Pengenalan alatan penulisan Khat
Seni khat yang melambangkan kehalusan dan keharmonian adalah reka bentuk tulisan cantik
atau indah yang berteraskan kepada kitab suci Al-Quran.
Alatan penulisan khat mempunyai beberapa jenis iaitu,
a) batang resam
b) buluh
c) kayu
d) ijuk
e) penyepit makanan/ chopstick
f) pen khat
g) marker pen
h) pen jepun
i) dan lain lain
Para khatat menggunakan peralatan yang berasaskan tradisional. Alat penulisan khat yang
paling tersohor adalah ‘Batang resam’. Batang resam yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai
identitinya tersendiri yang mana ia berbentuk separuh bulat dan mempunyai bahagian yang
rata. Pada bahagian yang rata itu, mempunyai satu bahagian dibahagian dalamnya yang
melekat yang berbentuk seolah olah mempunyai satu lagi batang. Batang resam adalah salah
satu ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini khusus digunakkan sebagai alatan menulis.
Jika dilihat pada mata kasar, ia hanyalah sebatang kayu yang tiada makna apa apa. Namun
setelah diambil, dikeringkan, ditajamkan, dielokkan serta diasah batang resam ini dijadikan
sebagai alat tulis, maka disitu kita dapat lihat bahawa sebatang kayu ini juga berguna untuk
mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Buluh juga menjadi salah satu alatan penulisan Khat. Saiz mata buluh bergantung kepada
kesesuaian serta kemahuan penulis. Andai mahu diasah buluh kepada mata yang lebih kecil, ia
agak tidak bersesuaian dan tidak digalakkan kerana agak kurang cantik.
Selain itu, alatan lain juga terdiri daripada kayu. Kayu juga boleh dimasukkan kedalam lubang
buluh dan dijadikan sebagai alat tulis.
‘Ijuk’ juga boleh digunakkan sebagai alatan penulisan khat. Tumbuhan hutan yang dikenali
sebagai hijop ini bersifat keras yang mana ia tidak mudah patah ketika menulis, kebiasaan
orang asli menggunakan hijop ini sebagai mata sumpit dengan diasah bahagian mata dan
diletakkan racun, kemudian kemasukkan kedalam buluh dan menyumpit kearah mangsa.
manakala batang resam yang berasal daripada paku pakis ini, boleh didapati di tepian laluan
highway. Paku pakis ini boleh dipilih lalu dikeringkan dan ia sedia untuk dipotong dan diasah.
Antara cara untuk mengekalkan ketahanan batang resam adalah dengan melumurkan sedikit
minyak pada batang resam tersebut.
Selain itu, kami juga menggunakan penyepit makanan atau chopstick yang kebiasaan
digunakkan sebagai peralatan makan. Mata tembaga diletakkan pada muncung penyempit
makanan dengan menggunakan gam atau sebagainya sebagai pengikat antara penyepit
makanan dan mata penulisan tersebut agar tidak mudah tercabut.
Selain itu, alatan penulisan moden juga digunakkan sebagai alatan penulisan khat seperti mata
pen yang bersaiz 3.0 atau 1.5. para penulis boleh memilih saiz serta ketahanan mata pen
mengikut kesesuaian dan keinginan tersendiri.
Pen marker yang bermata serong juga boleh dijadikan sebagai salah satu alatan penulisan khat.
Ia juga digunakkan sebagai alatan mengajar pada papan putih dan sebagainya. Marker pen ini
juga boleh digunakkan oleh mereka yang menulis menggunakan tangan kanan atau kiri, ia
mudah bagi kedua duanya. Kualiti tulisan yang ditulis menggunakkan tangan kanan seharusnya
dilatih menjadi sama seperti kualiti tulisan menggunakan tangan kiri bagi mereka yang kidal.
Latihan penulisan ini mampu menaikkan semangat serta emosi dalam diri supaya terus
bersemangat menulis penulisan khat.
Selain tu lagi, pen jepun juga digunakan dalam penulisan kaligrafi. Pen jepun ini kebiasaanya
digunakkan untuk menulis tulisan hanzi iaitu tulisan cina.
