The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jpj, 2022-10-03 20:06:33

DAR-DASAR ANTI RAHSUAH

DAR-DASAR ANTI RAHSUAH

POLISI
TIADA
HADIAH

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

LATAR BELAKANG

Bertujuan untuk membendung salah guna kuasa yang mungkin
mempengaruhi Warga JPJ dalam proses membuat keputusan atau

meletakkan Warga JPJ dalam konflik kepentingan.

Berpandukan kepada Kod Etika JPJ dan peraturan-peraturan yang
sedia ada bagi mengelak sebarang konflik kepentingan atau persepsi
negatif yang melibatkan mana-mana pihak dalam mana-mana urusan

antara JPJ dan pihak-pihak luar.

Warga JPJ perlu mengamalkan dan menunjukkan layanan sama rata,
profesionalisme yang tidak berat sebelah dan tiada diskriminasi

terhadap orang awam, rakan niaga/bakal rakan niaga, vendor/bakal
vendor, pembekal/bakal pembekal, pelanggan, pekerja dan mana-
mana individu perseorangan atau organisasi serta syarikat yang

berurusan dengan JPJ.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

TAFSIRAN HADIAH

Hadiah termasuklah wang, harta alih atau tak alih,
kenderaan, tambang percuma, saham, tiket loteri,
kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian
kelab, apa-apa bentuk diskaun atau komisen, hamper,

barang kemas, perhiasan, apa-apa pemberian,
cenderamata, atau apa-apa benda yang bernilai yang
diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu, isterinya
atau mana-mana orang lain, bagi pihaknya daripada

mana-mana orang, dengan tiada balasan (without
consideration) atau balasan yang diketahui oleh
pegawai itu tidak mencukupi ataupun mencukupi.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

LARANGAN PENERIMAAN DAN
PEMBERIAN HADIAH YANG

BERKAITAN DENGAN TUGAS AWAM

POLISI TIADA HADIAH

Warga JPJ tidak boleh meminta, menerima, menawar dan memberi sebarang hadiah, imbuhan atau
perkhidmatan daripada mana-mana pihak. JPJ percaya bahawa dasar ini akan mengelak persepsi negatif atau
kewujudan konflik kepentingan dalam semua urusan antara JPJ dan pihak ketiga yang berkepentingan atau
orang awam yang berurusniaga dengan JPJ.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

LARANGAN

Meminta, menerima, menawar dan memberi apa-apa hadiah semasa menjalankan tugas
rasmi atau berkaitan dengan mana-mana urusniaga yang boleh mempengaruhi tugas
dan fungsi sebagai warga JPJ.
Cubaan untuk meminta, menerima, menawar dan memberi apa-apa hadiah atau
perjanjian bagi melakukan/mendapatkan apa-apa balasan.
Meminta, menerima, menawar dan memberi untuk mempengaruhi tindakan dalam
membuat keputusan.
Meminta, menerima, menawar dan memberi, untuk mewujudkan konflik kepentingan.
Penajaan dalam mana-mana bentuk, daripada mana-mana program, aktiviti, dan urusan
JPJ.
Diskaun, rebat, pengecualian dan apa-apa bentuk lain daripada insentif kewangan atau
faedah diberikan kepada warga JPJ oleh pihak-pihak berkepentingan.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

HADIAH YANG DIBENARKAN

Pengiktirafan berbentuk sijil, plak, kad atau Item seminar/kursus iaitu beg seminar dan
nota terima kasih, atau dalam apa-apa bentuk kandungan atau bahan lain termasuk makan dan

cenderahati atau tanda mata atau minum yang diberikan kepada semua peserta
penghargaan semasa menghadiri majlis rasmi. seminar/kursus

