The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengenalan alatan penulisan Khat (21.8.23)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haurasumaiyah, 2023-08-21 12:32:35

Pengenalan alatan penulisan Khat (21.8.23)

Pengenalan alatan penulisan Khat (21.8.23)

UniCeL2022/razi


UniCeL2022/razi QR CODE e-BUKU KHAT Dr.Razi Yaakob Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan Unversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), [email protected] ABSTRAK Pembelajaran tradisional dalam tradisi pengekalan ilmu khat biasanya dicapai menerusi pembelajaran secara fizikal. Bagaimanapun, kekangan pembelajaran yang berkait dengan isu pandemik, kos, jarak dan sebagainya boleh dihadapi menerusi QR Code e-Buku Khat. QR Code e-Buku Khat merupakan pendekatan pembelajaran baharu kalis pandemik, kos dan jarak. Kaedah baharu ini bertujuan memberi kemahiran pada individu untuk mahir dalam tempoh kurang dari 24 jam. Inovasi ini terhasil menerusi penglibatan sebagai pengajar kursus KKD 10703 Penulisan Khat. Menerusi pemerhatian dan maklum balas terhadap pelajar kursus ini, kaedah pembelajaran secara dalam talian boleh diaplikasikan untuk memberi kemahiran pada semua individu yang mengikutinya. Kaedah pengajaran menerusi QR Code e-Buku Khat telah diaplikasi selama tiga semester terhadap 90 orang pelajar. Hasil daripada komparatif mendapati bahawa berlaku peningkatan kemahiran pelajar dengan pengulangan pembelajaran boleh dibuat berulang tanpa had. Kaedah QR Code e-Buku Khat akan dibawa ke peringkat kebangsaan menerusi Persatuan Khat Kebangsaan yang menerajui pengembangan dan pemuliharaan khat di Malaysia. Selain itu,QR Code e-Buku Khat berpotensi untuk digunakan secara menyeluruh oleh institusi yang menawarkan kursus ini, selain badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengembangan dan pemuliharaan khat di Malaysia. Kata kunci : Kufi, Khat, Kufi Murabba’, e-Learning


UniCeL2022/razi ISI KANDUNGAN BAB 1- PENGENALAN ALAT TULIS KHAT 1.1 KAEDAH PEMOTONGAN ALAT TULIS (HANDAM) BAB 2- PENGENALAN KHAT KUFI 2.1 Seni Khat Kufi 2.2 Penyebaran Khat kufi 2.3 Sifat dan Bentuk Khat Kufi 2.4 Sifat dan Bentuk Khat Kufi 2.5 Jenis-jenis Khat Kufi BAB 3- KHAT RIQA’AH 3.1 Kaedah Penulisan Khat Riq’ah 3.2 Kaedah Umum BAB 4- KHAT NASAKH 4.1 Pengenalan 4.2 Sejarah Khat Nasakh 4.3 Mengapa Dipanggil Nasakh 4.4 Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar BAB 5 - KHAT THULUTH BAB 6- AR Code Dan Apps Zapar (Imbasan Video Pembelajaran)


UniCeL2022/razi BAB 1 Pengenalan alatan penulisan Khat Seni khat yang melambangkan kehalusan dan keharmonian adalah reka bentuk tulisan cantik atau indah yang berteraskan kepada kitab suci Al-Quran. Alatan penulisan khat mempunyai beberapa jenis iaitu, a) batang resam b) buluh c) kayu


UniCeL2022/razi d) Ijuk e) Penyepit makanan/ chopstick f) pen khat g)marker pen


UniCeL2022/razi h) Pen Jepun i) dan lain lain Para khatat menggunakan peralatan yang berasaskan tradisional. Alat penulisan khat yang paling tersohor adalah ‘Batang resam’. Batang resam yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai identitinya tersendiri yang mana ia berbentuk separuh bulat dan mempunyai bahagian yang rata. Pada bahagian yang rata itu, mempunyai satu bahagian yang mana dibahagian dalamnya yang melekat berbentuk seolah olah mempunyai satu lagi batang. Batang resam adalah salah satu ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini khusus digunakkan sebagai alatan menulis. Jika dilihat pada mata kasar, ia hanyalah sebatang kayu yang tiada makna apa apa. Namun setelah diambil, dikeringkan, ditajamkan, dielokkan serta diasah batang resam ini dijadikan sebagai alat tulis, maka disitu kita dapat lihat bahawa sebatang kayu ini juga berguna untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.


