The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuruliman_puteri, 2024-03-05 02:06:17

MANUAL PENGURUSAN 2024 5 Mac2024

MANUAL PENGURUSAN 2024 5 Mac2024

1 MANUAL PENGURUS AN 2024 2025 SMK DANGI 73100 JOHOL 06-4368529 [email protected] NAMA : ____________________________________


2 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKASURAT IKRAR PERKHIDMATAN AWAM IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM TERAS PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAB 1 : MAKLUMAT UMUM PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 LENCANA SEKOLAH LAGU SEKOLAH MAKLUMAT GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH ENROLMENT STAFF DAN PELAJAR PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH CARTA ORGANISASI DAN CARTA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN SEKOLAH BAB 2 : PERINCIAN TUGAS PORTFOLIO TANPA JAWATAN 2.1 KOMPONEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PM01 | GURU KELAS PM02 | GURU BERTUGAS HARIAN PM04 | SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2.2 KOMPONEN KURIKULUM PM07 | KETUA PANITIA PM08 | SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN PM09 | SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM PM10 | PENYELARAS ICT LANTIKAN DALAMAN 2.3 KOMPONEN HAL EHWAL MURID PM13 | KETUA GURU DISIPLIN PM14 | PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 2.4 KOMPONEN KOKURIKULUM PM16 | SETIAUSAHA SUKAN PM18 | GURU PENASIHAT KOKURIKULUM BAB 3 : PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA SEKOLAH 3.1 KOMPONEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JM01 | JK PENGURUSAN SEKOLAH JM02 | JK PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH JM03 | JK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JM04 | JK PENGURUSAN KEAWANGAN , AKAUN DAN ASET SEKOLAH


3 JM05 | JK STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JM08 | JK PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) JM09 | JK KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN 3.2 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KOMPONEN KURIKULUM JM21 | JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM JM22 | JK PANITIA MATA PELAJARAN JM23 | JK PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN JM24 | JK PUSAT SUMBER 3.3 KOMPONEN HAL EHWAL MURID JM25 | JK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID JM26 | JK PENGURUSAN DISIPLIN MURID JM27 | JK PENGURUSAN 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN) JM28 | JK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3.4 KOMPONEN KOKURIKULUM JM30 | JK PENGURUSAN KOKURIKULUM JM32 | JK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH JM33 | JK KOPERASI SEKOLAH BAB 4 : LAMPIRAN 4.1 TAKWIM 4.2 JADUAL GURU BERTUGAS


4 Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras- teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh- musuh negara Berpegang teguh kepada ajaran agama IKRAR PENJAWAT AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut : Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah; Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam dan negara; dan Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM


5 SURAT AKU JANJI Saya, …………………………………………………………………………. No. Kad Pengenalan …….…….………….……………… beralamat di …………………………………………………….….…………..………………………………………………………………. dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya ; (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh sungguh, cekap,jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai Ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ……………………………………………… ……………………………………………………….. (Tanda tangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di hadapan saya ……………………………………………………….. (Tanda tangan Ketua Jabatan) ……………………………………………………………………………. (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ……………………………………………….. …………………………………………………………… (Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)


6 TERAS PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara VISI MISI Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. 2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. 3. Menyeliakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN


7 “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] KURIKULUM KEBANGSAAN


8 BAB 1 MAKLUMA T UMUM PENGURUS AN SEKOLAH 2024 2025 SMK DANGI 73100 JOHOL 06-4368529 [email protected]


9 LENCANA SEKOLAH HIJAU Melambangkan kehidupan masyarakat sekitar berasaskan pertanian, sara diri dan perladangan megikut perkembangan teknologi KUNING Melambangkan sarana dan sikap masyarakat yang sentiasa berganding bahu dengan pihak sekolah BUKU Melambangkan sumber ilmu yang membawa kesempurnaan dan keberkataan hidup. LENCANA SEKOLAH Sekolah Menengah Dangi Tempat lahir putera puteri Segala Amanah diberi Akan kami kotai Ilmu suluh hidup kami Dituntut bersungguh hati Kepada negara pertiwi Kami rela berbakti Ini janji kami Ini ikrar kami Ini tekad kami Usaha dan berbakti Berbagai bangsa di dalamnya Perpaduan di utama Pada sekolah yang tercinta Nama harum sentiasa LAGU SEKOLAH


10 MAKLUMAT GURU DAN KAKI TANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DANGI, 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN. BIL NAMA GRED NO KP JAWATAN OPSYEN NO TELEFON 1 Mimee Mastura Binti Isa DG54 67061705 072 Pengetua Kesusasteraan Melayu & Sejarah 0162911737 2 Zainuzzamree bin Mat Samah DG54 690924055089 GPK Pentadbiran Bahasa Melayu & Sejarah 0136049844 3 Muhammad Asri bin Husin DG52 691129055359 GPK Hal Ehwal Murid Bimbingan & Kaunseling 0133972809 4 Sunita Binti Mukhtar DG52 730806035312 GPK Kokurikulum Ekonomi/Matematik 0196047280 5 Ashikin Bin Hamzah DG52 730802055498 GKMP Bahasa Kesusasteraan Melayu/ Sejarah 0136321819 6 Abdul Muez Bin Abu Hassan DG48 660124055307 GKMP Sains & Math Biologi 0122499548 7 Dahliawati Binti Ishak DG48 731118055074 GKMP Kemanusiaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 019-3441925 8 Siti Aminah Binti Adenan DG44 841209055448 GKMP TVET Ekonomi 0176287303 9 Siti Aishah Binti Abd Razak DG41 930519146600 GBK Bimbingan & Kaunseling 012198506 10 Azrai Bin Mohd Noor DG44 880514055139 Guru Akademik TeSL/Pengajian Inggeris 0172777401 11 Zeliha Binti Sahak DG44 850526135788 Guru Akademik Teknologi Maklumat 0193459200 12 Norliza Binti Zainal DG44 870611055502 Guru Akademik Matematik/ Kimia 0136060056 13 Siti Aminah Binti Adenan DG44 841209055448 Guru Akademik Ekonomi 0176287303 14 Mohd Kamal bin Daud DG29 820713055137 Guru Akademik Pengajian Islam 0193635274 15 Mr. X DGX XXXXXXXXXXXX Guru X X XXXXXXXX 16 Aainaa Nabilah Binti Ramlan N19 950516055678 Pembantu Tadbir 0176814098 17 Shazleena Binti Mohd Ariff C 19 861103595524 Pembantu Makmal 0176977599 18 Muhammad Asri bin Sudin N11 920320055329 Pembantu Operasi 0196774976