Pen khat juga telah banyak dijual di kedai kedai alat tulis yang mana ia juga boleh digunakkan
dalam kaligrafi tulisan khat ini. Alatan asas seperti Pensil, pemadam, jangka lukis, batu putih,
gunting, alat menyedut dakwat, turut digunakkan dalam rutin penulisan khat. Bekas dakwat
yang kebiasaanya diletakkan bersama kapas,kain atau seeloknya bulu sutera dan dicelup
dengan dakwat bagi tujuan penulisan menggunakkan batang resam, buluh, kayu dan
sebagainya.
Dakwat menjadi peralatan utama dalam penulisan ini. Harga yang dijual kebiasaanya tertakluk
kepada kualiti dakwat tersebut.dakwat seperti contoh jenis ‘Holbein drawing ink’ kebiasaannya
digunakkan oleh penulis professional dalam penulisan Al-Quran dan sebagainya, ini kerana
dakwat tersebut tidak terlalu basah dan tulisan yang ditulis menggunakan dakwat ini akan
kering serta merta. Andai berlaku kesalahan juga, ia masih boleh dikikis untuk memperbaiki
kesalahan tersebut. Kesalahan pada tulisan kebiasaanya dikikis menggunakkan mata
pisau/blade dan kikisan tersebut hendaklah dilakukan satu hala sahaja. Dakwat selain ‘horbin’
agak sukar dikikis andai berlaku kesalahan serta ia turut memberi kesan kepada kerosakan pada
kertas yang ditulis.
Kertas pasir juga turut digunakkan dalam proses penulisan. Alatan mata pisau atau dipanggil
blade adalah untuk kreativiti atau digunakkan untuk memotong potongan papan kertas.
Kaedah pemotongan mata pen
Pertama sekali, potongan dibuat dengan menggunakan pisau. Batang resam yang
sememangnya mempunyai bahagian yang bulat dan rata. Mengikut guru saya, bahagian yang
paling sesuai dijadikan mata pen adalah dengan memotong pada bahagian rata yang mana ia
mempunyai bahagian dalam yang bertindak sebagai span.
Potong dalam anggaran satu inci atau satu inci setengah serta penggunaan pisau tidak perlu
dibuka kesemua mata pisau, cukup memadai sedikit sahaja supaya mudah untuk mengawal
potongan. Sebelah tangan perlu memegang pada batang resam secara menengak dan sebelah
tangan lagi memegang pisau yang bersedia untuk memotong batang resam. Ibu jari tangan yang
memegang pisau hendaklah menolak pisau pada batang resam sedikit demi sedikit. Potongan
haruslah dilakukan secara berhati hati memandangkan batang resam tersebut agak keras.
Asahan dibuat kiri dan kanan secara perlahan sehingga mencapai tahap yang diingini. Potongan
ini dibuat sekali sahaja melainkan berlaku sebarang kerosakan.
Seterusnya, kaedah yang digunakkan untuk bentukkan saiz mata adalah dengan melihat
kesesuaian saiz mata sama ada 2 mm atau 3 mm. bagi membentuk kedudukan mata batang
resam, potongan hanya dilakukan dengan menggunakan gunting kerana ia lebih selamat serta
berkesan berbanding menggunakan pisau.
Cara menggunting adalah dengan melihat darjah tangan kita. Bagi mereka yang menulis
menggunakan tangan kanan, mata batang resam hendaklah berada pada bahagian luar berbeza
dengan mereka yang kidal. Kecondongan mata pena mengikut kecondongan jari tangan kita
yang mana ia adalah satu kelebihan ciptaan Allah S.W.T.
Bagi mereka yang kidal, mata pen yang digunting adalah dengan menggunakan kecondongan
jari sebelah diri sebagai panduan. Potong mata pena mengikut kecondongan kira kira 45 darjah
atau lebih sedikit. Potongan mata hendaklah dilakukan secara pantas dan sekali sahaja.
Kemudian, gunakan kertas pasir dan asah mata pena pada kertas pasir tersebut secara satu arah
sahaja bagi meratakan mata pena yang telah digunting. Andai mata pena masih belum
sepenuhnya rata, hendaklah diulang asahan menggunakan cara yang sama. Kemudian, batang
resam teersebut sudah bersedia untuk digunakkan.
