The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pustakakkps, 2021-06-15 03:53:12

Depresi bukan gila

Depresi bukan gila

NURSYAFIQAH ROSLAN

2021
Kota Kinabalu, Sabah

(Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

NURSYAFIQAH

PUBLICATION

Nursyafiqah Publication,
Jalan Pantai Lok Kawi, 89600 Papar,

Sabah, Malaysia.
Tel: (+60) 139909255

©Nursyafiqah binti Roslan, 2021
Cetakan Pertama, 2021

Hak Cipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara
sekali pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit.

Nursyafiqah binti Roslan
ZINE: Depresi Bukan Gila

Pengarah Penerbitan : Nursyafiqah Roslan

Editor/Penulis : Nursyafiqah Roslan

Ilustrasi : Nursyafiqah Roslan

Kulit Buku : Nursyafiqah Roslan

Isi Kandungan

10 CATATAN JIWA 1
4
Depression Is Real 5
8
Depresi adalah Penyakit 11
Depresi dan Bunuh Diri 13
Depresi dan Stigma Masyarakat 15
Tolong! 17
Penyakit Mental: Berhenti Kecam! 19
Sakit Mental atau Gila? 21
Depression: Kau Nak Perhatian Je Kan?
Beza Masalah Kesihatan Mental dan Penyakit Mental
Mental Illness: Where to seek help?

10 PUISI DARI HATI 25
26
Bukan Gila 27
Lelah dalam Kepalsuan 28
Realiti Membunuh Hati 29
Teguh Rindu 30
Cerita Untuk Tuhan 31
Catatan Bahu Kiri 32
Hanya Satu Hati 33
Semalam Yang Padam 34
Surat Untuk Hati
Depresi Bukan Gila

Biodata Penulis

Dari Tinta

Penulis

S yukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas

nikmat dan izin-Nya sehingga terhasilnya zine
“Depresi Bukan Gila” ini. Zine ini merupakan
hasil garapan saya sejak enam bulan yang lalu dan
kini diterbitkan untuk bacaan dan penghayatan
masyarakat. Setiap tulisan yang dinoktahkan dalam
zine ini mengalir dari jiwa dan hati saya sendiri
selaku salah seorang pejuang penyakit mental.
Semoga dengan terhasilnya zine ini, apa yang cuba
dikongsikan akan sampai dan melekat di hati setiap
insan. Insya-Allah, dengan izin Yang Maha Esa.

“JUJUR
mengakui kejahatan

adalah lebih baik
berbanding BOHONG

mengakui kebaikan.”

10
JIWACatatan

Depresi Bukan Gila: Depression Is Real

DEPRESSION IS REAL

DEPRESSION atau kemurungan; adalah penyakit. Ia bukan gurauan
atau permainan untuk sengaja mendapatkan perhatian. Ya; tak semua
orang mampu faham erti kemurungan. Ia tak sama macam penyakit
barah atau kemalangan yang darahnya; lukanya; kecederaannya boleh
dilihat dengan mata kasar. Kemurungan tidak zahir pada pandangan,
tapi ia penyakit yang paling menyeksakan - dan hanya mereka yang
pernah mengalaminya akan faham.
Ringkasnya; kemurungan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira usia, agama atau bangsa. Salah satu faktor penyebabnya
adalah akibat kecelaruan imbangan bahan kimia dalam badan seperti
serotonin, dopamine, epinephrine dan norepinephrine. Bahkan, faktor
persekitaran seperti masalah peribadi, masalah keluarga, trauma kanak-
kanak, kemiskinan, sosio-ekonomi, keruntuhan hubungan, patah hati,
penceraian, kehilangan insan tersayang dan menghidap penyakit kronik
juga mampu menjadi penyumbang kepada kemurungan.

1

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Kemurungan; tak semua orang akan faham. Jadi, tak semua orang
mampu untuk membantu. Kadang kita rasa kita boleh bantu seseorang
untuk keluar dari gelanggang kemurungan tersebut. Tapi sebenarnya
TIDAK. Kemurungan adalah penyakit yang memerlukan rawatan khusus
dari hospital atau klinik kesihatan. Ya; kemurungan boleh dirawat. Ada
pelbagai kaedah rawatan termasuklah psikoterapi, medikasi dan
electroconvulsive therapy. Selalunya rawatan awal akan bermula dengan
berjumpa kaunselor yang berdaftar.

Ya; bercakaplah dengan orang yang tepat. Orang yang mampu faham
keadaan penghidap kemurungan. Sebenarnya, ada beberapa hal yang
tidak patut diperkatakan kepada pesakit depression ini. Antara stigma
masyarakat terhadap pesakit depression yang perlu DIHENTIKAN
adalah;

1. Depression bukan sebab lemah iman. Jadi, berhenti mengaitkan
depression dengan tahap keimanan seseorang. Depression boleh dialami
oleh sesiapa sahaja. Penyakit adalah penyakit.

2. Depression bukan sebab mengada-ngada atau menagih perhatian.
Jadi berhenti menuduh pesakit kemurungan sengaja mereka-reka cerita
untuk mendapatkan perhatian. Kalau tak mampu membantu, jangan
pula menambah beban di kepala pesakit.

3. Depression bukan masalah biasa yang boleh disembuhkan hanya
dengan meminta pesakit "BERSABAR". Seorang penghidap depression,
dia takkan mampu untuk fikir positif. Jadi berhenti memaksa mereka
untuk bersabar. Bantu mereka dengan memberikan suntikan semangat,
motivasi dan jika perlu, peluklah tanpa berkata apa-apa.

4. Depression bukan sebab tak sembahyang atau tak ingat Tuhan. (baca
point pertama). Depression adalah penyakit. Ahli agamawan, ustaz dan
ustazah pun boleh menghidap depression. Jadi hentikan stigma yang
mengaitkan depression dengan sembahyang dan ketuhanan. Kita tak
pernah tahu betapa susahnya seorang penghidap depression itu
menjaga solatnya tapi akhirnya dia diuji dengan penyakit itu sebab
Allah SWT sayangkan dia. Allah SWT nak uji sebab sayang. Jadi kita
yang sihat, bagilah sokongan dan bukan jadi Tuhan mempertikaikan
tahap keimanan seseorang.

2

Depresi Bukan Gila: Depression Is Real

5. Depression bukan sebab overthinking. Kadang orang selalu kata,
pesakit depression ni terlalu manja, terlalu banyak fikir sampai asyik
sedih dan susah hati sepanjang hari. Sekali lagi, depression bukan sebab
itu. Depression ni kita dah tak boleh kawal sangat emosi dalam diri kita.
Tapi masih boleh lawan. Jadi sebagai pendengar, cukup bagi semangat
dan jadilah pendengar yang baik. Tak perlu mempersoalkan kenapa
seseorang tu jadi depress. Kita takkan faham sebab bukan kita yang
mengalami penyakit itu.