11 ENROLMEN STAF 2024 STAF Melayu Cina India Orang Asli Jumlah Jumlah Semua L P L P L P L P L P Akademik 7 7 0 0 0 0 0 0 7 6 14 Sokongan 1 2 0 0 0 0 0 0 1 1 3 JUMLAH 8 9 0 0 0 0 0 0 8 7 17 ENROLMEN MURID TAHUN 2024 Bil Nama kelas Bil kelas Melayu Cina India Asli Islam Asli bukan Islam Lainlain Jumlah L P L P L P L P L P L P L P 1 Peralihan 2 1M 1 3 2M 1 2 6 0 0 1 1 0 2 1 3 0 0 4 12 4 3M 1 5 4 0 0 1 1 1 0 3 0 0 0 10 15 5 4M 1 3 3 0 1 1 0 0 0 1 3 0 0 5 7 6 5M 1 1 6 0 0 1 2 0 0 0 2 0 0 2 10 Jumlah JUMLAH MURID KESELURUHAN 44


12 PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 1. Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian sematamata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. Kedatangan 2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum permulaan waktu sekolah dan merakamkan waktu datang dan balik di mesin perakam waktu dengan menggunakan kad masing-masing. 2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munsabah. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. Keluar Waktu Mengajar 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Guru/staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya. Sebelum keluar, guru/staf perlu mengisi buku kebenaran keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan. 3.4 Guru hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.


13 4. Cuti 4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal 4.1.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046, SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember, 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankatugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit 4.2.1 Bagi rawatan sebagai pesakit luar, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 4.2.2 Bagi rawatan sebagai pesakit dalam, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta/pegawai Perubatan Kerajaan tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua setiausaha.(SPP 2/2006) 4.2.3 4.2.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor perlu berehat. Oleh itu, guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah. 4.3 Cuti Rehat Khas(CRK) 4.3.1 CRK sebanyak 10 hari dalam satu tahun kalender ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 4.3.2 CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat (“Golden Handshake”) bagi Pegawai yang layak. 4.3.3 4.3.4 4.3.5 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon.Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan sepertimana dinyatakan di perenggan 16 dan 17. Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang pemohonan sekurang-kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. Cuti Rehat Khas bukanlah hak tetapi keistimewaan. 4.4 Cuti tanpa rekod SPI BIL 4/2015 4.4.1 Cuti khas isteri bersalin sebanyak 7 hari diberikan sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 4.5 Cuti Tanpa Gaji 4.5.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebabsebab persendirian yang mustahak. 4.5.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 4.5.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.


14 4.5.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 4.5.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.6 Cuti Keluar Negara 4.6.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewatlewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5. Arahan dan Pekeliling 5.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 5.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah disimpan di dalam fail khas. 5.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran/PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 6. Pakaian 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 6.2 Guru lelaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6.3 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.4.1 Guru perempuan - seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 6.4.2 Guru lelaki - seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6.5 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher sepanjang waktu persekolahan. 6.6 Semua staf hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008. 7. Perhubungan Sesama Guru 7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 8. Bilik Guru


15 8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 9. Perjawatan dan Pengajaran 9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua. 9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Cemerlang, ketua Bidang atau Penolong Kanan. 10. Tugas Guru 10.1 Guru akan diberi tugas dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 10.2 Arahan untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti menghadiri kursus/mesyuarat PPD/JPN /KPM perlu dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 10.3 Guru yang menghadiri mesyuarat/kursus dikehendaki menulis Minit Curai dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di Pejabat sekolah. Minit Curai perlu diserahkan kepada Pengetua pada hari persekolahan selepas mesyuarat/kursus itu. 10.4 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar diwajibkan menyediakan lembaran kerja/tugasan bertulis untuk murid dan menyerahkannya kepada Guru penolong Kanan. 11. Buku Rekod Mengajar 11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangai oleh Pengetua/Penolong Kanan. 11.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti. 11.3 Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini. 11.4 11.5 Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut. Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan.


16 11.6 11.7 Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan dalam minggu ini hendaklah dicatat dalam ruang harian. Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu dijaga dengan baik dan bersih. Semua kertas kenyataan lain hendaklah dikepitkan dengan kemas dan disimpan berasingan. 12. Jadual Waktu Mengajar 12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. 12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 12.3 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 13. E Hadir 13.1 Buku ini adalah satu dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang kesalahan. Sebarang kesilapan catatan dalam buku ini hendaklah dipotong dan ditandatangani oleh guru berkenaan. Guru dilarang menggunakan pemadam ( liquid paper ) bagi membetulkan sebarang kesilapan. 13.2 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 13.3 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya. 13.4 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. 13.5 Surat amaran/buang sekolah hendaklah disediakan dan dikirim ke ibu bapa/penjaga mengikut ketetapan pada Surat Pekeliling SMKD 1/2006 13.6 Analisis mesti dibuat oleh guru tingkatan dan perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut, bukannya pelajar, pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Hal Ehwal Murid 13.7 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik khas tanpa kebenaran Pengetua. 14. Keselamatan Harta Benda Sekolah 14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Penolong Kana HEM. 14.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lainlain. 14.3 Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan dan Ketua Bengkel dengan kerjasama guru-guru lain mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah mempamerkan di bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar. Guru hendaklah mengawasi pelajar untuk:-


