The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJKC, 2021-04-27 00:01:44

SJKC CH2-Cheng Shao Qi

SJKC CH2-Cheng Shao Qi

Cheng Shao Qi

Pendahuluan

■ Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein merupakan seorang tokoh pemimpin negeri Johor yang
amat berjaya dalam bidang politik. Beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10
Mac 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi Sembrong, Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan
Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia. Dato’ Seri Hishammuddin
merupakan seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan bertekad untuk membangunkan
kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang. Beliau telah
melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan
dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Sebagai penduduk di negeri Johor wajiblah mengenali
dan menghormati tokoh pemimpin di negeri Johor.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein

Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein
Menteri Luar Negeri

~ Tarikh Lahir : 5 Ogos 1961 (umur 59)
~ Tempat lahir : Johor Bahru
~ Isteri : Marsilla Tengku Abdullah

~ Anak : Nasha Alyssa (32 tahun)
Faris Hussein (28 tahun)
Kyra Arianna (24 tahun)
Fahd Hussein (23 tahun)

Hubungan Kekeluargaan

■ Datuk Seri Panglima Hishammuddin adalah anak kepada Tun Dato' Hussein Onn,
Perdana Menteri Malaysia ke-tiga Malaysia dan cucu kepada Dato' Sir Onn Dato'
Jaafar, yang juga merupakan pengasas UMNO. Hishamuddin juga adalah sepupu
kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Isteri beliau, Yang Mulia Tengku
Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Bendahara Dato' Sri Abdullah, Puteri
Raja Pahang, Malaysia. Anak-anak beliau ialah: Nasha Alyssa Hisammuddin (lahir 23
Mac 1989), Faris Hishamuddin (lahir 11 September 1992), Kyra Arianna
Hishammuddin (lahir 31 Mei 1996) dan Fahd Hishamuddin (lahir 31 Mei 1997).

■ Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia.[

Biodata Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli
politik dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan kini beliau
menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Mac 2020. Beliau telah
berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak
2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah Menteri Pelajaran dari tahun 2004-2009.
Beliau telah disebut sebagai kemungkinan pengganti kepada sepupunya, Perdana
Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak. Beliau ialah anak kepada Perdana
Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri
Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.

Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana
Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO
dan pejuang kemerdekaan Malaya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala
Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan
jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice
Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales,
Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-
Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya
melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi
LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat
pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.

Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin
merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang
kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan
kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee
Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).
Isterinya, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku
Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia.Hishamuddin
dan Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla telah
dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien,
Kyra Arianna dan Fahd Hussein. Anak sulung Hishamuddin iaitu Nasha
Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K),
suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Pedidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur
Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1973. sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta.

Beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke
Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M
Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan
Korporat pada 1988 di Sekolah
Ekonomi London, United Kingdom.

Kerjaya

Dato’ Seri Hishammuddin bin
Hussein

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua
UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia
dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.
Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding
di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah
berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan
semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen
Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau
menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978
undi.
Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk
membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah
matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di
pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik
sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri
Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013
pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan
Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan
kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri
Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015,
beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di
dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab
beliau sebagai Menteri Pertahanan. Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Pada 10 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelapan, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dato’ Seri HisShuammbmanugdadnin bin Hussein

Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri,
beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf
kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian.
Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau
untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.
Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah
seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk
memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK)
mengenai usaha mengurangkan jenayah.

Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar-besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan
jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh
diperbetulkan, bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan
apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.



Penutup

■ Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein seorang tokoh yang mendukung kedaulatan, kekuasaan,
maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Beliau sentiasa berkomited dan berdedikasi berkhidmat untuk
negara kerana baginya, Malaysia adalah tanah air beliau dan perlu menjaga kedaulatan. Beliau berpegang
teguh kepada kejujuran, kegigihan dan integriti yang menjadi landasan pentadbiran beliau dalam bidang
politik. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein menggunakan portfolio baharunya untuk berhubung dan
menghidupkan semula hubungan diplomatik dengan ramai pemimpin luar negara yang pernah dikenali
supaya status negara Malaysia dapat diperkukuhkan di peringkat antarabangsa. Setakat ini, beliau sudah
berjaya membina rangkaian melalui diplomasi pertahanan dengan ramai pemimpin luar negara. Beliau juga
menunjukkan keikhlasan dan menunaikan tanggungjawab tanpa dibelenggu dengan pertimbangan peribadi,
politik, kebencian dan sebagainya semasa menyandang jawatan di Kementerian Luar Negeri.


Click to View FlipBook Version