Ringkasnya; jika rasa tak mampu bantu, tak perlu bantu. Kadangkala
bantuan kita tu bukannya membantu, tapi merumitkan lagi keadaan
pesakit kemurungan apabila perkataan yang keluar dari mulut kita tu
terlalu kasar, terlalu bersifat kerohanian dan terlalu memperlekehkan
penyakit seseorang.

Kesimpulannya; depression is real. Kalau tak mampu faham, cukup
doakan mereka. Semoga yang sedang dan pernah mengalami penyakit
kemurungan ini segera diberikan kesembuhan, dipermudahkan urusan
rawatan mereka dan akhirnya sembuh dari penyakit kemurungan
tersebut. Sesungguhnya tidak ada penyakit yang tidak boleh dirawat
dengan izin Allah SWT.

Insya-Allah. Sama-sama doa.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
27 Disember 2020,
Sabah, Malaysia.

3

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

DEPRESI ADALAH PENYAKIT

Ya; penyakit. Tapi banyak yang enggan memahaminya. Mungkin lebih
mudah memberitahu “tangan saya terluka”, berbanding memberitahu
“jiwa saya terluka”. Ya; benar. Hanya yang menghidapinya akan faham.

Cuma; untuk kesekian kalinya. Fahamilah ungkapan yang betul untuk
dikatakan kepada penghidap depresi ini. Mereka sakit, bukan sebab
lemah iman. Mereka sakit kerana penyakit; kerana Allah SWT sayang
dan mahu uji mereka. Kita cuba faham, bukan membahan.

Hakikatnya; kita duduk dalam dunia yang penuh cabaran. Manusia
mahu jadi Tuhan. Bila dengar orang depression, terus tuduh lemah iman,
tak sembahyang. Suka mempertikai sakit orang. Tapi tak cuba faham.
Itu hakikat pahit yang perlu ditelan. Kita tak hidup dalam lingkaran yang
indah-indah belaka, tapi penuh duri kejahatan.

Ilmu; ya ilmu. Masyarakat kurang ilmu untuk memahami apa itu
depression atau penyakit kemurungan. Mereka enggan faham, enggan
menerima. Kosong pengetahuan tentang penyakit kemurungan dan
lebih suka mengadili orang, dari menelaah buku pelajaran. Akhirnya;
menjadi Tuhan yang menghukum orang. Itulah realiti hidup sekarang.

Ada beberapa hal yang perlu kita cakna tentang hidup ini. Jika tak
mampu faham, tak mampu merasa dan menyembuhkan; cukuplah hadir
mendoakan. Ungkapkan kata-kata yang baik; biar
tidak keruh keadaan dan saling mendoakan.
Kita takkan rasa apa yang orang lain rasa,
sebab kita bukan duduk dalam badan
yang sama. Cukup faham dan doakan.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
05 Januari 2021,
Sabah, Malaysia.

4

Depresi Bukan Gila: Depresi dan Bunuh Diri

DEPRESI DAN BUNUH DIRI

Percayalah; bunuh diri TIDAK BERLAKU kepada mereka yang SIHAT
dari segi MENTAL. Sebaliknya, bunuh diri adalah keputusan terberat
dan paling akhir yang sempat difikirkan oleh mereka yang sebenarnya
memerlukan bantuan mental. Ya; bunuh diri dan depresi memiliki kaitan
yang amat rapat.
Ketika masyarakat mendengar berita kematian yang berpunca dari
tindakan bunuh diri, ada tiga (3) bentuk komentar yang akan dituliskan
kepada si mati. Pertama; menyalahkan si mati atas tindakannya yang
dianggap bodoh dan lemah iman. Kedua; cuba memahami keadaan si
mati dan sebab-sebab yang membawanya kepada keputusan untuk
membunuh diri. Ketiga; mendoakan tanpa perlu mempertikaikan apa-
apa lagi kerana yang pergi tetap pergi.
Hal yang paling menyedihkan; bila mana lebih banyak yang memilih
untuk meletakkan komentar pertama; iaitu menyalahkan si mati. Setiap
kali terpampang berita bunuh diri, pasti beribu-ribu kutukan, hinaan,
cacian dilontarkan kepada si mati. Padahal, masyarakat itu sendiri belum
pernah mengenali diri si mati; bahkan tidak tahu sebab-sebab atas
tindakannya itu. Masyarakat lebih mudah menyalahkan, berbanding
memahami dan mendoakan. Itu realiti hidup yang terpaksa kita telan.
Manusia; tak semuanya baik-baik belaka.

5

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Tapi; untuk mereka yang pernah merasai bagaimana peritnya penyakit
kemurungan (depresi) ini, mereka akan faham kenapa seseorang itu
bertindak untuk bunuh diri. Ia jalan terakhir dan untuk melakukannya;
bukanlah semudah memetik jari. Kebiasaannya, seseorang yang berniat
untuk membunuh diri akan merancang kematiannya itu dan ia tidak
dilakukan dengan tergesa-gesa. Bila mana kita mendengar niat
seseorang untuk membunuh diri; percayalah - ia hanyalah niat yang
sebenarnya TIDAK INGIN DILAKUKAN sama sekali.

Ya; seseorang yang depresi itu mungkin akan menyatakan niatnya
untuk membunuh diri. Tapi percayalah, dalam hatinya menjerit TIDAK.
Dia masih mahukan bantuan; masih menginginkan seseorang untuk
mendengar, memujuk dan memberikannya semangat untuk terus hidup.
Maka, ketika kita mendengar ahli keluarga, rakan atau jiran yang tiba-
tiba berniat untuk membunuh diri; cuba elakkan (3K) iaitu ketawa, kutuk
dan keji. Tapi cubalah untuk duduk di sebelahnya, mendengar dan
faham apa yang cuba diluahkan. Jika tak mampu melakukan apa-apa,
cukup peluk dan tenangkan dia. Buat dia rasa dihargai, disayangi. Bukan
ketawa dan mempersendakan niatnya itu.

Ingat; manusia yang sihat dari segi mental TIDAK AKAN berfikir untuk
membunuh diri. Saya percaya, mereka yang telah meninggal dunia
akibat bunuh diri pasti memiliki sejarah atau trauma hidup yang sangat
berat; sehingga memaksa mereka untuk menoktahkan nyawa. Paling
penting, mereka ini golongan yang memerlukan sokongan MENTAL
yang kuat dari orang sekeliling. Ingat sekali lagi; depresi adalah penyakit
dan memerlukan rawatan khusus. Depresi atau bunuh diri; tidak ada
kaitan dengan masalah lemah iman. Penyakit tetap penyakit. Kita cuba
faham bukan membahan. Kita cuba kaji bukan keji.

