INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 2
TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK
Nama Pelajar : SITI AISHAH BINTI MOHD.SPAWI
Angka Giliran : 2021311380013
No. Kad Pengenalan : 920701135584
Kumpulan /Unit : PDPM PAKK 1621
Kod Kursus : PAKK2302D
Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN
Tarikh Hantar : 11.4.2022
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan : AISHAH
Nama : Jason Lim
❖ PENGENALAN
❖ FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
FAKTOR PERSEKITARAN
FAKTOR KESIHATAN
❖ IMPLIKASI PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
❖ IMPLIKASI PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK MENGIKUT
PERINGKAT UMUR
❖ PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
KANAK-KANAK
❖ AKTIVITI YANG MENYOKONG
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
KANAK-KANAK
Kanak-kanak akan menjalani satu proses
sosialisasi yang mana proses tersebut berlaku dalam
keadaan sekeliling sosial mereka. Pengalaman dan
suasana persekitaran sosial akan mempengaruhi
tahap-tahap perkembangan emosi yang dialami oleh
kanak-kanak. Ilmu mengenai kanak-kanak dalam
sosioemosi adalah berkaitan dengan penyesuaian
kanak-kanak itu sendiri terhadap rakan-rakan yang
berada disekeliling mereka.
Para pengkaji akan melihat dan memfokuskan
terhadap cara kanak-kanak tersebut bermain bagi
melihat proses berkembangnya sosioemosi kanak-
kanak. Corak perkembangan seorang kanak-kanak
mempunyai perbezaan sesama mereka. Oleh itu, setiap
individu tidak akan mengalami titik perkembangan
yang sama walaupun mereka mempunyai umur yang
sama.
Keupayaan seseorang individu dalam
berinteraksi ataupun menjalinkan perhubungan
dengan orang sekeliling merupakan maksud
sosiemosi itu sendiri. Kanak-kanak perlu pandai
mengurus dan faham tentang emosi sendiri agar
mereka dapat mencapai satu tahap emosi yang lebih
positif agar perkembangan sosioemosi mereka
dapat dicapai dalam menghadapi kehidupan
seharian.
Kebanyakan tokoh-tokoh mempunyai
pendapat berkenaan kanak-kanak perlu diajar tentan
pengurusan diri sendiri dan kesedaran supaya dapat
mencapai sesuatu yang positif tentang emosi
mereka demi membina keyakinan dalam
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan
membina kemahiran sosial.
Persekitaran bermaksud keadaan yang ada di
sekeliling kita termasuk keadaan fizikal, politik,
sosiobudaya, iklim dan segala interaksi sesama
manusia serta alam sekitarnya. Persekitaran atau
“nurture” ialah semua yang memberi rangsangan
terhadap perkembangan individu (Rahil &
Habibah, 2022). Faktor persekitaran merupakan
faktor yang utama dalam mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.
Peranan persekitaran ini dimainkan oleh
individu-individu yang signifikan dalam
kehidupan kanak-kanak seperti media massa, ahli
keluarga, ibu bapa, rakan sebaya dan juga guru.
Semua faktor ini mewujudkan pengaruh yang
kuat bagi membentuk jati diri masyarakat.
Faktor persekitaran yang pertama ialah, institusi
kekeluargaan. Keluarga kanak-kanak itu sendiri
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam proses
perkembangan kanak-kanak. Corak kehidupan mereka
di rumah merupakan salah satu unsur keluarga yang
wujud dalam institusi ini seperti makanan, status
ekonomi dan juga asuhan mereka. Faktor seperti inilah
yang memberikan pengaruh yang besar terhadap
perbezaan dalam perkembangan mereka.
Tingkah laku orang yang tinggal bersama kanak-
kanak dalam rumah serta peristiwa sedih atau gembira
yang berlaku semasa kanak-kanak membesar di dalam
rumah atau di samping keluarga mereka sangat
mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial
mereka. Kanak-kanak yang mendapat didikan dan
asuhan dengan cara yang baik akan menghadapi
perkembangan emosi yang sempurna, tingkah laku dan
potensi kanak tersebut.
Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor
persekitaran yang kedua. Faktor ini meliputi
perkembangan sosial, sahsiah dan intelek kanak-kanak.