Untuk menguji tahap kerataan mata pena. Para penulis boleh menguji mengikut kesesuaian
tangan dengan menggunakkan dakwat yang telah dicelup dengan kapas atau kain lalu mula
menulis diatas kertas. Andai hasil tulisan mempunyai garisan pada tengah, ia berlaku beberapa
kesalahan pada proses pembuatan mata pena. Penulis boleh menguji beberapa kali dengan
mencelup mata pena kedalam dakwat agar dakwat sebati pada mata pena. Kebiasaanya,
penulisan dimulakan dengan membuat garis lurus melintang dan menegak serta menguji
ketebalan dan kesesuaian saiz tulisan dengan memusingkan batang resam sedikit demi sedikit
supaya mendapat saiz tulisan yang dihajati. Jika ingin besarkan tulisan, penulis boleh
menidurkan sedikit kedudukan batang resam yang digunakan, manakala jika ingin
mengecilkan saiz tulisan, penulis boleh menaikkan sedikit darjah mata pena diatas kertas.
Penulisan menggunakkan kayu juga boleh dilakukan, namun begitu, dua lubang pada tengah
kayu harus ditebuk terlebih dahulu supaya dakwat yang dicelup akan lebih sebati. Tebukan
lubang pada kayu boleh dilakukan menggunakkan gergaji halus.
Penulisan menggunakkan pen marker boleh digunakan samada menggunakkan tangan kanan
atau kiri. Namun begitu, marker ini adalah khusus untuk penggunaan pada papan putih.
Kebiasaan penulisan khat pada kertas adalah dengan menggunakkan kertas licin yang mana ia
agak licin jika hendak dibandingkan dengan kertas A4 yang digunakkan bagi tujuan harian.
Namun begitu, kertas A4 biasa juga boleh digunakkan seperti biasa tapi perlu digosok dengan
menggunakan batu putih yang mana ia akan melicinkan permukaan kertas biasa tersebut.
caranya adalah dengan menggosok batu tersebut pada permukaan kertas yang hendak
digunakkan pada permukaan rata sehingga dapat merasai licin pada permukaan kertas tersebut.
Tulisan boleh diuji pada kertas A4 yang telah dilicinkan dengan melihat kualiti tulisan samada
masih kesat atau tidak.
Pengenalan alatan ini adalah satu ilmu yang baru bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak
dengan penulisan keseniaan khat. Kaedah pemilihan dan cara pemotongan alatan penulisan
adalah satu perkara yang perlu diambil berat oleh penulis.
Cara penentuan dakwat yang baik juga perlu diketahui. Pengisian dakwat secara penuh
kedalam bekas dakwat adalah suatu cara yang salah. Hal ini kerana, jika terlalu banyak dakwat
yang digunakan, dakwat akan melimpah keatas kertas ketika menulis dan ia akan menjejaskan
kekemasan tulisan. Namun begitu, dakwat yang perlu digunakan adalah dengan kadar
sederhana sahaja. Selepas memasukkan kapas atau kain kedalam bekas kecil, titiskan beberapa
titisan dakwat secara sederhana dan pastikan dakwat tersebut sebati pada kain atau kapas.
Kemudian, cuba terbalikkan bekas dakwat tersebu supaya kita dapat pastikan tahap kecukupan
dakwat yang hendak digunakkan. Jika dakwat tidak tumpah, maka ia sudah memadai untuk
suatu penulisan. Namun begitu, jika terlalu sedikit dakwat yang dititiskan, pasti dakwat tersebut
tidak akan sebati dan melekat pada mata pena yang digunakkan. Dakwat yang digunakkan
secara sederhana adalah cara terbaik mengikut kesesuaian penulisan.
Penggunaan kertas surih atau tracing paper juga diperlukan bagi pemula. Kaedah khat adalah
kaedah meniru tulisan khususnya bagi pemula bertujuaan untuk mendapatkan kaedah yang
betul. Kaedah tekapan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua alatan iaitu menggunakan
kertas surih atau lukisan pad cahaya untuk menulis. Dengan dua alat ini, kita boleh meniru,
menekap dan menulis mengikut tulisan contoh. Sebahagian peralatan ini boleh dicari dan
dibuat sendiri namun begitu ada beberapa peralatan yang perlu dibeli dikedai kedai yang
menyediakan alatan tersebut.
Ilmu berkaitan alatan dan kaedah penggunaan yang disampaikan adalah ilmu yang berkaedah
dan bermanfaat kepada masyarakat. Ilmu ini adalah ilmu yang berbeza dari ilmu yang sentiasa
kita ketahui. Kehidupan kita seharusnya perlu ditambah dengan ilmu yang pelbagai, mudah
mudahan ia bermanfaat kepada umum.