Mereka yang tidak pernah merasai bagaimana sakitnya depresi, tidak
akan mengerti bagaimana seksanya penyakit ini - dan mereka inilah
golongan yang akan mentertawakan berita-berita bunuh diri yang
terpampang di akhbar dan media. Sebab apa? Sebab mereka tidak rasa
apa yang pesakit-pesakit mental rasa. Ringkasnya; kita tak duduk dalam
badan yang sama. Hanya yang sakit akan faham kesakitannya. Cuma
saya tidak bersetuju dengan tindakan memperlekehkan penyakit orang
ini. Tunggulah sampai terkena dekat badan sendiri, baru merintih.

6

Depresi Bukan Gila: Depresi dan Bunuh Diri

Untuk yang telah pergi akibat bunuh diri, kita doakan saja yang baik-
baik untuk mereka. Tak perlu menggantikan kerja Tuhan untuk
menghukum dosa orang; kerana dosa kita sendiri pun tidak nampak
dek mata, tidak rasa dek lidah. Kematian ini, semua kita akan
merasainya. Cuma bila dan bagaimana; Tuhan menentukan segalanya.
Jadi selama hidup di bumi Tuhan, jadilah versi diri kita yang terbaik;
yang mampu memberikan kebaikan untuk orang sekeliling. Ya; jika tak
mampu menjadi matahari yang menerangi seisi dunia; cukuplah
menjadi lentera yang menerangi sekitar kita.
Insya-Allah.
Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
10 Januari 2021,
Sabah, Malaysia.

7

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

DEPRESI DAN
STIGMA MASYARAKAT

Kata-kata bagaikan pedang tertajam yang mampu membunuh tanpa
menyentuh kita. Ia ibarat peluru yang akan merobek jiwa kita hingga
mati tak berdarah. Ya; demikianlah tajamnya kata-kata yang keluar dari
bibir manusia.

“Orang senang melontar kata, tanpa mahu memahami
keadaan atau sakit seseorang.”

Depresi; bila menyebut tentangnya - orang biasa akan menganggap
orang depresi ini inginkan perhatian, lemah iman, kurang pedoman dan
macam-macam lagi andaian. Bahkan, ada yang sampai menjadikan
depresi ini sebagai bahan gurauan. Bila sedih sedikit, terus mengaku diri
sedang depresi; padahal hanya sedih biasa. Sedangkan nama "depresi"
itu sendiri membawa maksud kepada sebuah penyakit gangguan jiwa
atau mental yang disebut sebagai Major Depressive Disorder (MDD).

8

Depresi Bukan Gila: Depresi dan Stigma Masyarakat

Ya; separuh dari masyarakat dunia mungkin belum benar-benar faham
apa itu penyakit MDD. Ia satu penyakit yang memerlukan rawatan
khusus, ubat-ubatan dan sokongan psikososial. Ia boleh disembuhkan
dengan perawatan yang wajar. Seseorang yang disahkan menghidap
MDD pastinya memiliki sebab yang membawanya kepada penyakit ini.
Ya; depresi tidak berlaku tanpa sebab. Ada beberapa sebab yang
menjadi punca kepada penyakit ini termasuklah;

1. Ketidakseimbangan bahan kimia semulajadi dalam tubuh seperti
serotonin, dopamine, norepinephrine dan epinephrine.

2. Faktor genetik atau persekitaran seperti masalah peribadi, masalah
keluarga, keruntuhan rumah tangga, trauma kanak-kanak, kepatahan
hati, masalah sosio-ekonomi, masalah peribadi, kemiskinan, penderaan
dan banyak lagi.

Depresi tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan; apatah lagi bahan
ejekan untuk mempersendakan penyakit seseorang. Tahun lalu sahaja,
penyakit depresi atau kemurungan ini sudah disenaraikan sebagai salah
satu penyakit paling tinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia - iaitu
kedua tertinggi selepas penyakit jantung. Bahkan, setiap tahun negara
ini menerima lebih 100,000 pesakit untuk mendapatkan bantuan
psikiatri di hospital kerajaan. Bukankah ia satu angka yang besar wahai
tuan-tuan dan puan-puan? Ya; besar.

Tapi hal yang paling mengecewakan; depresi masih gagal difahami oleh
sebilangan besar masyarakat kita. Ia tidak sama seperti penyakit lain
yang darahnya, lukanya boleh dilihat dengan mata kasar. Orang boleh
mendoakan yang baik-baik untuk pesakit barah, tapi mengecam dan
mentertawakan pesakit gangguan jiwa. Ia realiti yang selalu dihadapi
oleh penghidap-penghidap MDD terutamanya.

“Mereka dikecam; ditertawakan; dituduh lemah iman; dipaksa
sembahyang; dipaksa berzikir; dikatakan ingin perhatian;
dituduh berpura-pura sakit dan segala tohmahan dan
lontaran kata yang menyakitkan telinga dan jiwa.”

9

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Ya; kita TIDAK boleh memaksa manusia untuk memahami keadaan kita.
Setiap manusia melalui jalan hidup yang berbeza-beza. Kita duduk
dalam dunia yang sama, tapi memijak duri yang berbeza. Mereka yang
sihat tidak mungkin faham keadaan mereka yang sedang sakit. Tapi
ketidakfahaman itu boleh dibendung dengan usaha untuk tidak
menambah beban di kepala pesakit. Tidak kiralah apa jenis penyakit
sekalipun, cukup mendoakan yang baik-baik. STIGMA NEGATIF perlu
DIHENTIKAN kerana ia bukan saja boleh mendatangkan kemudaratan
kepada pesakit; tapi mampu membunuh jika kata-kata yang keluar itu
terlalu menyakitkan.

Penat; ya penat bila mana tubuh terpaksa menampung sakit yang tidak
difahami oleh masyarakat. Depresi adalah penyakit. Titik. Ia bukan
mainan, bukan gurauan atau ejekan yang perlu dikecam. Tidak. Depresi
adalah penyakit. Penghidap depresi tidak semuanya mampu untuk
mengawal emosi dan perasaan mereka. Kadang tindakan mereka adalah
diluar kawalan diri mereka sendiri.

“They need help. They need someone to hold their hands. They need
someone to listen, to care and to cure. THEY NEED HELP.”

Maka, hentikanlah stigma negatif terhadap pesakit depresi ini. Ia bukan
menyembuhkan, tapi memburukkan lagi keadaan. Jika tak mampu
faham, maka diam. Kerana kata-kata yang tajam mampu membunuh
seseorang.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
17 Januari 2021,
Sabah, Malaysia.

10

Depresi Bukan Gila: Tolong! ___________________________

TOLONG!

Berhenti seminit dan cuba perhatikan
orang terdekat dengan anda; keluarga,
sahabat, jiran tetangga dan saudara-mara.
Adakah mereka benar-benar sihat, berada
dalam keadaan okey, gembira, bahagia,
tenang atau sebenarnya sedang merancang
sebuah kematian? Kita tak pernah tahu,
tapi boleh berusaha untuk ambil tahu.