Contohnya, pergaulan kanak-kanak dengan rakan
mereka yang rajin belajar akan membawa kepada
perkembangan potensi dan intelek dalam diri mereka ke
tahap yang lebih optimum. Kanak-kanak juga akan
dapat belajar untuk bersaing secara sihat dengan rakan
sebaya yang lain.
Seterusnya, sekiranya kanak-kanak berinteraksi
dengan rakan sebaya yang sopan, baik budi pekerti
serta berakhlak yang baik, mereka akan dapat
menerapkan nilai murni yang lebih positif.
Pembentukan sahsiah diri, sosioemosi dan tingkah laku
yang baik dalam kehidupan seharian mereka juga dapat
diterapkan.
Faktor persekitaran yang seterusnya ialah,
faktor sekolah dan guru. Guru juga mempunyai
peranan dalam perkembangan kanak-kanak sama
ada dari segi intelek, sosial dan emosinya. Sebagai
contoh, guru yang cekap dalam menguruskan
aktiviti dalam kelas dan penyayang dalam sekolah
mahupun di luar sekolah akan melahirkan kanak-
kanak yang bertanggungjawab, berakhlak, pintar
dan berilmu.
Selain dari itu, perkembangan psikomotor,
afektif dan kognitif kanak-kanak dapat dibantu
dalam keadaan iklim sekolah yang kondusif yang
lengkap dengan segala kemudahan pembelajaran
mereka. Dengan adanya persekitaran yang serba
serbi lengkap dan menarik, kanak-kanak akan
berasa seronok dan gembira untuk Kembali ke
sekolah.
Seterusnya ialah faktor persekitaran dari segi
sumber teknologi. Faktor ini merujuk kepada segala
maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
seperti majalah, iklan, radio, suratkhabar dan
sebagainya. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan
sumber teknologi yang sihat seperti ini agar
perkembangan mereka lebih proaktif.
Dari sudut lain pula, kanak-kanak perlu dielakkan
dengan pendedahan kepada sumber teknologi yang
mempunyai unsur kurang sihat dan keganasan. Hal ini
kerana, pembentukan sikap dan personaliti yang
negatif akan wujud sekiranya dibiarkan melarat.
Pengaruh persekitaran yang terakhir yang
dapat membentuk perkembangan sosioemosi
kanak-kanak adalah pengaruh media masa. Seperti
yang kita sedia maklum, media masa berfungsi bagi
menyampaikan informasi berkaitan dalam dunia
globalisasi.
Kepentingan dalam mengutamakan faktor
Pendidikan dan pemakanan anak-anak mereka perlu
diambil kira oleh ibu bapa agar mereka mendapat
pendedahan dengan informasi yang berkaitan
kehidupan, budaya dan kesihatan. Contohnya,
bahan bacaan ilmiah, internet dan majalah sering
digunakan sebagai rujukan bagi mendapatkan info
yang berguna untuk perkembangan sosioemosi,
pemakanan serta Pendidikan anak-anak mereka
secara sihat.
Faktor lain yang turut membantu dalam
perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah,
faktor kesihatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa
keadaan kesihatan kanak-kanak yang sedang sakit
mempunyai emosi yang berbeza daripada keadaan
semasa mereka sihat. Sakit yang agak lama atau
kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak memberi
kesan dan impak yang besar kepada keadaan
tingkah laku dan emosi mereka.
Perkara ini boleh dilihat pada kanak-kanak
berkeperluan khas seperti sindrom down, disleksia
dan sebagainya. Perbezaan emosi dan tingkah laku
yang ketara dapat dilihat pada mereka yang
berkeperluan khas dimana mereka memerlukan
lebih perhatian dari semua aspek kehidupan mereka
termasuklah bagaimana cara mereka untuk
menyesuaikan diri dalam kalangan kanak-kanak lain
yang sihat dan normal.
Implikasi yang pertama adalah dari segi perbezaan
individu. Perbezaan seseorang individu akan
menyebabkan setiap kanak-kanak wujud perbezaan
dalam personaliti mereka. Sebagai contoh, ada kanak-
kanak yang riang, peramah, pintar, berfikiran terbuka
dan ada kanak-kanak yang pemalu serta sensitif. Emosi
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga sangat berbeza
dari aspek perasaan seperti takut, sedih, gembira dan
lain-lain.
Implikasi kedua yang dapat dihuraikan adalah
berkaitan dengan status ekonomi dalam keluarga.