UniCeL2022/razi Buluh juga menjadi salah satu alatan penulisan Khat. Saiz mata buluh bergantung kepada kesesuaian serta kemahuan penulis. Andai mahu diasah buluh kepada mata yang lebih kecil, ia agak tidak bersesuaian dan tidak digalakkan kerana agak kurang cantik. Selain itu, alatan lain juga terdiri daripada kayu. Kayu juga boleh dimasukkan kedalam lubang buluh dan dijadikan sebagai alat tulis. ‘Ijuk’ juga boleh digunakkan sebagai alatan penulisan khat. Tumbuhan hutan yang dikenali sebagai hijop ini bersifat keras yang mana ia tidak mudah patah ketika menulis, kebiasaan orang asli menggunakan ijuk ini sebagai mata sumpit dengan diasah bahagian mata dan diletakkan racun, kemudian kemasukkan kedalam buluh dan menyumpit kearah mangsa. manakala batang resam yang berasal daripada paku pakis ini, boleh didapati di tepian laluan highway. Paku pakis ini boleh dipilih lalu dikeringkan dan ia sedia untuk dipotong dan diasah. Antara cara untuk mengekalkan ketahanan batang resam adalah dengan melumurkan sedikit minyak pada batang resam tersebut. Selain itu, kami juga menggunakan penyepit makanan atau chopstick yang kebiasaan digunakkan sebagai peralatan makan. Mata tembaga diletakkan pada muncung penyempit makanan dengan menggunakan gam atau sebagainya sebagai pengikat antara penyepit makanan dan mata penulisan tersebut agar tidak mudah tercabut. Selain itu, alatan penulisan moden juga digunakkan sebagai alatan penulisan khat seperti mata pen yang bersaiz 3.0 atau 1.5. para penulis boleh memilih saiz serta ketahanan mata pen mengikut kesesuaian dan keinginan tersendiri. Pen marker yang bermata serong juga boleh dijadikan sebagai salah satu alatan penulisan khat. Ia juga digunakkan sebagai alatan mengajar pada papan putih dan sebagainya. Pen marker ini juga boleh digunakkan oleh mereka yang menulis menggunakan tangan kanan atau kiri, ia mudah bagi kedua duanya. Kualiti tulisan yang ditulis menggunakkan tangan kanan seharusnya dilatih menjadi sama seperti kualiti tulisan menggunakan tangan kiri bagi mereka yang kidal.


UniCeL2022/razi Latihan penulisan ini mampu menaikkan semangat serta emosi dalam diri supaya terus bersemangat menulis penulisan khat. Selain itu, Pen Jepun juga digunakan dalam penulisan kaligrafi. Pen Jepun ini kebiasaanya digunakkan untuk menulis tulisan hanzi iaitu tulisan cina. Pen khat juga telah banyak dijual di kedai kedai alat tulis yang mana ia juga boleh digunakkan dalam kaligrafi tulisan khat ini. Alatan asas seperti Pensil, pemadam, jangka lukis, batu putih, gunting, alat menyedut dakwat, turut digunakkan dalam rutin penulisan khat. Bekas dakwat yang kebiasaanya diletakkan bersama kapas,kain atau seeloknya bulu sutera dan dicelup dengan dakwat bagi tujuan penulisan menggunakkan batang resam, buluh, kayu dan sebagainya. Dakwat menjadi peralatan utama dalam penulisan ini. Harga yang dijual kebiasaanya tertakluk kepada kualiti dakwat tersebut.dakwat seperti contoh jenis ‘Holbein drawing ink’ kebiasaannya digunakkan oleh penulis professional dalam penulisan Al-Quran dan sebagainya, ini kerana dakwat tersebut tidak terlalu basah dan tulisan yang ditulis menggunakan dakwat ini akan kering serta merta. Andai berlaku kesalahan juga, ia masih boleh dikikis untuk memperbaiki kesalahan tersebut. Kesalahan pada tulisan kebiasaanya dikikis menggunakkan mata pisau/blade dan kikisan tersebut hendaklah dilakukan satu hala sahaja. Dakwat selain ‘holbein’ agak sukar dikikis andai berlaku kesalahan serta ia turut memberi kesan kepada kerosakan pada kertas yang ditulis. Kertas pasir juga turut digunakkan dalam proses penulisan. Alatan mata pisau atau dipanggil blade adalah untuk kreativiti atau digunakkan untuk memotong potongan papan kertas. Kaedah pemotongan mata pen (Handam) Pertama sekali, potongan dibuat dengan menggunakan pisau. Batang resam yang sememangnya mempunyai bahagian yang bulat dan rata. Mengikut guru saya, bahagian yang