Ya; manusia adalah makhluk yang sangat kompleks. Manusia atau
seseorang individu itu bijak dalam menyembunyikan masalahnya.
Perasaan malu, takut, bimbang, resah dan gelisah; segalanya membawa
kepada tindakan untuk merahsiakan setiap masalah. Manusia lebih
memilih diam dari menyampaikan apa yang difikirkan mereka walaupun
hal-hal yang membebankan otak dan fikiran.

Dari situlah akan terkumpulnya bermacam-macam bentuk masalah
yang akhirnya menjadi "gunung api" yang meledakkan emosi. Masalah
kesihatan mental seperti stress akhirnya tumbuh dan membunuh
menjadi “penyakit mental” terutamanya kemurungan dan kebimbangan
melampau. Ya; mental yang sedang SAKIT akan memaksa manusia
bertindak di luar normalisasi insan sehingga terjadinya kes-kes bunuh
diri yang kita lihat di dada akhbar.

Tolong. Ya; tolong. Sebagai manusia yang memiliki mental yang SIHAT,
cubalah cakna; ambil tahu, ambil peduli, ambil berat akan keadaan atau
situasi orang-orang terdekat anda. Jadilah manusia yang membina dan
bukan hanya tahu menghina dan merendahkan tahap kesihatan mental
seseorang. Kita tidak duduk dalam badan yang sama; tapi diciptakan
dari tanah yang sama. Punya rasa, punya empati dalam diri dan
seharusnya punya rasa peduli untuk mengelakkan hal-hal tidak diingini
terjadi. Jadilah manusia yang "bukan toksik".

11

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Berikanlah sokongan yang sewajarnya, tanpa perlu menghukum orang.
Jika tak mampu mengatakan kebaikan, lebih baiklah diam. Benar, lidah
dan kata-kata itu lebih tajam dari pedang. Sekali ucap, sampai kiamat di
otak melekat. Maka ucapkanlah kebaikan, dan bukan keburukan. Jadilah
"support system" yang positif kepada orang-orang terdekat anda
terutamanya mereka yang tersayang dan sedang berusaha untuk
sembuh dari penyakit mental.

Kita semua duduk dalam lautan yang sama, tapi kapal yang berbeza.
Tapi itu tidak menjadikan kita manusia yang sombong dan tidak mahu
cakna pada orang-orang sekeliling kita. Jika tak mampu faham keadaan
seseorang, jangan pula dibahan. Cukup diam dan mendoakan. Kita tak
pernah tahu keadaan hidup seseorang; apa yang dilalui mereka setiap
hari. Sematkan dalam ingatan bahawa;

“Manusia boleh kelihatan seolah-olah sedang bahagia, walau
hakikatnya dalamannya sedang luka berdarah.”

Kesihatan mental; keutamaan. Jagalah mental diri kita dan mental orang
sekeliling kita. Jangan jadi manusia toksik yang akan membunuh orang
tanpa senjata. Paling penting, caknalah pada keadaan diri dan orang
sekeliling kita. Adakah mereka benar-benar sihat?

Tolonglah mereka. Insya-Allah.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
17 Februari 2021,
Sabah, Malaysia.

12

Depresi Bukan Gila: Penyakit Mental: Berhenti Kecam! __________

PENYAKIT MENTAL:
Berhenti Kecam!

Tidak dinafikan; sehingga hari ini kesedaran terhadap penyakit mental
masih terlalu tipis dalam kalangan masyarakat kita. Kurangnya ilmu dan
sikap ambil tahu akhirnya membentuk stigma dan pemikiran-pemikiran
negatif terhadap pesakit yang mengalami penyakit mental ini.

Kebanyakan orang lebih memilih untuk mengecam dan beranggapan
buruk terhadap pesakit mental. Bahkan, perkataan "sakit mental" itu
sendiri sering kali dikaitkan dengan gila dan menjadi bahan jenaka.
Hakikatnya, tidak semua penyakit mental itu adalah gila. Di dunia sahaja,
terdapat banyak pengkelasan jenis untuk penyakit mental termasuklah;

1. Anxiety Disorder
2. Major Depressive Disorder
3. Bipolar Affective Disorder
4. Post-Traumatic Stress Disorder
5. Eating Disorder
6. Obsessive Compulsive Disorder
7. Psychotic Disorder (eg:schizophrenia)
8. Substance Abuse Disorder
9. Borderline Personality Disorder, dll...

Semua jenis penyakit mental ini boleh mengganggu kehidupan seharian
pesakit yang menghidapinya. Ia adalah penyakit yang memerlukan
perawatan khusus, nasihat doktor pakar dan ubat-ubatan terkawal. Ia
juga boleh disembuhkan dan tidak akan selama-lamanya kekal. Tapi ia
tidak akan sembuh dengan kecaman masyarakat yang tak reti diam.

13

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Sama seperti penyakit lain; kanser atau kemalangan, penyakit mental
juga memerlukan perawatan yang wajar daripada pakar. Cuma bezanya,
penyakit mental ini tidak nampak pada pandangan mata kasar manusia.
Tidak ada luka, tidak ada darah. Tapi remuk emosi dalam diri akan
perlahan-lahan menghakis kewarasan akal sehingga menjadikan
seseorang pesakit itu bertindak di luar sedar. Dari situlah timbulnya
berita tentang self-harm, dan cubaan membunuh diri. Kita perlu faham
bukan kecam.

Ya; memang segala jenis penyakit di dunia ini datang atas izin-Nya. Kita
sebagai manusia memang perlu berdoa dan berusaha untuk sembuh.
Tapi mengaitkan penyakit mental dengan tahap keimanan seseorang
adalah SALAH. Penyakit mental boleh menyerang sesiapa sahaja
termasuklah agamawan. Ia adalah penyakit, diulangi; P-E-N-Y-A-K-I-T.
Saya percaya, tidak ada penyakit yang akan 100% sembuh hanya
dengan berdoa tanpa ikhtiar untuk berubat.

“Kecaman terhadap pesakit-pesakit mental adalah satu tindakan
biadap yang bukan sahaja akan menjatuhkan semangat pesakit,

bahkan mampu membunuh tanpa menyentuh.”

Ingat, kata-kata yang tajam mampu membunuh seseorang. Jika tidak
tahu, tidak faham; maka tindakan terbaik adalah DIAM. Kita tak pernah
tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang. Maka hormatilah setiap
orang dan hentikan kecaman. Cubalah letak diri dalam keadaan pesakit
itu dan cari tahu sendiri rasanya.

Berhenti menjadi manusia toksik yang boleh membunuh orang-orang di
sekitar kita. Berhenti menjadi bawang rangers dan keyboard rangers.
Jadilah manusia yang punya hati, punya perasaan dan punya iman.
Hormati setiap orang dan saling mendoakan. Jaga mulut, jaga tulisan.