Perkembangan intelek yang optimum dalam diri
kanak-kanak akan dibantu oleh status ekonomi
keluarga itu sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa yang
dapat menyediakan sumber makanan yang
seimbang kepada anak-anak mereka akan
mempengaruhi perkembangan sosioemosi yang
lebih positif begitu juga dengan keperluan ilmu
pendidikan yang cukup.
Dengan itu, kanak-kanak akan lebih
cenderung mempamerkan sikap dan tingkah laku
yang negatif sekiranga keperluan ilmu dan makanan
mereka tidak dipenuhi dengan sempurna.
Implikasi yang seterusnya ialah berkaitan dengan
cara asuhan ibubapa kanak-kanak itu sendiri.
Sosioemosi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh asuhan
yang diberikan oleh ibu bapa. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang mendapat asuhan dan didikan yang baik
akan menunjukkan tingkah laku yang baik. Manakala
anak yang mendapat didikan yang kasar seperti selalu
menggunakan Bahasa yang kesat dan meninggikan
suara akan menyebabkan mereka suka membentuk
tingkah laku yang kurang baik dan memberontak dalam
kehidupan seharian mereka.
Seterusnya ialah implikasi daripada
perapatan. Perapatan adalah hubungan kasih-
sayang yang kekal sepanjang hayat seseorang dan
berpanjangan. Fungsinya adalah untuk memberi
rasa seronok, selamat dan selesa kepada seseorang
dalam menjalani hubungan dengan individu lain.
Perapatan dapat diwujudkan melalui hubugan
dengan ibu bapa, jiran-jiran, rakan-rakan ahli
keluarga, guru-guru, dan masyarakat.
Kanak-kanak perlu disayangi, dilindungi dan
dipenuhi keperluan asas mereka agar perapatan
dapat dibentuk dengan ibu bapa atau penjaga
mereka. Sebaliknya, perapatan yang tidak selamat
terbentuk sekiranya status ekonomi dan sosial
keluarga yang rendah, menjadi mangsa dera atau
keluarga yang porak-peranda.
• Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum dapat
menguruskan diri sendiri dan masih bergantung
dengan Ibu bapa mereka.
• Kanak-kanak ini belajar melakukan aktiviti yang
berkaitan fizikal tanapa bimbingan penjaga mereka.
Sebagai contoh, mereka akan cuba minum dan
makan dengan sendiri. Ibu bapa hanya perlu
memberi sokongan dan peluang untuk anak-anak
mereka menjalani perlakuan fizikal ini.
• Sokongan ini akan mendorong mereka berdikari
seiring dengan perkembangan usia anak-anak.
• Kanak-kanak mula mampu membezakan hubungan
emosi mereka dengan orang lain.
• Peringkat ini merupakan permulaan hubungan
emosi yang sebenar kanak-kanak.
• Perapatan selamat hendaklah dibentuk dalam
peringkat umur ini. Merekan akan lebih
menunjukkan sikap-sikap positif sekiranya
mendapat perapatan yang selamat.
• Kesannya, mereka akan berasa gembira untuk
bergaul, berinteraksi, boleh mengasihi serta
dikasihi orang lain.
• Kanak-kanak suka bermain dan lebih bersosial
dengan rakan-rakan.
• Pada peringkat umur ini, pengaruh yang besar
kepada perkembangan sosioemosi mereka adalah
pengaruh rakan sebaya.
• Para guru perlu membantu kanak-kanak dalam
meluahkan perasaan emosi, menyedari emosi dan
juga mengenali emosi orang lain.
• Penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid
perlu bagi mengelakkan tingkah laku negatif. Guru
memainkan peranan dalam menerapkan nilai-nilai
tersebut.
Guru hendaklah mempamerkan peribadi
yang mulia kepada kanak-kanak termasuklah
sentiasa ikhlas, ceria, boleh dipercayai dan
sebagainya dalam pengajarannya.
Sebagai seorang guru, mereka juga
haruslah menunjukkan imej yang selalu
memberi pujian atau galakan kepada murid,
bertimbang rasa dan mudah bekerjasama.
Bukan sahaja murid yang perlu berkelakuan
baik malahan guru perlu turut
mempamerkannya kerana anak murid sering
mengikuti gerak geri yang dilakukan oleh guru
mereka.
