The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, 2020-05-21 09:34:34

Tinta ar-Raihan 33 Syawal 2020

Tinta ar-Raihan 33 Syawal 2020

DITERBITKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, SK TAMAN SEROJA BIL 33: TAHUN KE-12/2020

2

TARBIYAH

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah s.a.w
bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10
Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim).

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri
dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid
(mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW. Berikut merupakan
amalan yang dituntut untuk dilaksanakan pada pasca 1 Syawal.

MALAM 1 SYAWAL
1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.

4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.

6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.
PAGI 1 SYAWAL

1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai

orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.

8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

3

SYIAR

FITRAH HARI RAYA

Marilah berhari raya
Bertakbir dan bertahmid
Tunaikanlah solat sunat
Mendengar khutbah pembangun jiwa
Selepas itu bermaafan sesama kita

Bergembiralah di hari ini tidak mengapa
Asalkan jangan sampai membuat dosa
Sekadar riang berkasih mesra
menjalin silaturrahim
Menguatkan ukhuwah sesama kita

Ziarah menziarahi tidak mengapa
Bercantik dan berharum begitu jua

Tapi syari’at janganlah lupa
Agar di hari raya tidak buat dosa

Ingatlah hari raya
Untuk orang bertaqwa
Kita belum tentu layak ikut sama
Patut rasa malu pada diri sendiri
Kalau kita bukan orangnya

PERHATIAN!!! Di hari raya
Aidilfitri merupakan hari kegembiraan buat semua Hiburkan fakir miskin
umat Islam yang telah bermujahadah berpuasa selama
sebulan. Namun, dalam mendepani Covid-19 waktu ini, Dengan bersedekah
hari raya harus diraikan dengan mengikut SOP yang Bermesra dengan mereka
digariskan oleh MKN sebaik-baiknya. Tidak bermaksud Berkasih sayang dituntut agama
hari raya tidak boleh diraikan, namun carilah alternatif Kerana ia fitrah manusia
bagi memastikan Aidilfitri ini tetap diraikan dengan
Menjamu selera bersama-sama
penuh syukur dan insaf. Sahabat dan keluarga

4 Ikhlaskanlah amalan kerana Allah
Elakkan dari pembaziran
Dan dari membuang masa

Tata tertib hari raya kenalah jaga

TAZKIR

KEUTAMAAN MEMBERI KEMAAFAN RASULULLAH S.A.W YANG PEMAAF

Salah satu daripada akhlak seorang muslim Rasulullah saw dan para sahabat pernah melalui
adalah memiliki sifat pemaaf dan memaafkan pemulauan yang dilakukan oleh kaum Quraisy
orang lain. Sifat ini merupakan salah satu Mekah selama tiga tahun. Rasulullah saw dan
daripada sifat yang dimiliki oleh Rasululullah para sahabat tidak dibenarkan berdagang
s.a.w. Al-Quran dengan jelas menyebut sehingga ramai sahabat kebuluran. Diriwayatkan,
keutamaan orang yang memiliki sifat tersebut: anak-anak kecil menangis selama berjam-jam
tanpa henti kerana kebuluran. Para sahabat
1) Ciri-ciri orang yang bertaqwa terpaksa memakan daun-daun dan kayu untuk
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal- mengalas perut yang kelaparan.
amal yang baik untuk mendapat) keampunan
dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang Namun, tiada seorang daripada kaum
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang Quraisy yang sedia menolong baginda dan para
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu sahabat. Bahkan, cacian dan makian yang
orang-orang yang mendermakan hartanya pada diterima oleh baginda. Namun, setelah Islam
masa senang dan susah, dan orang-orang yang mula bertapak kukuh di Madinah, kota Mekah
menahan kemarahannya, dan orang-orang yang pula dilanda zaman kemarau. Mekah mengalami
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), kekurangan makanan dan rakyatnya kebuluran.
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik” - Aali Imraan (3): Sekutu Rasulullah saw yang
133-134. setia, Thamamah bin Uthal, ketua kaum
Yamamah telah menghentikan bekalan gandum
2. Diampunkan dosa dan ditempatkan di syurga kepada penduduk Mekah. Thamamah
“… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memberitahu penduduk Mekah bahawa tiada
memaafkan serta melupakan kesalahan orang- sebutir gandum akan dihantar kepada penduduk
orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah Mekah tanpa mendapat kebenaran daripada
mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Rasulullah saw. Mendengar penderitaan dashyat
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” - an- penduduk Mekah, baginda mengirim surat
Nuur (24): 22. kepada Thamamah supaya menarik balik
pengharaman tersebut. Sedikit pun baginda tidak
3. Akhlak yang mulia yang dituntut syarak menyimpan dendam atas peristiwa yang pernah
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar berlaku sebelum ini.
dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),
sesungguhnya yang demikian itu adalah dari Sungguh mulia akhlak baginda, bukan?
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat Semoga kita sebagai umatnya mampu memiliki
(melakukannya).” -asy-Syuura (42): 43. sifat pemaaf seperti baginda.

