The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayah851001, 2022-03-12 07:56:12

Minit Mesyuarat

Bil.1/2021

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

MINIT MESYUARAT GURU&AKP BIL.01/2021

Tarikh : 17 JANUARI 2021
: 09.30 – 12.30 petang
Masa : DEWAN SK AYER PUTEH
Tempat

Pengerusi Mesyuarat : En.Mohamad Zamri Bin Che Harun
Guru Besar SK Ayer Puteh

Kehadiran Ahli 19.Puan Noriyah A‟fifah Binti Bahari

1. Encik Che Mat Tarmizi Bin Teh 20.Puan Cik Juliana Binti Bahari
(PK Kurikulum )
2. Encik Mohd Azuwan Bin Ahmad 21.Encik Ismail Bin Jamaluddin
(PK Hal Ehwal Murid )
3.Encik Amir Bin AB Latib 22.Puan Mazlina Binti Ramly
(PK Kokurikulum)
4.Puan Roziah Binti Mat 23.Puan Noor Aziah Binti Abdullah
5.Puan Zaitina Binti Ramli
6.Puan Noorhidayah Binti Mohammed 24.Puan Saliza Azlin Binti Mohd Salleh
7.Puan Nor Hidayah binti Jamaluddin
8.Puan Azizah Binti Salleh 25.Encik Mohd Zamri Bin Dziauddin
09.Encik Azarudin bin Isa
10.Puan Syakiroh Binti Mustaffa 26.Encik Muhammad Afiat Bin Abdullah
11.Puan Nor Hafiza Binti Abdullah
12.Puan Nazirah Binti Hj Talib 27.Puan Zairunnizam Binti Zainuddin
13.Cik Faridah Binti Mostapar
14.Puan Suriani Binti Ahmad 28.Puan Hanisah Binti Abd Razak
15.Puan Suhaila Binti Yaakob
16.Puan Jamilah Binti Yaacob 29.Puan Qairul Nisak Binti Kamarudin
17.Encik Abdullah Bin Hassan
18. Encik Mohd Ariff Bin Ali 30.Encik Ahmad Aseri Bin Abdul

31.Puan Fadzilah Binti Abu Khasim

32. Puan Hajijah Binti Amit

33. Puan Low Lee Lee

34. Puan Rosmawati Binti Teh -PPM

35. Puan Zarina Binti Abd Rahim -PPM

36. Puan Basiroh Binti Hanafiah -Staff

37. Encik Halim Bin Yazad -Staff

Tidak Hadir:
Tiada

1|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

AGENDA MESYUARAT

1. Doa
2. Aluan Pengerusi
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Harapan KPM, JPN, PPD
6. Hala Tuju / Rancangan Pemajuan Sekolah
7. Pengurusan Sekolah 2021

7.1 - Pengurusan Pentadbiran
7.2 - Pengurusan Kurikulum
7.3 - Pengurusan HEM
7.4 - Pengurusan Kokurikulum

8. Hal-hal lain

Agenda I:BACAAN DOA

1. Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul
Kitab. Seterusnya Bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Afiat bagi
memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

Agenda II: ALUAN PENGERUSI

2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan AKP kerana
hadir pada mesyuarat kali pertama dan mengucapkan selamat kembali bertugas
kepada semua guru pada tahun 2021/1442H. Pengerusi mengucapkan Selamat
Menyambut Tahun Baharu 2021 kepada semua guru dan AKP.

3. Pengerusi memaklumkan guru bertukar keluar ialah Pn Norhafiza binti Abdullah
ke SK Mergong dan guru bersara ialah Pn Norriyana binti Mustafa dan Pn Rahayu
@ Juliana binti Abd Rahaman. Beliau mengucapkan tahniah kepada mereka
semua,. Pengerusi memaklumkan sekolah belum menerima senarai nama guru
yang bertukar masuk.

4. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat
kerana dapat memberikan komitmen dan kesungguhan sepanjang menjayakan
pelbagai agenda dan aktiviti tahun 2020 dari bulan Januari hingga Mei, dan
seterusnya hingga hujung tahun. Banyak aktiviti yang sudah selesai di peringkat
sekolah antaranya sukan,permainan, HEM dan akademik.Pengerusi juga
mengucapkan terima kasih kepada setiausaha sekolah ustazah Nor Hidayah
sebab dapat sediakan minit mesyuarat kali keempat ini. Pengerusi memaklumkan
kejayaan adalah hasil kesepakatan dan komitmen semua warga sekolah.
Sokongan padu dan kerjasama PIBG, waris dan pelbagai pihak, dan berharap
kerjasama berpasukan tersebut akan berterusan lagi pada masa akan datang.