Kita Jaga Kita.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
21 Mac 2021,
Sabah, Malaysia.

14

Depresi Bukan Gila: Sakit Mental atau Gila? __________ __________

SAKIT MENTAL ATAU GILA?

Pernah tak; ahli keluarga, kawan rapat atau saudara-mara anda tiba-tiba
datang dekat dan luah semua masalah dia sambil menangis? Pernah tak
dengar mereka bercakap tentang cubaan membunuh diri? Pernah tak
timbul rasa ingin bantu mereka, selain salahkan mereka, kecam mereka
dan ketawakan mereka?

Tahu tak; seseorang yang DISAHKAN menghidap penyakit mental
(kecelaruan mental) ini, dia tak main-main tau. Apa yang keluar dari
mulut dia, semuanya jujur dari hati dia yang sedang luka dan otak dia
yang sedang sakit. Bukan mudah untuk mereka memberanikan diri
meluah semua masalah tu. Bila mereka dah meluah, itu bermaksud ada
kepercayaan yang tumbuh. Yes, they trust you. T-R-U-S-T.

“We really need to understand that people with mental illness; they are
SICK. They need help; motivation, positive vibes and good people to listen.
Instead of laughing at them, talk bad behind them, and leaving them. We
really need to understand their situation. They are sick. Somehow, people
don't fake illness. But they fake being okay, being healthy. They tried their
best to be strong, just to keep alive. But then, someone they trust the most,

broke them into pieces. Why?”

15

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Tidak ada satu orang pun (PESAKIT MENTAL) yang mahu meluahkan
kesakitan mereka suka-suka. Mereka luah, sebab itu salah satu cara
untuk bantu naikkan semangat mereka. Tapi orang selalu salah anggap,
dan tuduh bukan-bukan. Pesakit mental selalu disalah anggap. Dituduh
gila, dituduh reka cerita, dituduh inginkan perhatian, dituduh lemah
iman, tak sembahyang, terlalu overthinking dan macam-macam lagi
tuduhan yang sangat menyakitkan daripada mulut ORANG SIHAT.

Ya; orang suka kecam. Sedangkan penyakit mental sama macam
penyakit lain yang perlukan rawatan perubatan daripada doktor pakar.
Kenapa orang boleh HORMAT dan BERSIMPATI pada pesakit kanser
atau mangsa kemalangan, tetapi mengetawakan pesakit yang disahkan
menghidap PENYAKIT MENTAL? Adakah kecelaruan mental yang
mengganggu fungsi otak mereka itu sesuatu yang KELAKAR pada
pandangan anda sebagai orang yang SIHAT?

Lihatlah perbezaan otak manusia yang sihat dengan manusia yang
menghidap penyakit mental. Tak sama, kan? Sebab itu pentingnya
ILMU dan TAHU sebelum kecam dan tuduh bukan-bukan. Sakit mental
bukan gila, tapi penyakit yang boleh dirawat. Hanya apabila ia gagal
dirawat, barulah boleh diklasifikasikan sebagai tidak waras. Tapi bukan
semua penyakit mental itu adalah gila.

Kadang yang lebih sakit daripada pesakit mental adalah orang-orang
sekeliling; netizen atau masyarakat yang suka mengecam. Ya, sakit hati,
sakit jiwa. Hati hitam, asyik salahkan orang tapi tak cuba faham. Itulah
sakit yang paling parah berdarah sekali di dunia ini. Untuk penyakit
sebegini, ubatnya perbaiki diri. Cermin diri sendiri. Seronok sangatkah
kecam orang? Ingat, tidak ada sesiapa yang ingin sakit. Semua orang
mahu kehidupan yang sihat. Tapi apa yang berlaku kepada kita,
semuanya ada sebab. Allah SWT nak uji. Ada hikmah-Nya. Jadi kita yang
sihat cubalah bantu, dan yang sakit cubalah berjuang untuk sihat. Saya
tahu, bagaimana KUATNYA para pesakit mental berjuang untuk sihat -
kerana saya juga berada dalam titik perjuangan yang sama.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
25 Mac 2021,
Sabah, Malaysia.

16

Depresi Bukan Gila: Kau Nak Perhatian Je Kan? __________ ___________

DEPRESSION:
Kau Nak Perhatian Je Kan?

Masalah masyarakat kita; suka melabel diri sendiri sedang "DEPRESS"
walaupun hanya mengalami masalah kecil seperti terlambat ke pejabat,
lupa menyiapkan tugasan, jalan sesak, restoran kegemaran tutup, dan
macam-macam lagi alasan yang tidak masuk di akal.

Ketaksuban diri melabel diri sedang "depress" akhirnya membawa
kepada pemikiran bahawa sesiapa yang melabel dirinya "depression" itu
sebenarnya menginginkan perhatian. Ya; memang mereka INGINKAN
PERHATIAN. Siapa mereka? Mereka yang berpura-pura (dan dengan
bangga) melabel diri sedang depress walaupun sebenarnya hanya
mengalami masalah kecil.

Kesilapan besar masyarakat kita, mereka cenderung menggunakan
istilah "depression" tanpa ilmu di dada. Padahal, istilah depression itu
sendiri membawa maksud kepada salah satu penyakit mental
(kecelaruan mental) iaitu MAJOR DEPRESSIVE DISORDER atau MDD.
Sebelum seseorang itu benar-benar disahkan menghidap MDD, ada
beberapa proses yang perlu dilalui termasuklah mendapatkan khidmat
nasihat daripada pakar psikologi berdaftar, berjumpa dengan doktor
pakar dan berbincang akan masalah yang dilaluinya.

Bukan mudah untuk pihak hospital atau mana-mana doktor pakar
psikiatri mengesahkan seseorang itu sebagai pesakit atau penghidap
MDD. Apabila sudah disahkan menghidap MDD, maka ubat-ubatan
akan terus diberikan dan wajib dimakan SETIAP HARI di bawah
pengawasan doktor. Ia sesuatu yang berat dan bukan mudah untuk
dilalui oleh seorang pesakit mental khususnya MDD.

17

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Perkara yang paling saya kesalkan, banyak orang yang sebenarnya
SIHAT dan tidak ada penyakit depression, sesuka hati melabel diri
sedang "depress" sehingga menimbulkan stigma negatif terhadap
pesakit MDD yang betul-betul under medication. Ketahuilah bahawa,
para pesakit MDD tidak akan semudah itu keluar ke masyarakat dan
memberitahu penyakit yang dihidapi mereka. Lebih banyak yang
memilih menyendiri dan mendiamkan sakit mereka kerana berasa malu,
segan dan tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan penyakit
MDD itu. Mereka hanya ingin sembuh. Ingat, istilah depression bukan
satu gurauan, bukan jenaka untuk diguna pakai sesuka hati.

