BICARA
PROFESIONAL
Bersama-sama
9.00 pagi : Ketibaan dif-dif undangan
9.30 pagi : Ketibaan VVIP
: Nyanyian Lagu “Negaraku” dan
“Allah Selamatkan Sultan Kami”
: Bacaan Doa
: Ucapan alu - aluan oleh YBhg. Tuan Hj. Miftah bin Hj. Surif
Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
: Bicara Profesional bersama dengan :
YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali
: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
1.00 tengah hari : (Sektor Dasar dan Kurikulum)
Majlis Jamuan Makan
: Dato‟ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali,
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
meninggalkan majlis
Bersurai
SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KUANTAN 2022
PEMERKASAAN STEM: MENDEPANI PENDIDIKAN MASA HADAPAN
STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat
bidang iaitu Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan)
dan Mathematics (Matematik). Pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda
yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2025. Beberapa dasar yang dilihat menyokong agenda ini ialah
Dasar 60% Sains : 40% sastera (Dasar 60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013 - 2025
dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), selain pengoperasian
Pusat STEM Negara yang bermula sejak Mei lalu. Mata pelajaran yang terangkum
dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi, Sains
Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi.
Pendidikan STEM boleh menyumbang ke arah masyarakat yang mempunyai literasi
STEM serta membekalkan tenaga kerja STEM yang berkemahiran tinggi yang
dapat menyumbang kepada inovasi baru. STEM dalam konteks pembelajaran dan
pemudahcaraan merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang pembelajaran
(di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan kombinasi
mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan pengajaran (pengaplikasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah).
Bicara profesional ini akan menjurus terhadap kekangan yang wujud ke arah
pengaplikasian pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, berasaskan
kajian-kajian lepas dan lawatan. Kekangan - kekangan ini termasuklah kekurangan
pendedahan dalam bidang kejuruteraan kepada guru Sains dan Matematik,
kandungan pengajaran yang bersifat implisit (tersirat) dan kesesuaian
pengintegrasian pendidikan STEM berdasarkan topik-topik dalam sukatan
pembelajaran.
Kata kunci:
Pendidikan STEM; Sains; Teknologi; Kejuruteraan; Matematik; Kurikulum
Beberapa inisiatif yang dicadangkan untuk mengatasi cabaran ini ialah: dan
penganjuran latihan professional untuk guru-guru mata pelajaran STEM
pemilihan Guru Cemerlang sebagai „Ikon STEM‟ di sekolah serta
pemantapan elemen kejuruteraan dalam proses pembelajaran
pemudahcaraan.
Salah satu cara memahami dan menghazami sesuatu dasar secara lebih tuntas
ialah dengan cara berkongsi dengan personal yang tepat dan ahli dalam bidang
tersebut. Cara ini adalah bertepatan dengan usaha Sektor Pembelajaran, Pejabat
Pendidikan Daerah Kuantan membawa Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia yang bertanggungjawab menjaga dasar ke sesi Bicara Profesional untuk
berkongsi dan berbicara secara bersemuka dengan pengetua-pengetua dan
ketua-ketua panitia Matematik dan Sains daerah Kuantan.
1. Memperkasa STEM di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan.
2. Menitikberatkan peranan guru dan sekolah dalam memperkasa STEM dalam
kalangan murid.
3. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai terhadap kepentingan mata
pelajaran STEM.
4. Memupuk rasa minat akan mata pelajaran STEM dalam kalangan murid.
5. Memberi kefahaman yang jelas tentang pemilihan subjek dalam kalangan murid
dan impak kepada peluang kerjaya mereka pada masa hadapan.
SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KUANTAN 2022
PEMERKASAAN STEM: MENDEPANI PENDIDIKAN MASA HADAPAN
Pengerusi :
Tuan Haji Miftah bin Haji Surif, AMP
Pegawai Pendidikan Daerah
Timbalan Pengerusi :
Encik Hirudin bin Mohit
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran)
Naib Pengerusi :
Tuan Haji Yaakub bin Md Salleh
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan)
Encik Azman bin A Latiff
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah)
Encik Mohd Asri bin Mohd Yusof
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid)
Setiausaha:
Encik Mohd Nazir bin Darmawi
Bendahari :
Puan Zakiah binti A Jamal
Pengurus Majlis (Floor Manager) :
Encik Norkasmadi bin Nordin
Protokol :
Encik Mohamad Asri bin Mat Husin
Encik Ts Kamarulzaid bin Abdul Rahman
Persiapan Tempat / Peralatan :
Encik Henryl Faizi bin Bari
Encik Hazit bin Kamaruddin
Encik Wan Othman bin Wan Abdul Rahman
Rakaman / Dokumentasi / Multimedia / Siaraya :
Encik Mohd Azwandi bin Ahmad
Encik Mohd Redzuan bin Abdul Ghafar
Encik Mohd Hafizi bin Ab Rahman
Sambutan :
PPD dan barisan Timbalan PPD
Jamuan VVIP :
Puan Nurasibah Azura binti Mohd Kassim
Puan Norhayati binti Hassan
Buku Program & Backdrop :
Puan Zandariah binti Ahmad
Puan Aryana binti Ramlan
Jemputan :
Puan Roa‟ani binti Mohamed
Encik Nazeri bin Arasyad
Hadiah / Cenderamata :
Puan Zakiah binti A Jamal
Puan Rozaini binti Mohd Noor
Cik Zuraidah binti Chik
Pembaca Doa :
Encik Jamil Haris bin Abdul Rahim
Pengacaraan & Moderator:
Puan Azlina binti Anmeri
Encik Mohd Asri bin Mat Hussin
Penajaan & Sumbangan :
Puan Puteri Azirah binti Abd Aziz
Pendaftaran :
Encik Wan Othman bin Wan Abdul Rahman
Puan Lim Chui Huong
Kebersihan & Keselamatan
Encik Shaharuddin bin Abdul Mubin
Encik Hazit bin Kamaruddin
Jamuan Peserta :
Puan Nik Nor Khatun binti Nik Ahmad
Dr. Saraswathi a/p Kandasamy
Puan Rosma „Inah binti Osman
Puan Supiah binti Mat Yusof
Cik Suriani binti Mahpoz
SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KUANTAN 2022
PEMERKASAAN STEM: MENDEPANI PENDIDIKAN MASA HADAPAN
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
BICARA PROFESIONAL
Pemerkasaan STEM: Mendepani Pendidikan Masa Hadapan
YBhg. Dato‟ Hj. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum)
Encik Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
Pengarah Pendidikan Pahang
YB Dato‟ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Timbalan Menteri Kewangan I, merangkap Ahli Parlimen Paya Besar
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan
Pengetua - Pengetua Sekolah Daerah Kuantan
Ketua - ketua Panitia Matematik & Sains Daerah Kuantan
dan
Semua pihak yang telah bersama - sama memberi sumbangan dan kerjasama
sama ada secara langsung atau pun tidak langsung
dalam menjayakan program ini.