17 14.3.1 Mengambil peralatan sukan dan permainan 14.3.2 Melatih sukan dan permainan di padang 14.3.3 Menjalankan kerja-kerja amali/pratikal 14.3.4 Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi 14.3 5 Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan di pintu masuk bengkel, makmal dan seumpamanya. 14.3.6 Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di sekolah. 15. Kebersihan 15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 15.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. 16. Surat-menyurat. 16.1 Semua surat rasmi yang menggunakan “letter-head” sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua / atau pegawai yang di beri kuasa untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 17. Surat Yang Diterima. 17.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap kehendak surat-surat tersebut. 17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah : 17.3.1 Mengambil tindakan yang diperlukan. 17.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang, maka maklumat tersebut hendaklah ditaip pada borang. Surat litup/iringan perlu disediakan untuk dihantar bersama dengan borang yang lengkap diisi. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup hendaklah disimpan dalam fail pejabat sekolah. 18. Urusan dengan Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah. 18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian. 19. Pelawat/Jurujual 19.1 Semua pelawat MESTI berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjualpenjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.


18 19.2 Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan sewaktu persekolahan. 20. Pembelian Barang 20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang pesanan dalaman(Pink form) yang disimpan di rak pejabat. 20.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 20.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan(LO). 20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serat-merta dalam buku stok/daftar inventori dengan tepat dan kemas. 21. Buku Stok / Inventori 21.1 21.2 Guru kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalm buku stor atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/ Penolong Kanan. Guru Kanan mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua. 22. Perhimpunan Sekolah 22.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 22.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 23. Mesyuarat Sekolah 23.1 Kehadiran guru ke mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia adalah diwajibkan. 23.2 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek dan selipar tidak dibenarkan. 24. Kegiatan Kokurikulum 24.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. 24.2 24.3 24.4 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum pada setiap hari Rabu, jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar semasa aktiviti apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat. Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua pelajar.


19 24.5 Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajarpelajar dalam bidang kepemimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School With Character’ ) Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan. 25. Tanda Nama 25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah. 26. Keahlian Kelab Guru/PIBG 26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab staf dan PIBG sekolah. 26.2 Jumlah yuran kelab staf tertakluk kepada keputusan mesyuarat kelab. 27. Penggunaan Alat-alat Sekolah. 27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah digunakan secara betul serta mengikut peraturan. 27.2 Sekiranya peralatan dari Unit yang lain, kebenaran daripada Ketua Unit berkenaan mesti didapat sebelum peralatan boleh digunakan. 27.3 Guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera selepas digunakan. 27.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta-merta kepada Ketua Unit berkenaan. 28. Telefon 28.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam/bimbit untuk urusan peribadi. 28.2 Penggunaan telefon bimbit dibenarkan pada waktu dan tempat yang sesuai. Penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan dan sebagainya adalah DILARANG. 29. Kunci 29.1 Semua kunci sekolah mesti disimpan di pejabat. 29.2 Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.


20 30. Acara atau Majlis Sekolah 30.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah 31. Komputer Riba/ LCD Projektor 31.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projector hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. 31.2 Guru perlu pastikan komputer dan peralatan ICT digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 31.3 Guru perlu memulangan komputer riba ke pihak sekolah sebelum cuti sekolah. 32. Kutipan Bayaran 32.1 Wang yang dikutip mesti diserah kepada Pembantu Tadbir / Bendahari PIBG pada hari yang sama. Guru TIDAK dibenarkan menyimpan wang kutipan lebih daripada 24 jam. 32.2 Resit pembayaran perlu diberi kepada pelajar pada hari penerimaan wang. 32.3 Guru mesti mendapat resit pembayaran daripada Pembantu Tadbir/Bendahari PIBG setiap kali penyerahan wang kutipan. 33 PERINTAH AM BAB Bab D, 1993 Seksyen 19 33.1 Seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apaapa cara lain . 33.1.1 membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu; 33.1.2 memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya ; atau 33.1.3 memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya,dan dia juga boleh mengedar/menyebar apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau manamana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian atau jabatan dimana dia sedang berkhidmat. 33.2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudharatkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/ menyebar apa apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain. 33.3 Peraturan 4.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang diedarkan/sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri. 33.4 Bagi maksud peraturan ini, “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya. 34 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran 34.1 Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai sukatan pelajaran yang sah dikeluarkan oleh Pendaftar ( atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah Pelajaran Negeri ) bagi mata pelajaran yang diajar. 34.2 Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti dengan serapi-rapinya oleh semua guru.


21 34.3 Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan, sukatan pelajaran dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum. Guru-guru yang mempunyai sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing. 34.4 Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang tertentu dalam Buku Rekod Mengajar. 34.5 Ketua Panitia dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan akan menyusun rancangan ini bagi semua tingkatan/kursus.


2CARTA ORGANISASI SEKOLAH MENPETUNJUK Pengajaran dan Pentadbiran Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan dan Pentadbiran (B&K) Pengurusan dan Pentadbiran (AKP) MIMEPK HAL EHWAL MURID MUHAMMAD ASRI BIN HUSIN PKZAINUZZAGURU KAN1. ASHIK2. ABDU3. DAHL4. SITI AGURU KAUNSELING SITI AISHAH BINTI ABD RAZAK GURU PERPUSTAKAAN MOHD HAFIZ BIN MOHD FAMI GURU DATA ZELIHA BINTI SAHAK GU1. AZRAI 2. ZELIH3. KAMIS4. MOHD