Seni Khat Kufi
Khat Kufi adalah salah satu cabang seni kaligrafi Islam, ia merupakan sejenis penulisan khat
yang tertua dalam tamadun Islam. Ia digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran pada
suatu ketika dahulu sebelum jenis khat yang lain muncul. Khat kufi adalah dinisbahkan atau
disandarkan kepada Bandar Kufah yang terletak di Iraq, ia diantara khat yang terawal muncul
dalam tamadun Islam dan digunakan secara meluas untuk penulisan al-Quran suatu ketika
dahulu sebelum kemunculan khat nasakh. Selepas pembukaan Iraq oleh Saad bin Abi Waqqas
ketika Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tahun ke 18 Hijrah, pusat pemerintahan Islam
berpindah dari Madinah ke Iraq. Bersamanya ada dua jenis tulisan yang dikenali dengan Makki
dan Madani ke Basrah dan Kufah. Khat ini dipelajari oleh penduduk Iraq dan mereka
menggelarnya dengan khat Hijazi. Khat Hijazi mempunyai dua ciri yang berlainan. Pertama
berbentuk yang agak lembut dikenali dengan khat Madani dan yang kedua berbentuk agak
sedikit keras pula dikenali dengan Makki. Kecenderungan orang-orang Iraq ketika itu adalah
kepada khat yang berbentuk keras dan mereka berusaha memperbaikinya sehingga ia
digunakan secara meluas untuk penulisan mushaf, matawang, hiasan dinding masjid dan
tulisan pada batu nesan meraka.
Khat berbentuk keras ini kemudiannya dimasyhurkan sebagai khat kufi, ia disandarkan kepada
Bandar Kufah kerana peranannya yang sangat penting dalam perkembangan tulisan ini.
Kelaziman masyarakat Arab ketika itu mereka menamakan jenis-jenis tulisan adalah
bersandarkan kepada nama tempat di mana ia muncul seperti yang terkenal di kalangan orang
Arab Hijaz sebelum zaman Kufah ialah tulisan Nabati, Hiri, Anbari dan kemudiannya Makki
dan Madani yang kesemuanya dinisbahkan kepada nama tempat.
Penyebaran Khat Kufi
Jenis Khat kufi tersebar ke seluruh dunia bersama tersebarnya Agama Islam. Perkembangan
khat ini dibantu dengan galakan yang kuat oleh pemerintah Islam yang berpusat di Kufah
sehingga ia diikuti, dipelajari, oelh sebilangan besar penduduk. Hingga tersebar dan
dinisbahkan kepada Kufah. Ciri utama khat kufi ialah keras, bersegi, tegak dan lurus. (As-
Sabah Al-Iraqiyyah)
Pada kurun ke-16 dan 17M. – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam
menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di
wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang
menarik.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan
cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun
papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang
pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian
hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.
Sifat dan Bentuk Khat Kufi
Pada asasnya, huruf - huruf khat kufi terbina daripada gabungan bentuk-bentuk segiempat dan
garis lurus. Setiap huruf dilukis seringkas dan bersegi empat dan catur (YR Publication
Sdn.Bhd., 2010) yang dikenali dengan Murabba’. Dari sinilah mereka menjaga setiap huruf
yang ditulis dan membentuk karektor asal. Dalam masa yang sama ia mudah difahami dan
mudah dibaca, meskipun orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat. Khat Kufi dikatakan
sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga
kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia
dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran. Perkara ini telah menunjukan betapa pentingnya
penjagaan hingga menyebabkan khat jenis ini masih lagi popular dikalangan muda mudi masa kini.
Jenis-jenis Khat Kufi
Khat Kufi mempunyai pelbagai bentuk yang dimasyhorkan adalah :-
1. Khat Kufi Basit, ia berbentuk tulisan empat segi biasa tanpa titik dan baris. Tulisan ini
digunakan untuk penulisan mushaf al-Quran di era awal pemerintahan Islam.
Tahap perkembangan penulisan mushaf amat ketara dan maju setelah sampai pada
zaman Uthman RA. Tatapi ia melalui proses yang sederhana semasa zaman
Rasulullah SAW masih hidup. Terdapat beberapa tahap penulisan sewaktu
menentukan kaedah serta sistem penulisan Rasm Uthmani. Ia bermula dengan tahap
pertama iaitu dengan tulisan Kufi bersempena dengan nama tempat iaitu Kufah. Jenis
tulisan ini belum ada dhabt ( ) ْنقط ْةالاءع َرابdan baris. Jenis Kufi mempunyai tiga jenis iaitu
Kufi ringkas (Mubasat), Kufi Hiasan (Tazyeni) dan Kufi architectural (Benai) (Nabeel
S.Ali, 2000:.47). Tulisan peringkat awal ini tidak menggunakan sebarang tanda baris
serta amat ringkas seperti mana lampiran 1.