UniCeL2022/razi paling sesuai dijadikan mata pen adalah dengan memotong pada bahagian rata yang mana ia mempunyai bahagian dalam yang bertindak sebagai span. Potong dalam anggaran satu inci atau satu inci setengah serta penggunaan pisau tidak perlu dibuka kesemua mata pisau, cukup memadai sedikit sahaja supaya mudah untuk mengawal potongan. Sebelah tangan perlu memegang pada batang resam secara menengak dan sebelah tangan lagi memegang pisau yang bersedia untuk memotong batang resam. Ibu jari tangan yang memegang pisau hendaklah menolak pisau pada batang resam sedikit demi sedikit. Potongan haruslah dilakukan secara berhati hati memandangkan batang resam tersebut agak keras. Asahan dibuat kiri dan kanan secara perlahan sehingga mencapai tahap yang diingini. Potongan ini dibuat sekali sahaja melainkan berlaku sebarang kerosakan. Seterusnya, kaedah yang digunakkan untuk bentukkan saiz mata adalah dengan melihat kesesuaian saiz mata sama ada 2 mm atau 3 mm. bagi membentuk kedudukan mata batang resam, potongan hanya dilakukan dengan menggunakan gunting kerana ia lebih selamat serta berkesan berbanding menggunakan pisau. Cara menggunting adalah dengan melihat darjah tangan kita. Bagi mereka yang menulis menggunakan tangan kanan, mata batang resam hendaklah berada pada bahagian luar berbeza dengan mereka yang kidal. Kecondongan mata pena mengikut kecondongan jari tangan kita yang mana ia adalah satu kelebihan ciptaan Allah S.W.T. Bagi mereka yang kidal, mata pen yang digunting adalah dengan menggunakan kecondongan jari sebelah diri sebagai panduan. Potong mata pena mengikut kecondongan kira kira 45 darjah atau lebih sedikit. Potongan mata hendaklah dilakukan secara pantas dan sekali sahaja. Kemudian, gunakan kertas pasir dan asah mata pena pada kertas pasir tersebut secara satu arah sahaja bagi meratakan mata pena yang telah digunting. Andai mata pena masih belum sepenuhnya rata, hendaklah diulang asahan menggunakan cara yang sama. Kemudian, batang resam tersebut sudah bersedia untuk digunakkan.


