The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nashisanenglishteacher, 2021-05-02 20:27:10

Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

Digital Storytelling AnimatiHoOnM2E021TERMA DAN SYARAT PENGHAN

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat 1/7

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

MAKLUMANDigPitEaRl STtoArNyteDllIinNgGAAniNmaDtiHSoOnTM22E00212TE1RMA DAN SYARAT PENGHAN

1. Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST 2021) dianjurkan oleh Bahagian
Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur (JPWPKL) sebagai tuan
rumah. Pertandingan ini telah dijalankan bermula pada tahun 2013 – 2020 dan
menjangkau tempoh 8 tahun pelaksanaannya.

2. Objektif DST 2021 ialah untuk:

Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan
bahan animasi kreatif;

Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi
kreatif;

Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang,
mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif; dan

Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan
yang merangsang minda kritis dan kreatif.
3. DST 2021 bermula pada 20 April 2021. Hasil produksi video animasi setiap
pasukan sekolah perlu dihantar sebelum atau pada 16 Julai 2021.
4. Pada tahun ini tema yang dipilih adalah berdasarkan buku teks bagi menyokong
lebih banyak bahan kreatif dan interaktif dihasilkan.

KELAYAKAN PERTANDINGAN DST 2021

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat 2/7

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

1. Terbuka kepadDaigseitkaollaShtodriybtaewllainhgKeAmneimntaetriHaonOnMP2eE0n2d1iTdEikRaMnAMDAaNlaSyYsAiaR.AT PENGHAN

2. Setiap sekolah hanya diwakili satu (1) penyertaan sahaja.

3. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh (3) tiga murid dan
seorang guru sebagai pembimbing. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan
tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar,
Suara Latar Watak, dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana
kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.

4. Kategori yang dipertandingkan adalah:

a) Sekolah Rendah (murid 7 hingga 12 tahun)

b) Sekolah Menengah (murid 13 hingga 17 tahun)

5. Tema produksi Bahasa Melayu bagi Kategori Sekolah Rendah ialah mana-mana
tema dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 manakala bagi Kategori Sekolah
Menengah ialah mana-mana tema dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5.

6. Tema produksi Bahasa Inggeris bagi Kategori Sekolah Rendah ialah mana-mana
unit dalam Buku Teks English Year 5 manakala bagi Kategori Sekolah Menengah
ialah mana-mana unit dalam Buku Teks English Form 5.

7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli
atau diplagiat.

8. Peserta yang gagal mematuhi syarat pertandingan akan dibatalkan
penyertaannya daripada pertandingan dan keputusan penjurian adalah
muktamad.

GARIS MASA PERTANDINGAN DST 2021

SYARAT PERTANDINGAN DST 2021 3/7

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

1. Berbentuk penceDritiaganitdaallaSmtoarniymtaeslilginragfikA. nimatiHoOnM2E021TERMA DAN SYARAT PENGHAN

a. Mempunyai papan cerita (storyboard) - iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar
belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.
b. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian
daripadanya.
c. Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).
d. Karya mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap
runut bunyi yang mempunyai hakcipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi
tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.
e. Karya adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan
animasi atau yang sepertinya.

f. Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
g. Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
h. Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana
komuniti dan kumpulan tertentu.
i. Karya hanya boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

2. Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik
animasi yang diterima adalah:
a. Tradisional
b. Stop motion
c. Computer animation (2D/3D)
d. Erasure animation

KRITERIA PENILAIAN DST 2021

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat 4/7

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

Digital Storytelling AnimatiHoOnM2E021TERMA DAN SYARAT PENGHAN

PENJURIAN DST 2021 5/7

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

1. Peringkat NegDeirgiital Storytelling AnimatiHoOnM2E021TERMA DAN SYARAT PENGHAN

i. Hasil animasi akan diadili oleh pegawai SSTP, JPN yang berpengalaman luas
dalam bidang animasi;
ii. Lantikan juri adalah tertakluk kepada kelolaan SSTP, JPN;
iii. Hasil animasi terbaik bagi setiap kategori akan dipilih oleh juri untuk
dipertandingkan di peringkat kebangsaan;
iv. Keputusan juri adalah muktamad.

2. Peringkat Kebangsaan

i. Jawatankuasa penganjur akan melantik panel juri daripada rakan industri
yang berpengalaman untuk mengadili kesemua kategori atau anugerah yang
dipertandingkan;
ii. Juri adalah diperakui kepakaran atau bidangnya dan telah dilantik oleh pihak
penganjur;
iii. Penjurian bermaksud proses dan tatacara menilai dan memilih calon yang
mencapai tahap untuk diberi anugerah;
iv. Anggota juri adalah berkecuali; dan
v. Keputusan juri adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN DST 2021

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat 6/7

4/30/2021 Digital Storytelling Animation 2021 - TERMA DAN SYARAT

Semua penyertDaiagnitdailpSetorinrygtkealtlinneggeArni aimkaantimHoOneMn2eE0ri2m1TaEsRiMjilApDeAnNyeSYrtAaRaAnTyanPgENGHAN
1. dikeluarkan oleh negeri masing-masing.

Pasukan yang mewakili negeri masing-masing akan menerima sijil elektronik
2. penyertaan peringkat kebangsaan.

3. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:

Sekolah Menengah
Tempat Pertama : RM 2,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Kedua : RM 1,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Ketiga : RM 500 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Saguhati : RM 50 + Sijil Penghargaan

Sekolah Rendah
Tempat Pertama : RM 1,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Kedua : RM 500 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Tempat Ketiga : RM 200 + Trofi + Sijil Pengiktirafan
Saguhati : RM 30 + Sijil Penghargaan

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dst2021/terma-dan-syarat 7/7


Click to View FlipBook Version