SMK TARCISIAN CONVENT 13 Disember 2023
Pengenalan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE TAHUN 2023 Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Justeru, pelaksanaan di peringkat sekolah akan dijalankan mengikut ketetapan iaitu pada 13 Disember 2023 (Rabu). Pelancaran ini akan menyebarluaskan info berkaitan natijah penagihan vape, rokok dan dadah dalam kalangan pelajar. Objektif Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape. Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape. Memperkasakan Duta Sahsiah Murid (Ikon Murid Pendidikan Pencegahan Dadah, Ikon Kelab Pencegahan Jenayah dan Ikon Pengawas) sebagai agen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan.
ATUR CARA PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 (SEKOLAH) 7.20 pagi - Persediaan Murid Dan Guru Mengambil Tempat 7.30 pagi - Ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape 8.00 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan Pengetua / Guru Besar Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa Ucapan YBrs. Pengetua / Guru Besar Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape KPM Tahun 2023 Sesi Bergambar Bersurai
Jawatankuasa Pengerusi: Puan Noriha binti Nawawi (Pengetua) Timbalan Pengerusi: Puan Fadzilah binti Hassan (PKHEM) Naib Pengerusi I: Puan Rafidah binti Mohd Ghazali (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II: Puan Norita binti Mohamed (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi III: Puan Fazidah binti Mohd Arsat (PK Petang) Setiausaha: Puan Normaswati binti Mohd Nor AJK Pelaksana: Puan Nurul Asma binti Bakar (Kaunselor) Guru-guru Tingkatan 3