M A N U S I A W I Mencelik pemikiran generasi atas landasan wahyu dan budi Mencelik pemikiran generasi atas landasan wahyu dan budi DISEBALIK MAKNA KEMANUSIAAN DALAM PERJALANAN PERHAMBAAN DISEBALIK MAKNA KEMANUSIAAN DALAM PERJALANAN PERHAMBAAN April 2023 | APIUM K E S E D E R H A N A A N K E S E J A H T E R A A N K E P E D U L I A N Q A N A A H P E M I K I R A N AR-RISALAH Sebuah Perutusan T E R B I TAN KMUM AKADEMI P ENGAJ IAN ISLAM
Edisi 2023 Akademi Pengajian Islam [email protected] Hubungi Kami Menjadi penghubung utama antara mahasiswa Akademi Pengajian Islam dengan KMUM Pusat, Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pentadbiran universiti yang mengangkat idea, isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa Akademi Pengajian Islam. KMUM APIUM juga bertanggungjawab menunaikan manifesto-manisfesto yang telah dibentang sepanjang kempen pilihan raya dijalankan. Terbitan Akademi Pengajian Islam KMUM Tentang Kami Pengurus Ku Sarah Editorial Afiqah Muhyiddin Nasrul Ariff Ashraf Perhubungan Hanis Ghazali Hilman Hafizi Konsep dan Layout Najwa Roslan Shahidatul Ilustrasi Ali Mokhtar
PENULIS AR-RISALAH MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD BAKRI Tahun 1 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam NUR AMIRAH BINTI AZHAR Tahun 2 Program Sains Gunaan dan Pengajian Islam KU SARAH BINTI KU ABD HAMID Tahun 3 Jabatan Fiqh dan Usul SITI RADIAH BINTI OTHMAN Tahun 3 Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith NURFATIMA AZZAHRA BINTI ISMAIL Tahun 1 Jabatan Syariah dan Pengurusan
PENULIS MUHAMMAD ZIL AZFAR IYAAZI BIN OTHMAN Tahun 2 Jabatan Fiqh dan Usul YASMIN UMAIRAH BINTI RUZLAN Tahun 2 Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam ASYRAF SHAHMI BIN MOHD SHAMSURI Tahun 3 Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan AR-RISALAH MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MUHAMAD FADIL Tahun 3 Jabatan Syariah dan Sains Politik Islam MUHAMMAD TAFTAZANY BIN ABD RAHMAN Tahun 3 Jabatan Fiqh dan Usul
Karar Kian Pudar Manusia Tak Sempurna Seorang Perempuan Ketenangan Hati & Jiwa yang Kian Pupus Si Pedang Pesanan Manusia Aku & Dia Pantun Jiwa : Sabarlah Sukma K a n d u n g a n Kalam Editor Timbangan Dua Jenis Sambal Islam Itu Milik Siapa? Pantun Fiqh : Instrumen Hukum Islam Penulisan Kreatif Penulisan Bebas
AR-RISALAH 1 AR-RISALAH, SEBUAH PERUTUSAN Oleh itu, kami sangat menghargai dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis-penulis yang sudi meluangkan masa membuat penulisan yang amat memberangsangkan sematamata untuk dijadikan tatapan dan pengajaran buat para pembaca. Akhirul kalam, semoga e-Risalah yang dibuat ini mampu memberi manfaat kepada seluruh pembaca sekaligus mampu memberi impak yang positif dalam diri kita semua. Sekian, terima kasih. Teruntuk Ketua Pengurus projek eRisalah ini iaitu Saudari, Ku Sarah Binti Ku Abd Hamid, terima kasih juga diucapkan kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami terhadap segala gerak kerja bagi menyiapkan e-Risalah ini. Assalamualaikum W.B.T, segala puji bagi Allah Taala atas nikmat dan anugerah yang dikurniakan kepada kita sebagai hambaNya yang tidak putus-putus, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaNya sematamata. KALAM EDITOR AFIQAH MUHYIDDIN NASRUL ARIFF ASHRAF Tajuk ini amat menarik untuk dibincangkan di kalangan mahasiswa khususnya yang mana ia mencakupi pelbagai bidang untuk diolah dan dipersembahkan. Dan topik perbincangannya juga bukanlah sebuah topik yang berat, yang sukar dihadam oleh otak, atau yang hanya dibincangkan oleh ahlinya sahaja, namun ia perbincangan yang santai dan dekat dengan pembaca serta meliputi segenap lapisan umur dan masyarakat. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izinNya dapat sekali lagi KMUM APIUM menerbitkan e-Risalah yang menjadi tanda ingatan buat mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bagi sesi 2022/2023. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Tim Risalah KMUM APIUM bagi sesi 2022/2023 atas segala usaha serta perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan eRisalah ini. Sewaktu kami memutuskan untuk memilih tajuk yang sesuai diketengahkan dalam risalah ini, kami cuba untuk mengaitkan tajuk yang dekat dengan diri sendiri, yang cuba untuk menghargai kelebihan yang ada pada diri. Maka dengan itu, terlahirlah sebuah risalah yang diberi tajuk "Manusiawi". Penghasilan e-Risalah ini bukan sahaja mengumpulkan karya-karya penulisan daripada mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam bertemakan “Manusiawi” sematamata bahkan, ianya secara tidak langsung telah mengembangkan bakat-bakat terpendam mahasiswa/i APIUM dalam menghasilkan sebuah karya penulisan hasil ciptaan sendiri. Semoga usaha yang dibuat ini mampu memberi semangat dan dorongan terhadap mahasiswa/i APIUM untuk terus berkarya pada masa akan datang.