4. Allah S.W.T. mengasihi mereka yang pemaaf
“… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-
orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” -
Aali Imraan (3): 134.

5

SIRAH NABAWI

Jika kamu ditanya, peperangan apakah yang berlaku pada bulan Ramadan? Ya, Perang Badar.
Peperangan itulah yang mencatatkan kemenangan besar kepada pasukan Islam buat kali pertama.
Namun, tahukah kamu pada bulan Syawal juga turut berlaku satu peperangan yang telah melakar
sejarah kekalahan pasukan Islam pada tahun berikutnya? Kita lihat 8 fakta menarik di bawah ini untuk
kefahaman yang mudah dan ringkas.

1 Perang Uhud tercetus pada 15 Syawal tahun ke-3 hijrah dengan melibatkan kira-kira 700 pejuang
Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w yang berhadapan dengan 3000 tentera kafir Quraisy.

2 Dalam tempoh setahun, kaum Quraisy di Mekah telah merangka strategi untuk membalas dendam
sekali gus menebus kekalahan mereka dalam Perang Badar dengan cara mengumpulkan kekuatan
tentera, senjata dan harta selain mendapatkan sokongan daripada kabilah lain.

3 Angkatan tentera Quraisy telah dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb bagi menggantikan Abu Jahal
yang telah terkorban semasa Perang Badar. Di bawah pimpinannya, kaum wanita dibawa beramai-ramai
bagi menaikkan semangat juang mereka yang diketuai oleh isteri Abu Sufyan sendiri iaitu Hindun binti
Utbah.

4 Seramai 70 pejuang Islam syahid dalam peperangan ini termasuk Hamzah bin Abdul Murtalib, bapa
saudara merangkap saudara susuan Rasulullah s.a.w, Mush’ab bin Umair yang diamanahkan untuk
mengibarkan panji pasukan Islam pada peperangan ini serta Hanzalah bin ‘Amir yang jenazahnya
dimandikan oleh para malaikat lantaran masih berkeadaan junub semasa menyertai jihad.

5 Saidina Hamzah terkorban di tangan Wahsyi, seorang hamba yang ingin bebas jika mampu membunuh
beliau. Dadanya telah dibelah oleh Hindun, isteri kepada Abu Sufyan atas alasan menebus kematian
ayah dan saudara lelakinya yang dibunuh oleh Hamzah semasa Perang Badar.

6 Sikap sekumpulan orang munafik terserlah apabila mereka berpatah balik daripada meneruskan
perjalanan ke medan Uhud bersama-sama Rasulullah s.a.w kerana mereka tidak mahu ikut serta dalam
peperangan itu.

7 Pasukan Islam sepatutnya beroleh kemenangan pada peringkat awal. Namun, akibat terpedaya
dengan harta tinggalan tentera Quraisy yang berundur sementara, mereka telah diserang balas sehingga
mengalami kekalahan sekali pun Rasulullah s.a.w telah berkali-kali berpesan agar tidak berganjak
daripada posisi masing-masing.

8 Kebanyakan kabilah Arab mula memandang rendah kepada umat Islam serta mengembalikan semula
sokongan mereka kepada kaum Quraisy. Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang-
wenangnya disebabkan kekalahan pasukan Rasulullah s.a.w dalam peperangan itu.