2|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

Agenda III: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5. Ustazah Nor Hidayah selaku setiausaha sekolah membentangkan minit mesyuarat
guru kali keempat 2020. Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan
minit mesyuarat yang lalu.

Cadangan : Encik Mohd Zamri Bin Dziauddin
Sokongan : Encik Ahmad Aseri Bin Abdul

Makluman : Semua Ahli Mesyuaratsi

Agenda IV: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6. Tiada perkara berbangkit

Agenda V: HARAPAN KPM,JPN DAN PPD

7. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Tn. Hj Wan Khalim bin Ahmad
memaklumkan harapan KPM,JPN dan PPD tentang merealisasikan kemenjadian
murid serta berdasarkan pekeliling, dasar-dasar pendidikan dan S.O.P.

8. Kesiapsiagaan sebelum 20/01/2021 :

8.1 Murid tidak boleh hadir ke sekolah.
8.2 Transisi hanya bermula apabila sekolah dibuka.
8.3 Sebarang isu menjejaskan PdP diambil tindakan segera.
8.4 GB boleh memanggil guru-guru untuk membuat persediaan mulai

13/01/2021.
8.5 KPM / Jemaah Nazir akan buat lawatan .
8.6 Pegawai JPN/PPD akan kunjung bantu sebelum sekolah dibuka dan

memastikan hari pertama persekolahan berjalan lancar.
8.7 Tiada kebenaran menganjurkan aktiviti kokurikulum secara bersemuka.
8.8 Kebenaran waris masuk untuk pendaftaran Pra dan Tahun 1- belum

diputuskan.

9. Buku teks boleh diedarkan pada hari pertama persekolahan dan pembelian buku
teks oleh waris . Program transisi bermula pada 20/01/2021 selama 43 hari

10. Penjajaran kurikulum : Guru-guru harus merujuk kepada portal.

11. Kesediaan murid meneruskan persekolahan:

11.1 Pra sekolah - Minggu Orientasi
11.2 Tahun 1 - Transisi
11.3 Tahun 2-6 - Program Motivasi

12. Jurang Pembelajaran.

12.1Penjajaran kurikulum 2.0 (Kurikulum baru- guru harus merujuk kepada
portal PPK).

3|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

12.2Ujian pengesanan untuk mengenalpasti adakah kurikulum terdahulu
dikuasai oleh murid (tindakan panitia m/p) dan disisipkaan dalam dokumen
penjajaran tahun semasa.
i) Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

Agenda VII: HALA TUJU/ RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH
13. Pengerusi meminta guru-guru merujuk garis panduan pengurusan dan
pengoperasian sekolah dalam norma baharu dalam lampiran yang diberikan.
a) Pengurusan sekolah TS 25
14. Sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras
dengan keperluan semasa pendidikan di Negara kita.
15. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.
16. Konsep TS-25

4|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

17. Pengerusi memaklumkan senarai tugas akan diberikan kepada guru-guru dalam
bentuk buku pada sesi buka persekolahan nanti. Pengerusi meminta guru-guru
untuk merujuk tugas yang diberikan dalam “group” dokumentasi sekolah untuk
rujukan. Beberapa perubahan dan pindaan akan berlaku apabila kemasukan guru
baru nanti.Guru diminta merujuk bahagian Kurikulum, bahagian Hal ehwal Murid
dan bahagian Kokurikulum untuk senarai tugas penuh guru.
b) Bilik darjah

18. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,
merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.