Pengaruh para guru dalam sekolah kepada
kanak-kanak adalah sangat kuat dalam membentuk
nilai-nilai murni mereka. Setiap tingkah laku guru
akan diperhati dan ditiru oleh kanak-kanak. Oleh
yang demikian, guru hendaklah menunjukkan tutur
kata yang sopan dan tingkah laku yang baik agar
dapat dicontohi oleh anak didik mereka.
Para guru perlu menegur sekiranya mereka
melakukan perkara yang tidak baik dan
memperbetulkan tingkah laku tersebut. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai
murni juga dapar ditunjukkan. Contohnya, guru
dapat menyelitkan elemen yang murni dalam
aktiviti penceritaan dalam mengisi jalan cerita yang
disampaikan.
Guru berperanan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan menjadi pemudahcara semasa proses
p&p dijalankan. Guru yang berstatus emosi yang baik
akan mempengaruhi proses p&p yang akan berjalan
dengan lancar dan teratur. Dalam mewujudkan tingah
laku dan sosioemosi kanak-kanak yang positif, guru
harus pandai dalam merancang segala aktiviti yang akan
dilakukan di dalam kelas dengan merujuk Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, semakan 2017
dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai
bertepatan dengan kandungan.
Sebagai contoh, belajar sambal bermain merupakan
kaedah yang dilakukan oleh guru. Melalui aktiviti seperti
ini akan mengembangkan sosioemosi mereka melalui
interaksi dan komunikasi semasa bermain. Semua
aktiviti yang dilaksanakan hendaklah berpusat kepada
murid kerana guru hanyalah pemudahcara mereka
semasa bermain. Dengan itu, ia akan dapat melahirkan
kanak-kanak yang lebih berkembang dengan lebih
matang dan pandai berdikari.
Peranan guru sebagai pentaksir iaitu dengan
membuat penilaian kepada perkembangan
sosiemosi dan juga tingkah laku kanak-kanak.
Pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti dan rutin
harian kanak-kanak merupakan perkara yang terlibat
dalam pentaksiran ini terutamanya domain-domain
perkembangan mereka. Perancangan terhadap
keberkesanan aktiviti perlu dinilai oleh guru itu
sendiri.
Penilaian boleh dibuat dengan bertanyakan
kepada kanak-kanak dan juga melalui pemerhatian
mereka sendiri. Tujuannya adalah untuk memastikan
perkembangan diri setiap kanak-kanak dapat
mencapai objektif yang dirancang. Para guru perlu
bijak mengubah strategi serta pendekatan yang lain
sekiranya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tidak
mencapai objektif yang diinginkan sesuai dengan
perkembangan tingkah laku dan sosioemosi
mereka.
Nama Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh Siti Aishah Binti Mohd Spawi
Masa 28.3.2022
Umur Kanak- 9.00-9.30 Pagi
Kanak 2-3 tahun
Bilangan murid
Tema 6 Orang
Tajuk Aktiviti Diri saya
Bidang Mari bermain permainan muzik (Muzikal Chair)
Perkembangan Perkembangan Sahsiah Sosioemosi dan Kerohanian
Perkembangan
Sedia ada Kanak-kanak sudah boleh membezakan perasaan
Objektif sedih dan gembira.
1) Kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan
gembira apabila berjaya melakukan aktiviti dan
dapat menunjukkan perasaan sedih apabila tidak
berjaya melakukan aktiviti (SSEK)
2) Kanak-kanak boleh bermain dan bersosialisasi
dengan rakan yang lain semasa bermain. (SSEK)
3) Kanak-kanak dapat melakukan pergerakan bebas
bagi merangsang perkembangan otot kaki dan
badan.(FIZIKAL)
Bahan Pengajaran 1) Kerusi
2) MP4 pelbagai nyanyian
Ruang Aktiviti Ruangan aktiviti taska yang selesa
Langkah-Langkah Pelaksanaan Permulaan:
1. Pendidik mengajak kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik berbual mesra dan menarik perhatian kanak-kanak sambil
bertanyakan khabar kanak-kanak.
3. Pendidik menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Kandungan Pembelajaran:
1. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-kanak untuk menyusun
kerusi bersama-sama.
2. Pendidik mula memasangkan lagu untuk permainan muzikal chair.
3. Kanak-kanak mula bermain permainan muzikal chair dan bergerak
mengelilingi kerusi.
4. Selepas lagu diberhentikan, kanak-kanak mula bergerak untuk duduk di
kerusi yang telah disediakan.