2 NENGAH KEBANGSAAN DANGI 2024 PENGETUA EE MASTURA BINTI ISA K PENTADBIRAN AMREE BIN MAT SAMAH PK KOKURIKULUM SUNITA BINTI MUKHTAR NAN MATAPELAJARAN KIN BT HAMZAH UL MUEZ A.HASSAN LIAWATI BINTI ISHAK AMINAH BINTI ADENAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEMBANTU TADBIR AAINAA NABILAH BINTI RAMLAN PEMBANTU OPERASI MUHAMMAD ASRI BIN SUDIN PEMBANTU MAKMAL SHAZLEENA BINTI MOHD ARIFF URU AKADEMIK BIN MOHD NOOR A BINTI SAHAK SAH BINTI OSMAN D KAMAL BIN DAUD


2CARTA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN SEKGuru Kanan Mata Pelajaran Bahasa : ASHIKIN HAMZAH Matematik & Sains : ABDUL MUEZ ABU HASSAN Kemanusiaan : DAHLIAWATI ISHAK Teknik & Vokasional : SITI AMINAH ADENAN Ketua Panitia Bahasa Melayu : ZAINUZZAMREE Bahasa Inggeris: AZRAI Sejarah :ASHIKIN Matematik :MOHD HAFIZ Sains :ABDUL MUEZ Pendidikan Islam : MOHD KAMAL Pendidikan Moral : MUHAMMAD ASRI Pendidikan Seni Visual : MR. X Perniagaan :SITI AMINAH Geografi : ZELIHA Reka bentuk & Teknologi : KAMISAH PJPK : DAHLIAWATI Setiausaha Peperiksaan Dalaman AZRAI BIN MOHD NOOR Setiausaha Peperiksaan Awam ZELIHA SAHAK Penyelaras ICT ZELIHA SAHAK SU KURIKULUM SITI AMINAH ADENAN PEMIMEE MAKOMPONEN PENGURUSAN & KOMPONEN KURIKULUM PENTADBIRAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ZAINUZZAMREE MAT SAMAH Guru Penyelaras Bestari ZELIHA BINTI SAHAK Guru Perpustakaan & Media MOHD HAFIZ BIN MOHD FAMI Guru Data ZELIHA SAHAK Guru Kelas TING. 1 : MOHD KAMAL BIN DAUD TING 2: KAMISAH BINTI OSMAN TING 3: MR. X TING 4 : MOHD HAFIZ BIIN MOHD FAMI TING. 5: AZRAI BIN MOHD NOOR SU LDP SITI AISHAH BINTI ABD RAZAK Pembantu Tadbir (P/O) AAINAA NABILAH BINTI RAMLAN Pembantu Operasi MUHAMMAD ASRI BIN SUDIN Pembantu Makmal SHAZLEENA BINTI MOHD ARIF


3 KOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DANGI Guru Kaunseling SITI AISHAH BINTI ABD RAZAK Guru Disiplin DAHLIAWATI BINTI ISHAK Penyelaras SPBT KAMISAH BINTI OSMAN SU HEM SITI AISHAH BINTI ABD RAZAK JK Pengurusan 3K ABDUL MUEZ BIN ABU HASSAN Setiausaha Sukan DAHLIAWATI BINTI ISHAK Guru Penasihat Kelab Persatuan Kelab Kitar Semula : ZELIHA Kelab Inovasi : KAMISAH Kelab Rujun Negara : AZRAI Guru Penasihat Sukan & Permainan Badminton: MOHD KAMAL Bola Tampar :ASHIKIN Bola Sepak / Takraw : ABDUL MUEZ Guru Penasihat Badan Beruniform Kadet Polis : ZELIHA Kadet Remaja Sekolah : MOHD HAFIZ Setiausaha Kokurikulum MR. X Koperasi Sekolah SITI AMINAH ADENAN MOHD HAFIZ ENGETUA ASTURA BINTI ISA KOMPONEN HAL EHWAL MURID KOMPONEN KOKURIKULUM PENOLONG KANAN HEM MUHAMMAD ASRI BIN HUSIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SUNITA BINTI MUKHTAR


60 BAB 2 PERINCIAN TUGAS PORTFOLI O TANPA JAWATAN 2024 2025 SMK DANGI 73100 JOHOL 06-4368529 [email protected]


61 2.1 PERINCIAN TUGAS PORTFOLIO BERJAWATAN 2.1.1 - PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA) HM01. Pengetua HM02. Guru Penolong Kanan Pentadbiran HM03. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid HM04. Guru Penolong Kanan Kokurikulum HM12. Guru Kanan Mata Pelajaran (Bahasa/Kemanusiaan/Sains dan Matematik/Teknik dan Vokasional) 2.1.2 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) HM15. Guru Penyelaras Bestari HM16. Guru Perpustakaan dan Media HM17. Guru Data HM24. Guru Akademik KSSM 2.1.3 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (PTB-GBK) HM52. Guru Kaunseling 2.1.4 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (PTB-AKP) HM53. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) HM54. Pembantu Tadbir (Kewangan) HM58. Pembantu Operasi HM64. Pembantu Makmal


62 2.1.1 KATEGORI PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA) RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67: Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan. ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982: Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967. iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah iv. Surat Siaran KPPM Bilangan 5/1998: Tanggungjawab Mengajar Pengetua dan Guru Besar di Sekolah v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. vi. Standard Kompentensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia 2006, Institut Aminuddin Baki. vii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2/2007: PeruntukanWaktu Bagi Kegiatan Kokurikulum Di SekolahSekolah Rendah dan Menengah. viii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma. ix. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015, Edisi Percubaan Tahun 2015. x. Penjelasan Mengenai Kuasa Kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah Bahagian untuk melaksanakan Urusan Penempatan Setara, Gred DG52, DG48, dan DG44 Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat KPM Bertarikh 15 Julai 2015. xi. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Penempatan dan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di KPM Bertarikh 22 September 2015. xii. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia KOMPETENSI, BIDANG TUGAS DAN SENARAI TUGAS (A) BIDANG KOMPETENSI Bidang 1: Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi Bidang ini menghuraikan kompetensi yang harus dimiliki oleh seseorang PGB dalam menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan mencakupi aspek pembentukan hala tuju organisasi, konsep pembelajaran sepanjang hayat, menangani perubahan serta kualiti peribadi dan profesional. HM01 | Pengetua (PGB) TUGAS UTAMA (UMUM)