19. Senarai semak keperluan bilik darjah seperti berikut:
Bil. Perkara
1. Misi
2. Visi
3. Organisasi Bilik Darjah
4. Peraturan Bilik Darjah
5. Lagu Sekolah
6. Ikrar Sekolah
7. Doa
8. Peraturan Keselamatan

5|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

9. Jadual Bertugas Murid
10. Jadual Waktu Kelas
11. Carta atau Poster terkini situasi semasa
12. Sudut Bacaan / sudut pameran

20. Nama kelas pada tahun 2021, masih dikekalkan iaitu Mesra,Kasih dan Harapan.
21. Pengerusi memaklumkan bilangan kelas mengikut aliran sehingga 17 Januari

2021 ialah:

ALIRAN MESRA KASIH HARAPAN Jumlah

TAHUN 1 √ √ √* 89
TAHUN 2 √ √ 71
TAHUN 3 √ √ 70
TAHUN 4 √ √
TAHUN 5 √ √ √* 72
TAHUN 6 √ √ √ 74
Pra √ √
sekolah 59
50

JUMLAH KESELURUHAN MURID 485

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

Agenda V: PENGURUSAN SEKOLAH 2021
a) Pengurusan Pentadbiran:

22. Pengerusi mengingatkan kepada guru dan staf sokongan hendaklah membaca,
memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif KPM,
sekolah dan Nilai-Nilai Teras Sekolah Kebangsaan.Bersama memahami,
berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. Selain itu, bekerja sebagai satu
pasukan untuk mencapai Visi, Misi Matlamat dan Objektif Sekolah.Bertekad dan

6|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.Dalam menjalankan tugas,
meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
peribadi.Semua guru adalah guru displin.Semua guru adalah guru kaunseling.

i) Kedatangan

23. Pengerusi memaklumkan tentang Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti
dipatuhi seperti yang ditetapkan iaitu bermula pada jam (7.30 pg – 1.45 tgh).Guru
dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan
dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah, di pejabat.

24. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak
dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang
munasabah.Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu
persekolahan kecuali keadaan kecemasan.Waktu bekerja semua staf sokongan
mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

ii) Keluar waktu bertugas

25. Pada waktu persekolahan/kerja, guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan atau arahan lisan daripada KPM, JPN, PPD dengan syarat
mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

26. Guru dikehendaki mengisi 2 salinan borang keluar (untuk menyediakan guru
ganti) dan tandatangan Guru besar / Guru Penolong Kanan. Satu salinan
disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada jaga
bertugas dipondok jaga untuk direkodkan.

27. Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah
28. Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru besar

atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan
sebagai tanda kebenaran.Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu
semasa keluar dan masuk semula.

iii) Melakukan kerja luar

29. Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
mematuhi Perintah Am Bab ‟ D ‟ seperti berikut :
29.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
29.2 Dibenarkan dengan syarat:
29.2.1 tidak dilakukan semasa waktu bekerja /pejabat,
29.2.2 tidak menjejaskan sebagai penjawat awam,
29.2.3 tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan
bercanggah dengan kepentingan jabatan.

7|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

iv) Cuti

30. Cuti Rehat / Cuti Penggal:Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP
(PP) 0046.SJ/A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat
cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat,tetapi guru boleh dipanggil
bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu
tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

31. Cuti Rehat Khas ( CRK ):Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti

dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh ( 10 ) hari dalam satu tahun kalendar
(Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2017) ; dan cuti Rehat Khas yang tidak dapat
dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk
dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian bagi pegawai yang
layak.Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan
Guru Kontrak.Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak
menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dan Guru besar boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan.Bilangan hari
CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan dalam tahun berkenaan.

32. Cuti sakit:Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta atau Kerajaan tidak
melebihi 180 hari dan kuasa meluluskan cuti (90 hari Ketua Jabatan dan 90 hari
KSU).Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun untuk pesakit luar dan tidak boleh melebihi 180 hari untuk pesakit
dalam. (Sijil sakit doktor swasta yang melebihi 15 hari hendaklah disahkan oleh
doktor kerajaan).Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan
atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk kelulusan.

33. Cuti Keluar Negara: Semua Guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat
kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat sekolah selewat-
lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

34. Cuti Khas:Isteri bersalin.Diberikan selama tujuh hari ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa
rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua
hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

35. Cuti Tanpa Rekod: Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana
bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau
khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki
peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas,mengambil bahagian sukan, tugas
khas perubatan.

36. Cuti urusan kematian keluarga terdekat:Diberikan kepada pegawai yang kematian
ahli keluarga terdekat.Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri,
anak –anak, ibu dan bapa kandung. Selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa

8|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

rekod.Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.Kelulusannya
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

v) Pakaian

37. Pengerusi meminta agar guru berpakaian kemas, sesuai dengan profesion
perguruan dan masyarakat timur.Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan
skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.Guru lelaki
dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/ sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung /bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.

38. Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada hari Khamis setiap minggu.
Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai :

38.1 Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T,
38.2 Kemeja sukan,Baju trek, Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T,
Kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit.

39. Tanda nama:Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama
pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

40. Bilik guru:Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar dikelas.
Masa tersebut hendaklah dianggap “non teaching period” dan bukannya “free
period”. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah
sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan
dijalankan di bilik guru.Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
kententeraman orang lain. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di
bilik.Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu di kunci.

vi) Tugas guru

41. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
Pentadbiran.Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di JPN atau
PPD atau sekolah lain, hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Guru Besar.

9|Halaman

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

b) Bahagian Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

i) Fokus Kurikulum

42. Fokus utama kurikulum adalah meningkatkan prestasi UPSR dari segi kuantiti dan
kualiti:

42.1 Murid lulus semua M/P sekurang-kurangnya 90 % (menguasai tahap
minima).

42.2 Peratus murid yang mendapat 6A sekurang-kurang 10% (6/59 orang) .

43. Program, tindakan,aktiviti yang akan dijalankan ialah Perancangan Strategik
Kurikulum, Perancangan Strategik Peningkatan UPSR,Pemantauan Berkualiti,
Perjumpaan Waris Tahun 6. P & P berfokus/ KBAT/ PAK 21.

44. Berikut adalah teks pencapaian utama KPI.

BFOKUS INDEKS PENCAPAIAN UTAMA (KPI)
I UTAMA
L

Tahun 1 1.1 Semua murid menguasai 3M dengan baik sekurang-kurangnya K1 hingga K5
1.2 Semua murid menguasai kemahiran Numerasi dengan baik sekurang-
Tahun 2 kurangnya K1 hingga K7
Tahun 3
1 1.3 Semua murid menguasai 3M dengan baik sehingga K12
Tahun 4 1.4 Semua murid menguasai kemahiran Numerasi dengan baik sekurang-
kurangnya K1 hingga K12
Tahun 5
1.5 Semua murid menguasai 3M dengan baik sehingga K12
1.6 Semua murid menguasai kemahiran Numerasi dengan baik sekurang-
kurangnya K1 hingga K12

1.7 Semua murid menguasai 3M dengan baik sehingga K12
1.8 Semua murid menguasai kemahiran Numerasi dengan baik sekurang-
kurangnya K1 hingga K12
1.9 Semua murid menguasai kemahiran menjawab soalan UPSR (pendedahan
awal)

1.10 Semua murid menguasai 3M dengan baik sehingga K12
1.11 Semua murid menguasai kemahiran Numerasi dengan baik sekurang-
kurangnya K1 hingga K12
1.12 emua murid menguasai kemahiran menjawab soalan UPSR

10 | H a l a m a n

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

ii) Fokus HEM

45. Fokus utama Hal Ehwal Murid ialah meningkatkan prestasi kehadiran murid dan
sifar ponteng serta mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 95 %.Mencapai
peratus ponteng tegar 0%. Mencapai 95 % kelakuan baik dan terpuji .

46. Program, tindakan,aktiviti yang akan dijalankan ialah Perancangan Strategik HEM,
Perancangan Taktikal, Peningkatan Kehadiran murid,pemantauan rekod
kedatangan murid,Perjumpaan waris murid ponteng, perjumpaan waris murid
masalah disiplin, meningkatkan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

iii) Fokus Kokurikulum

47. Fokus utama ialah meningkatkan penglibatan murid dalam semua aktiviti Ko
Kurikulum Sekolah seperti sukan dan Permainan,kelab dan Persatuan,Unit
Berunifom.

48. Program/tindakan/aktiviti:

48.1 Perancangan Strategik Kokurikulum.
48.2 Perancangan Operasi Kokurikulum.
48.3 Pemantauan Aktiviti murid.
48.4 Perjumpaan Waris.
48.5 Penyertaan sekolah dalam pelbagai aktiviti luar

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

c) Pengurusan Kewangan Sekolah

i) Kumpulan wang sekolah

49. Terdiri daripada tiga jenis kumpulan wang yang bertanggungjawab kepada
pengurus sekolah untuk diurus dan diperakaunkan mengikut peraturan dan
tatacara yang telah ditetapkan.