Depression is real, depression is illness. Real depression warriors don't
fake depression, but they fake being okay. But healthy people often fake
depression because they don't know anything about MENTAL ILLNESS.

They don't even willing to learn about it.

Kalau tak tahu, jangan guna. Cuba belajar, buka buku, baca dan fahami
maksud "depression" tu. Jangan suka hati label diri, buruk padahnya.
Kasihanilah pesakit-pesakit MDD yang sebenar, mereka semua sedang
berjuang untuk HIDUP. Nyawa seserang bukan mainan untuk dijadikan
gurauan. Hormati keadaan diri seseorang. Tak tahu, jangan guna.

“Do respect each other.”

Mudah. Kita Jaga Kita.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
28 Mac 2021,
Sabah, Malaysia.

18

Depresi Bukan Gila: Beza Masalah Kesihatan Mental dan Penyakit Mental ___________

BEZA MASALAH KESIHATAN MENTAL
DAN PENYAKIT MENTAL

Tahukah anda? Masalah kesihatan mental DAN penyakit mental adalah
dua (2) istilah yang berbeza. Mari fahami perbezaan dua (2) istilah ini
dengan cara yang mudah demi mengelakkan kekeliruan.
Masalah kesihatan mental merupakan satu keadaan yang melibatkan
"kesejahteraan mental" seseorang. Secara ringkasnya, semua orang
memiliki masalah kesihatan mental. Ia melibatkan emosi seseorang
seperti stress (tekanan atau tertekan), perasaan sedih, gembira, marah
dan sebagainya. Tetapi ia masih berada pada peringkat yang awal dan
boleh dikawal dengan cara berjumpa dan bercakap dengan pegawai
psikologi berdaftar.
Kebiasaannya, individu yang sedar bahawa dirinya menghadapi masalah
kesihatan mental adalah digalakkan untuk menghadirkan diri dalam sesi
kaunseling sama ada di klinik swasta, klinik kerajaan atau hospital.
Dalam sesi tersebut, segala permasalahan perlulah diluahkan secara
terus kepada pegawai psikologi yang bertugas. Segala isi luahan, cerita
dan perbincangan adalah SULIT dan pegawai psikologi yang
bertanggungjawab akan cuba memahami dan memantau keadaan
individu itu. Individu tersebut juga akan diajar tentang "coping skill"
bagi membantu mereka mengatasi keadaan emosi yang tidak seimbang.

19

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Manakala, penyakit mental pula adalah satu keadaan di mana
seseorang individu itu dikesan menghidapi "kecelaruan mental" yang
disahkan oleh doktor pakar psikiatri. "Kecelaruan mental" ini selalunya
memerlukan bantuan ubat-ubatan bagi mengawal emosi dan tindakan
seseorang pesakit. Individu yang menghadapi masalah kesihatan mental
yang berpanjangan dan gagal mengawal keadaan dirinya walaupun
sudah berbincang beberapa kali dengan pegawai psikologi yang
bertugas, akan dirujuk ke pakar psikiatri untuk mengenal pasti jenis
kecelaruan mental yang dihidapinya.

Adalah sangat penting untuk kita memahami perbezaan dua (2) istilah
di atas. Bahkan, jika ada ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau diri
sendiri yang dilihat seperti mempunyai masalah kesihatan mental yang
teruk, adalah digalakkan untuk segera berjumpa dengan pegawai
psikologi dan melakukan ujian DASS.

Hentikan tindakan mendiagnosis diri sendiri dari rumah. Walaupun ujian
DASS boleh dibuat secara dalam talian, namun keputusannya masih
perlu dirujuk kepada pihak yang pakar dan berdaftar. Hanya dari situ,
punca sebenar masalah dapat dikesan dan pesakit dapat dibantu
dengan cara yang betul.

Kita Jaga Kita.

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan,
23 Mac 2021,
Sabah, Malaysia.

20

Depresi Bukan Gila: Mental Illness: Where to seek help?__________________ ___________

MENTAL ILLNESS:
Where to seek help?

Selalu sedih? Rasa kosong, rasa putus asa, tidak gembira, murung,
hilang minat, kurang atau terlebih selera makan dan sukar tidur malam?
Ingat, walau siapa pun anda, diri anda keutamaan anda. Sayangilah diri
sendiri. Katakan pada diri bahawa;

"Saya kuat, saya tidak keseorangan, saya berhak hidup
dan saya boleh dibantu."

Untuk individu yang memiliki masalah peribadi yang berat, kisah silam
atau trauma yang mengganggu rutin harian, tanda-tanda atau simptom
penyakit mental yang serius seperti kemurungan (depression), keresahan
(anxiety) dan apa-apa jenis penyakit mental yang berkaitan dengan
kecelaruan kesihatan mental anda, ingat bahawa anda boleh DIBANTU.

21

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

Pertama sekali, untuk kes kecemasan seperti (suicidal thoughts or
suicide attempt), anda dinasihatkan untuk SEGERA mendail nombor
talian kecemasan iaitu hotline hospital yang berhampiran dengan
kediaman. Sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, saudara-mara, jiran
atau teman rapat; tolong simpan baik-baik nombor talian kecemasan
kerana kejadian di luar jangkaan boleh berlaku bila-bila masa. Untuk kes
penderaan, cuba dapatkan bantuan talian kasih 15999 atau dail 999.

Kedua, untuk kes sederhana berat (bukan kecemasan), anda boleh
membuat pilihan sama ada mahu mendapatkan bantuan dari laluan
satu (1) iaitu ke klinik kesihatan daerah, hospital kerajaan ATAU laluan
dua (2) iaitu ke klinik atau hospital swasta berhampiran kediaman anda.

LALUAN (1)
1. Anda digalakkan hadir ke klinik kesihatan daerah atau hospital
kerajaan berhampiran rumah anda untuk menetapkan tarikh janji temu.
Anda juga boleh menghubungi talian hotline klinik/hospital tersebut
untuk menetapkan tarikh (tetapi talian sentiasa sibuk, maka digalakkan
hadir terus).

2. Selepas diberikan tarikh janji temu, sila hadir pada tarikh tersebut.
Anda akan diberikan borang DASS untuk diisi.

3. Borang DASS akan diserahkan kepada pegawai psikologi berdaftar
yang bertugas. Pegawai tersebut akan berbincang dengan anda dalam
satu sesi kaunseling individu bagi mengetahui latar belakang diri anda
dan segala masalah yang membelenggu jiwa anda. Adalah diingatkan
bahawa segala isi perbincangan adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.

4. Sekiranya keadaan diri atau (masalah kesihatan mental) anda didapati
teruk, pegawai psikologi yang bertugas akan memberikan surat untuk
anda berjumpa terus dengan doktor pakar psikiatri di klinik pakar
berhampiran daerah anda.