Buku, risalah, penerbitan dan data serta lain- Biasiswa atau geran penyelidikan atau geran
lain maklumat atau bahan bacaan yang secara perjalanan atau perbelanjaan di dalam atau di
luar Malaysia (seperti elaun pengangkutan,
langsung berguna kepada jabatan. makanan dan penginapan) bagi urusan rasmi
setelah mendapat kelulusan bertulis daripada
KSU atau KP dan selaras dengan undang-undang

terpakai, peraturan perkhidmatan awam

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

HADIAH YANG DIBENARKAN

Hadiah/cenderahati yang tidak diminta yang ditawarkan atau diberikan dalam majlis-majlis rasmi
jabatan dalam mana-mana program bagi mengeratkan persahabatan mengikut adat atau budaya

masyarakat setempat.
Honorarium yang diberikan kepada penceramah atau fasilitator dalam seminar/kursus dengan

syarat mengikut kadar kelayakan yang ditetapkan.
Makan tengah hari atau makan malam dengan pelanggan atau pihak berkepentingan jika makan

tengah hari atau makan malam tersebut tidak dapat dielakkan semasa urusan rasmi.
Sampel produk yang diberikan oleh pihak ketiga.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PEMULANGAN HADIAH

Jika mana-mana warga JPJ, menerima hadiah,
hendaklah dengan serta-merta, menolak
dengan sopan pemberian tersebut dan
memaklumkan penguatkuasaan polisi ini.
Sekiranya pemulangan hadiah tidak sesuai

atau tidak praktikal, yang melibatkan hadiah
mudah rosak, hadiah itu hendaklah

didermakan kepada institusi kebajikan atau
pertubuhan kebajikan atau rumah anak yatim
atau rumah amal atau rumah orang tua yang
difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan

daripada Ketua Jabatan.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PENERIMAAN
HADIAH

Sekiranya penerimaan hadiah tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab
yang tertentu, penerima hadiah hendaklah dalam masa 24 jam
melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PENDAFTARAN HADIAH

Selain dari hadiah yang dibenarkan, apa-apa hadiah yang diterima tanpa
mengira nilai atau jenis, akan didaftarkan di Bahagian Integriti atau Unit
Integriti Negeri. Maklumat mengenai hadiah itu hendaklah direkodkan
dalam pendaftaran Akuan Penerimaan Hadiah.

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM

SOALAN

Apakah yang dimaksudkan hadiah ?

JAWAPAN

Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 ( PP 3/1998 ), hadiah
termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan,
hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisen, hamper, barang
kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada diterima pegawai
itu. ( Rujuk Para 4 - PP 3/1998 )

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM

SOALAN

Bolehkah Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan meminta dan menerima apa-apa
sumbangan berupa barangan atau wang ringgit daripada luar yang tiada hubungan
rasmi ?

JAWAPAN

Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan
secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu
melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan
sumbangan atau peruntukan masing-masing. ( Rujuk Para 21 PP 3/1998 )

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM

SOALAN

Bolehkah pegawai awam menerima tambang tiket penerbangan percuma yang ada
kaitan dengan tugas rasmi ?

JAWAPAN

Tidak boleh kerana menjurus kepada kesalahan jenayah rasuah di mana sebagai
balasan bagi sesuatu kerja yang telah diberikan. ( Rujuk Para 12 PP 3/1998 )

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM

SOALAN

Bolehkah sumbangan yang berbentuk cenderamata diberikan penceramah seorang
penjawat awam ?

JAWAPAN

Boleh diberikan tetapi tidak digalakkan. Sekiranya hendak memberi disediakan
berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan
cetak jabatan. ( Rujuk Para 20 PP 3/1998 )

e–FLYERS
BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SUMBER RUJUKAN

Akta Suruhanjaya Pencegahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Tahun 1998, Garis Panduan Pemberian
dan Penerimaan Hadiah Dalam
Peraturan- peraturan Pegawai Awam Perkhidmatan Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Arahan Jabatan Bil.1 Tahun
JPJ.BI.100/1/6/1 (21) Garis Panduan
Pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT PENGUKUHAN INTEGRITI,
BAHAGIAN INTEGRITI
IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA

ARAS 4, NO.26, JALAN TUN HUSSEIN,
PRESINT 4

62100 PUTRAJAYA

Telefon : 03-8892 8659
Faksimili : 03-8881 0634
Emel : [email protected]


Click to View FlipBook Version