TENTANG DEWASA @mhafizulfaiz Mungkin titik kita berdiri sekarang tidaklah di posisi yang pernah kita bayangkan suatu ketika dulu. Tapi ternyata posisi sekarang telah menumbuhkan seorang kita yang lebih tenang
AR-RISALAH 3 KARAR KIAN PUDAR Hanya bertopengkan jiwa bangsa tetapi naluri yang kian mati di makan zaman. Kata pujangga pernah berkata tidak melayu hilang di dunia tetapi detik hitam Kesultanan Melayu Nusantara antara jalan menghapuskan raja dan Islam. Islam itu berdiri seiring dengan raja, jika raja mati, matilah Islam terkubur di makam saujana. Sahabat! Sejarah lampau tidak menipu! Bukalah kembali lembaran sejarah di kitab lama yang telah usang dimakan hari. Kesultanan Deli, Langkat, Asahan, Serdang, Panai dan lain-lain menjadi bukti kepada darah yang telah menyembah bumi. Gerakan yang digunakan sangat ganas serta melampaui had batas fikiran manusia berakal. Tatkala di Langkat, konco-konco Parti Komunis Indonesia yang berada di bawah naungan jahat Marwan serta Usman Parinduri dengan tiada sifat kemanusiaan telah menjarah dan meratah kerabat-kerabat diraja. Pembesar sultan dibunuh malah puteri-puteri raja diperkosa hingga hilang maruah diri. Sayat hati tuan membaca tatkala puteri yang mulia tiada dosa itu diperkosa depan ayahanda mereka sendiri. Allahuakbar! Tidakkah kita telah dipermalukan? Tidakkah kita telah dirosakkan? Tidakkah kita tiada rasa sedih dan kecewa? Gerakan muslihat yang hebat hanya berdiri di atas paksi demi kebebasan, persamaan yang sia- sia. Saudara yang membaca soalan saya, adakah kepimpinan dan revolusi sesebuah kerajaan boleh dihapuskan? Pada tahun 1789 telah berlaku Revolusi Perancis yang berjaya menggulingkan Louis XVI dan pada 1792 telah berdirinya Republik Perancis. Nisab al-Sultani negeri Melayu tanda luhur Islam di bawah naungannya, tiada mulia kalam nusantara berpijak di bawah langit yang sama, di bawah mentari yang sama. Apakan daya rambut sama hitam hati lain-lain, kecemburuan pada nisab al-Sultani akhirnya berbuah rasa dendam dan kesumat. Aduhai makan hati berulam jantunglah jua saudara yang membaca. Tragis kalam cerita bukan hikayat pura tibalah di dermaga akhir pelabuhan Sultani Islamiah yang luhur di negara jiran yang kian bersemi. Runtuh kota di Mac 1946 membawa khabar duka kami yang Islam namun khabar gembira bagi kafir yang hatinya tiada aman akan islam. Kejam bagi kami yang bernama Islam, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan berdiri atas nama kebebasan bagi menutup ruang jendela monarki, aristokrasi atau feudalisme. Kisah yang tidak maklum oleh segenap inci manusia hari ini. Tidakkah malu kita? Pemerintahan tersebut di bawah pimpinan Maxmilien Robespierre, Jacobin dan Jawatankuasa Keselamatan Umum jelas sekali telah memerintah dengan kejam dan diktator dengan penuh kezaliman. Ternyata kepimpinan tidak boleh dihapuskan malah digantikan sahaja. Persoalannya adakah penggantiannya lebih baik atau buruk? Fikirlah sejenak demi masa mendatang. Murka raja kita tiada usaha dalam memelihara raja dan agama. Ingatlah kembali tujuh wasiat berguna Raja-Raja Melayu kepada kita moga panduan terus membumi. Muhammad Hafizuddin bin Mohd Bakri
MANUSIA TAK SEMPURNA Fakta yang hanyut daripada pemikiran dek zaman, hakikat yang kian dilupakan dengan setiap senyuman yang diukir, setiap kata-kata yang dilontarkan, setiap langkah yang diorak, dengan harapan untuk mencapai suatu kemustahilan bertopengkan kesempurnaan. Mustahil mengukir senyuman saat berduka, maka tangisilah air matamu, limpahkanlah butiran mutiaramu, kalaulah kamu ketahui nilainya, pasti senyummu lebih manis. Mustahil melontarkan kata-kata saat terdiam, maka sepikanlah lisanmu, pagarkanlah kebisuanmu, saat kamu hargai sunyinya, pasti kalammu lebih indah. Mustahil mengorak langkah saat terpaku, maka rehatlah duhai manusia, rehat sementara, dan pabila kamu mampu bergerak semula, bangkitlah dan langkahlah dengan rentakmu sendiri. Terimalah kamu duhai manusia bahawa diri ini penuh dengan serba kekurangan dan kecacatan, ketidakmampuan dan kesilapan, kepenatan dan keletihan, hakikat yang tidak asing tatkala bergelar hamba Allah. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna, dan itulah yang sempurna. AR-RISALAH 4 Nur Amirah binti Azhar
Tangan halus ini sekali lagi luka tidak sengaja dilibas daun serai menahan perih mematangkan juadah buat mereka yang menagih kelaparan. Begitulah seorang ibu dipaksa kuat ketika kudrat berkhianat kasihnya terus ditumpah khidmat. Dahulunya Seorang puteri kecintaan ayahanda begitu cepat dipersenda dunia kaku, buntu dan tepu ayahanda lupa cara mengajarnya menangkis kekejaman dunia setelah pemergiannya Jiwa rapuh itu harus teguh berdiri hanya bekal kasih ayahanda bonda Terpaksa mencabar amukan fitnah hanya untuk bertahan Masa sering cemburu Mematahkan layar nostalgia seorang anak kini berjuang sebagai ratu hanya untuk mereka yang sedang kecanduan rindu AR-RISALAH 5 SEORANG PEREMPUAN Ku Sarah binti Ku Abd Hamid