63 Bidang 2: Pengurusan Kurikulum Bidang ini memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid Bidang 3: Pengurusan Kokurikulum Bidang ini menekankan tanggungjawab PGB memimpin dan mengurus akitiviti kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. PGB hendaklah mampu mewujudkan aktiviti yang memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menambah, mengukuh, mengamal pengetahuan serta kemahiran bagi mengembangkan potensi murid dengan menerapkan nilai murni yang diperoleh. Bidang 4: Pengurusan Hal Ehwal Murid Bidang ini menekankan tanggungjawab PGB dalam mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan. Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi mencapai pendidikan berkualiti. Bidang 5: Pengurusan Kewangan Bidang ini memberikan penekanan kepada tanggungjawab PGB dalam mengendalikan pengurusan perakaunan dan kewangan sekolah yang cekap mengikut peraturan kewangan dan berkesan bagi menyokong program pendidikan untuk membolehkan murid menikmati pendidikan yang bermakna dan kos efektif. Bidang 6: Pengurusan Pentadbiran Pejabat Bidang ini menghuraikan kompetensi dan tanggungjawab PGB dalam mewujudkan sistem pentadbiran dan perkhidmatan pejabat yang cekap ke arah pengurusan pendidikan yang mantap lagi berkesan supaya dapat memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada pemegang taruh (stake-holders). Bidang 7: Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Bidang ini menjelaskan kompetensi dan tanggungjawab PGB dalam mengurus persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah secara cekap dan berkesan bagi mewujudkan iklim yang aman dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dalam keadaan selamat, tenang, selesa dan seronok.


64 Bidang 8: Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Bidang ini menyenaraikan kompetensi dan tanggungjawab PGB dalam mewujudkan pengurusan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkesan serta secara berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staf untuk memajukan sekolah. Bidang 9: Pengurusan Perhubungan Luar Bidang ini menghuraikan kompetensi dan tanggungjawab PGB sekolah untuk menjalin hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga, pihak luar dan komuniti setempat. PGB sekolah hendaklah berusaha melibatkan mereka dalam perkongsian pintar bagi meningkatkan prestasi murid. (B) BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM. 2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. 3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. 4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan), iaitu sekurangkurangnya lima (5) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau tujuh (7) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. (C) SENARAI TUGAS (1) PENGURUS KURIKULUM – KERJA IKHTISAS 1.1 Memastikan dasar kurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan, kurikulum yang diiktiraf oleh KPM, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan serta perkembangan terkini. 1.2 Menyelia dan mengawalselia pelaksanaan kurikulum selaras dengan polisi KPM. 1.3 Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Memastikan guru mengajar berpandukan sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. 1.5 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja murid serta pemeriksaan buku murid. 1.6 Menentukan polisi-polisi mengenai pentaksiran dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.


65 1.7 Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). 1.8 Memeriksa rekod mengajar guru dan rekod kemajuan murid/buku profil dari semasa ke semasa. 1.9 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu. 1.10 Menentukan keberkesanan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. 1.11 Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesannya. 1.12 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan. 1.13 Memastikan pelaksanaan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) diuruskan dengan baiknya agar pembelajaran murid berterusan. (2) PENGURUSAN PEMBANGUNAN DIRI MURID 2.1 Hal Ehwal Murid 2.1.1 Memastikan dasar pengurusan hal ehwal murid berlandaskan Dasar Pendidikan Negara, undang-undang dan peraturan serta perkembangan terkini. 2.1.2 Memastikan program hal ehwal murid berasaskan prinsip perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian murid. 2.1.3 Memastikan pengurusan aktiviti berkaitan hal ehwal murid (kebajikan dan bantuan) berasaskan prinsip dan peraturan. 2.1.4 Merancang pelaksanaan strategi untuk meningkatkan prestasi hal ehwal murid. 2.1.5 Memastikan pelaksanaan aktiviti kebajikan, keselamatan, keselesaan, disiplin, kesejahteraan dan keharmonian murid dilaksanakan. 2.1.6 Berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa dan penjaga. 2.1.7 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program hal ehwal murid secara berterusan. 2.1.8 Menangani konflik guru dan murid. 2.1.9 Memastikan rekod pendaftaran murid pindah masuk dan pindah keluar sentiasa dikemas kini di dalam sistem yang sedang berkuat kuasa. 2.1.10 Memastikan kehadiran murid dikunci masuk ke dalam sistem mengikut arahan yang sedang berkuat kuasa. 2.1.11 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.


66 2.1.12 Bertanggungjawab atas penggantungan dan pembuangan murid. 2.1.13 Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan murid semasa berada di sekolah dan pulang dari sekolah. 2.1.14 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik. 2.2 Kokurikulum 2.2.1 Memastikan dasar pengurusan kokurikulum berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan, undang-undang dan peraturan serta perkembangan terkini. 2.2.2 Merancang dan melaksanakan pelan strategik kokurikulum. 2.2.3 Memastikan pelaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi murid dalam kokurikulum. 2.2.4 Memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan peraturan. 2.2.5 Memastikan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan kokurikulum dikembangkan. 2.2.6 Melaksanakan pentaksiran dan penambahbaikan program secara berterusan seperti pelibatan murid dan guru secara analitis dan saintifik. 2.2.7 Membentuk watak sekolah melalui program kokurikulum. 2.2.8 Meluluskan penubuhan dan pemilihan pasukan badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan yang bersesuaian dengan enrolmen murid. (3) PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 3.1 Membina dan merancang program pengurusan dan pembangunan sumber manusia berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan, undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta perkembangan terkini. 3.2 Merancang program berasaskan konsep pendidikan sepanjang hayat, pembelajaran dewasa, perbezaan individu, dan penggunaan model atau teori pembangunan profesional. 3.3 Merancang strategi untuk meningkatkan prestasi staf. 3.4 Melaksanakan kepimpinan organisasi. 3.5 Membina budaya kerja dan melaksanakan strategi pembangunan pasukan dan kendiri untuk kecemerlangan sekolah. 3.6 Memberikan penghargaan atas pencapaian individu dan pasukan.


