E-BULLETIN:
BOLA BALING
Disediakan oleh:
Allysa Khoay (A43)
Chong Woan Jie (A42)
Janelle Khor Yi Fei (A43)
CARTA ORGANISASI KELAB BOLA BALING SESI 2020/2021
Pengetua
Lee Li Ching
Penolong Kanan Penolong Kanan Penolong Kanan Hal Penolong Kanan
Pentadbiran Kokurikulum Ehwal Murid Petang
Pn. Tang Mun Phing En Kok Chiang Jau Puan Ng Shik Sia En Lau Kooi Beng
Guru Penasihat
1.En Law Cheng Hooi 2.Salihah bt Hussain 3.Pn Chia Guat Yen 4.Cik Tham Mei Lai 5.Pn Govree
Setiausaha Pengerusi Bendahari
Teoh Jia Shin Lee Lie Jun Lim Shi Xuan
Pen. Setiausaha Naib Pengerusi Pen. Bendahari
Chua Ying Ern Low Feng Nian Lim Li Rou
Ketua Aktiviti Ketua Disiplin Ketua Papan Kenyataan Wakil Tingkatan
Soh Jia Hung Lim Koon Heng Lam Jun Han 2. Loo Xin Yuan
3. Goh Jensen
4. Lim Xin Jie
5. Shri Raam
Pen. Aktiviti Ketua Gerai Pen. Papan Kenyataan Ketua Perabot
Lee Jun Yan Lee Man Cheng Wang Jian Zhi Yeoh Jun Yan
Ketua Pameran Ketua Kebersihan
Hazel Teoh Yeoh Reei Jia
Ketua Data & Maklumat Jurugambar
Mow Xiao TIng Lim Jo Qi
TARIKH AKTIVITI OGOS 2020 - JUN 2021
TARIKH AKTIVITI LOKASI
29/8/2020
10/10/2020 Gerko Maya ke-6 Google Meet
11/10/2020
20/02/2021 Hari Sukan Negara Google Meet
13/03/2021 Penilaian Gerko Blok C
10/04/2021 Gerko Maya ke-2 Google Meet
(Mesyuarat Agung Tahunan
Rumah Sukan)
Gerko Maya ke-3 Kawasan rumah
(Kejohanan Merentas Desa) masing-masing
Gerko Maya ke-4 Google Meet
TARIKH AKTIVITI OGOS 2020 - JUN 2021
TARIKH AKTIVITI LOKASI
24/04/2021
19/06/2021 Gerko Maya ke-5 Google Meet
26/06/2021
10/07/2021 Gerko Maya ke-6 Google Meet
31/07/2021
14/08/2021 Gerko Maya ke-7 Google Meet
28/08/2021
Gerko Maya ke-8 Google Meet
Gerko Maya ke-9 Google Meet
Gerko Maya ke-10 Google Meet
Gerko Maya ke-11 Google Meet
(Penilaian Gerko Tingkatan
5 & Mesyuarat Agung Sesi
2021/22)
KELAB BOLA BALING
JADUAL AKTIVITI SESI 2020/2021
Aktiviti Bulan Tempat Tindakan Catatan
Kuiz tentang Kemahiran Bola Baling AJK dan PIKeBM
Penilaian Gerko Ogos Gerko Maya atas Talian PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2021 Guru Penasihat PIKeBM
Aktiviti Suai Kenal PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling September Gerko Maya atas Talian AJK dan PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Guru Penasihat PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2022 PIKeBM
Oktober Gerko Maya atas Talian AJK dan
Guru Penasihat
Januari Padang Sekolah AJK dan
Guru Penasihat
Februari Padang Sekolah AJK dan
Guru Penasihat
Mac Padang Sekolah AJK dan
Guru Penasihat
Oktober Padang Sekolah AJK dan
Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola baling April Padang Sekolah AJK dan PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Mei Padang Sekolah PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling AJK dan PIKeBM
Kuiz tentang Bola Baling Jun Padang Sekolah Guru Penasihat PIKeBM
Penilaian Gerko
Julai Padang Sekolah AJK dan PIKeBM
Guru Penasihat
Ogos Padang Sekolah
AJK dan
September Padang Sekolah Guru Penasihat
AJK dan
Guru Penasihat
AJK dan
Guru Penasihat
Gambar Aktiviti di sekolah (2020)
Gambar Aktiviti Gerko Maya
SUDUT MAKLUMAT
Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola baling Eropah atau bola baling
Olimpi ialah sukan berpasukan di mana dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan
(enam pemain gelanggang luar dan penjaga gawang) menghantar bola menggunakan tangan mereka
dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri
daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol menang.
PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang
sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang
berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup.
Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di
garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol.
Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan
penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm
dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain
dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu
ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
Ukuran Gelanggang
Gelanggang Bola Baling
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu
keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g.
Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola
saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi
setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti
kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan
dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
Tiga Saiz Bola Baling
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak
yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang
empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa
dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang,
seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa
(seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain
dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada
pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang
pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai
jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala
nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam E-Bulletin ini, kami akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola
Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan
cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang
biasa digunakan adalah seperti berikut :
Hantaran Hantaran
Bahu Lantun
Hantaran Hantaran
atas Dada Sisi
Hantaran
Lompat
HCAoaBNlrehTiaphaaApemsnbpRiarthhoeesAnaaamelnrNyelkdgaaahaBihnl,iahatAnacaejwaanaHnrdnruatuUaaathnhsalraai..rmnnbmDKaiotneaeadlpnrlaraieeiglatbyarkganaimkoeuhnuiacnaamgekdinikanaseb,nceaamomarnnslirueenebBashmngeioinrjnmdalasagisireekgaiBidnaunaamilgnngaale,iae,hbnlmkmpiagraedeu.bnmnakunuaaannkitnyaar. HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara
mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas
pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.
ikhjuaaptBsreHailelarkrmAtjaaodNaskleaaiTndkkl aaiaAdtannaRkdrbdhiiApoaiaraNrlraidtaojAaksaleradRkrike-aaAjamdannSarjaai..hDntPaigAern.argDSngaeeAynsraa.unkTagaai nnusganbamtonulakahdheitaanulndaatamdakralaalanhh
HIbnBAmeibiaarakNeekkasadrelaTsaowpapnanAmleaalaymlnRddhupanaaaeaAsayrntmappiNagutipabhusnbmeLuautlriaakuOplematgkamlMaiahsymwegbiaanPeouneabaArratnnanoaatTj.knlarbadagrkoenitenplmiadltgeieraiknkutrkeiyiudayretsaanearknk,anrlejingeaapgpnaagds.a taspenHesghuauraaPgnannmneetiCttarmHyubeaaarakamrraAaknaagnamibgnNnihnucnpebTatapayenienAdratemgsatarhRhaaakgaiarrapnAe.iapnndailnNaetabbyanrpsaiarllSiguananskaIiyneghmSnjauajmaIkaetngrarmemaatanamhkudgerasapipldgiinnbeuneuanngksdnteayikaaksaatrinkaiindmdantmanibaalnapeabkmdapiulkaaaaknnanntngay.sa.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh
mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) –
bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan –
adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah –
ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan –
sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain
supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang 1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur
yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan 2. Beban/rintangan – sebarang objek yang
daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
(Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk
menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama 3. Paksi/fulkrum – sendi
ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola
Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat 4. Lengan daya dan lengan beban.
dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan
salah satu fungsi tuas yang berikut: a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang
membolehkan beban yang lebih diangkat.
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari
kuasa yang diaplikasikan diatasi. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang
membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan
atau rintangan yang bergerak atau menambahkan
jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep –
konsep Penting dalam Sistem Tuas
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling
penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau
jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul
bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang
pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari
berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka
dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk
bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada
jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut
membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran
seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan
bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain
seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus
ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang
lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya
dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak
menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah
memperhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang
menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan
dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat
mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN
MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak
menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dijulurkan ke depan berada
terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut
situasi permainan.
SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Hukum
Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh
daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3.
Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada
bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu
menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa
puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan
purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam suatu permainan bola baling adalah 40 gol. Maka, bola baling
merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat
dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain
barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih
bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan
kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola
baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai
ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah
berputus asa.
PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol
dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
Jaringan dari Jaringan Jaringan pada
Bawah Lengan Lompat Aras Paha
Jaringan Sisi Jenis Jaringan Jaringan Voli
Jaringan Jaringan
Junam & Penalti
Jaringan
Jaringan
Jatuh Lambung
PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika
tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak
membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan
daya adalah untuk menambah kelajuan suatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas
kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas
bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini,
daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah
sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah
dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya
menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama
dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah
kurang.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat Jaringan – jaringan Lain
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki. a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan baling antara 2 orang.
ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di
c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri dinding) melalui gelung.
menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu. d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang 3 langkah)
bola tanpa melemparkannya. e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan gol.
melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang
pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang
menjaga gol).
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain
simpanan. Pergantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat
permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa
cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum
membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan
permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang
tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang
– kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga
golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan.
SEKIAN TERIMA KASIH