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini? Kuncinya adalah ketaatan kepada
pemimpin. Kita kaitkan dengan situasi kita masa kini dalam menghadapi Covid-19. Perdana Menteri dan
pasukan Majlis Keselamatan Negara seringkali berpesan agar kita sentiasa mengambil langkah berjaga-
jaga bagi mengekang penularan pendemik yang telah berlarutan sejak awal tahun ini. Pelaksanaan PKP
dilihat satu keputusan yang tepat apabila semua individu hanya berada di rumah.

Malangnya, apabila PKPB mula dikuatkuasakan, orang ramai mula merasa bebas dan keluar
daripada rumah sekali pun dengan alasan yang dangkal sedangkan kita belum lagi menang dalam
menangani musuh halus ini. Apakah kita mahu mencatatkan sejarah yang serupa persis Perang Uhud?
Merasakan telah menang, dorongan mengumpul harta, ingkar pesanan pemimpin dan akhirnya serangan
balas terpaksa dihadapi sehingga menemui kekalahan? Teguhkanlah hati dalam mematuhi SOP yang
digariskan oleh MKN terutamanya ketika berhari raya. Tepuk dada, tanyalah iman.

6

JISMI SALIM

Air Medium Pembersihan
Umat Islam perlu mengambil berat tentang kebersihan anggota badan, pakaian, tempat tinggal, persekitaran dan
apa saja berkaitan kehidupan seharian kita. Hal ini bertepatan firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)

Dalam syariat Islam yang sangat mementingkan kebersihan, air memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan seharian dan ibadat. Air adalah alat atau medium pembersihan dan penyucian utama dalam
Islam. Kebanyakan ibadat khusus dalam Islam meletakkan bersuci sebagai syarat sah ibadat tersebut.

Dengan air maka akan tercapai kesempurnaan bersuci baik melalui wuduk dan mandi wajib. Air adalah satu
bahan yang direka begitu istimewa sebagai asas hidupan. Setiap ciri-ciri fizikal dan kimianya diciptakan Allah s.w.t
khusus untuk kegunaan manusia, haiwan dan tumbuhan. Menjaga kebersihan satu ibadah dan mendatangkan
pahala kerana ia perbuatan yang dicintai Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w menunjukkan cara menjaga kebersihan merangkumi semua bidang. Anggota luaran diberi
perhatian lebih kerana ia membentuk personaliti selain membantu mencegah penyakit. Oleh itu, marilah kita
mengamalkan SOP kebersihan dengan lebih berdisiplin berdasarkan SOP kesihatan yang disarankan.

7

KEPUTUSAN KUIZ
RAMADAN

TAHUN 1 UIA TAHUN 2 UIA
1) Aidan bin Mohd Idrus 1) Aisy Izzat Mirza bin Shahrul Anwa
2) Irryn Norjuma binti Norzehan 2) Iman Zayyin bin Saifuz Zaman
3) Jaydra Raisaa binti J Shalany 3) Iris Sumayyah binti Mohd Zuraidi