67 3.7 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program pembangunan sumber manusia secara berterusan 3.8 Mengamalkan dan menggalakkan budaya kerja harmoni, berkualiti, seimbang tanpa tekanan 3.9 Menilai prestasi staf secara berkala dan berterusan dalam pembangunan sumber manusia 3.10 Menentukan proses pelantikan, pengesahan dalam jawatan, kenaikan pangkat, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan. 3.11 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari semasa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. 3.12 Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. 3.13 Mengurus tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar arahan perkhidmatan di bawah bidang kuasanya. 3.14 Menjaga kebajikan pegawai. (4) PENGURUSAN KEWANGAN 4.1 Memastikan pengurusan kewangan mematuhi Undang-undang, Arahan/ Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan KPM, peraturan dan prosedur kewangan/perakaunan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. 4.2 Memastikan integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan akaun dipatuhi. 4.3 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan setiap unit disediakan. 4.4 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan, tuntutan perjalanan, rekod akaun, buku tunai, laporan penyata kewangan, Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) KPM dan punca SUWA, Kerajaan dan Asrama. 4.5 Memastikan pengurusan pembayaran balik wang kerajaan dari potongan gaji atau lain-lain. 4.6 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah dan dokumen-dokumen sokongan untuk diaudit serta mengambil tindakan susulan terhadap teguran audit (jika ada). 4.7 Memastikan pengawal stok dan harta benda sekolah mencukupi dan terpelihara. 4.8 Mengawal dan menentukan amaun yang diperolehi dibelanjakan mengikut maksud/peruntukan ditetapkan.


68 4.9 Melakukan pemeriksaan mengejut AP309 ke atas peti besi, bilik kebal, peti wang tunai, laci dan lain-lain bekas yang menyimpan wang tunai, setem buku cek dan sebagainya serta direkodkan di dalam Daftar Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya setiap enam (6) bulan. 4.10 Mengurus pelantikan/surat kuasa menjalankan tugas berdasarkan tatacara berkaitan bagi tugas Pegawai Aset, Lembaga Pelupusan Aset, Juruaudit Dalam, ahli JK Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Sekolah (JKPKAS), Jawatankuasa Sebutharga dan pegawai yang menjalankan tugas kewangan dan akaun. 4.11 Menjawab pertanyaan audit secara bertulis dalam masa 30 hari (AP306). 4.12 Menjalankan mesyuarat JK Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Sekolah (JKPKAS) mengikut kekerapan dan agenda ditetapkan. 4.13 Mengambil tindakan sewajarnya bagi kehilangan wang dan aset selaras dengan peraturan AP315 dan TPA/TPS. (5) PENGURUSAN PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN FIZIKAL 5.1 Memastikan dasar pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah berlandaskan undang undang, pekeliling am dan peraturan yang berkaitan serta perkembangan terkini. 5.2 Memastikan pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah berlandaskan prinsip dan peraturan. 5.3 Melaksanakan strategi untuk meningkatkan keadaan persekitaran dan kemudahan fizikal. 5.4 Memastikan penyimpanan stok dan inventori yang kemas kini berdasarkan kaedah terbaru. 5.5 Membudayakan tabiat selenggara dan penyelenggaraan dalam kalangan staf dan murid. 5.6 Memastikan keadaan fizikal perabot, bangunan, padang, pagar, bekalan utiliti dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan berfungsi dan selamat. 5.7 Memastikan kemudahan murid, guru dan staf lengkap dan mencukupi. 5.8 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan prestasi pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal secara berterusan. 5.9 Memastikan langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta aset kerajaan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. 5.10 Mengawal selia dan mengesahkan prestasi perkhidmatan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah.


69 (6) PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT 6.1 Mematuhi perintah am, undang-undang, peraturan dan pekeliling yang berkaitan serta perkembangan terkini dalam pengurusan pentadbiran pejabat. 6.2 Memastikan pengurusan pentadbiran pejabat yang cekap berlandaskan prinsip dan peraturan. 6.3 Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi pengurusan pentadbiran pejabat. 6.4 Menggunakan maklumat, pendekatan dan teknologi terkini dalam pengurusan pentadbiran pejabat. 6.5 Mengurus maklumat dan data untuk membuat keputusan penambahbaikan. 6.6 Mengurus tadbir penggunaan alat, kelengkapan dan kemudahan pejabat. 6.7 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan prestasi pentadbiran pejabat secara berterusan. (D) PEMBANGUNAN KENDIRI 1. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 2. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 3. Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan. 4. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti. 5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 6. Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah. 7. Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian/jabatan dan agensi-agensi luar. 8. Melibatkan diri secara aktif dalam majlis/persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan/kepengetuaan.


