The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrahinatiqa2, 2022-11-30 05:17:12

TAMAN HERBA

Your paragraph text

TAMAN
HERBA
SK BUKIT
BERTAM

PELBAGAI JENIS POKOK
DI TAMAN HERBA

POKOK PUTAT, MATA KUCING, TONGKAT ALI,
DELIMA, MANGGA, MENGKUDU, GAHARU,
JANGGUS, LENGKUAS, LADA HITAM, CINCAU,
DAN INAI.

Pokok Putat merupakan sejenis tumbuhan
yang terdapat di hutan Malaysia serta di
negara-negara ASEAN yang lain. Nama
saintifiknya Barringtonia spp

KHASIAT POKOK PUTAT

Pucuk putat boleh dijadikan ulam.

boleh melancarkan darah
Daun muda putat laut boleh mengubat sakit perut dengan meramas-
ramaskannya di dalam air dan meminum airnya.
daun yang segar dilayur dan diletakkan pada luka atau kulit yang
berkudis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Daun putat ditumbuk bersama-sama beras dan disapu pada bahagian
terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air
tersebut dan mencegah ia daripada merebak.

Pokok Mata Kucing merupakan
sejenis pokok yang berasal dari
Malaysia. Nama saintifiknya adalah
Euphoria malaiense. Pokok ini
dikenali sedemikian kerana rupa dan
saiz buahnya yang seperti mata
kucing. Buah mata kucing kecil sedikit
dari buah longan

KHASIAT POKOK MATA KUCING
Memberi tenaga segera

Rendah kandungan kalori
Sesuai untuk pesakit darah tinggi
Mengawal paras tekanan darah
Baik untuk jantung
Meningkatkan sistem imuniti
Mencegah anemia
Baik untuk kesihatan kulit
Bertindak sebagai antioksida

Di Malaysia, Tongkat Ali terkenal
sebagai tumbuhan herba ajaib
terutama bagi merawat pelbagai
penyakit. Tongkat Ali atau nama
saintifiknya Eurycoma Longifolia (EL)
mempunyai pelbagai fungsi dari
pelbagai bahagian tumbuhan
termasuk daun, batang dan juga akar.

KHASIAT POKOK
TONGKAT ALI

Mengelakkan dari tulang reput (osteop
orosis

Mengurangkan stress dan tekanan
Boleh meningkatkan saiz dan kekuatan otot
Mempunyai kesan anti-malaria
Mencegah jangkitan bakteria
Membaiki/menambah baik metabolisma badan
Melambatkan kenaikan paras gula dalam darah
Boleh melawan kanser

Delima (Promegranate) dengan nama
saintifiknya ‘Punica Granatum’ merupakan
buah yang mengandungi nilai nutrisi yang
tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji
yang diselaputi isi berbentuk prisma atau
dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa).
Tekstur isinya lembut dan berair yang
dilindungi oleh ‘membran pulpy’.

KHASIAT DELIMA

Rawatan dan pencegahan kanser

Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
penyembuhan luka
sumber tenaga
menurunkan tekanan darah
mengurangkan risiko penyakit jantung
melawan jangkitan bakteria
menguatkan daya ingatan

Buah mangga atau nama saintifiknya Mangifera indica merupakan
sejenis buah yang tidak asing lagi di negara kita. Buah ini merupakan
antara buah yang terkenal di kawasan-kawasan tropika di dunia.
Buah mangga terdiri daripada pelbagai jenis dan variati di mana
setiap jenis buah ini mempunyai rasa, bentuk, saiz dan bentuknya
yang tersendiri.

KHASIAT BUAH MANGGA
Bersifat antioksidan


Mengandungi serat

Meningkatkan sistem imunisasi

Merawat masalah kulit

merawat masalah rambut

Baik untuk jantung

BUAH MENGKUDU atau nama saintifiknya Morinda citrifolia Linn .
Tanaman mengkudu merupakan tanaman tahunan (perenial) yang
berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan
mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu
tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang
dan ranting.

KHASIAT POKOK & BUAH MENGKUDU




Mengawal paras gula dalam darah
Menurunkan tekanan darah tinggi
Bagus untuk penyembuhan luka
meningkatkan ketahanan fizikal
sebagai antibakteria, antikulat atau antivirus
Berpotensi mencegah masalah obesiti
Bagus untuk kesihatan kulit

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika
dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Semua
bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan
rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-
ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria
malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria
turut dikenali sebagai gaharu.

KHASIAT POKOK GAHARU

Menguatkan kekuatan ak
an

menyembuhkan penyakit
Menghindarkan gangguan makhluk halus
manfaat untuk sakit perut
manfaat pembuatan minyak wangi
khasiat pokok gaharu untuk pembuatan tasbih

Pokok janggus, gajus, jambu golok, jambu monyet,
ketereh, bunga kesasar, atau jambu terung adalah
sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah
Anacardium occidentale . Pokok ini berasal dari
negara Brazil dan ditanam masyarakat peribumi
sana untuk mendapatkan bijinya. Buah ini
kemudian tersebar ke Dunia Lama melalui
penjelajahan orang Portugis dari kawasan tersebut
ke Goa sekitar tahun 1560-an, dari situlah ia
tersebar ke Asia Tenggara dan Afrika.