TAHUN 1 UKM TAHUN 2 UKM
1) Medina Nur Azra binti Khairil Imran 1) Muhammad Rayyan Rifqi bin Muhammad Farhan
2) Putra Aqil Rayyan bin Hairul Hadzrin 2) Ahmad Salahuddin Hidayatullah bin Ir Shahrul Nizam
3) Muhammad Jasrezal bin Mohd Jamil
TAHUN 1 UMS
1) Adam Anaqi bin Mohd Rizal TAHUN 2 UMS
2 Ahmad Rizq Hakim bin Ahmad Shahizan 1) Ahmad Deen Imtiyaz bin Muhammad Yuzairy
3 Dawama Widaad binti Mohd Suhadhan 2) Aisy Syazwan bin Ariff Alfian
3) Maryam Nur Aisyah binti Khairil Imran
TAHUN 1 UPM
1) Ahmad Daniyal bin Ahmad Nazri TAHUN 2 UPM
2) Ain Hannani bin Shahril 1) Ain Faqihah binti Mohd Fadzli
3) Arissa Irdina binti Abdul Malik 2) Inas Zara binti Mohd Fazrin
3) Muhammad Afif bin Cik Izani
TAHUN 1 USM
1) Alia Imanina binti Mohd Sabri TAHUN 2 USM
2) Annisa Irdina binti Azril 1) Adriana Batrisya binti Mohd Ridzuan
3) Muhammad Faris Haiqal bin Azhar 2) Ahmad Aqil Naufal bin Mohd Faizal
3) Isma Umairah binti Abdul Malik
TAHUN 1 UTM
1) Anis Rabbiya binti Mohamad Nasir TAHUN 2 UTM
2) Auni Nur Najihah binti Ishak 1) Lutfi Akhtar bin Muhamad Khomeni
3) Nur Airis Sofia binti Muhammad Farid 2) Muhammad Iman Rizqi bin Hisham
3) Nur Dania Danishya binti Md. Ridzam
TAHUN 1 UUM
1) Ainul Mardhiah binti Mohd Noor Firdaus TAHUN 2 UUM
2) Alanna Sara binti Mohamed Shuhaimi 1) Adeeb Imtiyaz bin Mohd Zaki
3) Asyraf bin Mohd Shafizan 2) Ajwad Nurhazim bin Kharil Anuar
3) Hafeeza Aqeela binti Harisah

TAHUN 3 UIA TAHUN 3 USM
1) Aiman Danish bin Khairul Nizam 1) Ahmad Afiq bin Ahmad Zaidi
2) Aina Qistina binti Shahrulnirzam 2) Dania Dhelina binti Mohamad Shukri
3) Haris Rayyan bin Mohd Shahrulzaman 3) Muhammad Aniq Fauzan bin Mohamad Faisal

TAHUN 3 UKM TAHUN 3 UTM
1) Aqil Irfan bin Hamba Allah 1) Adni Adriani binti Mohd Shahnizam
2) Auni Damia binti Mohd Shamzuli 2) Muhammad Dayyan Narsry bin Nur Hafizuddin
3) Mohamad Syakir Rifqi bin Mohamad Nor 3) Muhammad Uwais bin Mohd Azrul Hisyam

TAHUN 3 UMS TAHUN 3 UUM
1) Ahmad Danish Irfan bin Ahmad Sabri 1) Arif Nabhan bin Izzat Syazli
2) Iris Arissa binti Ismail 2) Muhammad Zikri Haziq bin Mat Zulan
3) Muhamad Luqman Hakim bin Abdul Rahim 3) Sarah Khadija binti Mohd Hasrul

TAHUN 3 UPM 8
1) Aleesya Qaisara binti Azril
2) Damia Afrina binti Zool Nasri
3) Muhammad Zulhilmi Khan bin Mohd Zulfikhar

KEPUTUSAN KUIZ
RAMADAN

TAHUN 4 UIA TAHUN 5 UKM
1) Aliya Darwisyah binti Khairul Nizam 1) Muhammad Aqil Isyraaf bin Mohd Adid
2) Harish Muammar bin Badrulhisham 2) Nor Aleeya Fadhilah binti Mohamad Faisal
3) Syarifah Nur Izzah binti Said Nasir 3) Muhammad Khaleef bin Mahathir

TAHUN 4 UKM TAHUN 5 UMS
1) Muhammad Idlan Hariez bin Roslan 1) Adam Harris Baharin Bin Abdul Hakim
2) Muhammad Mikail bin Mohd Fazli 2) Aida AdlinaBBinti Mohd Shahnizam
3) Nur Afiqah Husna binti Mohd Yusoff 3) Anis Zahraa Faiqah Binti Ahmad Nizam

TAHUN 4 UPM TAHUN 5 UPM
1) Arif Mukammil bin Azri 1) Aimi Marissa binti Abu Abidi
2) Marris Afinna binti Mohd Adib 2) Asmaa' Assaeedah binti Zuljalaludin
3) Muhammad Amirul Hakimi bin Hamba Allah 3) Nurul Iman Najihah binti Zamri