Lampiran 1
Surah al-Anaam, Ayat 1-3
Sumber: Panduan Rasm Uthmani, 2007, KDN: 23
(Al-An’am 1-3)
1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan
terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan
mereka.
2. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan
satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan
kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari
pembalasan).
3. dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia
mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa
Yang kamu usahakan.
a. Tahap kedua, diadakan sedikit perubahan dalam penulisan iaitu mula meletakan titik
() ْنقط ْةالاءع َراب. Tulisan ini diperkenalkan Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada
tahun 67 H) pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Enovasi dalam bidan
penulisan dan sastera sentiasa membangun dalam tamadun Islam. Pembaharuan ini
memberi ruang kepada pembaca yang mula menyebut mengikut titik yang ada pada
lafaz huruf sama ada titik di atas atau di bawah lafaz ayat.
b. Tahap ketiga, iaitu zaman pemerintahan Gabenor Iraq yang dikenali sebagai Gabenor
al-Hajjaj bin Husuf al-Thaqafi. Kaedah ini dilakukan Yahya bin Ya’mar dan Nasir bin
Asim al-Lisi. Mereka berdua menulis dan meletakan titik () ُن ْقط ْةالاءع َجام. Bentuk tulisan
diolah dengan hiasan baris dan titik ( Alain George, tt.: 82)
Lampiran : 3
Simpanan foto peribadi Razi bin Yaakob dari perputakaan al-Quran di Madinah 2017
2. Khat Kufi Muwarraq ia mempunyai hiasan berdaun seolah-olah ada kaitan penulisan
dan alam. Penulisan khat jenis ini adalah hasil pembaharuan yang telah dibuat dan
dibangunkan oleh umat Islam pada abad ke-2 hingga pertengahan abad ke-3 iaitu
digunakan secara meluas pada zaman pemerintahan fatimiyyah di Mesir.
3. Khat Kufi Muzahhar iaitu sejenis khat kufi mempunyai bunga yang menghiasi tulisan.
Ia adalah jenis tulisan yang diadaptasi dari khat kufi Muwarraq cuma ia menambahkan
ragam hias yang berlatarbekangkan sulur pokok kacang.
4. Khat Kufi Muzaffar, jenis penulisan khat ini ia mempunyai simpulan dan dimasuk-
masukan diantara huruf dangan huruf yang lain. Ia dimasyhorkan pada abad ke- 5 dan 6
H. dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.
5. Khat Kufi Murabba’ jenis penulisan khat ini adalah berbentuk empat segi dan catur.
Jenis penulisan ini banyak digayakan seiring dengan hiasan geometri seolah-olah ia
menambahkan lagi nilai estatika pada geomatri itu sendiri. Gaya jenis khat ini adalah
mudah dibentuk samada dengan menggunakan kertas graf atau menggunakan aplikasi
excel.
Dalam bab ini penulis cuba menghuraikan serba sedikit tentang jenis Khat Kufi Murabba’ serta
kaedah yang akan diaplikasikan atas kertas graf dan dalam aplikasi EXCEL. Kedua-dua kaedah
ini menjadi satu cara yang menyenangkan pengkarya untuk menulis dan mencipta khat kufi
yang ccantik.
Kaedah kufi Murabba’ di atas kertas graf merupakan kaedah tradisional yang mana dengan
menggunakan kertas graf ini memberi keselesaan kepada penulis. sekiranya penulis datang dari
golongan yang agak baharu untuk menceburi maka kaedah ini amat disarankan. Sebab
sekiranya berlaku kesilapan atau kecalaruan, maka pengkarya boleh memadamkan dengan
pemadam. Ini adalah aturcara penulisan khat kufi Murabba’.:
1. Sediakan kertas graf samada A4 atau A3, atas kesesuaian dan keinginan pengkarya.
2. Sediakan pencil, pemadam dan pembaris.
3. Lakarkan diatas kertas dengan menggukan skala tanda 1 ruang dan kosong satu ruang.
Lakaran dapat diperhatikan dibawah.