KHASIAT POKOK JANGGUS




Daun gajus/janggus boleh dijadikan teh bagi merawat diarrhoea,
ketidakhadaman perut dan sakit perut. Patinya pula boleh digunakan untuk
mandian, manakala kulitnya pula boleh dijadikan sebagai teh untuk merawat
penyakit diarrhoea dan dysenteri
bunganya digunakan bagi merawat batuk dan bijinya boleh digunakan untuk
mengatasi asma. Asid anacardic, asid galic, asid salicylic dan rasrcinol yang
terdapat dalam bijinya atau jus segera boleh digunakan untuk merawat
gastrik dan masalah uterine dan penyakit dropsy (busung). minyak yang
terdapat pada kulit bijinya boleh digunakan untuk membuang ketuat dan
bintik- bintik pada kulit.

LENGKUAS atau nama saintifiknya Alpinia galanga merupakan sejenis tumbuhan herba
dari keluarga Zingiberaceae sama seperti halia dan kunyit. Lengkuas merupakan sejenis
rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan dan banyak digunakan di Asia Tenggara.
Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia
Tenggara.

KHASIAT POKOK LENGKUAS



Antara kegunaan lengkuas adalah di dalam masakan untuk
menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup
singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng.
Dalam bidang perubatan pula lengkuas boleh melegakan sakit
perut, selsema dan agen antibakteriaTumbuhan ini dipercayai
berasal dari Asia Tenggara.
lengkuas mampu menurunkan suhu badan, memudahkan buang
angin (kentut) dan juga elakan sakit kulit.

LADA HITAM (Piper nigrum) merupakan tanaman

yang dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai
ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat
daya India ditanam di Sarawak sejak tahun 1856
dimana ia diusahakan secara meluas sekitar 1900an
lagi. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia
selepas Vietnam,India,Indonesia dan Brazil. Bukan
mudah untuk menanam lada hitam untuk
menghasilkan buah berkualiti dan gred yang baik.

KHASIAT POKOK LADA HITAM
Lada hitam boleh mer
awat

kanser
Lada hitam kaya dengan
antioksidan
Lada hitam bersifat
antiradang
Boleh melindungi hati
Baik untuk otak
Boleh mengawal gula darah
Boleh mengurangkan kadar
kolestrol

Pokok cincau hijau atau nama saintifiknya Cyclea barbata ialah salah satu spesies


tumbuhan dalam famili Manispermaceae. Tumbuhan ini sering ditemukan di cerang hutan

serta juga di kawasan-kawasan belukar, tetapi ada juga yang ditanam pada pagar
tanaman. Pokok ini tumbuhan pokok menjalar. Batang pokoknya yang boleh mencapai
berbelas-belas meter panjangnya mempunyai kulit yang kasar dan berduri. Daunnya
berbentuk perisai, dengan permukaan yang berbulu. Bunganya berwarna kuning, dengan
buah berwarna merah dan berbentuk seakan buah pinggang.

KHASIAT POKOK CINCAU


Daun dan akar Pokok Cincau Hijau dikatakan

boleh merawat sakit perut, cirit-birit,
tekanan darah tinggi, serta juga demam.
Untuk merawat sakit perut, cirit-birit dan
tekanan darah tinggi, daun-daun cincau
dipenyekkan dan direbus. Selepas dituras
dan dibiarkan sehingga berbentuk agar-
agar, santan dan gula kelapa kemudian
ditambah. Campuran ini diminum seperti
minuman biasa.
Untuk merawat demam, akar Pokok Cincau
Hijau dipergunakan. Selepas direndam di
dalam air panas dan dituras, airnya
diminum.

Pokok inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis mempunyai nilai

ubatan yang tinggi pada daunnya. Daun inai atau Henna merupakan
sejenis pokok renek dengan bunga yang berwarna hijau pucat serta
daun-daun yang sangat berguna. Daun inai atau henna, sering
digunakan sebagai pewarna kuku dan hiasan di tangan. Warna merah
daun inai disebabkan kehadiran sebatian kimia asid hennotannik.
Orang-orang melayu dan cina menggunakannya untuk
menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Untuk itu, daun-
daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada
tempat yang sadaikit. Selain daripada itu, orang melayu juga
menggunakan air daun inai untuk menyembuhkan sakit perut. Air ini
berupa campuran daun inai segar yang telah dicincang atau inai
kering dengan dua gelas air. Ia direbus di dalam bekas yang tidak
ditutup. Airnya ditapis dan diminum.

Pokok inai kaya dengan sebatian
kimia dari jenis flavonoids, flavonoids

glycosides, benzonoid, sebatian
fenolik, xanthones, napthalenes,
naphtaquinones, lignans, terpenes,

sterols, tannins dan alkaloids
Ia digunakan secara tradisi untuk
merawat masalah rambut dan kulit
kepala, digunakan sebagai teh pahit
untuk masalah perut dan usus, untuk
sakit kepala dan demam, disediakan
dalam bentuk pes untuk merawat
kurap atau kurap kuku, melegakan
geseran kulit, melegakan kulit kering
dan menghalang pembentukan lepuh

kulit.
Di dalam kosmetik, ia digunakan
untuk melebatkan rambut, pewarna
kuku, dan perapi, dan untuk hiasan di
kulit. Ia juga digunakan sebagai
pewarna coklat untuk kapas, bulu, dan

sutera [9]. Terdapat pelbagai
kegunaan henna mengikut negara


Click to View FlipBook Version