The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahspawi17, 2022-04-09 21:22:49

PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 2

TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK

Nama Pelajar : SITI AISHAH BINTI MOHD.SPAWI

Angka Giliran : 2021311380013
No. Kad Pengenalan : 920701135584
Kumpulan /Unit : PDPM PAKK 1621
Kod Kursus : PAKK2302D
Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN
Tarikh Hantar : 11.4.2022

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.

Tandatangan : AISHAH

Nama : Jason Lim



Kanak-kanak akan menjalani satu proses
sosialisasi yang mana proses tersebut berlaku dalam
keadaan sekeliling sosial mereka. Pengalaman dan
suasana persekitaran sosial akan mempengaruhi tahap-
tahap perkembangan emosi yang dialami oleh kanak-
kanak. Ilmu mengenai kanak-kanak dalam sosioemosi
adalah berkaitan dengan penyesuaian kanak-kanak itu
sendiri terhadap rakan-rakan yang berada disekeliling
mereka.

Para pengkaji akan melihat dan memfokuskan
terhadap cara kanak-kanak tersebut bermain bagi
melihat proses berkembangnya sosioemosi kanak-
kanak. Corak perkembangan seorang kanak-kanak
mempunyai perbezaan sesama mereka. Oleh itu, setiap
individu tidak akan mengalami titik perkembangan yang
sama walaupun mereka mempunyai umur yang sama.

Keupayaan seseorang individu dalam
berinteraksi ataupun menjalinkan perhubungan
dengan orang sekeliling merupakan maksud
sosiemosi itu sendiri. Kanak-kanak perlu pandai
mengurus dan faham tentang emosi sendiri agar
mereka dapat mencapai satu tahap emosi yang lebih
positif agar perkembangan sosioemosi mereka dapat
dicapai dalam menghadapi kehidupan seharian.

Kebanyakan tokoh-tokoh mempunyai pendapat
berkenaan kanak-kanak perlu diajar tentan
pengurusan diri sendiri dan kesedaran supaya dapat
mencapai sesuatu yang positif tentang emosi mereka
demi membina keyakinan dalam menghadapi
kehidupan yang penuh cabaran dan membina
kemahiran sosial.



Guru hendaklah mempamerkan peribadi
yang mulia kepada kanak-kanak termasuklah
sentiasa ikhlas, ceria, boleh dipercayai dan
sebagainya dalam pengajarannya.

Sebagai seorang guru, mereka juga
haruslah menunjukkan imej yang selalu
memberi pujian atau galakan kepada murid,
bertimbang rasa dan mudah bekerjasama.
Bukan sahaja murid yang perlu berkelakuan
baik malahan guru perlu turut
mempamerkannya kerana anak murid sering
mengikuti gerak geri yang dilakukan oleh guru
mereka.

Pengaruh para guru dalam sekolah kepada
kanak-kanak adalah sangat kuat dalam membentuk
nilai-nilai murni mereka. Setiap tingkah laku guru
akan diperhati dan ditiru oleh kanak-kanak. Oleh
yang demikian, guru hendaklah menunjukkan tutur
kata yang sopan dan tingkah laku yang baik agar
dapat dicontohi oleh anak didik mereka.

Para guru perlu menegur sekiranya mereka
melakukan perkara yang tidak baik dan
memperbetulkan tingkah laku tersebut. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai
murni juga dapar ditunjukkan. Contohnya, guru
dapat menyelitkan elemen yang murni dalam aktiviti
penceritaan dalam mengisi jalan cerita yang
disampaikan.

Guru berperanan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan menjadi pemudahcara semasa proses
p&p dijalankan. Guru yang berstatus emosi yang baik
akan mempengaruhi proses p&p yang akan berjalan
dengan lancar dan teratur. Dalam mewujudkan tingah
laku dan sosioemosi kanak-kanak yang positif, guru
harus pandai dalam merancang segala aktiviti yang akan
dilakukan di dalam kelas dengan merujuk Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, semakan 2017
dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai
bertepatan dengan kandungan.

Sebagai contoh, belajar sambal bermain merupakan
kaedah yang dilakukan oleh guru. Melalui aktiviti seperti
ini akan mengembangkan sosioemosi mereka melalui
interaksi dan komunikasi semasa bermain. Semua
aktiviti yang dilaksanakan hendaklah berpusat kepada
murid kerana guru hanyalah pemudahcara mereka
semasa bermain. Dengan itu, ia akan dapat melahirkan
kanak-kanak yang lebih berkembang dengan lebih
matang dan pandai berdikari.

Peranan guru sebagai pentaksir iaitu dengan
membuat penilaian kepada perkembangan sosiemosi
dan juga tingkah laku kanak-kanak. Pemerhatian
terhadap aktiviti-aktiviti dan rutin harian kanak-kanak
merupakan perkara yang terlibat dalam pentaksiran
ini terutamanya domain-domain perkembangan
mereka. Perancangan terhadap keberkesanan aktiviti
perlu dinilai oleh guru itu sendiri.

Penilaian boleh dibuat dengan bertanyakan
kepada kanak-kanak dan juga melalui pemerhatian
mereka sendiri. Tujuannya adalah untuk memastikan
perkembangan diri setiap kanak-kanak dapat
mencapai objektif yang dirancang. Para guru perlu
bijak mengubah strategi serta pendekatan yang lain
sekiranya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tidak
mencapai objektif yang diinginkan sesuai dengan
perkembangan tingkah laku dan sosioemosi mereka.


Click to View FlipBook Version