50. Jenis-jenis kumpulan wang sekolah:

50.1 Kumpulan wang kerajaan ( KWK )
50.2 Kumpulan wang SUWA ( KWS )
50.3 Kumpulan wang Asrama ( KUWA )

ii) Tatacara perolehan kumpulan wang sekolah

51. Tentukan barang hendak dibeli.semak daftar stok samada di paras minima.Semak
baki peruntukan samada mencukupi atau tidak. Mengenal pasti syarikat atau
pembekal.Dapatkan sebut harga daripada syarikat untuk perbandingan
harga.Permohonan pembelian melalui Nota Minta dan kelulusan pengurusan
sekolah.

11 | H a l a m a n

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

52. Dapatkan kelulusan ketua PTJ jika melibihi had nilai RM10,000.Isi borang
pesanan tempatan(LO).Terima barangan dan semak kualiti, kuantiti berdasarkan
pesanan.

iii) Kaedah perolehan

53. Panjar wang runcit,Kontrak pusat,Pembelian terus,Sebut harga,Tender,
Rundingan,perolehan terus, darurat,Melalui jabatan teknik,melalui perkhidmatan
perunding,Perolehan melalui perlanjutan/perubahan kontrak, penggunaan kontrak
jabatan lain.

Agenda IX: HAL-HAL LAIN

a) Hari pertama 2021.

54. Perhimpunan pagi (7.40 - 8.15), Tiada orientasi Tahun 1,Pengurusan organisasi
kelas oleh guru kelas,Pembelajaran bermula pada 8.15 pagi atau 7.45 pagi.

b) Pengajaran dan pembelajaran

55. Mengikut jadual waktu. Semua murid mempunyai buku teks, buku tulis, alatulis,
kerusi, meja.Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas pada 8.15/7.45
pagi termasuklah pengawas.Tiada sebarang tindakan disiplin boleh diambil pada
hari pertama minggu pertama. Semua guru tidak dibenarkan mengutip sebarang
bayaran sehingga di beritahu kelak. Semua keperluan murid diuruskan melalui
koperasi/ kedai buku sekolah.

56. Pemantau (PPD/JPN/KPM/JNJK) akan berada di sekolah seawal pagi .Semua
guru dan pentadbir mesti berada di sekolah.Edaran buku teks/tulis/kerja tidak
dibenarkan pada waktu PdP.

57. Minggu pertama 2021:Minggu Orientasi Pra Sekolah ,Program Transisi Tahun 1
(43 hari). Program Motivasi untuk murid tahun 2 hingga 6.Semua keperluan alat
tulis murid diuruskan oleh waris dengan kedai buku sekolah.

c) Pengurusan PBD

58. Pengerusi memaklumkan guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran
meliputi pemerhatian, lisan dan penulisan melalui pelaksanaan PdP dalam
bilik darjah.Guru perlu meningkatkan kemahiran membuat pertimbangan dan
memberi justifikasi terhadap setiap murid serta sentiasa merekodkan
perkembangan pembelajaran murid. Hasil kerja murid merupakan salah satu
bukti perkembangan pembelajaran murid.

59. Dalam merancang PdP dan kaedah pentaksiran, guru perlu, meneliti dan
memahami kandungan setiap tajuk dalam DSKP.Menentukan objektif

12 | H a l a m a n

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dan yang hendak ditaksir oleh guru.
Objektif pembelajaran hendaklah selari dengan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang telah dikenal pasti.

60. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan boleh
dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan.Pentaksiran ini dijalankan
secara berterusan untuk mendapatkan maklumat pentaksiran yang lebih jelas
dan tepat berkaitan dengan keupayaan, perkembangan dan kemajuan murid.
Penentuan kaedah pentaksiran ini bergantung kepada objektif pembelajaran
yang hendak ditaksir dan bersesuaian dengan keupayaan murid.Instrumen
pentaksiran yang digunakan bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang
dan kaedah pentaksiran yang dipilih.

