LAPORAN MINIT CURAI/ KURSUS/ TAKLIMAT/ BENGKEL
BUTIRAN : UJIAN SARINGAN MURID PEMULIHAN KHAS DAERAH TAWAU SESI 2020
NAMA TAKLIMAT Taklimat Pelaksanaan Ujian Saringan IPP2M dan IKAM Murid
Pemulihan Khas Daerah Tawau
TEMPAT Sekolah / Kediaman Masing-masing
https://meet.google.com/ojz-wwcb-kgu
PENGANJUR PPD Bahagian Unit Pemulihan Khas Daerah Tawau
TARIKH / HARI 07 Oktober 2020 / Rabu
MASA 9.00 pagi
KUMPULAN SASAR Guru Pemulihan Khas Daerah Tawau
Pn. Sitti Asidah binti Yakim ( Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas)
PENGERUSI / PENCERAMAH Pn. Siow Lee Kian ( Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas )
Sekolah dan Fail Pemulihan Khas
SALINAN KEPADA
PERKARA SPESIFIKASI KURSUS/BENGKEL/TAKLIMAT
PERINCIAN
Ucapan Pn. Sitti Asidah binti Yakim (Pegawai Meja PPD)
● Ucapan salam dan terima kasih kepada semua rakan Guru Pemulihan Khas
Daerah kerana dapat menyertai bengkel melalui google meet mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
KANDUNGAN 1. Perutusan En. Abd. Majis Hj. Saprin (Timb. PPD Sektor Pembelajaran)
BENGKEL 1.1 Ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam taklimat
ini.
1.2 Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Unit Pemulihan Khas dapat
menjalankan bengkel secara maya walaupun dalam keadaan PKPDB.
1.3 Beberapa perkara yang akan disampaikan oleh pegawai meja dan mohon
kerjasama daripada semua guru pemulihan untuk perhatian dan mengambil
tindakan.
1.4 Untuk pemakluman dan ingatan mesra kepada semua berkenaan peranan GPK
berkenaan tanggungjawab guru semasa dalam perintah PKPDB yang
berlangsung 29.09.2020-12.10.2020:
1.4.1 Guru Pemulhan Khas tidak terkecuali melakukan PDPR/HBL secara online.
1.4.2 Guru Pemulihan perlu bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran untuk
membantu murid-murid pemulihan mencapai sekurang-kurangnya MTP3.
1.4.3 Program Literasi dan Numerasi melibatkan hanya 4 buah sekolah sahaja di
Tawau berbanding kebanyakan daerah lain di Sabah.
1.5 Pelaksanaan Saringan IPP2M dan IKAM perlu dilaksanakan walaupun dalam
norma baharu.dan perlukan melengkapkan data saringan.
1.6 2 objektif utama penilaian melalui saringan iaitu:
1.6.1 Untuk memastikan murid menguasai 32 Kemahiran BM dan MT Pemulihan.
1.6.2 Melengkapkan saring dan lapor kepada Guru Besar dan PPD.
2. Jadual Pelaksanaan IPP2M dan IKAM
2.1 Telah diemelkan kepada sekolah
2.2 Ujian Saringan merupakan ujian pertama untuk Tahun 2020.
2.3 Templet/Tapak Data seperti yang diterangkan oleh Puan Siow Lee Kean. Templet
yang diterangkan adalah baharu tetapi lebih mudah untuk diisi oleh guru-guru.
Tapak tersebut akan dimuat naik dalam Grup Telegram Rasmi Guru Pemulihan
Daerah Tawau.
3 Hal-hal Lain
3.1.1 Pn. Sitti Asidah Yakim memaklumkan berkenaan Kolokium bersama PPD
Penampang iaitu Perkongsian Pelaksanaan PDPDB/HBL. Beliau memohon kepada
guru – guru untuk membuat perkongsian amalan terbaik sebagai wakil daerah Tawau.
3.1.2 En. Syamsul memohon pencerahan berkaitan dengan tugas mendapatkan data
dari Klinik Kesihatan Mentari untuk tujuan rekod murid di sekolah. Puan Sitti Asidah
memaklumkan akan mengambil tindakan berbincang semula dengan PPD dan juga
Klinik Mentari.
TINDAKAN SUSULAN 4 Membuat Laporan Minit Curai Untuk Simpanan Fail
~ Fail Sekolah
~ Fail Pemulihan Khas
~ Fail MGPK Daerah
Disediakan oleh, Disemak oleh,
BISMI BINTI SULAIMAN
GURU PEMULIHAN
Tarikh: 08.11.2020
LAPORAN BERGAMBAR
TAKLIMAT PELAKSANAAN UJIAN SARIANGAN IPP2M dan IKAM