UniCeL2022/razi Untuk menguji tahap kerataan mata pena. Para penulis boleh menguji mengikut kesesuaian tangan dengan menggunakkan dakwat yang telah dicelup dengan kapas atau kain lalu mula menulis diatas kertas. Andai hasil tulisan mempunyai garisan pada tengah, ia berlaku beberapa kesalahan pada proses pembuatan mata pena. Penulis boleh menguji beberapa kali dengan mencelup mata pena kedalam dakwat agar dakwat sebati pada mata pena. Kebiasaanya, penulisan dimulakan dengan membuat garis lurus melintang dan menegak serta menguji ketebalan dan kesesuaian saiz tulisan dengan memusingkan batang resam sedikit demi sedikit supaya mendapat saiz tulisan yang dihajati. Jika ingin besarkan tulisan, penulis boleh menidurkan sedikit kedudukan batang resam yang digunakan, manakala jika ingin mengecilkan saiz tulisan, penulis boleh menaikkan sedikit darjah mata pena diatas kertas. Penulisan menggunakkan kayu juga boleh dilakukan, namun begitu, dua lubang pada tengah kayu harus ditebuk terlebih dahulu supaya dakwat yang dicelup akan lebih sebati. Tebukan lubang pada kayu boleh dilakukan menggunakkan gergaji halus. Penulisan menggunakkan pen marker boleh digunakan samada menggunakkan tangan kanan atau kiri. Namun begitu, marker ini adalah khusus untuk penggunaan pada papan putih. Kebiasaan penulisan khat pada kertas adalah dengan menggunakkan kertas licin yang mana ia agak licin jika hendak dibandingkan dengan kertas A4 yang digunakkan bagi tujuan harian. Namun begitu, kertas A4 biasa juga boleh digunakkan seperti biasa tapi perlu digosok dengan menggunakan batu putih yang mana ia akan melicinkan permukaan kertas biasa tersebut. caranya adalah dengan menggosok batu tersebut pada permukaan kertas yang hendak digunakkan pada permukaan rata sehingga dapat merasai licin pada permukaan kertas tersebut. Tulisan boleh diuji pada kertas A4 yang telah dilicinkan dengan melihat kualiti tulisan samada masih kesat atau tidak. Pengenalan alatan ini adalah satu ilmu yang baru bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak dengan penulisan keseniaan khat. Kaedah pemilihan dan cara pemotongan alatan penulisan adalah satu perkara yang perlu diambil berat oleh penulis.


UniCeL2022/razi Cara penentuan dakwat yang baik juga perlu diketahui. Pengisian dakwat secara penuh kedalam bekas dakwat adalah suatu cara yang salah. Hal ini kerana, jika terlalu banyak dakwat yang digunakan, dakwat akan melimpah keatas kertas ketika menulis dan ia akan menjejaskan kekemasan tulisan. Namun begitu, dakwat yang perlu digunakan adalah dengan kadar sederhana sahaja. Selepas memasukkan kapas atau kain kedalam bekas kecil, titiskan beberapa titisan dakwat secara sederhana dan pastikan dakwat tersebut sebati pada kain atau kapas. Kemudian, cuba terbalikkan bekas dakwat tersebut supaya kita dapat pastikan tahap kecukupan dakwat yang hendak digunakkan. Jika dakwat tidak tumpah, maka ia sudah memadai untuk suatu penulisan. Namun begitu, jika terlalu sedikit dakwat yang dititiskan, pasti dakwat tersebut tidak akan sebati dan melekat pada mata pena yang digunakkan. Dakwat yang digunakkan secara sederhana adalah cara terbaik mengikut kesesuaian penulisan. Penggunaan kertas surih atau tracing paper juga diperlukan bagi pemula. Kaedah khat adalah kaedah meniru tulisan khususnya bagi pemula bertujuaan untuk mendapatkan kaedah yang betul. Kaedah tekapan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua alatan iaitu menggunakan kertas surih atau lukisan pad cahaya untuk menulis. Dengan dua alat ini, kita boleh meniru, menekap dan menulis mengikut tulisan contoh. Sebahagian peralatan ini boleh dicari dan dibuat sendiri namun begitu ada beberapa peralatan yang perlu dibeli dikedai kedai yang menyediakan alatan tersebut. Ilmu berkaitan alatan dan kaedah penggunaan yang disampaikan adalah ilmu yang berkaedah dan bermanfaat kepada masyarakat. Ilmu ini adalah ilmu yang berbeza dari ilmu yang sentiasa kita ketahui. Kehidupan kita seharusnya perlu ditambah dengan ilmu yang pelbagai, mudah mudahan ia bermanfaat kepada umum.


UniCeL2022/razi figure 1 QR-code pengenalan alatan khat slide Figure 2 QR-code video pengenalan alatan khat