5. Doktor pakar psikiatri akan berbincang mengenai tahap kesihatan
mental anda, berbual dan mendalami keadaan diri anda SEBELUM
diagnosis dibuat untuk menentukan tahap dan jenis penyakit mental
yang dialami oleh anda. Sekiranya perlu, bantuan ubat-ubatan juga
akan diberikan.

*Untuk laluan (1), konsultasi pertama adalah percuma. Konsultasi berikutnya, RM5. Untuk penjawat awam dan
kakitangan kesihatan (percuma).

22

Depresi Bukan Gila: Mental Illness: Where to seek help?__________________ ___________

LALUAN (2)
1. Sekiranya berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh terus
menghadirkan diri ke mana-mana cawangan klinik swasta atau hospital
swasta untuk mendapatkan bantuan mengenai tahap kesihatan mental
anda. Anda juga boleh menghubungi talian hotline yang ada untuk
menetapkan tarikh janji temu.

2. Anda akan berbincang terus dengan doktor pakar psikiatri yang
berdaftar di klinik atau hospital swasta tersebut. Ujian DASS akan
diberikan sebelum perbincangan bermula. Isi perbincangan termasuklah
mendalami latar belakang diri anda dan masalah yang anda alami.
Kemudian, diagnosis akan dibuat bagi mengenal pasti dan menentukan
tahap dan jenis penyakit mental yang dialami oleh anda. Sekiranya perlu,
bantuan ubat-ubatan akan diberikan.

*Untuk laluan (2), setiap konsultasi adalah berbayar pada kadar yang agak tinggi.

INGAT!
Elakkan perbuatan mendiagnosis diri sendiri. Walaupun borang ujian
DASS boleh diakses secara maya, namun keputusannya perlulah
dibincang bersama doktor pakar yang berdaftar bagi mendapatkan
keputusan diagnosis yang BETUL.

INGAT!
Diri anda, keutamaan anda. Buangkan segala perasaan malu, segan dan
gementar. Anda berhak dibantu dan boleh dibantu. Paling penting,
anda perlu bantu diri anda sendiri dulu dengan cara mendapatkan
bantuan di laluan yang betul. Penyakit mental boleh dirawat dan anda
boleh disembuhkan.

Insya-Allah. Dengan izin-Nya.

Bantu sebarkan info ini demi membantu dan menyelamatkan lebih
banyak nyawa.

#mentalhealthawareness
#mentalhealthmatters

Yang menulis dari hati yang depresi,
Nursyafiqah binti Roslan
04 April 2021,
Sabah, Malaysia.

23

10
HAT IPuisi

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

BUKAN GILA

Oleh: Nursyafiqah Roslan

ada waktu,
air mataku jatuh,
emosi menjadi rapuh,
kuat yang tak lagi teguh,
rasa yang seakan palsu.

sakit yang tak kaunampak,
jerit yang tak kaudengar,
perit yang tak kaurasa,
hanya bayangan berpura-pura faham,
sedang bicaramu kautikam belakang.

ubat yang hanya kupandang,
kadang tak terasa ingin menelan,
bagaikan barang perhiasan,
atau permainan perasaan,
akhir diri dikecam, diketawakan!

otak yang tak lagi sihat,
hanya memaksa diri untuk kuat,
beban yang semakin berat,
membuat jiwa sakit melarat,
luka emosi tak mampu kurawat.

andai kau tahu aku bukan gila,
bukan seperti tohmahan mereka,
tangan kejam yang meninggalkan kesan,
trauma semalam yang tak kulupakan,
andai kau faham berhenti kecam.

25

Depresi Bukan Gila: Lelah dalam Kepalsuan_____________________________________________________

LELAH DALAM KEPALSUAN

Oleh: Nursyafiqah Roslan

segala bahagia yang terpampang di wajah,
senyum dan tawa lama,
itu hanya dusta sedang aku berpura-pura,
demi melihat kuat di hadapan mereka;
di hadapan semua yang aku cinta.

sakit yang kutanggung sekian lama,
biarlah kekal sebagai rahsia,
setelah nanti nadi terhenti,
mereka pasti akan mengerti,
kenapa secepat itu aku pergi.

terlalu lelah berpura-pura,
sedang jiwa sudah terluka,
otakku sudah berdarah,
lemah dan cuma Dia di atas sana;
mengerti makna derita.

hingga kini dan selamanya,
mereka semua akan berasa lelah,
dan memilih perlahan pergi,
meninggalkan aku sendiri di sini,
kerna bertahan sudah tak mampu lagi.

masihkah ada yang ingin peduli,
pada jiwa yang seakan mati,
hati yang lelah jiwa yang gundah,
otak yang resah tubuh yang lemah,
ingin aku meletakkan noktah.

26

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

REALITI MEMBUNUH HATI

Oleh: Nursyafiqah Roslan

pemergian itu telah meragut separuh jiwaku,
seolah-olah hilang nyawa,
hilang kewarasan pada dunia,
hilang kasih dan hilang diri sendiri.
mengenang pada wajah yang sirna,
seperti sepurnama tiada titik noktah,
menunggu pada jasad tak bernyawa,
mengharap pada dia yang telah tiada.
dalam kaku masih menyimpan rindu,
dalam diam masih menyimpan sayang,
kesakitan yang merobek kewarasan,
kehilangan yang merobek kesihatan.
akhirnya terduduk dalam kebisuan waktu,
dalam kebutaan mata pada takdir Yang Esa,
hingga senja masih belum menerima,
hingga terpaksa menerima dan reda.
yakin; dia telah tiada.
percaya; dia di sisi-Nya.
doa; demi kebahagiaannya.
pinta; hanya pada Dia.

27

Depresi Bukan Gila: Teguh Rindu_______________________________________________________________

TEGUH RINDU

Oleh: Nursyafiqah Roslan

aku rindu hari-hari yang telah berlalu,
orang-orang yang pernah ada,
kenangan dan kebahagiaan,
membuat nadiku terus berjalan,
tiada tangis hanya tawa semalam.
dan sekarang telah hilang,
yang ada telah pulang,
pergi jauh dari pandangan,
tiada khabar hanya rindu menikam-nikam,
membuat mati emosi dan perasaan.
semalam yang seakan palsu,
rasa yang menikamku,
mereka yang datang lalu menghilang,
yang ada lalu tiada,
seperti janji Tuhan - itu hanya pinjaman.
aku rindu pada senyuman laluku,
senyuman yang tak mengenal rapuh,
yang kini tak lagi teguh,
kadang menyakiti otakku,
membuat hati jadi rindu.