5. Selepas semua kanak-kanak duduk di kerusi, pendidik akan bersoal jawab
dengan kanak-kanak dan bertanya, “ siapa kawan yang tidak ada kerusi?”
6. Kanak-kanak yang tidak mendapat kerusi akan keluar dari permainan dan
duduk di tempat lain yang telah diisediakan.
7. Permainan diteruskan sehingga tinggal seorang sahaja kanak-kanak yang
berjaya mendapatkan kerusi.
8. Kanak-kanak yang mendapatkan kerusi terakhir adalah pemenang
Kontigensi:
1. Sekiranya kanak-kanak tidak memahami bagaimana cara untuk bermain
aktiviti, pendidik membimbing kanak-kanak membuat aktiviti sehingga
berjaya.
2. Sekiranya berjaya pendidik memberi pujian dan dorongan kepada kanak-
kanak.
Kesimpulan:
Pemerhatian 1. Pendidik mengimbas kembali aktiviti yang telah dijalankan
2. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk menyimpan semula bahan-bahan yang
telah digunakan iaitu kerusi.
3. Pendidik mengucapkan terima kasih.
1. Keselamatan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam
keadaan selamat dan teratur
2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang yang digunakan
dalam keadaan bersih dan selamat.
3. Kesihatan : pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dalam keadaan yang
sihat semasa melakukan aktiviti.
4. Keselesaan : pendidik hendaklah memastikan keselesaan kanak-kanak sepanjang
aktiviti dijalankan.
5. Kemahiran : pendidik hendaklah mahir dalam menjalankan semua aktiviti yang
telah di rancang.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Nama Siti Aishah Binti Mohd Spawi
Tarikh 29.3.2022
Masa 10.30-11.00 pagi
Umur Kanak-Kanak2-3 tahun
Bilangan murid 6 Orang
Tema Diri Saya
Tajuk Aktiviti Cuba teka perasaan saya
Bidang Perkembangan Sahsiah Sosioemosi dan Kerohanian.
Perkembangan
Perkembangan Kanak-kanak sudah mengetahui beberapa jenis
Sedia ada perasaan seperti gembira dan sedih.
Objektif 1) Kanak-kanak boleh mengenal pelbagai jenis
perasaan (SSEK)
2) Kanak-kanak boleh bekerjasama dan mendengar
arahan pendidik ketika aktiviti dijalankan (SSEK)
3) Kanak-kanak boleh membezakan jenis-jenis
perasaan (AMPL)
Bahan Pengajaran 1) Gambar kad imbas pelbagai jenis perasaan
2) Magic box
3) Lembaran kerja
4) Laptop
5) Mp4 perasaan saya.
Ruang Aktiviti Ruangan kelas yang selesa
Langkah-Langkah Permulaan:
Pelaksanaan
1. Pendidik mengajak kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik berbual mesra dan menarik perhatian kanak-kanak sambil
bertanyakan khabar kanak-kanak.
3. Pendidik menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Kandungan Pembelajaran:
1. Pendidik memulakan aktiviti dengan membuka tayangan video
perasaan saya dan meminta kanak-kanak untuk memebri tumpuan
kepada tayanngan video.
2. Selesai tayangan video, pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak
tentang video yang telah di tonton.
3. Pendidik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memberikan
jawapan masing-masing.
4. Selesai sesi soal jawab, pendidik mula mengeluarkan bahan untuk
melakukan aktiviti iaitu gamabr kad imbas perasaan.
5. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengeluarkan satu persatu
gambar kad imbas dan meminta kanak-kanak untuk meneka nama-
nama perasaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
6. Kanak-kanak mula memebrikan jawapan masing-masing.
7. Pendidik seterusnya memberitahu jenis-jenis perasaan berdasarkan
kepada gambar kad imbas.
8. Seterusnya, pendidik meminta sorang demi sorang kanak-kanak untuk
pergi ke depan kelas untuk memilih gambar kad imbas dan meneka
nama dan jenis-jenis perasaan yang telah mereka pilih.
9. Aktiviti meneka jenis perasaan diteruskan sehingga semua kanak-
kanak selesai mencuba.
Kontigensi:
1. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya meneka jenis perasaan dengan
betul, pendidik memimpin kanak-kanak sehingga berjaya.
2. Sekiranya berjaya pendidik memberi pujian dan dorongan kepada
kanak-kanak.