UniCeL2022/razi


UniCeL2022/razi BAB 2 Seni Khat Kufi Khat Kufi adalah salah satu cabang seni kaligrafi Islam, ia merupakan sejenis penulisan khat yang tertua dalam tamadun Islam. Ia digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran pada suatu ketika dahulu sebelum jenis khat yang lain muncul. Khat kufi adalah dinisbahkan atau disandarkan kepada Bandar Kufah yang terletak di Iraq, ia diantara khat yang terawal muncul dalam tamadun Islam dan digunakan secara meluas untuk penulisan al-Quran suatu ketika dahulu sebelum kemunculan khat nasakh. Selepas pembukaan Iraq oleh Saad bin Abi Waqqas ketika Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tahun ke 18 Hijrah, pusat pemerintahan Islam berpindah dari Madinah ke Iraq. Bersamanya ada dua jenis tulisan yang dikenali dengan Makki dan Madani ke Basrah dan Kufah. Khat ini dipelajari oleh penduduk Iraq dan mereka menggelarnya dengan khat Hijazi. Khat Hijazi mempunyai dua ciri yang berlainan. Pertama berbentuk yang agak lembut dikenali dengan khat Madani dan yang kedua berbentuk agak sedikit keras pula dikenali dengan Makki. Kecenderungan orang-orang Iraq ketika itu adalah kepada khat yang berbentuk keras dan mereka berusaha memperbaikinya sehingga ia digunakan secara meluas untuk penulisan mushaf, matawang, hiasan dinding masjid dan tulisan pada batu nesan meraka. Khat berbentuk keras ini kemudiannya dimasyhurkan sebagai khat kufi, ia disandarkan kepada Bandar Kufah kerana peranannya yang sangat penting dalam perkembangan tulisan ini. Kelaziman masyarakat Arab ketika itu mereka menamakan jenis-jenis tulisan adalah bersandarkan kepada nama tempat di mana ia muncul seperti yang terkenal di kalangan orang Arab Hijaz sebelum zaman Kufah ialah tulisan Nabati, Hiri, Anbari dan kemudiannya Makki dan Madani yang kesemuanya dinisbahkan kepada nama tempat. Penyebaran Khat Kufi Jenis Khat kufi tersebar ke seluruh dunia bersama tersebarnya Agama Islam. Perkembangan khat ini dibantu dengan galakan yang kuat oleh pemerintah Islam yang berpusat di Kufah sehingga ia diikuti, dipelajari, oleh sebilangan besar penduduk. Hingga tersebar dan


UniCeL2022/razi dinisbahkan kepada Kufah. Ciri utama khat kufi ialah keras, bersegi, tegak dan lurus. (AsSabah Al-Iraqiyyah) Pada kurun ke-16 dan 17M. – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas. Sifat dan Bentuk Khat Kufi Pada asasnya, huruf - huruf khat kufi terbina daripada gabungan bentuk-bentuk segiempat dan garis lurus. Setiap huruf dilukis seringkas dan bersegi empat dan catur (YR Publication Sdn.Bhd., 2010) yang dikenali dengan Murabba’. Dari sinilah mereka menjaga setiap huruf yang ditulis dan membentuk karektor asal. Dalam masa yang sama ia mudah difahami dan mudah dibaca, meskipun orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat. Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam AlQuran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran. Perkara ini telah menunjukan betapa pentingnya penjagaan hingga menyebabkan khat jenis ini masih lagi popular dikalangan muda mudi masa kini. Jenis-jenis Khat Kufi Khat Kufi mempunyai pelbagai bentuk yang dimasyhorkan adalah :- 1. Khat Kufi Basit, ia berbentuk tulisan empat segi biasa tanpa titik dan baris. Tulisan ini digunakan untuk penulisan mushaf al-Quran di era awal pemerintahan Islam. Tahap perkembangan penulisan mushaf amat ketara dan maju setelah sampai pada zaman Uthman RA. Tatapi ia melalui proses yang sederhana semasa zaman Rasulullah SAW masih hidup. Terdapat beberapa tahap penulisan sewaktu menentukan kaedah


UniCeL2022/razi serta sistem penulisan Rasm Uthmani. Ia bermula dengan tahap pertama iaitu dengan tulisan Kufi bersempena dengan nama tempat iaitu Kufah. Jenis tulisan ini belum ada االءع َراب) dhabt ْنقطة (ْdan baris. Jenis Kufi mempunyai tiga jenis iaitu Kufi ringkas (Mubasat), Kufi Hiasan (Tazyeni) dan Kufi architectural (Benai) (Nabeel S.Ali, 2000:.47). Tulisan peringkat awal ini tidak menggunakan sebarang tanda baris serta amat ringkas seperti mana lampiran 1. Lampiran 1 Surah al-Anaam, Ayat 1-3 Sumber: Panduan Rasm Uthmani, 2007, KDN: 23 ُّٱلخلملىليمجمحمخمم ميمىنجنح نخنمنىنيهجهم هىهييجيحيخ يىيميي رٌٍّّٰ َُِّّّّٰئرئزئمئنئىئي ذٰ ىٰ (Al-An’am 1-3) بربزبمبنبىَّ