ول الله - صلى الله عن أبي هريرة - رضي الله عنه - َقا َل: َقا َل َر ُس عي ِف ِإَلى اللِه ِم َن ال ُم ْؤ ِم ِن ال َّض ٌر َوَأ َح ُّب عليه وسلم: »ال ُم ْؤ ِم ُن الَق ِو ُّي َخي ٌر. ا ْحِر ْص َعَلى َما َيْنَف ُع َك، وا ْسَت ِع ْن ِباللِه َوَلا َت ْع َج ْز. َوإ ْن ٍّل َخي ُك َوفي ُر ٌء َفَلا َتُق ْل َل ْو أّني َف َع ْل ُت َكا َن َك َذا َو َك َذا، َوَل ِك ْن ُق ْل: َقد َأ َصاَب َك َشي ي َطا ِن«.رواه مسلم. َّش َّن َل ْو َت ْفَت ُح َع َم َل ال اللِه، َو َما َشاَء َفع َل؛فإ Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya), “Orang mukmin yang kuat (segalanya ) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat. Kiranya kamu telah ditimpa sesuatu (bencana dan ujian), maka janganlah berkata: kalau aku lakukan ia akan jadi ‘demikian–demikian’ (berangan-angan) tetapi ini (apa yang berlaku)sudah ditakdirkan Allah s.w.t. Dia lakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Sebenarnya perkataan (kalau) itu, boleh mendorong kerja syaitan.” (Riwayat Muslim)” OORRAANNGG MMUUKKMMIINN YYAANNGG LLEEBBIIHH KKUUAATT LLEEBBIIHH DDIIKKAASSIIHHII AALLLLAAHH SSWWTT
AKU DIA dan Hatinya besar walaupun dirinya kerdil, memiliki perasaan dan emosi yang mendalam terhadap seseorang yang tidak berhati. Aku menasihatinya agar tidak menyerahkan hatinya yang kaca itu kepada yang lain, dan bukan atas sebab pentingkan diri, aku merayu agar menyerahkan hatinya kepadaku, akan aku jaganya daripada rapuh. Meskipun begitu, dia terus menghanyutkan dan mengabaikan suaraku. Tangisan dan esakannya setiap malam menghantuiku, hatinya yang dalam serpihan membebani dadaku, dan igauan malamnya mengganggu fikiranku. Setiap usahaku berbentuk pujukan tidak dapat menembusi telinganya, bagai bayu yang hanya mampu menggeletek. Hal ini berulang hari demi hari, sebagaimana berputarnya jarum jam, dan aku hanya mampu memerhatikan dirinya terhancur. Aku sedih, melihatnya begini. Aku sedih, kerana dia tidak dapat melihat dirinya menerusi lensaku. Kalaulah itu dapat berlaku, pasti dia akan rasa lengkap. Bayangannya di cermin dikritik setiap pagi. Melihat dirinya yang serba kekurangan berbanding mereka yang lain. Itu yang dibencinya. Namun pada mataku, dia cukup sempurna dan aku sentiasa membisikkan itu. Sedihnya, dia sentiasa menenggelamkan suaraku. Bakatnya yang cukup handal dirasai halimunan baginya. Tatkala dicabar, dia akan mengundurkan diri sebelum mencuba terlebih dahulu, berputus asa tanpa berusaha, berlepas tangan tanpa menggenggam. Walaupun aku memintanya untuk tidak cepat berserah. Namun, sekali lagi tidak diendahnya akan kalamku. Hatinya besar walaupun dirinya kerdil, memiliki perasaan dan emosi yang mendalam terhadap seseorang yang tidak berhati. Aku menasihatinya agar tidak menyerahkan hatinya yang kaca itu kepada yang lain. Bukan atas sebab pentingkan diri. Aku merayu agar hatinya aku jaga daripada rapuh. Meskipun begitu, suaraku terus hanyut tiada lagi jejak. AR-RISALAH 7 Dengarkanlah suaraku, aku berbisik, Palinglah kepada aku, aku terus berharap. Dan pada saat itu, dia mendengar. Kini, bayangan cerminnya tidak lagi dikecam, malah dipuji walaupun penuh dengan kekurangan yang dahulunya dianggap jijik. Setiap cabaran yang dilemparkan ke jalannya disahut dengan azam yang membara dan istilah gagal tidak lagi ditakuti olehnya asalkan didahului dengan ikhtiar. Hatinya kini dijaga rapi olehku dan turut aku memilikinya. Bahagianya dia kerana dia menerima aku. Akhirnya. Siapakah aku? Akulah dirinya yang sebenar. Dirinya yang tidak sempurna. Dirinya yang kurang daripada orang lain. Dirinya yang tidak lengkap. Dialah aku, dan akulah dia. Mengakui kewujudanku menyedarkan dia bahawa dirinya tidak akan sesekali menjadi sempurna, dan tiada salahnya dalam ketidaksempurnaan. Nur Amirah binti Azhar
ى ُاْن ٰث ْو َا ٍر ْن َذ َك ِّم ًحا ِل َل َصا ِم َم ْن َع ًۚة َب ِّي ًة َط و َيَّنٗه َح ٰي ِي ٌن َفَلُن ْح ِم َو ُهَو ُم ْؤ ْوا ُن ا َك َما ِن َا ْح َس ِب َيَّن ُه ْم َا ْجَر ُه ْم ِز َلَن ْج َو َن ْو َي ْع َمُل “Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. An-Nahl: 97)