Contoh 1
Kaedah ini menggunakan aplikasi excel.
1. Buka aplikasi excel
2. Besarkan ruang peta segi empat tepat (dengan kedah highlight di bahagian number 1,2,3
hingga 20 ruang) kemudian klik kanan tekan row Height (33) kilik ok. Kita akan dapat
ruangan seperti paparang contoh 1 diatas.
3. Boleh pilih warna kemudian isi ruang dengan kreativiti sendiri, dengan menggunakan kaedah
warnakan 1 ruang dan kosongkan 1 ruang.
Dari contoh di atas adalah satu kaedah ringkas untuk pelajar-pelajar membuat Latihan.
Tanda bulat berwarna merah adalah ruangan pelajar memilih warna, mana kala garis hijau
adalah pelajar boleh pilih berpa petak ruang yang kehendaki kemudian klik kanan, pelajar
boleh pilih row height.
Khat Riqa’ah
Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah
(850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua
urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah
bermaksud cebisan kertas yang ditulis.
Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika
dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita
tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk
menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan
dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan
promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.
Kaedah Penulisan Khat Riq’ah
Huruf-Huruf Tunggal
Kaedah Umum
a. Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ).
b. Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan.
c. Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan
perkataan ialah satu titik tepat.
d. Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat.
Bentuk titik:
e. Semua huruf Khat Riq’ah ditulis di atas garisan kecuali huruf Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain
dan Mim.
f. Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berrongga ). Contohnya
g. Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;
h. Huruf-hurufnya mestilah ditebalkan, ianya tidak seperti Khat Nasakh dan Farisi yang boleh
dinipis dan ditebalkan huruf-hurunya.
i. Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut:
j. Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang
bersegi seperti berikut;
iii. Bentuk Huruf Bersambung
a. Huruf Ba, Ta Dan Tha Bersambung
b. Huruf Jim, Ha Dan Khat
c. Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai Dan Wau Bersambung
d. Huruf Sin Dan Syin Bersambung
e. Huruf Sod Dan Dhod Bersambung
f. Huruf Tho, Zho Dan Ya Bersambung
g. Huruf Ain, Ghain Dan Ha Bersambung
h. Huruf Fa Dan Qaf Bersambung
i. Huruf Kaf Bersambung
j. Huruf Mim Bersambung
k. Huruf Lam Alif Bersambung
Sejarah Khat Nasakh
Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya.
Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat
Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya
berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca
tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran
keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.
Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara
keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan
keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu
Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu
yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia
Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya.
Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat
Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya
Kufi.
Sejarah Khat Nasakh
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui
proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,
seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya
Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini
sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan
khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran
peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun
kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.
Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan
sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang
menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman
ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab
menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia
bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat
dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat
Kufi mula dilupai atau kurang diminati.
Mengapa Dipanggil Nasakh
Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan
Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan
al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus
menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah,
komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan
bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu
Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar
• Nasakh Klasik
Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat
terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan
kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana
terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga
kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia
yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
• Nasakh Akhbar
Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai
dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini din
amakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat
khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain
termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip
atau komputer..
Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai
Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau
menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah
kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi
tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering
menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat
lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini
apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:
1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan
rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh
disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan
perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat
yang lain.
2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan
dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil
atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
Penutup
Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an.
Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam
mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari
keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan
keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan
al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan
hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan
menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya
kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.
Rujukan
• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar
• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan
Publishing Company.
• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila
• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-
Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.
• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan
Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.
• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah
PENGENALAN KHAT THULUTH
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar
mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi
pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu
tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak
kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit
serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan
pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.
Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni
thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab
silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada
saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz
tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar
Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang
luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut
atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan
pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan
teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.
Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala
yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak
digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang
penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar
berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.
Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang
sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali
dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh
maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan
penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at
dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya
akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.
Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia
boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat,
bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan
pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih
yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini
merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan
berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi
pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para
jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati
sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.
AR CODE e-KHAT
AR Code ini mengandungi tajuk:
1) Pengenalan alatan penulisan khat
2) Pengenalan khat Kufi
3) Pengenalan khat Riqa’ah
4) Pengenalan khat Nasakh
5) Pengenalan khat Thuluth