UniCeL2022/razi 1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka. 2. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). 3. dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan. a. Tahap kedua, diadakan sedikit perubahan dalam penulisan iaitu mula meletakan titik ( ْ ن األ اب ْقطة َ عر .( Tulisan ini diperkenalkan Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 67 H) pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Enovasi dalam bidan penulisan dan sastera sentiasa membangun dalam tamadun Islam. Pembaharuan ini memberi ruang kepada pembaca yang mula menyebut mengikut titik yang ada pada lafaz huruf sama ada titik di atas atau di bawah lafaz ayat. b. Tahap ketiga, iaitu zaman pemerintahan Gabenor Iraq yang dikenali sebagai Gabenor al-Hajjaj bin Husuf al-Thaqafi. Kaedah ini dilakukan Yahya bin Ya’mar dan Nasir bin Asim al-Lisi. Mereka berdua menulis dan meletakan titik ( ْ ْطة ُق ن األ ام َ عج .( Bentuk tulisan diolah dengan hiasan baris dan titik ( Alain George, tt.: 82)


UniCeL2022/razi Lampiran : 3 Simpanan foto peribadi Razi bin Yaakob dari perputakaan al-Quran di Madinah 2017 2. Khat Kufi Muwarraq ia mempunyai hiasan berdaun seolah-olah ada kaitan penulisan dan alam. Penulisan khat jenis ini adalah hasil pembaharuan yang telah dibuat dan dibangunkan oleh umat Islam pada abad ke-2 hingga pertengahan abad ke-3 iaitu digunakan secara meluas pada zaman pemerintahan fatimiyyah di Mesir. 3. Khat Kufi Muzahhar iaitu sejenis khat kufi mempunyai bunga yang menghiasi tulisan. Ia adalah jenis tulisan yang diadaptasi dari khat kufi Muwarraq cuma ia menambahkan ragam hias yang berlatarbekangkan sulur pokok kacang. 4. Khat Kufi Muzaffar, jenis penulisan khat ini ia mempunyai simpulan dan dimasukmasukan diantara huruf dangan huruf yang lain. Ia dimasyhorkan pada abad ke- 5 dan 6 H. dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. 5. Khat Kufi Murabba’ jenis penulisan khat ini adalah berbentuk empat segi dan catur. Jenis penulisan ini banyak digayakan seiring dengan hiasan geometri seolah-olah ia menambahkan lagi nilai estatika pada geomatri itu sendiri. Gaya jenis khat ini adalah mudah dibentuk samada dengan menggunakan kertas graf atau menggunakan aplikasi excel.


UniCeL2022/razi Dalam bab ini penulis cuba menghuraikan serba sedikit tentang jenis Khat Kufi Murabba’ serta kaedah yang akan diaplikasikan atas kertas graf dan dalam aplikasi EXCEL. Kedua-dua kaedah ini menjadi satu cara yang menyenangkan pengkarya untuk menulis dan mencipta khat kufi yang cantik. Kaedah kufi Murabba’ di atas kertas graf merupakan kaedah tradisional yang mana dengan menggunakan kertas graf ini memberi keselesaan kepada penulis. sekiranya penulis datang dari golongan yang agak baharu untuk menceburi maka kaedah ini amat disarankan. Sebab sekiranya berlaku kesilapan atau kecalaruan, maka pengkarya boleh memadamkan dengan pemadam. Ini adalah aturcara penulisan khat kufi Murabba’.: 1. Sediakan kertas graf samada A4 atau A3, atas kesesuaian dan keinginan pengkarya. 2. Sediakan pencil, pemadam dan pembaris. 3. Lakarkan diatas kertas dengan menggukan skala tanda 1 ruang dan kosong satu ruang. Lakaran dapat diperhatikan dibawah. Contoh 1 Kaedah ini menggunakan aplikasi excel. 1. Buka aplikasi excel