28

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

CERITA UNTUK TUHAN

Oleh: Nursyafiqah Roslan

Tuhan;
tahun ini masih menyakitkan,
masih ada air mata berguguran,
masih ada luka tak menghilang,
seolah duka lama enggan pulang.

malam mendengar bisik suara,
tilam menakung air mata,
dinding jadi teman berbicara,
lantai mengapung tubuh lemah,
masih terluka walau angka berubah.

Tuhan;
hanya doa kulayangkan,
moga diberi kekuatan,
aku rindu pada senyuman,
yang pernah membahagiakan.

ketika diri terasa sedih,
hanya pada-Mu sujud kuberi,
menangis hingga lega hati,
meluah pada sujud Ilahi,
moga sirna kecewa diri.

Tuhan;
hanya pada-Mu kuceritakan,
hanya untuk-Mu kuluahkan,
segala tangis dan jerit lara,
moga hilang terganti bahagia.

29

Depresi Bukan Gila: Catatan Bahu Kiri__________________________________________________________

CATATAN BAHU KIRI

Oleh: Nursyafiqah Roslan

makin lanjut usia makin tebal dosa,
mudah alpa mudah melupakan-Nya,
tahu hanya ingin cepat kaya,
cepat terkenal dengan cara salah,
akhir binasa di alam nyata.

ada dosa tak terang di mata,
macam dibuat tak rasa bersalah,
demi harta sanggup jadi pendosa.
demi kuasa sanggup pijak maruah,
hidup serupa boneka pendusta.

ada dosa dianggap ringan,
salin tampal tulisan orang,
kerja guna orang dalam,
lulus periksa hasil bayaran,
tugas sekolah tiru kawan.

hari yang kelihatan tenang,
hidup yang terasa senang,
padahal hilang keberkatan,
lupa pada balasan Tuhan,
akhir kanan jadi ringan.

wanita sibuk dengan ghibah,
lelaki sibuk nafsu serakah,
adab yang semakin sirna,
bangga pada perbuatan dosa,
akhir kiri berat bertambah.

nyawa dunia penuh dusta,
banyak tipu dari jujurnya,
lupa buku catatan amal;
bakal dibentang di pengadilan,
dan manusia meraung keinsafan.

30

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

HANYA SATU HATI

Oleh: Nursyafiqah Roslan

pernahkah kau mengerti,
manusia ada satu hati,
hanya ada satu hati,
ketika ia disakiti dan tersakiti,
ada hati pasti mati.

hati yang parah berdarah,
dilukai berkali-kali,
hati yang puas percaya,
didustai berkali-kali,
akhir ia pasti mati.

tiap kita ada hati,
hanya ada satu hati,
perlu jaga perlu kasih,
perlu jaga sampai mati,
bukan luka hingga mati.

cuba sekali kaumengerti,
cuba juga hati-hati,
agar tiada hancur hati,
agar tiada hati mati,
hati-hati menjaga hati.

saling kasih dan melindungi,
saling faham dan memahami,
saling cinta dan menjaga hati,
jaga hati jaga diri,
jaga hati untuk Ilahi.

31

Depresi Bukan Gila: Semalam Yang Padam_______________________________________________________

SEMALAM YANG PADAM

Oleh: Nursyafiqah Roslan

semalam;
hanyalah garis silam yang melukakan,
segala teriak dan kekejaman,
halus tajam perbuatan insan,
membunuh nilai kemanusiaan.

semalam;
hanyalah cebis angan-angan,
menghapus manis kenangan,
menjadi sejarah paling hitam,
mengundang trauma tak ternoktahkan.

semalam;
hanyalah lebam tak kelihatan,
sakit yang tak terjelaskan,
tangis yang tak terungkapkan,
hanya resah dan mati rasa.

semalam;
hanyalah rindu yang membunuh aku,
cinta yang bertukar benci,
percaya yang menjadi abu,
permainan yang mematikan insan.

semalam;
adalah guru pelajaran,
menjadi kitab pengajaran,
tentang hidup tentang insan,
tentang kenyataan yang akhir padam.

32

________________________________________________________________________Nursyafiqah binti Roslan

SURAT UNTUK HATI

Oleh: Nursyafiqah Roslan

hati,
masih menangis lagi?
tenanglah dan berhenti,
moga mampu bangkit lagi,
lebih kuat dari hari ini.

hati,
masih bersedih lagi?
bangunlah dan berdiri,
moga jiwa hidup lagi,
menjadi sekuat nadi.

hati,
masih belum ikhlas lagi?
ikhlaskanlah ia pergi,
masa lalu takkan kembali,
hargailah diri sendiri.

hati,
masih tak reda lagi?
datanglah dekat pada Ilahi,
luah segala di sejadah ini,
moga terubat luka di hati.

hati,
sudah baca surat ini?
moga jiwamu kembali pulih,
emosi tak lagi mati,
semangat tumbuh dan berdiri lagi.

33

Depresi Bukan Gila: Depresi Bukan Gila__________________________________________________________

DEPRESI BUKAN GILA

Oleh: Nursyafiqah Roslan

orang senang berkata-kata,
melontar kata tanpa rasa,
membuat sakit hati manusia,
membuat luka di dada kita,
tanpa sedikit rasa bersalah.

hanya membahan tidak faham,
hanya menghina tidak membina,
akhir dituduh iman lemah,
akhir disuruh dekati Allah,
tanpa mahu mengerti makna.

depresi bukan gila.
hanya sakit tak kaurasa,
sedih yang tidak ternoktah,
diam yang tidak bersuara,
tangis yang tidak basah.

semangat sirna ditelan angin,
segala kurasa hanya dingin,
ingin difaham bukan dibahan,
ingin disayang bukan dibuang,
sedih yang berpanjangan.

orang-orang senang menghukum,
pesakit barah nampak darahnya,
tapi depresi disangka gila,
sedang penyakit tetap sama,
perlu doa sewajarnya.

bukan pinta untuk berduka,
hanya sakit melenyap bahagia,
segala terang tinggal gelap,
segala sinar jadi malam,
hanya doa yang kuharap.

34

NURSYAFIQAH ROSLAN dilahirkan pada tanggal 25 Mei 1997 di
Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana
Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Kreatif), Major Penulisan dari
Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2015, novel pertamanya
telah pun diterbitkan dengan judul “Bonjour Paris, Kota Impian!”
oleh pihak Karangkraf, disusuli dengan novel kedua yang berjudul
“Gadis DSLR lwn Jejaka Ulat Buku” terbitan Dewan Bahasa Pustaka.
Selain itu, sebanyak 13 buah cerpen karyanya telah pun dimuatkan
di dada akhbar tempatan Sabah dan majalah terbitan DBP.

Nursyafiqah Roslan

“Depression is real, depression is illness.
Real depression warriors don't fake depression,
but they fake being okay. But healthy people
often fake depression because they don't know
anything about MENTAL ILLNESS. They don't

even willing to learn about it.”
DEPRESI BUKAN GILA

Matters


Click to View FlipBook Version