DUA 6022
Komunikasi Dan Penyiaran Islam
- Menerangkan Konsep
Hubungan Sesama Manusia
Nur Ain Sofiya Binti Mohd Ridzuan (2009)
Nurul Izzati Syahirah Binti Ibrahim (2006)
Mohamad Amirun Afiq Bin Rahime (2018)
Pengenalan Konsep Hubungan Sesama Manusia
• UKHUWAH atau bahasa
mudahnya HUBUNGAN SESAMA
MANUSIA merupakan konsep
persaudaraan yang berasal
daripada Bahasa Arab iaitu ‘akhun’
yang membawa maksud SAUDARA,
KAWAN, TEMAN ATAUPUN SAHABAT.
Menerusi ukhuwah, wujudlah rasa
untuk saling membantu, menasihati,
memperingati dan bersikap tolak ansur
serta bermaaf-maafan sesama
manusia.
Persaudaraan
• Dari segi bahasa: perkataan
persaudaraan adalah
terjemahan daripada perkataan
arab iaitu ukhuwah yang berasal
dari akar kata akhun yang
membawa erti persahabatan,
teman dan saudara.
• Dari segi istilah: persaudaraan
diertikan sebagai perasaan kasih
sayang, tolong menolong
dan bertolak ansur sesama
umat islam.
Konsep • Persaudaraan merupakan asas kepada kesatuan
Persaudaraan umat manusia dalam sesebuah entiti masayarakat.
Interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut
adab-adab dalam Islam.
a) Persaudaraan Islam ( al-Ukhuwwah al-
Islamiyyah )
- menurut Ahmad Mustafa al-Maraghiy
persaudaraan islam merujuk kepada persaudaraan
agama dan ia dianggap sebagai persaudaraan
senasab.
b) Persaudaraan Keluarga ( al-Ukhuwwah al-
Nasaliyyah )
- melibatkan hubungan silaturrahim sesama ahli
keluarga dan hubungan kerabat.
c) Persaudaraan Sebangsa ( al-Ukhuwwah al-
Wataniyyah )
- kesedaran berbangsa dan bernegara.
Kejiranan
• Dari segi bahasa: jiran berasal daripada
bahasa arab yang membawa pengertian
orang yang tinggal bersebelahan rumah.
• Dari segi istilah: jiran adalah orang-orang
yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan
lebih besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap
penjuru yang mengelilingi rumah individu.
Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu
Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu:
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah
tetap sebagai jiran tetangga”.
Konsep
Kejiranan
• Umat Islam
berkewajipan
mengekalkan
hubungan baik dan
mesra sesama
mereka dalam
menjana kehidupan
yang aman dan
harmoni.
Dalil - Dalil Surah An-Nisa : 36
• orang yang tinggal serumah
dengan kita.
• orang yang tinggal senegeri
dengan kita.
• orang yang tinggal berdekatan
dengan rumah kita.
• orang yang tinggal dalam jarak 40
buah rumah dari rumah kita.
Batas – Batas
Pergaulan
• Pergaulan atau ikhtilat bahasa
Arab dalam Islam membawa
maksud pergaulan atau
percampuran antara lelaki dan
wanita ajnabi di satu tempat yakni
berlaku interaksi dalam bentuk
perbuatan di antara seseorang
dengan lain.
• Iaitu ia hanya berlaku di antara
tiga orang atau lebih. Ini berbeza
dengan khalwat yang terdiri
daripada dua orang sahaja.
• Oleh itu, Islam menetapkan
peraturan antara sesama manusia
dari antara lelaki dengan
perempuan.
Batas Pergaulan
• Islam menggalakkan pergaulan
yang sihat dan memberikan
manfaat kepada semua
mengambil kira batas-batas
mahram dan juga aktiviti yang
dijalankan.
TERDAPAT 3 PERINGKAT DALAM
PERGAULAN MENURUT ISLAM:
1. Peringkat berkenalan (taaruf)
- Untuk membantu kita untuk saling
kenal-mengenali.
2. Peringkat memahami (tafahum)
- Dapat memahami sifat, latar belakang
akhlak seseorang. Dengan ini
mudahlah kita untuk menentukan
orang yang akan menjadi teman kita.
3. Peringkat tolong-menolong
(taawun)
- Dengan tolong-menolong sesama
manusia, kita dapat mengeratkan
hubungan sesama manusia.
Batas – Batas • Memberi Dan Menjawab Salam: Hukum memberi
Pergaulan ucapan salam antara lelaki dan perempuan dibolehkan
dengan syarat ianya tidak menimbulkan fitnah.
• Tidak Bersentuhan: Terutamanya melakukan aktiviti social
yang melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
• Menjaga Aurat: Memenuhi syarat-syarat seperti menutupi
had-had yang telah ditetapkan dalam islam.
• Menjaga Pandangan: Orang-orang mukmin harus
menundukkan pandangan mereka dan tidak melihat
perkara-perkara yang haram.
PENUTUP
• Konsep hubungan sesama manusia,
persaudaraan dan kejiranan amat penting
untuk difahami. Nilai-nilai murni seperti kasih
sayang, belas kasihan, saling menghormati,
bekerjasama dan bertanggungjawab dapat
memupuk masyarakat yang bersatu padu dan
hidup serta aman dan damai. Kehidupan
bermasyarakat ini mempunyai batas-batas
pergaulan dan adab sesama manusia.