AR-RISALAH 8 Mereka adalah al-Insan makhluk yang dicipta Allah S.W.T, Diciptakan sama asal kejadiannya, Cukup anggota badannya meski sebilangan diuji dengan kekurangan, Dilimpahi harta kekayaan dari Yang Maha Kayawalau berbeza nilai dan rezekinya, Dikurniakan pasangan dan anak-anak, Semuanya dianugerahkan mengikut garis waktu yang dikehendakiYangMaha Esa. Namun mengapa manusia itu tidak bersyukur? Mengapa sering rasa kurang cukup? Kerna mereka terlalu melihat apa yang lain ada,Tanpa mengetahui apa yang tersurat itu merupakan suatu anugerah Allah ke atas mereka, Diatas kesabaran dan keredaan menghadapi apa yang terlindung dari mata manusia, Ketidaksempurnaan itu dicukupi dengan hadirnya sebuah rasa, yakni rasa syukur di dada, Kerna tidak akan kau perolehi semua yang dipinta, Agar kau belajar hidup seadanya. Manusia, Jangan kau menilai manusia ini semuanya sempurna, Apa kau tahu ujian mereka? Segala apa yang mereka hadapitidak pernah kau duga, Oleh itu bersangka baiklah sesama manusia sentiasa. Manusia, Usahlah kau membongkak diri, mendabik dada dan membutakan hati, Kau dan dia juga hamba, Rupa dan harta mainan dunia, Iman dan taqwa penentu segala, Jika kau ingin dihormati dan disantuni, mudah. Layani manusia sepertimana kau ingin dilayani, Adakah kau layak ditadahi emas sedangkan kau melempar batu kesana-sini? NurfatimaAzzahrabintiIsmail MANUSI Buat P E S A N A N
Manusia, Janganlah kau terlalu membangga dengan amalanmu, seolah pintu syurga dapat dirasai oleh jemari, Usah pula terlalu merendah sehingga menghina diri, seolah-olah tiada peluang lagi untuk mendapat redha Ilahi, Petunjuk itu empunya Ilahi yang mesti diiringi usaha tanpa henti, Sepertimana ketika lapar menghantui, Jika kau duduk menanti, nescaya engkau mati. Satu lagi pesanan buatmu dan juga buat aku, Hargailah pengorbanan ibu bapamu, Yang menjadi benteng dalam hidupmu, Bekerja keras sehingga rosak kuku, Agar kau mampu membeli buku, Supaya setinggi gunung ilmumu. Akhir kata, jagalah diri sentiasa, Jangan kita lupa sujud padaNya, kerana Dia pemegang segala, Pesanan ringkas ini dari hamba yang kurang ilmunya, Kepada anda yang dikasih sentiasa, juga kepada diri empunya, Mohon jangan diukur dosa yang ada, Mana yang elok semoga berguna. AR-RISALAH 9
AR-RISALAH 10 Meronta merana tiada terhenti, Meluluhkan akal jiwa mendesak; Lumrah buana merobek hati, Berakar cekal doa dipasak. Kontang berkata saat bertamu, Mengendah jemu rindu terpahat; Walau semesta berpaling darimu, Namun tuhanmu sentiasa melihat. Syahdu berona nestapanya pukal, Sirna hiasi gundah susuli; Kelam betakhta tiada kan kekal, Kelak pelangi menyinar kembali. Tepian beranda menatap tekukur, Bertasbih pujian sedarkan lemah; Sabar petanda kalbumu bersyukur, Segala ujian berselindung hikmah. Tiada terhingga hiba penuhi, Berbaur rasa saat kelana; Berbaik sangka takdir Ilahi, Segala aturan-Nya pasti sempurna. PANTUN JIWA : SABARLAH SUKMA MuhammadTaftazanybinAbdRahman
AR-RISALAH 11 SI PEDANG Sara duduk di atas bangku, melihat ke arah langit dan terus merenung langit tanpa berfikir, Bagi dirinya, perjuangan yang sedang dia tempuhi sekarang adalah satu perjuangan yang benar. “Adakah apa yang aku perjuangkan sekarang ini sesuatu yang berbaloi? Atau ia hanya sekadar retorik yang dilaungkan pemimpin kami untuk kepentingan politik mereka?” Sara termenung jauh memikirkannya. “Sara, apa yang awak buat di sini, sekejap lagi akan ada makan tengahari yang sampai, bukankah awak bertugas menguruskan makanan hari ini?” Tanya Musfirah, sahabat Sara. Musfirah menurunkan senjatanya dan duduk di sebelah Sara. “Mus, awak rasa bila agaknya peperangan yang tiada makna ini akan berakhir? Saya dah letih mengangkat senjata dan membunuh tanpa henti. Saya faham kita dalam kemelut, tapi tak semestinya ini penyelesaian, bukan?” Tanya Sara. Matanya mula basah perlahanlahan. “Sara, kita adalah pejuang, tugas kita pertahankan negara kita. Setelah genosid, para lelaki di negara kita lumpuh. Hanya kita harapan buat bangsa kita,” kata Musfirah, turut termenung di sebelah Sara. “Kadang aku tertanya, apa yang berlaku kepada kita? Kenapa semua ni berlaku? Adakah ini kerana sikap pemimpin kita?” Musfirah bersuara. Dia melihat ke arah Sara dengan pandangan yang kosong. Tiba-tiba, ada musuh menyelinap masuk dan mula menghalakan senjata ke arah Musfirah dan Sara. “Diam dan jangan buat apa-apa! Sebelum aku potong badan kalian berdua,” kata si penyelinap. Dia memegang sebilah pedang emas yang amat besar dan dihiasi dengan pelbagai permata yang berkilauan. Sara dan Musfirah melihat ke arah pedangnya dan berasa kehairanan. “Kenapa bawa pedang yang cantik lagikan indah ini? Bukankah ia lebih sesuai dijadikan perhiasan? Apa yang ingin kamu lakukan?” Tanya Sara. Dia segera mengeluarkan pedangnya dari sarungnya. Si penyelinap melihat ke arah Sara dan ketawa dengan bongkaknya. “Pedang ini adalah lambang kebanggaanku. Aku hasilkannya dengan emas kekayaanku!” Si penyelinap mula menyerang Sara. Namun, Sara dengan mudah mengelak serangan tersebut dan menghancurkan pedang si penyelinap itu menggunakan pedang buruknya. Emas dan permata jatuh bertaburan. AsyrafShahmibinMohdShamsuri