70 RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan ii Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma iv. Penjelasan Mengenai Kuasa Kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah Bahagian untuk melaksanakan Urusan Penempatan Setara, Gred DG52, DG48, dan DG44 Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat KPM Bertarikh 15 Julai 2015 v. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Penempatan dan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di KPM Bertarikh 22 September 2015 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa. 3. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 4. Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian. 5. Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB. 6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 7. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa. (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan pengurusan pentadbiran dan kurikulum sekolah. 2. Mengurus, menyelaras kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan kurikulum. 3. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan HM02 | Guru Penolong Kanan Pentadbiran TUGAS UTAMA (UMUM) TUGAS UTAMA (KHUSUS)


71 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Sekolah. 4. Membantu mengurus dan menyelaras pengurusan kewangan, akaun, perolehan dan aset sekolah serta menjadi penandatangan kedua cek sekolah. 5. Merancang dan menyelaras pengurusan pejabat, perkhidmatan kaunter, perhubungan pelanggan dan pengurusan aduan awam. 6. Membantu mengurus hal-hal bangunan, kawasan, keselamatan, kemudahan fizikal dan keceriaan. 7. Merancang dan menyelaras pengurusan dokumen dan rekod kerajaan merangkumi sistem fail sekolah, surat menyurat, pengurusan dan perekodan aset sekolah 8. Mengurus dan menyelaras pengurusan dan pembangunan sumber manusia merangkumi agihan tugas guru dan kakitangan bukan guru serta kursus dan latihan yang diperlukan serta pengurusan tatatertib guru dan bukan guru. 9. Mengurus dan mengawalselia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan kurikulum. 10. Membantu mengurus dan mengawalselia tugas-tugas berkaitan pengurusan PIBG dan perhubungan luar. 11. Mengurus dan menyelaras pengurusan kewangan, akaun dan aset sekolah serta menjadi penandatangan kedua cek sekolah. 12. Membantu merancang dan menyelia program pengurusan HEM dan Kokurikulum. 13. Mengesahkan prestasi perkhidmatan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah. 14. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB. 15. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29) (B) PENGURUSAN KURIKULUM 1. Merancang dan menetapkan takwim akademik sekolah. 2. Merancang dan menetapkan pemilihan dan penawaran pakej mata pelajaran. 3. Membimbing, menyemak dan mengesahkan penentuan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). 4. Merancang dan menyelaras jadual waktu PdP serta menyediakan jadual waktu gantian bagi kelas dan guru. 5. Membantu, merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan pentaksiran, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan. 6. Memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan program panitia berfokus ke arah peningkatan tahap profesionalisme guru dan pencapaian murid. 7. Menyemak laporan/dokumentasi program kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. 8. Merancang dan mengurus pemilihan peralatan teknologi pendidikan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. 9. Merancang pemilihan dan penggunaan bahan pusat sumber sekolah serta menyelaras program sokongan mengikut kesesuaian.


72 10. Merancang semakan dan mengesahkan hasil kerja murid secara berkala. 11. Memastikan program bimbingan dan pemulihan dilaksanakan mengikut ketetapan sekolah. 12. Menyelaraskan program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM. RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bil:3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Rawatan di luar Waktu Persekolahan. sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HM02) adalah seperti berikut: (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan hal ehwal murid. 2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat JK Pengurusan HEM. 3. Mengurus, menyelaras kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan hal ehwal murid. 4. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan hal ehwal murid. 5. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar. 6. Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang hal ehwal murid untuk guru dan murid. 7. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan hal ehwal murid. 8. Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan kokurikulum. 9. Memantau dan mengesahkan kualiti pengurusan kantin sekolah dalam Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah. TUGAS UTAMA (UMUM) TUGAS UTAMA (KHUSUS) HM03 | Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


73 10. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Sekolah (JM07), JK Pengurusan HEM (JM25) dan JK Pengurusan 3K (JM27). 11. Mengawal selia prestasi perkhidmatan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah. 12. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK Pentadbiran. 13. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29) (B) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan pengurusan kelas dan kehadiran murid, pendaftaran, penempatan, pertukaran, orentasi murid baharu dan penamatan persekolahan murid. 2. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan, mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar peraturan sekolah serta memastikan rekod disiplin dikemaskini. 3. Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Lembaga Pengawas Sekolah. 4. Memastikan langkah-langkah berkaitan kesihatan, kebersihan dan keselamatan murid semasa datang ke sekolah, berada di sekolah dan balik dari sekolah sentiasa dilaksanakan. 5. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan kebajikan dan bantuan murid. 6. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, 7. Memastikan pengoperasian program bimbingan dan kaunseling dilaksana dan direkodkan. 8. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan buku teks merangkumi tempahan, penerimaan, agihan, penyimpanan stok, pelupusan dan pengurusan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS). 9. Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Doktor Muda dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 10. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan pengurusan asrama. 11. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program penerapan nilai, pembangunan modal insan dan kenegaraan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 12. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan perhubungan luar melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 13. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan Pengurusan Sistem Rumah (SBP sahaja) 14. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan kantin dan kedai buku sekolah.


74 RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1984 : Garis Panduan Mengenai Aktiviti dan Kebudayaan di Sekolah iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 1986 : Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2007 : Peruntukan Waktu untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. vi. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Rawatan di luar Waktu Persekolahan. viii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2018 bertarikh 7 Jun 2018 : Garis Panduan Perwakilan Kuasa daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru kepada Pendaftar bagi Kelulusan Permohonan oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HM02) adalah seperti berikut: (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan kokurikulum. 2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. 3. Mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan kokurikulum. 4. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan kokurikulum. 5. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar. 6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 7. Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang kokurikulum untuk guru dan murid. 8. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM) HM04 | Guru Penolong Kanan Kokurikulum


75 khas berkaitan pengurusan kokurikulum. 9. Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan HEM. 10. Mengurus hal-hal berkaitan protokol dan etiket sosial. 11. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB, GPK Pentadbiran dan GPK HEM. 12. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29) (B) PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Merancang dan menyelaraskan takwim aktiviti unit beruniform, kelab persatuan dan kelab permainan di dalam dan di luar sekolah 2. Menyelia dan menilai aktiviti unit beruniform kelab persatuan dan kelab permainan di sekolah. 3. Menyelaraskan pembahagian guru penasihat mengikut unit dalam kokurikulum dengan mengambilkira kemahiran dan kepakaran guru. 4. Menyelaraskan pembahagian murid-murid dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. 5. Mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi melalui kejohanan sukan sekolah, program pembangunan bakat dan kokurikulum tambahan dalam bidang koakademik dan kokurikulum. 6. Mengurus dan mengawal selia alatan dan kemudahan tempat latihan dalam keadaan selamat dan kondusif untuk digunakan. 7. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program koakademik dan kokurikulum anjuran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 8. Mengawal selia pengoperasian koperasi sekolah.