61. Instrumen yang dibina seharusnya mengukur apa yang hendak diukur.
Contoh instrumen yang boleh dibina ialah: Kertas soalan ujian ,Anekdot,Soal-
selidik,Lembaran kerja ,Rekod berterusan “running record”,Skala kadar ,Senarai
semak

62. Guru melaksanakan pentaksiran secara berterusan dalam PdP dengan
menggunakan kaedah:
(i) lisan,
(ii) bertulis dan
(iii) pemerhatian

d) Penetapan Tarikh Cuti Peristiwa

63. Pengerusi akan memaklumkan tarikh cuti peristiwa berdasarkan takwim
persekolahan 2021. Beliau akan memaklumkan kemudian tarikh tersebut.

e) Pondok angkat Panitia
i) Panitia BM – pondok bersebelahan laluan ke blok B.
ii) Panitia BI - pondok kedua drp lorong ke blok B .
iii) Panitia M3 - pondok bertentangan bilik mesyuarat .
iv) Panitia Sn - pondok besebelahan bilik rawatan.

f) Program „team building’

64. Program tersebut ditangguhkan

g) Calon pengawas SPM 2021

65. Pihak sekolah diminta mencalonkan pengawas SPM dikalangan guru dan AKP

h) Sumbangan-sumbangan kepada murid miskin oleh:
i- Pejabat zakat Pendang
ii- Pejabat Kastam Sungai Petani
iii- Individu lain.

13 | H a l a m a n

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

66. Encik Mohd Ariff memaklumkan, sekolah akan mendapat sumbangan daripada
badan bukan kerajaan atau “NGO” yang berjumlah rm100 untuk 5 orang murid
yang mempunyai kriteria yang kurang berkemampuan.Beliau meminta agar
sekolah memilih 5 orang murid untuk menerima sumbangan tersebut.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

i) APDM

67. En Mohd Azuwan meminta semua guru kelas mengemaskini (APDM ) Aplikasi
Pangkalan Data Murid sebelum 15 Disember 2020. Hal ini kerana terdapat
beberapa maklumat yang belum lengkap diisi oleh guru kelas. Tarikh pembukaan
semula APDM adalah pada 31 Januari 2021.

Tindakan : Guru Kelas tahun 1 hingga 6

68. Puan Syakiroh meminta agar senarai nama penuh murid 2021 di hantar ke dalam
“group Telegram” untuk memudahkan guru kelas mengemaskini data dan

mengetahui status murid terkini di dalam kelas.

69. En Mohd Azuwan memaklumkan senarai nama murid terbaru bagi tahun 2021
akan di berikan kepada guru-guru pada Mesyuarat Panitia nanti.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

j) Kawalan murid selepas waktu PdP

70. Encik Mohd Ariff mencadangkan, apabila sesi persekolahan bermula rutin dan
aktiviti diteruskan seperti biasa di hadapan dewan pada waktu selesai PdPC iaitu
waktu balik. Murid diminta berkumpul di dewan.Hal ini bagi mengelakkan daripada
murid yang berkumpul di garaj kereta guru akan menimbulkan masaalah kepada
kereta guru nanti, selain itu terdapat kesesakan murid di garaj kereta guru.
Setelah murid berkumpul di dewan, ibu bapa yang datang, murid terus pergi ke
ibu bapa mereka. Beberapa cadangan daripada Encik Mohd Zamri pada tahun
lepas supaya buka pagar belakang sekolah bagi mengelakkan murid berkumpul
terlalu ramai dipagar hadapan sekolah.

71. Puan Fadzilah mencadangkan agar guru mata pelajaran terakhir yang akan
mengawal pergerakan murid keluar kelas ke dewan.

72. Cadangan tersebut akan dibincangkan kemudian.

k) SKPMg2

73. Pengerusi memaklumkan, beliau telah selesai membuat pengesahan pengisian
online SKPMg2 dan tarikh terakhir pengesahan untuk SKPMg2 adalah pada hari
khamis 31 November 2020.

14 | H a l a m a n

Mesyuarat Guru Bil.01/2021

74. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana peningkatan markah
Standard 4,PDPC.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

Agenda X: PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan
surah al-Asr.

Disediakan oleh : Telah disemak oleh:

.................................................. ................................
(Nor Hidayah Binti Jamaluddin) (Mohamad Zamri Bin Che Harun)

Setiausaha Guru Besar
Mesyuarat Guru 2021 SK Ayer Puteh Pendang

Tarikh : 14 Februari 2021 (Ahad )

15 | H a l a m a n


Click to View FlipBook Version