AR-RISALAH 12 “Bagaimana kau boleh hancurkan pedangku? Bukankah pedangku ini adalah pedang terindah dan tercantik?” Si penyelinap sekali lagi termenung. Pedang kebanggannya hancur begitu sahaja. Dia merenung kepada Sara. Mukanya bagaikan redha dengan apa saja yang bakal berlaku. Nayanikanya sebagai gadis terserlah jua. “Nampaknya aku sudah kalah, akhiri saja riwayatku. Aku, Carol si pembawa pedang emas akan sentiasa diingati, ” katanya dengan pasrah. Carol mula tunduk bagai sembelihan yang sedia dibunuh. Sara melihat ke arah Carol dan menyarungkan kembali pedangnya. Dia menghulurkan tangannya kepada Carol. “Ini bukan gayaku dalam pertarungan. Bangunlah, Carol,” Carol menyambut baik tangan Sara. Musfirah tersenyum di atas bangku sambil melihat ke arah pedang Carol yang hancur berkecai. “Terima kasih, pahlawan berani. Bagaimana pedang besi buruk kau mampu kalahkan pedang emas aku yang kuat? Adakah pedang kau menggunakan logam terkuat?” Tanya Carol. Sara dan Musfirah hanya memandang sesama mereka dan ketawa. “Pedang ini adalah hasil tempaanku sendiri, hasil mengutip besi buruk di sekitar bandar. Kuatnya pedang ini kerana isinya yang padat,” kata Sara. Carol melihat ke arah pedangnya yang hancur. Ternyata ia hanyalah pedang yang nipis. Carol duduk sejenak, terdiam dan melihat kembali ke arah Sara dan Musfirah dengan senyuman. “Terima kasih atas pelajaran yang bermakna ini. Walaupun kita musuh namun, banyak yang saya belajar dari awak berdua,” Carol mula beredar dan mengutip kembali pedangnya. “Nampaknya, tidak semua sukakan keganasan dan dahagakan darah. Walaupun bermusuhan, saya harap kita akan dapat berdamai dan aman kembali. Bukankah Islam agama kedamaian? ” Musfirah tersenyum, melihat ke arah Sara. Nadanya semakin sayu dan mereka memerhati ke arah arunika yang memancar ke wajah mereka. Atas dasar sebuah perjuangan, akan mereka lakukan yang terbaik demi bangsa, agama dan Negara tercinta. “Nampaknya kita dah tahu kenapa awak kalah,” kata Musfirah. Melihat kepada pedangnya yang nipis itu, Carol ketawa. “Apa gunanya cantik jika nipis dan lemah,” kata Carol “Permata hanya perhiasan pada pedang itu, namun ia tidak mampu memenangkan pertarungan, sedangkan pedang buruk Sara, tebal dan padat, mampu memenangkan pertarungan, ” Musfirah tersenyum.
“ Manusia yang paling tinggi kedudukannya ialah yang tidak melihat kedudukan dirinya. Dan manusia yang paling besar keutamaannya ialah orang yang tidak melihat keutamaan dirinya " Imam Syafi’e Rahimahullah
AR-RISALAH 14 Ketenangan Hati dan Jiwa yang Kian Pupus Siti Radiah binti Othman Waktu silih berganti mengikut detik jam yang semakin laju meninggalkan kita. Dengan waktu begitu pantas, ia tidak mampu dikejar oleh kita yang dilambakkan dengan urusan duniawi dan juga tugasan hakiki sebagai khalifah di muka bumi milik Allah S.W.T. ini. Bahkan ada urusan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita walaupun kita belum sempat berfikir dan bersedia dengannya. Pernahkah kita terfikir bahawa semakin kita mengejar waktu dan impian, perasaan akan menjadi semakin gelisah dan hilang ketenteraman dalam hati dan jiwa kita? Jika diperhatikan sifat manusia dinihari, ketenangan dalam hati dan jiwa mereka semakin lama semakin terhapus dan kebarangkalian akan pupus dengan sendirinya. Kebanyakan mereka terlalu memikir apayangtidaksepatutnyadifikiratau terlalu bergantung kepada perasaan sendiri tanpa memikirkan keadaan orang di sekeliling. Ada juga yang dalam sibuk mencari pahala, tetapi dalam masa yang sama hati tidak redha, sentiasa merungut sehingga tidak timbul perasaan toleransi dan sangatjauhdaripadasifatkeikhlasan. Dari satu sisi lain pula, ada juga orang berbangga berbuat dosa tanpa memikirkan impakdankecamanyangakanditerima.Atau mereka berfikir kecaman yang diterima hanyalah sementara padahal mereka lupa bahawa catatan para malaikat dan ancaman Allah adalah sangat dahsyat dan bukanlah hanya sementara tetapi selamanya sehinggalah seseorang itu bertaubat dan memohonkeampunandaripadaAllahS.W.T Yang paling bahaya apabila dalam hati kecil sudah terasa bahawa pahala telah pun mengalir asbab kebaikan yang dibuat walhal yang dibuat itu penuh dengan rungutan bebanan yang ditanggung. Akhirnya, apa yang terjadi samalah seperti peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, mengharapkan pahala tetapi apabila melakukan sesuatu kerja penuh dengan sungutan dan akhirnya pahalanya bocor, yang dapat hanyalah penat sematamata. Itulah yang dikatakan ketenangan dalam hati dan jiwa seseorang yang kian luput. Tanpa sedar, ia boleh mendorong hati seseorang untuk menyingkirkan sikap berlapang dada atau kata lainnya hati terbuka yang sepatutnya ada dalam setiap diri individu.