96 RUJUKAN i Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967. iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma. 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 22 waktu hingga 30 waktu seminggu bagi jadual waktu 40 minit satu (1) waktu dan 29 waktu hingga 40 waktu seminggu bagi jadual waktu 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa. 3. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 4. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 5. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 6. PGB boleh melantik GKMP memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 7. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM12 | Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Bahasa/Sains & Matematik/Kemanusiaan/Teknik & Vokasional) TUGAS UTAMA (UMUM)


97 (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Membantu PGB merancang dan mengurus pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 3. Membantu PGB menyelaraskan dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya dengan pihak luar seperti berhubung dengan PPD dan JPN tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 4. Membantu menyelenggara dan menyelaraskan kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 5. Membantu mengurus dan menyelaraskan pengurusan kewangan, akaun, perolehan dan aset sekolah yang berkaitan dengan bidangnya. 6. Menyelia kerja guru-guru di bawah bidang kawalannya. 7. Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid yang berkaitan dengan bidangnya. 8. PGB boleh melantik GKMP menjadi penilai prestasi guru sekiranya ada keperluan. 9. Memastikan pelaksanaan elemen nilai-nilai murni dan amalan mulia berlaku di bilik darjah dan sekolah. (B) PENGURUSAN KURIKULUM 1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Panitia mata pelajaranyang berkaitan dengan bidangnya. 3. Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 4. Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 5. Menentukan murid dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. 6. Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan pelajaran tahunan/harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 7. Membantu PGB menyelia dan menilai keberkesanan PdP yang berkaitan dengan bidangnya. 8. Membantu melaksanakan pencerapan PdP guru secara berkala dan bimbingan yang bersesuaian. TUGAS UTAMA (KHUSUS)


98 9. Membimbing guru terlatih, guru baharu dan guru sandaran yang berkaitan dengan bidangnya dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 10. Mengenalpasti masalah kelemahan murid dan mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasinya. 11. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesannya. 12. Menentukan program-program sokongan akademik berdasarkan laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya. 13. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan. 14. Memperoleh dan menyebar maklumat baharu mengenai pengkaedahan dan pendekatan PdP yang berkesan kepada guru. (C) PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK 1. Bertanggungjawab kepada PGB dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Merancang, menyelaraskan dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik murid. 3. Merancang, mengawal dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.


99 2.1.2 KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) RUJUKAN i Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). ii. Modul Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelaras ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara enam (6) hingga lapan (8) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU lapan (8) hingga sebelas (11) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Penyelaras Bestari memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. adalah seperti berikut: (A) PENGURUSAN ICT SEKOLAH 1. Merancang dan menyelaraskan program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama guru cemerlang di sekolah. TUGAS UTAMA (KHUSUS) HM15 | Guru Penyelaras Bestari TUGAS UTAMA (UMUM)


100 2. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyelaraskan pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengurus, menyelaraskan dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran sekolah. 5. Merancang, menyelaraskan, mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective and preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke semasa 6. Mengurus, memantau dan melaksanakan program bagi mempromosi penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah. 7. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah kepada pihak yang berkenaan. (B) KHIDMAT BANTU KEPAKARAN ICT SEKOLAH (B1) PENTADBIR, GURU DANSTAF 1. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasikan ICT dalam PdP. 2. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran. 3. Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk berkaitan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran. 4. Merancang, menyelaraskan dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke21 dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran. 5. Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wifi, laman perkongsian video dan lainlain untuk membantu guru mengintegrasikan ICT dalam PdP.


101 6. Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan PdP berasaskan ICT dan memberi khidmat kepakaran dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk proses PdP bagi mata pelajaran tertentu. 7. Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru dalam program pengantarabangsaan sekolah melibatkan PdP. (B2) MURID 1. Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi menggalakkan murid untuk membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan melalui ICT. 2. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi mendidik dan membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di sekolah. 3. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi melatih kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara berterusan. 4. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi memupuk kemahiran pembelajaran abad ke21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang hayat agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 5. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi memupuk pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. 6. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi membimbing murid mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat tersebut. 7. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi membimbing murid berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara menggunakan teknologi komunikasi dan media. 8. Merancang, memantau dan melaksanakan program membimbing murid menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah untuk tujuan merancang strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.


102 (C) PENGURUSAN PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 1. Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah. 2. Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang berkenaan. 3. Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa. RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3/2005 : Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). ii. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2017 : Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM). 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara enam (6) hingga lapan (8) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU lapan (8) hingga sebelas (11) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Perpustakaan dan Media memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengiring dan mengawasi kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM16 | Guru Perpustakaan dan Media TUGAS UTAMA (UMUM)


103 adalah seperti berikut: 1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama-sama PGB, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid sekolah. 2. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum Sekolah. 3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. 4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Literasi Maklumat, perkhidmatan dan aktiviti PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 6. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS dan program NILAM kepada BSTP melalui PPD dan JPN. Laporan Pusat Sumber Sekolah (Oktober)* Progran NILAM (Mei dan Oktober)* * mengikut arahan semasa 7. Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS. 8. Merancang dan mengurus program promosi PSS. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif. 10. Berhubung dan bekerjasama dengan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP)/PPD/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. 12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja PSS. 13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS. 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS. 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri. 16. Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS. 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS. TUGAS UTAMA (KHUSUS)


104 RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7/2018 : Pelantikan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan tidak melebihi lapan (8) jam seminggu iaitu dua belas (12) waktu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU 16 waktu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Data memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengiring dan mengawasi kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. adalah seperti berikut: 1. Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. 2. Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh (7) jam seminggu untuk tugas pengurusan data sekolah. 3. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS) 4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah selaras dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 5. Melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat Modul Pengurusan Sekolah (MPS), mengikuti kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah. 6. Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online. HM17 | Guru Data TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM)


Click to View FlipBook Version