TAHUN 4 USM TAHUN 5 USM
1) Muhammad Afif Musyrif bin Abdul Munir 1) Nur Aina Syafiah binti Ahmad Razif
2) Muhammad Isyraf Irsyaduddin bin Mohd Syuhaimi 2) Umairah Kaisah binti Umamuddin
3) Nur Aqilah binti Mohd Feroz Shahani 3) Intan Kirana Sofiah binti Mohd Tifla

TAHUN 4 UTM TAHUN 5 UTM
1) Abdul Razzaq bin Mohamad Nasir 1) Muhammad Syabil Rayyan bin Mohd Firdaus
2) Ainul Qaisarah binti Amirul Ariffin 2) Nur Qistina Qurratu 'Aini binti Mohammad Nor
3) Ahmad Zharif Adruce bin Abdul Aziz 3) Nurul Aina Irdina binti Mohd Fauzi

TAHUN 4 UUM TAHUN 5 UUM
1) Putri Syadania Micyheel binti Hamba Allah 1) Alisha Insyirah binti Abdul Malik
2) Khairul Najmi bin Shahimi 2) Fadzli Syafie bin Abdul Rahim
3) Nur Syasya Safrina binti Hussain

TAHUN 6 UKM TAHUN 6 USM
1) Adriana Sofilya binti Muhd Yusrizan 1) Nur Adriana Farisya binti Mat Zulani
2) Muhammad Naqeeb Adam bin Mohd Sofri 2) Nur Fasih binti Hairol Azman
3) Nur Humaira' binti Azman 3) Daris Firas bin Abdullah Fakri

TAHUN 6 UMS TAHUN 6 UTM
1) Amirul Danish bin Mohamed Khairul Nizam 1) Adam bin Faizallizam
2) Elysha Sofya binti Kamarul Zaman 2) Mohamad Ammar bin Khairulhuda
3) Khairy Aisy Hafiy bin Mohd Nizam 3) Muhammad Firas Hakimi bin Azril

TAHUN 6 UPM TAHUN 6 UUM
1) Balqis Batrisya binti Asis 1) Muhd Haziq bin Mohd Nazri
2) Muhammad Ezzrul Qusyairi bin Khairul Anuar 2) Aqil Aizat bin Ghazali
3) Nur Damia Qistina binti Ahmad Sabri 3) Adam Danesh bin Rizaimi

9

Maaf Zahir & Batin

JAWATANKUASA TINTA AR-RAIHAN
SK TAMAN SEROJA

Pengerusi:
Encik Mohamad Azami b. Ismail

Naib Pengerusi:

Pn. Norasikin bt. Adnan Pn. Salmah bt. Ghafan

Pn. Noor Lela bt. Hassim Pn. Nor Habshah bt. Hamzah

Setiausaha: Penyelaras:
Pn. Hjh. Siti Zanariah bt. Sarman En. Mohd Suhaimi b. Mohd Nizam
Pn. Farhana bt. Ahmad Tarmizi Pn. Siti Aisah bt. Abdul Kadir

Pn. Hjh. Maslinda binti Hussin Jawatankuasa: Pn. Nafsiah bt. Tamzir
Pn. Shahida bt. Bakar Pn. Norwanawati bt. Ishak Pn. Norhayati bt. Baharudin
Pn. Siti Nor bt. Abdullah En. Mohd Noor Firdaus b. Md. Shahid En. Shahril Azam b. Abdul Kahar
Pn. Hjh. Siti Zainab bt. Balok @ Bachok Pn. Norkhafizah bt. Mat Som Pn. Hjh. Amizah bt. Mohd Noor
Pn. Norakma bt. Mustafa Pn. Maryam Jamelah bt. Ishak Pn. Hjh. Mahakiki bt. Jalaluddin
Pn. Rozilawati bt. Hanapi Pn. Siti Noor bt. Mali En. Ahmad Safiuddin bin Rosli
Pn. Nor Asila bt. Abidin Pn. Wan Azira binti Wan Ahmad Pn. Norzarina bt. Abu Seman
Pn. Zalina bt. Adnan Pn. Nor Azmani bt. Che Daud Cik Salini bt. Mamat


Click to View FlipBook Version