Hakikatnya, ketenangan hati dan jiwa adalah satu-satunya tunjang kebahagiaan buat semua. Mereka tidak akan mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwa mereka sendiri tidak berasa tenang. Ketenangan hati dan jiwa yang hakiki merupakan hadiah yang tidak ternilai dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dan secara tidak langsung ia akan meresap ke dalam hati-hati orang yang beriman. Ketenangan jiwa bagi orang-orang yang beriman akan menjadikan mereka mempunyai hati yang teguh dan mantap berbanding dengan orang lain yang mengalami kegundahan dan kecamukan perasaan. Tidak dinafikan, ada juga sebahagiannya, jika diminta buat kebaikan, hati mula rasa gundah-gulana, takut dikritik, takut tidak dibayar upah, takut dipinggir rakan atau fikiran lain yang kadang-kala tidak dicapai dek akal. Akibat terlalu memikir pelbagai masalah yang belum timbul, akhirnya diri sendiri terjerat dengan masalah kemurungan, tekanan perasaan, masalah mental dan sebagainya. Berapa ramai individu yang boleh kita lihat mengalami masalah tersebut pada masa kini tanpa mengira peringkat umur, jantina dan etnik. Hasil gabungan ketenangan dan keimanan yang terletak di dalam hati seseorang akan melahirkan rasa keyakinan yang tinggi pada satu saat orang lain mengalami perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Ia juga akan menghasilkan ketabahan dan kesabaran yang jitu pada ketika orang lain mengalami keluh kesah. Kita boleh mengambil contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika baginda berhijrah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tidak ada perasaan cemas, takut, berduka cita, kebimbangan atau sebagainya. AR-RISALAH 15 Keadaan mereka berdua ini dinukilkan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolongnya (Muhammad), ketika orang-orang kafir mengusirnya, mereka hanya berdua sahaja ketika mereka berada di dalam gua. Pada kala itu baginda berkata kepada temannya: " Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita.”
AR-RISALAH 16 Kehidupan manusia penuh dengan pilihan dan keputusan. Justeru, kita tidak akan dapat lari daripada menggunakan pertimbangan akal fikiran. Namun pertimbangan yang dilakukan dengan menggunakan akal manusia sangat terbatas. Walau bijak bagaimanapun seseorang itu, pasti ada had dan sempadan yang tidak dapat mereka lintasi. Ada perkara yang difikirkan baik, namun ternyata ianya memberikan mudarat kepada manusia lain. Ada perkara yang hanya menjadi keperluan baginya, namun tidak bagi yang lain. Justeru, Allah S.W.T. menurunkan al-Quran sebagai panduan yang akan memandu akal kita. Namun, sekali lagi Allah S.W.T. menunjukkan kekuasaannya, apabila kita semua perlu kepada penjelasan yang lebih untuk memahami isi kandungan al-Quran tersebut. Justeru, dilantik para rasul yang menerangkan al-Quran mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Muhammad Zil Azfar Iyaazi bin Othman Timbangan Dua bukti kelemahan akal fikiran manusia. Sungguhpun demikian, manusia kini lantang melaungkan slogan-slogan ‘manusiawi dan hak asasi’. Tanpa berpandukan manual yang dikirim oleh yang Maha Berkuasa. Slogan yang dilaungkan berlandaskan nafsu sama sekali pelik dek akal sejahtera. Asal benar disisi mereka, maka itu perlu diperjuangkan? Serangan pemikiran apa lagi yang ingin ditanam dalam diri ummat Islam? Apakah yang menjadi pengukur kebenaran kini? Apakah timbangan yang perlu digunakan? Namun, adakah dengan wujudnya panduan dari Ilahi membuatkan kita terbatas daripada berfikir? Apakah pula tujuan kita dikurniakan dengan nikmat yang ulung ini, yakni akal? Sesuatu yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain. Sekiranya begitu pasti penciptaan akal itu merupakan suatu yang siasia. Tetapi tidak, bahkan mustahil bagi Allah S.W.T. untuk melakukan sesuatu yang sia-sia tanpa tujuan dan rahsia yang hanya ada disisinya. Bahkan Allah S.W.T. menyebutkannya berkalikali di dalam al-Quran, ‘tidakkah mereka berfikir?’ dan ‘agar mereka berfikir’. Berfikirlah. Jangan biarkan ego membinasakanmu sepertimana iblis dikhianati egonya
AR-RISALAH 17 Pandanganku kabur. Teramat pedih. Berat untuk membuka kedua kelopak yang ku rasakan agak menyeksakan sejak beberapa hari ini. Namun, ku gagahi jua untuk membukanya lalu bangun menuju untuk mengambil wudhu’. Pagi yang sunyi sepi membawa suhu yang sejuk mencengkam sulbi tidaklah menjadi halangan untuk bertemu Rabbku. Perlahan-lahan mengangkat takbir, merasai segala bait-bait doa iftitah yang diutarakan, menggigil apabila sampai pada ayat "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam" Yasmin Umairah binti Ruzlan Islam itu Milik Siapa? Tidak dapat ditahan lagi aku menangis untuk kesekian kalinya. Pedih yang dirasakan tidak aku hirau. Teresak-esak kerana terlalu sedih dan malu pada Tuhan semesta alam. Malu kerana tidak bersungguh menarik ‘mereka’ untuk mengenalNya. Rakaat yang berbaki aku habiskan dan pada sujud yang terakhir itulah aku menangis semahunya. Lega menanti di hujungnya namun masih tidak mengurangkan kegusaran yang melanda atma. Fikiranku menerawang memikirkan kerosakan yang melanda dunia. Makin hari, manusia semakin rakus mengejar material sementara. Mata ini yang menyaksikan perkara yang semakin pelik terjadi menimbulkan rasa kasihan pada ‘mereka’ yang tenggelam dalam perasaan wuhan. ‘Trend’ yang memalukan diri dilakukan tanpa segan silu. Malah, ada yang merasakan asalkan tidak bersentuhan masih ‘halal’ bagi mereka meneruskan pergaulan sedangkan Islam menasihatkan untuk menundukkan pandangan. Syariat yang telah digariskan mula menjadi kelabu. Masih membenarkan kejahilan dengan alasan perlu mengikut keadaan semasa supaya Islam tidak kelihatan jumud. ‘Mereka’ tahu wujudnya hari pengakhiran. ‘Mereka’ sedar akan ada hari perhitungan. Tetapi, persoalannya mengapa perlakuan tidak selari dengan pengetahuan? َّن َصالِتي َوُن ُس ِكي َو َم ْحَيا َي َو َم َماِتي ِلَّلِه َر ِّب ا ْل َعاَل ِمي َن إ ا ِلَي ْعُب ُد ْو ِن َو َما َخَل ْق ُت ا ْل ِج َّن َواْلِاْن َس ِاَّل "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-Zariyat 51:56) ِٕى َكِةِاِّن ْي َجا ِع ٌل ِفى اْلَا ْر ِض َخِلْي َفًة ٰۤل َوِا ْذ َقا َل َرُّب َك ِلْل َم Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”... (Al-Baqarah 2:30)
AR-RISALAH 18 Oh, aku tersedar sesuatu. ‘Mereka’ ini tidak diberi peringatan. Tidak ditegur oleh orang yang mengerti dan memahami ilmu Allah. Tidak diusik secara persendirian kerana terlalu sibuk memikirkan hal masing-masing. Pengetahuan bertakung kerana tidak dialirkan pada tempat yang sepatutnya. Ilmu yang dipelajari hanya menjadi asbab untuk meluluskan diri di persada tertinggi. Mungkin ada yang menganggap dakwah ini adalah Fardhu Kifayah kerana itu tidak fastabiq untuk merawat keadaan. Namun, jika setiap manusia mempunyai perasaan yang sama, tidakkah ia semakin membarahkan keadaan? Aku terpanggil untuk menyatakan sesuatu. Tahukah bahawa Imam Hasan Al-Banna mengesan kepincangan dalam kefahaman umat Islam dan terus mengajak serta tidak menghiraukan ancaman bunuh sebaliknya terus berdiri teguh menyebarkan kebenaran. Syed Al Qutb yang berusaha hingga ke hujung nyawa tetap menulis kefahaman Islam walaupun mengetahui sisa hidupnya akan dihabiskan di dalam penjara manusia. Bahkan, masih ramai lagi rijal-rijal Islam yang tidak disebutkan namun semangat pejuang-pejuang ini seharusnya wujud di dalam anak muda Islam Wahai Rijal yang didakwa boleh menggoncang dunia! Umat sedang tenat. Terlalu tenat sehinggakan tidak dapat membezakan yang mana hitam, yang mana putih. Bahkan, memilih kelabu pula menjadi tujuan. Dakwah itu wajib. Wajib pada hamba yang mengaku Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kerana itu persiapkan dirimu dengan ilmu dan terus bergerak mencantas kebatilan. “Tujuan hidup manusia menjadi abid dan khalifah. Abid yang menyerah diri sepenuhnya pada sistem Allah dan menjadi khalifah yang amar makruf nahi mungkar.” "Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)- Nya". ( Al-Hajj 22:40 ) Semoga syurga buatmu wahai Pejuang Islam!! الّٰلُه َم ْن َّيْن ُصُره َوَلَيْن ُصَر َّن
AR-RISALAH 19 Pagi ini menu sarapan pagi saya ialah nasi lemak dan saya mencuba dua jenis sambal, selepas saya rasa, kedua-duanya punyai rasa yang berbeza walaupun nama mereka sama, asas mereka dari cili, dan dan setiap bahan di dalamnya juga sama. Hanya saja ia dimasak oleh tukang masak yang berbeza. Lalu saya terfikir, begitulah umat Islam agaknya. Agamanya sama, pegangannya sama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah, manakala tuhannya pon sama iaitu Allah, tapi apa yang membezakan kita? Apa yang membuatkan kita selalu tidak dapat bertemu pada satu titik? Apa yang membuatkan kita selalu merasakan kelompok kita yang selalu benar? Ya, itulah pendekatan, pegangan, manhaj, fikrah, gagasan idea, uslub dan strategi dakwah yang masing-masing pilih dan amalkan. Selepas saya rasa ke dua-dua sambal tersebut, walaupun punya rasa yang berbeza, tapi keduanya saling melengkapi, dan keduanya punya rasa sedap yang tersendiri. Tidak lebih dan tidak kurang. Maka saya terfikir lagi, mungkin inilah agaknya apa yang kita perlu buat dan teladani dari kisah "dua jenis sambal". Berbeza manhaj, pendekatan, fikrah dan uslub dakwah itu wajar kerana masing-masing ada cara tersendiri yang lebih diminati, asal sahaja masih ikut landasan syariat sebenar. Cuma apa yang tidak wajar ialah kita saling menyalahkan, merasakan kita lebih baik dan menolak yang lainnya tanpa berbincang dan berdiskusi bertujuan mencari jalan tengah agar kedua belah kelompok dapat diraikan perbezaannya. Tempoh hari saya berbincang dengan sahabat satu pengajian di jabatan Sains Politik Islam (Siyasah Syari'yyah) di Universiti Malaya. Konklusi yang dapat kami simpulkan, Jika di lihat semula semua etnik, kaum dan negara yang ditindas, majoritinya ialah Negara ISLAM dan Umat Islam. Lalu timbul dalam benak fikiran kami, Apa sebenarnya salah kita? Bukankah Allah bersama kita? Bukankah kita ada panduan dan kitab paling agung dan paling benar iaitu Al-Quran dan Sunnahnya Baginda Nabi Muhammad saw? Atau adakah Allah sudah tidak berpihak pada kita? Atau sebenarnya ada perkara yang perlu kita teliti dan muhasabah! Ya, benar. Ada perkara yang perlu kita muhasabah bersama. Kita umat Islam, dengan tiket perbezaan mazhab, manhaj dan sebagainya, hari-hari kita bergaduh, berperang sehingga negara tergadai dan Keamanan di cabut dari diri dan negara. DUA JENIS SAMBAL MuhammadAmirulSyafiqbinMuhamadFadil