UniCeL2022/razi 2. Besarkan ruang peta segi empat tepat (dengan kedah highlight di bahagian number 1,2,3 hingga 20 ruang) kemudian klik kanan tekan row Height (33) kilik ok. Kita akan dapat ruangan seperti paparang contoh 1 diatas. 3. Boleh pilih warna kemudian isi ruang dengan kreativiti sendiri, dengan menggunakan kaedah warnakan 1 ruang dan kosongkan 1 ruang. Dari contoh di atas adalah satu kaedah ringkas untuk pelajar-pelajar membuat Latihan. Tanda bulat berwarna merah adalah ruangan pelajar memilih warna, mana kala garis hijau adalah pelajar boleh pilih berpa petak ruang yang kehendaki kemudian klik kanan, pelajar boleh pilih row height. Figure 3 QR-code video khat kufi


UniCeL2022/razi


UniCeL2022/razi BAB 3 Khat Riqa’ah Pengenalan Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang ditulis. Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar. Kaedah Penulisan Khat Riq’ah Huruf-Huruf Tunggal


UniCeL2022/razi Kaedah Umum a. Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan (ditarik panjang ). b. Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan. c. Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan ialah satu titik tepat. d. Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat. Bentuk titik: e. Semua huruf Khat Riq’ah ditulis di atas garisan kecuali huruf Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain dan Mim. f. Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berrongga ). Contohnya g. Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut; h. Huruf-hurufnya mestilah ditebalkan, ianya tidak seperti Khat Nasakh dan Farisi yang boleh dinipis dan ditebalkan huruf-hurunya.


UniCeL2022/razi i. Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut: j. Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang bersegi seperti berikut; iii. Bentuk Huruf Bersambung a. Huruf Ba, Ta Dan Tha Bersambung b. Huruf Jim, Ha Dan Khat c. Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai Dan Wau Bersambung d. Huruf Sin Dan Syin Bersambung


UniCeL2022/razi e. Huruf Sod Dan Dhod Bersambung f. Huruf Tho, Zho Dan Ya Bersambung g. Huruf Ain, Ghain Dan Ha Bersambung h. Huruf Fa Dan Qaf Bersambung i. Huruf Kaf Bersambung j. Huruf Mim Bersambung


UniCeL2022/razi k. Huruf Lam Alif Bersambung Figure 4 QR-code video khat riqa'ah


UniCeL2022/razi


UniCeL2022/razi BAB 4 Khat Nasakh Pengenalan Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya. Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu duniawi dan ukhrawi. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah S,W,T bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur’an itu sendiri. Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur’an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur’an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi. Sejarah Khat Nasakh Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah – Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi’ tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun


UniCeL2022/razi kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya. Mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur’an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur’an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelbagai media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati. Mengapa Dipanggil Nasakh Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan – atau dalam kata lain- membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar • Nasakh Klasik Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993) • Nasakh Akhbar Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini dinamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana


UniCeL2022/razi penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). Ia juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. a telah me’nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh Dalam Pertandingan Khat Nasakh adalah sejenis khat yang terlibat secara meluas dalam langkahn, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah: 1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur’an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampuradukkan dengan khat yang lain. 2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik. 3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)


UniCeL2022/razi Penutup Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur’an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur’an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan al-Qur’an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan. Rujukan • Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar • Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company. • Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu’allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar Ai-Fila • Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin alKhutut, Bab al-Sya’riyyah, Kaherah. • Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor. • Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah Figure 5 QR-code video khat nasakh


UniCeL2022/razi


UniCeL2022/razi BAB 5 KHAT THULUTH PENGENALAN Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm. Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sofea menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti fotostat, komputer dan sebagainya. Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth. Perhatian berat para khatat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia


UniCeL2022/razi biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun. Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar. Figure 7 QR-code video khat Thuluth sesi 2 Figure 6 QR-code video khat Thuluth sesi 1


UniCeL2022/razi BAB 6 QR-CODE dan AR-CODE e-BUKU KHAT AR Code ini mengandungi tajuk: 1) Pengenalan alatan penulisan khat 2) Pengenalan khat Kufi 3) Pengenalan khat Riqa’ah 4) Pengenalan khat Nasakh 5) Pengenalan khat Thuluth Link anyflip:


Click to View FlipBook Version