dan taipkan teks seperti dibawah:

15. Pilih warna dan font yang dikehendaki.

ADOBE PHOTOSHOP CS6
16. Buka fail lens.
17. Tarik gambar tersebut ke dalam kanvas
18. Klik kanan pada Layer lens. Klik pada Duplicate Layer untuk mendapatkan lens yang sama.

Ulang langkah 2 kali untuk mendapatkan 3 lens.

19. Ubah kedudukan lens ke kiri dan ke kanan dengan menggunakan Move Tool.
20. Kecilkan sedikit saiz lens dengan menekan CRTL + T pada keyboard. Tekan Enter setelah

mendapat saiz yang sesuai.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

21. Buka Perak.png
22. Tarik gambar tersebut ke dalam kanvas

23. Cipta New Layer
.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

24. Klik pada Brush Tool. Tukarkan warna Foreground kepada Biru.
25. Pilih berus saiz 50 dan tukar jenis berus seperti berikut:

26. Lorekkan ke kanvas. Klik kanan pada layer tersebut dan pilih Drop Shadow untuk memberikan
kesan bayang-bayang.

ADOBE PHOTOSHOP CS6
27. Masukan teks sepeti berikut dan pilih Drop Shadow seperti langkah 26 untuk tulisan lebih jelas.

ADOBE PHOTOSHOP CS6

28. Poster Siap.

Gunakan layer untuk mengubah susunan atas dan bawah gambar. Layer yang
teratas adalah untuk gambar tindihan yang teratas dan seterusnya. Seperti konsep
Bring to Front yang digunakan dalam Microsoft Office

ADOBE PHOTOSHOP CS6

ADOBE PHOTOSHOP CS6

11.0 TEKNIK MEMBINA BANNER LAMAN WEB

1. Buka Adobe Photoshop CS6
2. Klik File > New
3. Tetapkan Nilai width : 1000px dan height: 400px

Name
Preset
Width
Height

4. Buka fail woodtexture.jpg
5. Tarik imej masuk ke kanvas
6. Tekan CTRL + T + Shift dan tarik imej sehingga memenuhi kanvas. Tekan Enter setelah

selesai.

7. Klik pada Line Tool dan pilih ketetapan warna dan ketebalan garisan seperti berikut:

ADOBE PHOTOSHOP CS6

8. Lukis garisan seperti berikut di dalam kanvas

9. Buka gambar coffee1.jpg, coffee2.jpg dan coffee3.jpg Tarik imej ke dalam kanvas.

10. Klik pada Horizontal Type Tool (T) dan taipkan teks seperti berikut:

11. Anda boleh mengubah format teks dengan membuat pilihan di Option Bar

ADOBE PHOTOSHOP CS6

12. Masukkan teks yang seterusnya. Klik pada Create Warped Text untuk membentuk
lengkuk pada teks.

13. Klik OK.
14. Ulang langkah 12 dengan memasukkan teks yang lain.

ADOBE PHOTOSHOP CS6
15. Masukkan teks dan imej leaf2.png seperti berikut:

ADOBE PHOTOSHOP CS6

16. Masukkan imej banner.png ke dalam kanvas

17. Masukkan teks seperti berikut:
18. Akhir sekali masukkan gambar coffeenbeans.png ke dalam kanvas


Click to View FlipBook Version