Kesimpulan:
1) Pendidik mengimbas kembali aktiviti yang telah dijalankan
2) Pendidik mengajak kanak-kanak untuk bersama-sama menyimpan
semula bahan-bahan yang telah digunakan seperti cat air dan kertas
warna.
3) Pendidik mengucapkan terima kasih.
Pemerhatian 1. Keselamatan : Pendidik hendaklah
memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam
keadaan selamat dan teratur
2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan
bahan dan ruang yang digunakan dalam
keadaan bersih dan selamat.
3. Kesihatan : Pendidik hendaklah memastikan
kanak-kanak dalma keadaan yang sihat
semasa melakukan aktiviti.
4. Keselesaan : Pendidik hendaklah memastikan
keselesaan kanak-kanak sepanjang aktiviti
dijalankan.
5. Kemahiran : Pendidik hendaklah mahir dalam
menjalankan semua aktiviti yang telah di
rancang.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Nama Siti Aishah Binti Mohd Spawi
Tarikh 30.3.2022
Masa 10.30-11.00 pagi
Umur Kanak-Kanak2-3 tahun
Bilangan murid 6 Orang
Tema Diri Saya
Tajuk Aktiviti Capan tangan saya
Bidang Perkembangan Sahsiah Sosioemosi dan Kerohanian.
Perkembangan
Perkembangan Kanak-kanak sudah mengetahui beberapa jenis
Sedia ada warna seperti merah biru, dan kuning.
Objektif 1. Kanak-kanak merasa seronok membuat capan
tangan sendiri (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh bekerjasama dan mendengar
arahan pendidik ketika aktiviti dijalankan (SSEK)
3. Kanak-kanak boleh membezakan jenis-jenis
perasaan (AMPL)
Bahan Pengajaran 1. Kertas mahjung
2. Apron
3. Cat air pelbagai warna
4. Mp4 video warna
Ruang Aktiviti Ruangan luar taska yang selesa.
Langkah-Langkah Permulaan:
Pelaksanaan
1. Pendidik mengajak kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik berbual mesra dan menarik perhatian kanak-kanak
sambil bertanyakan khabar kanak-kanak.
3. Pendidik menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Kandungan Pembelajaran:
1. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
untuk berbaris dalam barisan untuk pergi ke ruangan luar taska.
2. Pendidik memulakan aktiviti dengan meminta kanak-kanak
memilih sendiri cat air yang mereka suka untuk membuat capan
tangan.
3. Kanak-kanak mula membuat pilihan cat air dan menyebut warna
yang mereka pilih dan suka.
4. Selepas itu, pendidik mula meletakkan cat air ke dalam pinggan
kertas.
5. Pendidik memulakan aktiviti capan dengan meminta sorang
demi sorang kanak-kanak untuk melakukan capan tangan.
6. Kanak-kanak mula membuat capan tangan masing-masing di
aats kertas mahjong mengikut giliran.
7. Setelah selesai, pendidik meminta kanak-kanak untuk
memberitahu kepada pendidik mana capan tangan yang telah di
buat bedasarkan warna pilihan mereka.
8. Kanak-kanak menunjukkan hasil capan tangan masing-masing.
9. Seterusnya pendidik meminta kanak-kanak untuk mencuci
tangan sebelum masok semula kedalam ruangan bilik kelas.
Kontigensi:
1. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya melakukan capan tangan,
pendidik memimpin kanak-kanak sehingga berjaya.
2. Sekiranya berjaya pendidik memberi pujian dan dorongan
kepada kanak-kanak.
Kesimpulan:
10. Pendidik mengimbas kembali aktiviti yang telah dijalankan
11. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk bersama-sama
menyimpan semula bahan-bahan yang telah digunakan seperti
cat air dan kertas warna.
12. Pendidik mengucapkan terima kasih.
Pemerhatian 1. Keselamatan : Pendidik hendaklah
memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam
keadaan selamat dan teratur
2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan
bahan dan ruang yang digunakan dalam
keadaan bersih dan selamat.
3. Kesihatan : pendidik hendaklah memastikan
kanak-kanak dalma keadaan yang sihat
semasa melakukan aktiviti.
4. Keselesaan : pendidik hendaklah memastikan
keselesaan kanak-kanak sepanjang aktiviti
dijalankan.
5. Kemahiran : pendidik hendaklah mahir dalam
menjalankan semua aktiviti yang telah di
rancang.