AR-RISALAH 20 Sedangkan musuh kita, ada yang menganuti ideologi kapitalis, komunis, sosialis dan berbagai lagi jenis idea yang memang jelas bertentangan dengan Islam, mereka mampu dan boleh berada dalam satu saf (barisan) dan pasukan untuk menghentak, membuli dan menindas kita. Kerana apa? Kerana mereka ada agenda yang besar, iaitu ingin melihat Islam pupus di dunia ini, sedang kita masih lena dibuai keasyikkan perdebatan dan perpecahan, sehingga kita terlupa dan tersalah pertimbangan tentang perkara yang lebih perlu diutamakan. Sikap serba tahu atau kita paling betul juga dapat menyumbang kepada budaya "sempit dada dan tidak meraikan perbezaan" seperti ini. Suka saya nukilkan kata-kata Leo Tolstoy dalam tulisannya berkenaan jenis manusia yang sentiasa merasakan diri mereka sudah tahu dan benar . "The most difficult subjects can be explained to the most slowwitted man if he has not formed any idea of them already; but the simplest thing cannot be made clear to the most intelligent man if he is firmly persuaded that he knows already, without a shadow of doubt, what is laid before him"- Leo Tolstoy. Ungkapan ini diulang di dalam buku oleh Michael Lewis dalam menerangkan krisis ekonomi di Amerika disebabkan oleh subprime mortgage, dalam bukunya yang terkenal The Big Short. Apa yang diutarakan oleh Tolstoy adalah sekiranya seseorang itu yakin bahawa dia telah tahu, tada gunanya lagi kita berhujah dengannya kerana akhirnya dia tetap tidak akan menerimanya. Jika dapat kita kaitkan dengan Malaysia, realiti kehidupan kita hari-hari penuh dengan perbezaan. Pelbagai kaum, pelbagai agama dan bahasa. Itu jelas. Namun dari sudut pendekatan beragama dan dakwah juga kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa kita memang hidup didalam masyarakat yang mempunyai pelbagai cara dan pendekatan kelompok masingmasing untuk membawa Islam. Oleh itu, berlapang dada pada perkara yang kita bezakan, dan bersatu pada perkara yang kita sepakatkan adalah resepi terbaik untuk meninggikan agama kita yang tercinta. Tulisan ini bertujuan menasihati diri saya sendiri yang lebih utama dan agar semua pembaca dapat turut mengambil sedikit manfaat dan pedoman. Ayuh kita muhasabah! ✊?
AR-RISALAH 21 Mekar debungan hiasi halaman, Kelopak nan merah rona diadun; Syariat Islam memaknai zaman, Memacu ummah membina tamadun. Megahnya Kaisar akhir meruntuh, Musnah kesesatan terbentang hamparan; Kemampanan hukum distruktur utuh, Variasi sumber menjadi sandaran. Hiasan permaisuri emas dikalung, Bingkisan pangeran tak dipersia; Al-Quran sumber panduan terulung Kalam-Nya Tuhan membimbing manusia. Sopan bercanda tepian serambi, Berbalas madah indah irama; Sunnah tanda kecintaan Sang Nabi, Khazanah syariat mendidik sukma. Pekerti mulia membenih Sentosa, Dididik dek fajar senjam dirangkum; Santun melayu kiasnya bahasa, Kelestarian syariat qiyasnya hukum. Rindu Sang Sukma tiada terbatas, Cinta Ilahi merawat merana; Sepakat mujtahid zaman direntas, Dijanji Nabi kesesatan disirna. Pencak bersilat pendekar bergas, Menentang seteru langkah dicuba; Pentakwilan tersirat istihsan digagas, Melerai belenggu kesukaran hamba. Merdu alunan hati memikat, Dibuai mimpi berhijab berangan; Kebebasan manusia keadilan mengikat, Walau akarnya bebas tanggungan. Basahi warkah tinta seniman, Menutur nasihat hajatkan redup; Perubahan sosial mengiringi zaman, ‘uruf masyarakat dipaut hidup. Mengasah keris untuk diandun, Berdokoh pusara disarung disemat; Islam mewaris benihana tamadun, Senafas syariat antara umat. Tenunan songket emas disulam, Dihias ratu penyeri mahkota; Keharmonian watan dijunjung Islam, Kemaslahatan dijaga keburukan disita. Berlayan mahkoda mencapai angan, Hajat bertemu pangeran Perlak; Pintu keburukan dibuka jangan, Sahsiah insani bobroknya kelak. Tidaklah Baginda berasa sugul, Di batas ujian anugerahnya ganjaran; Sahabat Rasulullah generasi unggul, Ungkapan pandangan menjadi sandaran. Cahaya Islam menyinari buana, Memahat akidah menyingkir sangsi; Demikianlah pensyariatan hukum dibina, Muafakat berempat, tujuh toleransi. PANTUN FIQH : INSTRUMEN HUKUM MuhammadTaftazanybinAbdRahman
“Kemampuan terbesar kita sebagai manusia bukanlah untuk mengubah dunia, tetapi untuk mengubah diri kita sendiri dan masa depan bergantung kepada apa yang kita sedang lakukan pada hari ini.” - Nurul Syuhadah binti Rameli "Only dead fish go with the flow Teguhkan pendirian, pasakkan keyakinan, yang kekal itu adalah iman dan Islam. Walau dunia berubah, syariat Islam perlu teguh dan pertahan. " - Muhammad Norhaizan bin Suhairil Zamani T I N T A P E D O M A N T I N T A P E D O M A N
Menjaga keperluan mahasiswa dari sudut kebajikan, akademik, pembudayaan ilmu, dan kebolehpasaran. Membantu menampung beban sara hidup tinggi yang ditanggung mahasiswa. Mengasah minda dan kemahiran baharu dalam kalangan mahasiswa dengan menyediakan program dan bengkel kemahiran. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam (KMUM API) mengambil beratisu kebajikan mahasiswa APIUM di dalam dan di luar kampus. Oleh itu, KMUM API telah menyediakan satu platform khas untuk menggalakkan lebih ramai pihak menyumbang dalam kempen Infaq For Mahasiswa demi kebajikan ramai. Tujuan : 1. 2. 3. Infaq For Mahasiswa
Mahu baca lagi? Sila layari laman sesawang kami di https://stemapikmum.wixsite.com/kmumapium/ services-5